inflasi - wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas

Upload: rexteryx

Post on 12-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    1/5

    Kadar inflasi

    Kadar inflasi tahunan di A.S.,

    1666-2004.

    Ekonomi

    Kategori umum

    Mikroekonomi Makroekonomi

    Sejarah pemikiran ekonomi

    Metodologi Heterodox approaches

    Ekonometrik

    Ekonomi matematik Statistik

    Cross section & Panel DataPersamaan serentak Siri masa

    Computational Experimental

    National accounts

    Bidang dan subbidang

    Kelakuan Budaya Evolutionary

    Tumbesaran Pembangunan Sejarah

    International Sistem ekonomi

    Monetary and Financial economics

    Public and Welfare economics

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Dalam ekonomi, inflasibermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga

    umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa

    ke semasa.[1]Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit

    matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam

    umlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga

    mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu

    kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit

    akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3]Satu ukuran utama bagi inflasi

    harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam

    sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna)

    dari masa ke semasa.[4]

    Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadipositif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan

    nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa,

    ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan

    pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada

    kekurangan barangan

    apabila pengguna mula

    menyorokkan barangan

    kerana bimbang harga akan

    naik pada masa akan datang.

    Kesan positif termasuklah

    memastikan bank-bank pusat

    boleh menyesuaikan kadar

    faedah nominal (yang

    bertujuan untuk

    mengurangkan kesan

    kemelesetan ekonomi),[5]

    dan menggalakkan

    pelaburan dalam projek-

    projek modal bukan

    monetari.

    Ahli ekonomi setuju bahawa

    hiperinflasi (kadar inflasi

    yang tinggi) disebabkan oleh

    pertumbuhan tinggi bekalan

    wang.[6]Pandangan tentang

    kadar inflasi yang sederhana

    pula pelbagai. Inflasi yang

    rendah atau sederhana

    disumbang oleh turun naik

    Ekonomi mengikut kawasan [tunjuk]

    i - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/w

    9/20/2015

  • 7/23/2019 Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    2/5

    Health Education Welfare

    Population Labour Managerial

    Business Information Game theory

    Industrial organization Law

    AgriculturalNatural resource

    Environmental Ecological

    Urban Rural Regional Geography

    Senarai

    Jurnal Publications

    Kategori Tajuk Economists

    Ekonomi: konsep dan Sejarah

    Portal Perniagaan dan EkonomiKotak ini: lihatbincang sunting (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Economics_sidebar&action=edit)

    permintaan sebenar

    barangan dan perkhidmatan,

    atau perubahan dalam

    bekalan seperti semasa

    kekurangan, dan juga

    pertumbuhan dalam bekalan

    wang. Kebanyakan ahli

    ekonomi bersetuju tempoh

    inflasi yang berterusan

    disebabkan kadar

    pertumbuhan bekalan wang

    lebih pantas daripada

    pertumbuhan produktiviti

    dalam sesuatu ekonomi.

    Tugas mengawal kadar

    inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya

    mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi

    pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

    1 Ukuran

    2 Faktor inflasi

    2.1 Inflasi tolakan kos

    2.2 Inflasi tarikan permintaan

    2.3 Inflasi diimport

    2.4 Jangkaan pengguna3 Kesan inflasi

    4 Lihat juga

    5 Bacaan lanjut

    6 Pautan luar

    7 Nota kaki

    Inflasi selalunya diukur(guna kalkulator) dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujukkepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan

    perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada

    sesuatu masa.

    Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut:

    Indeks kos sara hidup

    Indeks harga pengeluar

    Indeks harga komoditi

    Ideologi ekonomi [tunjuk]

    i - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/w

    9/20/2015

  • 7/23/2019 Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    3/5

    Indeks harga pengguna teras

    Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor

    ini:

    Inflasi tolakan kos

    Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini

    disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Contohnya, jika kadar upah

    meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat.

    Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan

    mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan

    dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan

    gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika mereka berjaya, kos pengeluaran

    akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan

    meningkat sekali lagi.

    Inflasi tarikan permintaan

    Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah

    penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku

    peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud.

    Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat

    gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar

    dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh

    atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

    Peningkatan tingkat pendapatan

    Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna.

    Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan

    meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan

    pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

    Peningkatan penawaran wang

    Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara.Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang

    tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar

    barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

    Inflasi diimport

    Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:

    Peningkatan harga di luar negara

    i - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/w

    9/20/2015

  • 7/23/2019 Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    4/5

    Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka

    yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia

    akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

    Penurunan kadar pertukaran wang

    Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang

    Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan untuk membeli satu

    dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapatsejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke

    atas pengguna dalam negara.

    Jangkaan pengguna

    Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada

    masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu

    ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk

    meningkatkan harga.

    Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga

    kebajikan individu dan masyarakat.

    Bank pusat

    Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan

    Indeks harga pengguna

    Deflasi

    Depresiasi

    Disinflasi

    Penurunan nilai

    Ekonomi

    Hiperinflasi

    Inflasi perakaunan

    Penyesuaian inflasi

    Makroekonomi

    Lengkungan PhillipsRevolusi harga

    Peraturan 72 - satu peraturan mudah untuk mengira tempoh inflasi untuk mengurangkan kepada separuh

    nilai beli suatu jumlah yang tetap

    Seignorage

    Stagflasi

    Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    Inflasi Jerman 1920-an

    Inflasi petroleum sedunia

    Inflasi makanan sedunia

    i - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/w

    9/20/2015

  • 7/23/2019 Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

    5/5

    Krisis harga makanan 2007-2008

    George Reisman, Capitalism: A Treatise on Economics(http://www.mises.org/books/capitalism.pdf)

    (Ottawa : Jameson Books, 1990), 503-506 & Chapter 19 ISBN 0-915463-73-3

    Mishkin, Frederic S., The Economics of Money, Banking, and Financial Markets, New York, Harper

    Collins, 1995.Baumol, William J. and Alan S. Blinder,Macroeconomics: Principles and Policy, Edisi ke-10. Thomson

    South-Western, 2006. ISBN 0-324-22114-2

    Bank Rizab Persekutuan Boston, "Understanding Inflation and the Implications for Monetary Policy: A

    Phillips Curve Retrospective" (http://www.bos.frb.org/economic/conf/conf53/index.htm), Siri 53

    Persidangan, 911 Jun 2008, Chatham, Massachusetts. (Also cf. Phillips curve article)

    Inflation News (http://birlaa.com/index.php?s=inflation)

    Lihat:

    Wyplosz & Burda 1997 (Glosari);

    Blanchard 2000 (Glosari)

    Barro 1997 (Glosari)

    Abel & Bernanke 1995 (Glosari)

    1.

    Why price stability? (http://wayback.vefsafn.is

    /wayback/20051102225117/www.sedlabanki.is

    /?PageID=195), Bank Pusat Iceland, dicapai pada 11September 2008.

    2.

    Paul H. Walgenbach, Norman E. Dittrich and Ernest

    I. Hanson, (1973), Financial Accounting, New York:

    Harcourt Brace Javonovich, Inc. ms 429. The

    Measuring Unit principle: The unit of measure in

    accounting shall be the base money unit of the most

    relevant currency. This principle also assumes the unit

    of measure is stable; that is, changes in its general

    purchasing power are not considered sufficientlyimportant to require adjustments to the basic financial

    statements.

    3.

    Mankiw 20024.

    Mankiw 20025.

    Robert Barro and Vittorio Grilli (1994),European

    Macroeconomics, Bab 8, ms. 139, Rajah 8.1.

    Macmillan, ISBN 0-333-57764-7.

    6.

    Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inflasi&oldid=3661226"

    Kategori: Inflasi Ekonomi

    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 15:36, 13 Julai 2015.

    Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma

    tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

    i - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/w