Transcript
  • PKG PUSAT KEGIATAN GURU

    KONSEP DAN

    PENGOPERASIAN

    1 / 27

  • PENGOPERASIAN PKG PKG harus dikelolakan dengan baik untuk membolehkannya memainkan peranan

    dengan berkesan. Pengelolaan yang baik membolehkan PKG berkembang dan

    melahirkan satu identiti institusi pendidikan setempat yang benar-benar memahami

    tentang kekuatan dan kelemahan sekolah kelompok.

    Pengoperasian PKG secara umum merangkumi aspek-aspek pentadbiran umum,

    struktur pengurusan PKG, serta perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

    PENTADBIRAN UMUM

    PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP.

    Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai PKG dan staf sokongan. BTP

    menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN. Kecemerlangan

    pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa

    Pengurusan Aktiviti dengan konsep kerja berpasukan dan rasa sepunya terhadap

    PKG. Keadaan seperti ini memberi kesempatan kepada PKG merancang secara

    bersama program yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan.

    Rajah 6: Pola Pengoperasian PKG

    Pengoperasian

    Pentadbiran

    Perancangan dan Pelaksanaan

    Aktiviti

    Struktur Pengurusan

    STRUKTUR PENGURUSAN Pengurusan PKG membantu memudahkan perancangan dan pelaksanaan

    aktiviti teknologi pendidikan mengikut keperluan setempat. Aktiviti PKG membuka

    ruang dan mendorong ke arah usaha bersama guru menyelesaikan masalah dan

    keperluan ikhtisas mereka secara lebih terbuka.

    2 / 27

  • Struktur penyelarasan dan pengurusan yang dicadangkan bagi pengoperasian PKG

    adalah seperti berikut :-

    1. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri Pengerusi : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

    Tim. Pengerusi : Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

    Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah BTPN

    Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Ketua Sektor JPN

    2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah

    3. Wakil Jemaah Nazir

    4. Wakil Institut Pendidikan Guru

    5. Wakil BTPN Cawangan (Sabah dan Sarawak)

    6. Wakil PKG Daerah

    2. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah

    Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

    Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

    Setiausaha : Pegawai PKG

    Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Pengerusi JK Pengurusan Aktiviti PKG

    2. Pegawai BTPN Cawangan

    3. Pegawai PKG

    4 YDP PKPSM

    5. YDP Majlis Guru Besar

    6. Wakil Majlis Guru Cemerlang

    3 / 27

  • 3. Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

    Pengerusi : Pengetua/Guru Besar

    Tim. Pengerusi : Pengetua/Guru Besar

    Setiausaha : Pegawai PKG

    Ahli Jawatankuasa : Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah

    kelompok

    4. Jawatankuasa Kerja

    Jawatankuasa ini dibahagikan kepada 4 bidang:-

    a. Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan

    b. Jawatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah

    c. Jawatankuasa ICT

    d. Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan Nota :-

    i. Adalah digalakkan agar jawatan Pengerusi digilirkan kepada semua

    Pengetua dan Guru Besar dalam kelompok berkenaan

    ii. Seseorang guru boleh menyertai lebih daripada satu jawatankuasa

    berdasarkan kepada kebolehan dan kemampuannya

    4 / 27

  • BIDANG TUGAS

    Sesuai dengan semangat Pusat Kegiatan Guru, tugas dan tanggungjawab berkaitan

    dengan perjalanannya adalah dikongsi bersama oleh beberapa Jawatankuasa dan individu

    seperti berikut:-

    Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Jawatankuasa Kerja PKG Pegawai PKG

    Nota :-

    i. Tugas-tugas yang dicadangkan boleh ditambah mengikut keperluan-

    keperluan khusus PKG yang berkenaan.

    JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

    Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri bertanggungjawab

    memastikan matlamat dan objektif PKG terlaksana berdasarkan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Di antara tugas-tugas Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

    Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan di peringkat Negeri

    Bertindak sebagai badan perhubungan dengan agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun

    Menilai keberkesanan pelaksanaan program, rancangan dan aktiviti PKG

    Memberi cadangan meningkatkan mutu perkhidmatan PKG dari semasa ke semasa.

