kajian tindakan math

Upload: nurulaidylla

Post on 26-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    1/33

    MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR

    TINGKATAN EMPAT DALAM TAJUK GARIS

    DAN SATAH DALAM TIGA MATRA

    AHMAD SHAHRULAZHAR BIN CHE OMAR

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    2/33

    PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

    DALAM TAJUK GARIS DAN SATAH DALAM TIGA MATRA

    SESI PENGAJIAN : 2010/2011

    Saya AHMAD SHAHRULAZHAR BIN CHE OMAR (880427-29-5097)

    (HURUF BESAR)

    Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi

    Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4.

    **Sila tandakan ( 4 )

    SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    __________________________________________ ____________________________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat Tetap:

    AHMAD SHAHRULAZHAR BIN CHE OMAR PROF MADYA DR. MD NOR BIN BAKAR

    PT 226, LORONG HILIR HUSM, NAMA PENYELIAKUBANG KERIAN,16150 KOTA BHARU, KELANTAN.

    Tarikh: 11 MEI 2011 Tarikh: 11 MEI 2011

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

    ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

    perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    3/33

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik (Fizik).

    Tandatangan : ..

    Nama Penyelia: PM DR. MD NOR BIN BAKARTarikh :

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    4/33

    MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR

    TINGKATAN EMPAT DALAM TAJUK GARIS

    DAN SATAH DALAM TIGA MATRA

    AHMAD SHAHRULAZHAR BIN CHE OMAR

    Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

    Matematik (Fizik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    MEI 2011

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    5/33

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    6/33

    iii

    DEDIKASI

    Pergi ke sekolah jangan berangan,

    Tempatnya duduk para ilmuwan,

    Lafaz bismillah pembuka penulisan,

    Semoga hidup berkat dan aman

    Dedikasi istimewa ditujukan buat.

    Ayahanda yang sentiasa disayangi ,

    Che Omar Bin Ahmad

    I bunda yang dicintai

    Norliah Binti Yahaya

    dan Adik-beradik dan keluarga angkat yang disayangi

    Buat Semua Pensyarah-pensyarah UTM yang disanjungi,

    Terutamanya buat Prof. Madya Dr. Md Nor Bakar

    Buat Teman-teman yang selalu menyokong perj uangan ini

    Terima Kasih seribu bahasa atas segalanya dan semoga kalian semua diberkati Allah

    Taala hendaknya.

    Sekian, Wassalam.

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    7/33

    iv

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah. Bersyukur dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha

    Pengasihani. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan

    besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, saya diberi

    kekuatan dan kesempatan untuk menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

    Penulis juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima

    kasih yang tidak terhingga ditujukan buat Prof. Madya Dr Md Nor Bin Bakar di atas

    bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan, pandangan dan masa yang telah diluangkan

    sepanjang proses pelaksanaan kajian ini. Tidak terbayar akan saya segala ilmu yang

    dicurahkan oleh beliau kepada saya.

    Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak sekolah yang sentiasa

    memberikan kerjasama kepada saya di sepanjang usaha saya menyempurnakan projek

    ini iaitu S.M.K Penghulu Saad, S.M.K Dato Sulaiman dan S.M.K Dato Menteri.

    Penghargaan dan ucapan terima kasih jua buat pensyarah Fakulti Pendidikan,

    Universiti Teknologi Malaysia di atas semua bimbingan dan kata- kata nasihat yang

    dijadikan sebagai pedoman dan motivasi sepanjang pengajian.

    Tidak lupa juga kepada kedua ibu dan ayah Che Omar Bin Ahmad dan Norliah

    Binti Yahaya di atas sokongan yang diberikan untuk menamatkan kajian ini. Begitu juga

    rakan- rakan yang banyak memberikan bantuan dan motivasi dalam melaksanakan

    kajian ini dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian. Sekian,

    Ribuan Terima Kasih.

