Transcript
Page 1: Dr Yusuf Al- Qaradawi

1

Page 2: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Yusuf Al-Qaradawi

Yusuf al-Qaradhawi dilahirkan pada tahun 1926M. Beliau mendapat pendidikan dan ilmu di Al-Makatib, Madrasah Ibtidaiyah dan Ma’had Dini di Al-Azhar. Berfahaman dan berakidah Asy’ariyah. Sejak kecil disuap dengan kitab-kitab Sufi. Antaranya kitab karangan Al-Ghazali, Ibnu Ujaibah dan selainnya, oleh itu beliau tidak menentang fahaman sufi/tasawuf sebagaimana pengakuannya. Yusuf al-Qaradhawi bergabung dengan Ikhwan Muslimin sejak di peringkat sekolah menengah bawah (ibtidaiyah). Beliau sangat terpengaruh dengan pemikiran Hasan al-Banna, Muhammad al-Ghazali dan para pembesar Hizbul Ikhwan yang lainnya.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memulakan dakwahnya dengan menyeru manusia kepada tauhid uluhiyah, rububiyah dan asma’ wa-sifat dan memerangi kesyirikan, kerana manusia diketika turunnya wahyu bergelumang dengan kesyirikan, bid’ah, tahaiyul dan khurafat. Namun Yusuf al-Qaradhawi pula sejak memulakan dakwahnya menyibukkan dirinya dengan persoalan fiqhiyah terutamanya fiqhul waqi’ walaupun masyarakat Islam pada hari ini ramai yang kembali melakukan berbagai-bagai kesyirikan. Di dalam tulisan ini, penulis menukil kata-kata aluan dari beberapa syeikh-syeikh Salafi yang terdapat pada pembukaan kitab ( عن اللثام رفع

اإلس��الم لش��ريعة القرض��اوي مخالف��ة ). Mereka mengecam dan membantah dengan sekeras-kerasnya fitnah-fitnah yang merosakkan akidah yang ditulis atau disuarakan oleh Yusuf al-Qaradhawi di dalam beberapa kenyataannya. Para masyeikh (syeikh-syeikh) yang membantah Yusuf Qaradhawi terdiri dari:

Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wad’ii rahimahullah.Syeikh Ahmad bin Yahya an-NajmiSyeikh Muhammad bin Abdul Wahab al-Wusabi al-Abdali.Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Imam.Syeikh Abdul Aziz bin Yahya al-Bar’i.Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan

2

Page 3: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Al-Allamah Syeikh Abdul Aziz bin Bazz

Berkata Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wad’ii rahimahullah:

“Antara sekian ramai pendakwah yang menyeru kepada kesesatan pada zaman ini ialah Yusuf al-Qaradhawi mufti negeri Qatar. Sungguh jelas, Yusuf al-Qaradhawi telah menjadi alat baru untuk menyerang Islam yang diinginkan oleh musuh-musuh Islam. Yusuf al-Qaradhawi begitu banyak mencurahkan dakwah dan tulisannya yang digunakan untuk menyerang ajaran Islam”.

Berkata Syeikh Ahmad bin Yahya an-Najmi:

“Terdapat beberapa kebatilan dakwah Yusuf al-Qaradhawi yang wajib dibantah, antaranya:

Menyeru kepada mencintai Yahudi dan Nasrani. (Adapun alasan Qaradawi:1 Sesungguhnya Islam membolehkan seorang muslim menikahi Ahli Kitab. Kehidupan suami isteri dibangun di atas ketenangan jiwa, perasaan cinta dan kasih saying. Kemudian beliau beralasan dengan ayat: “Dan antara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih dan sayang”. Namun larangan Allah adalah jelas di surah al-Mujadalah 58:22. “Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dariNya”. Pent).

االسالم العالم فى المسلمين غير . 1 hlm. 68. Al-Qaradhawi.