    5 / 27

  • JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH

    Selaras dengan konsep desentralisasi PKG, Jawatankuasa Penasihat Teknologi

    Pendidikan Daerah berperanan untuk menyelaras program dan aktiviti teknologi pendidikan

    peringkat daerah. Antara bidang tugas Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-

    Menyelaraskan perancangan jangka pendek dan jangka panjang aktiviti teknologi pendidikan daerah

    Mengadakan mesyuarat penyelarasan program dan aktiviti di peringkat daerah

    Menganjur dan menggalakkan perbincangan dengan Pegawai PKG untuk meningkatkan peranan PKG dari semasa ke semasa

    Bertindak sebagai badan perhubungan di kalangan PKG dan daerah Menilai keberkesanan pelaksanaan program rancangan dan aktiviti

    teknologi pendidikan daerah

    Mengemukakan saranan secara bersama untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan untuk murid, guru, dan masyarakat.

    JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG

    Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG bertanggungjawab merancang aktiviti untuk

    mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan

    kesesuaian setempat. Berikut adalah antara tugas-tugas Jawatankuasa ini:

    Menerima cadangan yang dikemukakan di peringkat negeri dan daerah dengan pengubahsuaian mengikut keperluan setempat

    Membantu dan memastikan PKG sebagai pusat rujukan yang lengkap dan berfungsi

    Mengenal pasti pakar-pakar yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan

    6 / 27

  • JAWATANKUASA KERJA

    Berdasarkan konsep dari guru, oleh guru, untuk guru, jawatankuasa kerja menjadi

    tenaga penggerak utama bagi melaksanakan aktiviti PKG. Tugas-tugas pasukan kerja

    antara lain meliputi:

    Merancang dan menyediakan strategi untuk melaksanakan aktiviti yang dipersetujui bersama dengan bantuan kepakaran setempat

    Melaksanakan aktiviti yang dirancang hingga selesai Membuat pengesanan dan laporan terhadap setiap rancangan, program, dan aktiviti yang dijalankan

    Melakukan tindakan susulan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan PKG

    Melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan sosial

    Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti PKG dengan kerjasama guru dari semasa ke semasa.

    PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG

    Pegawai PKG perlu mahir dalam pelbagai bidang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti

    yang dirancang. Selain itu, Pegawai PKG berperanan:

    Mengurus PKG dengan cekap dan berkesan bagi melicinkan pelaksanaan aktiviti dan perkhidmatan

    Memberi khidmat nasihat penghasilan, penggunaan bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran

    Mengambil bahagian dalam sesi perancangan aktiviti secara berpasukan

    Menjadi pemudah cara dalam program peningkatan profesionalisme yang dijalankan

    7 / 27

  • Menerajui dan mengendalikan aktiviti khas untuk kumpulan yang mempunyai minat/ keperluan tertentu (special interest group)

    Menjadi agen perubahan bagi setiap pembaharuan pendidikan yang bertujuan untuk disebarkan

    Mempromosi dan menggalakkan amalan teknologi pendidikan kepada sekolah dan masyarakat setempat.

    PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI

    Perancangan Aktiviti

    Jadual Pelaksanaan Aktiviti

    Proses Pelaksanaan Aktiviti

    Proses Pelaksanaan Aktiviti di Kawasan Pedalaman

    Proses Mengatasi Masalah

    PERANCANGAN AKTIVITI

    Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menyediakan rancangan tahunan jangka

    pendek dan jangka panjang. Jawatankuasa ini haruslah memastikan setiap aktiviti dapat

    dilaksanakan mengikut perancangan.

    Setiap Jawatankuasa Kerja hendaklah mengemukakan kertas cadangan dan

    melaksanakan semua aktiviti mengikut keutamaan. Pegawai PKG menyediakan laporan

    aktiviti. Langkah-langkah ini diterangkan dalam Jadual 1.

