jurnal praktikum, praktikum fasa 3, 12 minggu,m9

Upload: musafir-senja

Post on 14-Oct-2015

256 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum, praktikum fasa 3, 12 minggu,m9

TRANSCRIPT

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS DARULAMAN

    06000 JITRA KEDAH

    Jurnal Praktikum

    Nama Pelajar : Norhayati Binti Zakaria

    Kursus & Ambilan : Pismp Ambilan Januari 2011

    Tempoh Praktikum : 12 minggu

    Pengkhususan : Pendidikan Islam

    Guru Pembimbing : En Abd Razak b. Md Arshad

    Pensyarah Pembimbing : Pn Hajjah Fadzliyah bt Hashim

    Catatan Minggu ke : (9).

    Tarikh : 30 Mac-3 April 2014

  • Masalah

    Pada minggu ini saya telah menghadapi murid tidak membuat

    perkara yang diarahkan oleh guru. Terdapat aktiviti yang telah

    dirancangkan terganggu disebabkan murid ini bermain semasa

    diminta membuat aktiviti dalam kumpulan. Hal ini menimbulkan

    masalah bagi rakan-rakan yang lain kerana mereka terganggu dengan

    murid berkenaan dan kerja kumpulannya juga lewat siap kerana

    murid berkenaan tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

    Analisis

    Masalah ini timbul semasa aktiviti tampal menampal dalam

    kumpulan dilakukan. Walaupun murid berkenaan menerima tugasan

    tersebut, namun dia tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada

    rakan yang lain. Dia bermain dengan alatan dan bermain denngan

    kertas-kertas yang diberikan. Apabila ditegur, murid tersebut berhenti

    seketika namun selepas guru beredar, dia mula membuat kerjanya

    sendiri. Murid terbabit juga selalu menjawab dan menganggap guru

    sebagai rakan sehingga dia menganggap arahan guru segai sesuatu

    yang tidak serius. Menurut pandangan Ee Ah Meng (1997), sekiranya

    murid berasa seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang

    dialami diingati dengan lebih lama lagi.

  • Cadangan

    Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan

    memberikan lebih perhatian terhadapnya supaya dia akan

    lebih fokus semasa di dalam kelas dan memberikan kerjasama

    kepada rakan-rakan kumpulan yang lain.

    Saya juga mungkin boleh memberikan peneguhan negatif

    terhadap murid yang bermasalah dengan membuat dendaan

    supaya kelas tersebut menjadi lebih berdisiplin.

    Guru boleh cuba membuat sistem token terhadap tingkah laku

    murid supaya mereka lebih cenderung untuk bertingkah laku

    baik di dalam kelas.

    Tempoh

    13-17 April 2014

    Catatan

    Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Ini adalah

    kerana pada kelas yang akan datang, kelas tersebut akan mula membuat

    amali dan mereka perlu sentiasa dipantau. Bagi mengelakkan sebarang

    kecederaan, murid-murid yang bermasalah perlu diberikan perhatian dan

    peraturan yang lebih supaya mereka lebih berhati-hati semasa membuat

    kerja amali. Selain itu, kerja amali juga akan berjalan dengan lancar

    mengikuti perancangan dan objektif guru.

  • Pandangan / komen guru pembimbing

    ..........................................................................................................................

    ..........................................................................................................................

    Tarikh : .............................................

    Tandatangan : .............................................

    Nama : .........................................................

    Pandangan / komen pensyarah pembimbing

    ..........................................................................................................................

    ..........................................................................................................................

    Tarikh : ..............................................

    Tandatangan : ..............................................

    Nama : ........................................................