cerita jenaka.docx

Upload: norbaizura-md-isa

Post on 17-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    1/14

    Pengenalan

    Kajian berkaitan bahasa kanak-kanak lebih dominan dalam bidang psikolinguistik dengan

    mencakupi dua aspek utama, iaitu kajian pemerolehan dan pemahaman bahasa. Di Malaysia,

    perkembangan kajian dalam bidang psikolinguistik lebih memberi tumpuan terhadap

    pemerolehan bahasa kanak-kanak, sama ada bahasa pertama ataupun bahasa kedua. Beberapa

    orang sarjana yang terlibat dalam bidang ini, ialah Mangantar Simanjuntak, Atan Long, uriah

    Long, Khadijah !ohani, "uki#ley $amid dan beberapa orang penyelidik lain. Kebanyakan

    kajian yang telah mereka lakukan ini sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada

    bidang penulisan buku kanak-kanak di Malaysia hari ini. usteru, melalui penulisan tesis

    sarjana berjudulPemahaman bahasa kanak-kanak terhadap cerita rakyat tempatan: satuanalisis psikolinguistik, penulis cuba memperlihatkan kepentingan pendekatan psikolinguistik

    dalam mengenal pasti pemahaman bahasa Melayu kanak-kanak terhadap cerita rakyat

    tempatan yang diterbitkan untuk pembacaan golongan sasaran tersebut.

    Kajian pemahaman bahasa %language comprehension& terdiri daripada kajian yang mengenal

    pasti kaedah kanak-kanak dan orang de'asa memahami bahasa sama ada yang berbentuk

    lisan, tulisan, dan perlambangan. Antaranya, kajian ini mengenal pasti kaedah atau proses

    yang berlaku dalam minda manusia untuk menta#sir makna dalam pelbagai bentuk bahasa

    sama ada bahasa pertuturan atau penulisan% "ulki#ley $amid ())*+)&.

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    2/14

    usteru, dua aspek utama yang perlu dititikberatkan dalam penulisan bahan bacaan kanak-

    kanak ialah bahasa dan kandungannya. Aspek bahasa ialah asas yang mendukung konsep-

    konsep isi bacaan atau makna yang hendak disampaikan kepada pembaca, iaitu kanak-kanak.

    leh yang demikian, kedua-dua aspek ini tidak boleh diasingkan kerana bahasa tidak boleh

    terpisah daripada konsep yang didukung oleh bahasa.

    Permasalahan Kajian

    De'an Bahasa dan /ustaka %DB/&, mengelaskan buku sastera kanak-kanak kepada empat

    kategori berdasarkan kelompok umur kanak-kanak tersebut. Kategori prasekolah %umur 0

    hingga * tahun& memperlihatkan penceritaan dibina berdasarkan gambar dan teks.

    Keseluruhan cerita merangkumi 1)2 gambar yang perlu ada pada setiap muka surat. umlahteks yang digunakan adalah dalam kadar yang ringkas dan penggunaan bahasa yang mudah.

    Kategori sekolah rendah ba'ah %umur hingga 3 tahun&, pula, menunjukkan penggunaan teks

    dan gambar dilaksanakan dalam membina cerita, iaitu sebanyak 12 terdiri daripada teks dan

    gambar ialah (12. alan cerita hendaklah mudah di#ahami di samping plot cerita yang

    lengkap. Manakala, kategori sekolah rendah atas %umur ) hingga ( tahun&, meliputi

    penceritaan yang terdiri daripada pelbagai jenis cerita, seperti cerita pengembaraan, misteri,

    humor, keluarga, sukan dan sains #iksyen. Kategori keempat melibatkan sekolah menengah

    rendah %umur 0 hingga 1 tahun&. Kategori ini mengutamakan penulisan cerita kanak-kanak

    yang mempunyai tema yang lebih serius dan digemari oleh kanak-kanak. Antaranya berunsur

    moral, persahabatan, peperangan dan politik %Adenan Abd. 4ahab+ 35)&.

