gerakan kristianisasi di selangor.pdf

Upload: man-ana-man-anta

Post on 13-Oct-2015

160 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kristian

TRANSCRIPT

  • 1

    GERAKAN KRISTIANISASI DI SELANGOR: SATU KAJIAN

    PROF MADYA DR KHADIJAH BINTI MOHD KHAMBALI @ HAMBALI

    JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    [email protected]

    ABSTRAK

    Penulisan ini merupakan kajian awal terhadap gerakan Kristianisasi yang berlaku di sekitar

    Lembah Klang, Melaka, Seremban, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak iaitu kota

    metropolitan yang menjadi tumpuan pelbagai masyarakat dan etnik Malaysia. Gerakan

    Kristianisasi ini disambut baik oleh segelintir masyarakat Muslim yang berpengalaman dalam

    menjalani dialog kehidupan bersama-sama masyarakat Muslim-non-Muslim tetapi amat

    kecewa sama ada dengan kehidupan yang mereka lalui dan juga layanan yang keras

    daripada pihak-pihak organisasi yang terbabit dengan masyarakat tersebut. Apatah lagi

    pendekatan yang menampilkan kemesraan, keprihatinan dan berhemah yang dipraktikkan

    oleh pihak gereja turut memangkinkan penglibatan segelintir masyarakat Muslim dengan

    pihak Kristian. Masyarakat Muslim ini lebih rasa tenang dan senang dan turut berasa

    dilindungi sehingga yakin bahawa hidup mereka lebih terjamin dalam suasana Kristian

    berbanding Islam. Jalinan interaksi dan dialog kehidupan yang diserlahkan oleh masyarakat

    Kristian lebih menonjol dalam memahami keperluan masyarakat Muslim dan masyarakat lain

    berhubung keperluan hidup. Penulisan ini akan memaparkan beberapa data bagi membuktikan

    dialog kehidupan tersebut berlaku dan juga aplikasi model-model dialog kehidupan yang

    dilaksanakan oleh pihak Kristian bagi mendapatkan kepercayaan daripada kalangan

    masyarakat Muslim dan akhirnya segelintir daripada mereka dengan rela hati menganut

    agama Kristian walaupun mereka masih tetap memperakui bahawa Islam adalah agama yang

    benar dan baik. Tuntasnya keprihatinan dan sikap peka yang diperlihatkan oleh masyarakat

    Kristian dalam mendekati dan memahami keperluan hidup masyarakat Muslim dan

    dimangkinkan dengan pendekatan dialog kehidupan yang santai dan mesra telah menambat

    hati segelintir golongan Muslim untuk mengiktiraf Kristian sebagai anutan baru mereka.

  • 2

    Keywords: Gerakan Kristianisasi, gereja, mesra, peka, dialog kehidupan, Muslim-non-

    Muslim, agama Kristian.

    SOROTAN GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA

    Sejarah memperlihatkan proses Kristianisasi bermula di Tanah Melayu sebaik sahaja

    kemasukan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Bukti Kristianisasi dapat dilihat daripada

    bangunan gereja-gereja bercat merah yang dianggap sebagai batu asas agama Kristian di

    Malaysia. Bahkan di dalam kota A Famosa dan kawasan sekitarnya terdapat beberapa kubur

    para paderi dan ketua paderi Melaka teguh dijadikan kawasan kunjungan para pelawat seluruh

    dunia. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah

    Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. (sila rujuk laman web Bismillah/ Tera

    Tak Adaman dan Mohd Elfie Nisfaheim Juferi: 2010)

    Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan missionari

    tersebut. Tetapi ianya semakin parah dengan berlakunya peristiwa Natrah yang turut telah

    menggugat sentimen komuniti Melayu Muslim kerana telah mencalar maruah umat Muslim

    Malaya. Peristiwa penting tersebut telah melukakan hati seluruh umat Muslim Malaya dan

    kekal dalam lipatan sejarah. Malangnya, Malaya tidak menjadikannya iktibar untuk

    memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Tidak wujud akta dan juga undang-undang

    berkaitan dan keadaan ini telah meletakkan Malaysia sebagai kawasan strategik untuk

    penyebaran Kristian. Ini dilihat daripada laporan Bernama yang dipetik dari majalah The

    Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakyah Kristian menjadikan Malaysia

    di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil Window 10/40, kerana

    Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di

    peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Selain itu, sebuah laporan Utusan

    Malaysia bertarikh 3 Februari 1997 menyebut bahawa, Jabatan Agama Islam Johor bersama-

    sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran

    Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah,

    Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sepintaslalu pandangan mata; tajuk-tajuk tersebut seperti

    memperlihatkannya buku-buku agama Islam, tetapi realitinya adalah satu bentuk dakyah yang

    tersembunyi di sebalik nama-nama Ilslam sebagai salah satu taktik golongan Kristian untuk

    menarik minat masyarakat Muslimk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1).

  • 3

    Gambar 1:. Buku-buku ini ialah Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen oleh William

    Miller, Kisah Al Masih berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New

    Testament), Circumcised Heart oleh Hilmy Nor dan Freedom of Religion In Malaysia oleh

    Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh Kairos Research Centre.

    Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakyah

    secara terbuka komuniti Kristian. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam

    Negeri kerana telah menahannya di bawah tahanan ISA atas alasan menyebarkan dakyah

    Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya

    diKristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang

    kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari tahanan ISA. Pemimpin Kristian Melayu

    tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .

  • 4

    Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku Freedom of

    Religion In Malaysia, halaman 42.

    Rentetan daripada alasan kebebasan beragama; Malaysia sekali lagi dikejutkan pula

    dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda non-

    Muslim (sila rujuk gambar 4).

    Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku Freedom of

    Religion In Malaysia, halaman 51.

  • 5

    Gambar 5 : Akhbar gereja Katolik, The Herald, yang diterbitkan oleh Uskup Agung

    (Archbishop) Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah

    menyiarkan sedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion

    in Malaysia, Lee Min Choon. Lee secara terang-terangan telah mencabar maruah dan

    sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya.

    Paparan tersebut jelas memperlihatkan gerakan Kristianisasi yang tersusun dan

    sistematik telah berlangsung sekian lama. Kini gerakannya lebih halus dan berhemah

    melalui jalinan dialog kehidupan yang dilaksanakannya secara tidak langsung tetapi benar-

    benar berkesan untuk menarik minat komuniti Muslim untuk mendekati mereka.

  • 6

    LATAR BELAKANG

    Data-data kajian ini adalah hasil daripada pengumpulan terhadap jawaban-jawaban

    yang dikemukakan oleh setiap penganut baru Kristian di Pusat Bimbingan Gereja di

    Malaysia yang berfokus di sekitar Lembah Klang, Melaka, Seremban, Pulau Pinang, Johor,

    Sarawak dan Sabah. Kajian rinci terhadap jawaban-jawaban tersebut masih dalam proses

    penganalisisan kerana kajian ini masih lagi berlangsung dan akan berakhir pada penghujung

    bulan September 2012. Pun begitu, data awal ini mampu digunakan untuk membuktikan

    berlakunya gerakan Kristianisasi dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia yang

    mendapatkan bimbingan kefahaman Kristian dan ritual keagamaan di Pusat Bimbingan

    Gereja di tempat kajian dilakukan. Ini bererti Pusat Bimbingan Gereja bertanggungjawab

    melestarikan jalinan dialog kehidupan dalam kalangan komuniti penganut baru Kristian.

    Terdapat pelbagai jawaban yang dikemukakan oleh setiap penganut baru Kristian berhubung

    sebab-sebab yang mendorongnya memeluk Kristian. Faktor-faktor pendorong tersebut

    dikumpulkan daripada tahun 2006 sehingga 2011 dan masih lagi dalam data mentah iaitu

    tulisan dan ayat asal yang diluahkan oleh setiap penganut baru Kristian. Hasil pengumpulan

    yang dikemukakan di dalam penulisan ini adalah di sekitar Selangor dan khususnya Petaling

    Jaya sahaja tidak termasuk kawasan kajian yang lain iaitu Lembah Klang, Melaka, Seremban,

    Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah. Terdapat 305 jawaban daripada 305 individu

    penganut baru Kristian walaupun realitinya terdapat jumlah yang lebih besar lagi sepertimana

    yang dijelaskan oleh Puan Jasmine dan Puan Sofia Che Leh iaitu salah seorang ibu tunggal

    yang turut serta dalam setiap perhimpunan gereja walaupun masih mendakwa dirinya Muslim.

