karangan fakta dan penerangan

Upload: reduan-md-isa

Post on 25-Feb-2018

293 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Karangan Fakta Dan Penerangan

    1/1

    KARANGAN FAKTA DAN PENERANGAN.

    TAJUK : Jelaskan faedah menyertai aktiviti kokriklm di sekolah.

    Aktiviti kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar kelas.Aktiviti

    ini terbahagi kepada tiga jenis,iaitu yang bercorak akademik,pasukan

    beruniform dan yang berbentuk permainan.

    Aktiviti kokurikulum memberi banyak faedah kepada murid-

    murid.Antaranya,mereka dapat mengisi masa lapang denganmelakukan

    perkara-perkara yang berfaedah.

    Murid-murid juga dilatih menjadi pemimpin.Bakatpemimpin yang

    dipupuk amat berguna apabila merekadewasa. Guru-guru akan memberi

    panduan dan dorongan, manakala segala kegiatan dirancang oleh ahlijawatankuasa yang dilantik.Melalui perancangan inilah,bakat kepimpinan

    mereka akan terbukti.

    Mereka juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Melalui ceramah

    dan lawatan sambil belajar yang diadakan,mereka menjadi lebih yakin dan

    tabah dalam menempuh dugaan hidup.

    Aktiviti kokurikulum juga dapat menanam dan memupuk nilai-nilai

    murni seperti bertolak ansur,ikhlas,amanah dan bekerjasama dalam diri

    murid-murid supaya menjadi insan yang baik.Murid-murid yang aktif dalamkegiatan kokurikulum biasanya mempunyai pemikiran yang cergas dan ini

    akan menolong mereka dalam peperiksaan.

    usteru,murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

    untuk membentuk kehidupan yang gemilang.