ikim..sistem pungutan hasil negara satu pendekatan islam

3
7/23/2019 Ikim..Sistem Pungutan Hasil Negara Satu Pendekatan Islam http://slidepdf.com/reader/full/ikimsistem-pungutan-hasil-negara-satu-pendekatan-islam 1/3 (Ikim)Sistem Pungutan Hasil Negara: Satu Pendekatan Islam http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/erita!harian/"#$%!sistem!pungutan!hasil!negara!satu! pendekatan!islam Ditulis olehDatuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. Postedin Berita Harian Sesebuah negara perlu mempunyai sistem pungutan hasilnya yang tersendiri. Kepentingan sistem pungutan hasil untuk negara bukan sekadar untuk membiayai keperluan perbelanjaan negara tetapi juga untuk mencapai matlamat pengendalian ekonomi negara. Sistem pungutan hasil boleh diguna untuk mempengaruhi peruntukan sumber dalam negara. Ia juga dapat mempengaruhi arah aliran peruntukan penggunaan sumber ekonomi. Pada akhirnya ia juga boleh mempengaruhi kestabilan ekonomi. Matlamat-matlamat ekonomi ini penting dalam pengurusan ekonomi sesebuah negara semoga ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu menghala kepada ekonomi mampan. Dalam usahakerajaan mengubaldasar berkaitansistem punggutanhasil negara, semangat keadilan ekonomi dan kemantapanmuafakat dikalangan rakyat perlu menjadi prinsip-prinsip asas utama. Tanpa prinsip-prinsip tersebut mempengaruhi sistem punggutanhasil negara keutuhan dankeharmonian masyarakat akan tercabar. Semangat tersebut adalahinti kepada kekukuhan dankecapaiankemajuan ekonomi negara secara berterusankeranaagendaekonomi berkait rapat dengankeunggulankeadaan sesebuahmasyarakat. Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai kekayaannya yang mampu menghasil pendapatan seperti tanah, hutan, bahan galiandan sebagainya. Jika pendapatandarisumber-sumber tersebut menyumbang secara besar-besarankepada keperluan negara makajumlahcukaiyangperlu dipunggut mungkin kecil dan ia juga berkemungkinan cukai dikecualikansecara mutlak. Suasana tersebut berbeza dari sesebuah negara dengan yang lain. Dalam sebuah negara Islam, Kerajaan berhak memungut hasilmelalui kaedah zakat (wajib), cukai dan pinjaman. i. Zakat Zakat adalahrukundan wajib dipunggut di kalangan masyarakat Islam olehkerajaan. Ia bolehdikenakan terhadap berikut: (a) Harta modal - ternakan, komoditi untuk perdagangan, jentera, kilang, tanahsewa, bangunan sewa, saham dansebagainya. (b) Pendapatan semasa - keluaran hasil bumi, hasil pertanian, hasil laut dansebagainya. (c) Tabungan semasa dan yang lepas - emas, perak, wang dan perhiasanbarang kemas wanita dan sebagainya.

Upload: virgo-vapor

Post on 17-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ikim..Sistem Pungutan Hasil Negara Satu Pendekatan Islam

7/23/2019 Ikim..Sistem Pungutan Hasil Negara Satu Pendekatan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/ikimsistem-pungutan-hasil-negara-satu-pendekatan-islam 1/3

(Ikim)Sistem Pungutan HasilNegara: Satu Pendekatan Islamhttp://www.ikim.gov.my/index.php/ms/erita!harian/"#$%!sistem!pungutan!hasil!negara!satu!

pendekatan!islam

Ditulis oleh Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. Posted inBerita Harian

Sesebuah negara perlu mempunyai sistem pungutan hasilnya yang tersendiri. Kepentingan sistem pungutan hasil

untuk negara bukan sekadar untuk membiayai keperluan perbelanjaan negara tetapi juga untuk mencapai matlamat

pengendalian ekonomi negara. Sistem pungutan hasil boleh diguna untuk mempengaruhi peruntukan sumber dalam

negara. Ia juga dapat mempengaruhi arah aliran peruntukan penggunaan sumber ekonomi. Pada akhirnya ia juga

boleh mempengaruhi kestabilan ekonomi. Matlamat-matlamat ekonomi ini penting dalam pengurusan ekonomi

sesebuah negara semoga ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu menghala kepada

ekonomi mampan.

Dalam usaha kerajaan mengubal dasar berkaitan sistem punggutan hasil negara, semangat keadilan

ekonomi dan kemantapan muafakat dikalangan rakyat perlu menjadi prinsip-prinsip asas utama. Tanpa

prinsip-prinsip tersebut mempengaruhi sistem punggutan hasil negara keutuhan dan keharmonian

masyarakat akan tercabar. Semangat tersebut adalah inti kepada kekukuhan dan kecapaian kemajuan

ekonomi negara secara berterusan kerana agenda ekonomi berkait rapat dengan keunggulan keadaan

sesebuah masyarakat.

Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai kekayaannya yang mampu menghasil pendapatan sepertitanah, hutan, bahan galian dan sebagainya. Jika pendapatan dari sumber-sumber tersebut menyumbang

secara besar-besaran kepada keperluan negara maka jumlah cukai yang perlu dipunggut mungkin kecil

dan ia juga berkemungkinan cukai dikecualikan secara mutlak. Suasana tersebut berbeza dari sesebuah

negara dengan yang lain. Dalam sebuah negara Islam, Kerajaan berhak memungut hasil melalui kaedah

zakat (wajib), cukai dan pinjaman.

i. Zakat

Zakat adalah rukun dan wajib dipunggut di kalangan masyarakat Islam oleh kerajaan. Ia boleh dikenakan

terhadap berikut:

(a) Harta modal - ternakan, komoditi untuk perdagangan, jentera, kilang, tanah sewa, bangunan sewa,saham dan sebagainya.