    (Temubual Puan Jasmine: Mei 2011; Temubual dengan Puan Sofia Che Leh: November

    2011). Salah seorang paderi Melayu yang hanya ingin dikenali sebagai Bapak Sukarno dan

    disokong oleh Pastor Melayu Izwan menjelaskan bahawa jalinan kasih sayang dan sikap

    kepedulian yang ditonjolkan oleh komuniti Kristian tanpa mengenal erti warna kulit, bangsa,

    kedudukan kaya atau miskin adalah faktor utama yang menarik minat golongan yang

    menghadapi masalah hidup mahupun golongan gelandangan beralih arah keimanan daripada

    Muslim kepada Kristian. (Temubual Bapak Sukarno: Mei 2011; Temubual Pastor Izwan: 3

    Disember 2011). Menurut St Michael yang merupakan paderi/father gereja Methodist,

    Petaling Jaya terdapat 308 individu penganut baru Kristian yang mendaftar di bawah

    pengurusan gereja di sekitar Lembah Klang dan paling termuda berusia 18 tahun dan yang

    tertua adalah berusia 75 tahun. Wanita merupakan individu penganut baru Kristian teramai

  • 7

    yang kebanyakan mereka merupakan ibu tunggal. Berasaskan jawaban yang dikumpul

    menunjukkan terdapat seramai tiga (3) individu penganut baru Kristian yang tidak

    menyatakan alasan dorongannya memeluk Kristian yang dipercayai adalah terdiri daripada

    individu yang buta huruf. (Temubual Paderi St Michael: Jun 2009 dan Mei 2011). Namun, ia

    tidak menjejaskan dapatan kajian kerana hasil penelitian awal, kebanyakan jawaban yang

    diberikan memperlihatkan kecenderungan jawaban dan dorongan yang hampir sama iaitu

    impak daripada terjalinnya dialog kehidupan, interaksi, komunikasi dialog antara agama

    dalam kalangan Muslim-non-Muslim. Secara rumusannya jawaban-jawaban para penganut

    baru Kristian tersebut membuktikan fenomena dialog kehidupan dan dialog antara agama

    yang lebih menekankan keprihatinan, ambil berat, ambil peduli dan paling utama

    menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk material, sokongan moral dan kesetiaan untuk

    mendengar permasalahan dan demi untuk hak asasi kehidupan dan kebebasan hidup

    merupakan punca utama pemelukan Kristian mereka. Tuntasnya, jawaban mereka turut

    memperlihatkan sikap kepedulian, hak asasi manusia dan kebebasan hidup dalam kalangan

    komuniti Kristian telah menambat hati golongan penganut baru Kristian ini walaupun antara

    mereka masih tetap memperakui status kemuliaan Islam sebagai suatu bentuk pegangan

    kehidupan dan agama yang benar. Pun begitu, kertas kerja ini tidak bermaksud untuk

    mengemukakan keseluruhan data tersebut yang dikumpulkan daripada tahun 2006 sehingga

    awal 2011. Kajian ini hanya mengemukakan data-data terpilih dan mempunyai persamaan

    tujuan dan faktor dorongan pemelukan Kristian seperti berikut:

    Jawapan yang diberikan oleh penganut Kristian Pusat Bimbingan Gereja tahun 2006

    1. Kristian dan Islam agama yg amalkan sembahyang dan kehidupan suci, bersih

    dan murni. Ini telah menarik hati dan jiwa saya untuk dekati Kristian kerana

    Kristian lebih nampak suci dan bersihnya kerana faham masalah saya

    sehinggalah saya bertemu dengan sorang wanita Kristian dan kini dah jadi

    tunangan saya dan tidak langsung, membuka peluang kepada saya untuk terus

    peluk Kristian.

    2. Saya minat untuk mempelajari Kristian dgn sepenuh hati saya. Sebab apa. Sebab

    merekalah yang tolong saya masa saya susah. Saya dah penat turun naik pusat

    zakat tapi saya telah dihina dan dimaki. Mereka tak nak dengar masalah saya tapi

  • 8

    terus sahaja marah2. Macam ini ke ustaz dan ustazah? Jadi saya nak mempelajari

    agama Kristian dan kekal buat selamanya dalam diri saya.

    3. Berminat untuk mempelajari Kristian dan mempelajarinya secara mendalam

    sebab hanya Kristian faham masalah orang lain. Ustaz dan ustazah ni pandai aja

    cakap tapi habuk pun tarak!

    4. Saya memeluk Kristian sebab saya tertarik dengan ajarannya dan merasa agama

    ini yang benar. Kristian saja yg bantu kita.

    5. Saya memeluk Kristian kerana bagi saya, Kristian agama yang tidak bezakan

    darjat ataupun taraf hidup dan ia sama juga macam agama Islam. Masalahnya,

    cakap tak ada beza dan dibuktikan. Contohnya, saya lalui pengalaman perit

    dengan pusat baitul mal dan zakat. Hampa sangat dan hina saya lagi tanpa mahu

    dengar orang Islam ni pandai saja cakap tapi tak ada bukti. Beza dengan Kristian,

    dia masalah saya. Tapi Kristian bagus. Dengar masalah saya walaupun kena

    tunggu lama saya cerita tapi sabar dan tetap dengar masalah. Jadi saya memeluk

    agama ini dengan hati yang ikhlas dan perasaan itu sukar digambarkan. Sebelum

    saya memeluk Kristian, saya sangat tertarik dengan kisah Jesus yang sentiasa

    ditekankan dalam himpunan dewan gereja. Dalam pada itu, saya juga terfikir

    betapa agungnya Kristian suatu ketika dahulu. Saya juga sangat tertarik dengan

    perjuangan Jesus dan juga perjuangan nabi Muhammad memperjuangkan Islam

    walaupun mengalami pelbagai halangan terutamanya dari masyarakat Quraisy

    yang sanggup memulaukan keluarga baginda. Tapi penganut Islam tidak macam

    nabi dan penganut Kristian ikut langkah Jesus selamatkan orang lain. Bermula

    dari itu, saya berminat untuk mendalami agama Kristian.

    6. Masuk Kristian sebab saya hanya percaya masyarakat yang baik ada dalam diri

    penganut Kristian. Sebelum saya peluk Kristian, saya dapat beza banyak yang

    berlainan. Agama Islam ini memang banyak larangan tapi kebaikan semuanya.

    Tapi masyarakat Islam tak seperti yang nabi Muhammad buat. Cakap saja lebih

    tapi tindakan tak ada pun. Agama Kristian pun ada sembahyang, doa dan puasa.

    Setiap mana kita berada, Tuhan sentiasa berada di sisi teman dan lindungi kita

    semua.

  • 9

    7. Saya memeluk Kristian kerana kepercayaan saya terhadap Allah yang satu jadi

    Allah Kristian pun sama saja kan dengan Allah Islam. Walaupun kesemua adik-

    beradik saya telah dahulu memeluk Kristian. Tapi, dia orang tidak pernah

    mendesak saya. Malah kebebasan pilihan adalah mutlak bagi saya. Sejak dari

    kecil lagi, saya sudah terpaut untuk Kristian, tapi arwah bapa saya terlalu

    mengikat saya untuk menerima agama mereka iaitu Islam. Dalam usia sementah

    itu, saya terpaksa mengikut saja kehendak mereka, lebih-lebih lagi saya anak

    bongsu dalam keluarga. Dalam diam saya bertekad suatu hari nanti saya mesti

    membuat keputusan untuk memeluk Kristian. Sepanjang tempoh itu, saya ada

    diajar banyak tentang Kristian melalui kawan di sekolah. Saya amat senang

    dengan Kristian, tapi atas dasar kasih saya terhadap ibubapa, saya pendamkan

    saja. Akibatnya, saya terperangkap dengan diri saya sendiri. Semakin hari terasa

    tekanan itu makin berat. Ianya hilang arah tuju hidup. Apatah lagi ketika bekerja

    di Kuala Lumpur dan hidup berseorangan. Masalah hidup lagi. Memeritkan lagi

    apabila arwah bapa saya mewasiatkan agar saya mesti tetap Islam. Tekanan

    makin berat sampai saya selalu terfikir mati itu adalah benda yang mudah. Tapi

    saya diselamatkan oleh rakan Kristian walaupun saya ada teman lelaki Islam.

    Jadi pada 25 Dis 2004, saya telah nekad untuk masuk Kristian dan saya tidak

    boleh tangguh lagi walaupun sehari. Demi Allah Father, Jesus dan Holy Spirit,

    saya tidak akan berundur lagi walaupun selangkah. Hidupku, matiku adalah

    untuk agama Kristian.

    Jawapan yang diberikan oleh penganut Kristian Pusat Bimbingan Gereja tahun 2007

    8. Saya memeluk Kristian ini kerana agama yang baik. Saya juga sememangnya

    berminat dengan agama ini sejak dari sekolah dahulu setelah melihat rakan-rakan

    Kristian seronok menyanyi lagu-lagu merdu tiap kali kelas gereja mereka. Selain

    itu, mungkin kerana dengan rahmat Allah Father dan Jesus telah beri petunjuk

    kepada saya untuk memilih dan menganuti agama kasih sayang ini. Saya juga

    amat berbesar hati untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang agama ini

  • 10

    menyebabkan hati saya membuat keputusan bagi menganut agama ini secara sah

    dalam hidup saya.

