10 july '13 - bbap 2103

Upload: khairul-nisa

Post on 10-Feb-2018

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    1/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    < BUSINESS MANAGEMENT >

    < SEMESTER 8 / YEAR 3 >

    < BBAP2103 >

    < MANAGEMENT ACCOUNTING >

    MATRICULATION NO : < 670928015756001>

    IDENTITY CARD NO. : < 670928-01-5756>

    TELEPHONE NO. : < 012-7854533 >

    E-MAIL : < [email protected] >

    LEARNING CENTRE : < JOHOR LEARNING CENTER >

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    2/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Isi Kandungan

    1. Pengenalan Syarikat

    2. Pengekosan Tempahan Kerja (gambarajah)

    3. Pengumpulan, Pengukuran dan Peruntukan Kos (gambarajah)

    4. Pengekosan Produk

    5. Pengekosan Kerja

    6. Tiga sumber dokumen yang digunakan di dalam Sistem Kos

    Lembaran Kos Kerja

    Lembaran Belian Bahan

    Tiket Masa Pekerja

    7. Kadar Overhed Pratentu (KOP) & Proses Alokasi

    8. Cara Pengiraan KOP Unit Keluaran

    9. Cara Pengiraan KOP Jam Mesin

    10. Penutup

    11. Lampiran

    12. Rujukan

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    3/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    P engenalan Syarikat

    SyarikatAl-Haqeem Kedai Jahit telah ditubuhkan pada tahun 2002 dengan mengambil

    upah menjahit pakaian perempuan Baju Kurung Johor (Telok Belanga) secara kecil-

    kecilan sahaja dengan bermula dari rumah dan kemudiannya telah berkembang dengan

    pesat setelah mendapat kepercayaan para pelanggan yang suka akan mutu jahitan pada

    pakaian tersebut dan ianya sedap dipakai. Dan kini, Syarikat Al-Haqeem Kedai Jahit

    telah beroperasi selama lebih 10 tahun dalam bidang pembuatan pakaian perempuan

    khusus pakaian Baju Kurung Johor dan juga menerima tempahan pelbagai fesyen

    pakaian perempuan. Ia terletak di No. 10, Jalan Sentosa, Kg Melayu Majidee, 81100

    Johor Bahru, Johor Darul Tazim. Ia mempunyai pekerja seramai 15 orang secara

    langsung (buruh langsung) dan pekerja kontrak (buruh tidak langsung) yang diambil

    bekerja mengikut tempahan yang diterima kerana tempahan adalah tidak menentu

    mengikut musim . Tempahan diterima biasanya secara individu dan juga adakalanya

    secara borong.

    Seperti juga syarikat-syarikat pembuatan dan servis yang lain, Al-Haqeem Tukang Jahit

    juga ada Produk Pengekosan, oleh itu ia juga turut mempunyai 3 (tiga) ciri penting di

    dalam Produk Pengekosan iaitu bahan langsung, buruh langsung (buruh tidak langsung)

    dan juga overhed langsung. Ini akan kita bincangkan dengan lebih terperinci di muka

    surat yang lain.

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    4/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    GAMBARAJAH 1 :

    Pengekosan Tempahan Kerja (Job Order Cost)

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    5/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Gambarajah2 : Aliran Pesanan Kerja (Job Cost)

    Gaji Buruh Tak Langsung

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    6/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Pengekosan Produk (Product Costing)

    Maklumat Pengekosan Produk (Product Costing) adalah diperlukan untuk pelbagai

    tujuan. Di antaranya adalah perancangan, penyediaan belanjawan, kos kawalan dan

    memberi informasi untuk proses membuat keputusan seperti dari segi harga, penentuan

    campuran produk dan jumlah yang perlu dikeluarkan termasuk juga penilaian prestasi

    pekerja. Selain dari itu, melalui aspek perakaunan dan laporan kewangan, maklumat

    pengekosan produk (Product Costing) diperlukan untuk menilai inventori dalam kunci

    kira-kira, mengira kos barang-barang dalam penyata pendapatan dan membekalkan

    maklumat bagi tujuan cukai, harga kontrak, tuntutan insurans dan lain-lain lagi.