    Dalam pengkategorian ini, aspek bahasa tidak diberi perhatian yang utama. Berdasarkan

    laporan panel hakim bagi Anugerah /erpustakaan 6egara ())7 %Md Sidin, ())1+ 7*&,

    didapati masih banyak buku atau sastera kanak-kanak yang ditulis dengan bahasa yang tidak

    memuaskan daripada segi nahu atau tatabahasa. /enulis-penulis didapati tidak mempamerkan

    persembahan yang menarik dan berkesan. $al ini menyebabkan karya-karya tersebut bukan

    sahaja mengandungi banyak kesalahan tatabahasa, tetapi juga persembahan bahan yang

    menjemukan. usteru, kajian ini cuba meneliti dan menilai kesesuaian aspek bahasa yang

    terdapat dalam buku sastera kanak-kanak dengan peringkat umur mereka.

    Skop Penyelidikan

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    3/14

    Dua kategori buku sastera kanak-kanak yang telah dibuat pengelasan oleh DB/ dijadikan

    sebagai tumpuan kajian, iaitu+ kategori sekolah rendah ba'ah dan sekolah rendah atas. Bahan

    kajian ini dibataskan dengan merujuk dua buah cerita rakyat tempatan terbitan DB/ yang

    dihasilkan sekitar tahun 33) hingga tahun ()). Ke'ajaran pemilihan cerita rakyat

    tempatan, iaitu cerita jenaka dibuat kerana ia bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak

    peringkat sekolah rendah, yang mula menguasai bahasa dari aspek pertuturan, pembacaan dan

    penulisan. 8erita jenaka seperti /ak /andir dipilih kerana ia merupakan cerita rakyat yang

    popular dan menggambarkan suasana masyarakat dan budaya serta 'atak-'ataknya terdiri

    daripada orang biasa yang 'ujud dalam masyarakat. 4alaupun cerita tersebut bercorak

    sindiran atau satira masyarakat, namun unsur-unsur lucu yang terkandung di dalamnya

    menjadikan cerita itu digemari dan disenangi oleh kanak-kanak.

    Dua buah judul cerita rakyat yang dikenal pasti bagi tujuan

    penyelidikan ini, pertama+Kumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatang%())*& yang ditulis

    semula oleh !usman Shari# %untuk bacaan kanak-kanak yang berumur dari hingga 3 tahun&9

    dan kedua,Kumpulan Cerita Jenaka%33& yang diceritakan semula oleh Kamariah

    Mohamed Ali %untuk bacaan kanak-kanak yang berumur dari 3 hingga ( tahun&.

    8erita rakyat yang berjudulKumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatangdipilih bagi tujuan

    penyelidikan ini untuk mengenal pasti pemahaman bahasa kanak-kanak yang berumur dari

    tahun hingga 3 tahun. BerdasarkanKumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatang, hanya

    sebuah cerita jenaka sahaja yang dipilih untuk tujuan kajian ini, iaitu cerita Pak Pandir buat

    Kenduri. /emilihan ini juga dibuat kerana cerita rakyat tersebut merupakan antara cerita

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    4/14

    rakyat terkini yang diterbitkan pada tahun ())* bersempena dengan :lang ;ahun DB/ yang

    ke-1).

    Seterusnya,Kumpulan Cerita Jenakayang diceritakan semula oleh Kamariah Mohamed Ali

    dan diterbitkan pada tahun 33 juga telah dipilih. 8erita jenaka tersebut dipilih berdasarkan

    kumpulan pembaca sasarannya, iaitu kelompok umur kanak-kanak yang berumur dari 3 tahun

    hingga ( tahun. Bagi menganalisisKumpulan Cerita Jenakahanya sebuah sahaja cerita

    jenaka yang diteliti daripada beberapa buah cerita jenaka, iaitu cerita jenaka yang

    berjudulPak Pandir dengan Gergasi. Di samping itu, pemilihan cerita jenaka tersebut

    dilakukan kerana ia merupakan kumpulan cerita rakyat yang lengkap dengan memuatkan

    pelbagai cerita jenaka tempatan, seperti /ak /andir, Lebai Malang, /ak Kaduk, /ak Belalang

    dan Si Luncai.