    LANGKAH-LANGKAH KETERANGAN

    8 / 27

  • 1.Mewujudkan Jawatankuasa

    Pengurusan Aktiviti PKG

    Jawatankuasa terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar sekolah kelompok; Guru-guru dan masyarakat sebagai ahli ; KPP BTPN sebagai Penasihat;

    2.Menyediakan Rancangan Tahunan

    Jangka masa pendek/panjang

    Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG, Jawatankuasa Kerja, guru setempat

    Pegawai PKG sebagai Setiausaha

    3.Menetapkan Jawatankuasa Kerja

    Dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG. Pengerusi Jawatankuasa Kerja dilantik daripada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG.

    4.Kertas Kerja rancangan setiap

    jawatankuasa Kerja

    Mengandungi:-

    Matlamat, sasaran, aktiviti, perbelanjaan, tenaga, pakar, jangkamasa

    5.Kelulusan oleh Jawatankuasa

    Pengurusan Aktiviti PKG

    Pengerusi Jawatankuasa Kerja membentangkan Kertas Kerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan memaklumkan kepada PPD/JPN/BTPN

    6. Pelaksanaan Program

    a. Persediaan

    b. Menjalankan aktiviti

    c. Penilaian

    Pengerusi Jawatankuasa Kerja membentangkan Kertas Kerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan memaklumkan kepada PPD/JPN/BTPN

    Tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan Pegawai PKG

    Pegawai PKG dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja

    Jawatankuasa Kerja

    7. Laporan kepada Jawatankuasa Pegawai PKG

    9 / 27

  • Pengurusan Aktiviti PKG,

    Jawatankuasa Penasihat Teknologi

    Pendidikan Daerah, dan BTPN

    Jadual 1: Perancangan Aktiviti PKG

    PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI

    Dalam pelaksanaan aktiviti PKG [lihat Gambar rajah 6], semua aktiviti tersebut

    adalah hasil dari keperluan guru yang diselaraskan dengan aktiviti yang dijalankan oleh

    pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP ) dan

    rangkaian, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan bahagian-bahagian lain Kementerian

    Pelajaran.

    Pada peringkat permulaan, guru mengadakan sesi sumbang saran di PKG bagi

    mengemukakan cadangan aktiviti mengikut keperluan. Khidmat pakar perlu diambil kira

    supaya setiap pelaksanaan program memenuhi matlamatnya. Cadangan aktiviti yang

    dipersetujui bersama ini diikuti dengan pengagihan peranan dan penetapan kerja yang akan

    dilaksanakan untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan.Setiap pelaksanaan aktiviti diteliti dan dikaji melalui proses pengesanan untuk

    pengubahsuaian bagi menentukan keberkesanan atau kejayaan aktiviti seterusnya.

    10 / 27

  • Gambarajah 7: Proses Pelaksanaan Aktiviti PKG

    JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

    Untuk merangka perancangan aktiviti sama ada di peringkat negeri, daerah, atau

    PKG adalah disyorkan supaya disediakan satu jadual pelaksanaan aktiviti. Berikut ialah satu

    contoh jadual pelaksanaan aktiviti bagi tempoh satu tahun:

    11 / 27

  • BULAN JAWATANKUASA AKTIVITI

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

    Menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti

    Menilai program dan aktiviti yang dijalankan

    Jawatankuasa

    Pengurusan PKG

    Merancang program aktiviti

    Jawatankuasa Kerja Latihan dan Penghasilan

    Memberi latihan lanjutan kepada Kakitangan Sumber

    Jawatankuasa Pengurusan Pusat

    Sumber

    Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah

    Jawatankuasa Teknologi Maklumat

    Program Galak guna ICT

    Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan

    Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan

    Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Aktiviti

    Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menggariskan semua aktiviti yang akan

    dilaksanakan sepanjang tahun, di samping memilih guru-guru berpotensi untuk dilantik

    sebagai kakitangan sumber dan ahli pasukan kerja.

