102723751 kaedah gabungan bunyi kata

Upload: mais77

Post on 24-Feb-2018

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    1/47

    KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA KGBKMAZRI BIN ABD RAHMAN IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK 012-9875170/0139818018

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    1

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    2/47

    WAJIB TAYANG

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    2

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    3/47

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    4/47

    KENAPA KANAK-KANAK BELAJAR MEMBACA DAN MENULIS?2M asas untuk belajar pelajaran yang lain Mengurang dan menghapuskan kelemahan

    bertimbun dalam pendidikan Mengikut teori kelemahan bertimbun atau cumulative defisit, segala kelemahan pembelajaran termasuk kelemahan membaca dan menulis hendaklah di atasi daripada peringkat awal lagi iaitu peringkat prasekolah dan Tahun1. Kelemahan asas 2M hendaklah dikuasai oleh murid sebelum berakhir Tahun 3 per

    sekolahan rendah.mazriabdrahman 13/8/2012

    4

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    5/47

    PENGENALAN KGBKMula diperkenalkan semasa KONPEN 1979 di Kuantan. Diperkenalkan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr Isahak Haron. Sebagai alternatif mengajar bahasa Melayu kerana ciri-ciri istimewa bahasa Melayu itu sendiri. Sebagai satu usaha mengatasi masalahramai murid di sekolah rendah terutama di SK tidak boleh membaca.mazriabdrahman 13/8/2012

    5

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    6/47

    KEDUDUKAN KGBKKaedah pilihan ke-4 dalam buku Panduan Am KBSR. Kaedah utama buku Panduan Guru bahasa Malaysia KBSR 1981 SRJK Aras dalam KGBK dijadikan asas pembinaan konstrukLINUS.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    6

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    7/47

    KONSTRUK LITERASI 1.Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. 2.Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka 3.Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. 4.Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup 5.Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. 6.Keupayaan membacadan menulis perkataan yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.

    ARAS DIAGNOSTIK KGBK i.

    ii. iii. iv. v. vi.

    Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah Membunyikan sukukata mudah Membaca perkataan suku kata terbuka Membaca suku kata tertutup Membaca perkataan suku katatertutup Membaca perkataan membezakan bunyi e taling dan e pepet dan o

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    7

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    8/47

    KONSTRUK LITERASI VS ARAS DIAGNOSTIK KGBKKONSTRUK LITERASI 7.Keupayaan membaca dan menulis perkataan diftong 8.Keupayaanmembaca dan menulis perkataan vokal berganding. 9.Keupayaan membaca dan menulisdigraf dan konsonan bergabung. 10.Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. 11.Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. 12.Keupayaan memahami ayat berdasarkan bahan rangsangan. ARAS DIAGNOSTIK KGBK vii. Membacaperkataan suku kata tertutup ng viii. Membaca perkataan suku kata geluncuran da

    n diftong ix . Membaca perkataan dengan suku kata nga dan nya x. Membaca perkataan dengan penambahan me, mem dan ber xi. Membaca ayat pendek xii. Membaca ayat dan cerita.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    8

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    9/47

    DASAR KERAJAANMembolehkan murid tahap 1 menguasai kemahiran 3M pada akhir tahun 2012 (LINUS) Meningkatkan peratus kanak-kanak 6 tahun mendapat pendidikan prasekolah dari 67%(2009) kepada 85% (2012)

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    9

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    10/47

    APLIKASI PRAKTIKAL KGBKBoleh digunakan oleh guru untuk mengajar

    kanak-kanak 5 6 tahun di prasekolah Boleh digunakan oleh guru sekolah rendah tahun 1 Boleh digunkan oleh guru pemulihan Boleh dilatih dan disebarkan oleh guru-guru berkenaan dan kepada ibu bapa

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    10

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    11/47

    Kebanyakan murid di sekolah rendah yang

    tidak boleh membaca atau lemah membaca adalah disebabkan mereka tertinggal sedikit semasa di Tahun 1. Mereka tercicir semasa di Tahun 2 dan 3.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    11

