antologi novel tingkatan 1

Upload: charles-bailey

Post on 22-Feb-2018

426 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    1/31

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    2/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM2 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    (c) Sinkope banyak ada ia bersaudara

    Ikat tingkatnya tak nampak alam

    (d) Kata ganda yang ada sedia panji-panji bendera

    (e) Asonansi mata-mata menjaga setiap pangkat(pengulangan

    vokal a)

    (f) Aliterasi Ikat tingkatnya tak nampak alam (pengulangan

    konsonan k)

    Nilai

    Bekerjasama; persaudaraan; bertanggungjawab

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu

    perkara.

    (b) Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk melahirkan bangsa

    yang kuat.

    (c) Kita hendaklah hidup bermasyarakat dalam kehidupanseharian.

    Unit 2 Sajak

    1 Kita Umpama Sehelai Daun

    Maksud

    Rangkap Huraian

    1

    Penyajak mengibaratkan manusia (kita) sebagai

    sehelai daun, menjadi tempat untuk makhluk yang

    lain menikmati kehidupan dengan sempurna.

    2

    Kita perlu membantu orang yang memerlukan

    bantuan untuk meneruskan kehidupan supaya kita

    tidak dipandang rendah dalam masyarakat.

    3

    Apabila sampai masanya, kita akan tua. Oleh itu,

    kita jangan bersikap angkuh dengan kelebihan

    yang kita miliki sehingga terlupa membantu orang

    susah kerana orang susah juga perlu meneruskan

    kehidupan di muka bumi.

    4Penyajak menyeru kita agar membuat kerja-kerja

    kebajikan kerana budi baik akan dikenang.

    Tema

    Amalan yang baik dalam kehidupan. Manusia digalakkan membuat

    jasa semasa hidup kerana jasa baiknya akan dikenang walaupun

    setelah dia meninggal dunia.

    Persoalan

    (a) Manusia dituntut membuat jasa dan berbudi semasa hidup.

    (b) Manusia mesti saling membantu sesama manusia.

    (c) Budi baik seseorang itu akan dikenang sepanjang hidupnya.

    (d) Orang yang berjasa, balasan yang diterima akan berkekalan

    sampai bila-bila.

    Bentuk

    (a) Terdiri daripada empat rangkap.(b) Bilangan baris tiga hingga lima.

    (c) Setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah kata.

    (d) Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku

    kata.

    (e) Rima akhir setiap rangkap bebas, iaitu ababc, abcd, abcbd,

    abb.

    Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi

    (a) Imej alam daun; ranting; unggas; mentari

    (b) Repetisi (pengulangan) kita umpama sehelai daun

    (c) Simile kita umpama sehelai daun

    (d) Personikasi tempat bercanda unggas meriang

    (e) Penggunaan bahasa Arab kudrat; makhluk; duafa

    (f) Asonansi kita umpama sehelai daun(pengulangan vokal a)

    (g) Aliterasi kering gugur menjadi baja (pengulangan konsonan

    g)

    NilaiBaik hati; rasional; kasih sayang; keinsafan; bertanggungjawab

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah berbuat baik sesama manusia dan makhluk

    Tuhan yang lain.

    (b) Kita hendaklah membuat jasa dan berbakti kepada

    masyarakat.

    (c) Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang telah kita terima

    dan berusaha untuk membantu orang yang tidak berupaya.

    2 Kuingin Berterima Kasih

    Maksud

    Rangkap Huraian

    1

    Penyajak berasa ingin berterima kasih kepada hujan

    yang dapat menghilangkan segala rasa hatinya yang

    sedang marah.

    2

    Penyajak ingin berterima kasih kepada tanah kerana

    tanah telah banyak memberikan rezeki kepada

    petani.

    3

    Penyajak ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di

    lautan kerana memberikan rezeki kepada nelayan-

    nelayan.

    4

    Penyajak meluahkan perasaan kagumnya kepada

    pejuang-pejuang negara kerana sanggup bergadainyawa untuk mempertahankan negara tercinta.

    5

    Penyajak ingin berbudi kepada manusia supaya

    mereka dapat meneruskan kehidupan dengan aman

    dan sejahtera.

    6

    Penyajak menyatakan bahawa dunia ini akan menjadi

    lebih indah sekiranya kita semua dapat menjalankan

    tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-

    baiknya.

    Tema

    Menghargai dan mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan dan berterima

    kasih penyajak kepada pejuang-pejuang negara.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    3/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM3 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Persoalan

    (a) Memberikan penghargaan kepada alam yang memberikan

    rezeki.

    (b) Menghargai pengorbanan para pejuang negara.

    (c) Keinginan untuk memberikan kebahagiaan kepada orang

    lain.

    (d) Berusaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa

    peperangan mengundang kemusnahan dan penderitaan.

    Bentuk

    (a) Sajak ini berbentuk bebas.

    (b) Terdiri daripada tujuh hingga lima belas suku kata.

    (c) Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

    (d) Terdapat tiga hingga lima baris setiap rangkap.

    (e) Terdapat dua hingga lima patah kata sebaris.

    Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi

    (a) Simile kepadamu hujan bagai tetamu

    (b) Anafora sesekali kuingin

    (c) Sinkope sesekali kuingin berterima kasih

    (d) Imej alam hujan; ikan; samudera

    (e) Personikasi kepadamu tanah yang hidup; di taman-taman

    keresahan hidup

    (f) Hiperbola api amarah pun terpadam(g) Metafora darah kesetiaan

    (h) Penggunaan bahasa sanskrit amarah; belantara; samudera

    (i) Asonansi kepadamu hujan bagai tetamu (pengulangan

    vokal a)

    (j) Aliterasi kerana tanganmu pernah berdarah(pengulangan

    konsonan n)

    Nilai

    Berterima kasih; patriotisme; rasional; keinsafan

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah menghargai alam yang banyak memberikan

    rahmat kepada kehidupan manusia.

    (b) Kita hendaklah mengucapkan terima kasih kepada pejuang

    negara yang berkorban mempertahankan tanah air.(c) Kita hendaklah bersimpati kepada golongan yang susah

    supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh

    mereka.

    (d) Kita hendaklah memiliki semangat patriotisme dan sentiasa

    bersedia utnuk mempertahankan negara.

    3 Aku

    Maksud

    Rangkap Huraian

    1Penyajak menyatakan bahawa dia bersendirian di

    pantai itu.

    2Ketika menyusuri pantai itu, penyajak membayangkan

    bahawa dirinya ialah Adam.

    3

    Penyajak membayangkan bahawa pada hari

    pertama dia diciptakan, dia telah melihat akan

    keindahan alam ciptaan Tuhan.

    4

    Penyajak mengatakan bahawa pada hari sebelum

    dia dicipta, dia tidak pernah mendengar bunyi deruan

    ombak.

    5Penyajak juga mengatakan bahawa dia belum

    pernah berasa tiupan angin.

    6

    Penyajak juga mengatakan bahawa dia tidak tahu

    akan kewujudan kulit kerang dan pohon ru di tepi

    pantai itu.

    7Penyajak mengakui kewujudan dan keesaan Tuhan

    sebagai pencipta alam.

    Tema

    Kecintaan manusia kepada Tuhan pencipta alam.

    Persoalan

    (a) Mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan.

    (b) Bayangan hidup keseorangan di bumi.

    (c) Keyakinan tentang kewujudan Tuhan.

    (d) Mempelajari sesuatu daripada alam sekitar.

    (e) Menyakini akan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa.

    Bentuk

    (a) Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.

    (b) Terdapat tiga baris setiap rangkap.

    (c) Jumlah perkataan antara satu hingga empat perkataan

    sebaris.

    (d) Bilangan suku kata dalam setiap baris antara lima hingga

    sepuluh suku kata.

    Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi

    (a) Imej alam laut; langit; pohon; ombak; angin; kulit kerang; ru

    (b) Sinkope kecuali diriku

    Tidak terasa olehku

    Aku percaya Kau pencipta

    (c) Inversi Tidak ada manusia lain

    Kelmarin aku belum ada

    (d) Asonansi Tidak ada manusia lain(pengulangan vokal a)

    (e) Aliterasi sentuhan angin ini( pengulangan konsonan n)

    Nilai

    Keinsafan; kesyukuran; kasih sayang; rasional

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah agar dapat

    meningkatkan tahap keimanan kita.

    (b) Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan kerana diciptakan di

    bumi ini.

    (c) Kita perlu yakin akan kewujudan Tuhan.

    (d) Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya alam sekitar

    akan terpelihara.

    4 Kunci Bahasa

    Maksud

    Rangkap Huraian

    1

    Maruah bahasa terletak pada kefasihan seseorang

    itu bertutur dengan menggunakan bahasa yang

    betul.

    2

    Bahasa kebangsaan akan berkembang jika kita

    sentiasa menggunakannya di mana-mana sahaja

    kita berada.

    3Bahasa yang digunakan dari semasa ke semasa

    tidak akan hilang begitu sahaja.

    4Bahasa yang digunakan dalam komunikasi dapat

    mengeratkan perhubungan persaudaraan.

    5Bahasa sangat penting kepada sesebuah

    masyarakat.

    6Bahasa sangat indah jika diungkapkan secara

    puitis.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    4/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM4 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Tema

    Kepentingan bahasa dalam sesebuah masyarakat.

    Persoalan

    (a) Bangsa yang menuturkan sesuatu bahasa itu yang

    bertanggungjawab untuk menentukan bahasanya

    berkembang atau lenyap ditelan zaman.

    (b) Bahasa penghubung tali persaudaraan.

    (c) Bahasa sangat indah apabila diungkapkan secara puitis.

    Bentuk

    (a) Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

    (b) Setiap rangkap mempunyai dua baris.

    (c) Setiap baris mempunyai enam hingga sebelas suku kata.

    (d) Setiap baris mempunyai dua hingga empat patah kata.

    (e) Rima akhir ialah ab.

    Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi

    (a) Repetisi bahasa; tidak

    (b) Metafora bahasa berbuah

    (c) Penggunaan bahasa Arab ukhuwa;, ummah; berwasilah

    (d) Penggunaan ungkapan dialek bilur(kedah); lokek(Johor)

    (e) Asonansi tidak berbilur bahasa di lidah (pengulangan vokal

    i)

    (f) Aliterasi tidak lokek pada ummah(pengulangan konsonan

    k)

    Nilai

    Patriotisme; berbudi bahasa; rasional; bertanggungjawab

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah memelihara bahasa untuk generasi yang

    akan datang.

    (b) Kita hendaklah bertutur dengan menggunakan bahasa baku

    supaya bahasa kita tidak tercemar.

    (c) Kita hendaklah berbangga dengan bahasa kita sendiri kerana

    bahasa menunjukkan bangsa.

    Unit 3 Prosa Tradisional

    Asal Padi

    Sinopsis

    Pada zaman dahulu, terdapat sepasang suami isteri

    yang sangat kaya. Tidak lama kemudian, pasangan suami

    isteri tersebut meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua

    orang anak lelaki yang masih belum mampu mencari rezeki

    sendiri. Anak yang sulung mengalami kecacatan. Kakinya

    mengerekot, jari-jarinya tumbuh melekat antara satu samalain, dan tumitnya berlubang. Disebabkan anak-anak mereka

    masih kecil, kesemua harta peninggalan ibu bapa mereka

    telah dicuri. Hanya sebuah kolam ikan yang tinggal.

    Pada suatu hari, ketika Si Bongsu melihat kolam

    peninggalan ibu bapanya itu. Dia ternampak tujuh orang

    wanita baru selesai mandi di kolam itu. Mereka bersiap-siap

    untuk pulang ke kayangan. Si bongsu menghampiri mereka

    dan meminta izin untuk mengikut mereka ke kayangan.

    Permintaan Si Bongsu diperkenankan oleh wanita-wanita itu.