    Jawatankuasa kerja berperanan menggerakkan aktiviti mengikut bidang yang telah

    ditetapkan dan sentiasa mendorong guru-guru ke arah mencapai matlamat PKG melalui

    pelbagai aktiviti.

    12 / 27

  • Setiap pelaksanaan aktiviti PKG harus diikuti dengan pengesanan dan penilaian

    untuk menentukan tahap pencapaian. Pegawai PKG menyediakan laporan dan

    dokumentasi untuk diteliti bagi menentukan arah, dasar dan perkembangan aktiviti

    seterusnya.

    Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah juga tertakluk kepada pertimbangan dari

    segi faedah yang dapat diperoleh oleh guru dan murid, waktu dan jangka masa yang sesuai,

    isi kandungan, tenaga mahir untuk menjalankan aktiviti, bilangan peserta dan kewangan.

    PROSES MENGATASI MASALAH

    Guru berusaha secara kolektif dalam mengatasi apa jua masalah pengajaran dan

    pembelajaran di peringkat sekolah. Ruang penyelesaian masalah dibuka lebih luas mengikut

    peringkat. Sebarang masalah yang sukar di atasi di peringkat sekolah akan dikemukakan

    untuk tindakan selanjutnya kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG. Sekiranya

    masalah di peringkat PKG masih belum dapat diatasi maka dimajukan pula ke peringkat

    Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah dan begitulah seterusnya sehingga

    ke peringkat Kementerian Pelajaran. Di Peringkat ini usaha penyediaan program dirangka

    oleh bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan

    aktiviti penyelesai masalah dan dapat pula melahirkan motivasi baru serta peka kepada

    perubahan di kalangan guru.

    Pegawai PKG akan terus memantau ke setiap sekolah untuk mewujudkan hubungan

    terus serta memberi khidmat nasihat profesional yang diperlukan. Pihak sekolah pula akan

    menghantar laporan kepada Pegawai PKG serta mengadakan perbincangan bagi

    meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

    13 / 27

  • Masalah di peringkat sekolah

    Dapat

    Bincang di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

    Bincang di peringkat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan

    Daerah

    Dapat diselesaikan

    Dapat diselesaikan

    Bincang di peringkat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan

    Negeri

    Dapat diselesaikan

    Bawa ke pihak Bahagian Kementerian Pelajaran yang

    berkenaan

    Tidak

    Ya

    Ya

    Ya

    Tidak

    Tidak

    Tamat

    Ya

    Tidak

    Carta alir 1: Proses mengatasi masalah

    14 / 27

  • AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

    Setiap PKG dikehendaki memberi perkhidmatan dan menjalankan aktiviti yang dirancang pada setiap tahun berdasarkan fungsi dan peruntukan. Keputusan mengadakan aktiviti haruslah berdasarkan perkembangan pendidikan semasa dan keperluan sekolah dalam kelompok bagi meningkatkan profesionalisme guru.

    Aktiviti dan perkhidmatan PKG boleh dilaksanakan mengikut keperluan ikhtisas Kurikulum, Pusat Sumber Sekolah, kegiatan Sosial / Komuniti, sebagai agen perubahan, sebagai agen penyelesaian masalah, sebagai pemangkin kecemerlangan guru dan sebagai B-Inkubator ( showcase inisiatif ICT )

    KEPERLUAN IKHTISAS KURIKULUM

    Untuk meningkatkan taraf profesionalisme keguruan serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, PKG boleh mengelolakan aktiviti ikhtisas seperti:

    memberi khidmat bantu tentang pedagogi kurikulum dan instruksi memberi khidmat nasihat tentang pemilihan media dan kaedah pengajaran yang

    berkesan menganjur seminar, forum atau diskusi tentang pendekatan baru dalam pengajaran

    dan pembelajaran mengadakan bengkel pembinaan alat dan bahan bantu mengajar mengadakan bengkel tunjuk cara penggunaan, kaedah dan teknologi baru dalam

    pengajaran dan pembelajaran menyediakan kemudahan sumber untuk menjalankan penyelidikan tentang