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    12/47

    PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA & MENULIS1. DARI PERSPEKTIF ILMU FONETIK LINGUISTIK Semua bahasa terdiri daripada bunyi asas dan

    daripada itu menjadi perkataan. Kanak-kanak hendaklah diajar simbol-simbol yangmewakili bunyi asas dan kemudian mengeja perkataan Murid harus kenal terlebih dahulu semua abjad dan bunyi abjad. Selagi murid belum kenal huruf, murid dianggap

    belum boleh diajar membaca perkataan dan ayat.mazriabdrahman 13/8/2012

    12

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    13/47

    Murid diajar mengenal nama huruf secara

    teratur dalam abjad dan bunyinya. Guru mengaitkan gambar dengan huruf. Murid menulis setiap huruf, kadang-kadang satu muka surat untuk satu huruf. Murid menulis

    huruf besar dan huruf kecil. Menghafal a hingga z adalah penting sebelum muriddiajar membaca.mazriabdrahman 13/8/2012

    13

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    14/47

    2. DARIPADA TEORI PSIKOLOGI

    PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Kanak-kanak belajar bahasa melalui pengalamanyang bermakna termasuk mendengar dan bertutur perkataan, ayat dan cerita yang bermakna daripada ibu bapa dan orang-orang di sekeliling kita. Kebolehan kanak-kanak membaca dan menulis menjelma akibat daripada interaksi dengan orang-orang disekeliling mereka. (Marie Clay:1966 menggunakan istilah the emergent literacy) D

    ikenali sebagai kaedah seluruh kata.mazriabdrahman 13/8/2012

    14

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    15/47

    Kaedah yang biasa digunakan berkaitan teori

    psikologi kognitif kanak-kanak kaedah pandang dan sebut kaedah cerakin KBSR 1980-an kaedah cerita Marie Clay kaedah berdasarkan gambar (PWIM/ picture word inductive model yang dipopularkan oleh Emily Calhoun) kaedah temamazriabdrahman 13/8/2012

    15

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    16/47

    KAEDAH CERITA MARIE CLAYMemperkenalkan kaedah graded books

    kanak-kanak dibimbing membaca buku cerita yang dianggap sesuai dengan kebolehannya. Guru membantu secara individu membaca perkataan/frasa yang sukar. Kaedah membaca kuat sebuah buku cerita dari the big book. Murid akan melihat dahulu tulisan sesuatu cerita yang dibaca kuat dan guru akan ambil beberapa perkataan untuk m

    engajar murid.mazriabdrahman 13/8/2012

    16

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    17/47

    Sesuaikah kaedah ini?

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    17

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    18/47

    KAEDAH KGBKMenggabungkan kaedah fonik dan kaedah

    seluruh kata dalam satu kaedah yang sepadu, sistematik berasaskan ciri-ciri yangterdapapt dalam sistem ejaan bahasa Melayu, suku kata yang jelas dan tatabahasaBM yang lebih mudah daripada bahasa Inggeris.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    18

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    19/47

    Kaedah ini berasaskan gabungan kaedah

    fonik (bunyi huruf), membina suku kata dan kaedah seluruh perkataan untuk dibaca. Dalam 1 atau 2 pelajaran sahaja, murid boleh memeahami beberapa patah perkataan dan hasilkan frasa yang mudah.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    19

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    20/47

    KAEDAH KGBKBerasaskan ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam

    bahasa lain. Mengambil kira sistem ejaan bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik setiap huruf mewakili satu bunyi kecuali huruf e. Suku kata bahasa Melayu jelas Tatabahasa Melayu lebih mudah daripada bahasa Inggeris dan Arab kerana tidak

    ada perbezaan bentuk gender (lelaki perempuan), sedikit atau banyak (plural), dan perbezaan waktu (past tense, present tense)mazriabdrahman 13/8/2012

    20

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    21/47

    KAEDAH KGBKDalam KGBK; Murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a sampai z. Ia mengambil masa panjang. Murid tidak perlu diajar semua suku kata terbuka seperti ba bi bu be be bo dan sebagainya yang mengambil masa panjang juga. Murid tidak perlu diajar mengecam seluruh perkataan (pandang sebut) dan menghafal bentuknya, kemudian cerakin untuk mengenal huruf dan bunyi huruf (kaedah seluruh kata) Dalam KGBK, murid terus membina dan membaca per

    kataan berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pembelajaran.mazriabdrahman 13/8/2012

