1. pengenalan-sejarah bola jaring

Upload: soh-yi-han

Post on 05-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah Bola Jaring

TRANSCRIPT

PENGENALANSEJARAH DAN PERKEMBANGANBola jaring adalah satu permainan yang direka dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Bola keranjang diperkenalkan oleh Dr.James Naismith di Massachussets, Amerika Syarikat. Pada tahun 1895, seorang pensyarah berbangsa Amerika bernama Dr.Toles yang mengajar di Kolej Latihan Fizikal Madame Osterberg, England telah memperkenalkan cara-cara bermain bola keranjang dalam dewan kepada pelajar-pelajar perempuan kolej tersebut.Sungguhpun permainan itu mirip bola keranjang pada mula-mulanya, namun tidak terdapat peraturan permainan yang khusus. Ukuran gelanggang juga tidak bersempadan dan tanpa garisan bulat seperti gelanggang bola keranjang. Gol yang digunakan ialah bakul sampah.Pada tahun 1897, kolej itu didatangi oleh seorang guru wanita berbangsa Amerika. Beliau telah mengubahsuai permainan ini berdasarkan permainan bola keranjang. Gol yang berbentuk gelung besi menggantikan bakul sampah. Gelanggang permainan pula dibahagi kepada tiga kawasan. Namun begitu, bola keranjang telah digunakan sebagai bola jaring.Bola jaring menjadi permainan yang popular di England. Banyak kelab, kolej, dan sekolah bermain permainan ini secara aktif. Sungguhpun begitu peraturan permainan masih berbeza-beza.Pada tahun 1901, akhirnya sebuah buku rasmi peraturan bola jaring diterbitkan di England. Peraturan tersebut dibuat bertujuan untuk membezakan permainan ini dengan bola keranjang. Pengiraan skor dibuat setiap kali bola dimasukkan ke dalam jaring. Permainan ini secara rasmi dinamakan bola jaring apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukar kepada jaring. Ukuran bola juga dikecilkan kepada ukuran bola sepak. Langkah ini bertujuan agar kilang dapat mengeluarkan bola yang khusus untuk bola jaring.Negara-negara tanah jajahan British seperti Australia, New Zealand, India, Malaysia, Afrika, dan Hindia Barat diperkenalkan dan mula bermain bola jaring. Pertandingan antarabangsa yang pertama adalah di antara England, Wales dan Scotland, iaitu pada tahun 1949. Menjelang tahun 1960 Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa ditubuhkan. Serentak itu juga, undang-undang permainan bola jaring bagi peringkat antarabangsa dibuat.Pertandingan yang teragung bagi permainan ini ialah Pertandingan Bola Jaring Sedunia yang dijalankan setiap empat tahun sekali.Di Malaysia, perkembangan bola jaring bermula di sekolah-sekolah. Guru-guru berbangsa Inggeris memperkenalkan permainan kepada murid-murid tempatan. Sehingga kini permainan bola jaring menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat negeri dan kebangsaan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat kelab, permainan ini dijalankan sebagai aktiviti rekreasi.Di kalangan kaum wanita Malaysia, permainan bola jaring merupakan permainan yang popular.Sungguhpun begitu hanya pada tahun 1978 barulah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan. Petrsatuan ini berperanan menganjurkan aktiviti di peringkat kebangsaan seperti pertandingan bola jaring antara negeri dan menyediakan pasukan bola jaring Malaysia untuk pertandingan-pertandingan antarabangsa.