3

Page 4: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Menyeru kepada penyatuan semua agama dan sering menghadiri seminar gerakan tersebut. (Qaradhawi berkata setelah menghadiri beberapa seminar penyatuan agama di beberapa negara kuffar: “Dari pihak kami, kaum muslimin bersedia untuk mengadakan pendekatan/penyatuan agama. Yang penting pada pihak lain adanya semangat seperti yang ada pada diri kami…. Mereka sewajarnya melakukan pendekatan serupa dengan pendekatan yang kita lakukan terhadap mereka”. Pent).2

Berpendirian bahawa kewajipan jihad semata-mata untuk mempertahankan diri sahaja, bukan bertujuan untuk memerangi orang-orang kafir. (Menurut Qaradhawi: “Kami tidak memerangi Yahudi kerana alasan akidah, tetapi kami memerangi Yahudi kerana alasan tanah. Kami tidak memerangi orang kafir kerana mereka kafir, tetapi kami memerangi mereka lantaran mereka merampas dan menceroboh tanah serta rumah kami tanpa kebenaran”. Pent).3

Menganggap demokrasi sebagai sama dengan syura. (Lihat kebodohan Qaradhawi dalam memehami siyasah as-syariyah sehingga berani berkata: “Demokrasi meliputi kebebasan dan cara-cara untuk menjatuhkan para penguasa yang zalim. Demokrasi adalah siyasah as-syariyah yang pembahasannya sangat luas dalam fiqh Islami. Demokrasi dan syura adalah seumpama dua sisi mata wang yang tidak dapat dipisahkan”. Pent).4

Menghalalkan para wanita bersama-sama lelaki di Parlimen dan memilik hak sama rata untuk mencalun dan dicalun. (Qaradhawi berkata: “Menurut saya, tdak ada larangan bagi wanita menjadi anggota Parlimen, sebagaimana wanita dibolehkan ikut serta dalam pencalunan anggota Parlimen”. Perkataan Qaradhawi ini bertentangan dengan hadis: �و!ل ق�ال س ��ن! الله# ر #ح� )ص( : ل +و!ا ق�و!م* ي ف!ل ه م! و�ل ��م!ر �ة. ا أ �ام!ر Tidak akan berbahagia suatu kaum jika dipimpin oleh wanita”.5

Pent.)6

القرضاوي يوسف مع والغرب االسالم . 2 hlm. 18.3 . Harian Ar-Rayah No. 4696. 24 Sya’ban 1414H bersamaan 25 Januari 1995M.4 . Harian Asy-Syarq. Edisi 2719. 25 August l995M.5 . H/R Bukhari.6 . Lihat: Al-Watan. Edisi 49. 21 Oktober 1ll5.

4

Page 5: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Membenarkan banyak parti (hizbi/golongan) atau firqah dengan berbagai-bagai corak pemikiran serta manhaj yang berlainan. Menurutnya dengan banyaknya hizbi ia menjadi jalan damai bagi umat Islam. (Qaradhawi berkata: Banyaknya parti-parti dalam arena politik adalah sama dengan banyak mazhab dalam bidang fiqh”. Pent).7 (Beliau berkata lagi: Apabila kita membolehkan banyak agama…. mengapa tidak dalam satu agama atau satu peradaban mencankupi lebih dari satu aliran pemikiran? Tiada larangan dalam hal ini, yang penting sentiasa ada gesaan dan keserasian kerjasama yang mampu menampung semua”. Pent.).8 Menyeru untuk menyatukan Sufi dengan Salafi. Dan banyak lagi kejahilan dan kesesatan Yusuf al-Qaradhawi yang menghancurkan agama dari asasnya (akidah) sebagaimana merobohkan bangunan melalui asasnya (pondisinya). (Qaradhawi bertegas: “Aku berusaha untuk mensalafkan sufiyah, kemudian mensufikan salafiyah. Dalam kata lain berusaha untuk mencampurkan keduanya”. Pent).9

Menurut Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Imam:

“Dalam buku ini ( اإلسالم لشريعة القرضاوي مخالفة عن اللثام رفع ), penulis buku ini tidak secara langsung telah membongkar khurafat Yusuf al-Qaradhawi. Sudah pasti, seseorang yang mementingkan kebenaran akidah, maka melalui sikap khurafat Yusuf al-Qaradhawi ini sudah memadai untuk menilai siapa hakikat Yusuf al-Qaradhawi yang sebenarnya”.