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    8/33

    v

    ABSTRAK

    Kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah- masalah yang

    dihadapi oleh pelajar tingkatan empat dalam pembelajaran matematik bagi topik Garis

    Dan Satah Dalam Tiga Matra. Masalah- masalah dalam topik Garis Dan Satah Dalam

    Tiga Matra dikenalpasti dan dihuraikan secara terperinci mengikut bahagian-

    bahagiannya seperti mana yang telah ditetapkan di dalam sukatan pelajaran matematik

    tingkatan empat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Seramai 91 orang

    pelajar dari tiga buah sekolah berbeza di daerah Batu Pahat telah dipilih sebagai

    responden bagi kajian ini. Maklumat- maklumat yang diperlukan telah dikumpulkan

    dengan menggunakan dua kaedah. Kaedah yang pertama adalah dengan mengedarkan

    set soalan ujian diagnostik untuk mendapatkan maklumat kuantitatif dan kaedah kedua

    adalah sesi temubual untuk mendapatkan maklumat kualitatif. Dapatan kajian

    menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahagian dalam topik Garis Dan Satah Dalam

    Tiga Matra yang bermasalah untuk dikuasai pelajar dan memerlukan usaha yang lebih

    oleh guru matematik bagi membantu pelajar menghadapi masalah tersebut. Antara

    masalah yang telah dikenalpasti dan memerlukan perhatian yang serius dalam kajian ini

    ialah masalah penguasaan pengetahuan sedia ada seperti masalah yang melibatkan

    teorem Pithagoras dan penggunaan hukum tan , sin dan kos di dalam proses

    pembelajaran.

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    9/33

    vi

    ABSTRACT

    This study has been conducted to identify the problems faced by form four

    students in learning Mathematics regarding Lines and Planes in 3- Dimensions topic.

    The problems in Lines and Planes in 3- Dimensions were identified and described in

    details based on form four Mathematics syllabus of Secondary School Integrated

    Curriculum (KBSM). There are 91 students from three different school in Batu Pahat

    were selected as a respondent in this study. All the information needed have been

    gathered by using two techniques. First technique is by distributing the diagnostic test

    questions set to obtain the quantitative data and second technique is by interview session

    to obtain qualitative data. The results of the study showed that there are several parts in

    Lines and Planes in 3- Dimensions topic uncounted by the students and more effort is

    needed by the Mathematic teachers in order to help students overcome the problems

    mentioned. The problems that have been identified and require special attention in this

    study are the problems of mastering the existing knowledge involved the theory of

    Theorem Pythagoras and the use of tan , sin and cos law in learning process.

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    10/33

    vii

    KANDUNGAN

    BAB TAJUK MUKA SURAT

    BORANG PENGESAHAN TESIS

    PENGESAHAN PENYELIA

    JUDUL

    PENGAKUAN PENYELIDIK

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    SENARAI KANDUNGAN vii-x

    SENARAI JADUAL xi-xiii

    SENARAI CARTA xiv-xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    SENARAI SINGKATAN xvii

