full paper ic-daim 2010

18
7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010 http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 1/18 See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/215649912 Peperangan Nabi Muhammad S.A.W. : Analisa Strategi Peperangan Dan Pertahanan CONFERENCE PAPER · JANUARY 2010 READS 3,383 4 AUTHORS, INCLUDING: ahmad azan Ridzuan National Defence University of Malaysia 5 PUBLICATIONS 2 CITATIONS SEE PROFILE Hasan Al-Banna Mohamed National Defence University of Malaysia 92 PUBLICATIONS 27 CITATIONS SEE PROFILE Aman Daima Md Zain Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA 14 PUBLICATIONS 0 CITATIONS SEE PROFILE Available from: Hasan Al-Banna Mohamed Retrieved on: 06 January 2016

Upload: loh-jer-ling

Post on 17-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 1/18

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/215649912

Peperangan Nabi Muhammad S.A.W. : AnalisaStrategi Peperangan Dan Pertahanan

CONFERENCE PAPER · JANUARY 2010

READS

3,383

4 AUTHORS, INCLUDING:

ahmad azan Ridzuan

National Defence University of Malaysia

5 PUBLICATIONS  2 CITATIONS 

SEE PROFILE

Hasan Al-Banna Mohamed

National Defence University of Malaysia

92 PUBLICATIONS  27 CITATIONS 

SEE PROFILE

Aman Daima Md Zain

Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA

14 PUBLICATIONS  0 CITATIONS 

SEE PROFILE

Available from: Hasan Al-Banna Mohamed

Retrieved on: 06 January 2016

Page 2: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 2/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

1

PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. :

ANALISA STRATEGI PEPERANGAN DAN PERTAHANAN

Ahmad Azan Ridzuan¹, Mohd Juraimy Hj Kadir¹, Hasan Al-Banna Mohamed¹, Aman Daima Md Zain²

¹ Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur. MALAYSIA

[email protected] /  [email protected] / [email protected]

² Fakulti Pengajian Komtemporari Islam,

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Gong Badak, 21300

Kuala Terengganu, Terengganu. MALAYSIA

[email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan menganalisis strategi peperangan dan pertahanan dalam beberapa siri peperangan

utama yang dipimpin dan dirancang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam menegakkan keadilan

dan hak asasi kemanusiaan serta menyebarkan syiar Islam. Perancangan Baginda S.A.W. yang teliti dan

teratur telah menghasilkan satu jentera perang walaupun kecil tetapi seimbang dan berupaya menghadapi

musuh. Strategi berkesan yang digunakan telah memerangkap pihak musuh dalam keadaan yang tidak

dijangkakan. Setiap perancangan dan pelancaran operasi ketenteraan telah dipimpin oleh Baginda S.A.W.

sendiri. Di bawah kepimpinan Baginda S.A.W., tentera-tentera Islam telah dididik dan dilatih dengan

 peraturan moral, keimanan yang teguh bagi menghidupkan keyakinan dalam hati serta mempersiapkan

aspek psikologi dan jasmani. Hasil strategi peperangan dan pertahanan yang berlandaskan kepada Al-

Quran dan kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. telah menjamin kejayaan tentera Islam. Baginda S.A.W.

sangat berlaku adil terhadap tentera pimpinannya, iaitu setiap tindakan ketenteraan yang diambil adalah

hasil perbincangan dan rundingan yang dibuat dengan para sahabat. Berdasarkan kebijaksanaan dan

kepintaran Baginda S.A.W., satu undang-undang dan peraturan peperangan telah berjaya dibentuk oleh

 Nabi Muhammad S.A.W. yang bermatlamatkan keadilan dan tiada penindasan terhadap mangsa serta

tawanan perang. Apabila Allah S.W.T. telah membenarkan peperangan, pelbagai prinsip dan strategi telah

ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui konsep peperangan pada zaman Baginda S.A.W.

Konsep tersebut telah mengikut lunas-lunas perundangan, perikemanusiaan dan bukannya bersifatkan

hasad dengki, balas dendam, angkuh dan sombong dengan kemampuan serta kebolehan yang dimiliki.

Oleh itu, artikel ini bertujuan menganalisis secara am berkaitan dengan strategi peperangan dan

 pertahanan, teknik serta taktik dan lain-lain faktor yang diguna pakai sehingga membawa kejayaan yang

cemerlang dan menjadi ikutan oleh kebanyakan pemimpin tentera masa kini. Kegemilangan zamankebangkitan tentera Islam akan kembali menyinar sekiranya umat Islam menghayati dan mengambil

 pengajaran khususnya stratgei peperangan Nabi Muhammad S.A.W.

Katakunci:  Strategi Peperangan dan Pertahanan, Kepimpinan, Konsep Peperangan, Al-Quran

Page 3: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 3/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

2

1.0 PENGENALAN

Strategi dalam istilah ketenteraan merujuk kepada penggunaan secara praktikal sumber-sumber berharga yang dimiliki oleh sesebuah negara untuk mencapai tujuan mereka melalui

kekuatan tentera. Jika timbul sebarang pertelingkahan dalam keinginan masing-masing, ia dapat

diselesaikan dengan cara baik, tetapi jika peluang untuk mendapatkan penyelesaian secara baiktidak diperoleh, maka kemungkinan tindakan hanyalah melalui ketenteraan. Walau bagaimanapun, banyak faktor yang mungkin mempengaruhi keadaan, ruang lingkup dan masa

keputusan sedemikian sama ada secara langsung atau tidak. Menurut Clauswitz, terdapat limaunsur yang membentuk strategi ketenteraan : Pertama, Unsur moral dan psikologi. Kedua, saiz

komposisi dan organisasi angkatan tentera. Ketiga, Posisi dan pergerakan tentera secara perbandingan dan perhubungan geometri mereka dengan tujuan serta rintangan iaitu susunan

goemetri. Keempat, Bentuk muka bumi kawasan tersebut dan unsur yang kelima ialah saluran bekalan.

Menurut Clauswitz lagi bahawa pentingnya soal kejutan (tindakan yang memeranjatkan),

sokongan daripada orang ramai serta moral yang tinggi di kalangan tentera. Beliau jugamenekankan pentingnya memiliki kawasan tanah yang lebih baik untuk berperang. Seorang

strategis perang yang terkenal sejak zaman berzaman dengan ajaran yang di kenali sebagai'Prinsip Peperangan' bernama Sun Tzu pernah menyatakan bahawa kebijaksanaan yang tinggi

untuk memecahkan pertahanan musuh adalah tanpa berperang. Tambahannya lagi, kepimpinanyang tinggi untuk menghalang rancangan-rancangan pihak musuh yang seterusnya adalah

menghalang perjalanan mereka. Taktik ketenteraan seperti aliran air turut diambil perhatiankerana kebiasaannya air akan mengalir dari kawasan yang tinggi ke kawasan yang rendah. Oleh

itu ketika peperangan, cara untuk mengelakkan kesalahan ialah melalui kaedah menghalang perkara yang lemah. Sebagai analoginya, air membentuk alirannya mengikut keadaan tanah yang

dialirinya manakala tentera bekerja menentang musuh  yang  dihadapinya. Menurut Sun Tzu bahawa : ‘K etangkasan merupakan inti pati kepada sesuatu peperangan, ambillah kesempatan

daripada kecuaian pihak musuh; ikutlah jalan yang tidak disangka oleh pihak musuh danseranglah kubu-kubu yang tidak dikawal’. Rentetan itu, banyak terdapat kajian terhadap

 pendapat pakar-pakar yang menunjukkan bahawa sesetengah prinsip tertentu telah diakui secarauniversal  sebagai kaedah yang paling berkesan untuk memperoleh kemenangan dan kemegahan.