(b) Pendapatan semasa - keluaran hasil bumi, hasil pertanian, hasil laut dan sebagainya.

(c) Tabungan semasa dan yang lepas - emas, perak, wang dan perhiasan barang kemas wanita dan

sebagainya.

Page 2: Ikim..Sistem Pungutan Hasil Negara Satu Pendekatan Islam

7/23/2019 Ikim..Sistem Pungutan Hasil Negara Satu Pendekatan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/ikimsistem-pungutan-hasil-negara-satu-pendekatan-islam 2/3

Zakat adalah satu kaedah yang dinamik. Ia adalah untuk menyelesaikan persoalan ekonomi golongan

daif dan sekaligus mampu mengarah kepada kecapaian keharmonian ekonomi dan pencetusan

pertumbuhan ekonomi negara. Matlamat ekonomi ini dapat dicapai melalui pengaruh zakat terhadap

kelakuan individu untuk usaha tabungan dan pelaburan kerana asas zakat adalah kepada harta

terkumpul. Ia juga akan mengembangkan jumlah kepenggunaan negara apabila selesainya masalah

pengangguran golongan daif dengan melibatkan mereka dalam usaha ekonomi. Kemampuan kuasamembeli akan dapat diwujudkan apabila gologan tersebut dapat melibatkan diri dalam usaha ekonomi

melalui tabung zakat. Tujuan besar zakat ialah untuk mengubah golongan penerima zakat semoga pada

akhirnya menjadi pembayar zakat.

Oleh kerana bentuk pengurusan ekonomi negara semasa jauh berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w.

di mana rata-rata negara Islam bukan lagi bergantung kepada ekonomi pertanian, tetapi bergantung

kepada ekonomi perindustrian, ruang untuk berijtihad dalam bidang berikut, seperti asas zakat yang

dapat dikenakan, nisab zakat, dan cara yang berkesan terhadap pembiayaan tabung zakat, perlu

difikirkan secara berterusan.

Di peringkat negara, institusi zakat perlu dapat berperanan dalam mengendalikan dasar fiskal ke arahpencapaian kestabilan ekonomi dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pandangan yang maju ini perlu ada kepada ulama, pemikir dan pemerintah negara.

ii. Percukaian

Cukai adalah salah satu di antara alat untuk memungut hasil kepada negara. Ia mungkin dalam bentuk

cukai korporat, cukai pendapatan, cukai jualan, cukai import dan eksport; dan sebagainya.

Kerajaan Islam mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada

negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu

rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. dengan maksud:

"Di dalam harta seseorang terdapat tanggungjawab selebih daripada pembayaran zakat"

Mengikut Marghinani jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai

daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum.

Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa negara boleh menaik atau menurun

kadar cukai mengikut kemampuan rakyat. Khalifah-khalifah ulung Islam seperti Saidina Umar Al-Khattab,

Saidina Ali bin Abi Talib dan Umar ibn ‘Abd al-Aziz, telah dilaporkan memberi tekanan bahawa cukai-cukai

yang dikenakan oleh negara hendaklah berasaskan semangat yang menjurus kepada keadilan dan

memupuk masyarakat penyayang semoga kadar cukai tidak membebankan rakyat dan tidak diluar

kemampuan rakyat membayar.

Sistem percukaian mengikut Islam dengan itu perlu kepada satu pengkajian yang teliti dan rapi menepati

prinsip-prinsip di atas. Oleh kerana tahap perekonomian sesebuah negara Islam sekarang jauh berbeza

dengan di zaman permulaan Islam, sudah pasti sumber cukai kepada sesebuah negara perlu digubal

menepati peranan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi sesebuah negara. Justeru itu, falsafah

sistem percukaian hendaklah menepati semangat mempertahan hak dan kebebasan individu dan disertai

Page 3: Ikim..Sistem Pungutan Hasil Negara Satu Pendekatan Islam

7/23/2019 Ikim..Sistem Pungutan Hasil Negara Satu Pendekatan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/ikimsistem-pungutan-hasil-negara-satu-pendekatan-islam 3/3

dengan usaha memupuk perasaan dan peranan tanggungjawab ke atas golongan masyarakat yang

berada.

Sistem cukai yang digubal oleh sesebuah negara dengan itu jangan sekali-kali bermatlamat untuk

membebankan sektor swasta. Disamping sebagai sumber pendapatan hasil negara, sistem cukai

hendaklah bermatlamat untuk mempengaruhi sektor swasta ke arah mereka mengambil tindakan positifkepada keharmonian dan seterusnya pembangunan ekonomi negara.

iii. Pinjaman

Kerajaan turut dibenarkan membuat pinjaman melalui sumber dalaman atau dari luar negara untuk

membiayai program negara. Negara meminjam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan

pembiayaannnya tetapi juga untuk mencapai matlamat-matlamat ekonomi seperti menstabil kedudukan

ekonomi, mengagih pendapatan dan sebagainya. Sekaligus juga negara perlu memperhitungkan dari

dasar pinjamannya semoga kebebasan individu turut tidak terjejas. Di samping mengambil kira kesemua

prinsip-prinsip tersebut dasar pinjaman negara perlu juga membuat perhitungan tentang beban hutang

yang terpaksa dipikul oleh masyarakat masa hadapan. Beban hutang negara adalah jaminan negara

meliputi beban membayar pada masa hadapan.

Dari perbincangan di atas kita dapati bahawa sesebuah negara mempunyai pilihan selain daripada

sumber zakat, untuk mengubal dasar semoga keperluan hasil negara dapat dipungut seperti dasar

percukaian dan dasar pinjaman.