asaimennaza (1)

Upload: fahmie-suhaimi

Post on 15-Oct-2015

86 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PPG IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM (IPGKPI)

_________________________

JPT PROJEKPENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBMM 3103_________________________NAMA

KUMPULAN PPG 2.08 AMBILAN JUN 2011

PENSYARAHPUAN MASTURA BINTI MOHAMED BERAWI

TARIKH HANTAR31 MAC 2012

Halaman Pengakuan

Bahawasanya saya akui tugasan iniialah hasil karya saya kecuali nukilan danringkasan yang tiap-tiap satunya telahsaya jelaskan sumbernya.

Nama :No Kad Pengenalan :Tanda tangan :

Penghargaan

Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat menyelesaikan tugasan projek ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Doktor Hajah Nazariyah bt Sani, pensyarah Jabatan Bahasa Melayu di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan menjadi penyelia sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang dapat rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pemimpin di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pengetahuan di muka bumi ini.Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang sentiasa memahami tentang pengorbanan daripada aspek masa dan doa kalian yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya dalam mengharungi liku-liku sebagai seorang pelajar.Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak memberi idea-idea yang bernas serta telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan kalian semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya berkongsi serangkap mutiara kata yang banyak memotivasikan dan memberi semangat serta kekuatan buat diri saya.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

Halaman PengakuaniPenghargaaniiIsi Kandunganiii1.0 PENDAHULUAN11.1 Pengenalan

2.0 PERANAN KERAJAAN32.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)2.2 Dasar Pendidikan Negara2.3 Dasar Pendidikan Kebangsaan

3.0 MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA53.1 Hubungan Sukatan Pelajaran dengan FPK4.0 WAWASAN 2020104.1 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

5.0 PEMBESTARIAN SEKOLAH12

6.0 PELAN TINDAKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI14

7.0 PROGRAM ROBOTIK16

8.0 PENUBUHAN PUSAT SAINS NEGARA19

9.0 INOVASI GURU209.1 Kreativiti Dalam Pembelajaran9.2 Pengenalan Inovasi9.2.1 Pengurusan9.2.2 Perancangan Perubahan9.2.3 Pengetahuan9.2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran9.2.5 Kurikulum9.2.6 Kepimpinan9.2.7 Budaya9.2.8 Teknologi9.2.9 Pemikiran9.3 Peranan Guru9.4 E- Learning di MalaysiaREFLEKSIPENUTUPRUJUKANLAMPIRAN

v

1.0 PENDAHULUANMenurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Hal ini menegaskan bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan bukan makna.

Rajah 1 Asal Usul Bahasa Melayu

Di sebaliknya, semantik pula dapat dikaitkan dengan bidang pragmatik. Bidang pragmatik bermaksud mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa. Semantik juga bermaksud satu kajian yang teoritikal berkaitan dengan makna dalam sistem tanda. Secara umumnya, semantik mempunyai dua jenis ekspresi makna. Misalnya, Pensyarah Bahasa Melayu saya Encik Rani. Dalam konteks ayat tersebut menerangkan hubungan penyataan yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsur (tanda), benda dan keadaan dalam dunia sebenar. Selain itu, ayat tersebut menerangkan hubungan pada tanda tanda itu dengan tanda lain yang juga disebut sebagai konsep. Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis. Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi. Sehubungan itu, hingga kini suatu teori makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif serta menyeluruh belum dapat diketengahkan secara mantap.

Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menganalisis makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna merupakan situasi apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar. Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata mata, tetapi juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan pendengar.

Rajah 2 - Semantik dalam Bahasa Melayu

Abstrak bersifat kabur dan tidak jelas maknanya. Kekeliruan akan berlaku apabila ada perkataan yang memerlukan penjelasan dan disebut sebagai makna kabur (taksa). Abstrak ini mempunyai empat jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang ketentuan makna, dan pertentangan makna. Konkrit ialah perkataan yang jelas maknanya. Ia juga disebut makna denotatif. Denotatif mempunyai ciri-ciri seperti tepat, tidak menimbulkan kekeliruan atau pun keraguan. Ia merupakan makna yang boleh dirujuk terus kepada objek itu sendiri dan lebih berbentuk fakta.

1.1 Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Contohnya:i. Dia meminjam buku di perpustakaan. ii. Buku tebu sukar untuk dipotong. iii. Dia membeli dua buku sabun.

Maksud perkataan buku dalam ayat-ayat di atas adalah berbeza-beza maknanya. Maksud buku pada ayat pertama bermaksud kertas-kertas yang telah dijilid, buku pada ayat yang kedua bermaksud ruas tebu dan buku pada ayat yang ketiga berfungsi sebagai penjodoh bilangan.

Contoh ayat: a) Pondok itu telah runtuh.

Perkataan pondok itu mungkin membawa maksud rumah kecil, pondok tempat mengaji atau dangau. Kekaburan rujukan bermaksud makna yang hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. Contohnya: Sahabat dan kawan. Sahabat adalah lebih rapat daripada kawan. Ketidakpastian makna membawa maksud item yang kabur atau tidak jelas seperti binaan ayat bahasa Inggeris. Kurang ketentuan makna bermaksud pengertian makna yang tidak jelas. Ayat yang dinyatakan secara umum sahaja. Contohnya:

Budak itu terjatuh.

Budak tidak dijelaskan daripada segi jantina, bangsa dan umurnya. Situasi terjatuh pula tidak diketahui tempat dan sebab-sebabnya. Pertentangan makna bermaksud makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan.

Contohnya:

a) Perjumpaan akan diadakan selepas waktu asar atau selepas waktu pejabat.

Berdasarkan ayat di atas, ia menimbulkan ketaksaan kerana terdapat dua arahan yang kurang jelas sama ada perjumpaan selepas waktu asar atau selepas waktu pejabat kerana mungkin waktu asar adalah lebih awal dari waktu pulang dari pejabat. Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif. Sekiranya nilai rasa tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Contoh perkataan: Mati dan mampus.

Walaupun perkataan mati dan mampus mempunyai makna denotatif yang sama tetapi kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Mati mempunyai nilai rasa yang tinggi manakala mampus mempunyai nilai rasa yang rendah. Bagi masyarakat yang beragama Islam pula, nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat yang bukan beragama Islam. Makna konotatif juga boleh dilihat dari aspek lain yang tidak spesifik pada bahasa tetapi juga dikongsi bersama sistem komunikatif, bervariasi menurut budaya. Contohnya iklan di televisyen yang menggambarkan kemewahan dan bergaya walaupun dengan cara berhutang iaitu penggunaan kad kredit.

Leksikel adalah makna yang dapat dibaca dalam kamus, kata-kata yang dapat berdiri sendiri, dalam bentuk imbuhan atau dalam bentuk dasar. Contohnya: perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Di dalam kamus Dewan Edisi Keempat (2007), leksikel didefinisikan sebagai bukan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, makna sesuatu bahasa itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Contoh: Pohon itu bergoyang ditiup angin. Perkataan pohon itu merujuk kepada pokok. Pohon maaf atas segala kesalahan. pohon di atas adalah bukan bermakna leksikel.

Etimologis bermakna mengkaji asal usul sesuatu perkataan terbentuk dan ia juga mencari maklumat tentang perubahan sesuatu perkataan. Perubahan kata mungkin berlaku berdasarkan perubahan nilai, norma, keadaan sosiopolitik atau ekonomi sesebuah masyarakat. Contoh perkataan: abang Abang adalah merujuk kepada saudara lelaki yang lebih tua. Ia juga merujuk kepada panggilan kepada orang lelaki yang umurnya melebihi daripada si pemanggil. Tetapi kini, ia telah berubah iaitu merujuk kepada panggilan kepada suami yang pada suatu waktu dulu panggilan untuk suami ialah kekanda.

Makna baharu yang wujud akibat dari proses pengimbuhan, pengulangan, pemajmukan yang menghasilkan makna-makna gramatis adalah disebut gramatikal. Contohnya daripada kata dasar jalan. Jika diletakkan imbuhan menjadi perjalanan, berjalan, menjalankan, sejalan dan menjalani. Apabila pelbagai imbuhan diberikan ia memberi makna kata yang berlainan. Makna stalistik ialah perbezaan kata berdasarkan perbezaan sosial atau bidang-bidang tertentu. Bagi orang yang mempelajari tentang bahasa, konkrit bermaksud perkataan yang jelas maknanya manakala orang yang terlibat bahagian kejuruteraan, konkrit membawa maksud bahan binaan yang bercampur batu, simen dan pasir.

Makna kolokatif ialah kata yang bersinonim yang hanya sesuai dengan padanan tertentu dan merangkumi perkataan yang penggunaannya dalam lingkungan yang sama. Makna kolokatif berkenaan dengan ciri-ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim. Contohnya perkataan jijik dan kotor yang membawa maksud benda yang telah tercemar. Namun begitu, jijik lebih kepada sesuatu yang memualkan seperti najis atau perbuatan yang hina. Sinonim ialah dua perkataan yang hampir maksudnya atau seolah-olah sama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sinonim adalah kata yang sama maknanya dengan kata yang lain.

1.2 Makna Leksikal dalam Bahasa MelayuSinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Contohnya: i. Buruk hodoh ii. Kuat gagah iii. Harum wangi

Sinonim Pinjaman Pepatung dalam dialek Perak bermakna cakcibau. Batas ialah jalan raya dalam dialek Kedah. Maksud konvesionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. Sinonim laras sosial ialah perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya, penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Antonim ialah dua perkataan atau lebih makna seolah-olah berlawanan. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat antonim sebagai kata yang berlawanan maknanya dengan kata yang lain. Terdapat tiga jenis antonim iaitu antonim berpasangan merupakan perkataan yang berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya: Tidur - jaga Hidup - mati Cantik buruk. Antonim berperingkat ialah makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan.