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menyediakan peluang kepada guru untuk mencuba pendekatan baru dalam usaha

    meningkatkan pengajaran dan pembelajaran membantu guru menyediakan data bank tentang soalan peperiksaan menyediakan kemudahan kepada guru untuk membina item ujian atau soalan

    peperiksaan menjalankan aktiviti ikhtisas melalui Jawatankuasa Pengurusan Aktitiviti PKG

    15 / 27

  • Strategi, Kaedah dan sumber pengajaran dan pembelajaran:

    mengenalpasti dan membina koleksi bahan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran

    merancang dan mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

    menjalankan program inovasi bagi mencari kaedah pengajaran yang lebih sesuai mengikut keperluan dan perkembangan pendidikan

    mengenalpasti dan menyebarkan maklumat tentang amalan pengajaran terbaik dari sesebuah sekolah untuk dicontohi

    mendokumentasikan kaedah dan amalan pengajaran pembelajaran terbaik untuk disebarkan

    Mendapatkan maklumat dan pengetahuan :

    aktiviti mengakses, mengguna dan menyebar maklumat, kemahiran dan pengetahuan dalam aspek-aspek pelaksanaan kurikulum

    Menambahkan kepekaan guru terhadap isu-isu semasa dan strategi pengajaran dan pembelajaran terkini

    Mengesan pencapaian matlamat meningkatkan prestasi / kualiti PKG :

    menjalankan pemantauan, pengujian, pengumpulan data ke atas sumber pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanannya

    mengenalpasti PKG yang aktif dan berkualiti untuk dijadikan penanda aras dalam bidang-bidang tertentu

    Penggunaan Inisiatif ICT dan Pembestarian Sekolah

    menjalankan khidmat konfigurasi rangkaian di makmal komputer memantau penggunaan dan galak guna inisiatif ICT sekolah membantu pelaksanaan program pembestarian Sekolah menjalankan tugas sebagai meja bantuan (help desk) aras satu

    16 / 27

  • KEPERLUAN PUSAT SUMBER

    Untuk membolehkan guru mendapatkan bahan-bahan rujukan dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, PKG harus mempunyai pusat sumber yang berkesan untuk:-

    membantu guru membuat rakam salin audio dan video menyediakan kemudahan pra tayang sebagai persediaan untuk menggunakan

    bahan TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran menyediakan kemudahan untuk penerbitan bahan pengajaran video atau multimedia membantu dan memberi khidmat nasihat dan menilai bahan media untuk

    pembinaan koleksi PSS memberi khidmat nasihat teknikal tentang pembelian alat media untuk kegunaan

    PSS menyebar maklumat tentang peralatan dan bahan bantu mengajar yang terdapat di

    PKG menyebar maklumat atau perkembangan tentang reka bentuk pengajaran dan

    teknologi instruksional menyedia kemudahan pinjaman peralatan dan bahan media di PKG

    mengadakan pertandingan bahan mengajar atau perisian multimedia membantu Guru Perpustakaan dan Media menilai bahan media untuk

    koleksi PSS

    mengadakan pameran dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh guru

    Membina Koleksi Bahan Yang Lengkap

    bahan cetak bahan bukan cetak

    Penghasilan Bahan

    menyediakan peralatan yang diperlukan untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran seperti mesin cetak, alat menjilid, mesin photostat, laminator dan lain-lain.

    Mengenalpasti dan menggunakan kepakaran guru setempat dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.