7 . Harian Ar-Rayah. Edisi 4721. 23 Februari l995M.القرضاوي يوسف مع والغرب السالما . 8 hlm. 89.9 . Harian Watan. Edisi 51. 23 oktober l995M.

5

Page 6: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Syeikh Abdul Aziz bin Yahya al-Bar’i pada tarikh 17 Jamadil Sani 1420H, Jaizan, Samith, Saudi Arabia. Beliau menjelaskan:

“Pada diri Yusuf al-Qaradhawi telah sebati dan mendarah daging manhaj Ikhwanul Muslimin.10 Saya pernah mengatakan dan akan terus mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin tidak pernah mempunyai seorangpun yang layak menjadi rujukan dalam ilmu syariah (akidah. pent.). Jika terdapat salah seorang dari mereka mendapat ilmu, pasti dia memperolehinya dari Ikhwanul Muslimin, malangnya ilmu yang ditimba dari Ikhwanul Muslimin kemudian menjadi ulama, pasti akan melahirkan berbagai-bagai penyimpangan akidah. Contohnya Yusuf al-Qaradhawi dan (gurunya) Muhammad al-Ghazali yang banyak menyimpangkan akidah Islamiyah”. Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Yahya al-Bar’i lagi:

“Di’ayah (propaganda) penyatuan agama yang diserukan oleh Qaradhawi, sebelum ini telah di pelopori oleh az-Zindani dan Hasan at-Turabi. Seluruh anggota Ikhwanul Muslimin mengakui (ketokohan) keduanya, malah kedua mereka ini mewakili Ikhwanul Muslimin dalam seminar ( األدي��ان وح��دة ) “Penyatuan Agama” di Sudan”.

Syeikh Abdul Aziz bin Yahya al-Bar’i selanjutnya berkata:

“Seruan dan propaganda supaya mencintai kaum Yahudi dan Nasrani (Qibti atau Nasrani/Kristian berbangsa Mesir) bukan diperopagandakan oleh Qaradhawi seorang, malah diusahakan juga

10 . Yusuf al-Qaradhawi mengakui bahawa pengaruh madrasah Ikhwan Muslimin lebih kuat dari pengajiannya di Al-Azhar. Lihat: Ulama wa-Mufakkirun ‘Araftuhum. 1/446. Al-Majdub.

6

Page 7: Dr Yusuf Al- Qaradawi

oleh al-Hudhaibi seorang tokoh Ikhwanul Muslimin dan tokoh-tokoh lainnya”.

Syeikh al-Muhaddis al-Fadil Abu Ibrahim Muhammad bin Abdul Wahhab al-Wusabi al-Abdali dari Yaman:

Beliau yang mulia ini telah memuji tindakan Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Masyhur al-Udaini menghasilkan kitab “Raf’ul litsaam min makril Qaradhawi li dinil Islam. Kitab ini telah membongkar penyelewengan dan tembelang Yusuf Qaradhawi berserta fakta yang jelas.

Pada tarikh 12 Rejab 1420H. Beliau telah memuji dan memberi kata-kata aluan pada kitab yang membongkar tembelang Yusuf al-Qaradhawi ini dengan berkata:

“Kitab ini adalah sebuah risalah yang baik dan bermanfaat bagi orang yang Allah kehendaki untuk mendapat kebaikan dan hidayah. Mudah-mudahan Allah membalas dengan sebaik-baik balasan dan semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang sangat baik atas pengorbanan yang telah dicurahkan untuk menasihati penyelewengan Yusuf al-Qaradhawi dan juga umat Islam umumnya. Wajib bagi kaum muslimin untuk menerima kebenaran yang datang kepadanya demi menghapuskan kemungkaran Yusuf al-Qaradhawi. Allah Azza wa-Jalla berfirman:

