bincangkan krisis politik di selatan thailand dari tahun 1900 sehingga 1990

Download Bincangkan Krisis Politik Di Selatan Thailand Dari Tahun 1900 Sehingga 1990

Post on 09-Oct-2015

61 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

krisis politik selatan Thai

TRANSCRIPT

Bincangkan krisis politik di Selatan Thailand dari tahun 1900 sehingga 1990-an.1. PengenalanThailand atau lebih dikenali sebagai Negara gajah putih mengalamai krisis politik sejak abad ke-18 lagi.Thailand merupakan sebuah negara yang mempunyai perubahan politik yang menarik kerana berlakunya perubahan dari sistem monarki mutlak kepada sistem monarki berpelembagaan. Perubahan politik di Thailand ini dipelopori oleh ahli politik, ahli perniagaan dan golongan tentera dan juga kerana rakyat yang hilang kepercayaan terhadap kerajaan. Dalam politik moden Thailand, golongan tentera juga memainkan peranan penting dalam melakukan perubahan politik. Krisis politik di Selatan Thailand telah berlaku sejak sekian lama lagi iaitu di wilayah Yala, Narathiwat, Songkhla dan Pattani.Majoriti penduduk tempatan adalah daripada masyarakat Melayu Islam. Namun ia semakin memuncak dari hari ke hari. Kemuncak krisis politik di sekatan Thailand dapat diklasifikasikan mengikut pembahagian tahun.Selatan Thailand merupakan wilayah yang sering dikaitkan dengan krisis atau pergolakan yang paling banyak. Krisis politik di Selatan Thailand semakin bertambah teruk pada tahun 1960-an sehingga 1990-an. Beberapa faktor dan peristiwa yang dapat membuktikan berlakunya krisis politik sepanjang tahun 1960-an sehingga tahun 1990-an di Selatan Thailand.Krisis politik mula timbul di selatan Thailand menerusi pembantahan terhadap pembaharuan polisi dan politik di selatan Thailand pada tahun 1980-1996 yang menyebabkan kedudukan Thailand telah banyak berubah dengan menjurus kepada demokrasi.[footnoteRef:2]Walau bagaimanapun, respon daripada pelaksanaan polisi dan politik tersebut ialah timbulnya demonstrasi membantah polisi dan politik yang dilaksanakan kerajaan terhadap masyarakat di selatan Thailand.Salah satu punca ialah masyarakat Islam di selatan Thailand sedar bahawa masalah mereka dalam wilayah tidak dapat diatasi jika tidak dapat berkuasa di Parlimen kerana pegawai tinggi kerajaan dalam wilayah terdiri daripada orang Buddha dan mereka masih mengamalkan diskriminasi etnik.[footnoteRef:3] Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui demonstrasi penting yang terjadi pada kawasan empat wilayah yang sensitif di selatan Thailand. [2: Ahmad Omar Chapakia. (2000). Politik Thailand dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Kuala Lumpur : Pustaka Darussalam Sdn. Bhd. Hlm. 255] [3: Chamil Wariya .(1989). Dasar Luar Era Mahathir. Malaysia: Fajar Bakti. Hlm. 43]

