contoh karangan bm t4

Upload: far-sha

Post on 23-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Contoh Karangan Bm t4

    1/3

    Soalan: Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.

    Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa.

    Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih

    sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai

    anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara

    boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.

    Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh.Kejayaan yang

    cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang

    bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan

    anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa

    depan kita.

    Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkantingkah

    laku yang mulia. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti

    sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap

    kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.

    Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat

    lelah mereka mencari nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan

    apabila kita membantu mereka. Kita boleh membantu mereka mengemas

    rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

    Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasamendoakan kesejahteraan ibu bapadi dunia dan di akhirat. Kita boleh

    memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik,

    dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. oa boleh diamalkan pada

    bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.

    Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang

    ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh

    itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan

    mereka.

  • 7/24/2019 Contoh Karangan Bm t4

    2/3

    KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN

    !ersukan merupakan akti"iti riadah yang dapat mengeluarkan peluh

    daripada tubuh badan kita. #alah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa

    melibatkan diri dengan akti"iti sukan.$al ini kerana melalui bersukan banyak

    faedah yang kita peroleh.

    Salah satu daripada faedahnya ialah dapat enyihat!an tu"uh

    "adan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan

    sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak

    dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak

    berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

    Seterusnya, melalui bersukan kita dapat en#erat!an hu"un#an dan

    ena"ah !enalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak

    mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di

    taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan indi"idu yang berada di kawasan

    itu. $al ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat

    dipupuk.

    Selain itu, bersukan juga merupakan akti"iti en#isi asa lapan#

    se$ara "eranfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan

    ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat

    menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

    i samping itu, dengan bersukan kita dapat en#haru!an naa

    se!olah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili

    pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya

    memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya

    mengharumkan nama sekolah.%ama kita juga kian dikenali dan re&eki makin

    bertambah.

    Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.#arilah kita

    bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat #alaysia

    masyarakat yang cerdas dan cergas.

  • 7/24/2019 Contoh Karangan Bm t4

    3/3

    Fa!ta: Ke"ai!an Buah%"uahan Tepatan

    'akyat #alaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan tempatan.

    (uliskan tentang kebaikan buah-buahan tempatan.

    !uah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita

    #alaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat

    dan lain-lain lagi.

    'akyat #alaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana

    buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih

    berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis &at dan "itaminnya masih

    terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

    !uah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-

    buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri

    di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. )ni akan akan

    memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan

    sebagainya.

    !uah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi

    negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan

    meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih

    banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara

    dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.

    Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana

    banyak kebaikannya. (ambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih

    murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat #alaysia dapat

    menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.