fungsi dan kesan media massa

Upload: ramlahbegumumerkutty

Post on 21-Feb-2018

344 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    1/16

    146 OUM

    KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI UNIT 3

    FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA BAB 9

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    PENGENALAN

    Dalam bab yang lalu, kita telah diperkenalkan dengan konsep asas komunikasi massadan melihat bagaimana ianya menjadi teras kepada kehidupan sesebuah masyarakat.

    Evolusi komunikasi massa telah memberi impak kepada hubungan antara individu(interpersonal)dan masyarakat. Dalam Bab ini pula, anda akan didedahkan kepada

    fungsi dan kesan komunikasi massa dari beberapa perspektif. Bab ini juga akanmeninjau implikasi media terhadap khalayak.

    OBJEKTIF

    Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:

    1. mengetahui fungsi dan kesan media massa;

    2. mengenal pasti bagaimana khalayak memilih media;

    3. memahami peranan media;

    4. mendalami kesan media massa terhadap kehidupan khalayak; dan

    5. mengetahui prinsip dan isu etika dalam komunikasi massa.

    9.1 PENTINGNYA KOMUNIKASI MASSA DALAM KEHIDUPAN

    Sebahagian besar kehidupan dihabiskan dengan menggunakan pelbagai bentuk

    komunikasi massa untuk berhibur atau mendapatkan maklumat.

    Bagaimanakah agaknya kehidupan manusia tanpa komunikasi massa? Bagaimanakahanda ingin memperoleh maklumat tentang apa yang berlaku dipersekitaran anda?

    Apakah peranan penting media? Apakah implikasi sistem komunikasi massa terhadap

    kehidupan manusia?

    9.2 FUNGSI MEDIA MASSA

    Sarjana menganalisis pelbagai fungsi dan kegunaan komunikasi massa. Dominick(2002) umpamanya melihat fungsi media massa dari perspektif berikut. (Lihat Rajah

    9.1)

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    2/16

    OUM 147

    UNIT 3 KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    Ahli masyarakat perlu untuk berkomunikasi untuk membentuk hubungan dengan orang

    lain. Dengan berkembangnya masyarakat maka keperluan komunikasi meningkat.

    Seiringan dengan itu juga, masyarakat memerlukan perantara komunikasi yang dapatmemenuhi pelbagai keperluan.

    Secara umumnya fungsi komunikasi massa di peringkat makro mempunyai tujuan-

    tujuan berikut. (Lihat Rajah 9.2)

    Rajah 9.1: Perspektif fungsi

    Rajah 9.2: Fungsi utama komunikasi massa

    m menyebarkan

    mengawasi

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    3/16

    148 OUM

    KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI UNIT 3

    FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA BAB 9

    Fungsi pengawasanbertujuan:

    (a) Memberi AmaranPengawasan berbentuk amaran digunakan untuk mengingatkan khalayak ( masyarakat)terhadap sesuatu kejadian yang dijangkakan akan berlaku. Contohnya, apabila media

    memberitahu tentang ancaman seperti bencana alam, gempa bumi, banjir kilat, tsunami,pemanasan global, jangkaan kemerosotan ekonomi, kenaikan kadar inflasi atau

    peperangan.

    Peringatan berbentuk amaran ini mengingatkankan kepada khalayak tentang sesuatuancaman yang melanda pada sesuatu masa. Televisyen contohnya akan

    memberhentikan siaran untuk menyiarkan berita tentang bencana alam yang sedangmelanda sesuatu kawasan, atau memberikan amaran tentang wabak penyakit,

    peperangan dan sebagainya.

    (b) Pengawasan Instrumental

    Pengawasan berbentuk instrumental inimembantu masyarakat. memperoleh maklumat

    seperti harga di bursa saham, produk baru, idea fesyen, resepi dan sebagainya. Perananini bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita, penerbitan-penerbitan

    ringkas dan kandungan media bertujuan menghibur seperti majalah teknikal jugamenjalankan peranan mengawasi.

    9.2.2 Menginterpretasi

    Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikanmaklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa.

    9.2.1 Mengawasi (Surveillance)

    Pengawasan lebih dikenali sebagai pemberitaan dan peranan maklumat yang disebar

    oleh media.