    Pengekosan Produk (Product Costing) tidak hanya terhad kepada syarikat-syarikat

    pembuatan. Ia diperlukan dalam semua jenis organisasi sama ada mereka berorientasikan

    keuntungan atau tidak, dan sama ada mereka terlibat dalam menyediakan perkhidmatan

    atau dalam menghasilkan barangan. Peranan dan penggunaan pengekosan produk

    (Product Costing) di sebuah firma komersial adalah sama seperti yang di sebuah firma

    pembuatan di mana produk pengekosan (Product Costing) boleh diinventori dan ia

    boleh ditukar kepada kos barangan yang dijual sebaik sahaja produk itu dijual. Namun, di

    dalam kes sebuah firma perkhidmatan. Kos perkhidmatan tidak boleh diinventori kerana

    sifat perkhidmatan yang tidak boleh disimpan atau dijual kemudian sebagaimana yang

    boleh dilakukan bagi produk atau barangan. Walaupun begitu, firma perkhidmatan seperti

    bank, pejabat pos, hospital dan majlis perbandaran masih memerlukan kos maklumat bagi

    tujuan perancangan, kos mengawal dan membuat keputusan.

    Pengekosan Produk (Product Costing) informasi diperlukan apabila melibatkan

    pengukuran (measuring), merekod (recording) dan melaporkan (reporting)

    mengenai kos produk.

    Berdasarkan kumpulan maklumat kos, kedua-dua jumlah kos dan kos bagi setiap unit

    setiap produk boleh ditentukan. Ketepatan maklumat kos amat kritikal kepada kejayaan

    sesebuah syarikat, di mana ia boleh membuat impak yang besar pada setiap keputusan,

    terutamanya dalam menentukan pengeluaran produk, kuantiti dan harga sesebuah produk

    itu.

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    7/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Satu sistem kos produk mengandungi beberapa akaun untuk merekod pelbagai jenis

    kos pengeluaran, iaitu, kos bahan langsung, kos buruh langsung dan pembuatan kos

    overhed. Aliran kos di seluruh akaun perkilangan boleh dipermudahkan seperti dalam

    Gambarajah 3 dan 4. Kesemua akaun-akaun tersebut dikumpulkan ke dalam Lejar Am

    Syarikat. Salah satu ciri-ciri penting produk pengekosan ialah penggunaan sistem

    inventori berterusan, di mana maklumat kos boleh dikemaskini serta-merta. Secara

    umumnya, terdapat dua jenis sistem kos produk yang digunakan secara meluas didalam

    operasi pengeluaran, iaitu Pesanan Kos Kerja (Job Order Costing) dan Pengekosan

    Produk (Product Costing). Pemilihan jenis sistem Proses Pengekosan Produk yang

    sesuai bergantung kepada jenis-jenis industri dan proses pembuatan, dan ia adalahberkemungkinan juga Syarikat pengeluar boleh menggunakan kedua-duanya pada masa

    yang sama.

    Gambarajah 3 :

    Ringkasan Klasifikasi Kos

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    8/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Gambarajah 4 : Aliran Kos melalui Akaun Pengeluaran

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    9/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Pengekosan Kerja

    Dalam sistem pengekosan kerja yang juga dikenali sebagai sistem kos pesanan kerja, kos

    akan dikenakan terhadap setiap kerja. Kerja boleh berbentuk satu unit produk atau

    kelompok atau satu kumpulan kerja.

    Jenis produk yang menggunakan sistem pengekosan tempahan kerja ialah seperti :

    i) Percetakan buku

    ii) Penghasilan perabot

    iii) Pembuatan pakaian

    iv) Pembinanaan bangunanv) Firma perkhidmatan seperti firma rundingan, guaman dan pengauditan.

