Transcript

PENGENALANBuku Sejarah Melayu ialah sebuah karya Melayu klasik. Nama asalnya Sulalatus Salatin, yang bererti Peraturan Segala Raja. Buku Sejarah Melayu yang dijadikan kajian untuk pengajian Kesusasteraan Melayu ini adalah berasal daripada buku yang ditulis oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612M. Kemudian tulisan tersebut diusahakan pula untuk diterbitkan oleh W.G.Shellabear bagi kegunaan pelajar-pelajar bahasa Melayu sekolah-sekolah Melayu pemerintahan NNS dan diterbitkan pada 1896 di Singapura dalam edisi Jawi. Buku Sejarah Melayu ini merupakan kitab bumiputera yang tertua mengenai sejarah Tanah Melayu yang berhubung dengan kesusasteraan.Kedudukan Sejarah Melayu sebagai masterpiece karya histografi mebgikut Haron Daud (1989:1), menyebabkan ia paling banyak mendapat perhatian para sarjana, baik dalam mahupun luar negeri, berbanding dengan karya-karya jenisnya yang lain. Kemasyhuran dan keunggulan sebagai sebagai sebuah hasil karya kreatif mengikut Muhammad Yusof Hashim (1989:19), dapat dibuktikan daripada kekerapan buku tersebut disalin daripada teks induknya. Penterjemahannya ke bahasa-bahsa Inggeris, Jepun, Jerman, Perancis, Belanda, Tamil dan China.Kebanyakan pengkaji berpendapat, buku Seajarah Melayu ialah sebuah hasil kesusateraan Melayu lama yang bersifat sejarah, kerana kandungannya ada menerangkan peristiwa-peristiwa bersifat sejarah yang telah berlaku pada masa pemerintahn kerajaan Melayu Melaka dalam abad ke 15 dan 16. Buku Sejarah Melayu tersebut juga banyak menerapkan berbagai-bagai nilai seperti nilai kemanusia, tat setia dan nasionalisme.Sevbagai sebuah buku satera Melayu lama yang bercorak sejarah, buku ini dianggap sangat penting kepada par pelajr bagi mengkaji kaedah sejarah lampau dan juga keadaaan masyarakat pada masa itu. Sehingga ini Sejarah Melayu satu-satunya karangan berbahasa Melayu yang menjadi kemegahan bangsa Melayu di Nusantara ini khasnya dan di seluruh dunia amnya. Dengan demikian, setiap kandungannya dapatlah dikaji mengikut pendekatan satera.

CIRI-CIRI SASTERA SEJARAHSastera Sejarah adalah suatu bentuk penulisan yang menggabungkan unsur-unsur penulisan sejarah dengan unsur-unsur penulisan bukan sejarah atau sastera. Kedua-dua unsur tersebut diolah dengan indah oleh pengarang istana Melayu untuk menggambarkan konsep sejarah zaman silam masyarakat Melayu. Oleh itu karya sastera sejarah bukanlah karya sastera sepenuhnya sebaliknya mengandungi unsur-unsur peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman lampau.Dalam pada itu, sastera sejarah merupakan sebuah hasil kesusasteraan yang amat menarik. Sekiranya kita dapat memahami ciri- ciri penulisannya, kita akan mempelolehi banyak bahan tentang masyarakat Melayu lama serta undang-undang dan adat istiadatnya. Ciri adalah sifat dan sifat dalam histriografi Melayu dapat dilihat daripada beberapa aspek iaitu isi, teknik penulisan dan fungsi genre ini dihasilkan.Berdasarkan ciri-ciri tertentu dalam sastera sejarah kita dapati dari aspek isinya, sastera sejarah lebih cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat yang lebih mementingkan cerita- cerita mitos dan khayalan. Isinya selalu bercampur aduk antara kisah- kisah sejarah atau historis dengan kisah- kisah dongeng atau fantasi. Gambaran yang diceritakan itu dikemukakan secara berlebih- lebihan sehingga terasa luar biasa dan bersifat khayalan.Kisah- kisah benar atau historis biasanya terdiri daripada perisriwa peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah yang sebenarnya. Misalnya kisah raja- raja yang memerintah, cara hidup (budaya dan adat istiadat), kedatangan agama Islam, hubungan antarabangsa atau diplomatik antara dua buah negara dan juga detik- detik kejatuhan negara. Dalam Sejarah Melayu diceritakan raja- raja yang memerintah seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansor Syah, Sultan Mahmud Syah yang kesemuanya merupakan raja- raja yang memang terdapat dalam sejarah kesultanan Melaka. Begitu juga digambarkan hubungan antara Melaka dengan negara- negara luar yang lain seperti Siam, China, India dan Arab.Kisah- kisah dongeng atau fantasi yang digambarkan dalam sastera sejarah selalunya berkaitan dengan mitos atau asal usul keturunan raja atau tempat, lagenda kepahlawanan sesebuah negeri, unsur- unsur keajaiban dan sebagainya.Sejarah Melayu atauSulalatus Salatinmisalnya ada menceritakan tentang keturunan raja-raja yang berasal dari raja besar Makaduniah iaitu Iskandar Zulkarnain. Unsur- unsur keajaiban seperti kebolehan Raja Suran mengembara ke dasar laut.Selain daripada itu, dari aspek tekniknya sastera sejarah biasanya tidak mementingkan kronologi atau urutan peristiwa. Tiada tarikh dalam pemaparan kisah-kisahnya, kalau ada sekalipun tarikh dalam karya-karya tertentu, ia tidak tepat dengan peristiwa yang sebenarnya. Contohnya dalamTuhfat an- Nafis, walaupun terdapat tarikh yang dimasukkan, tetapi tarikh ini tidak tepat.Selanjutnya, ciri- ciri yang terdapat dalam sastera sejarah ialah dari segi fungsinya atau tujuannya dikarang oleh penulis. Sastera sejarah biasanya dicipta atau dihasilkan di istana dengan kehendak atau perintah raja. Sejarah Melayu misalnya dihasilkan atas perintah Sultan Alau ddin Riayat Syah II kepada Bendahara Tun Muhamad atau Tun Seri Lanang. Buktinya sebagaimana titah baginda: Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja- raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucukita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya. Sastera sejarah juga dicipta dengan motif untuk mengagung-agungkan kedudukan dan keturunan raja- raja yang memerintah. Oleh itu, gambaran perlukisannya dibesar-besarkan dan penuh dongeng. Misalnya keturunan raja- raja Melaka dalamSejarah Melayudihubungkan dengan tokoh besar dalam sejarah. Cara pengislaman Raja Kecil Besar yang disertai dengan peristiwa baginda bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dapat menunjukkan kebesaran dan kedudukan baginda sebagai pemerintah yang berwibawa dan disanjung tinggi.Sastera sejarah turut mengandungi unsur- unsur nasihat dan pengajaran yang disampaikan secara halus dalam bentuk kiasan atau secara tidak langsung. DalamSejarah Melayucontohnya, pengarang hendak mengkritik sikap golongan atasan yang mementingkan diri sendiri melalui cerita dongeng seperti peminangan Puteri Gunung Ledang, Singapura dilanggar todak dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri- ciri sastera sejarah ini kita dapat memahami nilaian dan pandangan masyarakat Melayu lama terhadap sejarah itu sendiri. Ini kerana sastera sejarah dapat memberikan gambaran terpenting tentang pengkajian sejarah di negara-negara yang diceritakan dan seharusnya penting dalam memberikan gambaran sejarah alam Melayu.

