forum kajian penyelidikan 2014

Upload: ijodsofi

Post on 09-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian semasa

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A

1. Pembolehubah ialah suatu simbol yang diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah. Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan. Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya. Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai pembolehubah dikotomi.(Sidek Mohd Noah. (2002). Reka bentuk Penyelidikan: Falsafah,Teori dan Praktis.Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia)

2. Pemboleh ubah bersandar merupakan faktor yang diperhatikan dan diukur untuk menentukan kesan pemboleh ubah tidak bersandar dan tidak boleh dimanipulasi. (Shaifol Bahary, & Hasnul Faizal. (2011). HBEF4303 Projek Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia)

3. Contoh-contoh pemboleh ubah bersandar ialah :a. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal, maka pembolehubah bersandarnya adalah minat membeli. Bagaimana berpengaruhnya warna merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut. (Shaifol Bahary, & Hasnul Faizal. (2011). HBEF4303 Projek Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia)b. Jumlah jam belajar diubahsuai untuk mendapatkan kesan pencapaian yang berbeza. (Shaifol Bahary, & Hasnul Faizal. (2011). HBEF4303 Projek Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia)

4. Pemboleh ubah tidak bersandar pula merupakan faktor yang diukur, dimanipulasi atau dipilih oleh penyelidik bagi mengetahui wujud sebarang hubungannya dengan fenomena yang diperhatikan. Kesan yang diukur akibat daripada manipulasi yang dilakukan terhadap pemboleh ubah tidak bersandar. (Shaifol Bahary, & Hasnul Faizal. (2011). HBEF4303 Projek Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia)

5. Contoh-contoh pemboleh ubah tidak bersandar ialah :a. Kesan pencapaian adalah hasil dari jumlah jam belajar yang diubahsuaib. Kesan dua kaedah pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar(Shaifol Bahary, & Hasnul Faizal. (2011). HBEF4303 Projek Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia)

6. Pertimbangan yang perlu dilaksanakan apabila memilih pemboleh ubah ialah :a. Pemboleh ubah yang dipilih perlu berkaitan dengan soalan penyelidikanb. Pemboleh ubah yang tiada kepentingan peribadi

BAHAGIAN B

1. Sampel ialah kumpulan(orang, institusi, tempat, atau fenomena)yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali sebagaipopulasidan240 orang pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagaisampel. Sampel sebahagian daripada populasi, dalam kata lain, sampel diambil daripada daripada populasi bagi menjadi wakil kepada populasi tersebut.(Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Kaedah Penyelidikan). Kuala Lumpur:McGraw-Hill.

2. Jenis-jenis sampel

i. Sampel Kebarangkaliana. Sampel Rawak Mudahb. Sampel Sistematikc. Sampel Rawak Berlapisd. Sampel Kelompok

ii. Sampel Bukan Kebarangkaliana. Sampel Secara Kebetulanb. Sampel Bertujuanc. Sampel Kuotad. Sampel Bola Sajie. Sampel Kes Kritikalf. Sampel Variasi Maksimum

(Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Kaedah Penyelidikan). Kuala Lumpur:McGraw-Hill.

3. Pertimbangan yang perlu dilaksanakan apabila memilih sampel dan saiz sampel i. Menyediakan senarai subjek populasiii. Melabelkan subjek-subjek populasi mengikut angkaiii. Memilih subjek secara rawakiv. Memilih respondenv. Mengatasi masalah responden yang hilang

(Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Kaedah Penyelidikan). Kuala Lumpur:McGraw-Hill.