beberapa larangan larangan allah didalam al quran _ islam my religion

Upload: cik-cuna-biyu

Post on 19-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    1/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html

    Sabtu, 8 Ogos 2009

    Home agama beberapa larangan larangan allah didalam al quran

    beberapa larangan larangan allah didalamal quran

    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

    [al baqarah Ayat : 42]

    larangan mencampur adukkan yang hak dengan yang batil

    Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan

    yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

    Search in this site...

    kawan kawan saya

    Sertai tapak ini

    dengan Sambung Rakan Google

    Ahli (89) Lagi

    Sudahmenjadi ahli? Log masuk

    live

    mengenai saya

    hisham

    kg rapat jaya tambahan, ipoh

    perak, Malaysia

    Lihat profil lengkap saya

    senarai blog saya

    HOME POSTS RSS COMMENTS RSS EDIT25,769 VIEWS

    Islam my religionWahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan

    hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada

    kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat

    dari sisiMu. amin

    0Share

    CHOOYAYA SECRET GARDEN:

    Jom Dapatkan Shell V-Power LegoCollection Anda Sekarang...

    http://testi.iluvislam.com/http://testi.iluvislam.com/http://testi.iluvislam.com/http://testi.iluvislam.com/http://testi.iluvislam.com/https://www.youtube.com/watch?v=b1iTKvKFjuQhttp://testi.iluvislam.com/http://synad3.nuffnang.com.my/track/click?s%3D5657153a%26urlid%3D7372562%26ref%3Dalhishamz.blogspot.my%252F2009%252F08%252Ftafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html%26id%3D1145672%26bid%3D50708%26pcid%3D33022%26ispromotedcontent%3D1%26ad_type%3Dleaderboard%26goto%3Dhttp%3A%2F%2Fwww.surayasulatin.blogspot.my%2F2015%2F11%2Fjom-dapatkan-shell-v-power-lego.htmlhttp://alhishamz.blogspot.my/http://alhishamz.blogspot.com/feeds/comments/defaulthttp://alhishamz.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://alhishamz.blogspot.com/https://www.blogger.com/profile/01264125311619484458https://www.blogger.com/profile/01264125311619484458https://www.blogger.com/profile/01264125311619484458https://www.youtube.com/watch?v=b1iTKvKFjuQhttp://testi.iluvislam.com/http://alhishamz.blogspot.my/search/label/agama?&max-results=7http://alhishamz.blogspot.com/
  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    2/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html 2

    [al baqarah Ayat : 154]

    larangan mengatakan orang yang gugur pd sabilillah mati yang sia sia

    Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela

    Agama Allah itu orang yang mati bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup

    yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

    [al baqarah Ayat : 169]

    larangan mengikuti kehendak syaitan kerna syaitan musuh yg nyata

    Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu

    berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui

    [al baqarah Ayat : 173]

    larangan memakan bangkai,darah,babi,dan binatang yg disembelih selain dari nama allah

    Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi,

    dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya

    kerana dharurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah

    ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

    [al baqarah Ayat : 187]

    larangan bersetubuh pd siang hari pd bln puasa dan dibolehkan pada malam hari

    Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri

    kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah

    mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan

    memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah

    ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu

    benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian

    sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu campuri isteri-

    isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka

    janga nlah kam u mengha mpiriny a. Demikian Allah mene rangk an aya t-ayat hukum-Ny a kepa da

    sekalian manusia supaya mereka bertakwa

    [al baqarah Ayat : 188]

    larangan memakan/memperoleh harta dari orang lain dengan cara yang tidak halal

    Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan

    pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak

    memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui

    (salahnya)

    [al baqarah Ayat : 219]

    larangan berjudi dan meminum yang memabukkan

    Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada

    keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar

    daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan

    (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu).

    Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan

    hukumNya) supaya kamu berfikir.