    1 PENGENALAN 1

    1.1 Pengenalan 1

    1.2

    Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 5

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 7

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    11/33

    viii

    1.6 Kepentingan Kajian 8

    1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

    1.8 Definisi Istilah 9

    1.8.1 Kefahaman 9

    1.8.2 Konsep 10

    1.8.3 Masalah 10

    1.8.4 Mengenalpasti 11

    1.8.5 Pembelajaran 11

    1.8.6 Matematik 12

    2 SOROTAN KAJIAN 14

    2.1 Pendahuluan 14

    2.2 Pembinaan Konsep Matematik 14

    2.3 Kefahaman Konsep Matematik 18

    2.4 Kesimpulan 21

    3

    METODOLOGI KAJIAN 22

    3.1 Pengenalan 22

    3.2 Rekabentuk Kajian 22

    3.3 Kaedah Kajian 22

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    12/33

    ix

    3.4 Kaedah Ujian Bertulis 23

    3.5 Kaedah Temubual 24

    3.6 Sampel Kajian 25

    3.7 Instrumen Kajian 25

    3.7.1 Soalan- Soalan Ujian Diagnosis 25

    3.7.2 Soalan- Soalan Semasa Temubual 30

    3.8 Prosedur Kajian 31

    3.9 Analisis Data 32

    3.10 Kesimpulan 33

    4 ANALISIS DATA 34

    4.1 Pengenalan 34

    4.2 Pengurusan Data 35

    4.2.1 Latar Belakang Responden 35

    4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

    4.2.3 Taburan Responden Mengikut Sekolah 36

    4.2.4 Pola Kesalahan Pelajar 38

    4.3 Data Sokongan (Temubual) 65

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    13/33

    x

    5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 67

    5.1 `Pengenalan 67

    5.2 Ringkasan Kajian 68

    5.2.1 Masalah Pelajar Dalam Konsep Satah 68

    5.2.2 Masalah Pelajar Dalam Konsep Normal Kepada Suatu Satah

    Dan Unjuran Ortogon 69

    5.2.3 Masalah Pelajar Dalam Konsep Sudut Di Antara Garis

    dan Sata 70

    5.2.4

    Masalah Pelajar Dalam Konsep Sudut Di Antara Dua Satah 71

    5.3 Perbincangan Dan Rumusan 72

    5.3.1 Masalah Dari Segi Penguasaan Konsep Asas 72

    5.3.2 Masalah Dari Segi Aplikasi Pengetahuan Sedia Ada 74

    5.3.3 Lain- Lain Masalah 76

    5.4

    Cadangan Hasil Kajian 77

    5.4.1 Cadangan Pengajaran dan Pembelajaran 77

    5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 79

    5.5 Penutup 80

    RUJUKAN 82

    LAMPIRAN 85

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    14/33

    xi

    SENARAI JADUAL

    NOMBOR JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    Jadual 3.7.1.1 Keterangan Setiap Item Mengikut Kelompok

    Diagnosis

    27

    Jadual 3.7.1.2 Soalan Mengikut Skop Doagnosis 30

    Jadual 3.4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

    Jadual 4.2a Taburan Responden Mengikut Sekolah 37

    Jadual 4.2b

    Jadual 4.3a

    Taburan Responden Mengikut Sekolah Dan

    Jantina

    Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 1 (a)

    37

    39

    Jadual 4.3b Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 1 (b)

    40

    Jadual 4.4a Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 2

    42

    Jadual 4.4b Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 2 43

    Jadual 4.5a Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 3 (a)

    44

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    15/33

    xii

    Jadual 4.5b Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 3 (b)

    45

    Jadual 4.5c Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 3 (c)

    45

    Jadual 4.6a Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 4 (a)

    47

    Jadual 4.6b Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 4 (a) 48

    Jadual 4.6c Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 4 (b)

    49

    Jadual 4.6d Bentuk Kesalahan Pelajar bagi Soalan 4 (b) 50

    Jadual 4.7a Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 5 (a)

    51

    Jadual 4.7b Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 5 (a) 52

    Jadual 4.7c Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 5 (b)

    52

    Jadual 4.7d Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 5 (b) 53

    Jadual 4.8a Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 6

    54

    Jadual 4.8b Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 6 55

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    16/33

    xiii

    Jadual 4.9a Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 7

    56

    Jadual 4.9b

    Jadual 4.10a

    Jadual 4.10b

    Jadual 4.11a

    Jadual 4.11b

    Jadual 4.12a

    Jadual 4.12b

    Jadual 4.13

    Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 7

    Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 8

    Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 8

    Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 9

    Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 9

    Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 10

    Bentuk Kesalahan Pelajar Bagi Soalan 10

    Perbandingan Kesalahan Pelajar Bagi Setiap

    Soalan

    57

    58

    59

    60

    61

    62

    63

    64

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    17/33

    xiv

    SENARAI RAJAH

    RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    4.1 Peratusan Taburan Responden Mengikut Jantina 36