    Ciri-ciri Pengekosan Tempahan Kerja

    1. Pelbagai Produk yang berbeza antara satu sama lain

    2. Kos dikumpul mengikut kerja

    3. Kos Unit dikira dengan mengagihkan jumlah kos kerja dengan unit keluaran

    dalam kerja tersebut.

    Kos pengeluaran adalah diklasifikasikan kepada tiga kategori utama, iaitu, bahan

    langsung (direct material), buruh langsung (direct labour) dan overhed pengeluaran

    (manufacturing overhead). Di dalam pesanan kos kerja, kita akan dapat melihat

    bagaimana setiap kategori kos direkodkan dan dikumpulkan.

    Untuk kos kerja, setiap kerja yang dilakukan akan diperuntukan bagi kos bahan langsung,

    buruh langsung dan overhed pembuatan. Semua kos ini merupakan input bagi sistem

    pengekosan produk . Sebaik sahaja ada kos yang terlibat, ia akan dimasukkan ke dalam

    proses akaun Inventori di dalam lejar. Akaun Lejar subsidiari perlulah sentiasa

    dikemaskini bagi mengenalpasti kos pengeluaran yang diperuntukkan bagi setiap kerja.

    Akaun Lejar subsidiari yang diperuntukkan bagi setiap kerja merupakan satu dokumen

    yang dikenali sebagai Lembaran Kos Kerja (Job Cost Sheet).

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    10/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Tiga sumber dokumen yang digunakan di dalam Sistem Kos (Costing System)

    1. Lembaran Kos Kerja (Job Cost Sheet)

    2. Lembaran Belian Bahan (Material Acquisition Form)

    3. Tiket Masa Pekerja (Time Ticket)

    1. Lembaran Kos Kerja (Job Cost Sheet)

    Jabatan akaun akan menyediakan lembaran kos kerja, sebaik sahaja arahan

    pengeluaran dikeluarkan. Lembaran kos kerja disediakan secara berasingan bagi

    setiap kerja. Satu contoh yang ditunjukkan dalam Gambarajah 5.

    Dalam lembaran kos kerja, tiga bahagian digunakan untuk mengumpulkan kos bahan

    langsung, buruh langsung dan overhed pengeluaran. Dua bahagian yang lain

    digunakan untuk mencatat jumlah kos dan kos purata seunit dan untuk mengenalpasti

    unit yang telah dihantar kepada pelanggan. Selain dianggap sebagai medium untuk

    mengenakan atau meletakkan kos untuk kerja, lembaran kos kerja juga bertindak

    sebagai lejar subsidiari yang mana ia mengandungi butir-butir kerja dalam proses

    yang akan meningkatkan nilai di dalam kerja-kerja di dalam akaun inventori.

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    11/27

    Al-Haqeem - Kedai Jahit

    Lembaran Kos Kerja

    No Kerja : 0873 Tarikh Mula : 10 Jun 2013

    Bahagian : Pengeluaran Tarikh Siap : 15 Jun 2013

    Item : Baju Kurung Johor Unit siap : 20 pasang

    Untuk : Butik Hanis

    Bahan Langsung Buruh Langsung Overhed perkilangan

    Belian Jumlah (RM) NoTiket

    Jam Jumlah(RM)

    Jam Kadar (RM)

    Jumlah(RM)

    BenangZipButangKun

    10.0020.0020.0060.00

    J567J621J962J746

    8888

    44.0044.0044.0044.00

    5462

    4.008.005.009.00

    20.0032.0030.0018.00

    Ringkasan Kos (RM) Unit yang dikeluarkan

    Bahan Langsung : 110.00 Tarikh Nombor Baki

    Buruh Langsung : 176.00 15 Jun 2013 K540 10 pasang

    Overhed perkilangan : 100.00

    Jumlah Kos : 386.00

    Kos seunit : 19.30

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Gambarajah 5 : Lembaran Kos Kerja