2.0  STRATEGI PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W. 

Perbincangan tentang strategi-strategi peperangan Nabi Muhammad S.A.W. dari sudut pandangan pakar dan ahli profesional dalam bidang ini akan dikupas. Sememangnya jelas

 bahawa Baginda S.A.W. tidak pernah memulakan peperangan dengan sebarang musuhnya.Baginda S.A.W. beriman kepada Allah yang Esa, menyeru saudara mara, sahabat dan orang lain

kepada keyakinan yang sama. Baginda S.A.W. juga tidak mendatangkan sebarang kerugiankepada pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, Rasulullah S.A.W. membawa kebaikan dengan

mengajak umat manusia kembali kepada Allah S.W.T. bagi menikmati kesejahteraan dankemakmuran di bawah hukum dan peraturan hidup-Nya serta meninggalkan penyembahan

Page 4: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 4/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

3

 berhala, dan juga perbuatan-perbuatan Jahiliyah seperti rasuah, akhlak yang tidak bermoral dantidak adil. Oleh itu, ramai antara mereka yang menjadi musuh Baginda S.A.W. yang memaksa

Baginda S.A.W. bersama para sahabat meninggalkan kampung halaman untuk mencari perlindungan di Madinah. Meskipun demikian, mereka tetap tidak membiarkan Baginda S.A.W.

hidup aman di kota Madinah lalu memulakan serangan untuk membinasakannya. Golongan

Musyrikin mula melakukan pencerobohan untuk menghapuskan Baginda S.A.W. bersamakeyakinannya. Oleh itu, Nabi Muhammad S.A.W. mestilah mempertahankan agama Islamdaripada ancaman-ancaman tersebut.

Tujuan utama strategi peperangan Rasulullah S.A.W. adalah melindungi keyakinannya

serta menghapuskan rintangan yang timbul supaya manusia berkeyakinan terhadap kebenaran,dapat menerima dan mengamalkannya dengan bebas tanpa rasa takut atau tertekan. Matlamat

Rasulullah S.A.W. ini bukanlah untuk berperang atau membunuh musuh-musuhnya, tetapi untukmenghentikan pencerobohan terhadap Baginda S.A.W. dan orang lain yang mahu mengamalkan

kepercayaan masing-masing secara bebas. Oleh itu, seluruh strategi peperangan Baginda S.A.W.dirancangkan sebegitu rupa untuk mempertahankan risalah dakwah dengan penglibatan operasi

ketenteraan yang minima dan kehilangan jiwa yang paling sedikit. Baginda S.A.W. cuba sedayaupaya berusaha untuk melembutkan perasaan orang Quraisy, Yahudi dan para kabilah lain sama

ada melalui hujah, alasan dan pujuk rayu agar dapat berdamai dengan Baginda S.A.W.disebabkan tidak ada keperluan untuk berperang. Apabila segala usaha damai Baginda S.A.W.

gagal dan musuh-musuh memulakan operasi tentera untuk menentang, lalu Rasulullah S.A.W.mengerakkan seluruh tenaga manusia serta harta benda yang ada untuk mempraktikkan strategi

 peperangan bagi mencapai objektif menamatkan serangan pihak musuh dengan jumlahkehilangan jiwa yang minima di kedua-dua belah pihak. Strategi peperangan Baginda S.A.W.

yang berasaskan kepada kajian yang realistik terhadap kekuatan pihak musuh dari segi tenagatentera, harta benda, rancangan dan strategi peperangan, faktor-faktor geografi, keadaan tanah di

 persekitaran medan pertempuran dan yang paling penting ialah moral angkatan tentera itusendiri.

2.1. Strategi Geografi

 Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan sepenuhnya strategi geografi dalam mengatur

rancangan tentera Baginda S.A.W. dan menggunakannya secara dinamik dalam operasi tenteradengan mengambil kira kekuatan, mobiliti, strategi serta moral pihak musuh. Strategi geografi

 boleh dianggap sebagai jambatan kepada rancangan peperangan, rancangan kempen danrancangan operasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kajian dan pengetahuan terhadap

strategi geografi yang membolehkan pembentukan serta pelaksanaan rancangan-rancangan peperangan secara realistik. Perbincangan secara ringkas terhadap lima unsur strategi yang

dinyatakan oleh Clauswitz telah mendedahkan bahawa strategi geografi mempunyai kaitan yangsangat rapat dengan operasi geometri, operasi alam sekitar, kawasan dan sumber serta cara-cara

mendapatkan bantuan. Justeru, pemimpin tentera mesti berupaya meramalkan kesan kegiatanketenteraan dalam aspek strategi geografi di sebarang kawasan secara realistik. Strategi ini juga

menyediakan satu unsur motivasi yang digunakan untuk merumus dan membangunkan kawasan-kawasan geografi yang dinamik sebagai kawasan kemungkinan operasi tentera. Malah ia turut

Page 5: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 5/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

4

menyediakan peluang untuk mengkaji serta menilai kemungkinan kesan faktor persekitaranterhadap kecekapan, keberkesanan dan kos operasi tentera. Oleh itu, perkara ini jelas

menunjukkan bahawa prinsip-prinsip peperangan dalam hubungan dengan objektif asas lebihkurang sama dan ditentukan melalui kecekapan penggunaan faktor-faktor tersebut. Antaranya

ialah pertama, kawasan geografi untuk taktik dan strategi; kedua, perwatakan, cara berfikir dan

 pembangunan orang ramai berbanding dengan musuh mereka; dan terakhir ialah perbezaan darisegi kelengkapan dan pensenjataan. Walau bagaimanapun, faktor terakhir akan berguna dan berkesan hanya melalui organisasi dan kepimpinan yang baik.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. amat menyedari tentang pentingnya faktor-faktor

 persekitaran terutamanya kawasan yang berbukit-bukau seperti kedudukan Madinah al-Munawwarah itu sendiri serta kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Justeru, Baginda

S.A.W. sangat berhati-hati dalam membuat penilaian tentang faktor-faktor fizikal dan geografitersebut dalam hubungannya dengan kecekapan serta keberkesanan dalam operasi mahupun

keselamatan anggota tentera. Memang tidak diragukan lagi bahawa seorang pemimpin tenterayang bijak akan dapat menyelesaikan banyak masalah dan kesulitan dari segi tentera, harta

 benda, senjata, alat-alat kelengkapan dan sebagainya. Kekuatan dari aspek jumlah tentera danharta benda sememangnya tidak boleh dijadikan ukuran kemenangan. Kepimpinan yang baik dan

dinamik selalunya dapat mencapai kemenangan terhadap musuh yang mempunyai bilanganlebih besar berbanding jumlah anggota tentera dan kelengkapan peperangan. Kemenangan juga

akan turut tercapai apabila pemimpin memiliki kemahiran, organisasi yang lebih tersusun sertalebih cekap dalam menggunakan sumber-sumber yang ada.