PEMBINAAN JATI DIRI BANGSAMenurut Kamus Dewan, perkataan jati, sama dengan sejatiyangmembawamaksud asli,murni, tulendan tidakbercampur.Apabila dikaitkanjati dengan sejenis tumbuhan, kita akan membayangkan sepohon pokok yang tegap,berakar tunjang yang menjunam ke dasar bumi, berbatang keras dan mahal. Tetapi, apabila kita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang manusia sempurna yang memiliki keseimbangan antara akal, jasmani dan rohaninya.Jatidirijugabermaksud, mengekalkan ciri-ciri keunggulan bangsa Malaysia (identiti).MenurutDatuk Prof. Dr WanHashim (2010),jatidiriatauidentiti pula adalah ciri-ciribudaya dan latar belakang sejarah yang memperkenalkan seseorang atau satu-satu kaum atau kelompok manusia seperti etnik atau ras yang membezakan mereka daripada kelompok lain. Tanggapan orang lain terhadap sesuatu kelompok manusia atau kaum juga menyumbang kepada pembentukan jati diri sesuatu kelompok manusia atau kaum.Taat SetiaDalam karya Sejarah Melayu terdapat banyak aspek pembinaan jati diri bangsa yang dapat dikesan sepanjang kajian yang dilakukan keatas karya agung tersebut. Pembinaan jati diri bangsa banyak ditonjolkan oleh masyarakat pada zaman Melaka. Aspek pembinan jati diri bangsa yang pertama adalah taat setia. Taat setia, dalam konteks Sejarah Melayu, bermaksud setiap hamba Melayu harus patuh terhadap rajaatas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Sikap taat setia hamba Melayu kepada rajamenjadikan mereka senantiasa menghormati raja, khususnyainstitusi raja, serta bersedia untuk menjunjung titah perintah raja. Hamba Melayu yang taat setia kepada raja bersediauntuk melakukan apa-apa sahaja demi memuliakan kedudukanraja serta untuk memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan harta benda mereka. Pada masa yangsama, sifat taat setia dapat mencegah hamba Melayu daripadamenyanggah dan melanggar suruhan raja sebagaimana yang ditegaskan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir:,'. .. raja itu umpama ganti Allah dalam dunia, kerana iazillu'llah fil'alam.Apabila berbuat kebaktian kepada raja, serasa berbuat kebaktian kepadanabi Allah, serasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala ...Hamba Melayu yang tidak menuruti perintah raja atau melakukan penentangan serta pengkhianatan terhadap raja tergolong sebagaipenderhaka. Penderhakaan terhadap raja merupakan suatukesalahan yang amat besar dan jika ada hamba Melayu yangmelakukan perkara yang sedemikian, mereka bakal berdepandengan musibah dan tulah. Sebagai contohnya, Hang Tuah ialah salah seorang laksamana dalam kesultananMelayu Melaka. Nama asal beliau ialah Daeng Mempawah danbeliau dikatakan berasal dari Mengkasar. Berdasarkan teks Sejarah Melayuini, beliau dapatlah dikatakansalah seorang hamba Melayu yang memperlihatkan sifat taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap raja. Dalam hal ini, sifat taat setia itu terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh olehSultan Mansur Syah atas tuduhan yang belum dibuktikankebenarannya. Beliau langsung tidak menentang hukumantersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Walau bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana hukuman itu tidak dilaksanakan oleh Seri Nara Diraja yang lebih rasional daripada baginda sultan dan berpandangan jauh pula. Apabila Hang Jebatmenimbulkan keadaan huru-hara di Melaka, Hang Tuah telahdipanggil semula oleh Sultan Mansur. Hang Tuah tidakmenggunakan kesempatan itu untuk membalas dendam terhadap penganiayaan baginda, sebaliknya dengan berbekalkan sikap taatsetianya, beliau bersedia untuk membunuh Hang Jebat yangmerupakan sahabat karibnya. Begitu juga, demi kesetiaannya,beliau sanggup menyelamatkan kuda baginda sultan yang telahmasuk ke dalam kolam najis setelah tiada seorang hamba punsanggup untuk melakukannya.Budaya Aspek pembinaan jati diri yang seterusnya adalah budaya. Budaya disini merujuk kepada budaya masyarakat Melaka mematuhi peraturan dan undang-undang. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka terdapat beberapa peraturan diraja yang diperkenalkan untuk dipraktikkan oleh seluruh isi masyarakat Melaka agar kedudukan masyarakat keraba terpelihara. Sebagai contoh, larangan kepada rkyat biasa untuk mengamalkan cara hidup masyarakat istana dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pakaian, bahasa, kekuningan, emas, keris, rumah dan perahu. Oleh itu, amaln budaya tersebut pada ketik itu dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi menghormti taraf kedudukan kaum kerabat diraja. Disini dapat disimpulkan bahawa masyarakat Melayu Melaka amat mementingkan budaya. Kerana bagi mereka, budaya menggambarkan sesebuah identiti masyarakat dalam sesebuah kawasan.NasionalismeDalam pada itu, nasionalisme adalah aspek yang lahir daripada aspek pembinaan jati diri bangsa. Nasionalisme membawa maksud sentimen kecintaan terhadap sesebuah negara. Nasionalisme merupakan sentimen dalam kalangan penghuni sesuatu wilayah tertentu. Perasaan ini dapat dilihat apabila rakyat sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu seperti sempadan dan ibu kota bagi menentukan taraf negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain.Sebagai contoh, nasionalisme yang kukuh diperlihatkan melalui tindakan peperangan. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, baginda telah berhasrat utuk meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar Paduka Raja, hulubalang, Tun Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok) ke Pahang. Dalam peperangan ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke Melaka manakala anak Maharaja Dewa Sura, Puteri Wanang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansor Syah. Langkah peperangan adalah untuk mengelakkan berlakunya banyak kejadian penentangan terhadap raja. Negeri Kampar tidak tunduk kepada Melaka. Ini menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka. Negeri Kampar kalah manakala rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri Nara Diraja telah diberi kuasa untuk memerintah Kampar.