    9. Ingin mendapat bimbingan, didikan agama dan ingin memperluaskan lagi

    pengetahuan saya tentang Kristian kerana dia banyak bantu saya masa saya susah

    dulu. Pusat zakat tak nak bantu pun walaupun saya dah lengkapkan banyak

    borang dan bagi bukti2 yang saya memang susah dan ada dapat sokongan orang

    besar lagi.

    10. Berkahwin dengan orang Kristian yang telah selamatkan saya daripada muflis.

    11. Saya berminat dengan agama Kristian kerana Kristian banyak bantu orang susah.

    Bagi duit pada orang miskin dan gelandangan di jalanan. Bagi makan tiap 3 hari

    satu minggu. Semua pun sayang mereka yang bagi hidup pada orang jalanan

    macam saya dulu.

    Jawapan yang diberikan oleh penganut Kristian Pusat Bimbingan Gereja tahun 2008

    12. Semasa saya dalam agama Islam, saya berasa semacam ada kekurangan yang

    mana segala kemusykilan dan permasalahan yang timbul dalam hidup saya tak

    dapat selesai. Setelah saya jumpa seorang kawan karib beragama Kristian, saya

    selalu diberikan jalan dan peluang untuk uruskan hidup saya yg penuh masalah.

    Dari situ mula terdetik di hati saya untuk mendalami dan mengetahui apa itu

    Kristian kerana kawan saya amat ambil berat hal saya mengalahkan keluarga

    saya sendiri. Setelah saya rasa Kristian yg dapat bantu urusan hidup saya

    seterusnya masuk Kristian.

    13. Saya memeluk Kristian dengan kerelaan hati tanpa paksaan. Dengan memeluk

    agama ini, saya dapat merasakan impian untuk mecapai kejayaan dunia dan

    kemudian hari kerana dalam agama ini memberikan peluang untuk bahagiakan

    hidup dunia dan berbakti pada manusia untuk dapat salvation kelak. Jadi kita

    kena usaha bahagiakan orang lain dan Jesus akan selamatkan kita dengan bakti

    kita pada yang lain.

    14. Saya memeluk Kristian bukan dipaksa. Saya sendiri pilih untuk kebaikan dalam

    hidup saya. Sebab Kristian dah buktikan dengan membantu saya jadi saya perlu

  • 11

    bantu yang lain yang susah macam saya juga. Saya sekarang telah senang dan

    berjaya jadi perlu bantu yang lain pula. Kristian ini adalah loving, sharing dan

    caring. Islam pun macam ini juga tapi penganutnya tak praktik. Kristian ajar dan

    praktik.

    15. Coz in Christianity religion I found a new family, new friend, lovely friend and a

    peace of heart and mind yang dah lama saya cari and I realized that Christianity

    is a true religion with God and Laws. Dah banyak perkara dan makanan yang

    diharamkan dalam Islam but in Christianity bebas, people can do anything

    whatever or wherever they want. Freedom or kebebasan yang saya mahukan dan

    tidak ada yg salah dalam Christianity asal sahaja kita mesti ada loving, sharing

    and caring to each other, pasti rahmat Jesus kita dapat. Macam saya dilahirkan

    dan membesar dalam agama Islam. Apa lagi waktu saya menjadi anak yatim

    sampai dapat anak tanpa nikah dan ditinggalkan saya menjadi orang yang tak

    percayakan siapa dan tak percayakan ada tuhan dan bebas segalanya. One day,

    followed to my friend going back to her village and where here parent knows

    about me and my problem, they suggest me to convert to Christianity. Year 1994,

    waktu saya memeluk Christianity saya cuba untuk belajar agama. First susah bagi

    saya untuk percaya yang Christianity can change kehidupan saya tapi saya cuba

    dan berusaha and Ive learn more and more about Christianity and finally saya

    menjadi orang beragama dan takut pada tuhan, dan saya berharap satu hari nanti

    saya boleh jumpa lagi dua adik saya dan keluarga terdekat untuk membawa

    diorang ke jalan yang betul dan memeluk Christianity agama sebenar yang ada

    tuhan on the name of loving, sharing and caring. Dan itulah sebabnya saya

    memeluk Christianity kerana ada sifat loving, sharing and caring dalam tuhan

    dan penganutnya.

    Jawapan yang diberikan oleh penganut Kristian Pusat Bimbingan Gereja tahun 2009

    16. Saya mengikut ahli keluarga dan dengan hati yang terbuka sebab ibu saya single

    parent. Ibu selalu ajak kami hadir di perhimpunan gereja dan kami dapat layanan

    yang amat baik. Mereka Kristian ini yang bagi kami hidup semula. Saya juga

    perlukan didikan agama dan ingin perluaskan lagi pengetahuan saya tentang

    agama. Saya juga perlukan sekolah untuk pastikan hidup lebih baik. Siapa yang

  • 12

    dapat bantu kalau bukan kami hadir di perhimpunan gereja. Mereka yang bantu

    saya dan keluarga. Dengan hati yang ikhlas dan terbuka, saya memeluk Kristian.

    Semoga dengan belajarnya saya di perhimpunan gereja ini akan mendapat

    bimbingan dengan kehadiran saya. Lagipun saya dan ibu ada pengalaman pahit di

    pejabat zakat. Kami mohon bantuan dan kami ditengking oleh pegawai zakat

    sebab katanya kami mals nak bekerja dan harap duit zakat saja. Walhal kami baru

    saja nak buat aduan pasal hal kesusahan kami. Mereka enggan dengar tapi hanya

    pandai sumpah seranah. Mereka ini perlu dihantar kursus. Tak ada integrity

    langsung dalam organisasi Islam. Tak macam gereja yang bagus pentadbirannya.

    17. Sebab utama saya memeluk Kristian adalah ingin mendalami ajarannya kerana

    Kristian agama yang sesuai dengan jiwa saya setelah saya banyak kali gagal

    dapatkan bantuan dan bimbingan dari para ustaz dan ustazah di pejabat2 agama

    sekitar lembah Kelang ini dan saya juga buat perbandingan. Jelas Kristian ambil

    peduli kisah saya dan mampu jaga saya. Saya ingin mencari bahagia daripada

    ajaran Kristian. Kristian pun macam Islam juga sebab dia agama yang tidak

    putuskan tali persaudaraan di antara orang Islam dan bukan Islam. Saya masih

    tetap sayangkan keluarga saya yang Islam. Pengalaman saya di pejabat agama

    apabila saya mohon surat cerai mati ketika hendak berkahwin semula. Apa yang

    pegawai agama itu katakana pada saya? Laki puan dah jadi tanah baru nak minta

    surat cerai mati? Biadap sungguh seorang pegawai agama dan agama itu pula

    Islam. Memalukan amat! Alah lagipun Islam dan Kristian sama-sama sembah

    Allah. Tuhan yg sama juga.

    18. Terbuka hati mengetahui dan mengamalkan Kristian kerana dia boleh terima saya

    yg kotor. Orang Islam maki dan herdik saya sebab saya jahat katanya. Keluarga

    pun halau saya. Saya tak dibagi peluang langsung untuk jelaskan kisah sebenar.

    Bukan salah saya. Kristian yg faham nasib saya dan bela saya.

    19. Berminat untuk memeluk agama Kristian sejak saya tidak dipedulikan keluarga

    yang anggap saya anak bawa malang.

    20. Kerana sudah sampai masanya saya memeluk agama Kristian semula kerana saya

    yakin dia ajaran yang tekankan rasa kasih sayang dan perkongsian masalah yang

    dapat diuruskan dengan baik oleh organisasi dan ini tidak berlaku pada organisasi

    Islam kerana banyak sangat karenah biokrasi dan suka sangat hina orang lain.

    Pegawai di organisasi Islam ini perlu diberi kursus bagaimana melayan orang

  • 13

    lain. Islam agama yang indah tapi malangnya penganutnya tidak gambarkan

    keindahan Islam macam Kristian lakukan. Saya asalnya mualaf. Malangnya

    suami tidak pernah bimbing saya sebaiknya. Keluarganya begitu juga. Saya

    terpinggir. Saya buat aduan ke pejabat agama dan saya telah dimaki dan dihina

    hanya kerana saya tidak bertudung. Suami tidak pernah ajar saya pasal aurat dan

    tudung. Pegawai agama marah saya dan kata saya tidak tahu adab datng ke

    pejabat agama sambil menuding symbol gambar pakaian wanita yang tertampal

    di dinding kaunter pegawai tersebut. Dengan marah, pegawai agama itu hulur

    tudung pada saya dan paksa saya pakai. Saya seumur hidup tidak pernah pakai

    tudung dan terkial-kial nak pakai. Sekali lagi dia herdik saya dan kata tak guna

    saya peluk Islam tapi tak tahu hal Islam. Dia kata saya peluk Islam hanya nak

    duit. Padahal saya ikhlas peluk Islam. Peristiwa itu menyebabkan saya tekad

    keluar Islam dan kembali kepada Kristian. Kristian tidak pernah layan begitu

    walaupun orang itu bukan penganut Kristian. Jauh beza.