2.2 Strategi Menyerang Dan Kejutan

Rasulullah S.A.W. juga tidak lupa dengan strategi serangan yang mengejutkan dan kesan-

kesan yang kurang baik kepada psikologi anggota tentera serta kekuatan musuh. Strategi kejutanatau memeranjatkan bererti mencipta keadaan pada satu-satu tempat atau masa yang

menyebabkan pihak musuh tidak berupaya dan tidak bersedia untuk melancarkan serangan balas.Hal ini dapat dicapai melalui gerakan-gerakan rahsia, tindakan yang menggunakan senjata,

serbuan atau serangan secara tiba-tiba dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Segala rahsia pergerakan dan rancangan ketenteraan mestilah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan ke

 pengetahuan pihak musuh sebelum berada dalam suasana operasi. Memang disedari oleh semua pakar ketenteraan bahawa strategi menyerang dan kejutan dalam banyak kes perlu untuk

memenangi sesuatu peperangan. Sebenarnya ia merupakan satu jaminan untuk mendapatkejayaan. Langkah sebegini amat diperlukan bukan sahaja kerana peperangan merupakan satu

muslihat yang bercorak taktik, tetapi juga kerana pihak yang menyerang mengetahui perkarayang dikehendaki serta objektif yang ingin dicapai, sedangkan pihak yang bertahan berada dalam

keadaan yang tidak pasti tentang objektif mereka.

Pemimpin boleh membuat rancangannya, memilih sasaran mengikut penilaian, objektifdan kehendaknya sendiri, kemudian mengejutkan musuh daripada semua barisan. Nabi

Muhammad S.A.W. amat menyedari tentang betapa pentingnya tindakan yang memeranjatkanyang sepatutnya digunakan dalam operasi ketenteraan kerana ia bukan sahaja menjamin

Page 6: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 6/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

5

kemenangan yang mudah terhadap musuh, akan tetapi ia juga membantu mengurangkankehilangan nyawa manusia yang sangat mulia. Apabila pihak musuh diserang secara mengejut,

mereka akan hilang pertimbangan dan melakukan kesalahan-kesalahan dalam operasi merekatidak kira berapa ramai jumlahnya atau berapa banyak senjata yang dimiliki. Seorang pemimpin

tentera yang cekap akan mengambil peluang sepenuhnya daripada kesalahan-kesalahan untuk

menguasai pihak musuh dengan setiap tenaga bagi menghancurkan semangat untuk berperangserta memusnahkan kekuatan tentera mereka. Rasulullah S.A.W. melaksanakan taktikmenyerang sebagai senjata yang utama dalam strategi ketenteraan Baginda S.A.W. dalam semua

 pertempuran yang memberi kesempatan untuk berbuat demikian, di samping berjayamengekalkan pertahanan yang kuat. Apabila pihak musuh melakukan sebarang kesilapan atau

menggunakan taktik pertahanan yang salah, Baginda S.A.W. tidak pernah membiarkan peluangtersebut berlalu tanpa menggunakannya secara berkesan bagi faedah kemenangan tentera Islam.

Dalam pertempuran-pertempuran yang besar, Rasulullah S.A.W. sentiasa berjaya

memaksa pihak musuh melakukan pergerakan yang mengikut rancangan Baginda S.A.W.sendiri. Dalam tiga peperangan besar yang pertama, strategi menyerang tidak dapat dilaksanakan

sepenuhnya disebabkan oleh kedudukan orang Islam yang sangat lemah, sedangkan jumlahtentera dan kelengkapan pihak musuh berlipat kali ganda daripada mereka. Dalam peperangan

tersebut, Rasulullah S.A.W. telah pun menyusun strategi menyerang, tetapi pada keseluruhannyaia merupakan satu strategi yang baharu. Baginda S.A.W. merancang pertahanannya sendiri yang

dirahsiakan daripada sesiapapun dalam setiap pertempuran. Baginda S.A.W. juga berjayamendapatkan maklumat tentang rancangan dan pergerakan musuh melalui perkhidmatan rahsia

atau perisikan. Oleh itu, pada setiap saat Baginda S.A.W. akan mengetahui rancangan dankedudukan pihak musuh, sebaliknya segala tujuan Baginda S.A.W. sedikit pun tidak disedari

oleh pihak musuh.

Tambahan pula, Rasulullah S.A.W. sentiasa berupaya menghancurkan strategi musuhmelalui gerakan yang memeranjatkan pada setiap pertempuran sehingga menyebabkan taktik

ketenteraan musuh tidak berguna dan tidak berkesan sama sekali. Dalam peperangan Badarcontohnya, meskipun kekuatan tentera Islam sangat kecil, Nabi Muhammad S.A.W. telah keluar

dari Madinah untuk menghadapi musuh sebelum mereka sempat memasuki wilayah, BagindaS.A.W. sengaja mengelakkan daripada bertempur di kawasan sekitar Madinah dengan bergerak

ke arah musuh disebabkan faktor-faktor keselamatan, iaitu untuk meninggalkan keraguan danmenunjukkan bantahan terhadap tindakan musuh serta memperkenalkan unsur-unsur yang

memeranjatkan dalam pertempuran dengan mereka. Melalui cara ini, pihak musuh tidak akanketahui tujuan dan pergerakan tentera Islam. Mereka hanya mampu meneka apa yang ingin

dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W., sedangkan Baginda S.A.W. dan para tentera Islamtelah pun tiba di Lembah Badar.

Tiada seorang pun yang pasti tentang pergerakan atau motif Nabi Muhammad S.A.W.

Oleh itu, pihak musuh tidak dapat merancang taktik dan strategi peperangan yang tepat. NabiMuhammad S.A.W. membiarkan musuh berasa ragu-ragu tentang tujuan Baginda S.A.W.

Mereka tidak dapat melancarkan serangan berdasarkan asas yang kukuh atau merancang pertahanan mereka berlandaskan ketidakpastian tersebut. Sebaliknya Nabi Muhammad S.A.W.

Page 7: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 7/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

6

mengetahui sepenuhnya bahawa mereka mengantungkan harapan untuk mencapai kemenangankepada pasukan berkuda yang diketuai oleh Khalid bin Walid dan pasukan tentera yang berjalan

kaki pimpinan Abu Jahal. Baginda S.A.W. bebas untuk menyusun barisan pertahanan disebarang lokasi yang disukainya di Lembah Badar. Seterusnya Nabi Muhammad S.A.W.

menyusun barisan pertahanan tentera Islam mengikut rancangan Baginda S.A.W. sendiri

sehingga menjadikan kekuatan tentera berkuda pihak musuh tidak berkesan dan sia-sia.

2.3 Pengintipan dan Sistem Rondaan

Pengintipan bererti mendapatkan maklumat pihak musuh berkenaan dengan aspek harta benda, alat-alat persenjataan, pergerakan, rancangan dan tujuan. Ia melibatkan penghantaran

kumpulan yang kecil sama ada anggota tentera atau tidak, ke tempat yang dijangka didatangimusuh dengan memberi arahan tentang objektif mereka. Pengintipan hanya dihantar untuk

mengumpulkan maklumat-maklumat yang perlu tentang pihak musuh. Oleh itu mereka perludiberi arahan tegas supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dengan pihak musuh.

Apabila maklumat telah diperoleh, memang menjadi tugas perisik untuk mengambil keputusanyang praktikal daripadanya untuk tujuan strategi. Analisa data yang diberi akan menyediakan

maklumat-maklumat yang perlu, yang mungkin mempunyai nilai strategi yang tinggi.