Keagamaan Selain itu, keagamaan merupakan salah satu aspek yang telah lahir daripada aspek pembinaan jati diri bangsa. Masyarakat Rom pada masa dahulu telah pun mengamalkan agama Islam dalam kehidupan harian mereka dibawah pemerintahan Raja Iskandar. Aspek keagamaan telah ditujukkan oleh Raja Iskandar selepas berperang antara baginda dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi yang mengalami kekalahan telah ditangkap hidup-hidup oleh tentera Raja Iskandar. Namun begitu, baginda Raja Iskandar tidak membunuh Raja Kida Hindi tetapi telah mengislamkan Raja Kida Hindi tersebut.maka alah Raja Kida Hindi itu, oleh Raja Iskandar ditangkap baginda dengan hidupnya; maka disuruhnyan membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah jadi islam, di dalam ugama nabi Ibrahim a.sPetikan di atas menggambarkan bahawa Islam telah menjadi satu pegangan oleh masyarakat pada ketika itu. Malah musuh yang telah tewas berperang telah digesa memeluk Islam dengan rela hati seperti yang telah berlaku kepada Raja Kida Hindi yang telah memeluk Islam selepas mengalami kekalahan dengan Raja Iskandar.PEMBENTUKAN MASYARAKATMengikut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Masyarakat juga merupakan satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.Masyarakat yang BerdaulatDalam karya Sejarah Melayu, aspek pembentukan masyarakat juga menjadi salah satu elemen dalam penulisan sastera sejarah. Melalui aspek ini, dapat dilihat pembentukan masyarakat yang berdaulat dalam sesebuah kerajan terutama semasa zaman kegemilangan Melaka. Masyarakat Melayu Melaka sebagaimana yang digambarkan oleh Sejarah Melayu, mengamalkan sistem beraja. Dalam sesebuah masyarakat, raja berada pada tingkat pling atas. Raja mempunyai kuasa mutlak. Salasilah raja-raja Melaka dikaitkan dengan keturunan tokoh paling agung dalam sejarah iaitu daripada Iskandar Zulkarnain yang telah diceritakan dalam bab 1.Raja mempunyai daulat. Konsep daulat ini hanya satu kepercayan yang diletakkan kepda diri seseorang raja yang memerintah. Bermakna, sebelum dilantik, raja tidak mempunyai daulat. Oleh itu, sesiapa yang melanggar atau tidak menurut perintah raja yang memerintah dianggap derhaka dan akan menerima padah. Sebagai contohnya, padah penderhaka telh digambarkan melalui Sang Rajuna Tapa suami isteri dan rumah mereka telah menjadi batu. Begitu juga dengan percubaan Hang Kasturi, walaupun atas alas an mahu menuntut bela, tetapi dia tidak mendapat simpati masyarakat Melaka. Manakala Hang Tuah patuh membunuh sahabatnya Hang Kasturi, bukan kerana benci secara peribadi tetapi kerana sahabatnya itu telah menderhakai raja.Konsep daulat yang digambarkan oleh masyarakat Melaka kepada raja bukan sahaja meliputi bidang undang-undang tetapi juga meliputi budaya dan agama. Bermakna, raja mempunyai kuasa penuh terhadap agama dan budaya. Oleh itu, konsep daulat adalah bertujuan untuk memberi pelindungan kepada raja yang memerintah dan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berdaulat. Dengan adanya kuasa daulat tersebut, masyarakat akan segan dan takut untuk bangun menderhak, walaupun terdapat sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh raja.Masyarakat Yang Setia Kepada KetuaDalam karya Sejarah Melayu ini, aspek pembentukan masyarakat kedua adalah masyarakat yang setia kepada pemerintah. Masyarakat Melaka digambarkan begitu setia kepada golongan pemerintah bukan sahaja merujuk kepada golongan raja sahaja namun juga kepada golongan pembesar disesebuah kawasan. Sebagai contoh, para pengikut Bendahara Paduka Raja yang telah bersiap sedia untuk membunuh Raja Muhammad yang telah membunuh Tun Besar yang merupakan anak kepada Bendahara Paduka Raja nmun terpaksa dibatalkan beliau kerana tidak mahu pengikutnya menderhaka kepada raja. Dalam peristiwa tersebut membuktikan bahawa dalam karya Sejarah Melayu aspek pembentukan masyarakat yang setia telah pun wujud. Hal ini dapat dilihat semangat setia yang diberikan apabila pengikut Bendahara Paduka Raja ingin membunuh Raja Muhammad kerana telah membunuh anak Bendahara Paduka Raja tanpa disuruh oleh beliau sendiri. Hal ini emikian menunjukkan sikap masyarakat yang begitu setia kepada pemimpin mereka.Masyarakat yang Mementingkan Darjat KeturunanDalam karya Sejarah Melayu juga terdapat juga pembentukkan masyarakat yang mementingkan darjat keturunan. Nilai ini dapat dilihat dengan jelas terhadap rakyat Melayu Melaka yang hanya melihat kepada darjat keturunan semata-mata berbanding kebolehan yang terdapat pada seseorang. Nilai ini juga kebanykkan hnya berlaku dalam kalangan golongan pemerintah sahaja. Masyarakat Melayu Melaka amat memberikan nilai yang tinggi terhadap keturunan raja. Nilai yang diberikan kepada seseorang pemerintah bukan berdasarkan kebolehan dan ketinggian budi bahasa tetapi berdasarkan keturunan. Baik buruk perlakuan seseorang adalah baik buruk keturunannya. Oleh itu, raja dan keluarganya dipandang tinggi oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, timbul juga perbezaan taraf antara antara anak-anaka raja yang memerintah untuk pemilihan pengganti. Misalnya, antara anak-anak gahara lebih berkedudukan berbanding dengan anak gundik. Namun terdapat juga anak gundik yang berjaya menjadi raja tetapi selepas berlaku rampasan kuasa lantaran mendapat sokongan daripada masyarakat. Sebagi contoh, Sultan Muzaffar Syah walaupun baginda seorang anak gundik namun berjaya menjadi raja selepas berjaya merampas kuasa daripada adiknya Sultan Abu Syahid. Begitu juga yang berlaku pada Sultan Muhammad yang tgertolak menjadi Sultan kerana telah membunuh Tun Besar, anak kepada Bendahara Paduka Raja. Penolakan