contoh-contoh karangan sekolah rendah_ berita

Upload: cathlyn-li

Post on 04-Feb-2018

285 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Berita

    1/1

    Berita: Anugerah Pelajar CemerlangAndaikan anda pemberita akhbar tempatan. Anda perlu membuat liputan tentang Anugerah Pelajar

    Cemerlang Peringkat Negeri 2011. Tuliskan berita tersebut.

    ** ** *** ** **

    PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagai Pelajar

    Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan

    oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.

    Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang bersempena

    sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah

    Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan

    UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang

    cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.

    Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam bidang sukan. Beliau telah

    mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi

    johan dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri Pahang.

    Di sekolah, Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan Pengakap. Beliau

    juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan

    Bahasa Melayu, Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan Metametik.

    Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau menasihatkan kepada

    rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu itu dengan penuh komitmen, tidak mudah putus asa

    dan tekun. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan atas dorongan

    dan semangat yang diberikan.

    ** *** **

    Terima kasih.

    http://karangansr.blogspot.com/2012/04/berita.html