    [al baqarah Ayat : 221]

    larangan mengahwini wanita musyrik

    Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya

    seorang hamba wanita yang beriman itu lebih baik daripada wanita musyrik, sekalipun ia menarik

    hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan wanita Islam) dengan lelaki musyrik sebelum mereka

    beriman. Dan sesungguhnya seseorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki

    musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang

    kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan

    dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya)

    kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)

    [al baqarah Ayat : 222]

    larangan bersetubuh waktu isteri sedang haidh

    Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: Darah haid itu

    agama (69)

    al quran (18)

    cetusan hati (4)

    doa (9)

    dunia (7)

    fadhilat al quran (33)

    fakta agama (7)

    hadis (4)

    hal semasa (3)

    hari mulia (1)

    hikmah sedekah (2)

    info (11)

    kemalangan (1)

    kesihatan (18)

    koleksi video agama (4)

    nasihat (19)

    ragam (1)

    ramadhan (6)

    renungan (4)

    sembahyang (1)

    jalan jalan cari ilmu

    terokai dunia IT

    tengok tv ulangan

    tengok tv

    laman web kesihatan

    laman web kerajaan

    laman web agama

    hadis

    forum syok

    forum putera

    forum mesra

    forum carigold

    http://carigold.com/portal/forums/index.php?s=002aa0c61eaddcb08669ce40067de5b5http://www.mesra.net/forum/http://forum.putera.com/http://www.syok.org/http://lidwa.com/app/http://www.darulkautsar.net/http://www.malaysia.gov.my/BM/Pages/default.aspxhttp://jknperak.moh.gov.my/v3/http://wwitv.com/http://www.tonton.com.my/http://jomphp.com/http://alhishamz.blogspot.my/search/label/sembahyanghttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/renunganhttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/ramadhanhttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/ragamhttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/nasihathttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/koleksi%20video%20agamahttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/kesihatanhttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/kemalanganhttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/infohttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/hikmah%20sedekahhttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/hari%20muliahttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/hal%20semasahttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/hadishttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/fakta%20agamahttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/fadhilat%20al%20quranhttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/duniahttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/doahttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/cetusan%20hatihttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/al%20quranhttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/agama
  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    3/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html 3

    suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan

    bersetubuh dengan isteri kamu) ketika haid, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk

    bersetubuh) sebelum mereka suci. Apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka

    seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang

    banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.

    [al baqarah Ayat : 224]

    larangan bersumpah dengan serampangan

    Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang

    menghalangi kamu daripada berbuat baik, dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara

    sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui.

    [al baqarah Ayat : 256]

    larangan melakukan paksaan untuk memeluk agama islam

    Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari

    kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah,

    maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Dan

    (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    [al baqarah Ayat : 264]

    larangan menyebut nyebut bantuan sedekah yg menimbulkan sakit hati/penghinaan

    Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan

    menyebut-nyebut dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang membelanjakan

    hartanya kerana riak kepada manusia, dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka

    bandingan orang itu ialah batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan

    lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin. Mereka tidak mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka

    usahakan. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

    [al baqarah Ayat : 275]

    larangan melakukan riba dan memakan hasil riba

    Orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang

    dirasuk Syaitan kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka

    mengatakan: Bahawa sesungguhnya jual beli itu sama saja seperti riba. Padahal Allah telah

    menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang telah sampai peringatan dari

    Tuhannya lalu ia berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu dan perkaranya

    terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka

    itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya

    [ali imran Ayat : 28]

    larangan mengambil orang kafir menjadi wali

    Janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang

    yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah ia (mendapat

    perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada

    sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya

    (siksaan-Nya). Dan kepada Allah jua tempat kembali.

    {ali imran Ayat : 118]

    larangan menjadikan orang2 diluar golongan mukmin menjadi orang kepercayaan

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu ambil orang yang bukan dari kalangan kamu

    menjadi 'orang dalam' (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha

    mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun

    nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh

    hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-

    keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

    [ali imran Ayat : 130]

    larangan memakan hasil riba

    Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-ganda dan

    hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

    [ali imran Ayat : 139]

    larangan merasa rendah diri dan bersedih hati

    forum cari

    forum agama

    blog uzar

    al quran

    http://quran.com/http://www.zaharuddin.net/http://al-fikrah.net/Forums.htmlhttp://forum.cari.com.my/
  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    4/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html 4

    Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang

    yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.

