folio kh tanaman hiasan

Upload: norazuinmohdsahar

Post on 15-Oct-2015

116 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

FOLIO KEMAHIRAN HIDUP

TANAMAN HIASANFARIS NAJMI BIN ALIAS4 NEPTUNE

UNTUK PERHATIAN:PN. AZWANI MOHAMMADGURU KEMAHIRAN HIDUPTAHUN 4 NEPTUNE

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. maka saya, Faris Najmi bin Alias telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan Folio Kemahiran Hidup sebagai sebahagian daripada syarat Peperiksaan Akhir tahun 2013. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu Puan Azwani Mohammad kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini sehinggalah saya berjaya melaksanakannnya. Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat-amat saya hargai. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Alias b Abed dan Puan Norazuin Mohd Sahar kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya sanjungi.Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya dari kelas 4 kerana telah bekerjasama dan membantu saya sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang saya hadapi semasa menyiapkan folio ini. Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi ini amat bermakna buat diri saya. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Faris Najmi Bin Alias24 September, 2013

Biodata Saya

NAMA : Faris Najmi b. Alias UMUR : 10 tahunTARIKH LAHIR: 2 Disember 2013NAMA AYAH : Alias b AbedNAMA IBU : Norazuin Mohd SaharBILANGAN ADIK-BERADIK: 3 orangCITA-CITA: UsahawanHOBI: Bersenam FALSAFAH DIRI : Berusahalah tanpa kenal erti jemu

JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN

POKOK RENEK POKOK BUNGA SEMUSIM POKOK PALMA

POKOK RENEK

Pokok renek atau belukar ialah tumbuhan berkayu secara hortikultur berbanding botani, dibezakan dengan pokok biasa dengan jumlah batangnya yang banyak dan lebih rendah, selalunya kurang daripada 5-6 m tinggi. Kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek ini selalunya digelar sebagai semak samun.Contoh pokok renek:

Pokok bunga rayaNama saintifik: Hibiscus rosa-sinensis

Pokok bunga kertasNama saintifik: Bougainvillea

Pokok siantanNama saintifik : Ixora

POKOK BUNGA SEMUSIM

Pokok bunga semusim semakin popular di Malaysia dan banyak ditanami di negara yang beriklim sejuk. Ia merupakan tumbuhan yang hidup dalam jangka masa yang singkat iaitu kitar hayat yang kurang dari setahun dan mati selepas berbunga. Tumbuhan ini rendah dan batangnya tidak berkayu serta mudah ditanam dan dibiakkan melalui biji benih.Terdapat pelbagai jenis warna dan bentuk yang menarik minat sesiapa sahaja apabila memandang ke arahnya. Sayangnya, pokok jenis ini hanya berbunga sekali sahaja.Contoh pokok bunga semusim:

Pokok bunga balung ayamNama saintifik : Celosia argentea

Pokok bunga keembongNama saintifik : Impatiens balsamina

Pokok bunga matahariNama saintifik : Helianthus annuus

POKOK PALMA

Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasan iklim tropika dan subtropika. Di kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni taman disebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian.

Contoh pokok palma:

Pokok pinang rajaNama saintifik: Crytostachys lakka

Pokok kelapa gadingNama saintifik : Cocos Nucifera Eburnea

Pokok pinang manilaNama saintifik : Veitchia merillii

PENUTUP

Kita haruslah mengetahui dengan menanam tanaman hiasan atau pokok hiasan mempunyai banyak kebaikannya. Jika tanaman hiasan ditanam di halaman rumah kita maka ini akan mewujudkan pemandangan yang ceria dan indah. Ini akan membuat kita merasa tenang dengan melihat bunga-bungaan yang pelbagai warna dan indah yang dapat menghiburkan hati kita. Ini sekaligus dapat menghilangkan tekanan yang kita hadapi. Di samping itu juga, semasa kita melakukan aktiviti menanam tanaman hiasan, sekurang-kurangnya kita telah melakukan sedikit senaman untuk diri kita sendiri. Kita juga akan mendapat bekalan udara tambahan yang cukup segarSelain daripada itu, melakukan aktiviti ini sebenarnya dapat memanfaatkan masa lapang seseorang itu. Di samping dapat mewujudkan rasa keinsafan pada diri kita dengan melihat ciptaan Allah yang luar biasa.