#ك م >ك م الله ف�ذ�ل ب �!ح�ق> ر �ع!د� ف�م�اذ�ا ال !ح�قB ب + ال #ال �ل إ +ى الض+ال �ن ف و!ن� ف�أ �ت ص!ر

“Maka (Zat yang demikian) itulah Allah, Rabb kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimana kamu dipalingkan (dari kebenaran)?.11

11 . Yunus. 10-32.

7

Page 8: Dr Yusuf Al- Qaradawi

و# �ع� و�ل�� �+ب�� ق> ات �!ح�� و�اء�ه م! ال �ه��! د�ت# أ ��ف�س�� م�او�ات ل ض الس��+ ر!� !أل !ه#ن+ و�م�ن! و�ا ل! ف#ي �ب��

�اه م! !ن �ي �ت !ر#ه#م! أ #ذ#ك !ر#ه#م! ع�ن! ف�ه م! ب م ع!ر#ض و!ن� ذ�ك .

“Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepdaa mereka kebanggaan mereka, tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu”.12

12 . Al-Mu’minun. 23:71.

8

Page 9: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Syeikh Abu an-Nashr Muhammad bin Abdullah al-Imam setelah meneliti kitab Raf’ul litsaam min mukhalafatul Qaradhawi li syaiatil Islam, beliau berkata:

Di dalamnya disingkap tirai kerosakan Yusuf al-Qaradhawi. Barangsiapa yang tidak menutup ‘aib dirinya dengan adanya malam, maka ‘aibnya tidak akan tertutup sama sekali pada siang harinya.

Dalam buku ini, penulis juga mengungkap sekilas tentang khurafat Yusuf al-Qaradhawi. Bagi orang yang mengutamakan kebenaran, dengan mengetahui perilaku khurafat Yusuf al-Qaradhawi ini sahaja sudah memadai baginya untuk menilai jatidiri Yusuf al-Qaradhawi yang sebenar. Sebelumnya para ulama telah menebas habis-habisan pemikiran Muhammad al-Ghazali (guru Qaradhawi) ketika ia terperosok ke dalam berbagai-bagai kesesatan yang sangat besar. Kini Yusuf al-Qaradhawi menjadi penerusnya. Al-Qaradhawi adalah al-Ghazali kedua pada zamannya.

Ikutilah kelana yang diberkahi ini dan teguklah ilmunya untuk membasahi dahaga dan menghilangkan penyakit. Bagi orang yang adil, tidak ada yang patut dilakukan selain bersyukur kepada Allah yang telah melahirkan para pembela agama ini. Adapun orang sombong walapun segala kebenaran dilebur dalam kedua tangannya dia tetap tidak mahu mengakui kebenaran. Semoga kitab ini boleh diterima, bermanfaat serta mengembalikan Yusuf al-Qaradhawi kepada kebenaran. Amin.

9

Page 10: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Seorang lagi ulama dari Yaman, iaitu Syeikh al-Muhannik Abu Dzar Abdul Aziz bin Yahya al-Bar’i rahimahullah berkata:

Saya tidak menyangka perkara yang paling batil telah disampaikan oleh Yusuf al-Qaradhawi. (Selanjutnya beliau berkata): Tentang Yusuf al-Qaradhawi, manhaj Ikhwanul Muslimin telah mendarah daging dalam dirinya. Pernah saya katakan dan akan terus saya katakan bahawa Ikhwanul Muslimin tidak mempunyai seorang alim pun yang layak menjadi rujukan (referensi) umat dalam ilmu syariah. Jika memang ada orang alim dalam bidang syariah, maka pasti dia telah mendapatkan ilmu tersebut dari luar jamaah Ikhwanul Muslimin. Sedangkan yang mendapat ilmu dari sesama anggota Ikhwanul Muslimin lalu dijadikan ulama, pasti akan melahirkan berbagai-bagai penyimpangan. Contohnya yang sangat nyata ialah Yusuf al-Qaradhawi dan Muhammad al-Ghazali.