    Rajah 9.3: Pengawasan media massa

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    4/16

    OUM 149

    UNIT 3 KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    Fungsi menginterpretasi media massa ini amatberkait rapat dengan fungsi mengawasi.Pengampang media akan menentukan mana berita yang penting yang akan disebarkan

    menurut kepentingan dan keutamaannya. Bukan semua berita yang diterima akan

    disebarkan di televisyen atau radio. Selain dari menyiarkan berita, media jugamenyediakan ruang untuk komentar pembacanya. Artikel yang membincangkanimplikasi sesuatu polisi, kritikan, karikatur juga membentuk interpretasi khalayak.

    Berdasarkan bahan yang dipaparkan ini, khalayak memperoleh berbagai pandangan

    yang boleh dinilai sendiri oleh mereka.

    Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman editorial surat khabar. Interpretasi,komen dan pendapat disediakan supaya pembaca memperoleh perspektif mendalam

    mengenai sesuatu pemberitaan. Fungsi ini juga dapat dilihat dalam rencana yangmenganalisis peristiwa-peristiwa semasa atau polisi kerajaan. Kenaikan harga gas dan

    impak kepada harga makanan juga termasuk dalam kategori ini.

    9.2.3 Menghubung (Linkage)

    Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam

    masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli

    dengan produk penjual. Pengundi mengumpul maklumat berkenaan wakil rakyat melaluisurat khabar, televisyen, radio dan laman web. Menerusi rancangan yang disiarkan dimedia elektronik atau di akhbar, derma untuk kanak-kanak yang sakit dan mangsa

    peperangan dan bencana alam yang memerlukan bantuan ini. Fungsi menyampaikan

    mesej kepada khalayak merupakan peranan yang dilakukan oleh media.

    Komuniti yang terpisah tetapi berkongsi kepentingan bersama juga dapat disatukan olehmedia. Era teknologi pengkomputeran telah menyediakan perantara perhubungan yang

    pantas, menjangkaui masa dan sempadan khalayak.

    Pelbagai laman web, news groupsdan chatrooms di Internet menyediakan wahanadan platform untuk berhubungan antara dua atau ramai orang atau membentuk komuniti

    maya. Kemudahan yang disediakan seperti laman web menghubungkan pelbagaikomuniti untuk berkongsi pendapat dan pengalaman hidup mereka dengan orang lain

    yang setara permasalahannya.

    Kadang kala media Internet juga mencipta perhubungan dan menyatukan kumpulansosial yang dulunya tidak menyedari bahawa mereka mempunyai minat yang serupa.

    Fungsi menghubungkan ini juga memperlihatkan kemampuan media menyediakan

    akses kepada masyarakat untuk menyuarakan kepentingan mereka.

    Fungsi menghubung ini walau bagaimanapun ada kelemahannya. Ia mungkin memberipeluang kepada kumpulan tertentu untuk memprotes sehingga membawa kepada

    berlakunya pemberontakan. Ini boleh membawa bahaya kepada masyarakat.

    9.2.4 Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai

    Proses menyebarkan dan mentransmisi nilai dalam masyarakat ini dikenali sebagai

    proses sosialisasi (socialization). Fungsi mensosialisasi merujuk cara individumenerima perlakuan dan nilai sesebuah kumpulan.

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    5/16

    150 OUM

    KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI UNIT 3

    FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA BAB 9

    9.2.5 Menghibur (Entertainment)

    Fungsi komunikasi massa yang paling adalah untuk menghibur. Filem, muzik , berita

    sukan, rancangan hiburan, sitkom dan kartun yang disiarkan di media memainkan fungsi

    hiburan kepada khalayak dengan kos yang rendah dan murah.

    Kebanyakan program di televisyen bertujuan memberi hiburan kepada khalayak.

    Khalayak menggunakan wang dan masa mereka menonton wayang, mendengar muzik,menyewa video, melihat rancangan komedi di televisyen dan melayar internet.

    9.2.6 Membujuk

    Fungsi membujuk media dapat dilihat melalui cara bagaimana pengiklan menarik minatkhalayak untuk mengambil tindakan tertentu. Media penyiaran umpamanya

    menayangkan iklan shampoo, alatan automobil, kawalan berat badan, promosi jualan

    mega untuk menarik minat khalayak membuat keputusan membeli.

    Oleh kerana khalayak menginterpretasi mesej yang diterima dari media yang ditonton

    atau dibaca, maka mereka tidak terkecuali dari elemen membujuk yang terkandungdalam mesej tersebut. Rancangan dokumentari atau temubual mempunyai elemen

    membujuk secara tidak langsung. Akhbar menjadikan pakej maklumatnya di bahagian

    editorial untuk mengemukakan pendapat dan membujuk.