    Si Bongsu pun mengikuti mereka pulang ke kayangan. Mereka

    menaiki pelangi untuk sampai di kayangan. Setibanya di

    kayangan, kesemua wanita iu menghilangkan diri. Tidak lama

    kemudian, Si Bongsu melihat benda kuning yang berkilau-

    kilau yang sedang dijemur. Si Bongsu menyangka bahawa

    benda kuning itu ialah selonggok emas. Setelah diterangkanoleh penjaga padi itu, barulah dia tahu bahawa benda kuning

    itu ialah padi dan sangat enak dimakan. Si Bongsu meminta

    izin untuk mendapatkan padi tersebut, tetapi empunya padi

    itu tidak membenarkan dia mengambilnya.

    Pada suatu hari, Si Bongsu mengambil segenggam padi

    lalu dimasukkan ke dalam mulutnya untuk dibawa pulang

    ke bumi. Malangnya, empunya pada itu menyedari padinya

    telah dicuri oleh Si Bongsu. Empunya padi itu mengejar Si

    Bongsu dan berjaya menangkap Si Bongsu di tangga pelangi.

    Kesemua padi yang diambil oleh Si Bongsu telah dirampas

    semula. Kaki Si Bongsu telah tercedera dan berlubang.

    Si Bongsu yang kesakitan meminta izin untuk tinggal di

    kayangan sementara lukanya sembuh dan orang kayangan

    mengizinkannya. Tinggallah Si Bongsu di kayangan. Kini,

    kerja-kerja menjaga padi telah diambil alih oleh Si Bongsu.

    Setelah lukanya sembuh, Si Bongsu bertekad untuk mengambil

    sedikit padi untuk dibawa pulang ke bumi. Si Bongsu telah

    mengambil segenggam padi dan menyembunyikannya di

    dalam lubang luka pada kakinya. Kemudian, dia meminta izin

    daripada orang kayangan untuk pulang ke bumi.

    Orang kayangan mengatakan bahawa dia akan memeriksa

    Si Bongsu. Si Bongsu dalam keadaan tenang membenarkanorang kayangan memeriksanya dan mengatakan bahawa

    dia sudah bertaubat dan tidak akan sesekali mencuri. Orang

    kayangan mempercayai kata-kata Si Bongsu dan melepaskan

    Si Bongsu balik ke bumi. Sesampainya di bumi, Si Bongsu

    segera membuat ladang dan menanam padi yang dicuri dari

    kayangan. Padi yang ditanam hidup dengan subur manakala

    padi di kayangan tidak menjadi. Sebab itulah, orang kayangan

    tidak membenarkan padi ditanam di bumi. Apabila padi di

    kayangan tidak menjadi bermakna padi mereka telah dicuri

    dan berjaya ditanam di bumi. Orang kayangan memerintahkan

    burung pipit untuk menyiasat di bumi.

    Sesampainya di bumi, pipit mendapati bahawa padi

    hidup dengan subur dan pipit makan padi yang sedang

    menguning itu tetapi apabila pulang ke kayangan, pipit

    memberitahu bahawa di bumi tiada padi yang hidup. Orangkaya tidak mempercayai pipit kerana terdapat kesan padi

    di paruhnya. Orang kayangan menitahkan Si Tekuri pula

    menyiasat sama ada padi tumbuh di bumi atau tidak. Orang

    kayangan mengatakan bahawa sekiranya padi ada di bumi Si

    Tekuri perlu membunuh pipit manakala jika tiada, pipit yang

    akan membunuh Si Tekuri. Sesampainya di bumi, ternyata

    pipit telah berbohong dan Si Tekuri telah membunuh pipit

    dengan menyepit kerongkong pipit sekuat-kuatnya sehingga

    temboloknya berputar ke arah tengkuknya. Itulah asal kejadian

    pipit mempunyai tembolok di bahagian tengkok dan wujudnya

    padi di bumi.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    5/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM5 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Tema

    Cerita ini bertemakan kebijaksanaan menyelesaikan masalah. Si

    Bongsu berkir berusaha untuk membawa padi dari kayangan

    pulang ke bumi. Walaupun usahanya pada kali pertama gagal, Si

    Bongsu tidak putus asa dan berusaha lagi. Akhirnya, Si Bongsu

    berjaya membawa pulang benih padi ke bumi.

    Persoalan

    (a) Nasib malang yang menimpa anak yatim.(b) Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran.

    (c) Keberanian dalam menghadapi dugaan.

    (d) Kegigihan dan ketabahan dalam mengejar cita-cita.

    (e) Kesanggupan berbohong untuk mendapatkan sesuatu.

    Plot

    Binaan Plot

    (a) Permulaan Si Bongsu dan abangnya kematian ibu bapa.

    Mereka jatuh miskin akibat segala harta peninggalan ibu

    bapa mereka dicuri.

    (b) Perkembangan Si bongsu mengikut tujuh orang wanita

    pulang ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ternampak

    benda kuning sedang dijemur. Pada sangkaannya, benda

    itu emas. Empunya benda itu menyatakan bahawa itu ialahpadi.

    (c) Klimaks Si Bongsu ditangkap oleh orang kayangan lalu

    dihempaskannya di tangga pelangi sehingga tumit Si Bongsu

    luka.

    (d) Peleraian - Padi tumbuh dengan subur di bumi. Pipit mati

    akibat Si Tekuri menyepit tengkoknya kerana berbohong

    kepada tuan empunya padi.

    Teknik Plot

    Teknik pemerian; teknik dialog; teknik monolog; teknik monolog

    dalaman

    Watak dan Perwatakan

    Si Bongsu (Watak utama)

    (a) Anak bongsu dalam keluarga.

    (b) Mempunyai seorang abang yang cacat.

    (c) Anak yatim piatu yang malang.

    (d) Miskin harta pusaka yang patut diwarisi telah dicuri oleh

    orang jahat.

    (e) Bijaksana mempunyai daya usaha yang tinggi untuk

    mengambil padi.

    (f) Tabah dan gigih tidak mudah berputus asa.

    Orang Kayangan

    (a) Memiliki sawah padi di kayangan.

    (b) Menjaga padi daripada dibawa turun ke bumi.

    (c) Tinggal di kayangan.

    (d) Baik hati kerana membenarkan Si Bongsu merasa keenakan

    nasi.

    (e) Seorang yang pemaaf dan sanggup menerima Si Bongsu

    untuk menjaga padi di kayangan.

    Burung Pipit

    (a) Berasal dari kayangan.

    (b) Tidak amanah mengatakan bahawa padi tidak tumbuh di

    bumi walaupun telah banyak makan padi di bumi.

    (c) Mati disepit oleh Si Tekuri

    Burung Tekuri

    (a) Ditugaskan menemani burung pipit ke bumi untuk memeriksa

    tumbuh-tumbuhan padi.

    (b) Amanah menyepit tembolok burung pipit yang menipu.

    Latar

    Latar Tempat

    (a) Di kolam ikan

    (b) Di kayangan

    (c) Di bumi

    Latar masa

    Zaman dahulu kala

    Latar masyarakat

    (a) Masyarakat yang tinggal kampung

    (b) Masyarakat yang tinggal di kayangan

    (c) Masyarakat haiwan

    Gaya Bahasa

    (a) Sinkope. Contoh, Jikalau demikian kehendakmu, baiklah.

    Akan tetapi jangan lagi kamu selalu ingin mencuba untuk

    mencuri dan membawa lari padiku.

    (b) Peribahasa. Contoh, untung tidak dapat diraih, malang tidak

    dapat ditolak.

    (c) Kata ganda. Contoh, Sekarang saya betul-betul jera

    mengambil apa-apa.

    (d) Simile. Contoh, Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuhmelekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua

    tumitnya berlubang.

    Nilai

    Kegigihan; baik hati, kerajinan; keberanian; kebijaksanaan

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.

    (b) Kita hendaklah tabah mengharungi dugaan hidup.

    (c) Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan tidak mengambil

    hak orang lain.

    (d) Kita hendaklah amanah melakukan sesuatu pekerjaan.

    Unit 4 Cerpen

    1 Oren

    Sinopsis

    Telah empat hari Oren hilang dari rumah. Aku, Azura,

    Anis dan ayah risau akan keselamatan Oren. Dua hari yang

    lalu, Anis ada melihat Oren bermain-main di bawah pokok

    tua di taman permainan di halaman rumah dan pada pagi

    tadi, Azura melihat Oren di tepi longkang di belakang rumah.

    Namun demikian, Oren belum lagi muncul-muncul di rumah.

    Sebelum hilang dari rumah, Oren enggan makan makanan

    yang disediakan oleh ayah.

    Untuk menghilangkan kerisauan, ayah membelai-

    belai Kelabu di pangkuannya. Walaupun ayah membelai

    Kelabu tetapi ayah masih memikirkan tentang Oren. Ayah

    membawa Oren pulang ke rumah setelah ayah terlanggar

    ibunya. Setelah itu, ayah berjanji akan memelihara Oren

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    6/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM6 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    seperti anaknya sendiri. Oleh sebab bulu kucing itu berwarna

    oren, maka ayah menamakan kucing itu Oren. Oren pula

    pandai mengurus diri. Oren membuang najis di dalam tandas

    bukan seperti Kelabu. Kelabu ialah kucing yang ayah temui

    sewaktu ayah dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat

    kerja. Ayah menamakan kucing itu Kelabu kerana kerana

    bulunya berwarna kelabu. Ayah memelihara Kelabu untuk

    menemankan Oren bermain-main di rumah tetapi Oren tidak

    serasi dengan Kelabu. Akhirnya, Oren merajuk lalu lari darirumah.

    Ayah bermimpi Oren pulang ke rumah. Semalaman ayah

    berbual-bual dengan Oren di ruang tamu. Setelah terkejut dari

    tidur ayah terpinga-pinga mencari Oren tetapi tidak ditemui.

    Ayah sedar bahawa dia hanya bermimpi. Ayah memberitahu

    hal tersebut kepada kami di meja makan. Tiba-tiba, Anis

    muncul di ruang dapur membawa bangkai Oren. Oren mati

    kerana dihempap sebatang pokok tua di taman permainan

    pada hari semalam. Ayah menangis.

    Tema

    Perasaan kasih sayang yang terjalin antara manusia dengan

    haiwan. Ayah memelihara Oren setelah Oren kematian ibu akibat

    dilanggar oleh Ayah. Ayah memelihara Oren dengan penuh kasihsayang, kemudian Ayah memelihara Kelabu untuk menemankan

    Oren bermain-main. Kedua-dua ekor kucing tersebut disayangi

    oleh ayah sekeluarga.

    Persoalan

    (a) Keprihatinan antara ahli keluarga Ibu berpesan kepada

    anak-anaknya supaya tidak memberikan pandangan yang

    akan menyebabkan ayah berasa bimbang atau tersinggung.

    (b) Rasa simpati terhadap haiwan Ayah terlanggar seekor

    kucing. Ayah berasa tersentuh apabila melihat seekor anak

    kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang dilanggarnya

    itu. Ayah mengambil anak kucing tersebut untuk dipelihara.

    (c) Tanggungjawab seseorang atas haiwan peliharaan Ayah

    berasa gelisah apabila kucingnya, Oren sudah empat hari

    tidak pulang ke rumah. Ayah bertanya kepada anak-anaknyajika terlihat kelibat Oren.

    (d) Menjaga perasaan orang lain Aku mengesyaki sesuatu

    telah berlaku kepada Oren. Namun begitu, dia hanya

    memendamkannya kerana bimbang ayah akan bertambah

    gelisah.

    (e) Sifat cemburu antara makhluk Tuhan Oren iri hati melihat

    Kelabu lebih mesra dengan ayah walaupun Kelabu baharu

    sahaja dipungut oleh ayah. Kelabu membawa diri, lalu mati

    kerana dihempap sebatang pokok tua di taman permainan.

    Plot

    Binaan Plot

    (a) Permulaan Oren hilang dari rumah. Pelbagai persoalan

    yang timbul pada kiran Ayah, Aku, Azura, dan Anis.

    (b) Perkembangan Ayah mengimbas kembali peristiwa

    pertemuannya dengan Oren. Ayah telah melanggar ibu

    Oren. Ayah simpati apabila melihat Oren mengiau-ngiau

    di hadapan ibunya yang telah mati. Ayah membawa Oren

    pulang ke rumah.

