folio sejarah tingkatan 3

Upload: muhd-syazani-satri

Post on 12-Oct-2015

198 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Folio Sejarah Tingkatan 3 (2013). Kegiatan Ekonomi Tradisional : Belacan.

TRANSCRIPT

INTERNET

BelacanDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Belacanmerupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripadaudang geragauatau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi.[1]WilliamMarsden, turut memasukkan perkataan Belacan dalam bukunya "A DictionaryoftheMalayanLanguage" terbitan tahun 1812.[2]Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya.[3]however, Maupun begitu, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.[4],[5]Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkansambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.Proses pembuatan belacan[sunting]Cara membuat belacan bermula dengan mendapatkan bahan mentah utama iaitu udang. Ia berbeza bagi setiap tempat iaitu di Melaka dan Kukup, Johor mereka menggunakan udang geragau manakala di Pulau Pinang dan di Sarawak dan Sabah mereka akan menggunakan udang kecil. Udang ini dibersihkan dari kekotoran seperti tanah, pasir, batu dan buang kulit kepala bagi udang yang agak besar dan keras untuk mendapatkan isinya. Gunakan garam berkualiti dari jenis Garam Halus yang bersih dan putih. Secara tradisional kadar garam yang digunakan adalah sebanyak 10% daripada kuantiti isi udang yang hendak digunakan. Contohnya jika kita mempunyai sebanyak 50 kilogram udang maka sebanyak 5 kg garam halus digunakan untuk dapatkan belacan yang berkualiti.Cara membuat belacan berbeza mengikut jenis udang dan teknologi pengeringan serta jenis alatan memproses yang digunakan. Di Melaka, pembuat mengaulkan bahan udang dengan garam halus sehingga rata. Susun atau letakkan udang yang telah dicampur garam diatas lantai jemuran (Nyiru atau tikar pandan yang sesuai) setebal 1.0-1.5 cm (Lihat foto sebelah). Udang ini dijemur sehingga menjadi separuh kering. Langkah seterusnya adalah untuk mengisar udang bergaram separuh kering tadi sehingga separuh hancur dengan sedikit air. Ada yang menumbuk dalam lesung jika tiada mesin kisar (Kaedah Tradisional). Kemudian campuran tadi dimasukkan kedalam kain dan dimasukkan kedalam bekas atau tong dan ditindih dengan pemberat untuk mempadatkannya dan diperam selama satu minggu ditempat sesuai.Selepas dipadatkan selama satu minggu keluarkan dari bungkusan kain dan jika masih agak basah jemur lagi. Kemudian campuran tadi dikisar sekali lagi sehingga mendapatkan ramuan yang lebih halus dan ulang semula membungkus dalam kain dan dipadatkan dan diperam selama seminggu lagi. Setelah itu ulang cara tersebut beberapa kali dan proses pembentukkan belacan dibuat sama ada Bentuk Bulat Leper (diameter antara 20 - 50 cm dengan ketebalan 1.5 - 3.0 cm) atau bentuk bongkah. Jemur belacan ini sehingga agak kering dan sesuai untuk dibuat penggreddan dan seterusnya dibungkus, di label dan boleh dipasarkan. Keseluruhan proses membuat belacan adalah antara 3 minggu (proses mudah) sehingga 8 minggu (menggunakan bahan udang besar) dan bergantung kepada jenis peralatan untuk memproses yang digunakan.Isu-isu berkenaan belacan[sunting]Belacan yang dijual di kedai runcit, di tepi jalan atau pun dipasarayalazimnya dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Pengguna harus bijak dalam memilih dan membeli belacan dengan memeriksa bungkusan, tarikh tamat tempoh, tanda halal, nama pembuat dan juga baunya. Ada sesetengah pembuat belacan tidak menjaga kebersihan ketika menjemur belacan yang diletakkan di atas tanah sahaja atau di atas para yang rendah dan binatang seperti anjing, ayam kucing serta lalat lalu lalang dan singgah merasa belacan dijemur tersebut. Peminat belacan juga diminta berhati-hati kerana ada pengusaha mencampurkan bahan pewarna berbahaya seperti 'Rhodamine B' yang boleh menyebabkan kanser untuk mencantikkan warna belacan yang lebih menarik. Pilih belacan yang telah dibungkus dengan baik dan ketat serta dilabel dengan lengkap untuk dirujuk. Antara jenama belacan popular di Malaysia seperti Belacan Melaka, Belacan Penang, Belacan Bintulu dan juga Belacan Sabah.