Contohnya:

Besar - kecil Kurus - gemuk Tinggi - rendah

Antonim Berhubungan ialah kedua-dua pasangan itu daripada segi semantiknya membawa makna yang setara. Contohnya:

doktor - pesakitjual - beliguru - murid

Hipernim dan hiponim saling berkait di antara satu sama lain. Hipernim adalah kata-kata yang mewakili banyak kata lain manakala hiponim adalah kata khusus yang terwakili ertinya oleh kata hipernim. Hipernim merupakan satu kata yang lebih besar iaitu kata umum yang juga disebut superordinat. Manakala hiponim adalah kata khusus yang disebut sebagai subordinat yang terangkum dalam maknanya dalam kata umum tadi, (dalam hipernim). Contoh hipernim ialah sayur. Hiponim bagi sayur seperti bendi, kacang, kangkung, sawi dan sebagainya. Contoh Hipernim kedua ialah barang kemas. Hiponim barang-barang kemas ialah cincin, gelang, rantai dan sebagainya. Contoh hipernim yang ketiga ialah air. Hiponimnya pula ialah air sungai, air laut, air hujan dan sebagainya.

Hiponim umum bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bermakna bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am. makna sesuatu perkataan juga boleh dianalisa dengan menggunakan istilah lambang, fikiran dan benda. Ketiga-tiga istilah ini saling berhubungan antara satu sama lain sama ada secara langsung atau tidak langsung. 1.3 Unsur Lewah dalam Bahasa MelayuMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan lewah bermaksud berlebih-lebih sehingga bertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu. Terdapat beberapa aspek penggunaan bahasa Melayu yang memperlihatkan kekeliruan berkait dengan unsur lewah dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, penggunaan "demi untuk" seperti yang digunakan dalam ayat "Kami berjuang demi untuk negara tercinta" dianggap kurang betul. Perkataan "demi" dan "untuk" membawa makna yang sama. Kedua-dua perkataan tersebut ialah kata sendi nama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknanya dalam satu ayat secara berturutan dianggap lewah. Penggunaan salah satu daripadanya sudah mencukupi.Selain itu, terdapat beberapa perkataaan lain yang digunakan dan membawa makna lewah, antaranya ialah "Selain daripada itu,...", "Semua guru-guru...", "Antara masalah-masalah...", "Sejak dari...", dan sebagainya. Sebenarnya sifat kelewahan ini sangat digemari oleh masyarakat Melayu. Kita beranggapan bahawa, sesuatu buah fikiran itu perlu ditegaskan, maka satu perkataan dirasakan tidak cukup.

Terdapat juga perkataan lewah yang menggandingkan perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, contohnya "cuba try", dan "kasut boot". Perkataan ini bukan sahaja lewah, bahkan juga berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam menggunakan bahasa dengan betul sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kita hendaklah mengelak daripada menggunakan bentuk lewah yang melanggar hukum bahasa kerana perkara sedemikian akan mencemarkan keindahan bahasa kita.

2.0 MAKNA AYAT DALAM BAHASA MELAYUSemua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nampaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Makna juga sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna. Bagi ayat persoalannya sangat rumit. Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna. Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Contohnya dalam ujaran Banyak cantik kerja kamu, kata cantik tidaklah membawa maksud lawa atau indah tetapi makna yang sebaliknya. Yang dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah kerja orang yang dilawan cakap itu bukanlah cantik atau kemas tetapi tidak tersusun atau kemas. Makna ayat ini ditentukan oleh konteks pengguna.Selain daripada itu makna konotatif (tersirat) juga saling dikaitkan dengan peribahasa. Peribahasa lazimnya ( termasuk simpulan bahasa ) mengandungi hanya satu makna walaupun terdiri daripada dua atu lebih perkataan. Dengan kata lain, makna ungkapan itu diambil kira daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya buah tangan, naik angin, kuah tumpah kenasi, dan harapkan pagar, pagar makan padi. Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada gabungan kata-kata terkadang di dalamnya itu kerana, maknanya tidak difahami secara literal tetapi secara kiasan. Contohnya,

(1) Puteri lilin (2) Umpama jari ditangan, ada bercincin ada tidakDalam ayat (1) kiasan tidak membawa makna puteri yang diperbuat daripada lilin, tetapi ayat ini membawa maksud seorang yang tidak boleh tahan dengan panas . Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud kehidupan manusia umpama jari ditangan, ada yang kaya dan ada yang miskin. Sebagai perumpamaan bentuk kiasan masih banyak makna lain yang dapat diberi yang tujuannya ingin menyatakan bahawa hidup manusia ada perbezaannya antara seorang dengan seorang yang lain.Perkataan leksikal diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Di peringkat leksikal, sememangnya sesuatu perkataan itu membawa makna yang berlainan. Makna perkataan tadi, tari, tali, tahi, tani, misalnya sememangnya berlainan diantara satu sama lain. Jadi ini bermakna, perkataan-perkataan itu berfungsi membawa pengertian yang tersendiri dan makna dalam sesuatu ayat.Sebagai contoh, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang yang buas, yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat. Makna itu nampak jelas dalam ayat berikut.

(1) Buaya disungai itu telah ditangkap.(2) Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya.Dalam ayat (2) buaya tidak membawa makna leksikal lagi, tetapi sebaliknya membawa membawa makna seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Dengan kata lain makna leksikal sesuatu perkataan ialah gambaran tentang sesuatu konsep yang dilambangkan oleh perkataan dan secara lansung membawa makna kepada ayat.

2.1 Intonasi AyatDi peringkat intonasi ayat pula sekiranya kita mengucapkan perkataan haus dalam intonasi berlainan, ia akan membawa maksud atau makna yang berlainan. Misalnya, ujaran haus! dan haus? membawa maksud yang berlainan. Ujaran haus! lebih merupakan satu penglahiran rasa dahaga yang dialami oleh penutur sendiri. Sementara itu ujaran haus? (dengan intinasi ayat tanya), bukan lagi merupakan penglahiran rasa penutur tetapi merupakan pertanyaan kepada si pendengar ujaran tersebut. Sekiranya ujaran ini ( haus?) ditujukan kepada A, tentunya si A akan menjawab, misalnya Tidak, saya tidak haus! Atau Ya, saya berasa haus! atau mungkin juga katanya Belum, masih boleh dipakai lagi. Dalam keadaan ini, nyata bahawa konteks ujaran benar-benar menentukan makna sesuatu ayat. Sekiranya perkataan haus dimaksudkan kepada dahaga, maka ia memungkinkan jawapan yang berhubung dengannya seperti pada contoh di atas. Makna perkataan ini berbeza sekali sekiranya konteks ujaran itu berhubung dengan keadaan tapak kasut misalnya, di mana di sini haus bukan lagi bermaksud dahaga tetapi kasut yang telah kehilangan bunga. Dengan itu dalam menentukan makna sesuatu ayat atau perkataan intonasi juga memainkan peranan.2.2 Makna KonseptualMakna konseptual merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna yang diucapkan sahaja. Umpamanya apabila disebut sekolah maka akan dibayangkan sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan oleh murid-murid dan guru. Di samping itu, makna konseptual seseorang itu mingkin berbeza daripada individu yang lain. Tidak semestinya dua orang itu mempunyai makna konseptual yang sama. Misalnya, katakan seseorang anak kecil yang sentiasa didera oleh ibunya dengan anak kecil yang sentiasa menerima kasih sayang secukupnya daripada ibunya. Kedua-dua anak ini akan mempunyai presepsi yang berbeza dengan perkataan ibu. Mungkin bagi anak yang pertama itu, ibu baginya ialah sebagai syaitan kerana pengalaman yang dilaluinya terlalu perit dan tidak berperikemanusiaan. Manakala bagi anak yang berikutnya pula membawa makna seorang dewi kerana amat dikasihi ibunya.

2.3 Makna StilistikMakna stilistik lazimnya merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang tertentu. Misalnya untuk mengatakan rasa rendah hati, seseorang yang menjemput kawannya ke rumah akan mengatakan ; Jika ada masa lapang, sila datang ke teratak saya di Likas.Sebenarnya, orang yang menjemput atau pengujar itu tidak menghuni di sebuah teratak (yakni rumah kecil yang lazimnya dibina di sawah) tetapi di rumah yang diperbuat daripada batu.

2.5 Makna TersuratMakna tersurat merupakan makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna ujaran sahaja, sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Kita lebih bergantung kepada kebiasaan. Kita akan menganggapnya sebagai betul kerana sesuatu ayat atau bahasa itu tersebut biasa digunakan. Justeru itu binaan ayat atau ujaran seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Perhatikan contoh-contoh berikut;(1) Mereka-mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.(2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. Dalam ayat di atas, berlaku kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Umpamanya , mereka-mereka dalam ayat (1) merupakan kelewahan semantik atau dengan kata lain makna yang berlebihan di mana ianya tidak diperlukan.Demikian juga bagi ayat (2), tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa. Daripada ulasan dan contoh di atas makna adalah penting dalam penggunaan dan pemakaian bahasa.

3.0 TEORI PEMBUKTIANPembuktian-teori Semantik (PTS) adalah alternatif kepada model-teori (atau kebenaran-keadaan) semantik. Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih berdasarkan bukti berbanding kebenaran.3.1 Keharmonian dan PembuktianDisebut juga sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen menyatakan bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu hijau, penghubung dan patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut : Langit itu biru dan rumput itu hijau.