    (c) Klimaks Ayah bermimpi Oren telah pulang ke rumah. Ayah

    berbual-bual dan mencium pipi Oren berulang-ulang kali di

    ruang tamu.

    (d) Peleraian - Oren ditemui telah mati dihempap sebatang

    pokok tua yang tumbang di taman permainan. Ayah sangat

    sedih.

    Teknik Plot

    Teknik dialog; teknik monolog; teknik imbas kembali; teknik

    pemerian

    Watak dan Perwatakan

    Ayah aku

    (a) Ayah kepada dua orang anak perempuan dan seorang anak

    lelaki.

    (b) Membela dua ekor kucing.

    (c) Suka akan kucing.

    (d) Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab.

    (e) Bersikap pilih kasih.Oren

    (a) Anak kucing yang dikutip oleh Ayah.

    (b) Mempunyai bulu yang berwarna oren.

    (c) Kucing yang pasif dan suka bersendirian.

    (d) Mati akibat dihempap pokok tua yang tumbang akibat angin

    yang kencang.

    (e) Pembersih Membuang najis di dalam tandas atau di dalam

    longkang.

    (f) Cemburu Iri hati dengan kelabu kerana Kelabu lebih mesra

    dengan ayah.

    Kelabu

    (a) Kucing yang dikutip oleh ayah selepas Oren.

    (b) Bulunya berwarna kelabu dan menarik seperti kucing siam.

    (c) Kucing yang amat manja dan jinak.

    (d) Sering menyambut ayah pulang dari pejabat.

    (e) Lebih menarik daripada Oren tangkas, lincah dan rajin

    menyambut ayah pulang dari pejabat.

    Latar

    Latar tempat

    (a) Rumah

    (b) Jalan raya

    (c) Taman permainan

    Latar masa

    (a) Pertengahan Disember

    (b) Pada waktu pagi

    (c) Pada waktu petang(d) Pada waktu malam

    Latar masyarakat

    (a) Masyarakat yang risau akan kehilangan haiwan

    peliharaannya.

    (b) Masyarakat yang bertanggungjawab setelah melakukan

    kesalahan.

    (c) Masyarakat yang membela haiwan peliharaan.

    (d) Masyarakat yang memahami perasaan orang lain.

    Gaya Bahasa

    (a) Simile. Contoh, bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya

    tampak menarik seperti kucing siam.

    (b) Peribahasa. Contoh, aku juga tidak mahu menambah rasa

    bersalah ayah tentang sikap pilih kasihnya terhadap Orensehingga Oren tidak pulang ke rumah.(hal. 34)

    (c) Personakasi. Contoh, di hadapannya kelihatan Oren

    dengan raut wajahnya yang sayu.

    Nilai

    Kasih sayang; simpati; keprihatinan; bekerjasama

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah belas kasihan terhadap makhluk lain.

    (b) Kita hendaklah bertanggungjawab atas kesalahan yang telah

    kita lakukan.

    (c) Kita hendaklah menghormati perasaan orang yang sedang

    ditimpa masalah.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    7/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM7 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    (d) Kita hendaklah bersifat prihatin dengan masalah yang

    dihadapi oleh orang lain.

    (e) Kita hendaklah bersikap proaktif bukan pasif supaya kita

    tidak diperlekehkan.

    (f) Kita hendaklah bersikap adil kepada sesiapa sahaja

    walaupun pada binatang peliharaan.

    2 Hadiah (atas kejayaan para gurumenghasilkan aku)

    Sinopsis

    Azizah sangat risau kerana rakan-rakan sekelasnya

    telahpun berbincang tentang hadiah-hadiah yang akan

    diberikan kepada guru kesayangan masing-masing pada Hari

    Guru. Rahimah telah membeli bunga di dalam kotak plastik

    untuk diberikan kepada Cikgu Khalid. Zaiton akan membeli

    sebuah novel untuk Cikgu Faridah kerana Cikgu Faridah

    selalu memberi markah yang tinggi untuk karangannya.

    Hamidah akan menghadiahi Cikgu Azimah pasu bunga yang

    dibeli oleh ibunya di Paris. Aliza akan memberi kain tenun

    sutera kepada Cikgu Azimah. Rashid akan menghadiahiCikgu Firdaus sebuah model masjid kerana Cikgu Firdaus

    akan berkahwin pada bulan depan. Model masjid itu dibuat

    oleh abangnya sendiri dengan menggunakan kayu-kayu yang

    bermutu tinggi. Hashim akan menghadiahi Ustazah Salma

    tuala muka kerana Ustazah Salma tidak pernah memarahinya.

    Azizah hanya mendengar perbualan rakan-rakannya itu tanpa

    berkata apa-apa kerana dia miskin dan tidak mempunyai

    wang. Bapa Azizah bekerja sebagai penarik beca, dan

    emaknya pula cacat sebelah kaki. Untuk membantu keluarga,

    emaknya mengambil upah menganyam tikar mengkuang.

    Azizah berharap dapat memberi sesuatu kepada Cikgu

    Zaleha kerana Cikgu Zaleha selalu memujinya rajin belajar

    dan berdisiplin. Oleh itu, Azizah ingin meminjam wang

    daripada ibunya. Ibunya juga tidak dapat memberikan wangkepada Azizah kerana dia perlu mengirimkan wang kepada

    anak lelakinya yang sedang belajar di UiTM. Azizah cuba

    meminjam wang daripada bapanya pula. Bapanya hanya

    mempunyai sedikit wang untuk membayar hutang barang

    di kedai Tong Seng. Wang di dalam tabung Azizah hanya

    RM1.80 sahaja. Lantaran itu, ibu Azizah mencadangkan agar

    Azizah membuat sendiri hadiah untuk guru kesayangannya.

    Azizah bersetuju dengan cadangan ibunya itu.

    Azizah membuat satu set tudung saji hiasan.

    Anyamannya sungguh halus dan menarik. Setelah siap,

    hadiah itu dibungkuskan dalam surat khabar kemudian

    diserahkan kepada Cikgu Zaleha pada Hari Guru. Cikgu

    Zaleha sangat gembira menerima hadiah tersebut tetapi

    Cikgu Zaleha mahu hadiah yang lebih besar lagi daripadaAzizah, iaitu penyertaannya dalam Pertandingan Kraf Tangan

    Peringkat Daerah. Cikgu Zaleha yakin Azizah layak menyertai

    pertandingan tersebut kerana dia seorang murid yang serba

    boleh, rajin dan kuat berusaha. Azizah mendapat johan pada

    peringkat daerah dan naib johan pada peringkat negeri. Pada

    peringkat kebangsaan, Azizah memenangi kategori Karya

    Inovatif. Azizah mengambil masa kira-kira empat puluh lapan

    minggu untuk membuat tudung saji dua puluh beradik bermula

    dari saiz seinci hingga saiz empat puluh lapan inci manakala

    Cikgu Zaleha memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari

    Guru Peringkat Daerah.

    Tema

    Cerpen ini bertemakan kegigihan dan kecekalan seorang

    murid yang miskin untuk memberikan hadiah kepada guru

    kesayangannya. Azizah telah membuat satu set tudung saji

    untuk Cikgu Zaleha pada hari guru. Cikgu Zaleha amat gembira.

    Persoalan

    (a) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan Azizah telah

    membuat satu set tudung saji untuk Cikgu Zaleha.(b) Kasih sayang murid terhadap guru Murid-murid amat

    menyayangi guru. Mereka akan berusaha untuk membeli

    hadiah untuk guru kesayangan mereka.

    (c) Ukur baju pada badan sendiri Oleh sebab tidak mempunyai

    wang Azizah telah menganyam sendiri satu set tudung saji

    untuk Cikgu Zaleha.

    (d) Guru ialah suri teladan untuk dicontohi oleh murid-murid

    Zaiton sering memerhatikan Cikgu Faridah yang suka

    membaca novel karangan Shahnon Ahmad.

    (e) Hadiah yang paling berharga untuk guru ialah kejayaan murid-

    murid dalam peperiksaan Cikgu Zaleha mengharapkan

    Azizah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan

    UPSR.

    PlotBinaan Plot

    (a) Permulaan Kawan-kawan Azizah bercerita tentang hadiah-

    hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan

    masing-masing.

    (b) Perkembangan Azizah bersedih kerana tidak mempunyai

    wang untuk membeli hadiah. Ibu Azizah mencadangkan

    kepada Azizah supaya dia menganyam satu set tudung saji

    untuk Cikgu Zaleha. Azizah bersetuju.

    (c) Klimaks Azizah menghadiahkan satu set tudung saji kepada

    Cikgu Zaleha pada hari guru itu. Cikgu Zaleha meminta

    Azizah menyertai Pertandingan Kraf Tangan peringkat

    daerah. Azizah bersetuju.

    (d) Peleraian Azizah menyertai pertandingan Kraf Tangan.

    Azizah mendapat Johan dalam Pertandingan Kraf TanganPeringkat Kebangsaan. Cikgu Zaleha juga telah memenangi

    kategori Guru Inovatif pada Sambutan Hari Guru Peringkat

    Daerah.

    Teknik Plot

    Teknik pemerian; teknik dialog; teknik saspens; teknik monolog.

    Watak dan Perwatakan

    Azizah

    (a) Murid sekolah rendah yang akan mengambil peperiksaan

    UPSR.

    (b) Miskin Bapanya bekerja sebagai penarik beca dan ibunya

    mengambil upah menganyam tikar.

    (c) Rajin Membantu ibu menganyam tikar pada sebelah

    petang.

    (d) Gigih Berlatih menganyam tikar dengan menggunakan daunnipah, mengkuang, lalang sebelum menyertai pertandingan.

    (e) Kreatif Menjuarai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat

    Daerah dan naib johan Pertandingan Kraf Tangan Peringkat

    Negeri.

    Cikgu Zaleha

    (a) Penyayang Mendapat banyak hadiah daripada murid-murid

    pada Hari Guru.

    (b) Dedikasi Berjaya mengembangkan bakat Azizah dalam

    bidang kraf tangan.

    (c) Prihatin Menyedari Azizah seorang murid yang serba boleh

    tetapi bersikap rendah diri.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    8/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM8 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Ibu Azizah

    (a) Ibu kepada Azizah dan Azman.

    (b) Cacat sebelah kaki.

    (c) Gigih Mengambil upah menganyam tikar mengkuang untuk

    membantu suami menyara keluarga.

    (d) Berjimat cermat Belanja secara berhemah untuk membayar

    yuran pengajian Azman di UiTM.

    (e) Bijak Menyarankan Azizah menganyam satu set tudung saji

    hiasan untuk Cikgu Zaleha.

    Latar

    Latar tempat

    (a) Di sekolah

    (b) Di rumah

    Latar masa

    (a) Pada waktu pagi

    (b) Pada waktu petang

    Latar masyarakat

    (a) Masyarakat yang suka bermegah-megah dengan hadiah

    yang akan dihadiahkan kepada seseorang.

    (b) Masyarakat orang miskin.

    (c) Masyarakat yang terikut-ikut dengan kawan yang sukamenunjuk-nunjuk.

    (d) Masyarakat yang malu dengan status diri.

    (e) Masyarakat yang memberi galakan untuk mengembangkan

    bakat individu tertentu.

    (f) Masyarakat yang berlatih dengan bersungguh-sungguh

    untuk mengasah bakat.

    (g) Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki yang

    halal.

    Gaya Bahasa

    (a) Responsi

    Betul? tanya Azizah. Emaknya mengangguk pula.

    Sungguh? tanya Azizah lagi. Emaknya mengangguk lagi.

    (hal. 44)(b) Sinkope

    (a) Aku nak beli tuala muka yang istimewa buat Ustazah

    Salma. (hal. 44)

    (b) Mak..mak ada duit tak?(hal. 44)

    (c) Anafora

    (a) Hadiah apa pulanya ini? tanya bapa separuh

    kehairanan.

    Hadiah hari guru.(hal. 48)

    (b) Untuk siapa? tanya emak pula. Keningnya berkerut.