Demi memantapkan lagi strategi peperangan Rasulullah S.A.W., maka satu sistem perondaan atau pengintipan yang kerap perlu dibentuk bagi memperolehi maklumat tentang

rancangan dan kegiatan musuh supaya pihak Islam dapat melancarkan peperangan secaramengejut atau dalam masa yang singkat (Muhamad Ramzi Omar, 1997). Setelah Nabi

Muhammad S.A.W. berhijrah ke Madinah, orang Quraisy Mekah sentiasa berdendam danmemastikan bahawa Baginda S.A.W. dan pengikutnya tidak diberi kesempatan untuk hidup

dalam suasana aman. Sekumpulan kecil orang Quraisy sentiasa bergerak di sekitarnya dankadang-kadang terlalu hampir dengan Madinah. Rentetan kegiatan permusuhan orang Quraisy

tersebut, Nabi Muhammad S.A.W. tidak dapat tidur pada waktu malam, manakala para pengikutBaginda S.A.W. pula tidur bersarna-sama dengan senjata. Jadi, untuk keselamatan nyawa dan

negeri kediaman mereka, sangat perlu untuk merangka suatu tindakan bagi menghadapi segala bentuk pencerobohan daripada pihak musuh melalui kebijaksanaan, kecekapan dan kekuatan.

Oleh yang demikian, Nabi Muhammad S.A.W. telah menyusun satu sistem peronda bagi

mendapatkan maklumat tentang kedudukan pihak musuh, pergerakan, rancangan dan tujuanmereka. Sebagai contohnya, Nabi Muhammad S.A.W. telah melantik dua orang perisik iaitu

Bisbis bin Amru dan Addi bin Abu al-Za’ba untuk menjejaki pihak musuh sebelum berlakunya perang Badar (Muhamad Ramzi Omar, 1997). Baginda S.A.W. juga menghantar peronda perisik

dalam kumpulan yang berlainan terdiri daripada 15 hingga 30  orang dan peronda penyerangterdiri daripada 50 hingga 500 orang ke sekitar kawasan Mekah, Madinah dan tempat-tempat lain

di Semenanjung Arab. Kedua-dua jenis sistem perondaan ini membentuk satu sistem komunikasiyang dapat memberikan maklumat tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di kawasan

sempadan dan di sekitar Madinah kepada Rasulullah S.A.W. Di samping itu, tentera Islam jugadilatih dengan istilah-istilah ketenteraan, tanda-tanda rahsia dan kod perkataan.

Page 8: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 8/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

7

2.4 Ketangkasan dan Kecekapan

Ketangkasan dan kecekapan dalam melaksanakan rancangan serta kempen ketenteraansangat penting. Sebarang kelewatan bukan sahaja akan menghilangkan kebaikan yang akan

diperoleh, malah kadang-kadang membawa bencana kepada pasukan tentera. Kecekapan yang

maksima terutamanya diperlukan apabila pihak musuh mengatasi mereka daripada segi jumlahtentera dan harta benda. Bagaimanapun, kecekapan mesti sentiasa menjadi kunci kepada semuaoperasi ketenteraan. Ketangkasan dan pergerakan dalam pelaksanaan sesuatu operasi tentera juga

sama pentingnya. Kadang-kadang ketangkasan yang mengatasi pihak musuh bolehmendatangkan hasil yang sangat baik, walaupun pihak musuh mempunyai kelebihan daripada

aspek yang lain. Ketangkasan membolehkan sesebuah pasukan tentera menawan pihak musuh pada masa dan tempat yang tidak diduga oleh mereka. Nabi Muhammad S.A.W. memberi

 perhatian yang berat kepada teknik ini dalam operasi tentera baginda dan sentiasa mengejutkanmusuh dengan menangkap pihak yang tidak sempat untuk membuat persediaan. Baginda S.A.W.

menunjukkan ketangkasan yang tinggi sama ada dalam gerakan atau ketika melaksanakanrancangan. Pengetahuan Baginda S.A.W. tentang keadaan geografi di kawasan sekitar dan

kepintaran Baginda S.A.W. tentang taktik ketenteraan telah menggerakkan ahli-ahli tenterasecara tangkas dan selalu menangkap musuh yang tidak menduga tentang kedatangan Baginda

S.A.W.

2.5 Penggunaan Tentera Secara Ekonomik

Penggunaan pasukan tentera secara ekonomik merupakan satu lagi faktor yangmemainkan peranan penting untuk kejayaan seseorang pemimpin tentera merancang strategi

 peperangan dan pertahanan. Penggunaan harta benda dan tenaga manusia ini perlu dilakukansedemikian rupa demi untuk mencapai faedah yang maksima. Cara penggunaan seperti ini juga

dapat membantu menjimatkan tenaga dan nyawa manusia. Tidak diragukan lagi bahawa penggunaan anggota tentera secara berkesan merupakan satu taktik operasi yang dianggap

 bermutu tinggi dalam sesuatu operasi ketenteraan. Nabi Muhammad S.A.W. menggunakansumber harta benda dan tenaga manusia secara ekonomik dengan mendapat hasil yang terbaik

 berbanding dengan kos yang Baginda S.A.W. gunakan.

Di samping itu, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengatur tujuh puluh ekspedisi yang penting untuk menentang kaum Quraisy, Yahudi dan para kabilah Arab yang lain serta dua buah

ekspedisi menentang kerajaan Rom. Secara keseluruhannya, Baginda S.A.W. menyusunsebanyak 78 kempen ketenteraan dan dari jumlah tersebut, Baginda S.A.W. sendiri telah

mengetuai 28 ekspedisi termasuk sebelas ekspedisi besar menentang kaum Quraisy, Yahudi dan bangsa Rom. Daripada 78 ekspedisi tersebut, 19 ekspedisi dianggotai kurang daripada 20 orang

tentera, 12 ekspedisi disertai antara 20 hingga 60 orang, 17 ekspedisi disertai antara 60 hingga200 orang, 15 ekspedisi dianggotai oleh seramai 200 hingga 500 orang tentera, manakala 14

ekspedisi yang lain terdiri daripada 500 orang tentera Islam. Oleh itu, 48 daripada 78 ekspedisitersebut disertai oleh kurang daripada 200 orang tentera Islam. Bayangkanlah strategi yang

ekonomik dan rasionalnya Rasulullah S.A.W. menggunakan tenaga tentera orang Islam dalam

Page 9: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 9/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

8

menghadapi pasukan-pasukan musuh yang sangat kuat yang dibantu oleh kabilah-kabilah Yahudidan kabilah Arab yang lain dengan pasukan tentera yang sangat besar.

Dalam Sirah tercatat bahawa peperangan Badar dan Uhud, Rasulullah S.A.W. berjuang

menentang tentera musuh yang mengatasi jumlah tentera Islam dengan nisbah 1:4 serta

mempunyai kelengkapan perang yang lebih hebat. Ia memperlihatkan kebijaksanaan BagindaS.A.W. menggunakan tentera yang kecil jumlahnya untuk menentang pasukan musuh yang besar. Dalam tempoh lapan tahun, Rasulullah S.A.W. menjalankan kempen ketenteraan, segala

 peraturan Islam dan keamanaan dapat diwujudkan di seluruh Semenanjung Arab. Segalakejahatan serta permusuhan telah berakhir dan digantikan dengan peraturan yang baik dan adil.

Segala undang-undang Jahiliyah telah digantikan dengan undang-undang Allah S.W.T. bukanlahia merupakan satu mukjizat daripada kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan

tenaga tentera yang minima untuk mencapai hasil yang maksima (Afzalur Rahman, 1992).