    Gambarajah di atas merupakanLembaran Kos Kerja bagi Al-Haqeem - Kedai

    Jahit. Lembaran Kos Kerja adalah dokumen yang digunakan untuk mengumpul

    kos untuk sesuatu kerja. Apabila kerja tersebut siap, kos kerja ditentukan dengan

    menjumlahkan kesemua kos. Bagi perniagaan ini, ia menjumlahkan kos bahan

    langsung, buruh langsung dan juga overhed perniagaan. Pada tarikh 15 Jun

    sebanyak 20 pasang baju berjaya disiapkan dan masih mempunyai baki sebanyak

    10 pasang lagi yang belum disiapkan. Daripada lembaran kos kerja ini juga, kita

    akan dapat mengetahui jumlah kos dan kos seunit bagi keluaran perniagaan

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    12/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    2. Lembaran Belian Bahan (Material Acquisition Form)

    Apabila bahan-bahan mentah diperlukan untuk proses pengeluaran, bahan-bahan mentah

    ini akan dipindahkan dari gudang atau stor kepada jabatan pengeluaran. Untuk

    membolehkan bahan-bahan mentah yang akan dibawa keluar ini, penyelia jabatan

    pengeluaran perlu mengisi dalam bentuk perolehan bahan ringkas oleh pegawai yang

    diberi kuasa untuk ditunjukkan kepada penyelia stor. Gambarajah 6 adalah contoh satu

    bentuk pembelian bahan mentah.

    Lembaran ini mengandungi maklumat terperinci mengenai harga, kuantiti dan jenisbahan yang akan dibawa keluar dari stor. Ia akan mengenal pasti pekerjaan yang akan

    dikenakan bagi penggunaan bahan-bahan tersebut. Lembaran ini merupakan dokumen

    sumber yang menjadi asas sesuatu catatan akaun dan juga bertindak sebagai satu cara

    untuk mengawal aliran bahan-bahan mentah ke dalam operasi pengeluaran. Satu salinan

    borang itu akan dihantar ke jabatan perakaunan, di mana kos bahan yang diperolehi

    dipindahkan daripada Akaun Bahan mentah untuk Kerja Dalam Proses dan juga bagi

    membolehkan maklumat kos bahan langsung yang akan dimasukkan ke dalam lembaran

    kos kerja untuk produk atau kerja yang sedang diproses.

    Pada masa kini, kebanyakan kilang-kilang menggunakan sistem komputer untuk

    memproses pengeluaran. Setiap jabatan dikaitkan online kepada sistem. Sistem itu

    akan mempercepatkan proses kos, mengurangkan penggunaan kertas dan mengurangkan

    kesilapan bahagian perkeranian. Dengan sistem ini, Penyelia di Jabatan Pengeluaran

    akan menyediakan lembaran pembelian bahan melalui terminal komputer dan kemudian

    lembaran secara automatik dihantar ke terminal di gudang dan juga Jabatan Perakaunan.

    Sistem pengurusan operasi atau kaedah dipanggil perancangan bahan-tuntutan

    (Material-requisitions planning - MRP) adalah lebih sesuai digunakan apabila operasi

    pengeluaran adalah lebih kompleks iaitu secara berperingkat-peringkat. Sistem

    berkomputer membantu pengurus dalam penjadualan pengeluaran setiap peringkat

    dengan memastikan setiap bahan, komponen atau separa siap bahan yang diperlukan

    adalah sentiasa tersedia untuk peringkat pengeluaran seterusnya

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    13/27

    Al-Haqeem Kedai Jahit

    Pembelian Bahan

    Diserahkan kepada : Jabatan Pengeluaran Tarikh : 30 May 2013

    Bayaran untuk kerja : No.0537 Belian no : P255

    Belian Kuantiti Nombor stok Kos seunit(RM)

    Jumlah (RM)