    21. Semenjak di bangku sekolah lagi saya telah pun bercampur gaul dengan pelajar-

    pelajar Kristian. Jadi dari mula situlah saya kaji dan minat cara hidup orang

    Kristian sebab bebas dan tak terikat dengan peraturan hukum. Tapi pada masa itu

    niat di hati untuk memeluk Kristian tak jadi sebab pada masa itu kedua orang tua

    saya tidak mengizinkan. Maka pada usia saya 35 tahun barulah saya

    berkesempatan memeluk agama Kristian yang banyak ubah hidup saya sebab

    saya lebih senang dan Berjaya. Tidak ada hutang lagi. Zakat kita banyak tapi tak

    nak share dengan orang yang susah. Kristian pula share segala wang yang mereka

    dapat dan beri pada orang yang susah.

    Jawapan yang diberikan oleh penganut Kristian Pusat Bimbingan Gereja

    tahun 2010 dan awal 2011

    22. Semasa belajar di Selangor, saya mula bergaul dengan ramai rakan-rakan yang

    beragama Kristian. Dalam masa tiga tahun berada di samping mereka, saya mula

    berminat untuk mengetahui tentang agama Kristian. Setiap hari minggu saya

    mendengar ajaran Kristian kerana rakan-rakan institusi mengajak sama. Apatah

    lagi saya diterima dengan senang hati dan sentiasa dialukan kehadiran saya dalam

    perhimpunan. Masalah saya juga diuruskan oleh gereja dan saya tidak lagi

  • 14

    dibebani masalah kewangan. Ini semualah yang telah membuka hati saya untuk

    memeluk agama Kristian kerana mereka semua memiliki sifat loving, sharing dan

    caring. Saya ingin merasakan sendiri semua kebaikan itu dan saya juga rasa lebih

    tenang dan bahagia.

    23. Kerana mendapat bimbingan dan bantuan dari pihak gereja setelah perit lalui

    pengalaman pahit dengan pegawai zakat dan baitul mal yang semuanya tidak

    bersopan bahkan bersikap sombong.

    24. Ingin mendalami agama Kristian. Memeluk agama Kristian atas kerelaan hati dan

    ikhlas hati untuk mendekatkan diri dalam komuniti Kristian dan ingin membantu

    individu lain yang perlukan bantuan. Selain itu, saya juga telah mengahwini

    suami saya yang beragama Kristian kerana dia yang telah memberi harapan baru

    dalam hidup saya setelah saya hidup keseorangan terumbang ambing

    ditinggalkan suami tanpa nafkah. Saya telah adukan masalah kepada pihak

    pejabat agama dan hanya dipinta agar saya bersabar tanpa membuat apa-apa

    tindakan yang wajar. Saya ditinggalkan suami dengan beban hutang dan bila saya

    nyatakan suami tinggalkan saya selama 3 tahun tanpa nafkah dan saya tahu

    hukum taklid telah jatuh, tapi pihak pejabat kadi mohon saya bersabar dan tunggu

    juga kepulangan suami. Pelik bukan? Saya mengetahuinya telah berkahwin lain

    dan kemudiannya menceraikan saya begitu sahaja Saya adukan sekali lagi pada

    pejabat kadi dan mereka pinta saya bersabar lagi dan sabar lagi. Saya tidak mahu

    hal yang sama menimpa wanita lain. Saya ingin menjadi seorang yang dapat

    membantu wanita lain yang teraniaya dalam rumah tangga. Pintu hati saya telah

    terbuka untuk terus berjuang menjadi komuniti Kristian yang prihatin terhadap

    masalah orang lain.

    25. Sebelum ini, pada tahun 2007, saya pernah berkawan dengan pemuda Kristian

    yang baik terhadap saya tapi saya biarkan saja sebab saya fikir itu cuma mainan

    hati saja. Pada pertengahan tahun 2008, saya terfikir mahu masuk Kristian kerana

    pemuda tersebut amat bertanggungjawab setelah saya terlanjur dengan dia cuma

    saya belum bersedia 100%. Kawan saya itu selalu suruh saya masuk kalau tidak

    kandungan kena digugurkan tapi cuma fikiran saya yang mahu saya masuk, hati

    saya masih belum terbuka sepenuhnya. Awal tahun 2009, baru saya sedar dari

    mimpi bahawa jiwa saya memang mahu masuk Kristian kerana sesuai dengan

    cara hidup saya yang ingin bebas. Dari situ saya mula beli buku tentang agama

  • 15

    Kristian dan bila saya baca buku tentang jesus, hati saya seolah-olah tahu tentang

    Kristian dan saya membuat keputusan untuk untuk masuk Kristian pada

    4/9/2009. Rupanya Kristian ini bukannya susah, saya gembira menjadi salah

    seorang yang memeluk agama ini dan keluarga saya juga sokong saya walaupun

    saya berlainan agama dengan mereka kerana mereka tahu saya lebih terjamin

    dalam Kristian. Syukur sebab saya dipermudahkan jalan untuk mencari agama

    yang selama ini menanti agar saya memeluknya dan belajar dengan lebih

    mendalam tentang Kristian.

    26. Saya memeluk Kristian adalah atas kemahuan dan kerelaan hati saya sendiri.

    Agama Kristian adalah agama yang paling mencabar bagi diri saya kerana ia

    tekankan aspek kasih sayang, perkongsian dan ambil berat sesama manusia lain

    yang bukan seagama. Setelah saya mempelajarinya dengan lebih mendalam

    sedikit demi sedikit saya merasa banyak kebaikan yang saya perolehi daripada

    pengajaran-pengajarannya. Dan juga hati saya tenang selalu seperti apa yang

    sentiasa membantu saya apabila saya dalam keresahan. Oleh itu, tidak salahlah

    saya memilih untuk memeluk agama Kristian kerana ia banyak membawa

    kebaikan kepada saya. Contohnya dari segi pergaulan, peraturan dan urusn hidup

    kerana saya tidak lagi perlu bersusah payah.

    27. Sebelum mendirikan rumahtangga ada kawan ajak peluk Kristian tetapi tak

    terlaksana kerana dah berkahwin. Tapi kini dah bujang dan telah ditinggalkan

    isteri, barulah berkesempatan untuk memeluknya. Bukan kecewa tapi ingin

    melihat kiranya Kristian dapat berikan sinar baru dalam hidup saya. Tentang

    pengganti tak fikir dulu, seandai ada jodoh dari tuhan, ramai lagi perempuan

    yang lebih baik dari bekas isteri saya tu dalam dunia. Kini baru masuk dua bulan

    saya memeluk Kristian bertubi rezeki datang pada saya tak henti-henti saya

    bersyukur pada tuhan Jesus.

    28. Ikhlas hati dari kami menurut (mengikut) bapa tiada paksaan dari sesiapa.

    Lagipun agama Kristian pun sama sahaja dengan Islam kerana sama-sama

    tekankan kemuliaan dan keimanan yang kuat. Hanya Kristian lebih

    berkemampuan dari aspek kewangan. Islam pun mampu tapi urusan

    kewangannya gagal. Pihak organisasi Islam tidak bijak mengurus dan duit zakat

    hanya untuk kroni sahaja. Tidak jujur dan amanah.

  • 16

    29. Saya hanya mahukan freedom. Itu saja. Saya masih belajar dan bukan wang jadi

    masalah. Tetapi kebebasan. Saya belajar di luar negara. Dapat scholarship penuh

    dan saya hanya mahukan kebebasan. Susah la Prof kalau nama dan agama saya

    masih Islam. Nak buat apa pun tak boleh. Tak enjoy hidup. Kalau Islam ini kita

    kena jaga semua perkara. Tak kan nak minum arak sesuka hati kan. Tak kan nak

    berdisko dan mabuk-mabuk sesuka hati? Jadi peluk Kristian lagi bagus dan

    patutnya semua terimakasih pada saya sebab tidak cemarkan Islam kan? Bagus

    kan saya ni. Dulu orang tak kisah pun kalau nak peluk agama mana kan? Kisah

    Natrah tu dari Islam kepada Kristian. Perlembagaan kita izinkan untk kita buat

    pilihan apabila mencapai umur 18 tahun. Termaktub begitu bukan? Prof tak kan

    tak tahu.

    30. Saya berkawan dengan rakan-rakan yang agama mereka pun macam-macam.

    Tapi paling ramai menganut Kristian. Hanya orang macam saya saja dapat

    berkawan dan hang out tanpa ada halangan dengan rakan-rakan Kristian saya ini.