    4.2a Peratusan Taburan Responden Mengikut Sekolah 37

    4.2.b Peratusan Tabutan Responden Mengikut Sekolah Dan

    Jantina

    38

    4.3a Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 1 (a)

    40

    4.3b Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 1 (b)

    41

    4.4aPeratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 242

    4.5a Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 3 (a)

    44

    4.5b Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 3 (b)

    45

    4.5c Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 3 (c)

    46

    4.6a Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 4 (a)

    48

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    18/33

    xv

    4.6b Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 4 (b)

    49

    4.7a Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 5 (a)

    51

    4.7b Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 5 (b)

    52

    4.8a Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 6

    54

    4.9a Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 7

    56

    4.10a Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 8

    58

    4.11a

    4.12a

    Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 9

    Peratusan Taburan Bilangan Pelajar Yang Menjawab

    Dengan Betul Dan Salah Bagi Soalan 10

    60

    62

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    19/33

    xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A

    B

    Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia

    Soalan Soal Selidik PSM

    -

    -

    C Lampiran 5.1

    Lampiran 5.2

    Lampiran 5.3

    Lampiran 5.4

    Lampiran 5.5

    Lampiran 5.6

    Lampiran 5.7

    Lampiran 5.8

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    20/33

    xvii

    SENARAI SINGKATAN

    ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

    PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

    P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

    SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

    SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    21/33

    BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak

    struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan

    gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur

    abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan

    mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang

    sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

    Matematik juga merupakan salah satu daripada ilmu pengetahuan yang sangat

    penting dan penggunaannya sangat meluas dalam kehidupan seharian terutamanya

    dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi. Dalam bidang pendidikan, matematik

    memainkan peranan yang sangat besar. Mata pelajaran matematik yang diajar di sekolah

    membekalkan ilmu pengetahuan matematik kepada pelajar untuk mengembangkan

    kemahiran penyelesaikan masalah, komunikasi dan pemikiran mantik serta bersistem.

    Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh

    semua pelajar di peringkat sekolah sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah.

    Matematik perlu diajar di sekolah bagi melahirkan individu yang boleh mengaplikasikan

    pengetahuan Matematik dalam kehidupan seharian. Menurut Abd. Rahim, (2000),

    Matematik adalah pengetahuan teras yang perlu dikuasai selaras dengan wawasan

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    22/33

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    23/33

    3

    yang saling berkait iaitu Nombor, Bentuk & Ruang dan Perkaitan. Olahan ini dipilih

    kerana dalam situasi umum seseorang itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran

    berhubung dengan membilang dan mengira, mengenali bentuk dan ukuran serta

    perkaitan antara nombor dengan bentuk. Kurikulum Matematik Sekolah Menengah

    bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan

    mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam

    menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran

    dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras dalam Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat Pendidikan Matematik adalah untuk

    memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran

    penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan pengetahuan Matematik dalam

    kehidupan harian pelajar-pelajar. Dalam mencapai matlamat ini, kandungan Matematik

    KBSM diolah kepada tiga bidang iaitu nombor, bentuk dan ruang dan perkaitan (Nik

    Azis Nik Pa, 1992).

    Kajian ini adalah berkaitan dengan tajuk Garis Dalam Satah Tiga Matra yang

    telah dikenal pasti topik yang sukar untuk pelajar mempelajarinya dan juga bagi guru

    yang mengajar melalui pengalaman pengkaji semasa membuat latihan mengajar. Pelajar-

    pelajar sukar untuk menentukan sudut apabila diberi objek dalam bentuk tiga dimensi.

    Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra merupakan salah satu tajuk dalam bidang

    bentuk. Pelajar yang ingin menguasai tajuk ini mesti menguasai beberapa tajuk lain

    terlebih dahulu iaitu sudut, teorem pithoragas dan trigonometri. Tajuk-tajuk ini juga di

    bawah bidang bentuk yang merupakan komponen dalam geometri.

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    24/33

    4

    Bagi tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra, kesukaran wujud apabila pelajar

    sukar melihat objek tiga matra dan hubungan antara objek-objek tersebut (Piaget,1969).