3.0 STRATEGI PEPERANGAN DALAM PERANG BADAR

Peperangan pertama berlaku dalam Islam ialah semasa ekspedisi ke Nakhlah yangterletak antara Mekah dan Taif, iaitu ekspedisi yang kelapan berlaku pada bulan Rejab tahun

kedua Hijrah (Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993). Kemenangan tentera Islam dalam Perang Nakhlah telah memperkukuhkan kedudukan politik dan ekonomi orang Islam Madinah dan

sekaligus menambahkan keyakinan mereka. Dalam pada itu, pihak Musyrikin Mekah terusmenjalankan aktiviti perdagangan tanpa memperhitungkan kekuatan tentera Islam. Nabi

Muhammad S.A.W. diberitahu bahawa kafilah perdagangan Musyrikin Mekah akan melaluikawasan Madinah dalam perjalanan mereka dari Ghazzah, Syam ke Mekah pada pertengahan

 bulan Ramadan tahun kedua Hijrah. Kafilah perdagangan ini disertai seramai tujuh puluh orangdengan barangan perdagangan bernilai 50,000 dinar yang dipimpin oleh Abu Sufian bin Harb.

Abu Sufian sudah menjangkakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. akan mengawasi kafilah perdagangannya itu dan mungkin Baginda S.A.W. akan menyerangnya. Sebelum orang Islam

tiba, Abu Sufian telah menghubungi Abu Jahal di Mekah untuk mendapatkan bantuanketenteraan. Abu Jahal dengan segera membawa angkatan tenteranya yang besar seramai 950

sehingga 1000 orang (Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993). Tujuannya bukan sahaja untukmelindungi kafilah perdagangan Musyrikin Mekah, tetapi untuk memerangkap dan

menghapuskan nyawa Nabi dan para sahabatnya.

Pihak Nabi Muhammad S.A.W. tidak menjangkakan kaum Musyrikin Mekah akan bertindak sedemikian dengan tentera yang begitu besar. Oleh sebab itu, Baginda S.A.W. hanya

menyediakan pengikutnya seramai 324 orang (kaum Muhajirin : 86 orang & kaum Ansar : 238orang). Orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. telah mengesan gerakan

kafilah Musyrikin Mekah. Oleh sebab tujuan kaum Musyrikin Mekah untuk memerangkap danmenghapuskan orang Islam,  peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Sebelum pertempuran secara

 besar-besaran berlaku, seramai enam orang iaitu tiga dari pihak Musyrikin dan tiga dari pihakIslam telah berlawan antara satu sama lain. Pihak Islam diwakili oleh Saidina Ali bin Abi Talib,

Saidina Hamzah bin Abd al-Muttalib dan Ubaidah; sementara kaum Musyrikin pula diwakilioleh Al-Walid, Utbah dan Syaibah. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga panglima Islam itu telah

Page 10: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 10/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

9

 berjaya menewaskan panglima-panglima kaum Musyrikin. Setelah itu barulah berlaku pertempuran hebat antara kedua-dua pihak. Menurut sumber-sumber sejarah tarikh peperangan

Badar berlaku sama ada pada 17 atau 19 atau 21 Ramadan tahun kedua Hijrah (AbuMuhammmad Abdul Malik, 2001; Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993).

Antara perhitungan Nabi Muhammad S.A.W. dalam peperangan Badar (Daruis Lidin,2010) adalah seperti berikut:

a.  Peperangan mesti menang. Hal ini demikian kerana pasukan negara baharu Madinahtidak boleh menerima kekalahan kerana jika kalah, ia akan menjadi noktah kepada

sebuah negara baharu yang diredhai Allah S.W.T.. b.  Menghidupkan semangat juang yang tinggi. Situasi semangat tentera Islam yang

sudah memilih untuk beriman kepada Allah S.W.T. atau memilih the tawhidic way oflife  tidak boleh pudar kerana kepudarannya akan melenyapkan  Aqidah Rabbaniyyah 

yang baharu diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.c.  Perpaduan di kalangan tentera Madinah mestilah utuh. Apabila gugur Syahidnya

lapan orang sahabat daripada kalangan Ansar (penduduk asal Madinah) telah menjadi bukti kesungguhan kesetiaan pengikut-pengikut baru yang pernah diucapkan dalam

 perjanjian Aqabah I dan II sebelum ini, sedangkan golongan Ansar belum pernahmempunyai rekod berkonflik dengan kaum Quraisy Mekah pada sebarang zaman

 pun.

Berikut adalah strategi utama Nabi Muhammad S.A.W dalam mengendalikan angkatan perang dimedan Badar.

a.  Tarbiyyah  (pendidikan) kepada semua anggota tentera bahawa musuh Nabi

Muhammad S.A.W. adalah musuh Allah S.W.T. b.  Panglima-panglima musuh wajib dihapuskan terlebih dahulu.

c. 

Selain untuk kegunaan sendiri, telaga-telaga air yang lain mesti dimusnahkan ataudikambus (Muhamad Ramzi, 1997).

d.  Membina sebuah markas sebagai tempat pengendalian perang dan tempatmengeluarkan arahan Nabi Muhammad S.A.W. serta tempat yang selamat daripada

serbuan musuh.e.  Tentera yang gugur kerana memperjuangkan agama Allah S.W.T. adalah Syahid.

f.  Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam peperangan dan ia boleh dilakukansecara solat sambil duduk atau solat ketika berperang.

g.  Amaran bahawa selepas peperangan Badar akan ada peperangan-peperangan yanglebih besar.

3.1 Proses Berlakunya Perang Badar

 Nabi Muhammad S.A.W. telah diizinkan berjihad dan berperang menentang musuh

apabila turunnya ayat-ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah Ayat 19 dan Surah al-Hajj Ayat 39-40. Nabi Muhammad S.A.W. mengetahui tentang kafilah perdagangan Quraisy pimpinan Abu

Page 11: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 11/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

10

Sufian yang kembali dari Syam ke Mekah. Kafilah tersebut akan melalui kawasan persisiran kotaMadinah. Justeru itu, bagi menyekat aktiviti perdagangan kaum Musyrikin tersebut; Nabi

Muhammad S.A.W. mengarahkan para sahabatnya menyiasat kafilah tersebut. Manakala pihakAbu Sufian pula mendapat tahu tentang rancangan orang Islam itu, lalu beliau meminta

 pertolongan daripada penduduk-penduduk Mekah. Tentera Quraisy dari Mekah di bawah

 pimpinan Abu Jahal segera datang membantu Abu Sufian. Orang-orang Islam yang pergimenyiasat kafilah Abu Sufian tidak mengetahui tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramaiitu. Mereka terus mara sehingga bertemu dengan pihak musuh di lembah Badar. Mereka berasa

terkejut apabila melihat tentera musuh kerana tujuan sebenar bukanlah untuk berperang. Padasaat itulah, Rasulullah S.A.W. mula merangka taktik dan strategi peperangan (Lihat Rajah 1) dan

seterusnya berdoa kepada Allah S.W.T. bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan.Melalui taktik dan strategi peperangan serta kewujudan penyatuan dan keyakinan di kalangan

tentera-tentera Islam dengan pertolongan Allah S.W.T. menyebabkan umat Islam mencapaikemenangan dalam peperangan tersebut.