2. Krisis politik di selatan Thailand

2.1 Tahun 1900-19202.1.1 Dasar Satu ThailandPatani, Narathiwat, Yala dan Satun merupakan sebahagian daripada 17 wilayah atau Changwat yang terdapat di selatan Thailand. Populasi kepadatan penduduknya ialah 12 peratus daripada rakyat Thailand dengan jumlah penduduk seramai 1.3 juta yang terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama islam, manakala 360,000 orang adalah berbangsa Siam dan Cina yang beragama Buddha. Berdasarkan statistik ini, jelas dilihat bahawa bangsa Melayu-Islam merupakan penduduk majoriti di Selatan Thailand, namun hakikatnya, jumlah mereka yang ramai ini tidak mampu untuk menghalang mereka daripada terus ditindas dan diselubungi dengan konflik dan perbalahan dek kerana kekejaman kerajaan Thailand.Walaupun terkenal sebagai wilayah Islam yang melahirkan ramai ulamak melalui sistem pondoknya, wilayah di selatan Thailand telah dinodai kesuciannya oleh penguasa Thailand.Boleh dipertikaikan bahawa kebanyakan konflik yang tercetus di Selatan Thailand berpunca daripada perkauman dan agama. Menyingkap kembali lembaran sejarah, krisis umat Islam khususnya di Patani bermula pada tahun 1786 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Patani telah dikuasai oleh kerajaan Siam atau lebih dikenali sebagai Thailand.Sebelum menyentuh kepada dasar satu Thailand yang menimbulkan konflik, kita harus memahami sistem pentadbiran yang dijalankan di Thailand.Negara Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem kesatuan atau unitary dalam pemerintahannya.Selaras dengan sistem ini maka dasar yang dijalankan oleh kerajaan biasanya bercorak central atau berpusat.Oleh yang demikian, semua dasar dan keputusan kerajaan di buat di Bangkok diimplementasikan oleh sistem birokrasi yang juga dilantik oleh pusat. Proses inilah yang sering menimbulkan masalah kepada orang Melayu kerana rata-rata pegawainya datang dari luar kawasan selatan yang kurang memahami budaya dan cara hidup orang Melayu tempatan. Apa yang dapat dikatakan pegawai yang dilantik adalah orang Buddha dan tiada pun orang Islam yang dilantik untuk membuat dasar-dasar kerajaan. Oleh kerana tidak cuba memahami dan kesempitan fikiran serta pertentangan agama maka para pegawai kerajaan ini menyebabkan mereka sering melihat budaya dan cara hidup orang Melayu ini sebagai satu masalah dalam penyatuan bangsa Thailand yang harus dibuang dan dihapuskan.[footnoteRef:4] [4: Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed. (2008) Muslim Selatan Thai, konflik dan perjuangan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd. hlm. 265.]

Dasar satu Thailand (one Thai) ialah menjadikan seluruh rakyat dalam negara Thailand dibentuk dengan identiti yang berteraskan kepada bahasa Thailand, agama Buddha serta cara hidup Thailand. Penggunaan bahasa dan budaya Melayu-Muslim cuba untuk dihapuskan oleh kerajaan Thailand. Penggunaan bahasa Thailand wajib digunakan di pejabat kerajaan, sekolah dan media. Media cetak serta televisyen harus menggunakan bahasa Thailand dan media elektronik khususnya radio tempatan yang terletak di selatan Thailand diperbolehkan menggunakan bahasa Melayu tidak lebih dari 20% keseluruhan programnya. Konflik yang paling menekan apabila larangan penggunaan nama berunsur Islam seperti Yusuf, Ahmad sebaliknya pengguna nama berasaskan siamisasi dan itu menjadi syarat sekiranya mahu memohon jawatan di pejabat-pejabat kerajaan. Suasana pemaksaan sebegini telah dirasai oleh umat Islam sejak penjajahan Siam ke atas Patani pada tahun 1902 lagi. Kerisauan dalam kalangan penduduk Melayu-Muslim di sini ialah identiti mereka akan luput.[footnoteRef:5] [5: Fadhlullah. (2009). Suara Anak Muda: Sejarah Perjuangan Umat Islam di Pattani (Vol. 2). Diperoleh pada September 30, 2010 daripada http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/perjuangan-umat-islam-selatan-thailand.html.]