    [ali imran Ayat : 169]

    larangan menyangka/menduga orang yang gugur pada jalan allah mati bahkan sebaliknya

    mereka sebenarnya hidup

    Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan

    mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

    [an nisa' Ayat : 10]larangan memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak halal

    Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka

    itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api

    neraka yang menyala-nyala.

    [an nisa' Ayat : -23-24]

    larangan mengahwini wanita seperti berikut

    Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu,

    saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak

    saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah

    menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam

    pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri tetapi kalau kamu belum campuri

    mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang

    berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang

    berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha MengasihaniDan

    (diharamkan kamu mengahwini) isteri orang, kecuali hamba yang kamu miliki. Itulah ketetapan

    hukum Allah ke atasmu. Dan dihalalkan bagi kamu wanita-wanita selain dari itu, untuk kamu

    kahwini dengan hartamu secara bernikah, bukan berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang

    kamu nikmati dengannya, maka berikanlah mereka maskahwinnya sebagai suatu ketetapan. Dan

    tiadalah kamu berdosa tentang suatu yang telah dipersetujui bersama, sesudah ditetapkan

    maskahwin itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    [an nisa' Ayat : 29]

    larangan mendapatkan harta dengan jalan yang batil dan dilarang membunuh

    Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu denggan jalan

    salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu, dan

    janga nlah kam u berb unuh-bunuhan sesa ma sendir i. Sesu ngguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu

    [an nisa' Ayat : 43]

    larangan mengerjakan solat dalam keadaan mabuk

    Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang sedang kamu dalam keadaan

    mabuk, hingga kamu sedar apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang

    kamu dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu bersuci. Dan jika

    kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat

    buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka

    hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan

    kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

    [an nisa' Ayat : 144]

    larangan mengangkat orang kafir menjadi wali selain dari mukmin

    Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi wali dengan

    meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata

    bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

    [al maidah Ayat : 3]

    larangan memakan 9 macam diantaranya bangkai,daging babi ...

    Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-

    binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul,

    dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat

    kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan) kamu mengundi

    nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang kafir

    telah putus asa dari agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya

    takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah

  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    5/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html 5

    cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. Maka

    sesiapa yang terpaksa kerana lapar sedang ia tidak ingin melakukan dosa, maka sesungguhnya

    Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    [al maidah Ayat : 51]

    larangan mengangkat orang2 yahudi dan nasrani menjadi wali

    Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali,

    kerana setengah mereka menjadi teman kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara

    kamu yang menjadikan mereka temannya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka

    itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kamu yang berlaku zalim.

    [al maidah Ayat : 87]

    larangan mengharamkan makanan yang halal

    Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang dihalalkan

    oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak

    suka kepada orang yang melampaui batas.

    [al maidah Ayat : 90]

    larangan meminum yang memabukkan,dan berjudi

    Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan

    mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan

    Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

    [al maidah Ayat : 95]

    larangan berburu sewaktu ihram

    Hai orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu berihram. Dan

    sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya, diganti dengan

    binatang ternak yang sama dengan binatang yang dibunuh itu, yang akan dihukumkan oleh dua

    orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah, atau bayaran

    kafarah, iaitu memberi makan orang miskin, atau menggantikan yang demikian itu dengan

    berpuasa supaya dapat ia merasai kesan dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu

    dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya dan (ingatlah) Allah

    Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan seksa.

    [al maidah Ayat : 101]

    larangan banyak tanya

    Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan

    kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan

    Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu

    kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

    [al an'am Ayat : 121]

    larangan memakan binatang sembelih tanpa menyebut nama allah

    Dan janganlah kamu makan binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya,

    kerana sesungguhnya itu adalah perbuatan fasik dan sesunggguhnya Syaitan itu membisikkan

    kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantahmu dan jika kamu menurut hasutan

    mereka, maka sesungguhnya kamu tetap menjadi orang musyrik.