    Menurut Maznah, (2000) dan Faziyah, (2007), kesukaran memahami Matematik adalah

    disebabkan pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-

    konsep yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, guru mesti menggunakan model yang

    konkrit supaya pelajar dapat memanipulasi model-model tersebut. Seterusnya pelajar

    dapat membuat hubungan konsep berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar.

    Seperti yang dinyatakan oleh Suydam, (1985) dan Norhayati, (2000) bahawa

    guru-guru pada hari ini dikatakan terlalu bergantung kepada buku teks dan tidak banyak

    aktiviti dijalankan selain membuat latihan dari buku teks. Hal ini berlaku kerana

    kesukaran guru untuk menyedia dan mendapatkan model kontrik yang bersesuaian

    dengan topik yang diajar.

    Bagi pelajar tingkatan 4, mereka wajib mendalami dan menguasai salah satu

    topik yang penting dalam silibus mereka ini iaitu Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra.

    Kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam memahami dan menguasai topik

    tersebut. Ini kerana, terdapat permasalahan dalam mendalami konsep Garis Dan Satah

    Dalam Tiga Matra yang sebenar. Bagi membantu pelajar dalam menguasai topik ini,

    satu modul pembelajaran diperlukan bagi menarik minat para pelajar untuk lebih

    menguasai topik tersebut. Penggunaan komputer pada masa kini dapat diaplikasikan

    bagi membantu pelajar dalam menguasai sesuatu topik khususnya Matematik. Sebagai

    contoh, penggunaan Microsoft Powerpoint 2007 dapat digunakan sebagai satu modul

    pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajarinya dan yang paling

    penting mereka dapat menguasai topik tersebut dengan lebih mendalam.

    Menurut Baharuddin, (2002) dalam bukunya Reka Bentuk Perisian Multimedia

    menyatakan bahawa kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan

    berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Ini adalah disebabkan oleh berlakunya perkembangan yang amat pesat

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    25/33

    5

    dalam bidang IT. Justeru itu, kita perlu mengambil peluang ini dan menggunakannya

    dengan sebaik mungkin bagi membantu para pelajar mengatasi masalah-masalah yang

    dihadapi oleh mereka.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Masalah pembelajaran matematik bukanlah suatu perkara yang unik di kalangan

    masyarakat kita sahaja. Rata-rata di seluruh dunia, masalah ini menjadi bahan renungan.

    Masalah ini juga bukanlah masalah baru. Di Amerika Syarikat, sebuah buku yang

    berjudul Overcoming math Anxiety (Menangani Kerisauan Matematik) telah di tulis

    oleh Shella Toblas pada tahun 1970 an lagi.

    Ramai pelajar tidak suka matematik dan menganggap matematik sukar dan

    membosankan. Nik Aziz, (1992) menyebut istilah matematik menandakan suatu

    cabang ilmu yang kompleks. Pelajar juga berpendapat yang ianya abstrak dan topik-

    topik yang dipelajari seperti set, trigonometri, matriks, kebarangkalian, statistik, garis

    dan satah dalam tiga matra, kalkulus dan logaritma adalah sangat rumit. Dengan ini

    ramai pelajar hilang minat terhadap matematik termasuklah dalam topik Garis Dan Satah

    Dalam Tiga Matra.

    Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra ini amat diminati oleh majoriti pelajar

    kerana mereka tidak perlu membuat hafalan terhadap rumus untuk diaplikasikan

    berbanding dengan sub-sub tajuk lain. Dengan hanya berbekalkan kertas grid atau

    kertas kosong, pelajar kognitif tinggi dan sederhana sudah boleh membina jawapan

    kerana dapat melakukan visualisasi (imaginasi) pada rajah pepejal yang diberi. Namun

    tidak dinafikan bagi pelajar-pelajar yang kognitifnya rendah, mereka menghadapi

    masalah untuk melakukan visualisasi (imaginasi) dengan tepat apabila bongkah yang

    ditunjukkan mempunyai bentuk-bentuk yang sukar difahami, pandangan sisi yang kabur

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    26/33

    6

    untuk dilihat atau diteliti. Hays, (1996), mendapati skor pencapaian pelajar visual

    spatial rendah dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran animasi.