    Untuk Cikgu Zaleha.(hal. 48)

    (d) Sinkope

    Kau nak berikan benda itu kepada siapa? tanya Zaiton.

    (hal. 50)

    NilaiKerajinan; kegigihan; kasih sayang; berjimat cermat; keberanian;

    kejujuran; keprihatinan

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah menyayangi guru dan membalas jasa

    mereka.

    (b) Kita hendaklah berani menyahut cabaran.

    (c) Kita hendaklah rajin berusaha untuk meraih kejayaan.

    (d) Guru-guru hendaklah mengenal pasti keistimewaan murid-

    muridnya.

    (e) Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak pelbagai kemahiran.

    3 Kuih Bakul Limau Mandarin

    Sinopsis

    Perbualan antara Lim Pooi dengan Sim Pau menjadi

    tegang apabila Lim Pooi mengetahui Lim Meng akan balik

    ke rumah untuk meraikan Tahun Baharu Cina. Lim Pooi tidak

    membenarkan Lim Meng menjejakkan kakinya ke rumahkerana Lim Meng membawa nasib malang kepada keluarga.

    Lim Meng dipersalahkan apabila Lim Foong mati lemas di

    laut kerana cuba menyelamatkan Lim Meng. Menurut Sim

    Pau, Lim Foong mati lemas kerana dia melarikan diri apabila

    dikejar oleh pemungut hutang setelah kalah bermain judi.

    Mujur, Sudin dapat menyelamatkan Lim Meng yang hampir

    lemas tetapi Sudin tidak dapat menyelamatkan Lim Foong.

    Lim Meng dipersalahkan juga apabila perniagaan Lim Pooi

    merosot. Hal tersebut berlaku disebabkan oleh Lim Pooi

    yang menyorokkan barang dan menaikkan harga sesuka hati

    kemudian mengenakan bunga kepada orang-orang kampung

    yang berhutang. Orang yang menagih hutang itu juga yang

    membakar kedai Lim Pooi untuk membalas dendam. Lim

    Pooi juga membenci Lim Meng kerana Lim Meng mengadu

    bahawa dia ternampak Lim Foong mencuri duit kedai untukberjudi. Lim Meng dituduh berbohong dan dirotan sampai

    berbirat-birat. Untuk menghalau Lim Meng dari rumah, maka

    Lim Pooi mengugut hendak memberitahu polis bahawa si

    pembunuh Lim Foong ada di rumah dan perlu dimasukkan

    ke dalam penjara. Lim Meng mengambil keputusan untuk

    lari dari rumah.

    Untuk meyakinkan Lim Pooi, Sim Pau terpaksa bercakap

    dengan suara yang lantang walaupun dia seorang yang lemah

    lembut. Sim Pau mahu Lim Pooi tahu bahawa Lim Meng tidak

    bersalah, sebaliknya dia yang bersalah kerana menghalau Lim

    Meng dari rumah. Lim Pooi telah sedar akan kesalahannya.

    Lim Pooi menyesal dan ingin memohon maaf.

    Lim Pooi jatuh sakit. Sim Pau berharap Lim Meng cepat

    pulang. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk orang. Lim Meng

    muncul di hadapan pintu. Mereka berpeluk-pelukan sambilmenangis. Lim Pooi memohon maaf. Lim Meng memaafkan

    papanya itu. Beberapa minit kemudian, Lim Pooi menunggang

    motosikal ke bandar untuk membeli limau mandarin, air

    kotak dan kacang goreng manakala Sim Pau dan Lim Meng

    merancang untuk membuat kuih bakul bersama-sama.

    Tema

    Cerpen ini bertemakan kekeluargaan. Lim Pooi menyalahkan

    anak perempuannya, Lim Meng atas segala masalah yang

    berlaku dalam keluarganya. Dia tidak menganggap Lim Meng

    anaknya. Walau bagaimanapun, isterinya, Sim Pau, Lim Meng

    tidak bersalah. Menurut Sim Pau, Lim Pooilah punca segala

    masalah tersebut. Akhirnya, Lim Pooi sedar dan mengakui

    kesalahannya. Apabila Lim Meng pulang, dia memohon maafkepada anaknya itu.

    Persoalan

    (a) Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

    (b) Tindakan seorang bapa yang tidak menyelidik kebenaran

    anaknya.

    (c) Tindakan individu yang menyalahkan orang lain tentang

    nasib malangnya.

    (d) Kesedaran individu terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

    (e) Seorang isteri yang berani menentang suami yang

    berpendirian salah.

    (f) Keburukan mempercayai ramalan atau tilikan.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    9/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM9 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    (g) Hari perayaan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

    (h) Tolong-menolong tanpa mengira perbezaan bangsa dan

    agama.

    (i) Hukuman kepada orang yang melanggar undang-undang

    negara.

    Plot

    Binaan Plot

    (a) Permulaan Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa LimMeng akan pulang untuk meraikan Tahun Baharu Cina. Lim

    Pooi tidak mahu menerima kepulangan anak perempuannya

    itu.

    (b) Perkembangan Sim Pau menyedarkan Lim Pooi bahawa

    Lim Meng tidak bersalah. Kematian Lim Foong di laut,

    perniagaanya bankrup dan kedainya terbakar tiada kaitan

    dengan Lim Meng.

    (c) Klimaks Lim Meng pulang ke rumah. Mereka berpeluk-

    pelukan dan bermaaf-maafan.

    (d) Peleraian Lim Pooi membeli limau mandarin, air kotak dan

    kacang di bandar untuk meraikan Tahun Baharu Cina.

    Teknik Plot

    Teknik pemerian; teknik dialog; teknik saspens

    Watak dan Perwatakan

    Lim Pooi

    (a) Mempunyai dua orang anak, iaitu Lim Meng dan Lim Foong

    dan seorang isteri bernama Sim Pau.

    (b) Keras kepala dan ego Yakin perniagaanya bankrap

    kerana Lim Meng ialah anak yang malang bukan kerana

    kesalahannya yang menaikkan harga barang.

    (c) Tidak mematuhi undang-undang negara Dia menyorokkan

    barang-barang di dalam stor kemudian barang-barang

    tersebut dijual dengan harga yang mahal.

    (d) Pendendam Dia membenci Lim Meng dan mahu

    menyumbatkan Lim Meng ke dalam penjara sekiranya Lim

    Meng tidak keluar dari rumah.

    (e) Tidak bertanggungjawab Dia menghalau Lim Meng dari

    rumah.

    (f) Tamak Dia mengenakan bunga kepada orang-orang

    kampung yang berhutang barang dangannya.

    (g) Insaf Tidak memarahi Lim Meng lagi setelah sedar akan

    kesalahannya.

    Sim Pau

    (a) Isteri Lim Pooi dan ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng.

    (b) Seorang yang penyayang. Dia merindui anak perempuannya,

    Lim Meng yang telah lari dari rumah.

    (c) Berani menegakkan kebenaran Menerangkan kepada Lim

    Pooi bahawa perniagaannya gagal dan Lim Foong mati tidak

    ada kaitan dengan Lim Meng.

    (d) Mengenang jasa Dia menjemput Sudin sekeluarga

    meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya kerana Sudin

    telah menyelamatkan Lim Meng daripada mati lemas disungai.

    (e) Prihatin Dia memujuk Lim Pooi mendapatkan rawatan

    doktor kerana sudah tiga hari Lim Pooi tidak makan.

    Lim Meng

    (a) Anak perempuan kepada Lim Pooi dan Sim Pau.

    (b) Adik kepada Lim Foong.

    (c) Sentiasa dituduh dan dimarahi oleh ayahnya, Lim Pooi.

    (d) Seorang yang jujur.

    (e) Berani menegakkan kebenaran walaupun akan dimarahi

    oleh ayahnya.

    (f) Sanggup berkorban demi keselamatan ahli keluarganya.

    Latar

    Latar masa

    (a) Sebelum Tahun Baharu Cina

    (b) Pada waktu malam

    Latar tempat

    (a) Di rumah

    (b) Di sungai

    Latar masyarakat

    (a) Masyarakat yang membabi buta menuduh orang tanpa

    selidik.

    (b) Masyarakat yang menyayangi ahli keluarganya.

    (c) Masyarakat yang sengsara akibat berjudi.

    (d) Masyarakat yang trauma kerana tindakan seseorang.

    (e) Masyarakat yang membantu orang lain tanpa mengira

    bangsa dan agama.

    (f) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

    Gaya Bahasa

    (a) Sinkope

    (a) Lim Meng cakap dia nak balik pada Tahun Baharu ini.

    (b) Tak apa. Nanti papa pergi beli. Nak berapa kotak?

    Sepuluh kotak cukup?

    (b) Peribahasa

    (a) Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah

    tetapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu

    mengikut perasaan.

    (b) Lim Pooi memang berhati kering.

    (c) Metafora

    Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

    (d) Repetisi

    Begitu keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan

    anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-

    sama dengan Sim Pau.(e) Simile

    Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur

    pada ladang bunga-bunga gembira yang baru sahaja

    berputik dalam hati Sim Pau.

    (f) Personikasi

    Sebaliknya, kata-katanya itu ibarat racun yang disembur

    pada ladang bunga-bunga gembira yang baru sahaja

    berputik dalam hati Sim Pau.

    Nilai

    Kesabaran; kejujuran; keberanian; keprihatinan; keinsafan; tolong-

    menolong; mengenang budi

    Pengajaran

    (a) Kita haruslah berani melaporkan salah laku seseorang

    walaupun ahli keluarga sendiri.

    (b) Kita sepatutnya menyayangi anak-anak kita dengan kasih

    sayang yang sama rata.

    (c) Kita sepatutnya selidik dahulu kebenaran sebelum bertindak

    mengikut perasaan.

    (d) Kita haruslah jujur dalam perniagaan.

    (e) Kita mestilah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang

    lain.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    10/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM10 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Unit 5 Drama

    Hadiah

    Sinopsis

    Fauziah ibu tunggal yang kematian suami tiga bulan

    lepas membaca kembali surat yang dikirim oleh anaknya,

    Hayati. Hayati menyatakan bahawa dia telah berhutang

    dengan pihak sekolah sebanyak RM40. Jadi, untuk tidak

    menimbulkan banyak masalah, Hayati membuat keputusan

    untuk pulang dahulu ke rumah. Keluarga ini sedang berdepan

    dengan masalah kewangan setelah suaminya meninggal.

    Ketika Fauziah dan ayahnya, Pak Mail, sedang berbual-

    bual tentang nasib hidup mereka, Hayati pun sampai. Hayati

    masuk ke dalam rumah dan menyalami datuk dan ibunya.

    Dia bertanyakan pada datuknya jika dia dapat kembali belajar

    di sekolah lamanya itu. Datuknya hanya berkata dia akan

    ikhtiarkan. Selepas itu, Hayati masuk ke dalam biliknya. Tidak

    lama kemudian, Datuk Penghulu datang bersama dengan

    Encik Musa dari Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.Encik Musa mengatakan bahawa kedatangannya adalah untuk

    menyampaikan penghargaan kepada keluarga Sarjan Akhbar.

    Encik Musa turut menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu

    ringgit kepada Fauziah bagi menyara persekolahan anak-

    nakanya.

    Kemudian, sebelum Encik Musa dan Datuk Penghulu

    keluar, Hayati keluar dari biliknya. Pak Mail menyuruh Hayati

    menyiapkan barangnya untuk menghantar Hayati ke asrama

    semula esok. Encik Musa menasihati Hayati supaya belajar

    dengan bersungguh-sungguh.

    Tema

    Tema drama ini ialah kesempitan hidup setelah kehilangan ketua

    keluarga. Kesempitan hidup keluarga Fauziah telah menyebabkananaknya Hayati yang tinggal di asrama pulang ke kampung kerana

    tidak mampu untuk membayar hutang sekolahnya.

    Persoalan

    (a) Keprihatinan seorang anak terhadap masalah yang dihadapi

    oleh keluarganya.

    (b) Keprihatinan jiran tetangga tentang masalah yang dihadapi

    oleh salah satu penduduk.