    [al an'am Ayat : 152]

    larangan mendekati/mengurus harta anak yatim kecuali dengan cara yang baik dan

    menguntungkan

    Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia

    baligh dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan

    seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata maka hendaklah

    kamu berlaku adil, sekali pun orang itu ada hubungan kerabat dan janji Allah hendaklah kamu

    sempurnakan. Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat.

    [al anfal Ayat : 46]

    larangan kaum muslimin berpecah belah yang akibatnya melemahkan

    Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan kalau

    tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu

    sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.

  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    6/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html 6

    [at taubah Ayat : 23]

    larangan menjadikan bapa dan saudsara menjadi wali jika mereka menyukai kekafiran

    Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-

    saudaramu sebagai pemimpin jika mereka memilih kufur atas iman dan sesiapa di antara kamu

    yang menjadikan mereka pemimpin, maka merekalah orang yang zalim.

    [an nahl Ayat : 91]

    larangan membatalkan sumpah sumpah

    Dan sempurnakanlah janji-janji Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombaksumpahmu sesudah kamu memperkukuhkannya sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai

    Penjamin sumpahmu. Sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang kamu lakukan

    [al israk Ayat : 29]

    larangan bersifat kikir dan boros

    Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau

    menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang

    tercela dan menyesal.

    [al israk Ayat : 31]

    larangan membunuh anak kerana takut miskin

    Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan Kamilah yang

    memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka

    adalah satu kesalahan yang besar.

    [al israk Ayat : 32]

    larangan mendekati zina

    Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji

    dan satu jalan yang jahat.

    [al israk Ayat : 33]

    larangan membunuh orang yang tidak bersalah

    Dan janganlah kamu membunuh seseorang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang

    benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan

    warisnya berkuasa menuntut balas. Tetapi janganlah ia melampaui batas kerana sesungguhnya ia

    adalah orang yang mendapat sepenuh-penuh pertolongan

    [al israk Ayat : 34]

    larangan mengurus harta anak yatim kecuali dengan cara yang baik lagi menguntungkan

    Dan janganlah kamu menghampiri anak yatim melainkan secara yang baik, sehingga ia baligh

    dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya.

    [al israk Ayat : 36]

    larangan mencampuri/memberitakan sesuatu perkara masalah yang tidak diketahui

    Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui sesungguhnya pendengaran,

    penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan

    [al israk Ayat : 37]

    larangan berjalan dengan sombong

    Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat

    menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung.

    [an nur Ayat : 3]

    larangan berkahwin dengan wanita yang berzina dan lelaki yang berzina

    Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau

    perempuan yang musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya

    melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang

    atas orang yang beriman.

  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    7/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html 7

    [an nur Ayat : 21]

    larangan mengikuti kehendak jejak langkah syaitan

    Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan dan sesiapa yang

    menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan

    perkara yang keji dan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-

    Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya

    selama-lamanya akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan (ingatlah)

    Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    [an nur Ayat : 27-28]larangan memasukki rumah orang sebelum meminta izin dan mengucapkan salam

    Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu,

    sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya (ahlinya)

    yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan

    yang sopan)

    Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah

    masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu baliklah,

    maka hendaklah kamu berundur balik cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan

    (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

    [al furqan Ayat : 52]

    larangan mentaati orang kafir

    Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak orang kafir, dan berjuanglah

    dengan Al-Qur'an dengan perjuangan yang besar.

    [al qashas Ayat : 88]

    larangan menyembah tuhan selain allah

    Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain di samping Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia.

    Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan kepada-

    Nyalah kamu semua dikembalikan.

    [lukman Ayat : 15]

    larangan mentaati ibubapa jika mereka mengajak kepada kemusyriKAN

    Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu

    yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka

    dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang

    rujuk kembali kepada-Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu, maka Aku akan

    menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

    [lukman Ayat : 18]

    larangan bersikap angkuh dan sombong

    Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan

    janga nlah engk au berj alan di bumi denga n berla gak sombo ng sesungg uhnya Allah tidak suka

    kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

    [al ahzab Ayat : 1]

    lareangan mengikuti/mentaati orang kafir dan munafik

    Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah, dan janganlah kamu turuti orang kafir dan munafik.