Rajah 1 : Strategi Nabi Muhammad S.A.W. Semasa Peperangan Badar

Page 12: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 12/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

11

3.2 Kesan Peperangan Badar

Tentera Islam mencapai kemenangan yang besar daripada peperangan yang pertama iaituPerang Badar. Tercatat dalam Sirah bahawa seramai tujuh puluh orang kaum Musyrikin telah

terbunuh. Mereka adalah terdiri daripada para pahlawan Musyrikin yang handal termasuklah

Abu Jahal dan Umaiyyah bin Khalaf (Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993). Di samping itu,seramai kira-kira tujuh puluh orang lagi daripada kaum Musyrikin telah ditawan. Semua tawananitu telah diberikan layanan yang baik oleh Nabi Muhammad S.A.W. Manakala di pihak tentera

Islam pula, seramai empat belas orang gugur syahid. Orang tawanan Musyrikin Mekah telahdikenakan bayaran wang tebusan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Sementara harta

rampasan perang dibahagikan sama rata kepada peserta peperangan setelah satu perlimadaripadanya diperuntukkan terlebih dahulu kepada Nabi S.A.W. dan kaum keluarganya, anak-

anak yatim, para fakir miskin dan lain-lain yang memerlukan pertolongan termasuklah penuntutilmu (Surah al-Anfal, ayat 41). Kesan berikutnya ialah penyingkiran kaum Yahudi Bani

Qainuqa’  dari Madinah. Kaum Yahudi tersebut cuba memperkecilkan kemenangan dankebolehan orang Islam dalam perang Badar. Mereka seterusnya mencabar Nabi Muhammad

S.A.W. untuk menentang mereka. Akhirnya kaum ini telah disingkirkan dari kota Madinah keSyam setelah rundingan dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan para sahabatnya. Namun

 begitu, golongan Yahudi ini telah dibenarkan membawa harta benda bersama-sama ketika berpindah ke Syam.

3.3 Analisa Kesan Perang Badar

Kemenangan tentera Islam sesungguhnya tidak disenangi oleh pihak musuh sama ada

kaum Yahudi Madinah mahupun kaum Musyrikin Mekah. Salah satu cara pihak musuh bertindak ialah mempersenda dan memperkecilkan kemenangan orang Islam semasa perang

Badar serta menunjukkan sifat angkuh terhadap orang Islam. Akibatnya, orang Yahudi Madinahtelah disingkir dari menduduki kota Madinah. Tetapi bagi pihak Musyrikin Mekah pula, mereka

menaruh dendam yang menebal terhadap orang Islam dan sangat berhasrat untuk membalasnyadalam peperangan yang akan datang.

3.3.1 Sebab-Sebab Kemenangan Kaum Muslimin

Sesungguhnya peperangan Badar yang terjadi merupakan pertempuran satu hari antara

 pihak Quraisy dengan pihak tentera Islam. Ia bukanlah satu pertempuran yang terbesar jikadibandingkan dengan pertempuran yang lain dalam sejarah Islam. Akan tetapi seluruh penyelidik

sejarah telah bersependapat bahawa pertempuran Badar ini sangat besar akibatnya. Hal inidemikian kerana ia telah merubah perjalanan sejarah perkembangan agama Islam di Madinah itu

sendiri. Dalam peristiwa perang Badar sesetengah ahli sejarah dari kaum Orientalis telahmenyatakan kehairanannya tentang faktor kekalahan barisan pihak Quraisy, padahal jumlah

musuh adalah tiga kali ganda daripada pihak Islam. Malah pihak Quraisy mempunyai 100 ekorkuda dengan 700 ekor unta. Jumlah ini sememangnya menunjukkan suatu kelebihan pihak

Quraisy, namun untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu pertempuran tidak terletak hanyakepada kelebihan peralatan dan kelengkapan perang sahaja. Kesanggupan pemimpinnya dan juga

Page 13: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 13/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

12

faktor Nabi Muhammad S.A.W. sendiri merupakan kejayaan utama perang Badar ini dimenangioleh orang Islam. Malah sebagai seorang rasul tidak dapat disamakan Baginda S.A.W. dengan

 pemimpin-pernimpin lain biarpun betapa besar kaliber dan kepimpinannya.

Sehubungan dengan itu, Al-Quranul Karim dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W. pun

telah jelas menyatakan bahawa dalam pertempuran Badar, Allah S.W.T. telah memberi bantuankerohanian kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan umat Islam. Antara bantuan tersebut ialahmenurunkan hujan sehingga lokasi orang Quraisy menjadi lumpur dan sukar untuk bergerak.

Allah S.W.T. juga telah menurunkan bantuan para malaikat dengan kali pertamanya sejumlahseribu malaikat, kemudian ditambah sebanyak seribu lagi dan akhirnya ditambah sebanyak

seribu malaikat sehinggakan menjadi tiga ribu malaikat keseluruhannya. Malaikat-malaikattersebut bertugas sebagai pembantu secara tidak langsung dengan cara turun bersama-sama angin

kencang. Para malaikat tersebut juga turun dengan memakai serban dan hujung serbandihulurkannya di belakang dengan warna hijau, kuning dan merah. Walau bagaimanapun,

 bantuan Allah S.W.T. yang diberikan dalam mencapai kejayaan semasa perang Badar adalahmempunyai syarat-syaratnya yang tertentu.

Antara syarat yang pertama adalah semasa Nabi Muhammad S.A.W. menyampaikan hal

sebenar kepada tentera Islam di barisan hadapan bahawa sahabat-sahabat yang dihantar keluaruntuk mengawal dan menghalangi perjalanan kafilah Abu Sufian. Kemudian semasa di

 pertengahan jalan, situasi sebenar telah berubah. Mereka bukannya menemui kafilah perdagangan, akan tetapi mereka menghadapi angkatan perang kaum Quraisy yang serba lengkap

dan bersedia melancarkan perang. Lalu Nabi Muhammad S.A.W. bertanya sama ada orang Islam bersedia untuk terus maju atau sebaliknya. Maka, semua sahabat yang hadir bersikap patuh dan

 percaya akan kebenaran pimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Syarat kedua, tentera Islam harus mempunyai sifat kesabaran yang tinggi di sampingmempunyai hati yang sangat cintakan pimpinan Allah S.W.T. dan Rasulnya. Kecintaan mereka

 berupa rentetan perjuangan yang terus menerus diikuti sejak kelahiran agama Islam itu sendiri.Perkembangan takwa terhadap Nabi Muhammad S.A.W. semakin bertambah, bukan hanya

sekadar ikutan tetapi terbukti sentiasa menjalankan aktiviti-aktiviti untuk memperoleh jalankeluar bagi ajaran agama dari setiap bahaya atau kesulitan serta memberi kemajuan yang lebih

 besar. Belum pernah seorang sahabatpun yang berfikir tentang sesuatu yang melebihi dari perkembangan agama Islam walaupun mendatangkan akibat terhadap diri mereka sendiri.

Syarat ketiga, yang menyebabkan Allah S.W.T. mendatangkan bantuan malaikat dalam

 perang Badar disebabkan musuh datang dengan tiba-tiba dan tidak diduga sama sekali. Sepertiyang telah terjadi dalam peristiwa perang Badar ini, kaum Muslimin yang bertugas hendak

mencari kafilah Quraisy tiba-tiba sahaja tanpa diketahui musuh dengan jumlah yang besar beserta peralatan yang lengkap telahpun berada di hadapan mereka bersedia untuk berperang.

Page 14: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 14/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

13

3.3.2 Sebab-Sebab Kekalahan Orang Musyrikin Mekah

Antara sebab-sebab kekalahan orang Musyrikin Mekah ialah kerana perpecahan yang berlaku dalam barisan tentera mereka. Sebahagian daripada mereka telah meninggalkan medan

 peperangan kerana tidak bersetuju dengan polisi Abu Jahal, antaranya ialah kumpulan daripada

suku Zuhrah dan Adi. Golongan ini terdiri daripada kumpulan kaum Quraisy yang kurang berpengaruh. Sejak awal-awal lagi iaitu sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., merekatelah bertindak menentang pakatan yang dianggotai oleh suku-suku Quraisy yang kaya dan

 berpengaruh.