tersebut adalah bertujuan untuk menjaga hati rakyat Melaka.Masyarakat Yang Mempunyai Penilaian TersendiriDalam karya Sejarah Melayu terdapat banyak aspek pembentukkan masyarat. Pembentukkan masyarakat yang peling jelas adalah pembentukkan masyarakat yng mempunyai penilaian tersendiri. Penilaian ini banyak ditujukan kepada tokoh-tokoh yang banyak memberikan sumbangan atau mempunyai kekuatan. Dalam krya Sejarah Melayu, masyarakat Melaka benyak memberikan penghormatan dan memandang tinggi akan kebolehan seseorang. Misalnya sifat gagah perkasa, orang yang pintar dan beberapa seistimewaan yang tersendiri yang terdapat pada seseorang. Sebagai contoh, Tun Telani dijadikan ketua ke Siam kerana kebolehan beliau fisah bercakap dalam bahasa Siam sehingga dapat mempertahankn nama baik raja Melaka. Kebolehan yang ditunjukkan oleh beliau telh mendapat sanjungn dan penilaian oelh masyarakat Melaka terutam golongan pemerintah. Selian itu, Tun Bija Sura di Majapahit telah menunjukkan kepintaran yang terdapat pada beliau. Dalam pada itu, Tun Perpatih ditonjolkan sebagai ketua utusan ke China untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Melaka dengan China. Kepintaraa yang ditonjolkan oleh beliau adalah semasa makan bersama dengan maharaja China. Beliau telah meminta sayur kangkung tanpa dipotong. Tidakkan beliau tersebut menyebabkan beliau dapat melihat muka maharaja China.KRITIKAN SOSIALSalah satu elemen penting dalam kesusasteraan adalah kritikan sosial. Kritikan sosial adalah salah satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang bertujuan atau berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan cerita suatu sistem atau proses bermasyarakat.Dalam erti kata lain, kritikan sosial adalah tindakan membandingkan serta mengamati secara teliti dan melihat perkembangan secara cermat tentang baik atau buruknya kualiti suatu masyarakat. Tindakan mengkritik boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja,termasuk sasterawan sekalipun kerana kritikan sosial merupakan suatu perkara penting dalam memelihara sistem sosial yang ada.Pelbagai masalah sosial diselitkan dalam Sejarah Melayu untuk menyedarkan pembaca tenang isu-isu yang berlaku dan seterusnya membangkang masalah tersebut. Berdasarkan karya agung Melayu seperti Sejarah Melayu, terdapat beberapa teguran yang dikemukakan oleh pengarang terhadap masalah sosial yang telah berlaku dalam Sejarah Melayu karangan W.G. Shellabear.Antara kritikan sosial yang terkandung dalam Sejarah Melayu ialah kezaliman yang ditunjukkan oleh golongan pemerintah. Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh golongan pemerintah dapat dilihat dalam bab 10 dalam Sejarah Melayu. Watak pemerintah yang telah melakukan kezaliman terhadap rakyat mahupun golongan pembesar adalah Raja Singapura yang mana telah membunuh Tun Jana Khatib kerana Tun Jana Khatib dituduh ingin menunjukan kehebatan yang terdapat pada beliau kepada isteri baginda.Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib,m diketahuinya isteri kita menegok, maka ia menunjukkan penhetahuannya. Setelah Tun Jana Khatib meninggal, tidak lama kemudian datang serangan todak ke atas Singapura disebabkan oleh tindakan pemerintah Singapura tersebut. Dalam pada itu, perkara yang sama juga telah dilakukan oleh Raja Muhammad apabila telah membunuh Tun Besar. Hal ini demikian berlaku kerana ketika Tun Besar sedang bermain sepak raga lalu raga yang ditendang oleh Tun Besar tekena destar Raja Muhammad lalu jatuh ketanah. Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, Kritikan sosial kedua dalam karya Sejarah Melayu ialah penindasan oleh golongan raja terhadap rakyat jelata. Contohnya ini dapat dilihat pada bab ke-27, Raja Mahmud telah menitah Tun Mamat untuk pergi meminang Puteri Gunung Ledang, mka diturutinya akan titah Raja tersebut. Apabila berada di atas Gunung Ledang Tun Mamat diberikan beberapa syarat yang perlu disampaikan kedap Raja Mamud sekiranya ingin meminang Puteri Gunung Ledang.Jikalau Raja Melaka hendakkan aku perbuatkan aku jambatan emas satu, jabatan perak satu, hati nyamik tujuh dulang, hati kumn tujuh dulang, air pinang muda setempayang, darah raja semangkuk dan darah anak baginda semangkuk.Hal ini demikian dapat dilihat sekiranya raja Mahmud ingin juga meminang Puteri Gunung Ledang semestinya akan berlaku penindatasan kepada rakyat kerana rakyat akan dipaksa untuk memenuhi setiap permintaan yang diinginkan oleh Puteri Gunung Ledang tersebut. Selain itu, contoh penindasan terhadap rakyat juga dapat dilihat dalam bab ke 10, apabila pemerintah Singapura menghendaki rakyatnya menahan serangan todak dengan betis mereka sendiri. Hal ini demikian menunjukkan penindasan yang telah dilakukan oleh pemerintah untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat jelata.PENDIDIKANPendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara.Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peni ngkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya.Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata.Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu.Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negarabagi memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan.Menurut Swift D.F di dalam bukunya Sociology of Education menghuraikan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjanadan Ilmuan dari Barat berkenaan dengan pendidikan.Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah member latihan moral kewarganaegaraan yang baik.Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal.Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.PEMIKIRANProses membina ilmu dan kefahaman yangmelibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Mengikut John Barell (1991), pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar.Pemikiran KretifTerdapat banyak yang terkandung dalam aspek pemikiran yang dapat dikenal pasti semasa menjalankan kajian terhadap karya Sejarah Melayu yang ditulis oleh W.G. Shellabear. Aspek pemikiran yang pertama adalah pemikiran kretif. Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menghasilkan idea yang bernas. Ishak Ramly (2005: 158 ) pula menyatakan pemikiran kreatif merujuk kepada penekanan pada kecekapan dan keupayaan menggunakan minda bagi menghasilkan idea yang baru, pelbagai, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, tepat, jelas dan memberi pertimbangan pada penerokaan dan penemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka. Hal ini menjadikan individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif dapat merencana dan membuat keputusan bagi menghasilkan pelbagai idea yang baru. Kebiasaannya individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif ini juga mempunyai banyak idea-idea dan mampu menghuraikan idea mereka secara terperinci dan logik.Dalam karya Sejarah Melayu, pemikiran kreatif dapat dilihat melalui watak seorang budak yang dapat menyelesaikan masalah ketika Singapura dilanggar todak. Walaupun umur budak tersebut hanya setahun jagung namun begitu budak tersebut mempunyai akal yang panjang sehingga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemerintah Singapura. Budak tersebut telah mencadangkan supaya diletakkan batang pisang ditepi pantai bagi mengumpan todak untuk menusuk. maka pada antara itu berkata seorang budak Apa kerja kita berkubukan betis ini? kita perdayakan diri kita demikian ini jika kita berkubukan batang pisang alangkah baiknya?Cadangan yang diberikan oleh budak tersebut membuahkan hasil apabila banyak ikan todak yang teperangkap dan telah dibunuh oleh masyarakat sehingga bertimbun-timbun banyak nya bangkai ikan todak di tepi pantai.Pemikiran NegetifSelain pemikiran kretif terdapat juga aspek pemikiran negetif dalam karya Sejarah Melayu. Pemikiran negetif ini dapat dilihat dalam bab yang pertama dimana Raja Suran ingin menyerang negara China. Namun begitu, baginda tidak mengetahui di mana terletakyna negara China. Berita mengenai niat Raja Suran yang ingin menyerang China telah sampai kepada Maharaja China. Oleh itu, Maharaja China telah memerintah Perdana Menteri menyiapkan persiapan perang namun ditolak kerana beliau mempunyai cadangan yang tersendiri bagi menghadapi serangan tersebut. Maka telah disediakan pilu oleh Perdana Menteri yang didalamnya mempunya golongan tua, jaru yang sudah berkarat dan pohon yang telah berbuah. Semasa baginda berda di Temasik telah datang sebuah perahu lalu Raja Suran menitah anak buahnya untuk menanyakan dimana Kerajaan China.pergilh engkau Tanya pada China itu, berapa jauh lagi negeri China dari sini.Apabila bertanyakan pada China tersebut diceritakan oleh China tersebut betapa jauhnya negara China dengan menunjukkan bukti-bukti seperti jarum yang telah berkarat, orang tua yang tidak punya gigi dan pokok yang telah berbuah. Setelh mendengar akan cerita yang disampaikan oleh China tersebut, maka Keling telah mempersembahkan segala yang telah diceritakan kepada Raja Suran maka Raja Suran memutuskan untuk membatalkan niat mereka untuk menyerang Negara China jikalau seperti kata China itu, terlalu jauhnya benua China itu; manakala kita sampai ke sana? Baik kita kembali.Bedasarkan teks tersebut terbuktilah bahawa terdapat pemikiran negetif dalam Sejarah Melayu. Hal ini demikian kerana, Raja Suran telah memilih untuk membatalkan niat baginda untuk menyerang Negara Chian kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada diri baginda seperti yang telah diceritakan oleh China tersebut.Pemikiran PositifDalam pada itu, terdapat juga pemikiran positif yang ditunjukkan dalam karya Sejarah Melayu. Pemikiran positif ini telah ditonjolkan oleh watak Sang Nila Utama dalam bab yang pertama. Dalam perjalan ke Singapura, Sang Nila Utama telah menaiki perahu bersama-sama dengan pengikutnya. Setelah sampai ditengah laut, perahu yang dinaiki oleh mereka dipukul ombak lalu perahu tersebut telah dinaiki air. Maka perintah penghulu untuk membuang air dari perahu tetapi tidak juga berkurangan. Setelah itu mereka juga telah menjatuhkan harta-hrta berharga namun tidak juga berkurangan sehinggalah hanya tinggal mahkota milik Sang Nila Utama.maka titah Sang Nila Utama Jikalau demikian, buangkanlah mahkota itu .Tindakan Sang Nila Utama telah menyelamatkan nyawa semua penghuni perahu tersebut. Malah tindakan tersebut juga telah menyebabkan mereka berjaya sampai ke Singapura dengan selamat. Hal ini menunjukkan tindakan Sang Nila Utama menunjukkan beliau mempunya pemikiran positif.PERANAN WANITAWanita merupakan makhluk Allah yang punyai keistemewaan tersendiri sehingga terdapat satu surah di dalam al-quran yang di namakan surah an-nisa yang menceritakan tentang perihal wanita dan hak-haknya. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang telah meletakkan hak-hak wanita dengan sempurna.Wanita juga sering di gambarkan dengan lambang yang bergitu mulia dengan kelembutan dan sifat kasih sayang yang semulajadi yang mana ianya merupakan senjata untuk mencapai segala matlamat yang di impikan. Wanita yang di kenali sebagai hawa mempunyai peranannya yang tersendiri untuk memajukan dirinya dan di dalam al-quran juga telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsur yang turut bergiat dalam menbangunkan dan membentuk masyarakat serta menjaga keutuhan dan kesejahteraan ummah.Sejarah Melayu ( Versi W. G Shellabear) telah dikaji untuk melihat peranan golongan wanita tradisional dalam memainkan peranan mereka dalam struktur politik tradisional Melayu . Tanggapan yang menetapkan wanita sebagai tidak berperanan dalam mengubah atau mempengaruhi sistem politik dan geopolitik di kalangan masyarakat di zaman lampau ratusan tahun lalu, adalah bersalahan sama sekali. Peranan wanita didapati amat besar dan berpengaruh dalam menentukan hala tuju sesebuah kerajaan tradisional, contohnya kesultanan Melayu Melaka.Sejarah Melayu telah mengisahkan perkahwinan di antara Putri Syahrul Bariyah dengan Raja Iskandar Zulkarnain. Putri Syahrul Bariyah merupakan puteri kepada Raja Kida Hindi yang di Islamkan oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan keturunan yang terbaik di kalangan raja-raja di benua India dan kepulauan Melayu di Nusantara, khususnya di dalam kesultanan Melayu Melaka. Anak lelaki Putri Syahrul Bariyah dan Raja Iskandar Zulkarnain, bernama Raja Aristun Syah berkahwin pula dengan puteri Raja Turkistan dan mendapat seorang putera dinamakan sebagai Raja Aftus. Keturunan dari Putri Syahrul Bariyah ini, akhirnya sampai kepada Raja Suran yang menyerang rantau Asia Tenggara (Gangga Negara) dan menurunkan keturunan Raja-Raja Melayu. Perkahwinan Raja Suran dengan Putri Mahtabul Bahri di dalam alam ghaib di bawah laut telah menghasilkan tiga orang putera lelakibernama Raja Aftabul Ard Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita dan Nila Utama.Peranan wanita yang dapat dikesan dalam perenggan ini adalah, wanita sebagai penerus warisan atau zuriat yang terbaik sehingga mengwujudkan sistem politik beraja yang terbaik dan disegani.Seterusnya, pada bab yangke sepuluh menceritakan mengenai pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik kesayangan Raja Iskandar Syah, raja di Singapura. Pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna tapa menyebabkan ayahnya membelot pada Betara Majapahit. Serangan tentera Majapahit dibantu oleh Sang Rajuna Tapa dengan membuka pintu kota pada waktu malam dan menyembunyikan bekalan beras sebagai makanan. Implikasinya, Raja Iskandar Syah terpaksamelarikan diri ke Muar apabila tenteranya mengalami kekalahan.Petikan ini membuktikan peranan wanita, walaupun hanya menjadi gundik seorang raja, namun kematiannya menyebabkan kehancuran sebuah negeri yang ditakluk oleh sebuah kuasa ketenteraan dari Majapahit.Dalam pada itu, peranan sepupu perempuan Raja Rekan dalam menaikkan Raja Ibrahim yang bergelar sebagai Sultan Abu Syahid dalam pemerintahan kesultanan Melaka menunjukkan permainan penting aspek politik di kalangan wanita tradisional. Akhirnya saudara sepupu Raja Rekan terbunuh dalam gerakan merampas kuasa untuk menaikkan Raja Kassim yang bergelar Sultan Muzaffir Shah.Petikan ini membuktikan peranan wanita yang berselindung di sebalik tabir untuk memerintah Melaka di sebalik tabir. Sultan terpaksa mengikut arahan saudara perempuan Raja Rekan untuk melantik Raja Ibrahim sebagai pengganti baginda serta peranan saudara perempuan Raja Rekan yang merupakan seorang wanita, mampu memerintah Melaka di sebalik tabir di dalam zaman yang dikuasai golongan lelaki. Petikan ini juga membuktikan kepintaran seorang wanita dalam merebut jawatan dan menguasai sistem politik di Melaka.Selain itu, Anak gundik Seri Nara Di Raja bernama Tun Nina Madi telah dilantik oleh Sultan Muzaffir Syah dengan gelaran Tun Bijaya Maha Menteri. Petikan ini menunjukkan, walaupun Tun Nina Madi adalah seorang anak lelaki dari seorang gundik, dia berjaya mendapat kepercayaan dari seorangSultan yang melantiknya memegang jawatan bergelar. Walaupun, ibunya seorang gundik kepada ayahnya, namun anak seorang gundik berjaya menaiki taraf sosial atau struktur sosial di dalam masyarakat feudal. Petikan ini jelas menunjukkan golongan wanita bertaraf rendah mampu menyediakan zuriat yang bakal memainkan peranan aktif dalam bidang politik.Selanjutnya, pada bab ke empat belas juga turut menceritakn peranan wanita. Sebagai contohnya, Puteri Raden Galoh Wi Kesuma melakukan pemilihan sendiri untuk mencari bakal suami. Putri Wi Kesuma memilih Kimas Jiwa yang merupakan putera Tanjung Pura yang berasal dari keturunan Bukit Seguntang. Perkahwinan ini mendapat seorang puteri bernama Raden Galuh Cendera Kirana yang berkahwin dengan Sultan Mansor Syah yang mengeratkan hubungan diplomatik dan mengelakkan serangan Majapahit ke atas Melaka.Perenggan ini membuktikan kebijaksanaan seorang puteri raja memilih bakal suami yang bakal menguasai sistem politik di Jawa dan wanita berperanan besar dalam mempereratkan perhubungan di antara dua buah negara yang bersengketaan.Akhir sekali, Maharaja China telah menghantar puterinya bernama Putri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansor Syah. Perkahwinan ini telah berjaya memberikan faedah perlindungan Dinasti Ming ke atas kerajaan kesultanan Melaka serta mengelakkan serangan tentera Siam ke atas Melaka berlaku.Perenggan ini menunjukkan perkahwinan diraja diantara seorang raja dari negera kecil dengan seorang puteri raja dari sebuah kerajaan yang masyhur akan memberikan kestabilan jangkapanjang kepada negara kecil tersebut, perkahwinan seumpama ini disebut sebagai perkahwinan politik diraja.Kesimpulannya, jelaslah menunjukkan wanita mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam Kerajan Melaka seperti yang telh diceritakan dalam karya Sejarah Melayu. Walaupun mereka merupakn golongan yang dikatakan lemah namun sekiranya mereka melakukan sesuatu boleh mendatangkan kesan yang begitu mendalam terutama sekali dalam bidang politik.