    Media massa memaparkan tentang pelbagai nilai masyarakat dan amalan mereka yangberbeza-beza. Menerusi pemerhatian, pendengaran dan pembacaan, seseorang itu

    dapat mempelajari bagaimana sesebuah masyarakat bertindak dan apakah nilai yang

    dibawa oleh mereka.

    Kadang kala media sengaja memupuk nilai di dalam diri khalayak. Ini dilihat melalui

    rancangan berbentuk nasihat seperti menggunakan topi keledar, kurangkan gula, jaga

    kesihatan dan memelihara harta awam.

    Di antara perantara media yang ada masa kini, yang manakah yang paling berpotensiuntuk mentransmisi nilai di kalangan masyarakat? Televisyen mempunyai potensi besar

    mensosialisasi masyarakat kerana kemampuannya menyampaikan mesej kepada lebihramai khalayak berbanding media yang lain.

    Latihan 9.1

    Berikan contoh bagaimana televisyen menerusi rancangan-rancangan yang

    disiarkan berfungsi menyemai transmisi nilai dalam masyarakat di Malaysia?

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    6/16

    OUM 151

    UNIT 3 KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    9.2.7 Mempengaruhi

    Media mampu menyatukan sesebuah komuniti dalam masyarakat dengan menyalurkan

    mesej yang dikongsi. Akhbar yang hanya didapati di sebuah bandar tertentu umpamanyamembentuk pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi bersama dalam komuniti di

    situ. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka bertindak terhadap sesuatuisu yang timbul. Dalam keadaan tertentu, media membantu mempengaruhi pandangan

    tentang sesuatu isu.

    Teknologi komunikasi maklumat masa kini merupakan perantara yang amat berkuasadalam mengagih dan menyumbang maklumat dengan pantas tanpa halangan masa dan

    tempat. Setiap pengguna yang mempunyai akses akan mendapat makluamat dengan

    cepat. Internet merupakan platform yanga berpotensi mempengaruhi pencarianmaklumat berbanding media cetak. Sepantas kilat sesuatu isu atau kejadian yang baruberlaku dipaparkan dan dapat diakses oleh khalayak. Badan-badan sosial dan komuniti

    yang mempunyai akses terhadap teknologi pada masa kini menggunakan Internet

    sebagai platform menyuarakan pandangan kolektif komunitinya di samping menjadiperantara berkomunikasi.

    Apakah iklan politik? Apakah pandangan anda terhadap iklan politik sebagai

    perantara membujuk khalayak? Apakah tujuan iklan politik dalam media

    massa?

    Latihan 9.2

    Berikan contoh-contoh bagaimana Internet bertindak sebagai platform yang

    mempengaruhi tindakan kolektif sesebuah komuniti / masyarakat?.

    Setelah mengetahui fungsi komunikasi massa di tahap analisis makro, kita akan

    meninjau fungsi komunikasi massa pada tahap mikro pula. Dalam tahap ini juga kitaakan meninjau bagaimana individu menggunakan media dalam kehidupan seharian.

    Di tahap mikro ini fungsi media digambarkan sebagaimana yang dihuraikan dalam teorikegunaan dan kepuasan. Menurut pendekatan Kegunaan dan kepuasan ini, khalayak

    mempunyai keperluan tertentu. Khalayak aktif membuat pilihan media yang mampumemberi kepuasan kepada mereka seperti mencari maklumat, menghilangkan rasa

    kekosongan, kebosanan, menghiburkan diri, melarikan diri dari masalah dan lain lainlagi.

    Seseorang boleh menggunakan media sambil melakukan sesuatu perkara yang lain.

    Umpamanya, membaca akhbar the Star sambil bersarapan, mendengar Radio Eraatau Hitzfm sambil memandu kereta ke pejabat, mendengar CD penyanyi kegemaran

    sambil mengemas rumah, menonton Art Attack sambil bersiap untuk makan malam

    atau membaca majalah Cosmopolitan atau Anjung Seri sambil baring sehinggalahtertidur. Kesemua aktiviti tersebut menunjukkan bagaimana media massa memenuhikeperluan seseorang. Gambaran dan berfungsi memenuhi aktiviti kehidupannya.