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    [az zumar Ayat : 53]

    larangan berputus asa dari rahmat allah

    Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,

    janga nlah kam u berp utus asa dari rahma t Allah, ker ana sesungg uhnya Allah menga mpunka n

    segala dosa Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    [al mukmin Ayat : 66]

    larangan menyembah tuhan selain allah

    Katakanlah: Sesungguhnya aku dilarang menyembah benda-benda yang kamu sembah yang lain

    dari Allah setelah datang kepadaku bukti-bukti yang jelas nyata dari Tuhanku dan aku

    diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam.

  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    8/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html 8

    [asy syura Ayat : 15]

    larangan mengikuti hawa nafsu

    Oleh kerana itu, maka serulah mereka dan tetaplah engkau sebagaimana yang diperintahkan

    kepadamu, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka Katakanlah: Aku beriman kepada

    Kitab yang Allah turunkan, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah

    Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagimu amalmu. Tidak ada pertengkaran

    antara kami dengan kamu. Allah akan himpunkan kita bersama pada hari kiamat, dan kepada-

    Nyalah tempat kembali semuanya

    [muhammad Ayat : 35]

    larangan merasa rendah diri dan lemah untuk mengajak berdamai

    Maka janganlah kamu lemah untuk mengajak berdamai, padahal kamulah orang yang tertinggi

    keadaannya, Dan Allah bersama-sama kamu, dan Ia tidak akan mengurangi pahala amal-amal

    kamu.

    [al hujurat Ayat : 11]

    larangan mengejek orang lain

    Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain,

    mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula kaum wanita

    ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka

    dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu

    sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia

    beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.

    [ar rahman Ayat : 9]

    larangan mengurangkan timbangan

    Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang

    ditimbang.

    [al mujadalah Ayat : 9]

    larangan berbisik

    Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik

    untuk melakukan dosa, pencerobohan dan menderhakai Rasulullah dan berbisiklah untuk

    kebajikan dan takwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah yang kepada-Nya kamu

    semua akan dihimpunkan.

    [al hasyr Ayat : 19]

    larangan melupakan allah

    Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan

    mereka lupakan diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik

    [al mumtahanah Ayat : 9]

    larangan berkawan dengan orang2 yang memerangi orang mukmin

    Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang

    yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung

    halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa

    yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

    [al mumtahanah Ayat : 13]

    larangan berkawan dengan kaum dimurkai allah

    Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat kaum yang dimurkai Allah atas

    mereka mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus

    asanya orang kafir yang ada di dalam kubur.

    [ash shaff Ayat : 2]

    larangan mengatakan hal2 yang tidak dilakukan

    Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak

    melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu

    yang kamu tidak lakukannya.

  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    9/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    http://alhishamz.blogspot.my/2009/08/tafsir-al-quran-larangan-larangan-allah.html 9

    [al munafiqun Ayat : 9]

    larangan lalai mengingati allah

    Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak

    kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka

    mereka itulah orang yang rugi.

    [at thalaq Ayat : 1]

    larangan bercerai sewaktu isteri sedang haidh

    Wahai Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka ceraikanlah mereka padamasa mereka dapat memulakan iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta

    bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-

    rumah mereka, dan janganlah (dibenarkan) mereka keluar, kecuali mereka melakukan perbuatan

    keji yang nyata. Dan itulah hukum-hukum Allah dan sesiapa yang melanggar hukum-hukum

    Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. Engkau tidak mengetahui boleh

    jadi Allah aka n menga daka n sesuda h itu sesua tu perk ara (lain).

    [al qalam Ayat : 8]

    larangan mengikuti orang2 yang mendustakan agama

    Oleh itu janganlah engkau menurut kemahuan orang yang mendustakan (agama Allah).