Selain itu, sebab kekalahan seterusnya adalah kerana kaum Musyrikin terlalu yakindengan kemenangan. Oleh sebab itu, mereka tidak berhati-hati lalu terperangkap dengan sikap

tersebut. Manakala di pihak orang Islam pula, walaupun bilangan tenteranya lebih kecil, tetapi penuh dengan semangat dan keimanan serta bersatu hati di bawah pimpinan Nabi Muhammad

S.A.W. yang menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi. Di samping itu, Allah S.W.T.sendiri telah membantu orang Islam menerusi dua cara: Pertama, memberikan semangat kepada

 Nabi Muhammad S.A.W. untuk menewaskan musuh walaupun tentera musuh ramai, tetapidengan semangat juang yang kental bilangan yang ramai itu dapat ditewaskan oleh bilangan

yang sedikit; Keduanya ialah dengan cara Allah S.W.T. menghantar para malaikat berperanguntuk menewaskan musuh-musuhNya serta menurunkan hujan sebagai air minuman kepada unta

dan memudahkan perjalanan di padang pasir.

4.0 STRATEGI PEPERANGAN DALAM PERANG UHUD

Kemenangan orang Islam dalam Perang Badar telah meninggalkan kesan yang mendalam

di dalam jiwa kaum Musyrikin Mekah. Dengan kekalahan ini, puak Musyrikin Mekah bercita-cita untuk membalas dendam. Tindakan membalas dendam dilakukan secara diam-diam dan

terang-terangan oleh mereka dan kuncu-kuncunya seperti Ikrimah bin abu Jahal, Safuan binUmaiyah, Abu Sufian bin Harb dan Abdullah bin Abi Rabiah (Muhamad Ramzi Omar, 1997).

Pada akhir tahun Kedua Hijrah, kaum Musyrikin Mekah telah mengumpulkan tentera seramaiantara empat puluh hingga dua ratus orang dibawah pimpinan Abu Sufian untuk menyerang kota

Madinah. Sebelum sampai di Madinah mereka menarik diri kerana takut diserang balas olehtentera Islam. Ekspedisi ini dinamakan ‘ Ekspedisi al-Sawiq’  (Mahayuddin & Ahmad Jelani,

1993). Nabi Muhammad S.A.W. telah memimpin tenteranya bagi menentang suku-suku darikaum Musyrikin Mekah dalam tiga ekspedisi pertama. Ekspedisi-ekspedisi ini boleh dianggap

sebagai satu ujian bagi meninjau kekuatan masing-masing. Setelah beberapa ujian dilakukanakhirnya berlakulah pertempuran besar di Uhud.

Perang Uhud berpunca daripada rasa kecewa dan ingin membalas dendam di kalangan

kaum Musyrikin Mekah disebabkan kekalahan mereka di Badar dan beberapa ekspedisiselepasnya. Kekecewaan yang dirasakan itu bukanlah semata-mata kerana ramainya pejuang-

 pejuang handalan mereka terbunuh atau ditawan atau kerana kerugian harta benda yang dirampasoleh tentera Islam; akan tetapi yang lebih penting disebabkan nama dan maruah mereka sudah

Page 15: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 15/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

14

terjejas kerana selama ini mereka berasa kuat dan gagah. Kaum Musyrikin Mekah telahmengumpulkan tenteranya dari kota Mekah dan luar kota Mekah untuk menghadapi tentera

Islam sehingga mencapai jumlahnya tiga ribu orang. Tentera ini dilengkapkan dengan peralatansenjata bersama tiga ribu ekor unta dan dua ratus ekor kuda serta harta bernilai lima puluh ribu

dinar dan juga tujuh ratus baju besi yang semua dikendalikan oleh Abu Sufian sendiri. Mereka

 bertolak dari kota Mekah pada 25  Ramadan tahun dua Hijrah menuju ke utara dan sampai diUhud pada 5 Syawal tahun tiga Hijrah. Berita ini telah disampaikan kepada Nabi MuhammadS.A.W. dan kemudiannya mengadakan mesyuarat di kalangan penduduk Islam Madinah. Dalam

mesyuarat itu, perbincangan terbahagi kepada dua pendapat; Pertama, kumpulan yangmencadangkan supaya menyerang balas dan pendapat kedua pula mencadangkan supaya

 bertahan sahaja di kota Madinah. Pada mulanya Nabi Muhammad S.A.W. setuju dengan pendapat yang kedua, tetapi oleh sebab majoriti mahukan menyerang balas, maka baginda

 bersetuju pula dengan pendapat yang pertama. Tentera Islam seramai seribu orang pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. (iaitu seratus orang memakai baju besi dan lima puluh orang tentera

 berkuda) telah bertolak dari Madinah untuk bertembung tentera Musyrikin Mekah di Uhud(Muhamad Ramzi Omar, 1997).

Sebelum peperangan berlaku, seramai sepertiga daripada tentera di bawah pimpinan

Abdullah bin Ubai bin Salul (ketua kaum munafik) telah keluar dari barisan tentera Islam dankembali ke Madinah. Perbuatan Abdullah bin Ubai tersebut mencerminkan sikap kaum munafik

yang tidak jujur dan ingin melihat tentera Islam berpecah dan tewas di tangan musuh. Merekainilah merupakan golongan yang mencadangkan pendapat kedua agar bertahan di kota Madinah.

Oleh sebab pandangan mereka ditolak, golongan ini berasa marah dan tawar hati untuk berperang bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W. Kemungkinan juga mereka kurang yakin

untuk mencapai kemenangan setelah mengetahui jumlah pihak musuh tiga kali ganda lebih besardaripada jumlah tentera Islam. Namun begitu, Nabi Muhammad S.A.W. dan tentera-tentera

Islam yang setia tetap meneruskan perjuangan. Setelah itu, Nabi Muhammad S.A.W. telahmembahagikan tenteranya kepada tiga pasukan iaitu kumpulan pertama diketuai oleh pasukan

Muhajirin (Mus’ab bin Umiar al-Abdari), pasukan kedua diketuai Asyad bin Hudair (puak Aus)dan ketiga pasukan puak Khazraj (Al-Hubbab bin al-Munzir). Akhirnya, mereka bertemu dan

 bertempur dengan kaum Musyrikin Mekah di kawasan bukit Uhud pada hari Sabtu 7 Syawaltahun tiga Hijrah. Adapun tentera Islam berlindung di lereng bukit Uhud serta dikawal oleh lima

 puluh orang tentera pemanah di puncak bukit tersebut yang diketuai oleh Abdullah bin Jabir al-Ansari.

Menurut Sirah Nabawiyyah pada peringkat awal peperangan; kemenangan adalah di

 pihak tentera Islam. Namun pada saat akhir berlaku sebaliknya. Kekalahan tentera Islam adalah berpunca daripada sikap sesetengah tentera Islam sendiri, khususnya pasukan pemanah yang

telah meninggalkan lokasi masing-masing demi kerana mengejar harta rampasan perang.Mungkin mereka terlalu yakin dengan kemenangan yang mereka alami seperti dalam perang

Badar yang lalu. Akibatnya mereka bersikap alpa serta terperangkap yang akhirnya tertewas ditangan tentera Abu Sufian dan Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud ini, seramai kira-kira

tujuh puluh orang Islam telah gugur syahid termasuklah Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi.Perang ini telah memberikan banyak pengajaran kepada umat Islam sama ada dari segi mental

Page 16: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 16/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

15

mahupun dari segi psikologi. Allah S.W.T. tidak akan melindungi umatnya yang tidak mematuhiajaran Allah S.W.T. dan Rasulnya. Di sebalik pihak musuh berhak mencapai kejayaan kerana

kelalaian dan kealpaan orang-orang Islam itu sendiri. Dengan kemenangan ini, kaum Musyrikinmula mengatur taktik dan strategi ketenteraan yang lebih jitu bagi tujuan menghapuskan umat

Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. pada masa hadapan.