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    7/16

    152 OUM

    KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI UNIT 3

    FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA BAB 9

    9.3 TUJUAN PENGGUNAAN MEDIA MASSA

    Seseorang itu menggunakan media untuk banyak tujuan, antaranya. (Lihat Rajah 9.4)

    9.3.1 Memenuhi Keinginan untuk Mengetahui

    Manusia mempunyai sifat ingin tahu. Tujuannya adalah untuk memuaskan diri dengan

    memperolehi apa yang ingin diketahuinya atau menambah ilmu pengetahuan.

    Penggunaan perantara media untuk memperolehi maklumat memberikan kepuasankognitif.

    Terdapat banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui mengapa seseorang itu

    memilih media tertentu. Ada hasil tinjauan yang menunjukkan khalayak menggunakanmedia kerana ingin mengetahui apa yang berlaku untuk mendapat idea dan keinginan

    untuk tahu di samping memuaskan hati.

    9.3.2 Menjauhi Realiti

    Seseorang itu juga mungkin mahu menjauhi sesuatu yang rutin dalam hidupnya dan

    lari dari realiti hidup sebenarnya. Media memainkan peranan mengisi keperluan, dankebosanan seseorang. Dengan menggunakan media, seseorang itu akan berpeluang

    meringankan ketegangan, membangkitkan semangat atau merehatkan diri ataumengurangkan tekanan emosi.

    Rajah 9.4: Tujuan-tujuan penggunaan media massa

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    8/16

    OUM 153

    UNIT 3 KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    9.3.3 Mengelak dan Mengasingkan Diri

    Dalam keadaan tertentu, seseorang itu menggunakan media untuk mengasingkan diri

    atau mengelak dari terpaksa berkomunikasi dengan sesorang yang lain atau darimelakukan sesuatu. Menonton TV umpamanya memberi peluang untuk mengelakkandari terpaksa berbual dengan seseorang yang tidak dikenali di ruang menunggu di klinik.

    Untuk mengelak dari terpaksa melakukan kerja rumah, seorang kanak-kanak mungkin

    akan menonton televisyen.

    9.3.4 Untuk Bersosial

    Dengan menonton televisyen, seseorang dapat berinteraksi dan memberi idea tentang

    sesuatu yang berlaku. Perbualan dalam bersosial akan menjadi lebih menarik sekiranyadapat berbual tentang filem box-office atau rancangan National Geographic atau drama

    yang ditonton dengan seseorang yang lain.

    Persamaan yang wujud dalam hubungan sosial akan mewujudkan iklim komunikasiyang lebih menarik dan berkesan.

    Apakah media boleh mengurangkan kebosanan anda? Bagaimanakah andamenggunakan media untuk menghabiskan masa, melepaskan perasaan

    dan berhibur sambil beristirehat?

    Media juga digunakan untuk memenuhi keperluan parasosial yang paling baik. Teknologikomunikasi digital memberi akses kepada seseorang untuk berkomunikasi dengan

    orang lain di mana jua. Kehadiran Internet kini menimbulkan persoalan kepada fungsisosial media . Internet secara khusus telah menarik perhatian terutama fungsinya

    mencipta dan mengekalkan komuniti maya (virtual community).

    Walaupun telefon dianggap sebagai medium komunikasi interpersonal, ia juga menjadisumber dan perantara berbentuk hiburan, berfungsi sosial dan berguna untuk

    mendapatkan produk dan perkhidmatan tertentu. Internet pula berfungsi sebagai saluran

    niaga di mana produk dibeli secara on-line. Iklan pop-up di Internet juga memberi nafasbaru kepada corak promosi untuk mempengaruhi khalayak membeli sesuatu produk

    atau perkhidmatan.

    9.4 KESAN KOMUNIKASI MASSA

    Pelbagai media komunikasi mempunyai impak yang pelbagai kepada khalayak. Ada

    yang positif dan ada negatif.

    Terdapat beberapa faktor yang boleh dirujuk di dalam membicarakan kesan komunikasimassa iaitu.(Lihat Rajah 9.5)

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    9/16

    154 OUM

    KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI UNIT 3

    FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA BAB 9

    9.4.1 Individu dan Masyarakat

    Dalam membicarakan tentang kesan media kadang kala tidak dapat dibuktikan

    sejauhmana media memberi impak kepada sikap dan perlakuan khalayak. Namunterdapat banyak kajian yang mengaitkan peranan individu dengan masyarakat. Berita

    dalam media mempunyai potensi menghalakan tumpuan khalayak bahawa peristiwayang disiarkan adalah penting.