Maria pandai. Mariana tidak pandai.Kedua-dua pernyataan kedengarannya tidak selaras. (kerana tiada penghubung logik). Untuk mengharmonikan kedua-dua pernyataan di atas, kata manakala ditambahkan.Maria pandai manakala Mariana tidak pandai.Penambahan sedemikian akan memberi pernyataan yang lebih harmonis dan bermakna bahawa Maria dan Mariana memiliki pencapaian yang berbeza.3.2 Koheren Dalam PembuktianMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010), koheren boleh didefinisikan sebagai berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.Contohnya:1. Logam mengembang apabila dipanaskan. 2. Besi mengembang apabila dipanaskan.3. Besi ialah logam.Pernyataan (1) adalah fakta atau kebenaran yang tidak dapat disangkal. Pernyataan (3) koheren dengan pernyataan (1) dan (1) dalam erti kata bahawa (1) dan (2) membuktikan kesahihan pernyataan (3). Teori koherensi menjadi dasar dalam pengembangan ilmu deduktif atau matematik. Nama ilmu deduktif diberikan kerana penyelesaian sesuatu masalah atau pembuktian suatu kebenaran yang tidak didasarkan pada pengalaman atau hal-hal yang bersifat faktual melainkan didasarkan pada deduksi-deduksi yang menjadi bukti.Ciri-ciri deduksi harus benar supaya kesimpulan yang koheren dan benar dapat ditarik daripadanya Deduksi merupakan penaakulan yang sesuai dengan hukum-hukum serta aturan logik formal (common sense). Dalam hal ini orang menganggap bahawa tidak mungkin titik-titik tolak yang benar menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang tidak benar (Beerling at al, 1996 : 23).

4.0 PERIBAHASA BAHASA MELAYU

Peribahasa merupakan salah satu cabang puisi lama yang tertua memaparkan masyarakat dahulu kala yang kaya dengan adat sopan. Adap sopan ini bukan saja terpancar melalui perlakuan dan perbuatan, tetapi juga dalam komunikasi sehari-hari. Melalui peribahasa, perkara yang ingin disampaikan tidak dinyatakan secara terus terang bagi mengelakkan tergurisnya hati pihak lain. Kebijaksanaan masyarakat melayu yang menegur secara berhemah, penuh pengajaran, nasihat dan panduan secara halus ini memaparkan nilai hati budi dan keintelektualan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu.

Rajah 3 - Jenis-jenis Peribahasa

4.1 Simpulan BahasaSimpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi, bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Ciri-ciri Simpulan Bahasa :Terbentuk daripada penggunaan kata nama am anak buah, anak emas, buah tangan, lipas kudung.1. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga, cakar ayam1. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif besar kepala, bodoh sepat, kecil hati, berat hati, panjang tangan1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk1. Terbentuk daripada nilai kepercayaan air pinang, batu buyung, makan bulan

Contoh :

Buah tangan(bingkisan /hadiah yang dibawa ketika berkunjung sebagai tetamu)

Rajah 4 - Contoh Simpulan Bahasa

4.2 Perumpamaan

Perumpamaan merupakan peribahasa yang memperkatakan sesuatu maksud atau tujuan dengan membandingkannya kepada sesuatu perkara atau kejadian lain. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu menyatakan perbandingan secara terang-terangan. Biasanya didahului dengan kata-kata perbandingan seperti bagai, bak, laksana, ibarat, macam dan seperti .

Contohnya ; Ibarat retak menanti belah Bagai anjing dengan kucing Umpama galah di tengah arus

Menyatakan perbandingan tidak secara terang-terangan : contohnya : Telinga terbakar muka menyala Si Bisu sesat di kaki, Si Pembohong sesat di lidah Berdua terkunci, bertiga terbuka

Bidalan yang menyebutkan maksudnya dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada perkara lain sahaja. Mengandungi kata-kata kiasan yang mengumpamakan situasi dengan kejadian alam semula jadi

Laksana bulan di pagar bintang(Kejelitaan wanita yang memukau pandangan

Rajah 5 Contoh Perumpamaan

4.3 Pepatah

Pepatah merupakan ungkapan yang dapat mematahkan dan mengiaskan sesuatu keadaan dalam masyarakat. Orang yang pandai menyelitkan pepatah dalam percakapannya dilihat sebagai orang yang panjang akal, bijaksana dan halus budi pekertinya. Pepatah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis dan mempunyai sifat yang bernas, iaitu memberatkan sifat ringkas dan bijak susunan katanya. Beza antara pepatah dengan bidalan ialah semua bidalan mengandungi pengajaran dan nasihat. Pepatah ada yang tidak mengandungi pengajaran. Tidak banyak bezanya dengan bidalan. Mementingkan pengajaran dan pendidikan. Digunakan untuk mematahkan bicara pihak lawan. Dicipta berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

.Ada padang adalah belalang(Setiap kawasan atau tempat ada adat resamnya tersendiri.)

Rajah 6 Contoh Pepatah

4.4 Bidalan

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Bidalan mempunyai nilai ilmu dan di dalamnya terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran. Biasanya ungkapan bidalan ditandai oleh penggunaan kata-kata biar, ingat dan jangan. Contoh bidalan sepertijangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegakyang bermaksud semakin kaya semakin sombong. Cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai dari beberapa zaman. Walaupun dituturkan secara lurus sahaja, namun mempunyai kiasan yang diumpamakan kepada perkara lain.

Alah bisa tegal biasa(Perkara yang sukar akan menjadi mudah apabila biasa dilakukan )

Rajah 7 - Contoh Bidalan 4.5 Perbilangan

Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkabau dan Palembang yang dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'. Perbilangan ini juga di sebut sebagai Teromba. Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi. Perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini:

Adat bersendi hukum Hukum bersendi Kitabullah Kuat adat, tak gaduhkan hukum Kuat hukum, tak gaduhkan adat Ikut hukum, muafakat Ikut adat muafakat

Cakap-cakap bidalan yang telah menjadi seperti undang-undang. Menyebutnya satu persatu seperti orang membilang. Menjadi rujukan orang zaman dahulu dalam hal adat istiadat. 4.6 Kata-kata Hikmah / Lidah Pendeta

Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata-kata hikmah dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam. Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang mempunyai pengertian yang tinggi. Ini bermaksid ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup, contohnya "bahasa menunjukkan bangsa", "bersatu teguh bercerai roboh", "maju bangsa maju negara"dan sebagainya. Zaaba juga menyebut tentang kategori yang sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak,pendek,sedap, benar dan berisi.Contoh-contoh kata hikmat antaranya ;

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

5.0 ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU5.1 Kata Dasar dan Kata Akar

Menurut Asmah (2008) kata dasar dan kata akar merupakan satu unsur asas dalam pembentukan kata.Kata akar adalah satu unsur asas yang yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas.Kata dasar pula merupakan satu konsep yang lebih menyeluruh iaitu boleh terdiri daripada :

Rajah 8 Jenis Kata

Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Kata dasar pula ialah kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akar. Kata dasar atau bentuk dasar ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa.

Menurut Abdullah Hassan (2007) menjelaskan bahawa hampir semua perkataan dapat menerima imbuhan untuk menjadi kata terbitan. Kata yang diimbuhkan disebut kata akar. Gabungan antara kata akar dengan imbuhan disebut kata terbitan.Kata akarialah perkataan asal, iaitu yang tidak mempunyai imbuhan, manakala kata terbitan ialah perkataan yang diterbitkan oleh kata akar, iaitu kata yang mempunyai imbuhan. Abdullah Hassan menegaskan bahawa kata akar boleh menjadi kata dasar, seperti:

Kata AkarKata Dasar

pakaipakaian

angkatangkatan

olehperolehan

dapatdapatan

Kata terbitan juga boleh berfungsi sebagai kata dasar. Contohnya, pakaian menjadi berpakaian, berangkat (keberangkatan), dan peroleh (perolehan) (Abdullah Hassan, 2002).Perkataan terbentuk daripada dua unsur bahasa, iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa. Contohnya, ber-, me-, dan men- ialah morfem, bukan perkataan kerana unsur bahasa ini mempunyai fungsi tatabahasa tetapi tidak mempunyai makna.

Rajah 9 Pembentukan Kata

Tentang perbezaan antara konsep kata akar dengan kata dasar, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) menjelaskan bahawa kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu perkataan, yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contohnya, bangunan (bangun), pendirian (diri), dan bersenam (senam). Kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan penambahan atau imbuhan.

Huraian di atas adalah selari dengan penjelasan Abdullah Hassan (2002), yang menyatakan bahawa ada tiga cara kata akar dapat dijadikan kata terbitan, iaitu a) kata akar diimbuhkan: ajar (pengajar, diajar, mengajar, ajaran, pengajaran); b) kata akar digabungkan dengan kata akar lain: tanggung + jawab (tanggungjawab), setia + usaha (setiausaha), kaki + tangan (kakitangan), dan dari + pada (daripada); dan c) kata akar itu digandakan: rumah (rumah-rumah) dan gunung (gunung-gunung). Rumusannya, kata terbentuk menerusi empat cara, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

5.2 Imbuhan

Imbuhan ialah proses menerbitkan kata dengan mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Pengimbuhan ini membentuk kata terbitan. Termasuk dalam imbuhan ialah imbuhan awalan, imbuhan akhiran ,imbuhan apitan, imbuhan sisipan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Selain itu terdapat juga imbuhan yang dipinjam daripada bahasa lain.