Propaganda penyatuan agama yang dilakukan oleh Yusuf al-Qaradhawi, sebelumnya telah dipelopori oleh Az-Zindani dan Hasan at-Turabi. Seluruh Ikhwanul Muslimin mengakui keduanya, bahkan keduanya mewakili mereka dalam Muktamar Wihdatul Adyan (Penyatuan Agama) di Sudan. Propaganda untuk mencintai orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak dilakukan oleh Yusuf al-Qaradhawi secara bersendirian, tetapi dilakukan juga oleh al-Makmun al-Hudaibi dan para tokoh Ikhwanul Muslimin lainnya. Dalam wawancara di akhbar Al-Muharrir edisi 267, Isnin 29 August 1994 yang mana al-Makmun al-Hudaimi mengatakan:

#ذ�ا #ل� إ د* ق�ب اط# م#ن� و�اح��# ��ق!ب�� !أل �ا ا �ن د�أ ه ، م�ب��! ح Bش�� �ا ن ر و!ر. �ا ع�ل�ى ف�� �#م�ن�� �ح!ن ق�و�ائ � و�ن ال �ط!ل ب !ه ن !ع�ة# م#ن #ي #ط�ب !ح�ال# ب �ن! ال �ك و!ن� أ #م.ا ي ل م س! .

“Apabila ada seorang Qibti (Kristian/Nasara) yang menerima prinsip-prinsip kami, maka kami akan segera mencalonkannya untuk menjadi pemimpin-pemimpin kami dan tidak menuntut dengan keadaan tabiatnya untuk menjadi seorang muslim”.

10

Page 11: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Lalu seorang wartawan bertanya: Kalau begitu, kamu tidak mempunyai larangan untuk mencalonkan orang-orang Qibti (Kristian) menjadi pemimpin-pemimpin kamu secara langsung. Al-Hudaimi menegaskan:

�!س �ي ط! ه�ذ�ا ل �ل! ، ف�ق�� �!س� ب�� �ي �ا ل !ن د�ي �#ع* ل�� ان ��ن! م#ن! م�� و!ن� أ �ك�� !ط#ي> ي !ق#ب و.ا ال ف#ى ع ض��! #ن# ج�م�اع�ة# #خ!و�ا !إل !ن� ا #م#ي ل !م س! ال .

“Bukan hanya setakat itu, bahkan kami tidak mempunyai larangan bagi orang Qibti untuk menjadi anggota Ikhwanul Muslimin”.

Selanjutnya beliau berkata:

Perhatikanlah orang-orang yang berpengaruh pada diri Hasan al-Banna dan periksalah sikap mereka terhadap Madrasah Aqlaniyah (rasional), maka dapat disimpulkan bahawa orang-orang Ikhwanul Muslimin adalah para aqlaniyun (penyembah/pemuja akal seperti Muktazilah). Perhatikanlah juga antara tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dengan Muktazilah. Ternyata mereka serupa dalam mendahulukan akal (rakyu/hawa nafsu) dari naql (dalil wahyu). Pembaca juga akan menemui antara mereka ada yang menolak hadis ahad (walaupun hadis sahih). Mereka juga sepakat terhadap prinsip khuruj (Khawarij/keluar memberontak) menentang (melucutkan taat setia kepada) pemerintah Muslimin yang zalim. Anehnya, salah satu dari prinsip Muktazilah yang mereka pertahankan ini mereka dakwa sebagai mempertahankan amar makruf nahi mungkar.