    /ersamaan cerita jenaka /ak /andir dalam kedua-dua buku tersebut merupakan satu lagi

    kriteria pemilihan yang diteliti oleh pengkaji. 4alaupun kedua-dua cerita tersebut berkaitan

    dengan cerita /ak /andir, tetapi kelompok umur kanak-kanak yang menjadi sasaran pembaca

    adalah berbe

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    5/14

    Analisis Teks dan Pemahaman Kata

    /enganalisisan cerita rakyat dilakukan berdasarkan tatacara analisis teks secara deskripti#

    yang meliputi, kata dasar, kata terbitan, dan kata tugas dengan merujuk buku Tatabahasa

    Deansebagai asas perbandingan. $uraian berkaitan proses pemahaman tersebut melibatkan

    proses pemahaman teks dan proses pencarian kata dalam leksikon mental dengan merujuk

    model pemprosesan bahasa Da=id 4. 8arroll %337&. Sebanyak 7) salinan cerita jenaka

    diedarkan kepada 7) orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar tahun (, 0, 7

    dan 1. umlah tersebut merangkumi ) orang pelajar yang meliputi 1 orang pelajar lelaki dan

    1 orang pelajar perempuan. :ntuk mengetahui pemahaman bahasa kanak-kanak terhadap

    kedua-dua cerita jenaka tersebut, para pelajar yang terpilih diminta untuk membaca cerita

    jenaka tersebut mengikut kelompok umur yang telah ditentukan, iaitu kelompok umur

    hingga 3 tahun dan kelompok umur ) hingga ( tahun. :ntuk mengetahui kata yang sukar

    atau tidak di#ahami oleh kanak-kanak, pengkaji meminta kanak-kanak menggariskan kata atau

    perkataan tersebut se'aktu melakukan pembacaan. $asilnya, sebanyak 9 jenis golongan kata

    dikenal pasti sebagai tidak difahamioleh pelajar-pelajar yang terlibat, iaitu kata nama, kata

    nama terbitan, kata bilangan, kata kerja, kata kerja terbitan, kata kerja ganda, kata adjekti#,

    kata ad=erba dan kata hubung.

    Model pemprosesan bahasa Da=id 4. 8arroll %337&, menjelaskan baha'a ingatan merupakan

    elemen utama dalam pemprosesan bahasa. Model pemprosesan bahasa ini melibatkan tiga

    aspek, iaitu penyimpanan deria, ingatan bekerja dan ingatan kekal. Model pemprosesan

    bahasa tersebut dapat dilihat pada rajah seperti di ba'a

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    6/14

    !ajah + Model /emprosesan Maklumat

    Dalam model pemprosesan tersebut, penyimpanan deria ber#ungsi menyimpan atau menerima

    pelbagai rangsangan persekitaran seperti deria lihat, bau, 'arna, rasa dan sebagainya yang

    dirasai oleh manusia setiap hari. Manusia diandaikan mempunyai tempat atau bekas

    penyimpanan yang khusus bagi setiap jenis deria. Sebagai langkah pertama dalam

    pemprosesan bahasa, penyimpanan deria memaparkan maklumat secara literal, iaitu dalam

    bentuk yang belum dianalisis. Kebanyakan maklumat dalam simpanan ini akan hilang dengan

    kadar yang cepat kerana ia tidak diperlukan oleh seseorang atau ia tidak berkaitan dengan

    matlamatnya.

    enis ingatan seterusnya ialah ingatan bekerja atau dikenali sebagai ingatan jangka pendek.

    4alaupun kedua-dua ingatan tersebut mempunyai makna yang sama, tetapi terdapat

    perbengatan jangka pendek mempunyai pengisian yang terbatas kerana maklumat yang dapat

    disimpan adalah terhad. >ngatan jangka pendek mempunyai kemampuan menyimpan antara 1

    atau 3 unsur sahaja dan tempoh masa yang singkat dengan jumlah yang terhad. >ngatan

    bekerja mempunyai dua #ungsi, iaitu sebagai tempat penyimpanan dan pemprosesan. Sebagai

    tempat simpanan atau storan, #ungsi ingatan bekerja sama seperti #ungsi ingatan jangka

    pendek, iaitu menyimpan sesuatu maklumat untuk jangka masa tertentu sahaja. Manakala,

    #ungsinya sebagai tempat pemprosesan, ingatan bekerja berkait rapat dengan kapasiti

    pemprosesan, iaitu merujuk kepada jumlah sumber kogniti# yang kita berikan. ?enomena ini

    memperlihatkan baha'a jika sesuatu maklumat itu baharu atau sukar, kapasiti pemprosesan

    diperlukan. ?enomena ini menunjukkan baha'a pemprosesan berlaku bagi menja'ab secara

    spontan persoalan-persoalan yang diajukan. >ngatan bekerja memerlukan berlakunya

    pemprosesan dan ja'apan secara spontan tidak boleh dilakukan.

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    7/14

    >ngatan kekal pula merupakan tempat

    penyimpanan tentang dunia %knoledge o! the orld&. >ni termasuklah pengetahuan am,

    seperti rumus-rumus bahasa, peraturan-peraturan berbahasa dan pengalaman peribadi. Secara

    ringkasnya, ingatan kekal ber#ungsi menyimpan segala maklumat yang kita ada sejak dahulu

    lagi. /ada 'aktu ini ingatan berkaitan maklumat tersebut tidak akti#. /ada kebiasaannya,

    ingatan tersebut digunakan untuk menta#sir pengalaman baru dan mungkin ada pengalaman

    baru yang juga akan disimpan dalam ingatan kekal.

    Dapatan Kajian

    $asil daripada analisis teks dan analisis pemahaman yang dilakukan, beberapa aspek telah

    dikenal pasti, iaitu+

    a" Penggunaan perkataan dalam cerita #enaka yang diteliti

    /enggunaan perkataan dalam cerita jenaka yang dikaji dilakukan dengan merujuk analisis teks

    yang digunakan oleh penulis dalam kedua-dua cerita jenaka yang berjudulPak Pandir buat

    Kenduri danPak Pandir dengan Gergasi. >a dapat diklasi#ikasi kepada tiga jenis perkataan

    atau kata yang terdiri daripada kata dasar, kata terbitan dankata hubung.

    enis perkataan yang terdapat dalam kata dasar meliputi kata nama tunggal, kata kerja tunggal

    dan kata adjekti# tunggal. Kata nama tunggal merangkumi tiga jenis kata, iaitu kata nama

    khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Kata nama am lebih banyak digunakan dalam

    kedua-dua cerita jenaka yang diteliti yang terdiri daripada (0 kata nama am bagi ceritaPak

    Pandir buat Kenduri dan sebanyak (5 kata nama am bagi ceritaPak Pandir dengan

    Gergasi$ Kata ganti nama pula adalah kedua tertinggi digunakan dalam kedua-dua cerita

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    8/14

    jenaka iaitu sebanyak 0 kata dan kata bagi ceritaPak Pandir buat Kenduri danPak

    Pandir dengan Gergasi masing-masing. Kata nama khas pula adalah kurang digunakan dan

    sedikit sahaja bilangannya iaitu 0 kata dalamPak Pandir buat Kenduri dan sebanyak kata

    nama bagi ceritaPak Pandir dengan Gergasi$

    Kehadiran kata kerja tunggal pula lebih banyak didapati dalam ceritaPak Pandir dengan

    Gergasi,sebanyak 01 kata dan ( kata bagi ceritaPak Pandir buat kenduri$ Kata adjekti#

    tunggal pula lebih tinggi penggunaanya dalam ceritaPak Pandir buat Kenduri iaitu sejumlah

    (0 kata. Manakala, dalam ceritaPak Pandir dengan Gergasijumlah kata tersebut adalah

    sebanyak ) sahaja.

    enis perkataan kedua yang ditemui dalam analisis teks kedua-dua cerita jenaka ini ialah kataterbitan. Kata terbitan merupakan kata dasar yang telah melalui proses pengimbuhan sama ada

    melalui proses a'alan, akhiran, apitan, dan penggandaan. Sebanyak tiga jenis kata terbitan

    dikenal pasti, pertama kata nama berimbuhan, kata kerja berimbuhan dan kata adjekti#

    berimbuhan. enis kata nama terbitan terdiri daripada kata akhiran, apitan, kata nama majmuk

    dan kata nama ganda. Kata kerja berimbuhan pula merangkumi a'alan, akhiran, apitan, kata

    kerja majmuk, dan kata kerja ganda. /erkataan atau kata terbitan yang lain adalah kata

    adjekti# yang bermula dengan a'alan, kata adjekti# majmuk dan kata adjekti# ganda. Daripada

    ketiga-tiga jenis kata terbitan tersebut, a'alan me% &bagi kata kerja lebih banyak digunakan

    dalam kedua-dua cerita jenaka iaitu sebanyak (5 perkataan didapati dalam ceritaPak Pandir

    dengan Gergasi,dan () perkataan dalam ceritaPandir buat kenduri$

    /enggunaan kata atau perkataan dalam kata tugas seperti kata penyambung ayat, kata

    praklausa dan kata para#rasa dan pasca #rasa digunakan juga dalam penulisan kedua-dua cerita

    jenaka. Kata hubung yang terdiri daripada kata hubung pancangan relati# dan kata hubung

    pancangan keterangan merupakan kata yang terdapat dalam kata penyambung ayat.

    Sehubungan itu, kata praklausa terdiri daripada lima jenis iaitu kata seru, kata tanya, kata

    perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Kata pra#rasa dan pasca#rasa ialah kata yang

    banyak sekali digunakan oleh penulis bagi kedua-dua cerita jenaka. /erkataan daripada kata

    ad=erba adalah perkataan yang banyak sekali digunakan iaitu sebanyak 05 perkataan bagi

    ceritaPak Pandir buat Kenduri dan ceritaPak Pandir dengan Gergasi adalah sebanyak (

    perkataan. Kata atau perkataan seterusnya adalah kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata

    na#i, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan.

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    9/14

    Berdasarkan daripada ketiga-tiga jenis kata yang dihuraikan tersebut, memperlihatkan baha'a

    perkataan atau kata yang digunakan sangat menyeluruh. $al ini dapat dijelaskan kerana

    penggunaan perkataan tersebut terbentuk daripada kata dasar, kata terbitan dan kata hubung.

    Di samping itu juga, penggunaan pelbagai jenis perkataan daripada pelbagai jenis kata

    meliputi kata nama, kata kerja dan kata adjekti# digunakan dalam penulisan untuk

    memudahkan pemahaman kanak-kanak dan bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

    b" Jenis golongan kata yang tidak di!ahami oleh kanak-kanak

    Daripada pembacaan kanak-kanak atau pelajar sekolah rendah terhadap kedua-dua cerita

    jenaka yang berjudulPak Pandir buat Kenduri danPak Pandir dengan Gergasi, terdapat tiga

    jenis kata yang tidak di#ahami. Kedua-dua jenis kelompok umur kanak-kanak yang meliputilingkungan umur hingga 3 tahun dan umur ) hingga ( tahun tidak dapat memahami

    beberapa perkataan yang terdiri daripada kata dasar, kata terbitan dan kata hubung.

    /ermasalahan kanak-kanak untuk memahami perkataan kata dasar seperti huma, golok, daun

    birah, oleng, dungu, lantang, senang, pasang, bilah, asak, sengkang, sipu,

    mengah, dan raya mempengaruhi pemahaman mereka terhadap kata terbitan

    seperti kesenangan, pasangan, sebilah, berhuma, mengasak, tersengkang, tersipu-sipu,

    termengah-mengah danseraya./ada asasnya, permasalahan pemahaman perkataan oleh

    kanak-kanak atau pelajar sekolah rendah berlaku kerana kehadiran kata dasar yang tidak dapat

    dikenal pasti dalam leksikon mental mereka. $al ini menunjukkan baha'a kanak-kanak tidak

    dapat memahami sesuatu perkataan khususnya kata dasar, kata terbitan dan kata hubung

    kerana penghasilan kata dasar yang tidak pernah mereka temui melalui pembacaan mereka

    selama ini. ?enomena ini mempengaruhi pemprosesan kata dan mendapatkan maklumat

    daripada kamus mental mereka.

    c" Kesesuaian aspek bahasa dalam penerbitan cerita rakyat tempatan

    Merujuk analisis teks, jenis kata dasar, kata terbitan dan kata hubung digunakan oleh penulis

    dalam kedua-dua cerita jenaka yang diterbitkan oleh De'an Bahasa dan /ustaka %DB/& pada

    tahun 33 dan pada tahun ())*. Analisis teks cerita jenaka dan analisis pemahaman

    menjelaskan baha'a aspek bahasa Melayu yang digunakan bagi dua kelompok umur kanak-

    kanak yang terdiri daripada umur hingga 3 tahun dan umur ) hingga ( tahun adalah sama.

    $al ini tidak se'ajarnya berlaku kerana perkembangan bahasa bagi kelompok umur hingga

    3 tahun dan umur ) hingga ( tahun adalah berbe

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    10/14

    Melalui analisis pemahaman dapat dibuktikan

    baha'a kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur hingga 3 tahun tidak dapat

    memahami kata atau perkataan yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata ad=erba, kata

    bilangan, kata kerja terbitan dan kata kerja ganda. $al ini berbe

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    11/14

    ?aktor kedua ialah kegagalan mengintegrasikan maklumat dalam sesebuah 'acana. Semasa

    pemprosesan sesebuah 'acana, ketiga-tiga jenis ingatan saling ber#ungsi antara satu sama

    lain. /erkataan-perkataan yang membina sesebuah ayat yang sudah diproses akan disimpan

    dalam ingatan jangka panjang. /roses mendapatkan semula perkataan daripada ayat-ayat

    yang terbina akan berlaku apabila 'ujudnya keperluan untuk mengintegrasikan maklumat

    yang sudah diproses. /roses pemahamam akan mengalami kegagalan jika ingatan jangka

    pendek gagal mengintegrasikan maklumat tersebut. Kemampuan ingatan jangka pendek yang

    terhad mempengaruhi carian kata atau perkataan dan memberi permasalahan pemahaman

    kepada indi=idu khususnya kanak-kanak atau pelajar sekolah rendah yang dikaji. leh yang

    demikian, penulis mahupun penerbit buku kanak-kanak perlu mengadakan glosari kata atau

    da#tar kata bagi setiap cerita yang dihasilkan. $al yang sama juga perlu dilakukan dalam

    penulisan kedua-dua cerita jenakaPak Pandir buat Kenduri danPak Pandir dengan

    Gergasi$ Ke'ujudan glosari atau da#tar kata bagi kata atau perkataan yang tertentu dapat

    membantu pemprosesan maklumat atau kata dalam ingatan jangka pendek dan

    mempercepatkan proses carian serta dapatan maklumat.