Rajah 10 Jenis Imbuhan

5.2.1 Imbuhan Awalan

Imbuhan yang hadir di hadapan suatu kata dasar. Contoh imbuhan awalan :meNme- , mem- , men- , meng- ,menge-

peNpe- ,pem- ,pen- ,peng- , penge-

beRbe- , bel- , ber- ,

di- , ke- ,se- ,dipeR- , mempeR- , ter- ,juru

Imbuhan awalan meN- Awalan meN terdiri daripada lima bentuk iaitu me-,men-,mem-meng- dan menge-, Awalan meN mempunyai fungsi dan maksud seperti berikut :

Fungsi/MaksudContoh

1.Menunjukkan perbuatan atau kata kerjamenulis , melompat

2.Menjadi subjek ayatmenari ,merupakan

3.Menunjukkan bunyiMengaum , menguak

4.Menunjukkan arah atau tempatMenghilir , merapat,menepi

Imbuhan awalan peN-Awalan peN- terdiri daripada lima bentuk iaitu pe-,pem-,pen-,peng-,dan penge-.Awalan peN mempunyai fungsi dan maksud seperti yang berikut :

Fungsi/MaksudContoh

1. Menunjukkan pekerjaan.peladang,petani,pembesar,penyanyi

2. Membentuk kata nama daripada kata kerjapengarah,pensyarah,penapis

3. Membentuk kata nama daripada kata adjektif atau sesuatu yang bersifat seperti kata dasar.pemurah,pemalas,penguat

Imbuhan awalan beR-.Awalan beR- boleh bercantum dengan sebarang kata dasar.Awalan beR- terdiri daripadatiga bentuk iaitu be-,bel- dan ber-.Imbuhan awalan ber-apabila bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r,satu daripada huruf r akan digugurkan. Contoh :ber + rehat - berehat Awalan beR- mempunyai fungsi dan maksud seperti yang berikut :

Fungsi/MaksudContoh

1. Melakukan perbuatanberjalan , berlari

2. Keadaan yang sudah sedia berlakubergosok,berjahit,berlipat

3. Memiliki atau mempunyaiberilmu,berwang,berada

4. Memakai,menggunakanberkereta,berinai,berseluar

5. Mengeluarkan atau menghasilkanberdarah,berbuih

6. Saling,berbalas-balasberbual-bual,berbisik-bisik

Imbuhan di-.Awalan di- menggantikan awalan meN- dalam kata kerja transitif yang dipasifkan.Contoh:me + masak -- memasak (kata kerja transitif)di + masak dimasak ( kata kerja pasif ) Awalan di- mempunyai fungsi dan maksud seperti di bawah :

Fungsi/ MaksudContoh

1. Sebagai penanda kata kerja dalamayatpasif.mengajar - diajarmembaca - dibaca

2.Menyatakan makna perbuatan pasifdilakukan oleh pihak ketiga.Buku itu dibaca oleh Amin.

3. Memberikan perbuatan.Dipikulnya guni beras itu.

Imbuhan awalan diper-Awalan diper- satu kelompok dengan awalan dipe- dan dipel-.Awalan ini mempunyai fungsi dan maksud.Fungsi /MaksudContoh

1. Membentuk kata kerja pasif diri ketiga daripada kata kerja trasitif berawalanmempeR-memperdaya diperdaya oleh

2. Membawa makna bertambah atau dijadikan lebih apabila kata dasarnya ialah kataadjektif.diperluas,diperbuat

3.Membawa makna dibahagi apabila katadasarnya ialah kata bilangan.diperdua,dipertiga

Imbuhan awalan memper-Awalan mempeR- bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama,kataadjektif dan kata tugas.Awalan mempeR- mempunyai fungsi dan maksud seperti berikut :

Fungsi/MaksudContoh

1. Menjadikanmemperkecil

2. Bertambahmemperbesar,memperlebar

3. Mendapatmemperoleh

Imbuhan awalan ke-. Awalan ke- hanya digunakan dengan beberapa perkataan dan tidak melibatkan sebarang perubahan pada huruf. Contoh :ke + tua ketuake + kasih kekasihImbuhan ke- membawa beberapa maksud.

Fungsi/maksudContoh

1. Membentuk kata nama daripada kataadjektif atau kata bantu.ketua,kekasih,kehendak

2. Menunjukkan kata bilangan tingkat.kedua,ketiga,kelapan

3. Bermaksud keseluruhan atau himpunan.Kesemua,ketiga-tiga

Imbuhan awalan se-. Imbuhan se- bercantum dengan semua kata dasar.Membawa beberapa fungsi danmaksud.Fungsi/maksudContoh

1. bilangan satusesekor,sebiji

2.samasetaraf,sejenis

3.seluruhsejagat,sedunia

4. perbandingansepandai,sekaya,sebijak

5.sama-samasenegara,sekampung

Imbuhan awalan ter-.Imbuhan ini sekelompok dengan imbuhan te- dan tel-..Mempunyai beberapa fungsi dan maksud.Fungsi/MaksudContoh

1. Tidak sengajaterpijak,terjatuh,terjatuh

2. dapat atau keupayaantidak terangkat,tidak terdaki

3. sudah atau sediaterhidang,terdampar

4. berulang-ulang atau berterusanterlompat-lompat

5. palingterpandai,tertinggi

6. membentuk kata senditerhadap

Imbuhan awalan juru-. Awalan juru- membawa maksud orang yang ahli, mahir, atau mempunyai kebolehan istimewa dalam sesuatu pekerjaan. Contohnya :

Juru-Maknanya

jurujualOrang yang menjual.

juruteknikOrang yang ahli dalam hal jentera.

jurutaipOrang yang kerjanya menaaip surat.

5.2.2 Imbuhan Akhiran

Imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar.Imbuhan akhiran adalah seperti -an,-kan dan -i. Imbuhan akhiran mempunyai fungsi dan maksud seperti berikut..

AkhiranFungsi/MaksudContoh

-anmenunjukkan hasilTulisan,tanaman

menunjukkan banyakRibuan,ratusan

menunjukkan alatAcuan,saluran

kawasan yang luasLautan,daratan

manusia atau haiwanTahanan,buruan

benda atau perkaraPakaian,cadangan

menunjukkan ukuranBatuan,mingguan

menunjukkan sifatKilauan,manisan

menunjukkan tempathentian

-kanmembentuk kata kerja transitif dengan awalan meNGuru Besar menyampaikan hadiah.

membentuk kata kerja pasif dengan awalan di-Hadiah sampaikan oleh Guru Besar.

-imembentuk kata kerja transitif dengan awalan meN.Kita hendaklah menjauhi gejala buli.

membentuk kata kerja pasif dengan awalan di-.Majlis disudahi dengan bacaan doa.

5.2.3 Imbuhan Apitan.

Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di awal dan di akhir suatu kata dasar. Contoh imbuhan apitan adalah seperti berikut :

Rajah 11 Jenis Imbuhan Apitan

Contoh penggunaan imbuhan apitan dalam perkataan

BentukHurufKata DasarContoh

meN--kanme-..-kanmem--kanmen--kanmeng--kanmenge--kanm,n,ny,ng,r,l,w,yb,f,p,vd,c,j,sy,z,t,sg,gh,k,kh,h,a,e,I,o,ukata dasar satu suku kata masuk.nantibesar,fatwadiri,cariguling,ghaibmemasukkan,menantikanmembesarkan,memfatwakanmencarikan,mendirikanmenggulingkan,mengghaibkan

mengecamkan,mengesahkan

meN--i me-.-i mem--i men--i meng--i menge--im,n,l,w,s,kb.pc,d,j,sy,z,t,sa,e,u,g,kh,hs,k,tmasuk,naikbaik,pelajarcukup,dampingawas,ekorsyak,tahumemasuki,menaikimembaiki,mempelajarimencukupi,mendampingimengawasi.mengekorimengesyaki,mengetahui

BentukHurufKata DasarContoh

peN-.-an pe--an pen--an peng-.-anpenge-..-anm,n,ng,ny,r,lp,t,k,sd,c,jt,sy,z,sg,kh,h,a,e,I,o,u,kbergabung dengan kata dasar dua suku katamakan,nantidedah,cari,jajahguna,khususpemakanan,penantianpendedahan,pencarianpenggunaan,pengkhususanpengeboman,pengesahan

5.2.4 Imbuhan Sisipan

Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan di tengah kata dasar.Contoh imbuhan kata sisipan adalah seperti -el,-er,-em,dan -in.Kata DasarSisipan -elMaksud

gangganggegakjajahkangkangkembunggelangganggelegakjelajahkelangkangkelembungTempat sesuatu perlawananMendidih dan berbunyiPergi berjalan ke merata-rata tempatBahagian tubuh.Sesuatu yang berisi udara.

Kata DasarSisipan -erMaksud

cucukgigisabutkupingcerucukgerigiserabutkerupingBatang(kayu,besi)Gigi tajam pada permukaanSerat seperti yang terdapat pada sabut.Selaput kering pada kudis.

Kata DasarSisipan -emMaksud

gelapgilangguruhgemerlapgemilanggemuruhBerkilat-kilat,berkilauan.Bercahaya,terang-benderangBerbunyi seperti guruh.

Kata DasarImbuhan -inMaksud

sambungsinambungBerlanjutan,berterusan

5.2.5 Morfem Kosong.

Morfem yang berubah fungsi nahu nya tanpa apa-apa perubahan pada bentuknya. Dalam Bahasa Inggeris,salah satu cara membentuk jamak adalah dengan menambahkan akhiran-s pada kata dasar nama.

Contoh :book books

Tetapi bagi perkataan sheep bentuk jamaknya tidak mengalami pertambahan morfem s. Perubahan bentuk tunggal kepada bentuk jamak tidak melibatkan perubahan atau pertambahan sebarang bentuk.Ini dinamakan morfem kosong. Gejala ini tidak terdapat dalam Bahasa Melayu.

5.2.6 Bentuk Fleksi

Imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu.Misalnya dalam Bahasa Inggeris,perkataan tunggal boleh dijamakkan dengan menambahkan imbuhan fleksi pada akhir perkataan.

Contoh :book - booksboy - boys

Imbuhan fleksi juga ditambahkan pada kata kerjauntuk menunjukkan kala atau kasus.Contoh :wait - waitedlough - loughed

Gejala fleksi ini juga tidak wujud dalam kebanyakan bahasa Austronesia termasuk bahasa Melayu6.0 PERBENDAHARAAN KATA BAHASA SERUMPUNIstilah perbendaharaan bahasa Melayu boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu, sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh seperti berikut : gambut (daripada bahasa Banjar) peat nyeri (daripada bahasa Sunda) pain engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik) wharf dening (daripada dialek Kelantan) yokeDBP sendiri telah menerbitkan Pedoman Umum untuk pembentukan istilah Bahasa Malaysia pada tahun 1975, seperti berikut : Terlebih dahulu carilah kata umum bahasa Malaysia yang sesuai dan lazim digunakan. Jika tiada, carilah kata yang tidak lazim digunakan pula. Jika tiada atau masih kurang sesuai, cari pula kata yang lazim digunakan dari sumber dialek serumpun, dan jika tiada yang lazim, cari kata yang tidak lazim pula. Hanya setelah proses itu dilakukan, dan tiada juga kata yang sesuai untuk digunakan, barulah mencari kata dari bahasa asing yang tidak semestinya Inggeris semata-mata.