    Rakan Islam lain, susah la. Kena jaga adab la, semua haram la, tak boleh. Payah

    la. Saya kena cekup masa kat nite club. Nak buat macamana? Jadi mengaku aja la

    Kristian. Lagi baik daripada kena tidur kat balai. Penjara tu! Pas tu, saya fikir

    baik saya terus Kristian. Senang hidup. Nak buat apa aje pun ok aje. Tak ada

    yang larang. Bebas. Lagi pun rakan-rakan saya semuanya pun bukan praktik

    agama mereka pun. Tapi tak lak sampai tak ada agama. Jadi jalan selamat

    Kristian sebab bebas nak buat apa aja. Alahh, diaorang pun sembah Allah juga.

    Allah Jesus. Allah Bapa. Sama aja kan dengan Allah kita. Apa yang beza pun.

    Cuma Islam ni banyak sangat yang tak boleh dari boleh. Walawehhh! Kristian

    memang mudah la.

    PENDEKATAN GERAKAN KRISTIANISASI DALAM DIALOG KEHIDUPAN

    Berdasarkan jawaban-jawaban yang dikemukakan oleh komuniti penganut baru

    Kristian di kalangan Pusat Bimbingan/ Perhimpunan Gereja di Petaling Jaya tersebut, ternyata

    rumusan awal memperlihatkan bahawa konversi berlaku atas sebab wujudnya jalinan dialog

    kehidupan dalam komuniti Muslim-non-Muslim yang kitarannya lebih kepada sikap

    keprihatinan terhadap permasalahan hidup yang berlaku, pergaulan sesama rakan dan

    perasaan kecewa dengan sikap organisasi asal anutan penganut tersebut. Ini kesemuanya

    merupakan elemen-elemen utama jalinan dialog kehidupan tersebut. Selain itu, dorongan

  • 17

    pemelukan Kristian adalah berasaskan agenda dakyah yang dilakukan secara halus melalui

    jalinan persahabatan sehingga membuahkan rasa cinta dalam kalangan dua hati yang

    berpasangan. Ini mengheret kepada pemelukan Kristian sebagai jalan penyelesaian kepada

    masalah. Selain itu, taktik keprihatinan terhadap masalah rakan sekolah yang bermasalah turut

    merupakan antara metode terbaik yang digunapakai oleh pihak gereja. Data yang terkini

    memperlihatkan bahawa keinginan untuk terus bebas khususnya dalam kalangan remaja

    Muslim telah mendorong golongan tersebut menganuti Kristian biarpun ada kalangan remaja

    ini asalnya hanya sebagai satu tindakan melepaskan diri tetapi akhirnya kekal dalam agama

    Kristian. Apatah lagi kurangnya pengetahuan sejarah dan peruntukan dalam Perlembagaan

    Persekutuan turut memangkinkan gerakan ini meluas dalam kalangan para remaja.

    Ketegasan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan bahawa Islam adalah agama

    negara dan perakuan sumpah Yang Dipertuan Agung dalam pertabalannya untuk memelihara

    agama Islam yang mencakupi kedaulatan prinsip Islam dan syariatnya telah dipandang sepi

    oleh masyarakat Malaysia dan ketiadaan sikap menghormati isi perlembagaan dalam kalangan

    masyarakat Muslim-non-Muslim telah membuka ruang kepada gerakan Kristianisasi

    melebarkan dakyahnya dalam kalangan masyarakat Muslim melalui pendekatan dialog

    kehidupan; perkenalan dan perdamaian sehingga menidakkan hak yang termaktub did alam

    perlembagaan.

    Ini bererti dialog kehidupan dalam konteks perkenalan antara Muslim dengan non-

    Muslim merujuk kepada al-Sulh (perdamaian) yang bertujuan membina dan memupuk situasi

    damai dan harmonis sesama mereka (Andek Masnah Andek Kelawa 1998: 53). Prinsip saling

    kenal mengenali ini turut menjadi salah satu elemen penting dalam model hubungan Muslim-

    Kristian yang diperkenalkan oleh Jane I. Smith (2007) melalui konsep getting to know you.

    Melalui pendekatan antropologi, Merryl Wyn Davies (1992) pula menyatakan bahawa

    Knowing One Another (kenal mengenali) adalah satu proses dialog yang mewujudkan

    hubungan perkenalan sesama manusia.

    Dialog kehidupan adalah dialog antara agama yang melibatkan semua pihak (atau

    sesiapa sahaja) yang tinggal bersama dan memaparkan interaksi antara penganut yang berbeza

    agama. Ia adalah satu bentuk hubungan antara agama yang berlaku pada peringkat hubungan

    yang lazim dihadapi dalam kehidupan seharian. Volker Kuester (2004) menjelaskan konsep

    dialog kehidupan berasaskan empat ciri kehidupan, pertama, bermula daripada tinggal

  • 18

    bersama (living together) sama ada dalam konteks jiran tetangga mahupun dalam ruang

    lingkup keluarga yang berbilang agama. Kedua, dialog yang tidak memerlukan pengetahuan

    mendalam mengenai agama lain. Ketiga, bermatlamat keharmonian hidup bersama. Keempat,

    kesepakatan (concensus) antara penganut pelbagai agama didorong oleh keinginan dan

    keikhlasan (good will) dan dialog berlangsung dalam beberapa siri.

    Berasaskan jawaban-jawaban komuniti penganut baru Kristian tersebut, ternyata

    bahawa empat ciri kehidupan yang diketengahkan oleh Volker Kuester mewarnai dialog

    kehidupan dalam kalangan masyarakat etnik Selangor dan dimangkinkan lagi denagn

    beberapa faktor instrinsik dan ekstrinsik telah mendorong mereka memeluk Kristian. Hal ini

    turut dikukuhkan oleh pandangan J. Mark Hensman dan Ahmad Sunawari Long.

    J. Mark Hensman (1999) menyatakan, dialog kehidupan menggambarkan bagaimana

    masyarakat hidup bersama dalam keadaan saling memerlukan dan kadang kala saling

    bertentangan. Ahmad Sunawari Long (2003) pula menjelaskan dialog kehidupan berlaku

    apabila ahli sesebuah masyarakat berusaha untuk hidup di luar batasan kelompok mereka.

    Mereka hidup secara terbuka dan berjiran, bersama-sama berkongsi sedih dan duka dalam

    masalah kemanusiaan tanpa dibatasi ruang lingkup agama. Ahli masyarakat hidup sebelah

    menyebelah dalam satu kawasan perumahan atau kampung sama-sama bergotong royong dan

    membantu antara satu sama lain di dalam perkara-perkara yang tidak melibatkan keagamaan.

    Dalam hal ini dialog memerlukan kepada unsur pertemuan antara satu sama lain.

    Berdasarkan pengertian konsep dialog kehidupan yang berkait rapat dengan

    interaksi seharian antara penganut agama yang berbeza, dialog dalam konteks masyarakat

    pelbagai agama tidak hanya menuntut toleransi agama demi kelangsungan dan keharmonian

    hidup bersama tetapi turut memberi implikasi kepada sikap pengaruh mempengaruhi dan

    kecenderungan untuk saling mempelajari antara satu sama lain. Secara relatifnya, terdapat

    individu yang akan terdedah dan terkesan dengan fenomena ini sehingga akhirnya

    membentuk transformasi agama kepada individu terbabit. Apatah lagi dalam konteks

    masyarakat majmuk di Selangor yang memaparkan persekitaran kemodenan yang begitu

    meluas dan interaksi seharian tanpa dibatasi sempadan agama dan etnik. Ini dapat diteliti dan

    ditelusuri daripada jawaban-jawaban yang mendorong mereka memeluk Kristian.

    Secara relatif, sudut pandangan komuniti dialog kehidupan akan berubah kesan

    daripada penglibatannya secara langsung dalam dialog kehidupan yang beralih kepada sesuatu

  • 19

    yang baru dan kefahaman yang lebih baik. Perkara ini menjelaskan dialog kehidupan

    sememangnya tidak bermaksud dan tidak bermatlamat untuk menukar agama lain tetapi

    dialog tersebut telah membuka ruang untuk mendekatkan diri seseorang kepada suatu

    transedensi baru dan membentuk satu kefahaman baru serta menjernihkan prasangka, salah

    tanggapan dan kesangsian yang wujud sebelum ini.

    Ini bererti perbincangan di atas menjelaskan konsep konversi berasaskan dialog

    kehidupan ini tidak hanya merupakan konversi agama semata tetapi juga meliputi konversi

    sikap, pendirian dan kebenaran. Walaupun konversi seringkali menimbulkan kebimbangan

    kepada komuniti dialog kehidupan, perkaitan antara kedua-duanya tidak dapat dielakkan. Ini

    kerana konsep ini memaparkan unsur pertemuan dan interaksi yang membentuk jalinan

    perkenalan dan perkongsian antara penganut yang berbeza agama. Apatah lagi dalam

    membincangkan konsep dialog kehidupan yang melibatkan interaksi seharian dalam ruang

    yang tidak dibatasi dengan waktu dan tempat serta penonjolan tingkahlaku dan amalan hidup

    beragama yang berbeza dan dirasai sebagai suatu pengalaman unik dan tersendiri. Keadaan ini

    tentunya bukan hanya memaparkan dialog yang bersifat minda tetapi juga dialog yang

    menyentuh hati dan perasaan. Fenomena ini begitu ketara dalam konteks hubungan antara

    agama dalam masyarakat Selangor yang disepadukan dan diintegrasikan dengan perkongsian

    persamaan pokok, seperti bertutur dalam bahasa atau dialek yang sama, berasal dari negeri

    yang sama, bernaung dalam ikatan keluarga yang sama, berkongsi budaya yang sama serta

    menjalin interaksi dalam bidang sosio-ekonomi di tempat yang sama. Atas dasar persamaan

    yang wujud dan dikongsi bersama dalam interaksi seharian, fenomena ini telah membentuk

    kerangka sosial kepada proses konversi agama dalam kalangan penganut baru Kristian.

