buku log bola sepak

Upload: alfian-istihar

Post on 15-Oct-2015

127 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PERANAN SAINS SUKAN DALAM BOLA SEPAK

PERANAN SAINS SUKAN DALAM BOLA SEPAK

Jurulatih dan pelatih bola sepak perlu sedar tentang apa dan mengapa sesuatu aktiviti itu dilakukan berlandaskan kepada sains sukan. Kesemua pergerakan-pergerakan ini meliputi elemen-elemen dalam prinsip-prinsip mekanik seperti :

1. Sistem tuas.

2. Projektif.

3. Imbangan.

4. Pemindahan dan penyerapan daya.

5. Graviti dan kestabilan.

6. Kuasa.

Prinsip-Prinsip Mekanik.

Aspek ini penting diberi penekanan di dalam pengajaran kerana penggunaannya banyak terlibat dalam latihan kecergasan, latihan kemahiran dan teknik-teknik kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang jitu terhadap prinsip-prinsip ini dapat membantu para pemain menggunakannya dalam latihan untuk mencapai kecerdasan optimum dan seterusnya meningkatkan prestasi permainan.

Melalui prinsip-prinsip ini, kita boleh mengkaji daya-daya tertentu yang bertindak ke atas tubuh dan kesan dihasilkan olehnya serta tindak balas tubuh kita terhadap pengaruh tersebut.

Prinsip mekanik adalah suatu prinsip yang penting dalam bidang fizik dan ia merangkumi beberapa teori. Berikut adalah beberapa contoh prinsip mekanik.

1.Hukum Newton.

a)Pertama.

b)Kedua.

c)Ketiga.

2.Penyerapan dan pemindahan daya.

3.Keseimbangan.

4.Momentum.

5.Pergerakan linear dan angular.

6.Pusat Graviti.

7.Sistem tuas.

a)Kelas satu.

b)Kelas dua.

c)Kleas tiga.

8.Daya sentrifugal dan sentripetal.

Justeru itu penting bagi seorang jurulatih bola sepak untuk menumpukan pemahaman terhadap tiga prinsip utama iaitu :

1. Hukum Newton.

2. Sistem Tuas.

3. Pusat Graviti.

Hukum Newton.

a)Hukum Newton Pertama Hukum Inersia.

Hukum ini meramalkan bahawa suatu benda misalnya sebiji bola yang berada dalam keadaan pegun akan kekal berada dalam keadaan itu kecuali suatu daya luar bertindak ke atasnya untuk menggerakkan keadaan bergerak dan ia akan terus bergerak seragam kecuali suatu daya luar bertindak mengubah arah atau halajunya.

b)Hukum Newton Kedua Hukum Pecutan.

Pergerakan badan mengalami pecutan apabila ia bergerak daripada keadaan pegun atau mengubah arah atau mengubah kelajuan ketika sedang bergerak. Pecutan boleh berlaku dalam keadaan linear atau bersudut. Pecutan ialah keadaan perubahan halaju badan mengikut masa.

Hukum ini diwakili oleh rumus yang berikut :

a = F

m

a pecutan system (iaitu badan).

F daya luar bersih yang bertindak ke atas badan.

m jisim badan yang menerima tindakan daya luar itu.

Dari urmus ini kita dapati bahawa pecutan badan adalah berkadar terus dengan daya luar bersih yang betindak ke atasnya dan pecutan badan akan berlaku searah dengan daya tindakan luar yang bertindak ke atas badan semakin cepatlah pecutan yang dialami olehnya.

Hukum ini juga menyatakan bahawa pecutan badan adalah berkadar songsang dengan jisim iaitu semakin besar jisim badan semakin kurang pecutan yang dialami olehnya.

Contohnya bola mula memecut apabila ditendang oleh pemain ke arah sasarannya. Pecutan bola yang bergerak bergantung kepada jisim bola dan magnitud daya luar yang dikenakan oleh tendangan kaki itu.

c)Hukum Newton Ketiga.

Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap daya tindakan yang dikenakan terdapat satu daya tindak balas yang sama magnitud tetapi pada arah yang bertentangan.

Sistem Tuas.

Tuas ialah alat untuk mengungkit atau mengangkat sesuatu yang berat iaitu beban, dengan menggunakan daya yang kecil. Sistem tuas terbahagi kepada tiga kelas mengikut kedudukan fulkrum dan hubungannya dengan beban serta daya yang dikenakan. Fulkrum boleh terdiri daripada benda atau sendi dalam badan. Daya yang dikenakan biasanya daripada daya otot.

a)Tuas Kelas Pertama

Fulkrum berada di antara daya dengan beban.

b)Tuas Kelas Kedua.