    21

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    22/47

    PERINGATANKGBK adalah fasa pertama umtuk memudahkan

    murid mula belajar membaca. dalam KGBK, yang dipentingkan ialah huruf kecil. Huruf besar disisipkan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kekeliruan murid. Latihan mengeja dilakukan sebagai pengukuhan setelah murid boleh membaca. Setelahasas ini dikuasai, murid boleh membaca sendiriayat dan cerita mudah. Fasa kedua,

    murid diberi peluang dan dorongan membaca pelbagai bahan bacaan seperti puisi,cerita dan buku pilihan supaya mereka terus minat membaca.mazriabdrahman 13/8/2012

    22

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    23/47

    Program Linus di Hulu Kelantan

    Ceramah Pedagogi Literasi di PPD Pasir Mas, Kelantan

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    23

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    24/47

    Ceramah Pedagogi Literasi di PPD Bachok Kelantan

    Pembinaan BBM

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    24

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    25/47

    LANGKAH ASAS DALAM KGBK: MEMBACA DAN MENULIS.Perkenalkan bunyi vokal mudah a, i dan u dan cara menulisnya. Perkenalkan bunyikonsonan mudah seperti b dan cara menulisnya. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. Bina perkataan daripada suku kata (kv + kv) seperti baba bibi bubu babu ibu. Bina rangkai kata atau ayat seperti u bi i bu a bu Murid menyalin apa yang mereka baca.mazriabdrahman 13/8/2012

    25

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    26/47

    JADIKAN PENGAJARAN LEBIH MENARIK DAN MENYERONOKKANGunakan semua panca indera, terutama dengar, lihat dan

    lakukan. Buat cerita rekaan, meramal cerita seterusnya (anekdot)ipgktar\anekdot\Power point Anekdot (1).pptx Baca cerita kepada murid dan baca bersama murid buk

    u yang menarik. Beri peluang murid membaca (Teater membaca)ipgktar\mbmsriamanapril2012\teater pembaca.wmv Adakan pelbagai permainan seperti membina perkataan daripada suku kata, melengkapkan perkataan dengan huruf, cari gambar Teater bercerita, didik hibur, boneka.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    26

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    27/47

    Aras 1 ; Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudahi. ii.

    iii. iv.

    Murid diperkenalkan dengan bunyi vokal a, i dan u. Latih tubi menyebut bunyi danmenulis vokal agar murid dapat mengingat bunyi dan mengenal vokal tersebut. Mem

    perkenalkan bunyi huruf konsonan b, c dan k. Latih tubi menyebut bunyi dan menulis konsonan agar murid dapat mengingat bunyi dan mengenal konsonan tersebut.

    *

    Dalam pendekatan KGBK, murid tidak perlu kenal, ketahui dan menyebut semua namadan bunyi huruf dalam abjad sebelum diajar membina suku kata dan membaca perkataan. dalam KGBK, memadai murid mengenal dan boleh membunyi huruf vokal a, i, u dan huruf konsonan b,c dan k.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    27

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    28/47

    Aras 2; Membunyikan suku kata mudah.Menggabungkan konsonan b dengan vokal a, i dan u; i. ba bi bu Menggabungkan konsonan c dengan vokal a, i dan u i. ca ci cu Menggabungkan konsonan k dengan vokala, i dan u: i. ka ki ku Menambahkan vokal a, i dan u di hadapan suku kata i. abi abu aci acu ucu aki aku Menyalin untuk mengingat suku kata yang dibina.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    28

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    29/47

    Aras 3: Membaca perkataan suku kata terbuka.Cantumkan suku kata terbuka ba, bi,bu , ka, ki dan ku serta vokal a, i dan u membentuk

    perkataan suku kata terbuka seperti; i. baba, bibi, bubu, babu ii. abi, abu, ibuiii. kaki, kuku, kaku, iv. aki, aku v. baki, buku, baku, baka, buka vi. bubu abu, kaki ibu, buku aku

    mazriabdrahman 13/8/2012

    29

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    30/47

    Murid boleh melakukan aktiviti membina perkataan berdasarkan suku kata yang i. ii.

