bab 4 perlembagaan malaysia dan hubungan etnik

Upload: teebhan-chanthira-seekaran

Post on 10-Oct-2015

112 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bab 4 Perlembagaan Malaysia Dan Hubungan Etnik

TRANSCRIPT

Perlembagaan Malaysia dan Hubungan Etnik

Perlembagaan Malaysia dan Hubungan Etnik Perlembagaan Jenis dan Peranan Perlembagaan Latar Belakang Perlembagaan Persekutuan, 1957Cadangan Suruhanjaya Reid

Kandungan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan dalam Konteks Hubungan Etnik Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan sebagai Kontrak Sosial

Bahasa Melayu Kedudukan Istimewa Orang Melayu Unsur Tradisi dan Kepentingan Sah Kaum Lain sebagai Perkara Sensitif yang dilindungi oleh Undangundang Isu-isu Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik Kebebasan agama lain selain agama Islam telah diperkukuh dalam perlembagaan menerusi peruntukan berikut; Setiap orang tidak boleh dipaksa membayar cukai yang akan digunakan sebahagian atau sepenuhnya untuk maksud agama lain daripada agamanya sendiri. Ini bermaksud orang bukan Islam tidak boleh dipaksa membayar zakat atau fitrahPerlembagaan mengharamkan amalan diskriminasi antara warganegara atas sebab agama dianutinya. Dalam bidang pelajaran, setiap warganegara tidak boleh dibezakan antara satu sama lain atas sebab agama.Dari segi undang-undang, pekerjaan, jawatan, perniagaan dan pemilikan harta, perlembagaan juga melarang warganegara dibezakan disebabkan agamanya. Undang-undang negeri dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diberi kuasa mengawal atau menyekat penyebaran agama lain kepada orang Islam.Sekatan tidak hanya terbatas kepada perkara-perkara lisan, tetapi termasuk juga dlam bentuk tulisan. Sesiapa yang menyebut, menulis, menjual atau menyiarkan perkataan yang mempunyai maksud hasutan dianggap oleh undang-undang melakukan kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Sesiapa yang menyebarkan berita palsu sama ada secara lisan atau tulisan yang boleh menimbulkan ketakutan kepada orang awam juga dianggap telah melakukan kesalahan dari segi undang-undang. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk mencegah percetakan, penyiaran, penjualan dan pemilikan apa-apa penerbitan atau surat subversif dan boleh mengancam keselamatan negara. Kewarganegaraan Walau bagaimanapun, seseorang yang dilahirkan di Malaysia tidak akan diterima sebagai warganegara dalam keadaan berikut:Salah seorang daripada ibubapanya bukan warganegara persekutuanSalah seorang ibu atau bapanya bukan bermastautin secara kekal di malaysiaBapanya bukan warganegara Malaysia dan bebas daripada guaman dan perjalanan undang-undangBapanya bukan warganegara Persekutuan dan merupakan musuh asing serta tempat kelahirannya diduduki musuh ketika itu. Berdasarkan peruntukan di atas, ini bermaksud kewarganegaraan melalui prinsip jus soli tidak diterima sepenuhnya dan hanya diterima bergantung kepada status kewarganegaraan ibu bapa ketika seseorang itu dilahirkan, iaitu diiringi dnegan undangundang keturunan darah (jus sanguinis)Bermastautin dalam persekutuan selama lima tahun daripada tempoh tujuh tahun terdahulu dari dan tarikh dia membuat permohonanBerniat untuk kekal bermastautin dalam persekutuan Berkelakuan baik Berpengetahuan bahasa Melayu yang mudahe) Orang yang berumur 18 tahun ke atas dan pada Hari Malaysia, dia bermastautin di Sabah dan Sarawak dan telah membuat permohonan kewarganegaraan sebelum September 1971 dan memenuhi syarat berikut: Berniat hendak kekal di MalaysiaBerkelakuan baikBerpengetahuan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris atau bahasa bumiputera Sarawak jika bermastautin di Sarawak. Syarat ini tidak boleh dikenakan terhadao orang yang membuat permohonan sebelum September 1965, dan terhadap orang yang berumur 45 tahun atau ke atas pada tarikh permohonan. Setiap orang mestilah mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia.