contoh buat wanita muslimah

Upload: mohd-alif-mohd-dom

Post on 19-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Contoh Buat Wanita Muslimah

    1/2

    Contoh Buat Wanita Muslimah

    Sebab apa jadi sebegini?Semenjak hari-hari yang saya lalui minggu ini,

    saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai perkara mengenai wanita.

    Dan hari-hari yang saya lalui di tempat saya menyambung belajar ini, saya

    melihat pelbagai ragam dan jenis wanita. Dan dengan itu juga, saya ingin

    berkongsi dengan kalian akan tajuk mengenai, W!"#$!.

    Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat

    bahawa wanita-wanita juga seiring dengan kebangkitan kemajuan pada hari

    ini. !kan tetapi, kita dapat lihat juga segelintir dalam kalangan wanita-

    wanita yang menjadikan diri mereka ini sebagai %itnah yang besar,

    terutamanya kepada agama mereka sendiri. &asulullah S!W bersabda'

    " Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah

    terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalahfitnah wanita" ;Riwayat uslim!

    "idak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki

    daripada #fitnah$ wanita!" ;%R Bukhari!

    !pabila membicarakan tentang %itnah wanita, bukan bermakna wanita itu

    jahat dan sukakan keburukan. $etapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan

    mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha

    pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak

    diingini. #ni sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati.

    Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan

    padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan

    tersebut. Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita #slam

    semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya

    menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.

    Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan

    kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang

    wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang

    pendokong seorang lelaki. Siapakah wanita itu( Semestinya dialah

    Saidatina )hadijah &!. #steri tercinta seorang lelaki, "abi Muhammad

    S!W. Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan

    kisah wanita ini( )erana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih

    menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka

    untuk dicontohi.

    "&emi 'llah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman

    kepadaku saat semua orang ingkar, yang per(aya kepadaku ketika semua

    mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusahamempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan!"

    Begitulah &asulullah saw berkata tentang kepribadian )hadijah, isterinya.

    Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya

    berkorban demi kejayaan #slam.

    Siti )hadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta

    kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan

    cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum *uraisy cuba untuk

    mempersunting dirinya. $etapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang

    pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga

    dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh

    Saidatina )hadijah )huwailid &!.

    Saidatina )hadijah &! merupakan wanita pertama beriman kepada !llah

    dan &asul-"ya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad

    &asulullah S!W melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha

    meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan

    yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. #nilah

    keistimewaan dan keutamaan )hadijah dalam sejarah perjuangan #slam.

    Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang &asulullah S!W.

    !dakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi

    sebagaimana peribadi +mmul Mukminin ini( Sanggup bersusah-payah

    bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-

    wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi

    peribadi +mmul Mukminin ini(

    !pabila ditanya tentang Siti )hadijah &! akan perpisahan &asulullah S!W

    atas pemergiannya, &asulullah S!W menjawab, ")a* Sesungguhnya

    +hadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik!"

    Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama,

    !pakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa

    bersejarah yang berlaku di ua ira seperti yang dilakukan oleh )hadijah

    kepada suaminya( !pa yang dikatakan oleh )hadijah kepada suaminya

    pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya

    kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi

    iman yang teguh. Sedikit pun )hadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di

  • 7/23/2019 Contoh Buat Wanita Muslimah

    2/2

    dalam hatinya. ersoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri

    berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing(

    )hadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata,

    " ahai kekanda, demi 'llah, uhan tidak akan menge(ewakanmu

    kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk danmenjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab! &irimu

    dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah

    yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan,

    sentiasa berbi(ara benar dan setia kepada amanah!"

    Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam #slam

    dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.

    Kesetiaan yang mendorong kegigihan

    Mari kita teliti, %ahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan )hadijah

    yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah

    #slam itu. Sepanjang hidupnya bersama &asulullah S!W, )hadijah begitu

    setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali

    suaminya ke ua ira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan

    keperluannya. Seandainya &asulullah S!W agak lama tidak pulang, beliau

    akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda

    khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga

    baginda pulang.

    !pabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah,

    beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehinggasuaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan

    penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan

    &asulullah S!W, )hadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti

    menyediakan air untuk mengambil wuduk.

    )ecintaan )hadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya

    yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan !llah

    SW$. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari

    keredaan !llah SW$. !llah Maha !dil dalam memberi rahmat-"ya. Setiap

    amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat

    ganjaran yang berkekalan. /irman !llah yang bermaksud0

    "Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupunwanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami

    berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan

    Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik

    daripada apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl: !

    1anji !llah itu pasti benar. )esan kesetiaan )hadijah bukan sekadar

    menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan&asulullah S!W, malah membawa barakah yang besar kepada rumah

    tangga mereka berdua. !nak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang

    soleh. )eturunan 2uriat ahlul-bait &asulullah S!W merupakan insan yang

    sentiasa taat melaksanakan perintah !llah SW$. Semua ini menghasilkan

    kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan #slam.

    Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan

    hidup, tulang belakang 3pendokong4 hidupmu dan pembimbing anak-

    anakmu(

    Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkansebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu(

    Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang

    bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji(

    Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum awa

    dan kaum !dam yang membacanya. !gar sebagai persediaan buat hari-hari

    seterusnya.