4.1 Analisa Kesan Perang Uhud

Antara kesan buruk yang mungkin timbul di kalangan umat Islam sendiri berikutankekalahan dalam Perang Uhud ialah krisis keyakinan terhadap kepimpinan Rasulullah S.A.W.

Antara persoalan yang ditimbulkan ialah apakah Baginda S.A.W. benar-benar seorang pesuruhAllah, setelah Allah S.W.T. memberikan kemenangan kepada kaum Musyrikin dan tidak kepada

orang Islam yang memperjuangkan agama Islam. Persoalan ini sering ditimbulkan oleh kaumYahudi dan kaum munafik dengan tujuan memecah belah dan melemahkan semangat perjuangan

umat Islam. Bagi mereka yang kurang faham dan kurang yakin terhadap Islam sudah tentuterpengaruh menjadi murtad atau keluar dari agama Islam. Walaupun tentera Islam tertewas

dalam medan peperangan Uhud, namun dari aspek perjuangan sebenar, mereka masih belumtewas kerana tujuan sebenar kaum Musyrikin Mekah dalam peperangan ini ialah untuk

menamatkan nyawa Nabi Muhammad S.A.W. dan masyarakat Islam Madinah, akan tetapi tujuantersebut tidak tercapai. Fenomena ini sudah tentu memberikan keyakinan dan peluang kepada

orang Islam untuk memulihkan kekuatan dan kedudukan mereka.

4.2 Hikmah Dan Pengajaran Peristiwa Uhud

Imam Qasthalani di dalam kitabnya  Fathul Bari mahupun dalam ‘ Mawahibul Laduniah’  mengatakan bahawa kesan perang Uhud mengandungi banyak faedah dan hikmat-hikmat

ketuhanan. Antaranya yang pertama ialah menggambarkan kepada sekalian kaum Muslimin betapa buruknya akibat maksiat atau menderhakai sesuatu perintah Nabi Muhammad S.A.W. dan

akibat melakukan perkara yang dilarang oleh Rasul seumpama perbuatan empat puluh orang barisan pemanah yang melanggar aturan dan ketentuan-ketentuan Rasul di Uhud.

Kedua, tujuan sebenar berperang ialah hendak menegakkan kalimah Allah S.W.T. Akan

tetapi sebahagian sahabat yang terdiri daripada empat puluh orang itu, berperang keranamahukan habuan dunia. Menurut keterangan seorang sahabat Nabi iaitu Ibnu Mas'ud yang

mengatakan beliau belum pernah melihat seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W.mengerjakan sesuatu kerana berkehendakkan dunia sehinggalah dalam peristiwa Uhud (H.

Zainal Ariffin Abbas, 1988).

Hikmah yang ketiga menjelaskan bahawa Rasul pada umumnya menerima percubaan,tetapi kemenangan terakhir adalah tetap di pihak mereka. Dengan adanya peristiwa percubaan

seperti ini, terpisahlah orang yang baik hatinya, bersih imannya dari golongan yang lain sehinggaagama Islam dapat direalisasikan dengan lancar. Demikian juga sekiranya nabi-nabi dan para

rasul itu sentiasa kalah dalam peperangan, nescaya tiada lagi orang yang ingin mengikutinya.

Page 17: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 17/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

16

Seterusnya hikmat keempat; sejak peristiwa Uhud, kaum Muslimin umumnya lebihmengetahui siapa yang sebenarnya kawan dan siapa yang lawan, serta siapa yang ragu-ragu

apabila terjadi hal-hal atau peristiwa yang besar sehinggakan perkembangan masa depan mudahdihadapi oleh kaum Muslimin. Hal ini demikian kerana besar sekali erti peristiwa Uhud ini untuk

memberikan nilai-nilai seseorang kawan ataupun lawan kepada seluruh sahabat yang tidak sama

fahamannya terhadap musuh-musuh dalam selimut.

Adapun hikmat terakhir, Allah S.W.T. telah menyediakan tempat-tempat yang mulia dan

kesenangan yang tiada bandingan sama ada secara lisan ataupun tulisan di hari akhirat nanti.Sesungguhnya untuk sampai ke akhirat tersebut, Syahid merupakan satu-satunya jalan yang

sebenarnya. Oleh kerana itu, Allah S.W.T. telah mengadakan peristiwa-peristiwa seperti ini bagimembukakan jalan-jalan nikmat dan bahagia kepada sahabat-sahabat yang terlibat dalam medan

 peperangan kerana Allah S.W.T. Demikianlah antara lain hikmat-hikmat dan faedah-faedah peristiwa Uhud yang mencabar dan diharapkan akan dapat menghasilkan pengajaran yang baik

 bagi perkembangan agama Islam pada masa hadapan.

Rajah 2 : Peta Peperangan Uhud

Page 18: Full Paper Ic-daim 2010

7/23/2019 Full Paper Ic-daim 2010

http://slidepdf.com/reader/full/full-paper-ic-daim-2010 18/18

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23rd

  & 24th

  November 2010

17

5.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya kedua-dua peperangan yang disertai oleh junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya sama ada di Badar ataupun Uhud, mempunyai banyak

contoh teladan serta strategi-strategi peperangan dan pertahanan yang boleh diambil iktibar

khususnya bagi para pejuang negara yang ingin mendaulatkan Syariat Islam. Kedua-dua peristiwa besar itu menggambarkan kepada umat manusia betapa kepimpinan sangat memainkan

 peranan yang besar dan terpenting bagi kelangsungan sesebuah organisasi, masyarakat atau

negara mencapai kejayaan atau sebaliknya.

6.0 RUJUKAN

Abdul Razak Naufal. 1997. ‘Nabi Muhammad  S. A. W.’  Singapura : Pustaka  National.

Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam Al-Maufiri. 2001. ‘ Perang Badar al-Kubra: DariSirah Nabawiyah Ibnu Hisyam’ . Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers.

Adek Awang bin Wahab, 1996. ‘Berjihad Menegakkan Islam’ . Kuala Lumpur : Preston Press.

Afzalur Rahman. 1992. ‘ Ensiklopedia Sirah’ . Jilid 1, KL : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alfazlur Rahman. 1990. ‘ Muhammad S.A.W. Panglima Tentera’ . Shah Alam, Selangor :

Penerbitan HIZBI.

Al-Ustaz  Aii Al-Khinani. 1994. ‘ Islam Tentang Perang dan  Damai’ . Singapura : Pustaka

 National.

Daruis Lidin. 2010. ‘Menyingkap Strategi Perang yang Disusun oleh Nabi Muhammad S.A.W.’ 

 Zulfaqar: Jurnal Asia Pertahanan dan Keselamatan, Vol. 1, No. 1, KL : PenerbitanUPNM.

H. Zainal Ariffin Abbas. 1988. ‘Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad ’. Jilid 5, KualaLumpur : Penerbitan Pustaka Antara.

‘ Kepimpinan Tentera Menurut Pandangan Islam’ . 1990. Kuala Lumpur : Penerbitan JabatanarahKor Agama ATM.

Mahayuddin Hj Yahaya & Ahmad Jelani Halimi. 1993. ‘Sejarah Islam’ . Kuala Lumpur: PenerbitFajar Bakti Sdn Bhd.

Muhamad Ramzi Omar. 1997. ‘ Iktibar Jihad Rasulullah’ . Kuala Lumpur : Kor Agama AngkatanTentera.