    9.4.2 Kritikan Sosial

    Salah satu daripada perubahan teknologi media komunikasi adalah literasi masyarakat.

    Ahli-ahli antropologi umpamanya telah mendokumentasi perbezaan ketara antaramasyarakat lisan dan masyarakat yang boleh menulis dan membaca. Masyarakat

    zaman media cetak berperanan mencetus tamadun berteraskan sains dan teknologi.Pengkritik sosial pula menganggap perubahan ini disebabkan cultural determinism

    atau penentuan budaya.

    Dalam proses komunikasi massa, ribuan tenaga kerja dan sejumlah besar wang telahdibelanjakan khas untuk mengumpul, menstruktur, mencipta dan menyiarkan mesej

    kepada berjuta individu yang mewakili khalayak massa.

    Ada pendapat bahawa komunikasi massa bukanlah cara efektif untuk menyumbangkepada perubahan sikap atau nilai khalayak kerana Komunikasi massa tidak mampu

    memenuhi semua keperluan dan kepercayaan individu. Mesej-mesej yang berusaha

    mempengaruhi penerima juga perlu bertanding dengan mesejmesej yang berlawanandengannya.

    Rajah 9.5: Empat kesan komunikasi massa

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    10/16

    OUM 155

    UNIT 3 KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    9.4.3 Keperluan Media dan Keperluan Sosial

    Masalah yang dihadapi masyarakat adalah ketakseimbangan sosial. Apakah yang

    menjadi punca kepada ketidakseimbangan yang berlaku ?.

    Apabila masyarakat menjadi lebih berstrata, kekayaan, ekonomi, dan pembelajaran.

    Hasil ketidakseimbangan ini mewujudkan tekanan apabila masyarakat mula berinteraksi.

    Dalam keadaan sedemikian, apakah media mampu membawa perubahan kepadakeadaan ini?

    Program pendidikan ada ditayangkan di Disney Channel dan TVIQ. Stesen RTM pula

    menyiarkan rancangan-rancangan 3R dan Sesame Street. Rancangan-rancangantersebut berjaya menarik minat kanak-kanak kerana unsur edutainment yang

    dipaparkannya.

    Selain rancangan televisyen, perpustakaan awam serta sekolah adalah antara faktoryang membolehkan kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan melalui majalah,

    buku, akhbar atau jurnal.

    Telefon dan telefon bimbit serta Internet juga boleh memperbaiki akses kepadamaklumat di samping meningkatkan kualiti hidup mereka-mereka yang terpinggir .

    9.4.4 Jurang Ilmu (The knowledge Gap)

    Perspektif ini mengambilkira jurang di antara golongan yang berada dan yang tidak

    berada, the haves and haves not . Mereka yang kaya dengan maklumat dan ilmuatau the have adalah mereka yang kebanyakannya kaya dengan ilmu kerana

    mempunyai akses yang luas kepada perpustakaan dan komputer peribadi yangmemungkinkan mereka mendapatkan maklumat. Jika dibandingkan dengan the haves

    not yang tidak mempunyai akses kepada komputer, golongan ini tidak berpeluangmendapatkan maklumat.

    Banyak kajian telah membincangkan jurang maklumat yang dikaitkan dengan pengaruh

    teknologi media. Dalam keadaan sedemikian, golongan yang berkemampuan dilihat

    sebagai kumpulan yang mempunyai kelebihan untuk memperolehi maklumat. Merekamampu mendapatkan maklumat dari berbagai bentuk media sama ada media cetakatau elektronik.

    9.5 PERKAITAN FUNGSI DAN KESAN MEDIA DENGAN TEORI

    Kajian-kajian banyak dijalankan untuk menghuraikan implikasi media. Hasil kajian-kajian

    ini telah digunakan oleh sarjana untuk membentuk teori yang menghuraikan tentangfungsi dan kesan media, (Lihat Rajah 9.6)

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    11/16

    156 OUM

    KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI UNIT 3

    FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA BAB 9

    9.5.1 Kegunaan dan Kepuasan

    Perspektif ini menyatakan bahawa khalayak memilih media yang dirasakan dapat

    memenuhi keperluan dan kepentingan hidupnya dalam masa yang cepat danmenguntungkan mereka. Dengan kata lain, khalayak media membuat keputusan untuk

    memilih media dan bagaimana menggunakan media. Seseorang yang bosan membacaboleh memilih untuk mendengar lagu di radio atau menonton Berita TV.

