contoh karangan terbaik pelajar smakasas

Upload: upin-ipin

Post on 08-Feb-2018

300 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Contoh Karangan Terbaik Pelajar Smakasas

    1/3

    CONTOH KARANGAN TERBAIK PELAJAR SMAKASAS(PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013)Karangan Berpandu diubahsuai daripada karangan Hasilan Nurul Ashikin bt. Abdullah ( Tingkatan 5 IbnuHaitham) Pelajar Tingkatan 5 Wajib Menyalin Karangan Di bawah.

    Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan andahendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

    Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatanmasyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanyaKementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalardalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darahtinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hariini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkanoleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalahkesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahunsebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai caraterutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihakkerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakatmendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilanganpesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit adaubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkangaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakahcaranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?

    Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kuncipengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makananseimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah samasekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh seseorangindividu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan secaraseimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada beberapabahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian bawah piramid

    makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan kumpulan makananyang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan yang mengandungiprotin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak. Piramid makanan jugamerupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dibahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan berlemak hanya perlu kita ambildalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyakkerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk menjalani kehidupan seharian, contohnyanasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukanhidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makananseimbang setiap hari.

    Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat iaitumenjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi merupakan

    aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan mengelakkanstress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi, sama adabertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda atau remajaboleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang dianjurkan sepertikursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya. Bagaimana kegiatanrekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti mencabar. Sebelummelakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya diminta untuk melakukan aktiviti regangan agar seluruhsendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti berkenaan.Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan, kadar pengaliran darah danpergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang berat. Selain itu, kelenjar

  • 7/22/2019 Contoh Karangan Terbaik Pelajar Smakasas

    2/3

    endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang mengandungi toksin untuk disingkirkandaripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi sihat dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan memberi penerangan kepentingan melakukanregangan dan peringatan mengenai langkah-langkah menjaga keselamatan sepanjang program rekreasidiadakan untuk mengelak sebarang kemalangan atau kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidakberbau dan sediakan payung sebelum hujan. Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasamelakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untukkita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.

    Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalammembicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak laridaripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka sejajar dengan usaha KementerianPelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan pelajarsekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian Pelajaran Malaysiajuga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam bidangkokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai objektifnyakerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan penglibatanmereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai budaya. Sebenarnya,pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat masih belum mengetahui akanmanfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan bersukan, masyarakat akan

    mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan dapat mencergaskan mindamereka. Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat danakan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi, disamping aliran oksigen ke otak akanlebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan otak. Kebaikannya kepadapelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa berada di dalam kelas dan sudah pasti prosespengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa mindacerdas lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat denganmelakukan aktiviti bersukan.

    Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalahpenting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. MasyarakatMalaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan

    Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan kesihataperkhidmatanbertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat rawatan sama ada klinikdesa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakyatyang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal perubatan yang sedia merawatpesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan daerah, dan negeri agar setiapmasyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Berbading suatu ketikadahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor hanya boleh mendapat perkhidmatanmereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan amat penting supaya setiapwarganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Apabila kitamelakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga bulan sekali perkembangankesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor dengan sebaik-baiknya. Natijahnyacukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan memudahkan mereka mendapat rawatanyang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa kerana kadang kala

    penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis danserangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit mengalami penyakit kencing manis para doktorberpengalaman akan menasihatkan pesakit mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranyapesakit mengalamai masalah diabetis yang kronik suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal parasgula dalam badan. Pepatah ada menyebut " mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnyamendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan tahapkesihatan masyarakat dalam keadaan baik.

    Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkankesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh

  • 7/22/2019 Contoh Karangan Terbaik Pelajar Smakasas

    3/3

    menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti rekreasi,menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu, untukmenyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap kesihatankita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosidan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikanMalaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak katapepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menggunung.