    BenangZipButangKun

    100200200300

    KJ 244B 211

    JL 2465ZY 790

    1114

    100.00200.00200.001200.00

    Total 800 1500.00

    Diminta oleh : Nur Hazimah Binti Mazlan Diluluskan oleh : Nur Atikah

    Nabilah Binti Busari

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Gambarajah 6 : Borang Perolehan Bahan

    Berdasarkan Gambarajah 6, ia merupakan lembaran bahan mentah yang

    dilakukan oleh Al-Haqeem - Kedai Jahit pada 30 Mei 2013. Bahan mentah yang

    dibeli adalah seperti benang, zip, butang dan kun. Perniagaan ini akan membeli

    bahan mentah yang sama pada setiap bulankerana ia merupakan bahan asas

    dalam pembuatan pakaian Baju Kurung Johor Teluk Belanga.

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    14/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    3. Tiket Masa Pekerja (Time Ticket)

    Tiket Masa Pekerja adalah dokumen sumber yang digunakan untuk merekod waktu yang

    digunakan oleh buruh langsung dan juga buruh tidak langsung untuk sesuatu pekerjaan.

    Borang ini atau tiket masa pekerja ini hendaklah dipenuhi oleh pekerja bagi merekodkan

    jumlah masa yang diperuntukkan untuk melakukan pelbagai pekerjaan pengeluaran. Sila

    rujuk kepada contoh tiket masa pekerja dalam Gambarajah 7. Jabatan Perakaunan akan

    mengira masa yang diambil untuk setiap pekerjaan didarab dengan kadar gaji pekerja dan

    kos buruh langsung direkodkan ke dalam Akaun kerja dalam proses dan Lembaran Kos

    Kerja. Pekerja ini juga melakukan satu jam kerja pembersihan di kilang. Jabatan

    perakaunan akan mencatatkan masa ini sebagai buruh tidak langsung, di mana kos untuk

    satu jam ini dilaporkan sebagai overhed pembuatan.

    Terdapat banyak kilang-kilang yang bergantung kepada sistem jam atau sistem merekod

    masa berkomputer, di mana pekerja bermula dan mengakhiri setiap kerja ke dalam sistem

    dengan menggunakan kod bar. Sistem ini disambungkan terus ke komputer yang

    menghantar maklumat rekod masa dari pangkalan data dalam talian untuk jabatan

    perakaunan bagi tujuan merekod.

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    15/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Gambarajah 7 : Tiket Masa Pekerja Buruh Langsung

    Berdasarkan Gambarajah 7, ia merupakan tiket masa pekerja bagi Buruh Langsung

    yang bernama Nurul Aisyah Binti Zainol yang bekerja di Bahagian Jahitan. Pada

    waktu 8.00 pagi sehingga 4.00 petang pekerja ini bekerja dengan kadar gaji sebanyak

    RM 5.50 sejam dan bermula jam 6.00 petang sehingga 8.00 malam, pekerja ini bekerja

    pada waktu lebih masa yang dibayar gaji sebanyak RM 8.25 sejam.

    Al-Haqeem - Kedai Jahit

    Tiket Masa Pekerja (Buruh Langsung)

    No. Tiket masa pekerja : K874 Pekerja : Nurul Aisyah Binti Zainol

    Tarikh :15 Jun 2013 No. pekerja : 764

    Bahagian: Bahagian Jahitan

    Mula Tamat Jumlah Jam Kadar sejam

    (RM)

    Jumlah (RM) No kerja

    8.00 pagi 4.00 petang 8 jam RM 5.50 RM 55 N258

    4.00 petang 5.00 petang 1 jam RM 5.50 RM5.50 Cleaning

    6.00 petang 8.00 malam 2 jam RM 8.25 RM 16.50 J0871

    Total 11 jam RM77.00

    Pemantau : Yuslina Binti Yacob

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    16/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Gambarajah 8 : Tiket Masa Pekerja Buruh Langsung

    Gambarajah 8 merupakan dokumen bagi Tiket Masa Pekerja bagi Buruh Tak

    Langsung. Bagi Al-Haqeem - Kedai Jahit, buruh tak langsung hanya akan diambil jika

    hanya ada pesanan lebih dan memerlukan pekerja tambahan untuk menyiapkan

    pesanan pelanggan. Kadar gaji yang diberi bagi buruh tak langsung adalah sama

    dengan kadar gaji untuk buruh langsung.