    Pengkaji telah menjalankan satu kajian rintis di sebuah sekolah menengah didaerah Batu Pahat, yang mana seramai tiga puluh respoden dipilih secara rawak dari

    kalangan pelajar Tingkatan Empat untuk mengenalpasti minat dan kesukaran dalam

    topik Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra.

    Van Hiele-Geldof, (1986), telah mencadangkan penggunaan pendekatan lima

    tahap aras yang wajib dilalui oleh setiap pelajar dalam mempelajari serta memahami

    prinsip-prinsip dalam pengajaran dan pembelajaran untuk tajuk geometri termasuklah

    topik Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra yang perlu difahami dan hayati berperingkat-

    peringkat. Menurut mereka, geometri pada peringkat menengah memerlukan daya

    pemikiran yang tinggi dan kebanyakan pelajar tidak mempunyai pengalaman 10 dalam

    pemikiran prasyarat yang lebih rendah. Lima tahap aras ansur maju yang sepatutnya

    dilalui oleh setiap pelajar sebagaimana yang dinyatakan dalam teori van Hiele ini ialah

    Aras 0 (Visualisasi), Aras 1 (Analisis), Aras 2 (Deduksi Informal), Aras 3 (Deduksi

    Formal) dan Aras 4 (Pembuktian). Teori Van Hiele cuba menunjukkan hierarki formal

    yang sepatutnya berlaku di mana setiap pelajar perlu memahami dan mengetahui aras

    terdahulu, sebelum berpindah ke aras seterusnya.

    Selain dari itu Biggs & Collis (1982), pengkaji dalam bidang geometri ini, telah

    memperkenalkan Taksonomi SOLO (Structure of Observed Learning Outcomes).

    Menurut Biggs, (1999), pelajar boleh belajar dan memahami sesuatu yang kompleks

    apabila kebolehan mempostulasi telah dilatih atau diajar serta diberikan bimbingan

    sewajarnya. Postulasi adalah daripada perkataan postulate yang menurut Kamus

    Dewan Bahasa Pustaka (2002) membawa maksud sesuatu perkara yang paling asas atau

    pengalaman atau kemahiran yang patut ada atau diberi kepada seseorang pelajar

    sebelum dia beralih ke tajuk seterusnya. Menurutnya lagi, secara amnya postulasi

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    27/33

    7

    konsep dan kemahiran perlu distrukturkan dahulu, kemudian sasaran dikenalphasti

    diikuti dengan bagaimana penilaian hendak dilakukan.

    1.4 Objektif Kajian

    Menurut Lomas, (1979) kebanyakan pelajar menggunakan masa yang lebih

    menyelesaikan masalah matematik dibandingkan dengan mata pelajaran yang lain.

    Walaupun demikian mata pelajaran ini masih dianggap rumit dan berkrisis. Maka kajian

    ini cuba menghuraikan pemahaman pelajar dalam skop pemahaman konsep asas

    khususnya dalam Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra. Kajian ini berdasarkan beberapa

    objektif seperti yang disenaraikan:

    1.4.1 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 4

    dalam pembelajaran Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra

    1.4.2 Mengemukakan cara-cara mengatasi masalah-masalah dalam pengajaran

    dan pembelajaran Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra.

    1.5 Persoalan Kajian

    Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti

    iaitu:

    1.5.1 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar berkenaan dalam

    pembelajaran Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra?

    1.5.2 Apakah cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah dalam pengajaran

    dan pembelajaran Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra?