6.1 Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia pada tahun 1975Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai Lingua Franca didunia Melayu sejak masa lampau. Oleh yang demikian, kita boleh menemuibanyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanyadari Jawa dan Sumatra. Aliran perbendaharaan kata ini berlaku disebabkan ramai petani berimigrasi ke Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra. Perkataan -perkataan dari bahasa Jawa dan Minangkabau dapat dijumpai dalam bahasa Melayu dan sudah menyerap sebagai sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang.Dalam jumlah kata tersebut, bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa (bahasa Jawa, Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus. Sebahagian daripada perkataan-perkataan tersebut terdapat dalam Kamus Dewan. Contoh :Bahasa Jawa : alu, banjir, bengawan, kuno, lahar, omong, perabot, ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontongBahasa Minangkabau : acak, bagar, bako, bancah, gerai, kacang, kelumun, kila, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh, uda.Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP ) mendefinisikan lebih lanjut serumpun sebagai segolongan besar bangsa (bahasa) yang sama asal dan jenis. Sebagai contoh kamus ini menyatakan bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dalam satu rumpun bahasa. Maka timbul istilah Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Antara perkataan-perkataan daripada masyarakat Jawa yang telah diterima dalam bahasa melayu adalah seperti berikut :1 mentong untuk hi-tea2 gombal untuk kain buruk untuk mengelap air3 ngompol untuk kencing malam di tempat tidur

Perkataan-perkataan tersebut telahpun dimasukkan dalam Kamus Dewan, namun, sayang masih tidak diguna pakai seluasnya oleh masyarkat kita, terutama untuk majlis rasmi tertentu. Sebaliknya lebih suka menggunakan perkataan hi-tea daripada bahasa Inggeris Contoh Bahasa Serumpun yang lazim seperti :

1 gambut (daripada bahasa Banjar) peat2 labur ( Negeri Sembilan )3 dermaga (daripada bahasa klasik ) wharf (pelabuhan)

Contoh bahasa yang tidak lazim :1 dening (daripada dialek Kelantan ) yoke ( sejenis kayu diletak padaleher lembu )2 engkabang ( daripada bahasa iban ) illipenut (sejenis tumbuhanhutan )3 nyeri (daripada bahasa Sunda ) painDBP juga telah bersusah- payah mengumpul kata-kata dialek dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah melalui Glosari Dialek Kedah ( 1997) dan Glosari Dialek Terengganu (1997). Beratus-ratus perkataan terdapat di dalam dua glosari ini, dan ada yang boleh digunakan sebagai kata baku dalam bahasa Melayu sebagai padanan kepada kosa kata bahasa asing. DBP juga telah menerbitkan buku Kata Bahasa Sukuan untuk perbendaharaan kata Bahasa Malaysia ( 1988) yang memuatkan kata-kata bahasa peribumi Sabah dan Sarawak yang boleh digunakan untuk menggantikan kata pinjaman- terjemahan daripada bahasa Inggeris khususnya. Usaha ini bertujuan mencari gantian bagi kata pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Contohnya :1 gabi (bahasa Kadazan) makan malam2 ruai (bahasa Iban dan Bidayuh ) lobi atau ruang legar3 awah ( bahasa Kayan, Kenyah dan Bidayuh ) Koridor4 tuhunan ( bahasa Kadazan ) Kusyen5 kisus (bahasa Dusun ) screw driver / pemutar skru6 gadar ( bahasa Melanau ) lutsinar / transparent7 merarauHajah Norasah Baharom ( Ketua Editor) melalui Kamus Dewan Edisi 4, menyatakan kira-kira 50 patah kata sukuan daripada Sabah dan Sarawak telah dipilih dan dimasukkan ke dalam kamus tersebut.Contohnya:1 merarau - makan tengah hari2 lapak - botak di tengah kepala / bersulam benang emas3 randau - memasukkan sesuatu benda lain dalam makanan supaya lebih Sedap.4 pugai - sesuatu yang telah dijampi untuk memikat seseorang / ubatguna- guna.5 pugas - meronta-ronta6 mera - masakan atau makanan separuh masak

7.0 SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU Peristilahan merupakan usaha untuk membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu. Tujuannya adalah untuk membolehkan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi. Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber seperti bahasa Melayu, bahasa serumpun dan juga bahasa-bahasa asing. Kata baharu dalam bahasa Melayu lazimnya muncul sama ada melalui penciptaan secara penggunaan popular dalam media massa dan penulisan kreatif atau melalui perancangan bahasa yang rasmi.

Rajah 12 Pembentukan Istilah BM7.1 Penggunaan PopularPenciptaan perkataan baharu secara penggunaan popular selalunya dihasilkan oleh penulis-penulis sama ada untuk siaran dalam media massa, media elektronik ataupun dalam tulisan-tulisan kreatif seperti sajak, cerpen dan novel. Perkataan baharu ini pada awalnya diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya. Bentuk-bentuk perkataan ini akhirnya menjadi popular dan digunakan secara umum. Antara contoh perkataan :ibu kotasidang mediakempen

perang dinginsidang kemuncakpasaran hadapan

tunjuk perasaanbanjir kilattanah runtuh

rumah haramkudapanberita gempar

7.2 Perancangan bahasa yang rasmiPada umumnya hal ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan institusi pengajian tinggi. Perkataan yang dicipta melalui perancangan yang rasmi ini berbentuk istilah yang merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu. Dalam hal ini terdapat langkah-langkah yang diambil untuk tujuan mencipta perkataan baharu ini. 7.3 Syarat SyaratUsaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia.Syarat-syarat pembentukan istilah bahasa Melayu adalah seperti berikut: 1. Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkap konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmu.1. Kata atau frasa yang dipilih hendaklah yang paling ringkas antara pilihan yang ada dan mempunyai rujukan yang sama.1. Kata atau frasa haruslah mempunyai konotasi yang baik, iaitu tidak berbau lucah atau boleh membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum, dan hubungan antara bangsa.

Dari aspek bunyi pula kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang disedap didengar iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni. Kata ini dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima. Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis panduan dalam membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk boleh diterima masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain. Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber, iaitu daripada bahasa Melayu, bahasa serumpun dan juga bahasa-bahasa asing.

Rajah 13 Sumber Pembentukan Istilah7.4 Istilah daripada bahasa MelayuPerkataan umum bahasa Melayu boleh dijadikan istilah asalkan perkataan tersebut memenuhi syarat-syarat berikut :1. memberi makna yang tepat mengandungi konsep, proses, keadaan atau sifat istilah yang dimaksudkan1. sekiranya ada dua perkataan kata yang mempunyai makna yang sama, pilihlah perkataan yang lebih singkat 1. Perkataan tersebut tidak membawa konotasi buruk

7.5 Istilah daripada bahasa serumpunSekiranya perkataan Melayu umum tidak terdapat, maka bolehlah diambil perkataan daripada dialek bahasa Melayu, bahasa Melayu klasik atau bahasa serumpun.

7.6 Istilah daripada bahasa asingApabila tidak ada perkataan daripada bahasa Melayu, dialek Melayu dan bahasa serumpun, maka baharulah diambil perkataan daripada bahasa asing. Ini dilakukan dengan dua cara iaitu :1. Meminjam konsep asing dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu1. Menyerap seluruh kata tersebut ke dalam bahasa Melayu

7.7 Penulisan kata istilahHendaklah daripada ejaan Rumi dalam bahasa sumber tetapi sebutannya disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu. Hanya huruf-huruf tertentu sahaja perlu disesuaikan apabila yang di dalam bahasa Inggeris tidak konsisten. Misalnya g disebut j, c disebut s. Misalnya factor disebut faktor, screw disebut skru. Terdapat istilah Inggeris yang sudah lama diserap iaitu sebelum 1970. Perkataan itu sudah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. Semua ejaan istilah ini dikekalkan seperti kamsen (commission), gran (grant) dan pencen (pension).7.8 Pembentukan Istilah BaharuDasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1950-an. Semenjak itu pengajaran Sains dan Teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Istilah Sains dan Teknologi perlu diadakan dengan segera sebagai memenuhi dasar ini. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Namun, kita ditegah mengambil sembarangan bentuk bahasa Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.Dasar baharu yang ditetapkan ini telah memberi peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju ke arah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.7.9 Proses pembentukan istilahUmumnya terdapat dua proses pembentukan istilah iaitu :1. Melalui proses pinjam terjemah1. Melalui proses pinjaman

Rajah 14 Proses Pembentukan Istilah7.9.1 Melalui proses pinjam terjemahIstilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi makna baharu untuk membawa konsepbtertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu. Terdapat lima proses pinjam terjemah iaitu :1. Terjemah langsung, contohnya; dose-sukatansoluble-larutresistence-rintangan

1. Penggabungan dua kata umum, contohnya : missile-peluru berpanduright angle-sudut tepathoneymoon-bulan madu

1. Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baharu. Contohnya :arrears-tunggakanup date-kemas kiniconfiguration-tatarajah1. Perluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu. Sering juga perkataan yang dicipta mengalami perubahan bunyi. Contohnya :gelaplawanlegapseraplawanjerapbijilawan bijirinsalurlawansalir

1. Mencipta kata baharu dengan gandaan separa. Contohnya : liquid-cecaircapillary-rerambutradius-jejaricoplanar-sesatah

7.9.2 Melalui Proses pinjamanCara pembentukan kata adalah dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan.

1. Pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan. Contohnya : structure-strukturgeography-geografimathematics-matematikkinetic-kinetik1. Pengambilan tanpa perubahan ejaan. Contohnya : magnet-magnetradio-radiobonus-bonuseksport-eksportstandard-standardaudit-audit

Istilah pinjaman di atas hendaklah disebut mengikut kelaziman sebutan bahasa Melayu baku.

