66 sk tunku putera

Upload: mohdnoorfazlanazizan

Post on 05-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Tahun 5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan/Fakta1. Ciri-ciri yang ada pada buah semalu dan kemuncup membolehkan ianya

A. Diterbangkan angin dengan mudah.

B. Melekat pada badan haiwan.

C. Menarik perhatian haiwan.

D. Terapung di atas permukaan air.

Jawapan: B

SK TUNKU PUTERA

Tahun 5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan/Urutan

2. Sepohon pokok mempelam yang tinggi telah tumbuh di suatu kawasan yang lapang.Urutan

manakah yang betul bagi membantu penyebaran biji benih buah mempelam itu oleh

seekor tupai?

A. Pengesanan oleh deria bau ,deria penglihatan dan deria rasa.

B. Pengesanan oleh deria penglihatan ,deria bau dan deria rasa.

C. Pengesanan oleh deria rasa,deria bau dan deria penglihatan.

D. Pengesanan oleh deria rasa,deria penglihatan dan deria bau

Jawapan:A

Tahun 5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan/Istilah

Haiwan omnivor merupakan salah satu agen penyebaran biji benih tumbuhan.

Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan omnivor?

A. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja

B. Haiwan yang makan daging dan tumbuhan.

C. Haiwan yang hidup di atas pokok.

D. Haiwan yang makan buah sahaja.

Jawapan: B

Tahun 5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan/Kaedah

Langkah terbaik dapat membantu penyebaran biji benih oleh haiwan ialah

dengan.

A.Menembak haiwan.

B.Membiarkan buah masak di pokok .

C.Menambah bilangan haiwan.

D.Menternak haiwan penyebar biji benih.

Jawapan:B

Tahun 5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan/Pengelasan

Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis tumbuhan dan cara penyebaran biji benihnya.

Pengelasan manakah yang betul?

Disebarkan oleh haiwanDisebarkan oleh anginDisebarkan oleh air

Apisang lalang kelapa

Brambutan rumput kelapa

Cceri angsana teratai

Dlangsat kelapa angsana

Jawapan: C

Tahun 5/Buah dan benih yang disebarkan oleh haiwan/Prinsip

Berikut ialah cirri-ciri buah yang disebarkan oleh haiwan, KECUALI..

A. ringan

B. rasanya yang enak.

C. warna yang menarik apabila masak.

D. mempunyai cangkuk pada buahnya.

Jawapan: C

Tahun 5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan/Tafsiran

Berikut ialah kesan yang mungkin berlaku sekiranya haiwan yang menyebarkan biji benih

tumbuhan K telah berkurangan.

I.Tumbuhan K tidak ada perubahan

II.Tumbuhan K akan bertambah banyak.

III.Tumbuhan K akan berkurangan.

IV.Tumbuhan K akan tumbuh rapat dengan induknya.

A.I dan IV

B.II dan IV

C.III dan IV

D.IV

Jawapan:C

Tahun5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan./Terjemahan

Jadual di bawah menunjukkan jenis haiwan,jenis tumbuhan dan jarak anak pokok yang tumbuh dari pokok induknya.

Jenis Haiwan Jenis tumbuhanJarak anak pokok yang tumbuh dari induknya/meter

Tupai mempelam 50

Burung cili 200

Musang mempelam 10

Kelawar jambu 100

Pernyataan manakah yang BENAR mengenai jarak penyebaran biji benih tumbuhan?

A.Jarak biji benih yang disebarkan oleh kelawar kurang daripada yang disebarkan oleh burung tetapi

lebih daripada jarak yang disebarkan oleh tupai.

B. Jarak biji benih yang disebarkan oleh kelawar adalah lebih daripada jarak yang disebarkan oleh musang dan burung.

tetapi kurang daripada jarak yang disebarkan oleh burung.

C.Jarak biji benih yang disebarkan oleh burung adalah lebih daripada jarak yang disebarkan oleh tupai

dan kelawar.

D.Jarak biji benih yang disebarkan oleh musang adalah kurang daripada jarak yang disebarkan oleh

tupai tetapi lebih daripada jarak yang disebarkan oleh kelawar.

Jawapan.:A

Tahun 5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan/ekstrapolasi

Antara yang berikut mana yang mungkin berlaku sekira nya bilangan musang,tupai,kelawar dan

burung bertambah dengan banyaknya di suatu kawasan dusun buah-buahan?

I.Kadar penyebaran biji benih bertambah.

II.Kadar penyebaran biji benih berkurang.

III.Hasil pendapatan pekebun berkurang

IV.Hasil pendapatan pekebun bertambah.

A.I dan III

B.I dan IV

C. II dan III

D.II dan IV

Jawapan:A

Tahun 5/Buah dan biji benih yang disebarkan oleh haiwan/Aplikasi

Pak Mat mendapati buah mempelam pada sepohon pokok hampir masak.

Manakah langkah yang terbaik dilakukan oleh Pak Mat bagi memastikan buah mempelamnya

tidak dimakan oleh haiwan?

A.Membalut buah dengan plastik lutsinar.

B.Membalut buah dengan kertas surat khabar.

C.Membalut buah dengan plastik lutcahaya.

D.Menyembur racun serangga pada buah.

Jawapan: B