guru berkualiti

32
Guru yang berkualiti Tan Xiaoqi

Upload: xiaoqi-tan

Post on 16-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

...........................................................................................................................

TRANSCRIPT

  • Guru yang berkualiti Tan Xiaoqi

  • Konsep profesionLieberman (tokoh pendidik di AS)

    Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.Pekerja pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran.Ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi.

  • Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan.

    Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

    Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan.

    Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.

  • Konsep perguruanMengikut kamus dewan (1989) di bawah konteks pendidikan guru adalah diertikan sebagai pengajaran

    Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan seorang guru.

  • GURU PADA MASA KINI

  • AKAUNTABILITI GURU Akauntabiliti guru bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu, jadi konteks keguruan akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan

  • Bidang tugasBidang pekerjaan : akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk dilaksanakan.Sekolah : akauntabiliti terhadap kemajuan dan perkembangan sekolah.Tingkah laku kendiri : guru harus mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh diteladani oleh murid-muridMurid : akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-muridnya.Profesion : bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi.

  • AKAUNTABILITI GURU TERHADAP NEGARAMenjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan Rukun Negara dengan jelas.Mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna.Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang proaktif dan bersepadu. Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru serta ibu bapa muridnya.Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.Bersopan santun dan bertingkah laku dalam segala aktiviti sosial.

  • AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKANMembaca dan memahami selengkapnya tentang ilmu pengetahuan yang diajarnya.Menyertai seminar untuk meningkatkan tahap pengajaran.Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang menyeluruh.Mengajar dengan menggunakan fakta yang betul

  • AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR DAN IBU BAPAMenjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti mematuhi masa.Mengutamakan kebajikan murid daripada diri sendiri.Bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa diskriminasi.Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

  • Akauntabiliti guru terhadap diri sendiriMenjaga kesihatan rohani dan jasmani.Bijak dalam menguruskan kewangan.Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa.Mengisi masa lapang secara berhemah seperti bersukan.

  • Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesionalAntara ciri-cirinya ialah:

    Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.Banyak menggunakan keupayaan intelek.Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.Mendapat latihan khusus.

  • Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

  • CIRI-CIRI GURUIntelek - Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar.

  • Berkualiti dari Segi Jasmani

    - Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

    Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

  • Berkualiti dari Segi Emosi.Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah: -Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan.

    -Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.

  • Minat suka membaca. -Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. - Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru.

  • Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris. -Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan guru untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini.

    - Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

  • Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT.

    -Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . -Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

  • Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi -Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar. - Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.

  • - Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.

  • Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruanMenguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal . -mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.

  • Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.

  • Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif.Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna

  • Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.

    Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif.

    Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.

  • Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.

    Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna.

    Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pelajaran dan pembelajaran.

    Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.

    Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.

  • Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

    Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

    Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

    Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

    Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

    Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

  • Memastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

    Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

    Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

    Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

    Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

  • Ciri-ciri dan potensi diri guru profesional adalah penting dalam merealisasikan pendidikan cemerlang. "If they aren't learning...then you aren't teaching."

    *