8.0 PERBENDAHARAAN KATA BAHASA ASING

Sesebuah bangsa atau masyarakat menggunakan bahasa untuk dua tujuan utama, iaitu untuk menyampaikan maklumat atau makna yang terbit dari pemikiran mereka kepada pendengar atau pembaca, dan juga untuk membolehkan mereka menerima maklumat daripada persekitaran, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Oleh itu, bahasa adalah alat yang digunakan untuk berkomunikasi oleh sesebuah masyarakat untuk menyampaikan dan menerima maklumat. Bahasa juga sentiasa berkembang mengikut zaman dan bersifat dinamis yang sentiasa mengalami perubahan. Perkembangan sesuatu bahasa itu bergantung kepada penggunaan dan usaha memperkayakannya dengan menambahkan atau mengambil kosa kata yang baru dari bahasa lain.

Peminjaman kata bahasa asing mudah berlaku sekiranya kata yang dipinjam itu berasal dari bahasa atau masyarakat yang dipandang tinggi dari kemajuan tamadunnya. Perhubungan atau pertembungan dengan kebudayaan lain seperti pelbagai peristiwa juga menjadi salah satu faktor menyebabkan berlakunya peminjaman kata bahasa asing dalam bahasa Melayu.Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

10.1 Peminjaman

Peminjaman kata merupakan satu proses yang penting dalam perkembangan sesuatu bahasa. Oleh itu, kata pinjaman adalah kata-kata yang dipinjam daripasa bahasa asing yang diserapkan ke dalam bahasa sasaran dan dijadikan sebagai sebahagian daripada perbendaharaan kata kepada bahasa yang meminjam.Kelazimannya peminjaman dalam bahasa tidak dirancangkan. Gejala peminjaman ini timbul secara sedar atau tidak sedar dalam kalangan pemakai bahasa sesuatu masyarakat dalam pertembungan mereka dengan pengguna bahasa daripada masyarakat yang lain.

Bahasa Melayu turut meminjam perbendaharaan kata asing bagi memperkayakan perbendaharaan katanya. Peminjaman sesuatu kata boleh dilakukan secara terus atau melalui penterjemahan sesuatu perkataan atau konsep asing. Kelebihan peminjaman secara terjemahan ialah dapat mempertahankan ketulenan bahasa Melayu. Apabila sesuatu perkataan bahasa asing tidak mempunyai padanan maknanya dalam bahasa Melayu atau kata terjemahan Melayunya tidak membawa makna atau konsep asal kata bahasa sumber, maka peminjaman secara terus perlu dilakukan.

8.2 Kata

Kata merupakan sesuatu yang diujarkan atau diucapkan. Ia adalah suatu unit dari satu bahasa yang mengandungi erti dan terdiri lebih daripada satu morfem. Kata terdiri daripada satu akar kata atau dengan beberapa afiks dan gabungan kata-kata dapat membentuk frasa, klausa atau ayat. Daripada segi linguistik, kata merupakan gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikan pengertian tertentu.

Perkataan kata dalam bahasa Melayu diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu kath. Dalam bahasa Sanskerta, kath sebenarnya bermakna konversasi, bahasa, cerita atau dongeng. Dalam bahasa Melayu telah berlaku penyempitan makna semantik dan ia berubah menjadi kata.

8.3 Unsur Penyerapan Bahasa Asing

Terdapat beberapa faktor utama yang menjadi tunjang kepada proses peminjaman bahasa asing dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Menurut Prof. Dr Zaharani Ahmad (2001) peminjaman akan berlaku apabila sesuatu bahasa memerlukan perkataan baharu untuk menamakan idea atau konsep baru kerana sukar mencari perkataan yang sama dalam bahasa natif. Perkataan ini juga dipinjam untuk mengungkap sesuatu dengan lebih tepat. Malah perkataan yang dipinjam lebih mudah digunakan daripada menghuraikannya dalam bentuk baharu.

8.3.1 Proses Perdagangan

Bahasa Sanskrit diterima pakai ke dalam bahasa Melayu melalui proses perdagangan iaitu apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman dahulu membuat hubungan perdagangan dengan India. Pedagang-pedagang India yang datang berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh badan, penyakit, perdagangan dan perniagaan.8.3.2 Penyebaran Agama Islam

Kedatangan Islam ke Nusantara dapat mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Ini menjadiikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekaligus sebagai bahasa lingua franca di Nusantara. Faktor utama bahasa Melayu sebagai lingua franca adalah kerana sifat bahasa itu sendiri begitu fleksible dan sederhana, dapat menerima perubahan dan perkembangan baharu sejajar dengan kehendak masa. Malah, daripada sifat tersebut bahasa Melayu itu mempunyai persamaan sifat ketatabahsaan dengan bahasa Arab (Prof. Dr Zaharani Ahmad :2001). Peminjaman akan berlaku apabila sesuatu bahasa memerlukan perkataan baharu untuk menamakan idea atau konsep baharu kerana sukar mencari perkataan yang sama dalam bahasa natif. Bangsa atau masyarakat akan meminjam perkataan asing dari bangsa atau masyarakat yang lebih maju untuk kemegahan atau prestij.

8.4 Perbendaharaan Istilah Asing

8.4.1 Pengaruh daripada Bahasa Arab

Kedatangan Islam yang dibawa oleh para perantau Arab yang bertindak sebagai pendakwah Islam ke rantau ini dapat memperkayakan bahasa dan kesusasteran Melayu. Malah dengan kedatangan Islam Abjad Arab yang mewujudkan Tulisan Jawi, menambahkan lagi perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu mencapai ke tahap yang begitu popular dan matang. Justeru itu kedatangan Islamlah membawa pengaruh yang berkesan bagi perkembangan kesusateraan Melayu.

Penggunaan perkataan bahasa Arab diasimilasikan dalam bahasa Melayu untuk menambahkan dan mengukuhkan kesempurnaan dalam kesusasteraan Melayu. Natijahnya bahasa Melayu telah menjadi salah sebuah bahasa yang berprestasi tinggi dan kukuh seantero dunia. Justeru itu, pengaruh bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu memberi makna yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Penerapan Bahasa Arab dalam bahasa Melayu memakan masa yang agak panjang.Situasai ini telah menyebabkna berlaku perubahan dalam pelbagai aspek seperti nada serta bunyinya. Kata-kata Arab yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu itu separuh daripadanya mengekalkan bentuk asalnya, sedangkan sebahagian lagi diubah mengikut penyebutan Melayu.Contoh Bahasa Arab yang diserapkan ke dalam penggunaan Bahasa Melayu mengikut bidang yang tertentu boleh diteliti seperti jadual di bawah ini.

BidangPerbendaharaan Kata

KeagamaanIslam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah, baligh, rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran.

Keilmuanilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab, sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafaz, loghat, tarikh, tawarikh, darab, alim, kertas, huruf, baki

Fikiran dan PerasaanAkal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat, hawa, ilham, musibah

Hukuman dan PeraturanHukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali, kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mansuh, uzur, daftar

Adat dan pergaulan manusiaKaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin, lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah

Benda-benda, kejadian dan perbuatanHaiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh, kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat, rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah, berkat

Wilayah-wilayah atau pulau yang penduduknya beragama Islam telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keagamaan.Dengan ini, bahasa Melayu semakin luas penggunaannya yang sebelum ini hanya digunakan dalam perdagangan dan kebudayaan sahaja. Agama Islam juga memperkenalkan ilmu pengetahuan baharu dengan sejumlah khazanah yang besar dan kaya, yang bersangkut paut dengan perkara yang kompleks seperti agama, ilmu, fikiran, adat-adat Islam, dan sebagainya.

8.4.2 Pengaruh daripada Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit banyak memperkayakan bahasa Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Bukan sahaja bahasa Melayu, tetapi mana-mana bahasa yang mempunyai hubungan dengan India akan sedikit sebanyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu melalui proses perdagangan iaitu apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman dahulu membuat hubungan perdagangan dengan India. Pedagang-pedagang India yang datang berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan bahasa Sanskrit.

Berikut merupakan beberapa perbendaharaan kata yang menerima proses pinjaman dan akhirnya diterima masyarakat Melayu sehingga hari ini.

BidangPerbendaharaan Kata

Agama dan FalsafahSyurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsara

Bunga dan Tumbuh-tumbuhanAmra, angsana, cempaka, melati, penaga

Hubungan dan KekeluargaanBangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seteru

Alam Semula JadiAngkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala

Bahagian Tubuh BadanAnggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi

Perdagangan dan BaranganArak, gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat

8.4.3 Perbendaharaan Kata Yang Tetap

Bahasa Melayu telah meminjam kata-kata daripada bahasa Sanskrit, Bahasa Tamil, Bahasa Portugis, Bahasa Belanda, sesetengah loghat Cina dan lebih kini, bahasa Arab (khususnya dalam banyak istilah keagamaan), Bahasa Inggeris (khususnya banyak istilah saintifik dan teknologi). Terdapat sebilangan perbendaharaan kata yang masih mengekalkan bunyi, ejaan dan maknanya daripada Bahasa asal. Terdapat beberapa contoh yang dipetik sebagai rujukan bagi mengenal pasti perbendaharaan kata tersebut.

Perbendaharaan Kata

Abjaddari bahasa Arab abjad

Agamadari bahasa Sanskrit agama/dharma

Bahayadari bahasa Sanskrit bhaya "risiko, bahaya"

Biskutdari bahasa Inggeris

Durjanadari bahasa Sanskrit durjana

Gurudari bahasa Sanskrit guru

Hisabdari bahasa Arab /hisb

Kaunterdari bahasa Inggeris "counter"

Keretadari bahasa Portugis carreta

Rendadari bahasa Portugis renda

Syordari bahasa Mandarin Shu

Tekodari Hokkien t-ko

Utaradari bahasa Sanskrit uttar(a)

Namun demikian, terdapat juga Bahasa asing yang diterima sebagai proses peminjaman ini mengalamai perubahan dalam maknanya dan penggologan katanya. Perubahan ini berkemungkinan disuaipadankan dengan situasi atau keadaan masyarakat Melayu itu sendiri.terdapat beberapa contoh yang boleh dilihat seperti di bawah ini.