    Interaksi dan komunikasi dalam hubungan antara agama membentuk rangkaian dialog yang

    dinamakan sebagai dialog kehidupan.

    Jalinan dialog kehidupan tersebut disuburkan lagi melalui usaha dan aktiviti yang

    dilakukan oleh Pusat Bimbingan Gereja di Selangor dan sekitar Petaling Jaya yang

    mengendalikan pelbagai bimbingan kelas agama, jelajah SAHABAT, ceramah, bacaan

    bible, aktiviti keagamaan seperti charity, lawatan amal ke hospital dan aktiviti perniagaan

    untuk mengeratkan lagi kelangsungan hubungan sesama penganut baru Kristian dan para

    pekerja sukarelawan gereja. Guru-guru pembimbing turut berperanan menekankan konsep

    ukhuwwah dan jalinan kasihsayang dalam kalangan komuniti penganut baru Kristian di

  • 20

    pusat bimbingan tersebut. Terbukti, jalinan dialog kehidupan berlangsung dengan harmoni

    dan saling memperlihatkan kefahaman dan hormat menghormati walaupun para penganut

    baru Kristian ini datang dari latarbelakang berbeza dan etnik yang berlainan. (Observasi dan

    penglibatan langsung bersama para penganut baru Kristian di Pusat Bimbingan Gereja

    Petaling Jaya: Jun 2009, September 2010, Mei 2011; Pusat Bimbingan Gereja Damansara:

    November 2011).

    Pusat bimbingan gereja ini mengeratkan lagi jalinan dialog kehidupan sedia wujud

    melalui kepelbagaian aktiviti. Jalinan dialog kehidupan ini diperteguhkan melalui beberapa

    aktiviti yang berteraskan ajaran Kristian. Pemerkasaan jalinan dialog kehidupan ini

    diusahakan oleh Pusat Bimbingan tersebut melalui beraneka aktiviti.

    PEMERKASAAN DIALOG KEHIDUPAN DALAM AKTIVITI PUSAT BIMBINGAN

    GEREJA

    Dialog kehidupan dalam konteks pengalaman penganut baru Kristian di Pusat

    Bimbingan Gereja Petaling Jaya ini lebih ditonjolkan melalui jalinan dialog kehidupan.

    Dialog kehidupan ataupun dialog kultural tidak seperti dialog wacana ilmu (dialogue of

    discourse) yang mempunyai metode yang berstruktur mengikut format, agenda, kaedah dan

    peserta tertentu. Sebaliknya metode dialog kehidupan lebih memfokuskan dialog yang

    melibatkan pengalaman hidup (life experience) yang menceritakan kisah hidup beragama (a

    story of religious narrative) yang memaparkan nilai-nilai yang dikongsi bersama. Kajian awal

    menunjukkan mode dan kerangka konsep dialog kehidupan dibina melalui penelitian terhadap

    interaksi antara kumpulan penganut yang berbeza agama dalam sesebuah masyarakat.

    Misalnya, dalam mewujudkan interaksi antara kalangan penganut baru Kristian di Pusat

    Bimbingan Gereja Petaling Jaya, Selangor, para pengajar Kristian menonjolkan identiti

    sebenar Kristian kepada rakan peserta melalui kaedah dialog non-verbal dengan mengadakan

    aktiviti yang bersifat performing mode seperti yang dinyatakan oleh Marcia Hermansen

    (2004: 388). Konsep performing mode ini menggabungjalinkan hubungan antara perkataan,

    tindakan dan konteks sebagai landasan dialog kehidupan yang memaparkan peranan

    masyarakat Kristian mempraktikkan ajaran dalam kehidupan seharian mereka di mana sahaja.

    Antara aktiviti di Pusat Bimbingan Gereja tersebut adalah penglibatan para sukarelawan dan

    para pengajar agama bersama rakan peserta dalam shared activist issues seperti gerakan anti

  • 21

    etnik dan perkauman, menghidupkan program minggu kesedaran agama seperti lawatan amal

    ke hospital dengan kunjungan ke atas para pesakit untuk menyelami hati dan perasaan

    mereka, jelajah SAHABAT, bacaan bible, kutipan charity bersama rakan peserta dan juga

    rakan agama lain. (Temubual Puan Jasmine: Jun 2009 dan Mei 2011; Temubual Puan Sofiah

    Che Leh: Nov 2011). Aktiviti-aktiviti seumpama ini sekaligus mengungkapkan keprihatinan,

    kefahaman dan hubungan saling hormat menghormati dan faham akan tanggugjawab sebagai

    penganut Kristian yang membudayakan ajaran Jesus. Ini semua dirujuk sebagai suatu bentuk

    jalinan dialog kehidupan.

    Kewajaran jalinan dialog kehidupan dipraktikkan oleh Pusat Bimbingan Gereja ini

    dalam kehidupan rakan peserta kerana ciri kehidupan mereka pada kelazimannya sering

    dibelenggu dengan pelbagai masalah kehidupan. Kebanyakan rakan peserta berdepan dengan

    masalah yang melibatkan isu-isu kekeluargaan dan keagamaan seperti tentangan keluarga,

    perubahan cara hidup di kota metropolitan, dilema perubahan identiti diri seperti nama, sikap

    dan tingkah laku, terikat dengan persoalan dos and donts, masalah integrasi sosial dengan

    komuniti asal Muslim dan adaptasi budaya dalam menjalankan rutin seharian sebagai

    penganut baru Kristian.

    Selanjutnya, Pusat Bimbingan Gereja turut mengambil model yang diketengahkan

    oleh Eboo Patel et al. iaitu satu model dialog kehidupan yang berdasarkan penglibatan belia

    atau golongan muda dengan mempertemukan wakil-wakil belia dari kalangan Muslim,

    Yahudi dan Kristian. Metode yang digunakan ialah storytelling, iaitu penceritaan yang

    mengandungi naratif tentang pengenalan identiti diri, sejarah hidup dan pentafsiran semula

    kisah dan pengalaman hidup beragama. Peri pentingnya storytelling ini kerana metode ini

    berupaya menjadi laluan dan membuka ruang perbualan yang mengandungi kisah dan

    pengalaman pelbagai jenis. Selain itu, kaedah storytelling ini turut menggalakkan para peserta

    dialog mengenalpasti dan mengecam pelbagai bentuk nilai yang dikongsi bersama melalui

    pengalaman peribadi mereka.

    Matlamat metode storytelling ini ialah membina hubungan antara penganut pelbagai

    agama dari kalangan golongan belia rakan peserta dan komuniti Kristian keseluruhannya.

    Kepentingan metode ini ialah ia memperkasakan golongan belia menjadi guru dan pemimpin

    masyarakat untuk mempromosi nilai yang mereka kongsi bersama. Patel menyifatkan peserta

  • 22

    dialog dari kalangan belia ini sebagai scholars of their own experience kerana mereka

    menyampaikan dialog mengikut pengalaman hidup mereka sendiri. Metode storytelling

    berbeza dengan dua mode dialog yang sedia digunapakai dalam arena dialog teologi, iaitu

    pertemuan meja bulat antara pakar-pakar agama seperti priest, minister, rabbi, imam dan

    swami dalam membincangkan persamaan dan perbezaan ajaran agama. Metode ini juga

    berbeza dengan dialog politik yang mempertemukan wakil-wakil Yahudi dan Muslim dalam

    membincangkan isu Israel-Palestin dan wakil Buddha dan Hindu dalam isu Sri Lanka (Eboo

    Patel et al. 2008: 42).

