1.2 menghasilkan haba

6
MODUL: Haba Episod 1 Bahagian 1: Pemanasan Lembaran Kerja 1.2 Menghasilkan haba Peralatan yang diperlukan: 1. Pam basikal Arahan: 1. Letakkan jari anda pada hujung pam basikal dan pam dengan kuat dalam masa yang singkat. Soalan: S1. Apakah yang menyebabkan kesan pemanasan berlaku? 1. Mengepam Udara 2. Bahan yang terlarut Peralatan yang diperlukan: 1. Silinder penyukat 10cm3 2. 1 rak tabung uji 3. 2 tabung uji 4. Termometer 5. Hablur kalium klorida 6. Hablur kalsium klorida 7. 1 bikar air sejuk Arahan: 1. Ambil bacaa n suhu air sejuk dalam bikar . 2. Timbang 2g kalium klorida dan masukkan ke dalam satu tabung uji dan 2g kalsium klorida ke dalam tabung uji lain. Kemudian tambahkan 10cm3 air ke dalam setiap tabung uji tersebut. 3. Goncang setiap tabung uji untuk melarutkan bahan di dalamnya. 1 Jawab soalan-soalan berikut. Berikan penerangan proses contoh-contoh pemanasan ini berlaku menggunakan model “pemindahan haba”.

Upload: ima1806

Post on 23-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.2 Menghasilkan Haba

7/24/2019 1.2 Menghasilkan Haba

http://slidepdf.com/reader/full/12-menghasilkan-haba 1/5

MODUL: Haba

Episod 1 Bahagian 1: Pemanasan

Lembaran Kerja 1.2 Menghasilkan haba

Peralatan yang diperlukan:

1. Pam basikal

Arahan:

1. Letakkan jari anda pada hujung pam basikal dan pam

dengan kuat dalam masa yang singkat.

Soalan:

S1. Apakah yang menyebabkan kesan pemanasan

berlaku?

1. Mengepam Udara

2. Bahan yang terlarut

Peralatan yang diperlukan:

1. Silinder penyukat 10cm3

2. 1 rak tabung uji

3. 2 tabung uji

4. Termometer 

5. Hablur kalium klorida

6. Hablur kalsium klorida

7. 1 bikar air sejuk

Arahan:

1. Ambil bacaan suhu air sejuk dalam bikar.

2. Timbang 2g kalium klorida dan masukkan ke dalam

satu tabung uji dan 2g kalsium klorida ke dalam

tabung uji lain. Kemudian tambahkan 10cm3 air ke

dalam setiap tabung uji tersebut.

3. Goncang setiap tabung uji untuk melarutkan bahandi dalamnya.

1

Jawab soalan-soalan berikut. Berikan penerangan proses

contoh-contoh pemanasan ini berlaku menggunakan model

“pemindahan haba”.

Page 2: 1.2 Menghasilkan Haba

7/24/2019 1.2 Menghasilkan Haba

http://slidepdf.com/reader/full/12-menghasilkan-haba 2/5

Peralatan yang diperlukan:

1. 2 keping serpihan kayu• sekeping berbentuk batang

• sekeping lagi berbentuk bongkah

Arahan:

1. Gosok tapak tangan anda kuat-kuat.

Soalan:

S4. Apakah yang anda dapat rasakan? Mengapa?

Arahan:

 

2. Gosok batang kayu pada bongkah kayu dan

lakukannya dengan kuat selama 30 saat.

 

3. Sentuh tempat kayu itu bergeser.

Soalan:

Manusia pernah menghasilkan api melalui cara ini.

S5. Bagaimanakah mereka melakukannya?

Sistem brek pada kereta menggunakan aplikasi geseran.

S6. Mengapakah pemanasan berlaku pada brek kereta?

3. Menggosok serpihan kayu

Soalan:

S2. Terangkan pemerhatian anda.

S3. Bahan manakah yang boleh digunakan dalam

bekas panas atau sejuk?

