kata majmuk - copy

Upload: asanizan-tasim

Post on 05-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

KATA MAJMUK Melalui MAPIM, ibu bapa dapat mengembangkan pengetahuan dan berkongsi ilmu dalam bidang keibubapaan. (Buletin Keluarga MAPIM, 2012:3)

1. ibu bapaAyat 1:Pendidikan pelajar sekolah bukan hanya perlu dipantau oleh guru sahaja, malah ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ayat 2:Pihak sekolah perlu sentiasa mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa bagi membincangkan pencapaian ataupun masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan pelajar. Melayari alam rumahtangga dan membina institusi keluarga yang bahagia. (Buletin Keluarga MAPIM, 2012:3)

2. rumahtanggaAyat 1:Melayari alam rumahtangga di usia muda mempunyai banyak kelebihan mahupun kekurangan yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan. Ayat 2:Sebelum memasuki alam rumahtangga, setiap pasangan perlu mengikuti kursus pra perkahwinan sebagai persediaan untuk membina keluarga yang bahagia. Kehidupan masyarakat Malaysia yang berstatus bandar raya maju dan sibuk sepanjang hari. (Buletin Keluarga MAPIM, 2012:3)

3. bandar rayaAyat 1:Bandar raya merujuk kepada satu kawasan berautonomi penuh yang telah diwartakan oleh kerajaan.Ayat 2:Kuala Lumpur diberi ranking kesembilan daripada 100 bandar raya paling megah di dunia dari segi ketibaan pelancong antarabangsa. Institusi keluarga amat penting dalam membantu negara dalam mengukuhkan modal insan, (Buletin Keluarga MAPIM, 2012:4)

4. modal insan

Ayat 1:Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Ayat 2:Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Komuniti arkib negara diberikan latihan seiring dengan amalan terbaik antarabangsa. (Puspawangsa, Oktober 2012:5)

5. antarabangsaAyat 1:Pendidikan yang seimbang dari pelbagai aspek sama ada kurikulum mahupun kokurikulum yang telah diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan mampu menjadikan sistem pendidikan yang ada di negara mendapat tempat di persada antarabangsa. Ayat 2:Malaysia akan terus mempergiat usaha untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa ke arah pembentukan dasar dan strategi yang sesuai bagi memboleh negara membangun menerima manfaat globalisasi dengan lebih saksama.Sektor swasta lebih mengutamakan kepentingan pembangunan sosioekonomi para anggotanya. (PELANCAR, Januari 2014:4)

6. sosioekonomi

Ayat 1:Kemantapan ekonomi dan pandapatan isi rumah serta memiliki pekerjaan merupakan gambaran kepada pencapaian sosioekonomi yang baik. Ayat 2:Pembangunan sosioekonomi dilihat sebagai gambaran kepada pencapaian dan kemajuan sesebuah masyarakat dan negara.