Contoh 1

Ali sedang sujud di hadapan Kaabah.

Perkataan sujud asalnya adalah kata nama terbitan dalam bahasa Arab. Apabila digunakan dalam bahasa Melayu, perkataan sujud berubah menjadi kata kerja dengan adanya kata bantu iaitu sedang.

Contoh 2

Encik Aminullah memberi salam kepada para pekerjanya sebelum masuk pejabatnya.

Perkataan salam juga merupakan kata nama terbitan dalam bahasa Arab. Ia berubah menjadi kata kerja dengan adanya kata bantu iaitu kata kerja bahasa Melayu memberi. Bahasa sebenarnya hak dan ciptaan manusia.corak dan bentuk sesuatu bahasa itu bergantung pada orang yang menggunakannya dan suasana bahasa itu digunakan. Setiap bahasa, sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Tamil mempunyai ciri yang berlainan kerana digunakan oleh masyarakat yang berbeza cara hidupnya.

Umum mengetahui bahasa adalah aspek penting dalam sejarah masyarakat. Selain sebagai penyebar maklumat, dengan bahasa manusia mampu menterjemah idea mahupun mewujudkan jaringan sosial yang dapat menterjemah hasrat dengan jelas. Bahasa adalah medium komunikasi yang berkesan dalam menyebar maklumat.Namun begitu, komunikasi bukanlah semata-mata terjadi kerana penghasilan bahasa tersebut.

Peminjaman bahasa berlaku maka perubahan akan berlaku dari sudut linguistik iaitu yang bersifat sistematik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Maka, peminjaman kata memberi impak kepada masyarakat yang mana ianya memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan.peminjaman kata Arab memberi pengaruh yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, memandangkan begitu banyaknya perkataan bahasa asing yang masuk ke dalam bahasa Melayu, maka secara langsung atau tidak langsung ia bukan sahaja memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekaligus sebagai bahasa lingua franca di Nusantara. Ini juga menjadikan salah satu faktor yang menyebabkan bahasa Melayu itu tidak menjadi bahasa yang pupus.

9.0 ANALISIS BAHAN SASTERA

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Teori Analisis Komponen cuba menerangkan kata-kata mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Hubungan ini disebut struktur leksikal. Analisis komponen diaplikasikan bagi melihat hubungan makna bagi sepatah perkataan dengan sejumlah unsur atau komponen makna. Antara perkara yang harus diperhatikan dalam teori ini ialah melihat sejumlah perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata lain, dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain.

Elemen semantik yang menjelaskan makna linguistik bagi sesuatu morfem atau perkataan adalah berbeza daripada elemen bukan linguistik seperti dalam bidang sains. Misalnya, ahli sains menjelaskan maksud air sebagai cecair yang terdiri daripada unsur hidrogen dan oksigen. Maksud sedemikian tidak menjelaskan makna sebenar bagi kata tersebut, keperluan untuk menganalisis kata itu dengan melihat elemen semantiknya harus dilakukan. Analisis sedemikian memberikan manfaat kepada pengguna bahasa kerana dapat membantu seseorang untuk memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan.

Dengan mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat membantu seseorang memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan. Misalnya, perhatikan ayat yang diujarkan ini: Guru saya lelaki. Orang itu dapat menggunakan perkataan Lelaki bagi merujuk kepada gurunya dengan tepat kerana dia memahami ciri semantik yang terdapat pada perkataan tersebut.

Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks. Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Secara ringkasnya, teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan atau ujaran. Di samping itu, teori ini turut menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan. Misalnya teruna dara dan suami isteri.

Antara perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat, iaitu yang pertama ialah dengan menganalisis komponen kata yang diberikan, misalnya bunga. Analisis ini mencuba untuk menghubungkan antara aspek gaya bahasa denganbahan sastera. Hubungan ini boleh diperlihatkan melalui analisis stilistik, iaitu kajian tentang gaya (daripada segi semantik) yang dapat menggambarkan penggunaan bahasa dalam sesuatu teks sastera (Leech&Short 1991). Cebisan teks sastera yang dipilih adalah karya Hasanuddin Md. Isa yang bertajuk Mereka yang Tertewas. Teks ini pernah memenangi Hadiah Penghargaan Sayembara Hadiah Sastera Berunsur Islam. Konsep tentang sastera Islam ini pernah menimbulkan polemik dalam kalangan sasterawan di Malaysia, khususnya pada sekitar tahun 70-an. Analisis ini, bagaimanapun, tidak berhasrat untuk membincangkannya secara tuntas kerana yang ingin diserlahkan ialah bagaimana penggunaan perbendaharaan kata dan istilah dalam sesuatu karya itu sebagai sastera yang berunsur Islam. Pemilihan novel ini adalah kerana sastera Islam bukanlah hasil karya yang kabur kerana Islam menentang sebarang kekaburan dan ambiguiti. Penggunaan bahasa pula kebiasannya mudah supaya maksudnya tepat dan tidak keliru.

Teknik penceritaan dalam sastera Islam tidak harus melampau atau berlebih-lebih kerana dalam Islam ia lebih membawa kemudaratan daripada kebaikan. Beberapa garis asas di atas dapat dipermudahkan, iaitu sastera Islam haruslah jelas amanatnya, menggunakan bahasa yang mudah, dan tidak melampau daripada segi penceritaan, misalnya, tidak menggunakan teknik hiperbola yang melampau. Dalam erti kata lain, sastera Islam meletakkan amanat (mesej) pengarang sebagai aspek yang terpenting, selain aspek gaya bahasa dan gaya penceritaan, memperlihatkan ciri teks sastera Melayu yang berunsur Islam.

9.1 Analisis Kandungan Perbendaharaan Kata dan IstilahKategori lingusitik dan stilistik dalam kajian ini tertumpu kepada aspek leksikal dan perbendaharaan kata dan istilah. Aspek leksikal merujuk kepada perkataan. Sebagai contoh, melalui pengamatan terhadap teks yang dikaji, pengarang cenderung menggunakan kata adjektif dan kata nama yang tertentu misalnya, fasik dan Islam. Penggunaan kata seperti ini mempunyai maksud yang tertentu iaitu perkataan yang berunsur Islam yang akan disertakan komponen maknanya yang sesuai, misalnya, [ - patuh] dan [ + agama].

Selain, itu ada juga digunakan kata nama yang khusus merujuk kepada orang yang beragama Islam, iaitu Muslim [+Islam]. Pengarang menggunakan huruf besar untuk M, yang menjadikannya seperti nama khas. Di sini, pengarang membezakan antara menjadi seorang Muslim dengan nama khas Islam. Menjadi seorang Muslim bermaksud mematuhi perintah Allah - seorang Islam yang sejati, sedangkan Islam hanya merujuk kepada agama atau [ +agama].

Nama khas yang berkait secara langsung dengan agama Islam ialah kata Islam dan Jumaat iaitu hari bersolat secara berjemaah pada waktu Zohor di masjid. Nama khas Allah pula digunakan sekali sahaja berbanding dengan nama am tuhan yang digunakan sebanyak 4 kali. Hal ini tidaklah menghairankan kerana Allah dan tuhan mempunyai makna yang sama. Buktinya ialah perkataan tuhan ditulis seperti nama khas, iaitu qadak dan qadar Tuhan dan anugerah Tuhan dengan tujuan untuk menyamakannya dengan Allah. Selain itu, terdapat juga nama khas yang mempunyai komponen [ + peristiwa], iaitu maulidar-Rasul s.a.w. dan Asyura (6.4). Peristiwa maulidar- Rasul s.a.w. ialah ulang tahun hari keputeraan Rasulullah s.a.w., iaitu pada 12 Rabiulawal, Asyura ialah perayaan mengingati kejayaan Nabi Nuh a.s. berlabuh di Bukit Judi atau perayaan mengingati kematian Sayidina Husain r.a. di Karbala. Analisis leksikal menunjukkan bahawa terdiri dari jenis kata nama dan kata adjektif. Dalam hal ini, pengarang lebih cenderung menggunakan kata nama yang berunsur Islam berbanding kata adjektif.

Terdapat sejumlah 17 kata nama, misalnya, takbir dan surau, berbanding 7 kata adjektif, misalnya, fasik dan munafik. Penggunaan kata nama berunsur Islam ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu nama am dan nama khas. Nama am, misalnya, surau dan masjid [ + tempat] merujuk kepada tempat beribadah dan takbir ( + proses], iaitu proses memuji Allah. Nama khas pula terdiri daripada komponen makna, misalnya, Bukit Judi [ + tempat], Allah [ + Tuhan], Nabi Nuh a.s. [ + Nabi], Saidina Hussain [ + tokoh Islam], Asyura [ + peristiwa].

Analisis kajian ini memperlihatkan bahawa teks sastera Melayu ini lebih cenderung menggunakan nama khas berbanding nama am. Bagi kata adjektif pula, pengarang menggunakan perkataan tertentu, misalnya fasik munafik zalim zindik kafir untuk menggambarkan sifat manusia yang [ - iman], dan telah dibezakan dengan muslim [ + iman]. Hal ini menunjukkan bahawa dalam teks sastera berunsur Islam, kata adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat seseorang. Perkataan ini juga telah disusun mengikut hirarki yang sesuai, iaitu bermula dengan fasik (-ingkar) sehinggalah membawa kepada kafir (- percaya).

Terdapat juga penggunaan bahasa Sanskrit dalam novel ini. Bahasa Sanskrit banyak digunakan dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bukan sahaja bahasa Melayu yang menerima pengaruh bahasa Sanskrit tetapi mana-mana sahaja bahasa yang mempunyai hubungan dengan India akan menerima pengaruh bahasa Sanskrit.