    Al-Haqeem - Kedai Jahit

    Tiket Masa Pekerja (Buruh Tidak Langsung)

    No. tiket masa pekerja : K874 Pekerja : Rahmah Binti Mohd Nor

    Tarikh : 15 Jun 2013 No. pekerja :864

    Bahagian : Bahagian Jahitan

    Mula Tamat Jumlah Jam Kadar sejam Jumlah No kerja

    8.00 pagi 4.00 petang 8 jam RM5.50 RM55.00 N258

    6.00 petang 8.00 malam 2 jam RM8.25 RM16.50 J0871Total 10 jam RM71.50

    Pemantau : Yuslina Binti Yacob

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    17/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Gambarajah 9 : Aliran Dokumen

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    18/27

    Nor Hafidzah binti Md Khalid BBAP2103

    Bagaimana Overhed pembuatan diagihkan antara perbezaan pekerjaan / produk

    1. Kadar Overhed Pratentu (Predetermined Overhead Rate)

    Kita perlu mengambil perhatian bahawa kadar overhed pratentu adalah berdasarkan

    anggaran sahaja dan tidak kepada angka sebenar. Ini adalah kerana kadar yang telah

    ditetapkan telah dikira sebelum tempoh berkenaan bermula. Pada hakikatnya, syarikat itu

    juga boleh mengira kadar overhed berdasarkan kepada maklumat yang sebenar. Katakan

    bahawa syarikat itu menunggu sehingga akhir tempoh perakaunan supaya kos overhed

    sebenar dan asas peruntukan keseluruhan. Sebagai contoh, jam buruh langsung yang telah

    digunakan melalui tempoh yang berkenaan, boleh dikenal pasti maka kadar yangdiperolehi pasti menjadi tepat, tetapi malangnya maklumat yang diperolehi mungkin

    kurang berguna kerana ia tidak disediakan tepat pada masanya.

    Dalam erti kata lain, pengurus perlu menunggu sehingga akhir tempoh sebelum dia

    mendapat maklumat yang sebenar, sedangkan maklumat kos produk amat diperlukan pada

    peringkat awal bagi tujuan perancangan, kawalan dan membuat keputusan mengenai

    perkara-perkara seperti harga dan sebagainya. Syarikat itu juga terpaksa mengira kadar

    overhed sebenar lebih kerap kerana ia bergantung kepada tempoh menyiapkan kerja yang

    berbeza. Ini akan menyebabkan kadar overhed sebenar sentiasa berubah-ubah. Oleh itu,

    atas sebab-sebab ini, kebanyakan syarikat lebih suka menggunakan kadar overhed

    pratentu berbanding dengan kadar overhed sebenar.

    Kadar Overhed Pratentu boleh dikira menggunakan formula A berikut :-

    Formula A

    Kadar Overhed Pratentu adalah digunakan untuk alokasikan kos overhed pada

    sesuatu kerja. Kos Overhed Alokasi juga dikenali dengan overhed serap. Ini

    ditunjukkan dengan gambarajah formula B di bawah ini.

    Formula B

    Predetermined Overhead Rate = Estimated Total Manufacturing Overhaed Cost

    Estimated Total Activity or Allocation Base

    Absorbed Overhead =X

    Total Activity or Allocation Base

    Involved in the job

    Predetermined Overhead

    Rate

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    19/27

    2. Proses Alokasi (Allocation Process)

    Dapat mengenal pasti dan membincangkan masalah utama menggunakan asas yang tidak

    sesuai bagi peruntukan overhed dan disokong dengan contoh.