    Metode ini banyak bergantung kepada fasilitator yang berwibawa dan berupaya

    menggerakkan peranan setiap peserta dalam memaparkan nilai agama yang mereka miliki

    dalam kehidupan seharian. Contoh metode storytelling daripada naratif dan pengalaman hidup

    beberapa individu rakan peserta penganut baru Kristian yang turut didokumenkan dalam

    borang pemelukan Kristisannya adalah seperti berikut:

    1. Saya memeluk Kristian kerana bagi saya, Kristian agama yang tidak bezakan

    darjat ataupun taraf hidup dan ia sama juga macam agama Islam. Masalahnya,

    cakap tak ada beza dan dibuktikan. Contohnya, saya lalui pengalaman perit

    dengan pusat baitul mal dan zakat. Hampa sangat dan hina saya lagi tanpa mahu

    dengar orang Islam ni pandai saja cakap tapi tak ada bukti. Beza dengan Kristian,

    dia masalah saya. Tapi Kristian bagus. Dengar masalah saya walaupun kena

    tunggu lama saya cerita tapi sabar dan tetap dengar masalah. Jadi saya memeluk

    agama ini dengan hati yang ikhlas dan perasaan itu sukar digambarkan. Sebelum

    saya memeluk Kristian, saya sangat tertarik dengan kisah Jesus yang sentiasa

    ditekankan dalam himpunan dewan gereja. Dalam pada itu, saya juga terfikir

    betapa agungnya Kristian suatu ketika dahulu. Saya juga sangat tertarik dengan

    perjuangan Jesus dan juga perjuangan nabi Muhammad memperjuangkan Islam

    walaupun mengalami pelbagai halangan terutamanya dari masyarakat Quraisy

    yang sanggup memulaukan keluarga baginda. Tapi penganut Islam tidak macam

    nabi dan penganut Kristian ikut langkah Jesus selamatkan orang lain. Bermula

    dari itu, saya berminat untuk mendalami agama Kristian.

    2. Semasa belajar di Selangor, saya mula bergaul dengan ramai rakan-rakan yang

    beragama Kristian. Dalam masa tiga tahun berada di samping mereka, saya mula

  • 23

    berminat untuk mengetahui tentang agama Kristian. Setiap hari minggu saya

    mendengar ajaran Kristian kerana rakan-rakan institusi mengajak sama. Apatah

    lagi saya diterima dengan senang hati dan sentiasa dialukan kehadiran saya dalam

    perhimpunan. Masalah saya juga diuruskan oleh gereja dan saya tidak lagi

    dibebani masalah kewangan. Ini semualah yang telah membuka hati saya untuk

    memeluk agama Kristian kerana mereka semua memiliki sifat loving, sharing dan

    caring. Saya ingin merasakan sendiri semua kebaikan itu dan saya juga rasa lebih

    tenang dan bahagia.

    3. Coz in Christianity religion I found a new family, new friend, lovely friend and a

    peace of heart and mind yang dah lama saya cari and I realized that Christianity

    is a true religion with God and Laws. Dah banyak perkara dan makanan yang

    diharamkan dalam Islam but in Christianity bebas, people can do anything

    whatever or wherever they want. Freedom or kebebasan yang saya mahukan dan

    tidak ada yg salah dalam Christianity asal sahaja kita mesti ada loving, sharing

    and caring to each other, pasti rahmat Jesus kita dapat. Macam saya dilahirkan

    dan membesar dalam agama Islam. Apa lagi waktu saya menjadi anak yatim

    sampai dapat anak tanpa nikah dan ditinggalkan saya menjadi orang yang tak

    percayakan siapa dan tak percayakan ada tuhan dan bebas segalanya. One day,

    followed to my friend going back to her village and where here parent knows

    about me and my problem, they suggest me to convert to Christianity. Year 1994,

    waktu saya memeluk Christianity saya cuba untuk belajar agama. First susah bagi

    saya untuk percaya yang Christianity can change kehidupan saya tapi saya cuba

    dan berusaha and Ive learn more and more about Christianity and finally saya

    menjadi orang beragama dan takut pada tuhan, dan saya berharap satu hari nanti

    saya boleh jumpa lagi dua adik saya dan keluarga terdekat untuk membawa

    diorang ke jalan yang betul dan memeluk Christianity agama sebenar yang ada

    tuhan on the name of loving, sharing and caring. Dan itulah sebabnya saya

    memeluk Christianity kerana ada sifat loving, sharing and caring dalam tuhan

    dan penganutnya.

    Kisah-kisah sebegini yang disampaikan melalui metode storytelling merupakan salah

    satu kaedah dalam dialog kehidupan, iaitu dialog yang menggambarkan hubungan antara

  • 24

    pelbagai penganut dalam interaksi seharian, sambutan perayaan dan pelaksanaan kewajipan

    amalan beragama (religious obligation). Penceritaan ini turut memaparkan sikap dan nilai

    kerukunan hidup bersama walaupun dipisahkan dengan sempadan peraturan agama (religious

    boundries).

    Pengalaman hidup sebeginilah yang akan dijadikan sandaran data dalam

    mengetengahkan metode dialog kehidupan dalam kalangan individu yang terlibat dalam

    konversi kepada Islam. Hal ini telah turut dilakukan kajian dalam menulis sebuah lagi

    kertaskerja bertajuk Peranan Teratak Fitrah, Sabah dalam Melestarikan Jalinan Dialog

    Kehidupan. (sila rujuk laman blogspot DrKhadijahHambali.com)

    Bertitik tolak daripada pengalaman para rakan peserta yang berbeza, pihak Pusat

    Bimbingan Gereja telah turut mengadakan program Spitual Camp (Temubual Puan Jasmine:

    Jun 2009 dan Mei 2011; Bapak Sukarno: Mei 2011; Ustaz Azmi: Disember 2011). Aktiviti

    yang dijalankan merangkumi pendedahan kepada aspek budaya dan agama-agama para rakan

    peserta sebelum ini. Pada masa yang sama, para rakan peserta turut didedahkan dengan

    pelaksanaan sembahyang secara individu dan kolektif, pembacaan al-Kitab/ Bible dan doa-

    doa, pengurusan pesakit yang betul dan sempurna dan adab-adab menziarah pesakit. Melalui

    pengalaman ini, para rakan peserta merasai sendiri aktiviti merentasi budaya dan agama dan

    sekaligus mengukuhkan lagi pemahaman dan hubungan keagamaan dalam kalangan rakan

    peserta terhadap ajaran Kristian. (Temubual Puan Rashidah: Jun 2011; Ustaz Azmi: Disember

    2011).

    Perbincangan isu-isu dialog kehidupan yang diadakan dalam bengkel tersebut

    merupakan sebahagian daripada metode dialog struktural dalam bentuk diskusi ilmiah yang

    dihadiri komuniti peserta baru dan para sukarelawan gereja. Penganjuran diskusi ilmiah

    sebegini adalah sebahagian daripada realiti dialog yang diaplikasikan dalam lingkungan

    aktiviti kegerejaan di Petaling Jaya. Sungguhpun metode ini digunapakai secara meluas,

    namun dialog yang berlangsung dalam perkhemahan tersebut merupakan satu lagi metode

    dialog kehidupan yang memaparkan faham agama dalam kehidupan seharian yang melibatkan

    golongan rakan peserta baru dan muda dari pelbagai latar belakang. Kedua-dua metode dialog

    yang berlangsung dalam bengkel dan perkhemahan tersebut merupakan salah satu metode

    dialog kehidupan yang bersifat classroom experience dan memaparkan pengalaman dialog

  • 25

    dalam suasana formal. Sebaliknya, satu lagi metode dialog kehidupan yang berlangsung

    dalam bentuk outside classroom adalah dialog yang bersifat informal experience yang

    melibatkan pengalaman hidup seharian (daily living together) seperti kajian Eboo Patel et

    al.(2008); J. Mark Hensman (1999) dan Marcia Hermansen (2004) yang telah diaplikasikan

    oleh Pusat Bimbingan Gereja, Petaling Jaya Selangor.

    Tuntasnya, metode tersebut sememangnya boleh diaplikasikan dalam konteks

    hubungan antara agama yang melibatkan aktiviti seharian dan perkongsian dalam aktiviti

    bersama. Pengalaman hidup yang dilalui oleh individu yang terlibat dalam isu-isu dialog

    kehidupan seperti pertukaran agama merupakan salah satu contoh dialog outside classroom

    yang memaparkan dialog informal bersama ahli keluarga yang berbeza agama yang

    memaparkan dialog yang tidak bersifat classroom experience dan tidak terikat dengan

    interaksi secara formal dan tidak dibatasi dengan ruang dan waktu tertentu. Malah, dialog ini

    juga bersifat natural, spontan dan tidak hanya melibatkan pertemuan minda tetapi juga

    pertemuan hati dan perasaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan menonjolkan nilai

    keikhlasan dan keupayaan diri seseorang dalam membentuk sikap toleransi dan memupuk

    persefahaman pada suatu perbezaan. Betapa pentingnya dialog outside classroom ini

    diketengahkan dalam usaha membina hubungan antara agama (building bridge), Guat Kwee

    menjelaskan (2008: 681):

    Such actions of kindness, comfort, understanding, care and assistance help to build

    the bridge and establish relationships beyond words. We need to go beyond

    tolerating or understanding the other to embracing the other. This suggests a

    different function of dialogue, one that can bring the hearts, rather than just the

    minds of people together. Not only make space within oneself for the other but also

    to make physical space for each other.