    (c) Pekerja yang amanah.

    (d) Ketabahan menghadapi dugaan dalam hidup.

    (e) Membalas jasa askar yang terkorban untuk negara.

    Plot

    Binaan Plot(a) Permulaan Hayati memberitahu ibunya melalui surat

    bahawa dia akan pulang ke rumah kerana yuran asramanya

    telah tertunggak selama dua bulan.

    (b) Perkembangan Pak Mail menasihati Fauziah supaya

    bersabar. Hayati pulang dari asrama. Datuk Penghulu

    membawa Encik Musa ke rumah Pak Mail.

    (c) Klimaks Fauziah menerima cek bernilai sepuluh ribu

    ringgit daripada Encik Musa yang bertugas di Kementerian

    Pertahanan Malaysia.

    (d) Peleraian Hayati bersiap-siap untuk pulang ke asrama

    pada keesokan harinya.

    Teknik plot

    Teknik pemerian; teknik dialog; teknik saspens

    Watak dan Perwatakan

    Hayati

    (a) Anak kepada Sarjan Akhbar dan Fauziah serta cucu kepada

    Pak Mail.(b) Bijak membuat keputusan.

    (c) Seorang yang penyayang.

    (d) Dia bertanggungjawab.

    Fauziah

    (a) Isteri kepada Sarjan Akhbar dan anak kepada Pak Mail.

    (b) Seorang ibu tunggal yang baru kematian suami.

    (c) Mempunyai dua orang anak, Farid dan Hayati.

    (d) Tinggal dengan ayahnya, Pak Mail.

    (e) Seorang yang lemah lembut.

    (f) Seorang yang baik hati.

    (g) Berhemah tinggi Dia memastikan Hayati telah meminta izin

    daripada guru asrama sebelum pulang ke rumah.

    Pak Mail

    (a) Ayah kepada Fauziah.(b) Datuk kepada Farid dan Hayati.

    (c) Seorang yang amat menyayangi ahli keluarganya.

    (d) Seorang yang rajin berusaha.

    Encik Musa

    (a) Pegawai tentera daripada Kementerian Pertahanan di Kuala

    Lumpur.

    (b) Seorang yang amanah.

    (c) Seorang yang berbudi bahasa.

    Latar

    Latar masa

    (a) Pagi hingga tengah hari

    (b) Petang

    Latar tempat

    (a) Di rumah

    (b) Sekolah Menengah Seri Setia

    Latar masyarakat

    (a) Masyarakat yang baru kehilangan orang yang tersayang.

    (b) Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tugas.

    (c) Masyarakat orang yang kehilangan punca kewangan.

    (d) Masyarakat orang kampung yang prihatin.

    (e) Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab terhadap

    anak buahnya.

    Gaya Bahasa

    (a) Sinkope

    (a) HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru

    Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk menolong Yati.(b) FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu

    nak makan, makanlah dulu. Mak akan makan kemudian.

    (b) Repetisi

    PAK MAIL: Terima kasih, Encik Musa. Terima kasih, Tuk.

    Nilai

    Kasih sayang; ketabahan; bekerjasama; kesopanan; kejujuran

    Pengajaran

    (a) Kita haruslah tabah dalam mengharungi cabaran hidup.

    (b) Kita haruslah sedar bahawa ada yang lebih kurang bernasib

    baik berbanding dengan kita.

    (c) Kita haruslah amanah dalam melakukan pekerjaan.

    (d) Kita haruslah bantu-membantu sesama manusia dalam

    sesebuah masyarakat.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    11/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM11 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Bahagian B : Novel

    1 Pelari Muda

    Sinopsis

    Kamarul menjadi popular dalam sekelip mata setelah

    memenangi beberapa hadiah dalam sukan MSSM, dan sukan

    SEA di Brunei. Oleh sebab berita dan gambarnya kerap

    disiarkan dalam televisyen dan akhbar maka Kamarul mula

    bersikap angkuh. Kamarul mengelak untuk hadir latihan sukan

    sekolah dan berbual-bual dengan kawan-kawannya. Bagi

    Kamarul, kawan-kawan sekolah dan latihan sukan sekolah

    sudah tidak penting lagi.

    Kamarul menunjukkan sikap kurang senang apabila

    ditegur oleh cikgu-cikgu di sekolah. Malah, Kamarul memarahi

    Saridah yang menasihatinya supaya jangan bersikap sombong

    dengan kawan-kawan. Selain itu, Kamarul enggan menjalani

    latihan kecergasan bawah bimbingan Encik Kadir keranalatihan yang diajar oleh Encik Kadir itu serupa sahaja dan

    amat membosankan. Kamarul tidak mematuhi jadual latihan

    dan kerap ponteng latihan tanpa sebarang sebab. Kamarul

    lebih suka membuat latihan kecergasan sendiri. Rupa-

    rupanya, ada seorang pelari yang lain yang sedang berusaha

    dengan gigih untuk mengatasinya, iaitu Sures Menon.

    Dalam pemilihan ke Sukan SEA di Bangkok, Sures

    Menon berjaya mengalahkan Kamarul. Kamarul amat runsing.

    Persahabatannya dengan Saridah semakin renggang.

    Hubungannya dengan Encik Kadir dan kawan-kawan sekolah

    sudah pun renggang. Kamarul amat tertekan. Sewaktu

    menyemberang jalan, Kamarul tidak menoleh ke kiri. Sebuah

    kereta datang dari arah bertentangan kemudian melanggarnya.

    Kamarul dihantar ke hospital. Kamarul mengalami kecederaan

    pada bahagian lutut, muka, dan mata.Kunjungan Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan

    rakan-rakan sekelas menyebabkan sifat keegoan Kamarul

    cair. Kamarul memohon maaf daripada mereka. Kamarul

    mula menyediakan dirinya untuk menghadapi pertandingan

    antarabangsa yang cukup bermakna bagi dirinya, iaitu sukan

    SEA ke-14 di Bangkok.

    Kamarul bertemu De Wega, pelari Filippina yang amat

    dikagumi. De Wega menasihati Kamarul supaya menjadi

    seorang atlet yang berdisiplin, patuh kepada arahan jurulatih,

    tidak mudah putus asa dan sentiasa menjalinkan persahabatan

    dengan rakan-rakan jikalau mahu menjadi atlet negara yang

    dikagumi. Kemudian, Kamarul, De Wega, Sures Menon

    dan beberapa orang lagi pelari dari negara lain bertanding

    dalam acara 100m dan 400m di Stadium Nasional, Bangkok.

    Kamarul mendapat dua pingat emas dalam kedua-dua acaraini. Kamarul amat gembira. Kamarul ingin cepat pulang ke

    Malaysia untuk bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan

    sekolahnya terutama Saridah.

    Sari Bab

    1. Mengapa Muram?

    Kamarul tidak membaca akhbar seperti biasa. Selepas

    bersarapan, memakai stoking dan kasut. Wajahnya muram.

    Hal ini disedari oleh ibunya. Ibunya menebak bahawa Kamarul

    bergaduh dengan Saridah. Kamarul hanya menjawab bahawa

    mereka hanya salah faham. Ibunya bertanya kepada Kamarul

    sama ada dia boleh memaafkan Saridah atau pun tidak. Kamarul

    hanya mengangguk.

    Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul terkenang akan

    pertengkarannya dengan Saridah beberapa hari yang lalu.

    Saridah menegur sikap kamarul yang semakin sombong. Kamarul

    mempertahankan dirinya dengan mengeluarkan kata-kata yang

    angkuh kepada Saridah. Kamarul tertanya-tanya sama ada

    benarkah dia semakin sombong? Dia juga terbayang akan

    Cikgu Zainal, iaitu guru yang mula-mula mengesan bakatnya.

    Kemudian, dia terbayang akan Encik Kadir, jurulatihnya. Encik

    Kadir memintanya turun menjalani latihan. Namun begitu, dia

    tidak mahu berlatih di bawah kelolaan jurulatihnya itu. Kamarul

    berasa Sures, Rajip, dan Mahat belum dapat menandingi rekod

    kepantasannya lagi.

    Kamarul masih teringat kepada Saridah. Dia mencari Saridah

    di kelas, tetapi Saridah tiada. Sebaliknya, dia bertemu dengan

    Sures. Sures mengingatkannya bahawa Encik Kadir meminta

    mereka ke Pusat Sukan Kampung Pandan petang nanti. Kata-kata

    Sures itu dibalas endah tak endah oleh Kamarul.

    2. Jangan Mungkir

    Sures menunggu Kamarul di Pusat Sukan Kampung

    Pandan tetapi Kamarul masih belum sampai. Sures terkilan kerana

    Kamarul tidak menepati janji. Sures tertanya-tanya tentang sikap

    Kamarul yang banyak berubah. Kamarul sudah jarang-jarang

    berbual dengan kawan-kawan yang lain. Dia juga mengelak untuk

    menghadiri latihan sukan tahunan sekolah.

    Semasa Sures melakukan latihan memanaskan badan,

    Encik Kadir memanggilnya. Encik Kadir bertanyakan Sures

    tentang Kamarul yang masih belum datang. Sures mencuba untuk

    mempertahankan Kamarul. Sures yang tidak mahu memeningkan

    kepalanya terus menyertai kumpulan lain yang sedang menjalani

    latihan.

    Petang itu, mereka membuat lima larian pantas. Sures

    berlari dengan pantas dan berjaya mengatasi pelari-pelari yang

    lain. Dia tersenyum apabila menerima tepukan daripada perlari-

    pelari lain. Sebelum mereka bersurai, Encik Kadir berjumpa

    dengan Sures. Encik Kadir mahu Sures memberitahu Kamarul

    untuk berjumpa dengannya esok hari. Sures mengangguk. Encik

    Kadir kelihatan kecewa akan ketidakhadiran Kamarul pada hari

    itu.

    Saridah bertemu dengan Suresh. Sures bertanyakan

    Saridah tentang Kamarul. Saridah tidak tahu. Sures menceritakan

    masalah tentang sikap Kamarul belakangan ini. Saridah

    kemudiannya meminta diri untuk pulang ke rumah.

    3. Surat Tak Bersampul

    Saridah menunggu Kamarul di perpustakaan. Dia

    kecewa kerana kelibat Kamarul langsung tidak kelihatan. Dia

    pulang ke kelasnya. Juriah menghampiri Saridah yang dilihatnya

    sedang muram. Saridah membisu. Juriah menebaknya bergaduh

    dengan Kamarul. Dia menasihati Saridah. Saridah hanya

    memandang Juriah tanpa bersuara.

    Selepas waktu sekolah, Saridah tidak terus pulang

    ke rumah. Dia ke perpustakaan. Dia menulis surat untuk

    Kamarul. Walau bagaimanapun, dia berasa serba salah hendak

    menyerahkan surat itu kepada Kamarul. Juriah datang menemui

    Saridah. Saridah memintanya menyerahkan surat itu kepada

    Kamarul.

    4. Sebak di Dada

    Selepas minum petang, Kamarul hendak keluar untuk

    berjoging. Ibunya hairan kerana dia hanya berpakaian biasa.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    12/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM12 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Ketika dia hendak meminta diri untuk pergi berjoging, ibunya

    menyerahkan sepucuk surat kepadanya.

    Kamarul berhenti lalu membaca surat itu. Surat daripada

    Saridah benar-benar menyentak hati kecilnya. Dia teringatkan

    tindakannya terhadap Saridah. Wajah Cikgu Zainal dan Encik

    Kadir silih berganti. Surat itu dikeronyoknya lalu dibuang ke dalam

    longkang. Hatinya kembali marah dan geram.

    Kamarul berjalan menghala ke Stadium Merdeka. Kamarul

    terbayang seolah-olah dia dikelilingi oleh ribuan penonton yangbersorak untuknya. Dia menjerit dan suaranya yang kuat itu

    bergema ke ruang tempat duduk. Dia menyedari tiada sesiapa di

    situ. Dengan geram dia terus keluar dari stadium itu.