http://sebuahcatatansastra.blogspot.com/2009/02/kritik-sosial.htmlhttp://shafakallah.blogspot.com/2012/03/maksud-kritikan-sosial-dalam.htmlhttp://drmindailmu.blogspot.com/2009/07/kepentingan-budaya-ilmu-dalam.htmlhttp://merintisjalan.blogspot.com/http://bicarasastera.weebly.com/artikel-artikel-sastera.htmlhttp://members.tripod.com/nita_73/kritikansasteraA.html

KESIMPULANSejarah Melayu disusun oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Ini bermakna isi-isi bersejarah ataubukan bersejarah berkenaanraja-raja Melaka melingkupi masa hampir101 tahun selepas Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511. Bahan-bahan selama 101 tahun ini dimasukkan oleh Tun Seri Lanang kepada Hikayat Melayu yang lebih pendek. Sementara W.G. Shellabear pula menulis mengenai Sejarah Melayu pada 1896 di Singapura. Kesimpulan ini menceritakan mengenai Sejarah Melayu yang ditulis oleh W.G. Shellabear. Oleh itu, apabila mengkaji Sejarah Melayu sebagai hasil sastera lama yang bercorak sastera sejarah, patutdilihat dari duasegi atausudut. Pertama, Sejarah Melayu dengan unsur sejarahnya dan kedua Sejarah Melayu denganunsur bukan sejarah iaitu unsur sastera. Boleh dikatakan bahawa Sejarah Melayu tidak dapat dijadikan suatu sumber sejarah yang tepat, tetapi ia menjadikan satu sumber yang bernilai kiranya isi kandungannya dikaji.Walaupunsejarah melayusecara keseluruhannya merupakan sebuah buku mitos dan lagenda, tetapi disebalik mitos dan lagenda ini terdapat unsur-unsur sejarah.Di sebalik unsur-unsur sejarah, secara keseluruhan boleh dikatakan Sejarah Melayu adalah sebuah karya sastera lama yang dikategorikan di bawah karya sastera sejarah. Semestinya, Sejarah Melayu mempunyai unsur-unsur sastera. Kalau dihayati pengarang cuba melihatSejarahMelayudariperspektifkesusasteraan. Dari segi tujuan pengarang menulis Sejarah Melayu yang bertemakan kemegahan dan kesultanan melayu, dan secara keseluruhan cerita berpusat kepada golongan raja-raja serta pembesar-pembesar yang berlatarbelakangkan istana dan kawasan pemerintahan. Pengarang juga menyelitkan kisah-kisah bercorak mitos, lagenda, cerita rakyat, dan kisah-kisah sejarah yang dikatakan adalah unsur-unsur sastera walaupun ada yang bercorak sejarah.

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : MOHAMED QAMMARUL ANUARNO. MATRIK : 125135NO. IC : 930617-08-5093UNIT : SEJARAH

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaan-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kurusus Pendek bagi subjek Sejarah SJH3102, Pensejarahan Malaysia ini di bawah tunjuk ajar dan bimbingan En. Hasnul Hadi B. Tengah iaitu pensyarah kami yang amat disayangi dan dikasihi ramai pelajar terutama sekali bagi Unit Sejarah. Saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik sekali atas bimbingan beliau bersama pensyarah-pensyarah dibawah Jabatan Pengajian Sosial yang lain.Sepanjang saya menyiapkan tugasan iaitu dalam masa yang ditetapkan, saya telah berusaha untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dan mengikut kehendak soalan bagi subjek Pensejarahan Malaysia. Pelbagai-bagai cara telah saya lakukan untuk menyiapkan tugasan ini iaitu termasuk mencari maklumat daripada akhbar, internet, perpustakaan, arkib serta sumber-sumber lain. Melalui ini, saya dapat belajar dan mengetahui perkara-perkara baharu yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang terkandnung dalam karya Pensejarahan Melayu karangan W.G. Shellabear. Dalam pada itu, saya juga dapat menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai karya yang dikaji oleh saya dan kawan sepasukan saya ini dengan lebih mendalam terutama bagi aspek-aspek yang ingin dibincangkan seperti pembinaan jati diri bangsa, pembentukan masyarakat, kritikan social, pendidikan, pemikiran dan peranan wanita yang terkandung dalam Sejarah Malayu.Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar dan mengakses maklumat berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berkaitan denga aspek yang ingin dibincangkan dalam karya Sejarah Melayu yang saya kaji bagi menyiapkan kerja kursus ini daripada pelbagai sumber. Sebelum ini, saya memang tidak begitu cakna berkaitan dengan karya-karya lama seperti Sejarah Melayu ini dengan baik dan faham terhadap kandungan yang terdapat dalam karya tersebut. Namun, setelah ditugaskan melaksanakan tugasan ini dapatlah saya mengetahui peristiwa-peristiwa yang berkait rapat dengan aspek-aspek yang ingin dibincangkan dalam tugasan ini dengan mendalam. Oleh itu dapatlah saya mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam karya Sejarah Melayu tersebut dengan baik dan mendalam.Sememangnya, selaku manusia biasa kita tidak boleh mengelak daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan. Begitu juga dengan saya, terdapat beberapa kelemahan dalam saya menyiapkan tugasan ini antaranya ialah kekurangan sumber dan bahan rujukan. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini, saya tepaksa berkongsi sumber dengan sahabat-sahabat yang lain kerana bahan rujukan yang begitu terhad. Selain itu, kami juga telah menggunakan Internet sebagai bahan rujukan lain. Kemudian, perasaan tidak yakin yang terdetik walaupun sedikit, kerana ini adalah tugasan yang penting bagi saya. Hal ini demikian kerana tugasan ini akan memberikan markah sebanyak 50%. Jadi, format dan teknik keseluruhan menyiapakan tugasan ini begitu kurang, namun ianya dapat diatasi dengan mendapatkan maklumat daripada pensyarah dan rakan-rakan. Ini merupakan satu proses belajar yang seharusnya saya pelajari untuk masa depan. Dalam pada itu juga, saya juga telah meminjam beberapa buku daripada pensyarah saya bagi mendapatkan idea dan maklumat terhadap peristiwa-peristiwa yang dapat dikaitkan dengan aspek-aspek yang ingin dibincangkan dalam tugasan tersebut dengan lebih jelas.Kekuatan yang ada sepanjang saya menyiapkan tugasan ini adalah pengurusan masa yang begitu baik dan sistematik. Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan ini sebelum waktu yang ditetapkan dengan penuh ketenangan tanpa menghadapi masalah yang begitu ketara. Seterunya, saya menggunakan carta, rajah dan grafik-grafik dalam menyiapkan sinopsis pengumpulan maklumat dan dengan cara ini pemahaman kepada pembaca lebih mudah dan jelas. Saya turut menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat seperti Internet, buku rujukan, artikel daripada akhbar, kolabratif bersama para pensyarah dan sebagainya. Kaedah ini telah menyebabkan saya dapat memahami tentang proses pembinaan Negara bangsa yang saya dan ahli kumpulan kaji secara mendalam walaupun ini adalah kali pertama saya menerima tugasan sebegini.Dalam pada itu, sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini telah banyak ilmu baru yang saya peroleh terutam berkaitan dengan Sejarah Melayu dengan lebih mendalam. Sepanjang menyiapkan tugasan ini telah banyak saya mengetahui peristiwa yang telah berlaku semasa zaman Melaka yang telah dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Dalam pada itu saya juga dapat mengerti setiap aspek yang ingin dibincangkan dalam tugsan tersebut dengan baik tanpa menghadapi masalah. Pada masa yang sama, saya juga dapat mengaitkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dengan aspek yang ingin dibincangkan oleh kumpulan saya bagi menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga telah berpeluang untuk membaca teks asal Sejarah Melayu. Walaupun bahasa yang diguna pakai amat menyukarkan saya namun ini merupakan pengalaman pertama yang saya peroleh sepanjang hidup saya.Akhir kata, dengan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya, saya mengharapkan agar saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari agar dapat saya menyiapkan diri saya dengan kemahiran dan kaedah tertentu dalam proses pembelajaran dan pengajaran dari semasa ke semasa agar dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dari pelbagai aspek. Khusunya bagi subjek major saya iaitu Sejarah yang mana begitu berkait rapat dengan Pensejarahan Malaysia.