Page 3: 1.2 Menghasilkan Haba

7/24/2019 1.2 Menghasilkan Haba

http://slidepdf.com/reader/full/12-menghasilkan-haba 3/5

4. Permukaan hitam dan

perak

Peralatan yang diperlukan:

 1. Penunu Bunsen

2. 2 kepingan aluminium (10cm x 10cm)

• sekeping berwarna asal (perak)

• sekeping lagi dicat hitam kusam

3. Sepasang penyepit atau alat sokongan lain

4. Pelindung mata keselamatan

Arahan:

Langkah keselamatan: Gunakan pelindung mata.

1. Nyalakan penunu Bunsen dan dengan mengguna-

kan penyepit, dekatkan kepingan logam aluminium

kira-kira 40cm pada nyalaan. (Anda boleh juga je-

murkan kepingan itu di bawah cahaya matahari yang

terang).

2. Dari semasa ke semasa, sentuh kepingan logam itu.

Soalan:

S7. Apakah yang dapat anda perhatikan?

S8. Bolehkah anda menjelaskan perkara yang anda

perhatikan?

S9. Bagaimanakah permukaan bahan digunakan untuk

mengekalkan kepanasan atau kesejukan sesuatu benda

semasa hari panas?

Page 4: 1.2 Menghasilkan Haba

7/24/2019 1.2 Menghasilkan Haba

http://slidepdf.com/reader/full/12-menghasilkan-haba 4/5

5. Membakar makanan Peralatan yang diperlukan:

1. Penunu Bunsen

2. Wayar keras dengan anggaran 25 cm panjang

(Contohnya rod kimpalan)

3. Sampel makanan

4. Pelindung mata keselamatan

5. Tabung uji besar 

6. 25cm3 air sejuk

7. Termometer 

8. Kaki retort

Arahan:

Langkah keselamatan: Gunakan pelindung mata.

1. Nyalakan penunu Bunsen. Dengan menggunakan

wayar, lekatkan sampel makanan pada hujung wa-

yar.

2. Masukkan air ke dalam tabung uji dan pasangkan

tabung uji pada kaki retort.

3. Catat suhu air.

4. Panaskan sampel makanan pada nyalaan penunu.

Letakkan sampel itu di bawah tabung uji yang

mengandungi air tadi sehingga sampel berhenti

membakar.

5. Alihkan sampel makanan tersebut dan catat peruba-

han suhu air.

Soalan:

S10. Terangkan pemerhatian anda.

S11. Cadangkan sebab pembakaran sampel makanan

boleh dibandingkan dengan jumlah tenaga yang

dibekalkan oleh makanan kepada badan kita.

 

S12. Sejauh manakah keyakinan anda terhadap keputu-

san anda? Nyatakan alasan bagi pendapat anda.

Page 5: 1.2 Menghasilkan Haba

7/24/2019 1.2 Menghasilkan Haba

http://slidepdf.com/reader/full/12-menghasilkan-haba 5/5

6. Api yang marak Peralatan yang diperlukan:

1. 2 penunu Bunsen

2. 2 alas kalis haba

3. 2 bikar 250cm3 yang serupa

4. 1 silinder penyukat untuk 150cm3 air sejuk

5. 2 tungku kaki tiga dan dawai kasa

6. 2 termometer 

7. Pelindung mata keselamatan

Arahan:

Langkah keselamatan: Gunakan pelindung mata.

1. Sediakan 2 set radas dan bagi setiap set, masukkan

150 cm3 air ke dalam bikar 250 cm3.

2. Letakkan bikar di atas tungku kaki tiga dan dawai

kasa dan susunan radas ini diletakkan di atas alas

kalis haba.

3. Dengan menggunakan termometer, catatkan suhu

air. JANGAN letakkan penunu Bunsen di bawah air

lagi.

4. Sediakan 2 penunu Bunsen dengan satu dibiarkan

pada nyalaan kuning, manakala satu lagi pada nya-

laan yang marak.

5. Letakkan setiap penunu di bawah setiap satu bikar,

dan perhatikan perubahan pada bacaan suhu.

Soalan:

S13. Penunu Bunsen yang manakah memanaskan air

dengan lebih cepat?

S14. Terangkan pendapat anda. Ingat, kedua-dua

penunu Bunsen mempunyai jumlah gas yang sama.