    Gambarajah10 :

    Asas Pengiraan KOP (KADAR OVERHED PRATENTU)

    ASAS AKTIVITI

    UNIT KELUARAN

    KOS BAHAN LANGSUNG

    JAM MESIN

    KOS BURUH LANGSUNG

    JAM BURUHLANGSUNG

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    20/27

    Cara Pengiraan Overhed diserap menggunakan KADAR OVERHED PRATENTU

    (KOP) dengan menggunakan UNIT ASAS AKTIVITI bagi UNIT KELUARAN

    Berikut merupakan formula yang terlibat untuk mengira overhed terlebih atau

    terkurang serap.

    Overhed Diserap = KOP x Asas Aktiviti Sebenar

    Overhed Terlebih Serap = Overhed Diserap > Overhed Sebenar

    Overhed Terkurang Serap = Overhed diserap < Overhed sebenar

    Anggaran overhed perniagaan tahunan

    Item Kos (RM)

    Susut nilai mesin jahit 800.00Utiliti 2400.00Cukai harta 1000.00Lain-lain kos 1200.00

    Buruh tak langsung 2400.00Jumlah 7800.00

    Gambarajah 11

    Berdasarkan Gambarajah 11 di atas, ia merupakan item-item yang terkandung di dalam

    anggaran overhed AL-Haqeem - Kedai Jahit. Anggaran ini dibuat pada awal tahun kerana

    perniagaan hanya menjangkakan kos-kos ini sahaja yang terlibat. Selain itu, anggaran ini

    dinilai berdasarkan setahun dan setelah ditambah kesemua item itu, jumlahnya adalah

    RM7800.00

    Kadar Overhed Pratentu (KOP) =Anggaran Overhed Tahunan

    ---------------------------------------------

    Anggaran Asas Aktiviti Tahunan

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    21/27

    Kadar overhed pratentu =

    =

    Overhed diserap = RM 3.90 x 2400

    = RM9360.00

    Overhed Perniagaan Sebenar

    Item Kos (RM)

    Susut nilai mesin jahit 470.00Utiliti 2253.00

    Cukai harta 800.00Lain-lain kos 1100.00Buruh tak langsung 2200.00Jumlah 6823.00

    Gambarajah 12

    Berdasarkan Gambarajah 12 di atas, ia merupakan kos sebenar overhed AL-Haqeem -

    Kedai Jahit yang terlibat. Nilai ini hanya dapat diketahui pada akhir tahun ketika

    penutupan penyata kewangan dilakukan. Dengan itu, dapat diketahui kos sebenar bagi

    overhed perniagaan ini adalah sebanyakRM6823.00.

    Anggaran Aasas Aktiviti tahunan adalah menggunakanUnit Keluaran iaitu sebanyak

    2000 pasang baju. Walaupun begitu, pada tahun itu unit keluaran yang telah dikeluarkan

    adalah sebanyak2400 pasang baju.

    Berdasarkan pada pengiraan yang dibuat, dapat diketahui perniagaan ini mempunyai

    Overhed Terlebih Serap kerana overhed diserap lebih besar daripada overhed sebenar.

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    22/27

    Ini terjadi adalah kerana jumlah anggaran overhed bagi Al-Haqeem - Kedai Jahit lebih

    tinggi daripada overhed sebenar yang didapati pada akhir tahun.

    Pelarasan perlu dilakukan pada akhir tempoh perakaunan dan pelarasan yang dibuat

    adalah kepada Kos Barang Dijual.