REFLEKSI DIRI

NAMA:MUHAMMAD IRFAN IMANULLAH BIN MOHD BASIUNI. NO I/C:930525-03-5531. NO MATRIKS:125146.Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengenali diri saya ini. Terlebih dulu saya mengucapkan bebanyak syukur dan terima kasih kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami sekumpulan berjaya menyiapkan kerja khusus ini. Saya juga mengucapkan bebanyak terima kasih kepada ibubapa saya iaitu Mohd Basiuni bin Yaacob dan Noorleyda binti Ahmad kerana telah membantu saya dengan memberi sokongan moral dan memberi nasihat yang berguna kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini. Saya juga mengucapkan bebanyak terima kasih kepada pensyarah kami Encik Hasnul Hadi bin Tengah kerana membantu kami sekumpulan dengan memberi idea dan bantuan kepada kami untuk menyiapkan kerja khusus ini. Akhir sekali, saya mengucapkan juga bebanyak terima kasih kepada rakan-rakan seperti Irwan, Azami, Asad, Kamil dan lain-lain yang telah banyak membantu kami sekumpulan untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini.Pengalaman saya dalam menjalankan tugasan ini ialah bermula dengan taklimat kerja khusus oleh pensyarah sejarah kami iaitu Encik Hasnul Hadi bin Tengah mengenai tugasan yang perlu dihasilkan. Setelah mendengar taklimat daripada pensyarah saya bersama-sama dengan ahli kumpulan berbincang mengenai tajuk kerja khusus yang diberikan kepada kami bagi subjek SJH 3102 Pensejarahan Malaysia iaitu mengupas dengan lebih lanjut mengenai sastera sejarah dalam karya agung yang kami pilih iaitu Sejarah Melayu. Setelah mengadakan perbincangan, kami kemudiannya berkumpul untuk membahagikan tugasan antara ahli kumpulan. Kami memulakan dengan mencari bahan rujukan untuk digunakan sebagai rujukan dalam tugasan yang telah dibahagikan. Bahan rujukan yang kami pilih antaranya ialah buku Sejarah Melayu karya W.G.Shellabear. Dengan berkat kesabaran serta ketekunan, akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan kerja khusus ini.Kekuatan dan kelebihan dalam meyiapkan tugasan kerja khusus ini ialah kami dapat mengenalpasti dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai konsep dan ciri-ciri sastera sejarah. Konsep dan ciri-ciri sastera sejarah penting dalam menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai sesuatu karya agung dalam sejarah. Dengan menghasilkan tugasan kerja khusus ini kami sekumpulan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai isi kandungan karya agung yang dipilih. Karya agung yang kami pilih ialah Sejarah Melayu. Kami menghuraikan karya agung ini kepada beberapa aspek iaitu daripada segi pembinaan jati diri, pembentukan masyarakat, kritikan sosial, pendidikan, pemikiran serta peranan wanita dalam karya agung yang telah dipilih. Ini menambahkan pengetahuan saya mengenai Sejarah Melayu ini bukannya sahaja hasil sejarah semata-mata tetapi juga mengenai sastera juga. Berdasarkan huraian yang telah diberikan berdasarkan aspek di atas dapatlah lagi memantapkan pengetahuan kami sekumpulan mengenai konsep dan ciri-ciri sastera sejarah serta memahami dengan lebih lanjut isi kandungan Sejarah Melayu. Bagi kelemahan yang terdapat setelah menyiapkan tugasan kerja khusus ini ialah kurangnya mendapat pendedahan yang menyeluruh tentang tajuk yang ada di dalam kerja khusus ini. Misalnya sesuatu tajuk itu tidak dikupas dengan menyeluruh dan lebih teliti.Ini sekaligus menyukarkan lagi tugasan yang perlu disiapkan ini. Selain itu,kelemahan yang terdapat setelah saya menyiapkan kerja khusus ini ialah kadang-kala tajuk yang terdapat dalam kerja khusus ini tidak difahami dengan lebih jelas antara ahli kumpulan. Ini menyukarkan lagi tugasan untuk menyiapkan kerja khusus ini. Tetapi kami sekumpulan mengatasinya dengan cara berbincang bersama-sama dan bertanyakan pendapat masing-masing beserta dengan merujuk beberapa bahan rujukan untuk mendapat maklumat yang dikehendaki. Penambahbaikan yang ingin saya cadangkan bagi memantapkan lagi tugasan kerja khusus ini pada masa hadapan ialah pensyarah yang terlibat perlulah memberikan huraian dan ulasan yang menyeluruh tentang sesuatu tajuk agar menyenangkan tugasan para guru pelatih untuk menyiapkan tugasan ini pada masa hadapan. Selain itu,pensyarah juga dicadangkan agar dapat meluangkan lebih masa dengan dapat membantu kami para guru pelatih dalam menyiapkan tugasan kerja khusus ini dengan jayanya serta memastikan penyiapan kerja khusus ini berjalan dengan lancar. Sekian terima kasih.


Top Related