    [al muthaffifin Ayat : 1-3]

    larangan mengurangi timbangan

    Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan).Iaitu mereka yang

    apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

    Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

    [al buruj Ayat : 10]

    larangan menimpakan bencana

    Sesungguhnya orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan lelaki dan perempuan

    yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka

    Jahannam, dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak

    bertaubat).

    [ad duha Ayat : 9]

    larangan berlaku kasar kepada anak2 yatim dan mengherdik orang yang meminta

    Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.

    Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.

    Related Posts by Categories/agama

    tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang menerima

    berkat dalam zakat

    bimbang ibunya disengat kala jengking

    kisah ali bin husain memuliakan ibunya

    bagaimana al fatihah dibelakang imam

    Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

    selamat menyambut tahun 2012

    sahabat yang baik dan sahabat yang buruk

    cahaya hidayah ada dimasjid

    solat jadikan amanda tenang

    menghidupkan budaya ilmu dunia dan akhirat

    menanggani khilaf (pengurusan perbezaan pendapat)

    faktor pemakanan pencorak keperibadian anak anak

    mari kita bersembahyang

    menundukkan pandangan mampu beri kekuatan ingatan

    hari kiamat rahsia allah

    anak adalah satu amanah

    orang yang hasad terseksa dunia dan akhirat

    sabar itu indah

    sisi lain disebalik kematian osama

    trend cinta sebelum bernikah

    Politik robocop

    dajjal muncul di tasik galilee

    sidang arafah

    http://alhishamz.blogspot.com/2011/11/sidang-arafah.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/11/dajjal-muncul-di-tasik-galilee.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/11/politk-robocop.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/11/trend-cinta-sebelum-bernikah.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/11/sisi-lan-disebalik-kematian-osama.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/11/sabar-itu-indah.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/11/orang-yang-hasad-terseksa-dunia-dan.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/11/anak-adalah-satu-amanah.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/hari-kiamat-rahsia-allah.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/menundukkan-pandangan-mampu-beri.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/mari-kita-bersembahyang.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/faktor-pemakanan-pencorak-keperibadian.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/menanggani-khilaf-pengurusan-perbezaan.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/majlis-ilmu-didoakan-malaikat-pembawa.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/solat-jadikan-amanda-tenang.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/cahaya-hidayah-ada-dimasjid.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/sahabat-yang-baik-dan-sahabat-yang.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2011/12/selamat-menyambut-tahun-2012.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2012/01/syair-yang-membuatkan-imam-ahmad.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2012/01/bagaimana-al-fatihah-dibelakang-imam.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2012/01/kisah-ali-bin-husain-memuliakan-ibunya.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2012/01/bimbang-ibunya-disengat-kala-jengking.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2012/01/berkat-dalam-zakat.htmlhttp://alhishamz.blogspot.com/2012/02/tangan-yang-diatas-lebih-baik-dari.html
  • 7/23/2019 Beberapa Larangan Larangan Allah Didalam Al Quran _ Islam My Religion

    10/10

    11/26/2015 beber apa l ar angan l ar angan al lah di dal am al qur an | Isl am m y r el igi on

    htt // lhi h bl t /2009/08/t f i l l l ll h ht l 10

    Catatan Terbaru Catatan Lama

    berlaku zalim ...ingat lah ..ada pembalasannya

    Label: agama

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Laman utama

    Langgan: Catat Ulasan (Atom)

    Copyright 2008 Islam my religion | Design by Styleshout, Template Blogger by Blog and Web

    http://blogandweb.com/http://btemplates.com/http://www.styleshout.com/http://alhishamz.blogspot.my/http://alhishamz.blogspot.com/feeds/2867196507099335670/comments/defaulthttp://alhishamz.blogspot.my/https://www.blogger.com/comment.g?blogID=7156046882103687885&postID=2867196507099335670&isPopup=truehttp://alhishamz.blogspot.my/search/label/agamahttp://alhishamz.blogspot.com/2011/11/berlaku-zalim-ingat-lah-ada.htmlhttp://alhishamz.blogspot.my/2009/08/kemuliaan-jumaat.htmlhttp://alhishamz.blogspot.my/2009/08/beberapa-perintah-allah-didalam-al.html