    Masalah pemahaman yang berpunca daripada ketaksaan leksikaldan struktur

    morfologipula merupakan #aktor yang ketiga.Ketaksaan leksikalberlaku apabila sesuatu

    kata mempunyai makna yang berbe

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    12/14

    penekanan dan perhatian oleh penulis buku kanak-kanak khususnya di Malaysia. /endekatan

    psikolinguistik perlu digunakan untuk menghasilkan buku kanak-kanak agar sesuai dengan

    perkembangan kogniti# dan umur mereka. $al ini memperlihatkan proses pemahaman berlaku

    dengan merangkumi ingatan deria atau penyimpanan deria, ingatan jangka pendek dan

    ingatan jangka pendek. /emahaman kanak-kanak akan berlaku dengan mudah jika aspek

    bahasa khususnya kata atau perkataan yang digunakan dalam penulisan bersesuaian dengan

    umur dan disertakan dengan alat bantu membaca seperti glosari atau da#tar kata. Kaedah ini

    akan memudahkan pemahaman kanak-kanak dan dapat memperkayakan mereka dengan

    penggunaan bahasa yang baik dari aspek tatabahasa dan nahu.

    Dari aspek psikolinguistik, tahap umur tahun hingga 0 tahun adalah tahap yang paling

    sensiti# dan kritikal bagi penguasaan bahasa seorang

    kanak-kanak. ika kanak-kanak didedahkan dengan bahasa yang salah pada tahap ini, maka ia

    akan memberi kesan yang buruk %Simanjuntak, Mangantar, 35)&. usteru, penggunaan

    bahasa yang betul dan sesuai dalam setiap penulisan sastera kanak-kanak perlu diberi

    penekanan oleh setiap penulis yang terlibat. /enulisan sastera kanak-kanak bukan tempat

    untuk melakukan uji kaji tetapi melalui sastera kanak-kanak didikan bahasa secara tidak

    #ormal dapat dilakukan.

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    13/14

    Kesimpulan

    /ada keseluruhannya, aspek bahasa merupakan salah satu elemen utama dalam penghasilan

    buku kanak-kanak seperti cerita jenaka. $asil dapatan kajian yang dilakukan berdasarkan

    analisis teks dan analisis pemahaman kanak-kanak, memperlihatkan baha'a terdapat

    kelemahan bahasa Melayu dalam penulisan buku tersebut khususnya penggunaan kata atau

    perkataan. @abungan aspek bahasa dan aspek-aspek lain seperti pemaparan gra#ik dapat

    memberi nilai tambah dalam usaha menarik minat kanak-kanak membaca. $asil kajian yang

    dikenal pasti memperlihatkan pemahaman pembacaan kanak-kanak dari sudut psikolinguistik.

    Bahan ujukan

    Adenan $aji Abd 4ahab. 35. /enulisan cereka kanak-kanak di Malaysia. Latihan >lmiah,

    abatan /engajian Melayu, :ni=ersiti Malaya.

    8arroll, Da=id 4. 337.Psychology o! )anguage$ (nd. dition./aci#ic @ro=e+ 8ole

    /ublishing.

    Kumpulan cerita jenaka. /enceritaan semula oleh Kamariah Muhammad Ali. 33. Kuala

    Lumpur+ De'an Bahasa dan /ustaka.

    Md Sidin Ahmad >shak. ())1.Perkembangan sastera kanak-kanak di *alaysia: buku *elayu

    mencari na!as baru$ Shah Alam + 8erdik /ublication Sdn. Bhd.

    !usman Shari##. ())*.Kumpulan cerita #enaka dan binatang$ Kuala Lumpur+ De'an Bahasa

    dan /ustaka.

    4an Khairoslinda 4an Mohd Khairi. ())3. /emahaman bahasa kanak-kanak terhadap cerita

    rakyat

    tempatan+ satu analisis psikolinguistik. ;esis Sarjana, /usat /engajian Bahasa,

    Kesusasteraan dan

    Kebudayaan Melayu, :ni=ersiti Kebangsaan Malaysia.

    "ulki#ley $amid. ())*.+plikasi psikolinguistik dalam penga#aran dan pembela#aran

    bahasa$ Kuala Lumpur+ /;S /ro#essional /ublishing Sdn. Bhd.

  • 7/23/2019 CERITA JENAKA.docx

    14/14