Beban berada di antara fulkrum dengan daya.

c)Tuas Kelas Ketiga.

Daya berada di antara beban dengan fulkrum.

Pusat Graviti.

Semua jasad termasuk badan manusia mempunyai berat kerana adanya daya tarikan graviti. Titik tumpuan keseluruhan berat jisim dipanggil pusat graviti bagi jasad itu. Bagi jasad manusia, kedudukan pusat graviti tidak semestinya terletak di titik tumpuan keseluruhan berat jasad itu malah ia boleh berada di luar jasad. Kestabilan sesuatu jasad bergantung kepada kedudukan pusat gravitinya iaitu lebih stabil jika pusat gravitinya rendah.

Unsur Fisiologi.

Pengetahuan tentang sains pergerakan ini perlu juga digabungkan dengan unsur-unsur fisiologi iaitu :

1. Otot-otot pada betis.

2. Otot-otot pada paha.

3. Jantung.

4. Otot abdomen dan fungsinya.

Prinsip-Prinsip Utama Dalam Bola Sepak

Ada dua aspek penting dalam persediaan pemain. Pertama ialah persediaan untuk pasukan dan kedua persediaan untuk perlawanan. Persediaan untuk pasukan meliputi latihan pemain secara individu, latihan pemain secara pasukan, penjagaan kesihatan dan pemakanan serta kemahiran dalam permainan. Persediaan untuk perlawanan pula meliputi pembentukan pasukan, persediaan mental, mengadakan perlawanan persahabatan, latiahan memanaskan badan dan persediaan alat-alat pertolongan cemas.

Persediaan Pemain Untuk Pasukan

1. Latihan fizikal individu. Latihan ini meliputi segala latihan pergerakan badan termasuk angkat berat dan larian.

2. Latihan fizikal berpasukan. Jenis latihan ini adalah sama seperti untuk individu tetapi konsep dan aplikasi secara berpasukan diutamakan.

3. Latihan kemahiran dan taktik untuk individu serta pasukan.

4. Penjagaan kesihatan dan pemakanan. Pemain hendaklah berada pada tahap dan tingkat kecergasan dan kesihatan yang baik. Pemain juga harus bebas daripada kecederaan. Bentuk dan jenis pemakanan juga harus dititik beratkan.

5. Kefahaman undang-undang dan peraturan sekurang-kurangnya yang asas dan utama.

Persediaan Pemain Untuk perlawanan

1. Pemilihan pemain dan pembentukan pasukan. Pengurus atau jurulatih harus dapat menentukan pemain-pemain dan kedudukan mereka termasuk pemain simpanan.

2. Mengadakan latihan memanaskan badan lebih kurang setengah jam sebelum perlawanan bermula.

3. Bersedia dengan peralatan yang lengkap dan bersesuaian.

4. Sedia menerima dan mematuhi arahan jurulatih.

5. Mengamalkan semangat berpasukan dan disiplin yang tinggi di kalangan pemain-pemain.

6. Bersedia bermain untuk mencapai kemenangan.

Persediaan untuk perlawanan

Sebelum Perlawanan

Sebelum permainan atau perlawanan, pemain harus menumpukan perhatian kepada dua perkara utama iaitu diri dan fikiran. Aspek penyediaan diri meliputi kesediaan diri untuk bermain, bebas daripada sebarang kecederaan dan penyakit serta bersedia dengan peralatan secukupnya. Aspek fikiran pula meliputi bebas daripada apa jua gangguan atau masalah. Sebarang gangguan boleh menjejaskan mutu permainan dan besar kemungkinan mudah mendapat cedera.

Aspek-aspek berikut boleh dijadikan panduan dalam penyediaan fikiran pemain iaitu :

1. Tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan yang akan ditempuhi.

2. Berada di padang pada waktu yang ditetapkan agar fikiran sentiasa tenang dan tidak tergesa-gesa.

3. Rehatkan dan tenteramkan diri dengan cara berjenaka atau berehat sambil memikirkan tentang permainan.

4. Dengar arahan akhir daripada jurulatih berkenaan dengan taktik, strategi dan berusaha untuk melakukan seperti yang disarankan.

5. Utamakan semangat berpasukan.

6. Beritahu jurulatih atau rakan-rakan jika tahu serba sedikit tentang kebolehan pasukan lawan seperti pemain-pemain dianggap merbahaya serta kelemahan-kelemahan yang boleh digunakan.

Sekiranya pemain dapat turun ke padang dengan fikiran yang tenteram dan tenang, peluang untuk berada dalam keadaan demikian sepanjang perlawanan adalah cerah.