    Berikut merupakan pelarasan yang bagi overhed terlebih serap bagi Al-Haqeem - Kedai

    Jahit

    Debit Overhed Perniagaan RM9360.00

    Kredit Kos Barang Dijual RM9360.00

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    23/27

    Cara Pengiraan Overhed diserap menggunakan KADAR OVERHED PRATENTU

    (KOP) dengan menggunakan UNIT ASAS AKTIVITI bagi JAM MESIN

    Jika menggunakan asas aktiviti jam mesin. Anggaran jam mesin pada tahun itu ialah

    sebanyak20 000 jam. Pada akhir tempoh perakaunan , sebanyak18 000 jam mesin

    sebenar yang telah digunakan.

    Berdasarkan pengiraan diatas,dapat diketahui Overhed Diserap lebih kecil berbanding

    Overhed Sebenar.

    KOP Berdasarkan JAM MESIN =

    RM780020000 jam

    = RM3.90

    Overhed Diserap = RM0.39 X 18000 jam

    = RM7020.00

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    24/27

    Pelarasan bagi overhed terkurang serap adalah seperti berikut :-

    Berdasarkan pengiraan jika menggunakan Asas Aktiviti Unit Keluaran, didapati

    perniagaan mempunyai Overhed Terlebih Serap tetapi jika menggunakan asas Aktiviti

    Jam Mesin, perniagaan akan mendapat Overhed Terkurang Serap. Ini adalah kerana,

    perniagaan tidak menggunakan asas aktiviti yang tidak sama iaitu pada awalnya

    menggunakan Asas Aktiviti Unit Keluaran dan selepas itu menggunakan Asas Aktiviti

    Jam Mesin. Bagi sesebuah perniagaan, sepatutnya syarikat perlu mematuhi konsep

    ketekalan di mana syarikat menggunakan cara dan kaedah yang sama bagi mengukur

    tahap prestasi syarikat.

    Debit Kos Barang Dijual RM7020.00

    Kredit Overhed Perniagaan RM7020.00

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    25/27

    Ringkasan

    Perniagaan Al-Haqeem menggunakan kaedah pengekosan tempahan kerja Job Order

    Costing. Kaedah ini mengenakan kos terhadap setiap kerja yang dilakukan apabila

    menerima pesanan daripada pelanggan. Setiap kerja (tempahan) diikuti dengan

    penyediaan lembaran kos kerja yang mana kos-kos bahan mentah, buruh langsung,

    overhed perniagaan diambil kira. Kos ini diperolehi dengan merujuk kepada rekod-rekod

    seperti kad masa pekerja, lembaran belian bahan mentah, dan penggunaan kadar overhed

    yang dipratentukan (dianggarkan). Disebabkan tiap-tiap perkara perlu direkodkan untuk

    tujuan kerja-kerja yang khusus, maka system pengekosan ini menghasilkan maklumat-

    maklumat yang penting bagi setiap pesanan.

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    26/27

    2,582 perkataan

    RUJUKAN

    Malaysia Accounting Standards Board MASB 2. Inventories. KualaLumpur: MASB.

    Malaysian Accounting Standards Board (Standard 1). Presentation of financialstatements. Kuala Lumpur: MASB.

    Shamsul Nahar Abdullah (2000). Perakaunan pengurusan; Warren Carl S.,

    Reeve, James M., and Fess, Phillip E., (1999). Accounting. (19th ed.).International Thompson Publishing. UUM, Sintok: Penerbit UUM.

    Akilah Abdullah et al. (1999). Perakaunanperniagaan, Modul PJJ. UUM,Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE).

    Che Zuriana et al. (2001). Siri buku pendidikan perakaunan perniagaan (3rd ed.). UUM, Sintok: Penerbit UUM.

    Malaysian Accounting Standards Board, MASB 3: Net profit or loss forthe period, fundamental errors and changes in a Accounting policies. KualaLumpur: MASB.

    Authors name (year). Book, Title, Publication

    Source Nisak rubric 2

  • 7/22/2019 10 JULY '13 - BBAP 2103

    27/27

    Source Lecturers Notes Job Order Costing

    Source : Online Learning Centre

    Principle of Accounting.com