http://ms.wikipedia.org/wiki/BelacanBahan-bahan ( 4 orgmkn )1. satu mangkuk kecil chili padi2. 3-4 biji bwg merah3. setengah genggam ikan bilis - ygdh kupas yer4. 1-2 inci belacan5. garam secubit6. pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit7. 2 sudu minyak masak8. limau kasturi - hana xde limau kasturi so lemon jek yg ada. tpdcadangkan lagi sedap ngan limau kasturiCara-cara1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmgsodappp....3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tkyah la.. amik jus nyerjer..4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicahngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!5. SeLamaTMencuBe.

http://www.myresipi.com/top/detail/5323

AKHBAR

Nama Akhbar: Sinar HarianTarikh : 9 Februari 2008M / 2 Safar 1429HMuka : T4

p

ORANG SUMBER

Orang Sumber:Nama:Hussin bin MaidinUmur:65 TahunNo K/P:480426-09-5009Alamat:36, Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis,02000 Kuala Perlis,Perlis.

Temu bual bersama orang sumberSaya:Assalamualaikum.Encik Hussin:Waalaikumussalam.Saya:Saya ditugaskan untuk melaksanakan kerja kursus sejarah berkenaan perusahaan tradisional tempatan di Negara kita. Saya telah memilih produk belacan yang diusahakan encik sebagai kajian. Bolehkah saya mengajukan beberapa soalan berkenaan produk belacan ini?

Encik Hussin:Tentu sahaja. Silakan.Saya:Sejak bilakah Encik Hussin mula menceburi bidang penghasilan belacan?Encik Hussin:Saya telah menceburi bidang ini secara aktif sejak tahun 2000 lagiwalaupun secara dasarnya, saya sebenarnya telah mewarisi perniagaan ini daripada datuk saya dan mula belajar darinya sejak usia remaja lagi.Saya:Bagaimanakah Encik Hussin mendapat modal bagi memulakan perusahaan ini?Encik Hussin:Saya hanya menggunakan modal sendiri daripada wang simpanan saya ketika bekerja dahulu.Saya:Adakah Encik Hussin menghadapi sebarang persaingan dalam perniagaan ini?Encik Hussin:Walaupun kedai kami terletak hanya bersebelahan dengan kedai-kedai lain, namun persaingan tidak wujud kerana pelanggan-pelanggan kami merupakan pelanggan tetap.Saya:Apakah masalah utama bagi perusahaan membuat belacan ini?Encik Hussin:Satu-satunya masalah bagi perusahaan ini adalah hujan. Memandangkan belacan yang selesai diproses perlu dijemur dan dijual dengan segera.Saya:Sepanjang menjalankan perusahaan ini, adakah syarikat Encik Hussinpernah mengalami apa-apa kerugian?Encik Hussin:Syarikat H.M Belacan Enterpise ini belum pernah lagi mengalami kerugian sepanjang 13 tahun saya mengusahakannya.

Saya:Itu sahaja soalan dari saya, terima kasih atas kesudian Encik Hussinmenjawab soalan-soalan saya.Encik Hussin:Sama-sama.

MELAWATTEMPATKAJIAN

Melawat tempat kajian. Dalam bulatan : Penulis.

Papan Tanda H.M Belacan.

Mesin yang digunakan bagi menghancurkan udang.

Belacan diperam di dalam tong selama seminggu.

Acuan belacan.

Belacan yang telah siap dibentuk dijemur.