Perasaan syak wasangka antara pegawai kerajaan dan orang Melayu-Muslim berpanjangan dan setiap kali berlaku pergolakan di selatan Thailand, kerajaan sering menghadapi masalah mendapat kerjasama dari kalangan masyarakat Melayu.Kesan daripada konflik ini sangat jelas pada keselamatan dan politik kerana perasaan kebencian penduduk selatan kepada kerajaan kian bertambah menyebabkan badan-badan kerajaan tidak efektif dan berjalan dengan sepenuhnya kerana para pegawai kerajaan tidak berani masuk ke kampung-kampung untuk bertemu penduduk mahu pun pergi ke pejabat-pejabat yang terletak di kampung-kampung khususnya di selatan Thailand menyebabkan pembangunan di selatan telah terbantut.[footnoteRef:6] [6: Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed (2008).Muslim Selatan Thai,konflik dan perjuangan. hlm. 266.]

2.1.2 Kebangkitan Orang Melayu Islam Patani (OMIP) Di Selatan ThailandOrang Melayu Islam Patani (OMIP) merupakan sebuah bangsa yang berdaulat dan mempunyai negeri sendiri yang dikenali sebagai Patani. Negeri ini diperintah oleh kerajaan Kesultanan Melayu Patani seperti yang terdapat di Tanah Melayu seperti kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Johor, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, negeri Patani mengalami zaman keruntuhan apabila dijajah oleh kerajaan Siam pada tahun 1786 dan kemudiannya dipecah-pecahkan menjadi wilayah-wilayah kecil. Perkembangan tamadun Melayu Patani berkait rapat dengan sejarah perkembangan penduduk di Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini kerana dari sudut persempadanan geografi, Patani juga merupakan sebahagian Semenanjung Tanah Melayu yang berada di bahagian utara.[footnoteRef:7] Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan perjuangan OMIP ini bangkit menentang kerajaan Thailand contohnya mereka bermatlamat untuk memiliki pentadbiran sendiri dan kerajaan sendiri.Oleh itu, mereka dikenali sebagai Gerakan Pemisah di Thailand.[footnoteRef:8] [7: Syukri Ibrahim (2002).SejarahKerajaanMelayuPatani. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia. hlm. 81.] [8: Farid Mat Zain etl.Minoriti Muslim Di Thailand.Bangi:Lminda. 2002. hlm. 10.]

Kebangkitan memuncak Orang Melayu Islam Patani (OMIP) menentang kerajaan Thai bermula pada tahun 1902 apabila kerajaan Siam memansuhkan jawatan Sultan Patani. Namun, sebelum itu Patani telah banyak melalui siri peperangan dengan kerajaan Siam. Nik Anuar Nik Mahmud dalam bukunya menyatakan Tahun masehi 1902 adalah tahun yang malang sekali di dalam sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Patani. Dengan kejatuhan itu, maka terhapus hak pertuanan orang-orang Melayu atas negeri Patani, tergadai semua hak kebebasan dan kemerdekaan mereka kepada Raja Siam. Segala hak ketuanan orang Melayu ke atas negeri Patani dihapuskan semua sekali.Manakala negeri Patani milik orang Melayu telah dipecahkan kepada tujuh wilayah. Pecahan kepada tujuh wilayah ini terkandung dalam Undang-undang Pentadbiran Tahun 116 yang mana negeri Fathoni dipecahkan kepada dua kawasan iaitu, kawasan pertama dikenali sebagai Bahagian Sungai Teluban yang terdiri daripada wilayah Saiburi, Legeh dan Kelaba. Manakala kawasan kedua dikenali sebagai Bahagian Patani yang terdiri daripada wilayah Patani, Nongchik, Reman dan Yala. Seterusnya wilayah ini dirangkum semula menjadi lima wilayah iaitu Patani, Yala, Narathiwat, Satun dan sebahagian daripada Senggora atau Songkhla. Hakikatnya, rakyat Patani mengetahui bahawa dasar yang dilaksanakan bertujuan untuk melemahkan politik orang Melayu di Patani. Akibatnya, timbul pergolakan menentang dasar tersebut sehingga menimbulkan hasrat untuk memerdekakan negeri Pata