Semasa Perlawanan

Prinsip asas dan utama dalam permainan bola sepak ialah mematuhi undang-undang dan mengikut arahan pengadil. Sebarang perbuatan yang berlawanan dengan dua prinsip ini akan mendapat hukuman atau denda. Mengamalkan disiplin yang tinggi juga penting semasa dalam permainan.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diamalkan oleh pemain semasa permainan :

1. Bermain mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

2. Bermain dengan semangat kesukanan yng tinggi.

3. Jangan mempertikaikan keputusan pengadil walaupun adakalanya pengadil melakukan kesalahan.

4. Jangan mengasari lawan dan jika dikasari jangan cuba bertindak balas.

5. Jangan cuba melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan penonton.

Selepas Permainan

Berjabat tangan dengan pasukan lawan dan pegawai perlawanan walaupun kalah dalam permainan.

Terima sebarang keputusan dengan tenang dan penuh semangat kesukanan. Jika kalah jangan bermuram atau cuba menyalahi orang lain. Jika menang pula, jangan terlalu ghairah atau bersikap sombong.

Bantulah jurulatih memberikan pandangan tentang permainan yang baru selesai.

Jika sedar banyak melakukan kesilapan maka harus akui dan mencari jalan bagaimana membaiki atau membetulkannya.

Buatlah analisis diri masing-masing tentang persembahan yang ditunjukkan.

Akhirnya jadikan kesalahan atau kesilapan sebagai panduan untuk memperbaiki persembahan atau permainan di masa depan.

Keperluan latihan

Latihan amat penting sebagai persediaan dan pembentukan pasukan. Segala taktik dan ajaran oleh jurulatih menjadi mudah kepada pemain menerusi latihan. Kini program latihan bola sepak adalah lebih sofistikated tetapi bersistem. Banyak wang dibelanjakan dan masa diperuntukkan untuk latihan.

Umumnya latihan harus mengandungi berlari tanpa bola, berlari dengan bola, latihan fizikal dan latihan kemahiran. Latihan bagi bola sepak harus mengandungi berlari untuk ketahanan dan lari pecut.

Latihan Untuk Ketahanan

Cara terbaik mendapatkan ketahanan dalam permainan ialah dengan mengadakan latihan berlari. Ia adalah baik bagi pepejal kaki dan juga jantung serta hati. Berlari jarak jauh menambahkan tenaga dan kekuatan pada pepejal. Berlari sekeliling padang harus dipelbagaikan jenis larian. Umpamanya, untuk 50 meter pertama pemain hanya dikehendaki berjalan biasa. Untuk 100 meter berikutnya berlari perlahan. Selepas itu untuk 100 meter berikut, pemain-pemain dikehendaki berlari pantas atau pecut. Ini diikuti dengan lari perlahan untuk 100 meter akhir. Lakukan beberapa pusingan atau set.

Larian Pecut

Larian pecut amat penting dalam bola sepak. Oleh itu, latihan adalah perlu bagi membiasakan diri dan tenaga untuknya. Untuk berlari pecut dengan betul, biarkan tangan menghayun dengan bebas dan gunakan langkah yang sesuai dengan tinggi dan berat badan sendiri. Latihan boleh diadakan secara perseorangan dan juga berpasukan seperti dalamperlumbaan 100 meter. Latihan larian pecut bersama bola boleh dijalankan dengan meletakkan halangan. Pemain dikehendaki menggelecek mengikut halangan selaju yang boleh. Latihan ini sesuai diadakan secara kumpulan dan diadakan perlumbaan antara kumpulan. Semasa berlari dengan bola, pastikan muka ke atas sambil mata ditumpukan pada kaki dan bola.

Latihan fizikal

Seluruh badan manusia memerlukan latihan. Pada peringkat awal latihan fizikal, elakkan daripada latihan angkat berat. Terdapat banyak latihan yang boleh menguatkan pepejal perut seperti latihan mengangkat kaki dan memusing kaki dalam kedudukan baring. Latihan yang lain seperti lompat katak, lompat bintang dan tekan tubi.

Latihan fizikal hendaklah diadakan selalu dan tidak hanya pada musim perlawanan sahaja. Ia juga boleh diadakan antara 30 minit hingga satu jam. Apabila latihan ini diadakan melebihi satu tempoh tertentu, barulah boleh diadakan latihan angkat berat pula. Tetapi untuk latihan ini setiap sesi harus ada jurulatih atau pengawas sukan. Latihan adalah penting dan harus diadakan mengikut aturan yang ditetapkan. Apa yang dipelajari semasa latihan adalah sebagai bekalan semasa dalam permainan.