    dipelajari. Guru boleh mencipta ayat untuk dibaca oleh murid seperti; ibu baca buku kuku kaki ibu kaku Seterusnya guru memperkenalkan konsonan lain seperti t, sdan m. Pola pengajarannya adalah sama seperti sebelumnya.mazriabdrahman 13/8/2012

    30

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    31/47

    Aras 4: Membaca suku kata tertutup.menyebutnya. Contohnya; i. ka=kat ki=kit su=sut ii. la=lat/lamGuru memperkenalkan suku kata tertutup dan cara

    ku=kut

    sa=sat

    si= sit

    li= lit/lim dll

    * Suku kata tertutup seperti kan, bas, mak, jam dan sebagainya lebih sukar sedikit daripada suku kata terbuka. Kemahiran mengecam dan membunyikan suku kata tertutup menjadi asas untuk murid membaca banyak perkataan suku kata tertutup seperti ikan, bukit, lampu dan lain-lain.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    31

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    32/47

    Aras 5: Membaca perkataan suku kata tertutupGuru mencantumkan suku kata terbuka dengan

    suku kata tertutup (kv + kvk) yang telah dipelajari. bu + kit ka + sut ka + kakku + lat ma + kan

    * Murid akan boleh membaca perkataan suku kata tertutup setelah mereka belajar m

    encantum suku kata tertutup dengan suku kata lain(terbuka) supaya menjadi perkataan. Jika mereka sukar membaca perkataan-perkataan ini, guru perlu mengajar danmelatih murid mengecam dan menyebut suku kata tertutup, membina perkataan dan membacanya.mazriabdrahman 13/8/2012

    32

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    33/47

    Guru kemudiannya memperkenalkan

    beberapa konsonan lain, r, p dan n dan melaksanakan pengajaran seperti pola sebelumnya Bermula dengan suku kata terbuka, kemudiannya suku kata tertutup dan membentuk perkataan suku kata.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    33

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    34/47

    Aras 6: Membaca perkataan membezakan vokal e taling dan e pepet dan o.

    Guru memperkenalkan vokal e yang bunyi vokal tersebut. Harus diingat, bunyi e pepet dan e taling diperkenalkan serentak. Contoh; esok emak elok oren bebas betik

    ekor lembu Dalam ejaan bahasa melayu rumi, hanya vokal e mempunyai 2 bunyi yangberlainan yang melambangkan 2 fonem. itu sebabnya huruf e dikemudiankan sedikitdalam pengajaran awal membaca. Murid akan keliru dengan 2 bunyi e jika diajar pada peringkat awal. Huruf vokal o dikemudiankan juga kerana hampir sama bunyinyadengan vokal u .Lagi pun huruf o tidaklah sekerap diguna berbanding vokal u. Guru mengembangkan kemahiran murid dengan memperkenalkan bunyi huruf l,d, g, j, dan lain-lain mengikut kesesuaian.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    34

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    35/47

    Emak Enam Emas Kera Beli Besar Tebu

    Elok Esok Ekor Kelok Belon Beca Desa

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    35

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    36/47

    Aras 7: Membaca perkataan suku kata tertutup ngGuru memperkenalkan bunyi ng kepada murid. Menggabungkan perkataan suku kata dengan ng membentuk

    perkataan yang berakhir dengan ng. Contohnya; sayang kering payung lorong pusingkambing kambing longkang musang makan pisang.

    * Perkataan suku kata tertutup yang dieja dengan ng pada hujungnya tidak begitusukar untuk murid membaca dan menyebutnya setelah mereka boleh membaca perkataansuku kata tertutup. Lagi pun banyak perkataan yang dieja begini boleh diajar secara perkataan berima seperti datang petang, cincang kacang, cacing kucing bayang layang-layang.mazriabdrahman 13/8/2012

    36

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    37/47

    Aras 8: Membaca perkataan suku kata VOKAL BERGANDING dan * diftong

    Ada perkataan bahasa melayu seperti buah, baik, kuih dieja dengan gabungan dua vokal di tengah perkataan. Ini dipanggil geluncuran. Ada perkataan yang dieja dengan gabungan dua vokal pada suku kata akhir perkataan seperti bau, amboi, sungai. ini dipanggil diftong.Daripada kajian, didapati murid sukar sedikit mengecam dan membaca perkataan jenis ini berbanding perkataan suku kata terbuka dan tertut

    up. Guru boleh mengajar dan latih murid menyebutnya. perkataan seperti sungai boleh dipecah menjadi su ngai, amboi menjadi am boi, tetapi perkataan yang mengandungi geluncur seperti baik, buah, naik harus disebut terus, tidak dipecah suku katanya.