Bahasa MelayuBahasa Sanskrit

MahaMaha

RupaRupa

MulaMula

Pengaruh bahasa Arab mula memasuki bahasa Melayu apabila mulanya kedatangan Islam ke dunia Melayu. Aspek- aspek bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Arab ialah kosa kata, struktur ayat dan sistem bunyi. Dengan adanya peminjaman perkataan dari bahasa arab, telah berlaku perubahan leksikal yang dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah.

Dapat dilihat di sini bahawa kebudayaan Islam telah memberi pelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat Melayu termasuk daripada segi bahasa. Penggunaan perkataan Arab dalam bahasa Melayu boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan antara Tuhan dan manusia, perniagaan dan upacara sebagai kelahiran, perkahwinan, pemakaman dan sebagainya.

Penggunaan perkataan bahasa Arab diasimilasikan dalam bahasa Melayu untuk menambahkan dan mengukuhkan kesempurnaan dalam kesusasteraan Melayu. Natijahnya bahasa Melayu telah menjadi salah sebuah bahasa yang berprestasi tinggi dan kukuh seantero dunia. Justeru itu, pengaruh bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu memberi makna yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Bahasa MelayuBahasa Arab

khabarkhabar

salamsalam

duniadunya

awalawal

selamatselamat

hukumhukum

alamalam

Pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasa Melayu menjadi dominan pada zaman kerajaan Majapahit yang menjadikan bahasa Jawa sebagai teras pemerintahannya. Pada zaman bahasa Melayu kuno, bahasa Jawa bukan sahaja mempengaruhi kosa kata bahasa Melayu tetapi turut mempengaruhi aspek tulisan. Penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui beberapa saluran antaranya termasuklah kesusasteraan Jawa dalam bentuk cerita- cerita panji dan juga melalui pengaruh interaksi sosial dan ekonomi. Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia.Bahasa JawaBahasa Melayu

AyuCantik

LiburCuti

Analisis aspek kebahasaan yang sistematik terhadap sesuatu teks akan dapat menyerlahkan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang; selain dapat pula menghubungkan deskripsi linguistik dengan interpretasi secara lebih eksplisit (Short 1996). Analisis dalam tugasan ini bersifat empirik kerana perbincangan berdasarkan data yang terdapat dalam teks. Seterusnya untuk memudahkan perbincangan, cebisan teks ini telah dianalisis secara perenggan demi perenggan, dan ayat demi ayat.

Contoh ayat :

Pada sebuah surau yang dibina di atas nama gotong royong, berdiri mukmin, fasik, munafik, fasik, munafik, zalim, zindik dan segala manusia yang mengaku dirinya beriman.

Berdasarkan contoh di atas, terdapat sejumlah perkataan yang ditalikkan, iaitu surau, mukmin, fasik, munafik, zalim, zindik dan beriman. Kesemua perkataan ini kecuali beriman dan mukmin ialah kata adjektif. Perkataan ini berunsur Islam kerana surau merujuk kepada tempat orang Islam menunaikan ibadah solat. Perkataan mukmin pula merujuk kepada orang Islam yang baik dan beriman. Perkataan lain seperti fasik, munafik, zalim dan zindik lebih merujuk kepada golongan manusia yang ingkar kepada perintah tuhan. Perbincangan yang berikut akan memperincikan setiap unsur bahasa tersebut beserta komponen semantik masing-masing

Seterusnya dalam bab ketiga pengarang memilih subjek sungai, iaitu Sungai Cheneor yang menjadi nadi kepada penduduk di Bukit Setugal. Perenggan keempat pula memilih topik jangka masa Kampung Bukit Setugal diwujudkan, iaitu selama 40 tahun. Tempoh yang agak lama ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka penghuninya. Masih berkisar pada tempat, kini surau pula yang menjadi subjek dalam bab kelima, iaitu tempat berkumpulnya pelbagai jenis manusia atas nama Islam. Perincian tentang surau ini dijelaskan dalam bab keenam. 9.2 Analisis Peribahasa

Antara sifat yang umum peribahasa ialah bahasanya yang indah dan berima, susunannya yang kemas dan bernas, dan isinya yang kaya dan beranika. Namun demikian, sifat utama peribahasa ialah metaforanya yang perlu difahami dalam konteks budaya penuturnya. Metafora digunakan untuk membolehkan suatu topik, objek atau hal diterangkan, dihuraikan, dinyatakan dan digambarkan dengan lebih baik, berkesan dan komprehensif, berbanding dengan makna harafiahnya.

Dengan membandingkan dua perkara, objek dan topik yang mempunyai sifat yang sama, maka pemahaman kedua-dua pihak dijangka akan bertambah baik, mendalam dan dengan lebih jelas. Dengan itu, makna yang ingin disampaikan dijangka akan mempunyai kedalaman dan keluasan, kekayaan dan ketinggian yang lebih. Selanjutnya, ingin ditinjau pengaliran sesetengah peribahasa Melayu. Sebelum kajian yang lebih lanjut dilakukan, sukarkah dikatakan peribahasa yang mana berasal daripada pantun, misalnya, atau yang sebaliknya. Kerumitan itu disebabkan sifat-sifat peribahasa: tradisi lisan dan tidak ada catatan tarikh, sumber dan tempat. Misalnya,

Pohon terung dililit akar,Batang kapas tenggeran burung,Ibarat burung di dalam sangkar,Mata lepas badan terkurung.

Anak ayam disambar helang,Dari enam tinggallah lima,Harimau mati meninggalkan belang,Manusia mati meninggalkan nama.Anak Agam jual sutera,Jual di Rengat tengah pekan,Jangan digenggam bagai bara,Terasa hangat dilepaskan.

Alang-alang menjeruk asam,Biar lebih, kurang jangan,Alang-alang menyeluk pekasam,Biar sampai ke pangkal lengan.

Orang musafir melihat bulan,Bulan terlindung di balik awan,Kalau sesat di hujung jalan,Sedia balik ke pangkal jalan.

Orang pekan pergi berakit,Sampai di laut mengail ikan,Jangan harapkan guruh di langit,Air di tempayan dicurahkan.

Pohon senduduk dahan berpintal,Patah ditimpa dahan berangan,Kusangka mengantuk disorongkan bantal,Rupanya tidur berbantal lengan.

pengarangan peribahasa juga melibatkan banyak aktiviti, termasak penjanaan ide dan pengumpulan data, selain perlunya mempunyai motivasi, minat dan kemahiran. Di sini, kemahiran mengingati kata-kata adalah aset yang amat dihargai dalam budaya lisan. Tetapi cara mengingati kata-kata dalam masyarakat lisan itu berbeza daripada yang diketahui/digunakan dalam masyarakat celek huruf. Kalau dalam budaya celek huruf, kemahiran mengingat kata demi kata itu dilakukan dengan merujuk kepada teks, tetapi kemahiran dalam masyarakat lisan bergantung pada oral memorization, atau verbatim repetition (Ong 1982;Walaupun hukum perlu dipatuhi, setiap pengarang digalakkan menunjukkan kreativiti masing-masing dari segi memilih bahasa yang indah, isi yang mendatangkan faedah dan keselarian bunyi yang sedap pada halwa telinga. Sifat-sifat itu amat dipentingkan kerana hanya peribahasa yang bermutu akan dipertuturkan menjadi buah mulut, sementara yang kurang bermutu akandilupakan, dan lama-kelamaan dilupakan.

9.3 Analisis Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Sebagai sebuah teks sastera yang berunsur Islam memang sudah dijangkakan teks kajian ini mengandungi sejumlah kata yang berkaitan dengan Islam. Misalnya, kata adjektif yang berikut berfungsi untuk memberi gambaran tentang sifat manusia.

PerkataanMaksud

fasikEngkar perintah Allah

munafikPura-pura percaya

zalimTiada perikemanusiaan

zindikterpesong

kafirBukan Islam

Kesemua perkataan di atas mempunyai maksud yang negatif. Perkataan fasik dirujuk kepada golongan yang tidak mempedulikan perintah Allah. Komponen makna bagi fasik ialah [ - patuh], yakni tidak patuh kepada suruhan Allah. Kata munafik pula ialah golongan yang berpura-pura percaya kepada Islam (bermuka dua), dengan komponen makna [ - percaya]. Kata zalim lebih umum sifatnya kerana kata ini dirujuk kepada golongan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak adil, iaitu [ - adil].

Istilah Allah secara mutlak daripada Al Quran bererti Tuhan yang satu dan satu-satunya yang merupakan satu nama khas dan bukan ganti nama. Allah tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Perkataan Tuhan sebagai bukan nama khas adalah Ilah dan bukannya Allah. Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang identitinya adalah keesaan. Penggunaan perkataan Tuhan boleh diumumkan dan boleh dibanyakkan dengan menggantikan T besar kepada t kecil.

Rajah 15 Makna Leksikal

Bagaimanapun kata zalim ini boleh dikategorikan sebagai berunsur Islam kerana sifat ini bertentangan dengan ajaran Islam. Sementara perkataan zindik dirujuk kepada golongan yang telah terpesong atau orang yang sesat, dengan komponen makna [+sesat]. Dan yang terakhir, kafir [ - Islam] dilabelkan kepada golongan yang tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya, yakni ditujukan khusus kepada orang bukan Islam. Penggunaan perkataan yang berunsur negatif ini amat sesuai dengan maksud teks dan telah disusun mengikut tata tingkatnya, iaitu bermula daripada golongan yang fasik (tidak patuh) sehinggalah yang kafir (bukan Islam). Seterusnya, terdapat juga perkataan yang berlawanan dengan sifat yang di atas, iaitu mempunyai maksud yang positif. Rajah 17 Perkataan Sinonim

Terdapat penggunaan sinonim laras sosial yang digunakan dalam novel ini. Kata nama mukmin merujuk kepada golongan yang percaya kepada Allah, yakni golongan yang beriman. Sementara kata adjektif mulia [ +baik] bermaksud golongan yang tinggi kedudukannya, dan dalam konteks Islam, golongan ini mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah. Perbandingan di antara sifat positif, misalnya mukmin dan mulia dengan sifat negatif, misalnya, fasik, munafik, zalim dan