    5. Jemu Menunggu

    Saridah berasa masa bergerak begitu lambat. Dia tidak

    gemar menunggu kerana baginya menunggu amat membosankan.

    Saridah teringat akan Kamarul. Dia tertanya-tanya sama ada

    Kamarul sudah membaca suratnya. Adakah Kamarul sudi

    memaafkannya? Dia kemudiannya menarik laci almarinya.

    Matanya tertumpu pada sebuah album. Dia melihat-lihat gambar

    dalam album tersebut.

    Saridah cuba mengingati pertama kali dia terpilih mewakili

    Wilayah Persekutuan ke Sukan MSSM. Saridah mula mesra

    dengan Kamarul ketika berada di padang Stadium Merdeka.Kamarul yang memulakan perbualan dengan Saridah. Dia agak

    gugup dan gementar sedangkan Kamarul hanya selamba.

    Semenjak itu, kemesraan antara mereka terus terjalin.

    Setelah beberapa bulan kemesraan mereka terjalin, Kamarul

    semakin berubah. Hal ini demikian kerana, dia semakin terkenal.

    Wajahnya selalu terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Dia

    tidak mahu menyertai sukan tahunan sekolah kerana dianggap

    tidak layak baginya yang merupakan ahli sukan negara. Dia juga

    pernah bertelagah dengan Cikgu Zainal.

    6. Mengapa, Kamarul?

    Kamarul datang ke Pusat Sukan Kampung Pandan. Ketika

    dia hendak menyertai Sures, Suradi, Mahat, dan Rajib, Encik Kadir

    memanggilnya. Encik Kadir hendak berjumpa dengannya selepas

    latihan nanti. Kamarul hanya mengangguk.

    Semasa latihan, Encik Kadir memberitahu bahawa dia

    masih belum berpuas hati akan tahap pencapaian pelatihnya. Dia

    meminta mereka melipatgandakan latihan. Endik Kadir menegur

    Suradi yang menunjukkan pencapaian yang menurun. Namun

    begitu, dia berbangga akan pencapaian Sures .

    Selepas melakukan latihan, Encik Kadir membunyikan wisel

    bagi mengarahkan pelatihnya berlari ke garisan permulaan. Dia

    mengarahkan mereka berlari pecut. Dalam latihan itu, Sures telah

    berjaya sampai dahulu di garisan penamat. Encik Kadir berasa

    kecewa akan prestasi yang ditunjukkan oleh Kamarul.

    Encik Kadir mengarahkan Suradi dan Rajip berlumba.

    Kedua-duanya berlepas agak baik. Di pertengahan larian, Suradi

    memecut meninggalkan Rajip. Encik Kadir memberitahu mereka

    bahawa konsentrasi yang yang baik sewaktu berlepas amat

    penting. Encik Kadir mengarahkan Sures dan Kamarul pula untuk

    berlumba. Sures berjaya menewaskan Kamarul dengan catatan

    10.78 saat. Hal itu amat membanggakan Encik Kadir. Sures

    tersenyum lebar apabila dipuji oleh Encik Kadir.

    Encik Kadir menegur Kamarul kerana sering ponteng dan

    datang lambat semasa latihan. Kamarul menegaskan bahawa dia

    berlatih sendirian di rumah. Encik Kadir mengingatkan Kamarul

    jika dia sering melanggar disiplin namanya akan digugurkan

    daripada mewakili negara. Kamarul sekali lagi menegaskan

    bahawa dia boleh berlatih sendiri. Dia meninggalkan Encik Kadir

    yang sedang melihatnya.

    7. Melepaskan Marah

    Kamarul pulang ke rumah dalam keadaan marah. Semua

    kelakuannya diperhatikan oleh ibunya. Ketika membaca akhbar,

    dia terjumpa akan kenyataan yang dibuat oleh Encik Kadir. Encik

    Kadir menyatakan bahawa prestasi atlet kebangsaan sedang

    meningkat. Namun begitu, dia juga menyentuh tentang masalah

    disiplin para peserta negara.

    Kamarul berasa Encik Kadir sedang menempelaknya. Dia

    menusuk wajah Encik Kadir pada akhbar sehingga berlubang

    pada bahagian mata. Ibu Kamarul menegur perbuatannya yang

    keterlaluan itu. Ibunya menasihatinya supaya jangan membenci

    orang. Kamarul hanya tersengih manakala ibunya menggelengkan

    kepala.Saridah menelefon Kamarul. Kamarul menjawab panggilan

    Saridah. Pada akhir akhir perbualan mereka, Saridah mendoakan

    Kamarul memperoleh kejayaan yang cemerlang di Bangkok. Kata-

    kata Saridah itu membuatkan Kamarul berdebar-debar.

    Saridah tiba di sekolah pada petang itu. Dia tercari-cari

    kelibat Kamarul tetapi hampa. Saridah teringat akan Juriah.

    Baginya, Juriah ialah sahabat yang paling dipercayai pada masa

    ini. Juriah datang menyapa Saridah. Mereka berbual-bual tentang

    Saridah yang tadinya kelihatan sedang termenung. Tiba-tiba,

    Juriah bertanya tentang perasaan Saridah terhadap Kamarul.

    Saridah tiba-tiba menjadi sayu. Juriah menyatakan bahawa tidak

    salah mencintai seseorang tetapi sebagai pelajar, pelajaran perlu

    diutamakan. Juriah mengingatkan Saridah bahawa peperiksaan

    SPM sudah semakin hampir dan peperiksaan SPM ini yang bakal

    menentukan kehidupan mreka pada masa akan datang. Juriahmenasihati Saridah agar melupakan Kamarul dan menumpukan

    perhatian terhadap peperiksaan.

    Saridah memeluk Juriah. Tingkah laku mereka diperhatikan

    oleh beberapa orang pelajar yang lain. Tidak lama selepas itu,

    mereka bergerak ke padang.

    8. Semoga Berjaya

    Kamarul bertengkar dengan Adibah, ketua kelasnya. Hal

    ini demikian kerana, Adibah menghalangnya keluar dari kelas

    untuk bertemu dengan Cikgu Zainal di bilik guru. Selepas loceng

    berbunyi, Kamarul berlalu mengikut pintu belakang. Rakan-

    rakannya yang lain menggelengkan kepala melihat kelakuan

    Kamarul.

    Kamarul masuk ke bilik guru berjumpa dengan Cikgu Zainal.

    Cikgu Zainal memberitahu Kamarul bahawa dia melepaskanKamarul bercuti kerana diminta oleh Presiden KOAM. Cikgu

    Zainal turut mengingatkan Kamarul tentang peperiksaan SPM

    yang akan bermula tidak lama lagi. Dalam pada itu, Cikgu Zainal

    memuji Kamarul kerana mengharumkan nama negara dan nama

    sekolah.

    Kamarul berdebar-debar apabila Cikgu Zainal membangkitkan

    nama Encik Kadir. Beliau berasa hairan tentang prestasi Kamarul

    yang dikatakan semakin menurun. Kamarul menghela nafas dan

    berharap agar Cikgu Zainal tidak terus-terusan bertanya tentang

    perkara itu. Cikgu Zainal mengucapkan syabas dan semoga

    berjaya kepada Kamarul. Perasaan debar Kamarul hilang selepas

    keluar dari bilik guru itu.

    9. Dia Tidak Sudi

    Pada petang itu, Kamarul tiba lebih awal daripada biasa.

    Sukan SEA di Bangkok hanya tinggal beberapa minggu lagi.

    Encik Kadir hendak menguji kecergasan Kamarul. Kemudian, dia

    memanggil Sures. Dia meminta mereka bersedia untuk berlumba.

    Kamarul melakukan kesilapan dengan permulaannya yang agak

    lambat. Sures memecut laju. Kamarul juga memecut sekuat

    tenaga, namun usahanya sia-sia apabila Sures terlebih dahulu

    sampai di garisan penamat.

    Encik Kadir menasihati Kamarul tentang disiplinnya itu. Encik

    Kadir memberikan pingat emas yang dimenangi Kamarul dahulu

    kepada Kamarul sebagai pembakar semangat. Kamarul berasa

    sangat marah lalu membaling pingat itu kepada Encik Kadir lalu

    beredar dari Pusat Sukan Kampung Pandan. Semasa Kamarul

    sedang berjalan meninggalkan kawasan tersebut, dia ditimpa

    kemalangan yang menyebabkan dia terlantar di hospital.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    13/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM13 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    10. Sepatutnya Berehat

    Dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia hanya

    luka dan bengkak urat sahaja. Encik Kadir, Saridah, dan rakan-

    rakannya telah melawat Kamarul di hospital. Doktor Munirah

    membenarkan Kamarul pulang ke rumah. Kamarul berasa

    gembira, namun apabila terbayang wajah Encik Kadir, Sures,

    Saridah, Cikgu Zainal, dan ibunya, perasaan riangnya lenyap.

    Kamarul tersentuh oleh tindakan mereka itu lalu dia sedar akan

    kesalahan yang telah dilakukannya kepada mereka. Kamarulberasa dirinya sangat bersalah.

    Encik Kadir muncul di hadapan katilnya untuk membawanya

    pulang. Kamarul mengucapkan terima kasih lalu meminta maaf.

    Encik Kadir memintanya melupakan perkara yang lalu. Encik

    Kadir memintanya berlatih dengan tekun bagi mengembalikan

    kecergasannya.

    11. Harapan Tinggi

    Kamarul teringat akan tajuk rencana akhbar yang dibacanya.

    Dia agak cemas kerana harapan yang terlalu tinggi terpaksa

    digalasnya. Kamarul diuji berlumba dengan Sures dan Rajip.

    Dalam ujian itu, dia memperoleh tempat tercorot. Dia tidak percaya

    akan keputusan tersebut. Encik Kadir menasihatinya supaya

    tidak berputus asa. Menurut Encik Kadir lagi, dia akan membantu

    Kamarul. Kamarul melihat buku yang mencatatkan catatan yang pernah

    dibuatnya di Sukan MSSM, SUKMA, dan Sukan SEA. Dia sedar

    bahawa dia sudah jauh ketinggalan.

    12. Selamat Jalan

    Kamarul akan berlepas ke Bangkok. Dia gelisah apabila

    Saridah belum datang lagi. Adibah dan Fazilah mengusik Kamarul

    yang kelihatan gelisah. Tidak lama kemudian, Saridah tiba

    di lapangan terbang. Kamarul tidak dapat berbual-bual lebih

    lama kerana waktu untuk berlepas sudah tiba. Rakan-rakannya

    mengucapkan kata-kata penuh semangat kepada Kamarul.

    13. Dia Peminat De Wega

    Kontinjen Malaysia tiba di Bangkok. Kamarul ditempatkan

    di bilik hotel bersama-sama Sures. Sures hairan melihat wajah

    Kamarul yang muram. Kamarul memberitahu Sures bahawa

    dia bimbang akan prestasinya yang dikatakan menurun. Sures

    menasihatinya bahawa prestasi semasa latihan dan prestasi

    semasa pertandingan sebenar tidak sama.

    Pelatih olahraga melakukan latihan dan ujian kecergasan. Encik

    Kadir berpuas hati kerana terdapat perkembangan baharu

    dalam kalangan atlet negara. Kamarul berasa gembira. Kamarul

    kemudiannya menghampiri De Wega. Dia berbual-bual dengan

    De Wega. Kamarul memberitahu De Wega bahawa dia banyak

    menyimpan gambar dan keratan akhbar tentang De Wega. Kini,

    dia dapat berkenalan dengan De Wega.

    De Wega bercerita kepada Kamarul tentang pekerjaannya.

    Dia juga memberitahu Kamarul supaya berdisiplin dan jangan

    mudah lupa diri. Seterusnya, dia mengingatkan Kamarul supaya

    jangan mudah berputus asa atau kecewa. Kamarul mengangguk-

    angguk tanpa berkata apa-apa.

    14. Dadanya Mencecah Pita

    Upacara pembukaan Sukan SEA yang ke-14 berlangsung

    dalam suasana yang meriah. Kamarul dan Sures turut berbaris.