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    37

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    38/47

    Guru memperkenalkan perkataan ada

    geluncuran dan diftong seperti: bau pantai dua naik buah amboi bangau baik anakharimau buaya ganasmazriabdrahman 13/8/2012

    38

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    39/47

    Aras 9: Membaca perkataan dengan suku kata nga dan nyanyu. Membentuk perkataan suku kata di atas. Contohnya: i. nganga wangi bunyi penyu ii. nyanyi ungu nyonya nyaring.Memperkenalkan bunyi suku kata nga, ngi, ngu, nya, nyi dan

    Harus diingat, dalam KGBK, latihan menulis perlu dan

    dianggap sebagai pengukuhan sesuai dengan konsep show, say and write. Aras sukukata nga, ngi, ngu, nya, nyi dan nyu dikemudiankan kerana lebih sukar sedikit berbanding suku kata lain. Lagi pun tidak begitu banyak perkataan yang menggunakansuku kata ini.mazriabdrahman 13/8/2012

    39

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    40/47

    Aras 10; Membaca perkataan dengan penambahan me, mem dan berkata yang pernah murid pelajari. Contohnya; melayang membuat mencari berjalan menghantar surat berkelah memberi

    Guru menambahkan imbuhan kepada perkataan suku

    * Imbuhan me, mem dan ber dipilih kerana kerap diguna dalam bahasa melayu. Ini s

    ebagai satu pengenalan tentang penggunaan imbuhan supaya murid sedar dalam proses mereka membaca perkataan dalam buku, mereka akan bertemu perkataan yang menggunakan imbuhan ini.mazriabdrahman 13/8/2012

    40

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    41/47

    Aras 11; Membaca ayat pendek* Kebolehan murid membaca ayat pendek dan memahaminya adalah aras kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada aras sebelumnya. Walaupun sebelum ini murid sudahboleh membaca frasa, ayat yang diuji pada aras ini lebih beragam dan pelbagai.Setelah murid membaca ayat, guru hendaklan bertanya murid maksud ayat itu untukmenguji kefahamannya.mazriabdrahman 13/8/2012

    41

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    42/47

    Contoh ayat

    Musa membaca buku Ani naik kereta Itu kedai buku Pak Jamil Sekolah Zaki di bandar Ipoh Cikgu Lili mengajar kami menulis dan menyanyi. Untuk menguji kefahaman murid, guru bertanya murid soalan tentang apa yang telah mereka baca seperti; - Musa baca apa? - Ani naik apa? - Di manakah sekolah Zaki?

    mazriabdrahman 13/8/2012

    42

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    43/47

    Aras 12: Membaca ayat dan cerita* Ini adalah aras tertinggi dalam kebolehan awal membaca iaitu kebolehan membacacerita ringkas dan memahaminya. Jika murid membaca cerita ringkas ini dengan lancar dasn memahami apa yang dibaca, maka murid ini boleh dianggap telah mencapaikebolehan membaca secukupnya. Murid akan boleh membaca kebanyakan buku teks danbahan cetak lain pada tahap sekolah rendah. Apa yang diperlukan ialah guru menggalakkan murid meminjam buku bagi mengukuhkan kelancaran mereka membaca.

    mazriabdrahman 13/8/2012

    43

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    44/47

    Fizi pergi ke rumah neneknya Rumah neneknya di tepi sungai Di dalam sungai banyak ikan Fizi dan abangnya suka menangkap ikan. Ke manakah Fizi pergi Rumah nenekFizi di mana? Apakah yang ada di dalam sungai? Dengan siapakah Fizi menangkap ikan?mazriabdrahman 13/8/2012

    44

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    45/47

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    45

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    46/47

    Sekian, terima kasih

    mazriabdrahman

    13/8/2012

    46

  • 7/25/2019 102723751 Kaedah Gabungan Bunyi Kata

    47/47