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    28/33

    8

    1.6 Kepentingan Kajian

    Adalah menjadi tugas guru untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapi

    oleh pelajar. Jika guru dapat menjadikan matematik sebagai satu matapelajaran yang

    menarik dan senang dipelajari, maka menggalakkan pelajar-pelajar menerima cabaran

    untuk mempelajari matematik untuk peringkat seterusnya. Belajar daripada kesalahan

    adalah satu kaedah yang sesuai bagi seseorang pelajar membaiki pembelajarannya.

    Seseorang guru dapat membantu pelajar-pelajar membaiki pembelajarannya apabila

    guru itu tahu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Beinbridge, (1981) mengesahkan

    bahawa guru dapat mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-

    pelajarnya dengan menyemak kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Apabila masalah

    dapat dikesan maka strategi pengajaran yang lebih berkesan dapat disusun.

    Kajian ini dibuat adalah untuk memberi gambaran jelas masalah pelajar dalam

    topik Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra serta usaha untuk mencari penyelesaian

    kepada bahagian-bahagian yang sukar dalam topik Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra.

    Selain itu, modul yang dihasilkan boleh digunakan oleh para pelajar dan guru di sekolah

    pada masa yang akan datang.

    Rumusan dan cadangan dalam kajian ini juga diharap dapat membantu guru-guru

    dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu juga, modul yang dihasilkan dapat

    diterima pakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk digunakan oleh guru-guru di

    sekolah.

    Selain itu, adalah diharapkan hasil kajian ini merupakan titik permulaan bagi

    menghasilkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai kepada para

    pelajar, khususnya dari segi teknik dan kemahiran. Secara tidak langsung, ia dapat

    mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik dan mampu

    melahirkan pelajar yang kukuh asas matematiknya agar mampu diaplikasikan dalam

    bidang masing-masing.

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    29/33

    9

    1.7 Skop dan Batasan Kajian

    Kajian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4.

    Topik yang difokuskan ialah Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra. Sekolah yang terbabit

    ialah SMK Penghulu Saad, SMK Dato Menteri dan SMK Dato Sulaiman. Data

    dikumpulkan dari borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Kajian ini

    dijalankan di sekolah menengah negeri Johor sahaja.

    Skop dan batasan kajian adalah melibatkan pelajar Sekolah Menengah yang

    terdiri daripada 91 orang dijadikan sebagai sampel. Instrumen kajian yang digunakan

    melibatkan kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik (questionnaire) yang

    mengandungi 10 soalan (item) dikemukakan. Item-item yang dibina adalah berdasarkan

    kepada skop tahap kefahaman pelajar terhadap topik Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra

    dan mengenalpasti subtopik yang menjadi masalah kepada para pelajar untuk

    memahaminya.

    1.8 Definisi Istilah

    Beberapa istilah dan konsep penting perlu dihuraikan pengertiannya supaya tidak

    timbul sebarang kekeliruan dan salah faham. Diharap kefahaman dan penilaian yang

    lebih tepat dapat dibuat oleh pembaca dan pemeriksa kajian ini.

    1.8.1 Kefahaman

    Kefahaman melibatkan kebolehan-kebolehan seperti melihat perkataan,

    menggunakan pengetahuan, mengaitkan dengan pemikiran mantik, mengetahui makna,

    memberi penerangan kepada orang lain, mengesan kesilapan, membuat kesimpulan dan

    menghargai nilai. (Wong, 1987).

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    30/33

    10

    Proses kefahaman bermakna memperolehi sesuatu idea atau prinsip atau makna.

    (Bagelski, 1974).Kefahaman bergantung kepada pengetahuan terdahulu. Menerangkan

    sesuatu bermakna melakukan sesuatu supaya menghasilkan kefahaman. (Thynes, 1965).

    1.8.2 Konsep

    Istilah konsep merujuk kepada entiti dalaman yang dirumuskan daripada ciri-ciri

    tersusun bagi gerak balas seseorang individu untuk tujuan menghubungkaitkan atau

    mengelaskan situasi-situasi pengalaman.