    Model-model dialog kehidupan yang dipaparkan melalui pengalaman tersebut wajar

    dipraktikkan dan diaplikasikan oleh komuniti Muslim bagi mengukuhkan lagi kefahaman dan

    jalinan interaksi sesama Muslim kerana ianya lebih praktikal dan menepati kehendak dialog

    antara agama di peringkat akar umbi (interreligious dialogue at the grassroots). Ia juga wajar

    diketengahkand alam kalangan para pendakwah Muslim dalam usaha mengembalikan rakan-

    rakan Muslim yang telah terjebak dalam komuniti Kristian. Ini kerana realiti dialog kehidupan

  • 26

    di Malaysia, walaupun berlangsung sejak sekian lama dalam suasana tinggal bersama antara

    penganut agama dan etnik yang berbeza, namun usaha secara konkrit masih belum begitu

    ketara dan meluas (Ghazali Basri 2005). Merealisasikan dialog di peringkat masyarakat awam

    sememangnya bukan satu tugas mudah kerana ia memerlukan kebijaksanaan dan daya

    kreativiti dalam melaksanakan program yang berupaya mengetengahkan mesej instrinsik.

    Menurut Muhamad Nur Manuty (1997), terdapat dua faktor yang perlu dipertimbangkan

    dalam usaha merealisasikan dialog kehidupan yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.

    Pertama, sikap konservatif yang terdapat dalam semua tradisi agama yang dijangka akan

    mempertikaikan pelaksanaan program. Kedua, cabaran untuk membina sikap saling percaya

    mempercayai dan keikhlasan dalam berdialog.

    KESIMPULAN

    Kajian di atas merupakan perbincangan dan gambaran latarbelakang sejarah gerakan

    Kristianisasi dan beberapa contoh aktiviti yang diaplikasikan oleh Pusat Bimbingan Gereja,

    Petaling Jaya yang melihat bahawa dialog kehidupan adalah signifikan dengan kehidupan

    penganut baru Kristian, kerana mereka bukan sahaja merupakan entiti yang paling hampir

    dengan masyarakat Muslim berdasarkan pengalaman keagamaan mereka yang pernah

    menjalani kehidupan berteraskan agama tersebut, tetapi mereka juga adalah asalnya

    sebahagian daripada masyarakat Muslim. Justeru, pendidikan berhubung tunjang ajaran Islam

    iaitu akidah wajar diperkukuhkan dan dimantapkan dalam kalangan masyarakat Muslim agar

    komuniti ini dapat membezakan akidah kepada keesaan Allah dan keyakinan kepada Allah

    yang satu sepertimana yang didakwa Kristian yang ternyata amat jauh jurangnya dan

    konsepnya dengan akidah tauhid yang ditekankan dalam ajaran Islam.

    Apa yang utama, pendedahan ini menjelaskan kurangnya integriti dalam kalangan

    pegawai agama di institusi Islam dan kekurangan ilmu dalam memahami hubungan antara

    umat beragama melalui aplikasi dialog kehidupan dalam kalangan komuniti Muslim

    Malaysia. Hal ini wajar diberi penekanan agar para pegawai agama dan komuniti Muslim

    Malaysia khususnya Selangor dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan

    dengan baik dan sempurna selaras dengan yang dituntut oleh ajaran Islam.

    Selain daripada itu, model-model dialog kehidupan yang dipaparkan sewajarnya turut

    diberikan penekanan dan diaplikasikan oleh para pendakwah Muslim untuk menarik minat

    masyarakat Muslim khususnya remaja agar memahami dan membudayakan ajaran Islam

  • 27

    dalam segala aspek kehidupan. Ia juga berupaya diaplikasikan bagi menarik kembali komuniti

    Muslim yang telah terjebak dalam ajaran Kristian agar mereka dapat menilai dan kembali

    kepada kebenaran.

    Tuntasnya; faktor pendorong kepada aplikasi gerakan Kristianisasi ini dapat

    dikategorikan kepada dua iaitu instrinsik dan ekstrinsik. Faktor instrinsik lebih dilihat kepada

    aspek dalaman yang berkaitan dengan jiwa dan akidah. Manakala ekstrinsik lebih dilihat

    kepada aspek ekonomi, sosial dan pendidikan.

    RUJUKAN

    Abdelaziz Berghout. 2008. Meeting the Challenges of Dialogue: Need for Civilisational

    Vision and Cultural Transformation. (dlm). Thomas W. Simon & Azizan Baharuddin.

    Dialogue of Civilisations and the Construction of Peace. KL: Pusat Dialog Peradaban,

    Universiti Malaya.

    Ahmad Sunawari Long. 2003. Dialog antara Agama-Agama Pra-syarat Persefahaman antara

    Agama-Agama. (dlm) Jaffary Awang (et al). Agama dan Perpaduan Kaum di

    Malaysia. Bangi: UKM

    Andek Masnah Andek Kelawa. 1998. Hubungan Muslim dengan Non-Muslim Menurut

    Perspektif al-Quran. (dlm). Abdul Ghafar Hj. Don, Berhanundin Abdullah, Zulkiple

    Abd. Ghani. (pynt). Dakwah Kepada Non-Muslim di Malaysia: Konsep, Metode dan

    Pengalaman. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Davies, Merlyn Wyn. 1992. Knowing One Another Shaping An Islamic Anthropology (Saling Mengenali: Membentuk Antropologi Islam. (terj). Mohd Sahari Nordin &

    Norsita Lin Ahmad. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Data-data Jawaban Komuniti Penganut Baru Kristian Pusat Bimbingan Gerej, Petaling Jaya,

    Selangor. 2006-2011.

    Ghazali Basri. 2005. Dialog antara Agama di Malaysia: Pengalaman Lalu, Cabaran semasa

    dan Prospek. Siri Monograf Pusat Dialog Peradaban. No.9.

    Hensman, J. Mark. Beyond Talk: The Dialogue of Life as the Locus of Non-Verbal

    Interreligious Dialogue. East Asian Pastoral Review 36, 3 (1999): 323-337)

    Hermansen, Marcia. Muslims in the Performative Mode: A Reflection on Muslim-Christian

    Dialogue. The Muslim World 94, 3 (2004): 387-396.

    Kose, Ali. 1996. Conversion to Islam: A Study of native British Converts. London: Kegan

    Paul International.

    Kuester, Volker. Who, With Whom, About What? Exploring the Landscape of Inter-Religious

    Dialogue, Exchange 33. 1 (2004). 73-92.

    Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Osman Abdullah@Chuah Hock Leng. The Problems of

    Muallaf in Malaysia. Islamiyyat Journal of Islamic Studies. Jilid 24 (2003). 65-84. Mohd. Farid Mohd. Shahran. Dialog antara agama dan peradaban: Pespektif agama dan

    tamadun. Kertas kerja Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan

    Peradaban, 22 Januari 2008.

  • 28

    Muhammad Nur Manuty. Inter-Civilization Dialogue at the Community Level: The Case of

    Malaysian Society. Kertas kerja Seminar Civilisational Dialogue: Present Realities,

    Future Possibilities. 15-17 September 1997.

    Patel, Eboo, April Kunze and Noah Silverman. 2008. Storytelling as a key methodology for

    interfaith youth work. (in). Mays, Rebecca Kratz. Interfaith Dialogue at the Grass

    roots (ed). Philadelphia: Ecumenical Press.

    Phyllis Ghim-Lian Chew. 2008. Religious Switching and Knowledge among Adolescents in

    Singapore. (in). Lai Ah Eng (ed). 2008. Religious Diversity in Singapore. Singapore:

    Institute of Southeast Asian Studies.

    Ramli Awang. 2008. Dialog antara Agama dari Perspektif al-Quran. Skudai: Penerbiti

    Universiti Teknologi Malaysia.

    See Guat Kwee. Building Bridges between Christians and Muslims: A Personal Journey. Lai

    Ah Eng (ed). 2008. Religious Diversity in Singapore. Singapore: Institute of Southeast

    Asian Studies.

    TEMUBUAL

    Temubual Ustaz Azmi; 3 Disember 2011, Pegawai Sukarelawan dan Kumpulan Ustaz Azmi,

    Petaling Jaya.

    Temubual Pastor Izwan: 3 Disember 2011, Pastor Melayu Damansara Utama Methodist

    Church (DUMC).

    Temubual Puan Jasmine: June 2009 dan Mei 2011, Pegawai Sukarelawan Perhimpunan

    Gereja Petaling Jaya

    Temubual Puan Rashidah: Mei 2011, Pegawai Sukarelawan Perhimpunan Gereja, Petaling

    Jaya.

    Temubual Bapak Sukarno: Mei 2011, Paderi Church, Jalan Gasing, Petaling Jaya

    Temubual Paderi St Michael: Jun 2009 dan Mei 2011, Paderi Methodist Church, Petaling Jaya

    Temubual Puan Sofia Che Leh: November 2011; Pegawai Sukarelawan Perhimpunan Gereja,

    Petaling Jaya.