TAJUK KAJIAN:BELACANKEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL

Senarai Kandungan

BILKANDUNGANHALAMAN

1Tajuk Kajian16

2Senarai Kandungan17

3Penghargaan18

4Objektif Kajian19

5Kaedah Kajian20

6Hasil Kajian21 - 24

7Rumusan25

8Lampiran26 31

9Rujukan32 - 33

PenghargaanSyukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan-Nya, dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus PMR dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberi manfaat kepada diri saya dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman semasa melaksanakan kerja kursus ini dan pada masa hadapan.Saya, Muhammad Syazani bin Satri, kad pengenalan bernombor 980118-02-5665, ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Tuan Pengetua, Ustaz Mukhtar bin Kassim. Lautan penghargaan juga saya rakamkan kepada guru Sejarah saya, Cik Cempaka binti Yaakob atas usaha, bimbingan, dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda, Satri bin MdSaad, dan bonda, Sobriah binti Salleh atas pengorbanan dari segi moral dan kewangan yang telah dicurahkan amat membantu dalam menjayakan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan, NasrunHaziq, Helmi Hakim, FakhrudinAfif, Ikmal Hakim, dan AkifIbadillah yang telah membantu dalam memberikan buah fikiran, cadangan serta komen yang membawa kepada penambahbaikan dalam kerja kursus ini

Objektif Kajian1. Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.2. Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah3. Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.4. Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

Kaedah KajianTerdapat 4 kaedah kajian yang saya telah lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2013 . Maklumat adalah seperti di bawah.I. Temu Ramah:Saya telah menemu ramah Encik Hussin yang mengusahakan perusahaan penghasilan belacan bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.II. Melayari Internet :Saya telah menggunakan Internet sebagai medium bagi mengetahui perkara-perkara berkenaan dengan ekonomi tradisional dengan lebih mendalam.III. Penyelidikan :Saya telah menyelidik beberapa akhbar bagi mencari maklumat yang lebih lanjut yang pernah ditulis berkaitan belacan.IV. Melawat Tempat Kajian :Saya telah mempraktikkan kaedah ini dengan melawat tempat penghasilan dan pemprosesan belacan di Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis pada 20Mac 2013.

HASIL KAJIAN

Maklumat Asas Produk

H.M Belacan Enterprise merupakan organisasi yang menjalankan perniagaan belacan yang berkonsepkan makanan tradisional . Ianya terletak di Sungai Berembang , Kuala Perlis . Pemilik H.MEnterprise, Hussin Bin Maidin bermula dengan bekerja sambilan dalam penghasilan produk belacan dan kini beliau telah 13 tahun berkecimpung dalam perniagaan ini yang telahpun menjadi sebuah perniagaan yang maju . H.M BelacanEnterprise telah mengalami proses tranformasi yang memperlihatkan kesungguhan pemiliknya dalam memperkembangkan perniagaan beliau sehingga ke tahap yang membanggakan . H.M BelacanEnterprisekini mampu menghasilkan produk berjenama sendiri iaitu H.M Belacan atau HussinMaidin Belacan Enterprise yang bermutu dan dikenali ramai.Latar Belakang

Encik Hussin Bin Maidin telah mendapat pendedahan awal tentang proses penghasilan belacan melalui datuknya yang mewarisi perusahaan belacan ini secara turun temurun. Beliau telah mempelajari kaedah dalam bidang penghasilan belacan secara tidak langsung dari datuknya. Selepas datuknya berada di usia emas, beliau telah mengambil alih perusahaan datuknya memandangkan ayahnya tidak berminat. Keputusannya menyelamatkan perusahaan turun temurun keluarganya ternyata membuahkan hasil yang lumayan . Kini , H.M Belacan Enterprisemenjadi sebutan ramai sehingga terkenal di seluruh Malaysia hingga mampu mencapai tempahan sebanyak dua hingga tiga ribu dari seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.Punca dan Jumlah Modal

Perniagaan ini bermula dengan menggunakan modal persendirian dengan memulakan perusahaan ini secara kecil-kecilan . Setelah mula mendapat sambutan, H.M Belacan mula menaikkan kualiti bahan dengan modal RM 3 bagi sekilogram udang. Dengan membeli 140 kilogram udang bagi setiap tempahan dan pembelian sebuah mesin pengisar yang menggunakan elektrik, jumlah modal bagi sekali pemprosesan adalah lebih kurang RM430.