    Dalam memilih rancangan televisyen, kanak-kanak akan lebih gembira jika diberi

    peluang menonton rancangan Mickey Mouse atau Pokemon. Sebaliknya, jika gurumenayangkan rancangan berbentuk dokumentari berunsur perubatan, mereka akan

    menghalakan perhatian kepada aktiviti lain. Seseorang dewasa yang meminati filem-

    filem aksi pasti tidak akan dapat menerima kepuasan sepenuhnya jika menemanikawannya menonton filem berunsur cinta.

    Menurut perspektif kegunaaan dan kepuasan, khalayak diandaikan aktif membuat pilihan

    di antara media yang mampu memberi kepuasan kepada mereka seperti mendapatkandan mencari maklumat, menghilangkan rasa kekosongan, menghiburkan diri, melarikan

    diri dari masalah dan lain-lain lagi.

    9.5.2 Penentuan Agenda

    Perspektif Penentuan Agenda merujuk pandangan bahawa media membentuk agenda

    untuk khalayak. Media menurut perspektif ini menganggap bahawa media tidak mungkin

    mengubah pandangan seseorang terhadap sesuatu isu tetapi boleh mengubah persepsitentang apa yang penting. Media mampu memilih dan mendapatkan perhatian khalayaktentang idea, kejadian, tajuk-tajuk berita tertentu atau tentang seseorang. Contoh:

    Sekumpulan lima orang pelajar ditahan kerana berkelakuan kasar dan mencederakan

    guru. Hanya Salman yang diberitakan di muka hadapan akhbar tempatan. Media di dalamkonteks ini menentukan agenda untuk menarik kesedaran umum (public

    consciousness).

    Rajah 9.6: Fungsi dan kesan media

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    12/16

    OUM 157

    UNIT 3 KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    Apa yang tidak diberitakan oleh media kadang kala lebih penting dari apa yang disiarkan.Kemungkinan ada di antara maklumat penting yang tidak disiarkan. Kemungkinan juga

    berita tertentu sepatutnya dicetak di muka hadapan akhbar dan mendapat liputan dalam

    berita prima/berita utama. Pengampang (gatekeeper) media menjalankan peranannyamenentukan berita yang mana harus diberi keutamaan dalam media.

    Konsep yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1947 ini menghuraikan

    peranan pengampang (individu atau kumpulan) yang memilih dan menentukan beritayang melepasi aliran kawalan maklumat sebelum sampai kepada khalayak. Mereka ini

    terdiri daripada editor majalah, akhbar, penerbit radio dan televisyen, pengiklan,kumpulan politik dan pemilik stesen yang mempunyai pengaruh menentukan maklumat

    yang disampaikan kepada khalayak.

    Kumpulan atau individu yang berperanan sebagai pengampang bukan hanya menyaringmaklumat dan kandungan malahan juga menentukan sumber maklumat. Kumpulan

    editor, penulis skrip, penerbit atau mereka di bahagian pemilihan program menentukanapa dan siapa yang harus dipaparkan dalam berita atau siapa yang boleh dijadikan

    sebagai pakar yang dijemput untuk satu-satu segmen rancangan televisyen.

    Gambarkan satu insiden yang pernah berlaku di Malaysia. Nyatakan jenis

    media yang membuat liputan dan pandangan anda sebagai pengguna mediaketika itu.

    9.5.3 Analisis Penyuburan (Cultivation Analysis)

    Perspektif analisis Penyuburan yang diperkenalkan oleh George Gerbner dan rakan-

    rakannya dari University of Pennsylvania menyatakan bahawa media televisyenmempromosi worldview yang tidak tepat tetapi khalayak menganggap serta

    menerimanya sebagai realiti kehidupan. Persepsi tentang realiti hidup dianggap serupadengan apa yang digambarkan melalui program yang disiarkan di televisyen. Analisis

    penyuburan ini memfokus kepada kesan perlakuan dan pandangan khalayakberdasarkan pendedahan yang begitu lama.

    Cuba bayangkan apa yang ditayangkan dalam filem Melayu, Hindustan dan Hollywood

    yang ditonton. Kehidupan yang digambarkan selalunya lebih menarik berbandingkehidupan sebenar. Hubungan peribadi yang sebenarnya bukanlah seindah yang

    digambarkan dalam filem. Namun apa yang ditonton di televisyen dipercayai akan

    membentuk perspektif khalayak terhadap apa yang berlaku secara kumulatif apabilakhalayak terus menonton televisyen. Dengan kata lain, semakin lama seseorang itu

    menonton televisyen maka semakin cenderung ia mempercayai apa yang ditontonnyasebagai realiti yang berlaku. Hakikatnya, terdapat hubungan antara imej media dengan

    pandangan seseorang terhadap realiti kehidupan.

