edu 3038 isl 14

Upload: nora-hafizah

Post on 25-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 EDU 3038 ISL 14

    1/1

    Kumpulan 4

    (Nora, Nissa, Subang)

    Tugasan Pembelajaran Kendiri Minggu 14

    Bagaimana PPD dapat menyokong perkembangan anda sebagai guru sekolah?

    PPD diperakui mampu mencorakkan kemajuan, menjana peningkatan kualiti

    profesionalisme guru-guru, dan melonjakkan prestasi akademik dan kualiti

    pendidikan di sekolah. Hal ini kerana, PPD mewakili P! dalam segala urusanpentadbiran jabatan di peringkat daerah dan bertanggung jawab mengenai

    perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah serta menggariskan dasar

    pentadbiran sekolah peringkat daerah.

    PPD juga bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di

    sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan "#$$ dan "uru

    "anti serta mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan

    kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan. Pemantauan

    terhadap semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah juga

    membantu dalam proses perkembangan seorang guru untuk mempertingkatkan

    prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah dalam daerah.

    %erjasama PPD dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan

    akti&iti di peringkat daerah pelajaran adalah penting untuk guru dan sekolah dan

    mampu mewujudkan kolaberasi antara sekolah.

    . PPD juga mempunyai peranan penting dalam memberikan bimbingan kepada

    guru-guru dan pengetua. Data yang dikumpulkan PPD adalah bagi tujuan

    pemantauan bagi penambahbaikan prestasi sekolah dan penempatan semula

    sumber kepada sekolah yang lebih memerlukan.