esei azhari
TRANSCRIPT
7/25/2019 esei azhari
http://slidepdf.com/reader/full/esei-azhari 1/2
Ciri-ciri Penulisan Sejarah
Objektif Penulisan
Melalui sebuah kajian, tentunya ia mengandungi motif atau tujuan. Motif atau
tujuan ini kemudiannya dikenali sebagai objektif. Dengan kata lain, objektif penulisan
ini merupakan sebab-sebab sesuatu kajian dijalankan. Contohnya, Mei Ling telah
membuat sebuah kajian tentang kaedah penyediaan dan pemasaran kuih bahulu
serta perkembangannya. Maklumat yang direkodkan membolehkannya mengenali
kegiatan ekonomi tradisional tersebut dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu, objektif
kajiannya adalah untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang kegiatan ekonomi
tradisional di Malaysia. Sama seperti kajian kes, penulisan Sejarah juga mempunyai
objektif kajiannya yang tersendiri iaitu sebab apa penulisan Sejarah ini dituliskan.
Laras Bahasa
Laras bahasa adalah suatu kesesuaian antara bahasa itu sendiri dengan
pemakaiannya. Dengan kata lain, suatu bahasa harus sesuai dengan pemakaiannya.
Contohnya, jika dalam hal penulisan karya sastera seperti puisi dan pantun, maka
laras bahasa yang digunakan adalah laras puisi atau pun laras pantun. Sebaliknya,
jika bahasa digunakan dalam hal penulisan ilmiah, maka laras bahasa yang
digunakan adalah laras ilmiah. Oleh itu, boleh dikatakan laras bahasa memiliki ciri
dan gaya penulisannya sendiri yang dapat disampaikan baik dalam bentuk tulisan
mahu pun penulisan.
erdapat beberapa jenis laras bahasa iaitu laras akademik, laras undang-
undang, laras media massa dan sebagainya. !amun, dalam penulisan Sejarah, kami
hanya menggunakan satu jenis laras bahasa sahaja iaitu laras akademik. Laras
akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu
yang diperkatakan. "ntaranya ialah laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan
sebagainya. Sebagai contoh, penulisan Sejarah telah menggunakan laras sasterayang terkandung dalam laras akademik. erdapat lapan ciri laras bahasa akademik
iaitu menggunakan nada formal dan objektif, menggunakan sudut pandangan orang
ketiga, menggunakan bahasa standard atau formal, memanipulasi penggunaan
ragam pasif, menghindari penggunaan kata yang ekstrim serta mengelak
menggunakan perkataan muba#ir.
Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga
mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. $e#anya, bidang yangdiperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara
1
7/25/2019 esei azhari
http://slidepdf.com/reader/full/esei-azhari 2/2
kedua-duanya. Misalnya, apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita
sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej
yang ingin disampaikan, %atak dan per%atakan unsur termasuk personifikasi dan
metafora. Selain itu, terdapat beberapa ciri laras sastera iaitu menggunakan istilah
khusus dalam bidang sastera, mementingkan keindahan kata-kata &bahasa figuratif
seperti metafora, personifikasi', menggunakan gaya cipta atau imaginasi pengarang
serta menggunakan ayat majmuk untuk memberi penjelasan.
2