Begitulah antara tahzir (peringatan) para syeikh Salaf terhadap talbis, makr dan penyelewengan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin terutamanya Yusuf al-Qaradhawi. Adapun data butiran ringkas tentang kebatilan Yusuf al-Qaradhawi ialah:

11

Page 12: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Pemahamannya tercemar oleh fahaman aklani (rasionalis) dari madrasah hawaiyah (menimbang nas dengan hawa nafsu), sehingga menolak hadis-hadis sahih dan alasan tidak dapat diterima oleh akal. Kenyataan ini dapat dilihat di dalamnya “Kaifa Nata’amal Ma As-Sunnah”.Memahami al-Quran dengan cara tidak merujuk kepada pemahaman Salaf, tetapi hanya menurut pemahaman dari hawa nafsunya. Tidak menghargai, tidak memuliakan, tidak memperdulikan pendapat dan ijmak ulama, malah menentang ijmak apabila bertentangan dengan hawa nafsunya.Mengajak umat Islam mencintai Yahudi dan Nasrani sebagaimana terdapat di dalam kitabnya, akhbar dan majalah.Bersatu mendekatkan kaum Muslimin dengan musuh-musuh Islam (Yahudi dan Nasrani).Jihad hanya untuk membela diri bukan untuk meluaskan dakwah Islam.Memuliakan/menghormati tempat ibadah kaum kuffar.Berkempen ke arah “Keamanan Sejagat/Perdamaian Dunia” tanpa lesu. Tujuannya untuk membelenggu umat agar tidak berjihad.Mempropagandakan tentang baiknya keberagaman agama.Menyebarluaskan pemikira-pemikiran kuffar, dan mencantikkannya dengan wajah Islam seperti demokrasi dan pilihan raya. Jika terdapat perselisahan pendapat, dikembalikan dengan pendapat ramai (majoriti) Memecahkan umat menjadi berbagai-bagai hizb. (Menurut Qaradhawi: Banyaknya parti perpecahan dalam arena politik adalah sama seperti banyaknya mazhab dalam bidang fiqh).13 Berpendapat bahawa orang yang menegur/mengkritik para pentakwil dan yang mengingakari tauhid asma wa-sifat adalah mengingkari perjuangan dan membantu musuh-musuh Islam untuk melemahkan barisan Islam. Berusaha untuk mensufikan salaf dan mencampur-adukkan keduanya.Mencela ulama sunnah dan memuji ahli bid’ah dan ahwa.

13 . Harian Ar-Rayah. Edisi 4721, 23 Februari l995.

12

Page 13: Dr Yusuf Al- Qaradawi

Merayakan perayaan-perayaan yang bid’ah.Menghalalkan nyanyian, muzik dan lagu dan meminati (tergoda/terpesona) dengan suara Faizah Ahmad. (Apabila Yusuf al-Qaradhawi ditanya oleh seorang wartawan: Dimana kulliah anakmu belajar mengubah lagu/muzik dan nasyid? Yusuf al-Qaradhawi menjawab: Dia belajar dan mengasah bakat dari sekolah muzik. Dia mempunyai banyak hobi. Anakku si Abdulrahman pula berkulliah di Darul Ulum, dia mempunyai ramai teman wanita. Dan mungkin antara teman-teman wanitanya ada yang telah menjadi buah hatinya. Dan menurut Yusuf al-Qaradhawi semuanya ini diperbolehkan).14

Meminati filem-filem di TV dan VCD.Menghalalkan wayang gambar dan menggalakkannya kerana dianggap baik dan halal.Menghalalkan penjualan barangan yang haram bagi orang yang menetap di negeri kafir.Menghalalkan menghadiri majlis-majlis yang terhidang barangan haram seperti arak jika berniat untuk dakwah.Menghalalkan produk yang bercampur daging, minyak atau lemak babi setelah melalui proses kimia.Mengeluarkan fatwa-fatwa dan tulisan yang saling bertentangan.Kelayakannya dalam ilmu hadis sangat lemah.

Semoga Allah melindungi kita dari penyelewangan Yusuf al-Qaradhawi dan mereka yang sealiran dengannya..

14 . Lihat: Majalah Sayidati no. 678. 11 March 1994.

13


Top Related