    17 / 27

  • Bimbingan dan Khidmat Bantu

    memberi bimbingan nasihat dan rundingcara dalam penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

    memberi latihan dan bimbingan pengurusan sumber pendidikan kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

    mengendalikan program khidmat bantu penggunaan sumber pendidikan mengikut keperluan guru

    memberi khidmat pinjaman buku dan sumber pengajaran dan pembelajaran

    KEPERLUAN KEGIATAN SOSIAL / KOMUNITI

    Penganjuran hari keluarga guru , hari terbuka PKG dan program gotong-royong bersama masyarakat dapat :

    membina semangat kesepasukan, kesefahaman, kekitaan dan tanggungjawab dalam pendidikan

    memberi peluang guru-guru berkumpul secara informal dan formal untuk berbincang, menggunakan kemudahan rekreasi dan membuat kerja-kerja secara bergotong-royong

    membina kemahiran sosialisasi di antara pembuat dasar, perancang dan pelaksana kurikulum

    mewujudkan hubungan yang rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dan sekolah

    menggunakan kepakaran dari komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG.

    18 / 27

  • SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

    menjadi agen perubahan teknologi pendidikan yang aktif supaya matlamat pelaksanaan perubahan kurikulum yang baru tercapai.

    mengakses dan melaksanakan idea/inovasi baru atau amalan baru untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

    menyebar idea atau amalan baru tentang penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

    menjadi perintis kepada perkembangan atau amalan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

    bekerjasama dengan guru pakar, panitia sekolah atau PPD untuk mencetuskan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran

    SEBAGAI AGEN PENYELESAIAN MASALAH

    membantu guru menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

    mengembling tenaga kepakaran setempat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran.

    SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN GURU

    meningkatan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan dan ICT meningkatkan kemahiran merekabentuk pengajaran ( Classroom Instructional Design )

    19 / 27

  • SEBAGAI B-INKUBATOR ( Showcase Inisiatif ICT )

    Melalui B-Inkubator sekolah-sekolah akan mendapat garis panduan yang betul untuk melaksanakan program pembestarian sekolah.

    mewujudkan ruang pameran bagi memaparkan model pembestarian sekolah.

    Perubahan ke arah peningkatan kualiti pendidikan bertaraf dunia menuntut kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan semasa. Guru perlu juga mempunyai sikap positif, kreatif dan terarah kendiri. Semua ini merupakan cabaran kepada PKG dalam menjalankan peranannya sebagai agen perubahan dan peningkatan profesionalisme keguruan.

    Justeru itu seharusnya setiap pihak yang terlibat mempunyai sikap positif serta bersedia menggembeling tenaga dan mencurah idea bagi mencapai matlamat dan objektif penubuhan PKG, agar ia dapat bergerak seiring dengan institusi pendidikan yang lain, berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    20 / 27

  • LAMPIRAN

    A. Cadangan Pelan Bertindak bagi mengatasi Masalah Kurikulum.

    B. Surat Pekeliling KP(BTP) 8804/23 Jld. 1/(54)

    C. Pelan lantai bangunan PKG

    D. PKG Bilangan dan Lokasi ( 1991 )

    21 / 27

  • LAMPIRAN A

    CADANGAN PELAN BERTINDAK BAGI MENGATASI MASALAH KURIKULUM

    Masalah pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid dalam pembelajaran boleh dilihat dari sudut sikap, kepemimpinan, kemahiran/ketrampilan dan kemudahan.

    Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengatasi sebahagian daripada masalah-masalah yang mungkin timbul.

    SIKAP CARA MENYELESAIKAN MASALAH

    Sikap . menyebarkan maklumat tentang inovasi kurikulum Profesionalisme melalui buku panduan, rancangan TV Pendidikan dan motivasi guru VCD Amalan Pengajaran Terbaik.

    . mengadakan kursus latihan motivasi

    . menyebarkan hasil inovasi guru supaya dicontohi.

    . penilaian dan pengesahan kemahiran secara berterusan dan tindaksusulan

    . mengadakan seminar dan kumpulan dinamik.

    22 / 27

  • KEPIMPINAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

    Kepimpinan . mengadakan bengkel penerangan klinikal yang berterusan

    Pengetua,

    guru besar

    guru . mengadakan kursus kepeminpinan

    . mengadakan lawatan ke PKG Contoh

    . mengadakan sesi sumbangsaran antara guru,

    pengetua dan guru besar untuk penyelesaian

    masalah kurikulum

    KEMAHIRAN/ CARA MENYELESAIKAN MASALAH

    KETRAMPILAN

    Peningkatan . mengadakan program peningkatan pengajaran dan

    Kemahiran/ pembelajaran

    Ketrampilan

    . mengadakan bengkel penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dikenalpasti.