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    13/16

    158 OUM

    KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI UNIT 3

    FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA BAB 9

    9.5.4 Perbezaan Individu (Individual Differences)

    Perspektif perbezaaan individu merujuk bagaimana khalayak media memiliki pelbagai

    ciri yang dipengaruhi media. Justeru khalayak media berbeza latarbelakang yangmencakupi umur, jantina, tahap pendidikan, taraf sosio ekonomi, lokasi tempat tinggal,tahap intelektual dan juga pengalaman.

    Dalam membicarakan kesan dan fungsi media pada awal kajian yang dijalankan,pengkaji meninjau kesan media dari pelbagai perspektif Model Komunikasi. Salah satu

    perspektif dilihat pada Model Jarum Suntikan. Khalayak di dalam konteks model inimenerima mesej terus dari medium komunikasi tertentu dan memprosesnya secara

    individu dan berkumpulan. Proses menerima mesej yang sedemikian dikenali sebagaiModel Jarum Suntikan(hypodermic Needle Model). Dalam model ini komunikasi massa

    dianggap mempunyai kuasa magis yang impaknya terlalu kuat hingga ia mampumempengaruhi dan meracuni fikiran khalayak ramai. Ini sering berlaku didalam

    penyiaran maklumat yang berbentuk propaganda

    Model Pemimpin pendapatopinion leadersatau two step modelpula, khalayak dilihat

    sebagai entiti sosial yang luas. Model ini merujuk individu tertentu yang berkarisma tinggidan mampu mempengaruhi khalayak ramai di dalam membuat pilihan. Pengaruh iniboleh dilihat dari segi sokongan politik hinggalah kepada pengaruh terhadap pembelian

    barangan atau perkhidmatan, pemilihan trend fesyen pakaian atau rambut terkini.

    9.6 CABARAN BERINTERAKSI DENGAN MEDIA MASSA

    Komunikasi massa mempunyai fungsi tertentu dan memainkan peranan penting dalamkebanyakan aspek kehidupan manusia. Khalayak sebagai pengguna media juga

    mempunyai tanggungjawab yang besar. Khalayak yang sentiasa terdedah kepada mediawajar memahami dan apa yang dipaparkan kepada mereka menerusi media.

    Rajah 9.7: Cabaran-cabaran media massa

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    14/16

    OUM 159

    UNIT 3 KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    Di antara cabaran yang dihadapi oleh khalayak media massa ialah seperti dalam Rajah

    9.7.

    9.6.1 Isu Etika

    Isu etika yang utama dalam komunikasi massa pada dasarnya mencakupi ketepatan

    maklumat, kebenaran fakta dan kebebasan tanpa diganggu (privacy) media. Khalayaksebagai pengguna harus menyedari akan peranan media menyalurkan maklumat.

    Setiap proses komunikasi perlu diketahui kebenaran dan juga kesilapan atau

    ketidaksahihan maklumat yang ingin disampaikan kepada khalayak.

    Prinsip asas etika komunikasi massa ialah memberikan kebebasan untuk mengetahui

    tentang sesuatu isu dan memberi pilihan kepada seseorang untuk menilai. Khalayak

    sebenarnya berperanan menghalang dari berlakunya manipulasi maklumat dan supayatidak diputarbelit dengan sewenang-wenangnya. Prinsip etika dalam komunikasi pentingkerana ia menyatakan penghormatan terhadap seseorang individu, kumpulan mahupun

    institusi yang terlibat dalam proses komunikasi. Dengan adanya garis panduan etikayang baik dapat mengelakkan dari wujudnya paksaan terhadap nilai-nilai orang lain.

    Walau bagaimanapun, khalayak dan juga pengamal media sering dihadapkan dengan

    situasi untuk menilai, memilih dan mengimbangi antara kebenaran dan kepentingandiri. Sebagai contoh, seorang wartawan yang membuat liputan berita tentang perihal

    salah laku artis berkemungkinan menjatuhkan maruah individu tertentu. Tindakan untukmenyiarkan berita oleh wartawan tersebut diambil atas dasar bahawa khalayak berhak

    mengetahuinya (the peoples right to know). Persoalan yang timbul dari tindakansedemikian ialah apa sebenarnya yang perlu diketahui oleh khalayak dan apa pulakepentingan maklumat sedemikian kepada khalayak.