    1.8.3 Masalah

    Menurut Hayes, (1978), pelajar dikatakan menghadapi masalah matematik jika

    ada matlamat matematik yang cuba mereka capai tetapi mereka tidak mengetahui cara-

    cara matlamat itu boleh dicapai dengan segera.

    Kantowski, (1977) pula berpendapat bahawa masalah akan wujud apabila pelajar

    menghadapi soalan matematik yang tidak dapat dijawab dalam masa yang singkat atau

    tidak diselesaikan dengan menggunakan matlumat-matlumat yang ada padanya ketika

    itu.

    Lester, (1977) pula berpendapat bahawa masalah akan wujud apabila pelajar

    ingin melaksanakan sesuatu tugas, tetapi tidak terdapat algoritma yang boleh

    menghasilkan penyelesaian bagi tugas tersebut.

    Berdasarkan pendapat-pendapat diatas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa

    masalah terdiri daripada satu situasi, sama ada bersifat kuantitatif atau sebaliknya, yang

    dihadapi oleh pelajar atau sekumpulan pelajar yang memerlukan penyelesaian tetapi

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    31/33

    11

    pelajar tersebut tidak mengetahui sebarang kaedah atau cara yang jelas untuk

    menghasilkan penyelesaian tersebut.

    1.8.4 Mengenalpasti

    Bermaksud mengetahui atau mengecam dengan sebenar sehingga dapat

    menyatakan dengan pasti sesuatu perkara itu berdasarkan fakta-fakta atau statistik yang

    diperolehi. Pengenalpastian hanyalah bersifat hipotesisan kerana persepsi dan konsepsi

    pelajar tidak boleh diperhatikan secara empirical. (Nik Aziz Nik Pa, 1996)

    1.8.5 Pembelajaran

    Pembelajaran merupakan proses kebiasaan dalam pengetahuan dan sikap. Ia

    melibatkan cara-cara baru melakukan sesuatu kerja atau tindakan sebagai perubahan-

    perubahan individu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam satu situasi

    baru. Pembelajaran diertikan sebagai perubahan-perubahan tingkahlaku yang progressif.

    Ia membolehkan individu tersebut memenuhi minat mereka dan mencapai matlamat

    tertentu. Kimble, (1961) menyebut bahawa pembelajaran merupakan perubahan potensi

    tingkahlaku yang lebih kurang tetap dan berlaku akibat latihan yang diteguhkan.

    Menurut Gagne, (1975), pembelajaran adalah proses yang membolehkan

    organisma mengubah tingkahlakunya agak cepat dan kekal supaya perubahan yang sama

    tidak perlu berlaku lagi dalam keadaan yang baru. Pemerhati luar boleh mengenalpasti

    bahawa pembelajaran telah berlaku jika ia mendapati perubahan tingkahlaku dan

    perubahan tersebut kekal.

    Piaget, (1969) berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses perubahan

    aktiviti mental dan bukan satu proses menambahkan pengetahuan semata-mata. Ini

    bererti pembelajaran adalah hasil dari apa yang telah dilakukan kepada benda-benda

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    32/33

    12

    oleh seseorang dalam sesuatu perkelilingan yang melibatkan dua aspek iaitu fizikal dan

    mental.

    Woolfolk dan Cune-Nicolich, (1984) telah menegaskan bahawa pembelajaranmerupakan proses perubahan yang berlaku dalam diri seseorang yang sedang belajar.

    Perubahan boleh membawa akibat yang lebih baik atau buruk yang berlaku secara

    sengaja ataupun tidak.

    1.8.6 Matematik

    Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak

    struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenainombor dan

    gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur

    abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan

    mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang

    sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

    Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti,

    struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya;

    Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu".

    Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada

    membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-

    objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk

    merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan

    ketat yang dipilih melaluiaksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

    Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian

    sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi

    idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir

  • 7/25/2019 Kajian Tindakan Math

    33/33

    13

    kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian

    kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini, pembangunan diteruskan

    dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada

    abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan

    saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang

    diteruskan.