    . berkongsi bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

    . bersama mencari kaedah alternative yang sesuai dari sesuatu daerah atau kelompok PKG ( untuk dijadikan contoh )

    . memberi peluang kepada guru mengembangkan idea yang telah diuji keberkesanannya kepada guru lain

    . merekabentuk model tertentu bersama ibubapa bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran

    23 / 27

  • KEMUDAHAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

    Kemudahan fizikal . memberi kemudahan fizikal untuk menjalankan

    Peralatan dan seminar/kursus/bengkel

    Kepakaran

    . memberi pinjaman buku, perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan kurikulum

    . memberi perkhidmatan sebagai pusat rujukan, direktori pakar dalam bidang yang tertentu, direktori alat/dokumen tertentuhudungan rangkaian antara PKG

    . mengadakan kemudahan perkhidmatan kepakaran tempatan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

    24 / 27

  • LAMPIRAN B

    Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan Ampang Tel : 03 - 2483422 50604 Kuala Lumpur Fax : 03 2480459 Ruj. Kami ; KP(BTP) 8804/23 Jld. 1 (54 ) Tarikh : 14 Ogos 1990 Semua Perngarah Pendidikan Negeri

    Y. Bhg . Datuk/Tuan,

    Pusat Kegiatan Guru ( PKG )

    Sukacita Bahagian ini menarik perhatian Y. Bhg Datuk/Tuan mengenai perkara di atas.

    2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) atau Education Planning Committee (EPC) di dalam mesyuaratnya pada 26 Julai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tarikh penguatkuasaan penggunaan nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah serta merta.

    3. Penuduhan nama pusat Pendidikan Daerah (PSPD) kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah seperti alasan-alasan berikut :-

    a) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) memberi satu gambaran yang sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat tersebut. Nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah adalah terlalu umun dan kegiatannya terlalu luas.

    b) Pusat Kegiatan Guru (PKG) mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada peringkat awal ( Problems could be solved at source).

    c) Pusat Kegiatan Guru (PKG) ini adalah merupakan pusat logistic bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan dikalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah professional dapat diadakan.

    d) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) mencerminkan satu yang neutral. Ini akan membolehkan lain-lain Unit di Pejabat Pendidikan Daaerah untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Pusat

    25 / 27

  • Kegiatan Guru itu. Ini bermakna iannya tidak terhad penggunaanya kepada sebuah unit sahaja.

    e) Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah sebenarnya satu lanjutan daripada konsep Pusat Sumber Sekolah, iaitu mana-mana kemudahan yang tidak terdapat di Pusat Sumber Sekolah, kemudahan-kemudahan itu dapat disediakan oleh Pusat Kegiatan Guru. Dengan cara ini alat-alat dan bahan-bahan boleh diperolehi dengan cara yang lebih ekonomik dan penggunaan yang lebih meluas.

    f) Istilah Daerah yang digunakan kepada nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran (administrative district) kerana di dalam sesuatu daerah lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Oleh yang demikian nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah lebih sesuai dan boleh mengelakkan sebarang kekeliruan.

    4. Sila maklumkan pertukaran nama ini kepada semua yang berkenaan di dalam negeri Y. Bhg. Datuk/Tuan.

    Sekian untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Y. Bhg. Datuk/Tuan.

    Terima kasih,

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    t.t.

    TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD

    Ketua Pengarah Pendididkan Malaysia

    s.k.

    Y.B. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia.

    Y.B. En. Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan

    Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan

    Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

    Timbalan Ketua Setiausaha I dan II

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    26 / 27

  • Ketua Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

    Pegawai Perhubungan Awam,

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    27 / 27


Top Related