guru data & maklumat

Upload: dcn7657

Post on 23-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Guru Data & Maklumat

    1/1

    G: GURU DATA & MAKLUMAT

    Guru data adalah bertanggungjawab dalam pengurusan DATA supaya kemaskini, sahihdan senang untuk diperolehi. Rekod-rekod yang dipertanggungjawab hendaklah disimpan dengan selamat dan rahsia. Menjadi pengerusi dalam jawatankuasanya yang terdiri dan Pembantu Tadbir, PAR dan Guru Darjah.

    1. Pendaftaran1.1 Mengurus pendaftaran murid-murid yang baru ke dalam Buku Pendaftaran Sekolah dan memberitahu murid-murid tentang nombor pendaftaran mereka dengan dibantu oleh Guru Darjah.1.2 Mengendalikan pertukaran murid-murid keluar masuk bersama dengan Guru Darjah yang berkenaan.1.3 Mengatur dan menempatkan murid-murid tahun satu.1.4 Menyelia Buku Jadual Kedatangan Murid supaya setiap ruangan dan butiranperibadi murid-murid tercatat atau ditulis dengan betul oleh guru-guru darjah.1.5 Menyimpan rekod bilangan murid-murid masuk dan bilangan murid-murid keluar setiap masa.1.6 Menyimpan rekod bilangan perangkaan murid-murid serta keramaian murid dan analisa dari semasa ke semasa.2. Data2.1 Mengumpul dan menganalisa data mengenai murid, kelas, guru dan lain-lainperangkaan sekolah dengan bantuan jawatankuasanya.2.2 Mengadakan satu sistem pameran data/perangkaan untuk makluman semua piha

    k di sekolah seperti kedatangan murid harian, perangkaan bulanan mengenai kedudukan murid dan kelas, senarai guru dan kakitangan serta maklumat peribadi merekadan lain-lain.2.3 Mengadakan satu sistem kutipan data seperti menyediakan borang khas kutipan dan sebagainya.2.4 Menyedia data untuk penyata bulanan dan lain-lain penyata yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan lain-lain jabatan yang dibenarkan oleh JPN.2.5 Memberi taklimat kepada guru-guru/kakitangan mengenai kutipan data apabila diperlukan.

    2.6 Mewakili Guru Besar dalam mesyuarat kutipan data anjuran Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah jika perlu.

    3. Tugas-Tugas Lain3.1 Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar I PenolongKanan 1 (Pentadbiran) I Penolong Kanan HEM (Hal Ehwal Murid) / Penolong Kanan Ko-kurikulum dari semasa ke semasa.