    Selepas upacara pembukaan, pertandingan bola sepak

    berlangsung antara pasukan Malaysia dengan pasukan Thailand.

    Encik Kadir memberikan pingat kebanggaannya kepada

    Kamarul. Beliau meminta Kamarul mengikat pingat itu di pinggang

    sebagai pembakar semangat. Kamarul akur. Semasa di trek

    perlumbaan untuk bermula, dia melihat para lawannya. Pada

    mulanya dia tidak yakin, namun semangatnya datang apabila

    menyedari pingat di pinggangnya itu. Akhirnya, Kamarul berjaya

    mendapat tempat pertama dengan memecahkan rekod De Wega.

    Selepas perlumbaan tamat, Encik Kadir mengucapkan tahniah

    dan menyampaikan surat dari rakan-rakannya di Malaysia. Encik

    Kadir juga memberitahu Kamarul tentang persaraannya. Kamarul

    menyerahkan pingatnya itu kembali tetapi Encik Kadir meminta

    dia menyimpan pingat itu sebagai motivasi.

    15. Ucapan Tahniah

    Sukan SEA Bangkok berakhir. Kamarul melawat De

    Wega di hotel atlet Filipina menginap. Kamarul menyampaikan

    cenderamata kepada De Wega. De Wega juga menghadiahkan

    pingat emasnya kepada Kamarul sebagai pembakar semangat.

    Kemudian, atlet-atlet Malaysia pulang kembali ke Malaysia.

    Kamarul disambut meriah oleh keluarganya, Saridah, dan rakan-

    rakannya.

    Tema

    Novel Pelari Muda mengungkapkan tema tentang semangat juang

    anak muda menghadapi pelbagai cabaran demi mengejar cita-cita.

    Contohnya Kamarul diduga dengan cabaran berat dalam hidupnya

    setelah dia menjadi terkenal kerana memenangi pingat emas

    dalam Sukan SEA di Brunei. Hubungan dengan rakan-rakannya

    semakin renggang kerana mereka menganggap dia semakin

    sombong dan sikapnya sudah berubah apatah lagi apabila dia

    enggan bertanding dalam kejohanan kecil seperti sukan tahunan

    sekolah. Kamarul cuba menakan perkara itu namun akur bahawadia semakin kurang menjalani latihan pusat dan bersikap biadap

    apabila ditegur oleh jurulatihnya.

    Persoalan

    (a) Kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi

    Sures berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan

    rekod masa lariannya supaya dia dapat menewaskan rekod

    masa Kamarul.

    (b) Hubungan antara kawan baik Hubungan Kamarul dengan

    Saridah sangat rapat. Ibu Kamarul juga menyayangi Saridah

    seperti anaknya. Mak Jah tidak mahu Kamarul bergaduh

    dengannya lama. Hubungan Saridah dengan Juriah. Saridah

    sering menceritakan masalah yang dihadapinya kepada

    Juriah. Juriah juga menasihati Saridah supaya fokus akan

    pelajaran dan bukan bermain perasaan.(c) Tanggungjawab seorang jurulatih terhadap atletnya Encik

    Kadir juga mengambil berat tentang prestasi atlet-atletnya

    yang lain seperti prestasi Suradi yang naik dan turun.

    (d) Kesabaran menghadapi karenah manusia Encik Kadir

    bersabar dengan tingkah laku Kamarul yang kurang

    berdisiplin. Daripada memarahinya, beliau menasihati

    Kamarul dan memberikan pingat emas sebagai pembakar

    semangatnya. Beliau juga melawat Kamarul yang terlantar

    sakit kerana kamalangan di hospital walaupun Kamarul telah

    menyakiti hatinya.

    (e) Keprihatinan masyarakat terhadap musibah yang dihadapi

    orang lain Mak Jah prihatin dengan masalah yang dihadapi

    anaknya. Dia bertanyakan masalah yang dihadapi Kamarul

    setelah berasa pelik dengan perlakuannya yang tidak seperti

    kebiasaannya.

    Plot

    Binaan Plot

    (a) Permulaan Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah.

    Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah

    semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul

    teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula

    mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.

    (b) Perkembangan Kamarul telah banyak berubah kerana

    sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir

    kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat

    membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawan-

    kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan

    sukan sekolah.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    14/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM14 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    (c) Klimaks Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya

    semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir

    kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing,

    Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul

    dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian

    terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di

    bawa ke hospital.

    (d) Peleraian Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara

    lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada

    Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul

    bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan

    atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.

    Plot

    Teknik Plot

    (a) Teknik dialog

    (b) Teknik monolog

    (c) Teknik monolog dalaman

    (d) Teknik imbas kembali

    (e) Teknik pemerian

    Watak dan Perwatakan

    Kamarul Baharuddin

    (a) Kamarul Baharuddin ialah watak utama dalam novel ini.

    (b) Berusia 17 tahun.

    (c) Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.

    (d) Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula

    berkawan rapat semasa sukan MSSM.

    (e) Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan

    kepopularannya.

    (f) Seorang yang tidak berdisiplin.

    (g) Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki

    peperiksaan SPM pada hujung tahun.

    (h) Tidak mengenang budi Kamarul enggan berlatih bawah

    bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan.

    (i) Buruk sangka Encik Kadir sengaja mendendanya berlari

    lapan kali pusing keliling padang untuk membalas dendam.

    (j) Insaf akan kesalahannya Kamarul menyesal bersikap

    kurang ajar dengan Encik Kadir dan bersikap sombong

    dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta.

    Saridah

    (a) Saridah ialah kawan baik Kamarul.

    (b) Berusia 17 tahun.

    (c) Seorang pelari pecut.

    (d) Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah.

    (e) Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang

    Kamarul. Seorang yang bersopan santun.

    (f) Seorang yang peramah dengan orang tua.

    (g) Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki

    peperiksaan SPM pada hujung tahun.

    Mak Jah(a) Ibu kepada kamarul dan isteri kepada Encik Baharudin.

    (b) Seorang ahli perniagaan yang berjaya.

    (c) Penyayang Menyayangi Saridah kerana dia tidak

    mempunyai anak perempuan.

    (d) Prihatin Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan

    Saridah.

    (a) Bertanggungjawab Menjaga Kamarul di hospital.

    Sures Menon

    (a) Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul.

    (b) Berusia 17 tahun.

    (c) Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.

    (d) Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul.

    (e) Seorang yang bersemangat dan bersungguh-sungguh.

    (f) Seorang yang berdisiplin.

    (g) Seorang yang amanah Buktinya, dia menyampaikan

    pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.

    Juriah

    (a) Juriah ialah kawan baik Saridah.

    (b) Berusia 17 tahun.

    (c) Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang.

    (d) Seorang yang selalu bergurau.

    Encik Kadir

    (a) Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen

    Malaysia.

    (b) Seorang yang tegas.

    (c) Penyabar.

    (d) Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan

    atlet-atletnya.

    (e) Seorang yang bertimbang rasa.

    De Wega

    (a) De Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul.

    (b) Berusia 34 tahun.

    (c) Seorang yang peramah dan rendah diri.

    (d) Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut.(e) Seorang yang berdisiplin.

    (f) Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah

    berputus asa.

    (g) Pemurah dalam memberi nasihat.

    Latar

    Latar tempat

    (a) Di rumah Kamarul

    (b) Di sekolah

    (c) Di hospital

    (d) Di Pusat Sukan Kampung Pandan

    (e) Di Bangkok

    (f) Di perpustakaan sekolah.

    Latar masaPada waktu siang

    Latar masyarakat

    (a) Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat

    kejayaan dan populariti.

    (b) Masyarakat yang berdisiplin.

    (c) Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa.

    (d) Masyarakat yang lemah kerana cinta.

    (e) Masyarakat yang gigih berusaha.

    (f) Masyarakat atlet yang gigih menjalani latihan.

    (g) Masyarakat pelajar.

    (h) Masyarakat yang bertanggungjawab.

    Gaya Bahasa

    (a) Diksi Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya, one,

    two, three, airport, dan sorry.

    (b) Peribahasa

    (a) jauh hati

    (b) kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya

    (c) Sinkope

    (a) Kamu nak ke mana ni? tegur Mak Jah.

    (b) Tak bersampul? kata Juriah sambil mengeyitkan mata.

    (d) Simile

    (a) Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu

    punggungnya memecut sekuat tenaga.

    (b) Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    15/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM15 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    (e) Personikasi

    (a) Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan.

    (b) Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda

    tempias hujan.

    (f) Repetisi

    Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan

    persatuan wanitanya.

    (g) Anafora

    Maafkan aku, Saridah!Maafkan aku, Cikgu Zainal!

    Maafkan aku, Encik Kadir!

    Maafkan aku, kawan-kawan! (hal. 82 83)

    Nilai

    (a) Bertanggungjawab Adibah juga cuba mengambil tindakan

    tentang kesalahan Kamarul kerana dia seorang ketua

    kelas. Encik Kadir juga cuba untuk menyelesaikan masalah

    Kamarul kerana dia bertanggungjawab atas atlet-atletnya.

    (b) Kesopanan Kesopanan Saridah yang menambat hati Mak

    Jah.

    (c) Keyakinan Kamarul pada akhir cerita yakin pada dirinya dia

    dapat mencapai kemenangan dengan sokongan rakan-rakan

    dan jurulatihnya.

    (d) Mengakui kesalahan diri Kamarul sedar akan kesalahan

    dia terhadap semua orang yang disakitinya semasa dia

    terlantar sakit di hospital.

    (e) Hormat-menghormati De Wega menghormati Kamarul

    walaupun Kamarul muda daripadanya dan telah

    mengalahkannya dalam lumba lari.

    (f) Pemaaf Kamarul dan Saridah memaafkan satu sama lain.

    (g) Amanah Sures telah menyampaikan pesanan Encik Kadir

    kepada Kamarul.

    (h) Kerajinan Sures rajin berlatih untuk menewaskan Kamarul.

    Kamarul juga rajin berlatih di rumah walaupun tidak datang

    ke latihan pusat.

    (i) Kesabaran Encik Kadir sabar akan kelakuan Kamarul

    yang tidak bertanggungjawab itu dan masih percaya akan

    Kamarul.

    (j) Kasih sayang Kasih sayang Saridah terhadap Kamarulsebagai kawan. Saridah cuba menasihati kawan baiknya

    yang semakin angkuh. Selain itu, Saridah berada di sisi

    Kamarul semasa dia terlantar sakit di hospital.

    Pengajaran

    (a) Kita hendaklah berusaha mengejar cita-cita.

    (b) Kita hendaklah mempunyai semangat maju sukan untuk

    negara.

    (c) Kita hendaklah patuh akan nasihat jurulatih.

    (d) Kita hendaklah bersyukur setelah mencapai kejayaan bukan

    bersikap sombong dan ego.

    (e) Kita hendaklah memohon maaf setelah melakukan

    kesalahan.

    (f) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.

    (g) Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi

    masalah.

    (h) Kita hendaklah menepati janji setelah berjanji.

    2 Destinasi Impian

    Sinopsis

    Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran datuk

    mereka untuk melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang

    ke Morib. Mereka ingin membuktikan kepada datuk mereka

    bahawa mereka juga boleh berbasikal ke Morib seperti yang

    pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu ketika dahulu.

    Azlina dan Johari yang sememangnya gemar akan sukan

    lasak ini kelihatan gembira menyahut cabaran datuk mereka

    berbanding dengan Firdaus yang bersifat agak manja. Firdaus

    menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja

    gila.

    Azlina dan Johari ingin melakukan ekspedisi berbasikal

    tersebut supaya Firdaus menjadi seorang lelaki yang tahan

    lasak berbanding dengan perwatakannya yang agak lembut

    dan gemar akan kerja-kerja yang dilakukan oleh orang

    perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti

    hati Firdaus agar Firdaus menyahut cabaran mereka.

    Sepanjang perjalanan sejauh lebih 50 kilometer itu,

    pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh mereka termasuk

    kerenah Firdaus yang kerap merungut kerana keletihan.

    Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menyebabkan kerap

    berlakunya konik antara dia dengan adiknya, Azlina. Walau

    bagaimanapun, Johari sepupu kepada Azlina dan Firdaus

    yang lebih dewasa lebih bersikap sabar dan bijak dalam

    menghadapi kerenah mereka. Setelah hampir lapan jam

    berkayuh dan berhenti rehat beberapa kali, mereka pun tiba

    di pantai Morib dengan didahului oleh Firdaus.

    Ketibaan Firdaus disambut oleh rakan-rakannya. Dia

    berasa amat bangga tambahan pula Mazlinda turut berada

    di situ. Mereka tidak jadi menonton wayang kerana mahu

    menyambut ketibaan Firdaus. Hari jadi Mazlinda juga

    telah ditunda memandangkan ibu bapanya terpaksa keluar

    daerah. Firdaus juga membohongi kawan-kawannya dengan

    mengatakan bahawa perjalanan mereka mengambil masa

    yang lama kerana adiknya Azlina sering berhenti rehat.

    Firdaus juga tidak mempedulikan ketibaan Azlina dan Johari.

    Sementara itu, Johari dan Azlina disambut oleh

    rakan-rakan kolej Johari dan mereka menginap di khemah

    yang berlainan dan agak jauh dari khemah Firdaus. Dua

    orang rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak

    mempercayai cerita Firdaus berjumpa dengan Azlina. Mereka

    bertanyakan kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan mereka

    tiba di Pantai Morib kerana Azlian ketihan dan sering berhenti

    rehat. Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada

    mereka. Sazali dan Mohsin bertekad untuk memaksa Firdausmengakui perbuatannya. Pada malamnya, Firdaus bermimpi

    dirinya lemas setelah dihumban ke dalam laut oleh Sazali dan

    Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut telah menyedarkan

    Firdaus akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut.

    Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak

    pulang tetapi Firdaus tidak mahu menyertai mereka. Pada

    mulanya, Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan

    abangnya tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka

    berbasikal pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus

    dan rakan-rakannya bergembira mandi-manda di laut.

    Dalam kegembiraan itu, Mazlina lemas dan cuba dibantu

    oleh Firdaus, tetapi dia hampir lemas kerana tidak pandai

    berenang.

    Sebaik sahaja sedar, Firdaus susah berada di hospital.

    Sebenarnya, Mazlinda berpura-pura lemas kerana inginmenguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan sedar akan

    sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari

    secara positif.

    Sari Bab

    Johari Teruskan Perjalanan Ini

    Johari bersama dengan sepupunya Azlina dan Firdaus

    menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

    Dalam perjalanan, Azlina dan Firdaus asyik bertelagah. Firdaus

    beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan

    perjalanan mereka manakala Johari dan Azlina ingin meneruskan

    rancangan asal mereka untuk berbasikal ke Morib seperti yang

    pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu ketika dahulu. Johari

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    16/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM16 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    terpaksa membuat undian dan ternyata undian telah dimenangi

    oleh Johari kerana mendapat sokongan daripada Azlina. Oleh itu,

    Firdaus terpaksa mengikut rancangan asal mereka.

    Azlina yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah

    Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan manakala

    Firdaus yang terpaksa menurut sering mengeluh keletihan. Dalam

    perjalanan, Johari tidak putus-putus menunjukkan tempat-tempat

    yang mereka temukan kepada sepupu-sepupunya seperti Kolej

    Islam Sultan Alam Shah dan Istana Mahkota. Mereka jugamelewati Kampung Jawa dan Jalan Kebun. Johari meminta

    mereka berhenti rehat seketika apabila mereka sampai di Jalan

    Kampung Johan Setia.

    Azlina pula mengambil peluang mengambil gambar papan

    tanda yang berada di situ. Firdaus tidak menyenangi tindakan

    Azlina. Menurutnya, Azlina hanya membuang masa. Azlina

    mempertahankan tindakannya dengan menunjukkan kesalahan

    penggunaan bahasa pada papan tanda. Johari mengeluh melihat

    kesalahan penggunaan bahasa pada papan tanda seperti yang

    ditunjukkan oleh Azlina dan dia membetulkan kesalahan itu.

    Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sambil melihat

    kesan sejarah dan persekitaran. Dalam perjalanan tersebut,

    tayar basikal Firdaus kempis kerana tertusuk paku. Setelah paku

    dicabut, Johari mengarahkan Firdaus menunggang basikalnya

    manakala dia menuntun basikal Firdaus. Melihat keadaan itu,Azlina juga menuntun basikalnya menemani Johari.

    Firdaus Penyesalan Sepanjang Perjalanan

    Firdaus berasa sungguh penat dan berasa menyesal kerana

    mengikut rancangan gila abang sepupunya dan adiknya itu.

    Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah sekali pun dia berpanas

    dalam tempoh yang agak lama. Terasa seluruh sendinya seakan-

    akan mahu tercabut. Dia tidak hairan melihat abangnya Johari

    begitu tenang mengayuh basikal memandangkan abangnya

    sememangnya suka berbasikal semenjak zaman sekolah rendah

    lagi tetapi dia begitu kagum akan kemampuan Azlina yang

    kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh

    selama empat jam setengah.

    Firdaus teringat akan ekspedisi ini bermula daripada

    perbualan dengan datuk mereka yang mencabar merekamengayuh basikal dalam jarak yang jauh. Selain itu, Firdaus juga

    juga teringat akan sindirian rakan-rakannya apabila mengetahui

    hasratnya hendak menyertai ekspedisi berbasikal ini. Tiba-tiba,

    Firdaus terjatuh kerana terlanggar seketul batu yang besar apabila

    terkejut mendengar hon kereta dari arah belakang. Dia tersedar

    daripada lamunan. Dia cedera ringan dan diubati oleh adiknya,

    Azlina. Johari meminta mereka meneruskan perjalanan mereka.

    Menurut Johari, kurang daripada satu kilometer dari situ, mereka

    akan menemukan sebuah masjid. Mereka akan berehat dan

    bersolat Zohor di situ sebelum meneruskan perjalanan mereka

    ke Morib.

    Azlina Kerana Abang

    Azlina keletihan setelah mengayuh basikal sejak pukul

    7:00 pagi. Sekarang, jam telah menunjukkan angka 12:00

    tengah hari. Badannya telah dibasahi peluh, namun dia tidak

    mahu menunjukkan bahawa dia lemah di hadapan abangnya,

    Firdaus. Dia sudah berjanji dengan abang sepupunya, Johari

    untuk mencabar Firdaus agar mengatasi Azlina. Menurut

    Johari, persaingan itu ialah persaingan yang sihat. Azlina begitu

    mengagumi Johari yang sememangnya banyak membaca itu.

    Menurut Johari, masalah selalu timbul dalam kalangan bangsa

    apabila persaingan disertai oleh hasad dengki. Akibatnya, sama-

    sama tidak maju. Aku sangat bersetuju dengan pandangan Johari

    itu.

    Sememangnya perbualan dengan Johari penuh dengan

    ilmu pengetahuan kerana dia gemar membaca. Dia tidak suka

    menonton televisyen atau wayang. Azlina menoleh ke belakang.

    Masih tidak kelihatan bayang-bayang Johari atau Firdaus. Azlina

    singgah di gerai air tebu dan membeli segelas air tebu. Dia

    meneguk rakus. Penjual air tebu begitu mengagumi Azlina apabila

    dia mendapat tahu bahawa Azlina mengayuh basikalnya dari

    Klang. Menurutnya, Azlina mempunyai semangat yang tinggi.

    Azlina hairan kerana masih tidak nampak kelibat Johari dan

    Firdaus. Pada pandangannya, tentu Firdaus buat fasal. Abangnya

    itu merupakan seorang yang agak lembut perwatakannya kerana

    hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya. Azlina selalu

    menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubahmenjadi lelaki yang gagah. Firdaus tidak pernah bermain bola

    sepak, sepak takraw, atau badminton. Perwatakan mereka

    sememangnya berbeza kerana Azlina lebih lasak berbanding

    dengan Firdaus. Mereka sering menjadi bahan ketawa dalam

    kalangan rakan-rakan di sekolahnya.

    Tidak lama kemudian, Johari dan Firdaus pun tiba. Menurut

    Johari, dia terpaksa menunggu Firdaus yang berhenti rehat.

    Sekiranya tidak ditunggu, Firdaus akan balik dengan menaiki bas.

    Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang

    sememangnya seorang lelaki. Firdaus memarahi Azlina. Johari

    mengarahkan mereka akan meneruskan perjalanan dalam masa

    lima minit lagi bagi meleraikan pergaduhan dua beradik itu.

    Johari Antara Mereka Berdua

    Johari sedar bahawa Azlina dan Firdaus dalam keletihan.Dia tidak berhasrat untuk mendera sepupunya itu telapi dia mahu

    mereka menjadi remaja yang lasak, pandai berdikari, dan berani

    sebagai bekalan kepada mereka yang akan menghadapi hidup

    yang masih panjang. Dia juga mahukan mereka menghargai

    kepayahan ibu bapa mereka dalam membesarkan mereka.

    Pelbagai halangan yang akan ditempuhi oleh mereka semasa

    dalam perjalanan, begitulah dalam kehidupan harian. Kita tidak

    tahu akan apa-apa yang akan berlaku pada masa depan.

    Antara Firdaus dengan Azlina terlalu banyak perbezaan.

    Firdaus anak tunggal lelaki dalam keluarganya. Dia dimanjai dan

    segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan

    sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak

    perempuan sebelum memiliki Firdaus. Firdaus juga tidak suka

    dikritik tetapi dia gemar mengkritik orang lain. Hal ini berbeza

    daripada Azlina. Azlina seorang yang lasak, berstamina, lebihpeka, dan kritis terhadap apa-apa yang dilihatnya. Azlina juga

    suka mengkritik dan tidak melenting apabila dikritik.

    Kini, mereka telah melalui jalan di hadapan Sekolah

    Menengah Sultan Abdul Samad dan Sekolah Kebangsaan Teluk

    Datuk di sebelah kiri mereka. Kemudian, mereka melintasi

    Stadium Jugra di sebelah kanan dan akan tiba di Banting. Johari

    memberitahu mereka bahawa mereka telah pun kalah dengan

    datuk mereka. Menurutnya, datuk ke Morib pada sebelah pagi

    dan balik pada sebelah petang sedangkan mereka sudah hampir

    pukul 3:00 petang masih belum sampai di Morib. Banyak masa

    mereka dibuang untuk berehat. Menurutnya lagi, mereka akan

    tiba di Morib, 15 kilometer lagi. Firdaus sudah mengeluh. Johari

    memujuk agar mereka menghabiskan kayuhan kerana mereka

    telah mengayuh basikal sejauh 40 kilometer. Firdaus merungut

    keletihan. Azlina memerli Firdaus dan menyuruhnya menaiki basuntuk ke Morib dan dia akan dipanggil pengecut. Firdaus berang

    dengan Azlina.

    Mereka meneruskan kayuhan. Selepas melepasi Balai

    Polis Banting dan sebelum melintasi Hospital Daerah Banting

    dan Sungai Lang, Johari memberhentikan basikalnya. Johari

    menunjukkan rumah yang berada di seberang jalan dan lengkap

    dengan gelanggang badminton. Menurutnya, rumah itu ialah

    rumah jaguh-jaguh badminton negara. Firdaus tidak menyenangi

    tindakan Johari yang berhenti rehat itu dan dia sememangnya

    tidak berminat dengan sukan. Menurutnya, semua maklumat

    itu boleh didapatkan melalui bacaan. Azlina berang dengan

    Firdaus. Menurutnya, Firdaus hanya mementingkan bacaan yang

    berbentuk hiburan yang melekakan. Firdaus mempertahankan

    dirinya. Menurutnya lagi, nyanyian bukan sekadar lagu-lagu

  • 7/24/2019 antologi novel tingkatan 1

    17/31

    Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Arkib Komsas

    BM17 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    hiburan tetapi ada juga lagu yang berunsur patriotik. Azlina

    mengiyakan kata-kata Firdaus namun membidasnya kerana

    Firdaus bukannya m