    Isu etika seringkali diperbincangkan kerana kesan yang dibawanya kepada khalayak.

    Contohnya, wartawan hiburan dari Majalah ABC yang memanipulasi berita tentangskandal bintang filem walaupun berjaya menjual majalah dengan meraih keuntungan

    daripada jualan majalah tetapi akan dikatakan tidak beretika dalam melapor berita.Dalam situasi lain, seseorang yang mengiklankan produk menerusi Internet akan

    mendapat untung besar juga dianggap tidak beretika jika beliau menipu. Khalayak harustahu menilai pelbagai maklumat yang diperolehinya.

    Isu etika dalam komunikasi massa penting difahami kerana kaitannya dengan soal

    tanggungjawab dan moral yang kompleks. Prinsip etika khalayak adalah mendengar

    dan membuat penilaian secara kritis kepada sesuatu kandungan media. Persoalanmoral dan tanggungjawab inilah merupakan dilema khalayak.

    Sila layari http://www.lms.com untuk maklumat lanjut tentang etikakomunikasi.

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    15/16

    160 OUM

    KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI UNIT 3

    FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA BAB 9

    9.6.2 Pemikiran Kritikal Terhadap Komunikasi Massa

    Komunikasi massa tidak beroperasi secara tersendiri. Ia berinteraksi dengan elemen-

    elemen lain dalam persekitarannya. Tiada seseorang, atau kumpulan atau organisasiyang mempunyai pengalaman yang sama. Inilah yang membezakan tindakbalas merekaterhadap pengaruh komunikasi massa memikirkan secara kritikal akan fungsi dan

    melihat tanpa membuat interpretasi. Di antara persoalan yang penting perlu difikirkan

    oleh khalayak, ialah :

    Apakah kesan media terhadap individu dalam masyarakat.

    Bagaimana realiti media diubahsuai dari kandungan asalnya?

    Sejauhmana benarnya kandungan media ?

    Mengapakan sesuatu berita itu mendapat perhatian?

    Adakah sumber kandungan media sahih dan terkini?

    Adakah kandungan pemberitaan tersebut adil dan menyuarakan pendapat sebenar?

    Apakah komunikasi massa menampilkan berita yang berat sebelah?

    Adakah imej yang diterima dan distruktur oleh media berbentuk stereotaip?

    Apakah pandangan masyarakat diambilkira?

    Bagaimanakah tafsiran pendengaran serta pemikiran khalayak?

    Sejauh manakah pengamal media beretika dalam melaporkan sesuatu isu didalam

    media?

    Kesemua persoalan yang dinyatakan di atas boleh diaplikasi oleh khalayak mediakomunikasi massa yang lain seperti radio, laman web, Internet, buku, muzik, majalah

    dan juga papan tanda?

    9.6.3 Kebergantungan Media

    Kebergantungan khalayak kepada media juga boleh mendatangkan kesan negatif. Padamasa kini, perantara media amat pelbagai dan khalayak didedahkan kepada maklumat

    yang tiada batasannya. Oleh itu khalayak harus bijak memilih dan bukan hanyabergantung kepada satu bentuk media sahaja untuk memperolehi maklumat.

    Latihan 9.3

    Apakah implikasi teknologi komunikasi terhadap landskap media? Fokuskan

    perbincangan anda terhadap media cetak (akhbar) dan media elektronik(televisyen).

  • 7/24/2019 Fungsi Dan Kesan Media Massa

    16/16

    OUM 161

    UNIT 3 KOMUNIKASI MASSA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

    BAB 9 FUNGSI DAN KESAN MEDIA MASSA

    RUMUSAN

    Komunikasi massa sememangnya mempunyai fungsi penting di dalam segenap aspek

    kehidupan individu dan masyarakat. Khalayak sentiasa berinteraksi dengan media dalamsetiap aktiviti yang dilakukannya. Media boleh mengawasi sesuatu yang berlaku di

    persekitaran dan mempengaruhi perlakuan khalayak.

    Kepelbagaian media massa membuka pintu yang luas terhadap dunia dan kehidupansejagat dibandingkan dengan sebelumnya, tetapi Khalayak sebagai pengguna media

    mempunyai pilihan menentukan kegunaan media, memahami secara kritikal dan menilaimaksud di sebalik kandungan mesej media.