Kaedah Penghasilan

Hanya 6 orang pekerja yang diupah. Mereka juga terdiri dari ahli keluarga . Bahan-bahan untuk membuat belacan ini ialah udang bubuk yang bersaiz kecil dan garam . Manakala peralatan yang digunakan ialah sebuah mesin pengisar dan beberapa acuan. Kaedah penghasilan H.M Belacanadalahsepertiberikut:

140 Kilogram Udang Bubuk yang dibeli dari Perak digaul dengan 93 Kilogram garam kasar iaitu menggunakan nisbah 3:1. Udang yang telah digaul garam akan diperam di dalam tong-tong bersaiz sederhana dan dipindahkan ke tempat khas bagi proses pemerapan berlaku selama dua malam atau 48 jam. Setelah diperam, udang tersebut diratakan di atas para untuk dijemur. Proses ini mengambil masa selama sehari atau 24 jam pada keadaan yang optimum. Udang yang selesai dijemur dikisar di dalam mesin hingga separuh hancur. Ini bagi memudahkan proses seterusnya. Udang yang dimesin separuh hancur tersebut kemudiannya diperam untuk kali kedua selama seminggu. Setelah itu, udang tersebut dijemur untuk kali kedua bagi memastikan rasa belacan yang enak apabila selesai diproses nanti dan merupakan keunikan H.M Belacan. Selesai dijemur, hancuran udang tersebut dibersihkan dari benda asing yang mungkin merosakkan kualiti H.M Belacan yang amat dipercayai. Udang Bubuk yang separuh hancur itu dimesin sekali lagi untuk menghancurkannya hingga sehalus mungkin. Selesai dimesin, hancuran itu kemudian ditimbang dan diacu mengikut gram. Antara acuan yang ada ialah bagi 130, 260, dan 600 gram. Hancuran belacan yang ditimbang bagi sekilogram puladikepalmembentuksfera.

Perkembangan Produk

Produk belacan yang dijual selalunya mendapat sambutan yang hangat. Produk ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sepanjang tahun dan sambutan juga bertambah di musim perayaan dan cuti panjang. Walaupun H.M. Belacan berada hanya bersebelahan dengan beberapa jenama produk belacan yang lain seperti Belacan Madu Enterprise dan Belacan Bayu AA, H.M. Belacan tidak mendapat apa-apa saingan. Hal ini kerana H.M. Belacan telah lama beroperasi dan dikenali ramai selain dari rasanya yang unik dan tiada bandingan. Pemilik H.M. Belacan Enterprise, Encik Hussin bin Maidin juga berharap produknya dapat dikembangkan keluar negara, memandangkan dewasa ini, ramai pelancong mula meminati makanan tempatan di Malaysia.

RumusanSetelah menjalankan kajian berkaitan kegiatan ekonomi tradisional ini, saya berpendapat bahawa syarikat H.M. Belacan Enterprise ini mampu melangkah lebih jauh dan mencorak masa hadapan yang baik oleh kerana kesungguhan yang tinggi pemiliknya dan pekerja-perkerjanya. H.M. Belacan juga mampu menjadi syarikat yang dipercayai oleh kerana kaedah penjagaan mutu produk syarikat ini amat memuaskan. Daripada kajian ini, saya mendapati setiap kejayaan yang manis itu merupakan hasil dari kesungguhan dan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya. Di samping itu, melalui kajian ini juga, saya mendapati bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan memerlukan usaha gigih yang berterusan selain ikatan kekeluargaan yang memainkan peranan yang penting bagi memastikan berjayanya sesuatu produk itu.

LAMPIRAN

Kawasan Kajian

Petunjuk :KawasanKajian :Kampung Sungai Berembang

Belacan yang telah dimesin hingga hancur.

Belacan yang diperam ditandakan dengan nombor.

Belacan seberat 130 gram disimpan.

Acuan belacan disimpan dengan kemas.

Lakaran Tangan Belacan

RUJUKAN

Rujukan :1. Internet :

a) http://ms.wikipedia.org/wiki/Belacanb) http://www.myresipi.com/top/detail/5323

2. Orang Sumber :

Encik Hussin bin Maidin, 65, No. 36, Kampung Sungai Berembang, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

3. Melawat Tempat Kajian :

H.M. Belacan Enterprise, Kampung Sg. Berembang, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsaMalaysia.Berikan pendapat anda.

Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka.Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan ekonomi tradisional seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan.Dengan sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan salingberganding bahu membangunkannegaradalam bidang ekonomi.Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masihtabah menghadapi cabarandan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran.Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yangpeka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negaradan sedia membangunkan ekonomi tradisional kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan .Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani,pekebun , nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.Kesimpulannya kita wajarbersyukur sebagai warganegaranegara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian.

36