jurnal minggu 2 (31jan - 4 feb)

Upload: haian-sar

Post on 23-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Jurnal Minggu 2 (31JAN - 4 FEB)

    1/4

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU : KEDUA

    TARIKH : 31 JANUARI 4 FEBRUARI 2016

    MASALAH :

    Masalah utama yang saya hadapi ialah masalah penggunaan masa yang

    tepat sebagaimana yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana

    tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif

    khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaranpada hari tertentu.

    ANALISA

    Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara berkumpulan yang

    telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan.

    Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan

    laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan,

    terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan

    lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana

    gangguan aktiviti aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah

    mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah

    dirancangkan.

  • 7/24/2019 Jurnal Minggu 2 (31JAN - 4 FEB)

    2/4

    CADANGAN

    ! "aya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan

    perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan

    pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

    #! "aya akan menyediakan plan $ dan plan % pada waktu-waktu

    tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan

    sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan

    lancar dengan masa yang telah dirancangkan.

    &! %agi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan

    tidak melebihi masa yang ditetapkan, saya akan sentiasa

    mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan minta wakil bagi

    setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan.

    "ekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama , saya akan

    memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan

    dibentangkan.

    '! "aya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah

    pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

    TEMPOH MASA:

  • 7/24/2019 Jurnal Minggu 2 (31JAN - 4 FEB)

    3/4

    "aya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. (ni bagi

    memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pada minggu berikutnya

    dapat berjalan dengan baik dan lebih terancang serta memberikan kesan

    positif kepada pelajar. )engurusan masa yang baik adalah perlu bagi

    memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. "ekiranya

    masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif

    yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

  • 7/24/2019 Jurnal Minggu 2 (31JAN - 4 FEB)

    4/4

    PENILAIAN KEJAYAAN

    "aya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi

    penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan

    sebaya.

    TINDAKAN SUSULAN

    "aya akan selesaikan masalah pengurusan masa yang berlaku secepat

    mungkin semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya

    akanmemikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan

    masa yang diperuntukkan serta dapat memastikan proses kelicinan

    pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan denga baik dan lancar.