kbk 3073 (tugasan 1)

Upload: mohd-zaini-abu-bakar

Post on 18-Oct-2015

111 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • KBK 3073

    KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

    KUMPULAN E-LEARNING

    EL-N01 (A121PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR D20111050016 0123898573

    NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NOOR AINI BINTI AHMAD

    TARIKH SERAH: 26 NOVEMBER 2012.

    TUGASAN 1

    Pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan

    kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk

    memenuhi keperluar pelajar luar biasa. Secara terperinci huraikan punca-punca kecacatan, ciri-ciri

    perkembangan fizikal, kognitif dan sosial kategori:

    a. Bermasalah pendengaran

    b. Bermasalah penglihatan

    c. ADHD

    d. Bermasalah fizikal

    PEMARKAHAN

    2

    3

    ESEI:

    a)

    b)

    FORUM

    JUMLAH

  • 2

    BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT

    1.0

    2.0

    3.0

    4.0

    5.0

    6.0

    7.0

    8.0

    9.0

    10.0

    11.0

    12.0

    13.0

    14.0

    15.0

    16.0

    17.0

    18.0

    DEFINISI

    PENDAHULUAN

    DEFINISI MASALAH PENDENGARAN

    PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    CIRI-CIRI KOGNITIF

    CIRI-CIRI SOSIAL

    DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN

    PUNCA-PUNCA MASALAH PENGLIHATAN

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    CIRI-CIRI KOGNITIF

    CIRI-CIRI SOSIAL

    DEFINISI ADHD

    PUNCA-PUNCA MASALAH ADHD

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    CIRI-CIRI KOGNITIF

    CIRI-CIRI SOSIAL

    DEFINISI MASALAH FIZIKAL

    4

    4 - 5

    6

    6 - 8

    8

    9

    9 - 11

    12

    12 -15

    16

    16

    17

    17

    18

    18

    18

    19

    19

  • 3

    19.0

    20.0

    21.0

    22.0

    23.0

    PUNCA-PUNCA MASALAH FIZIKAL

    CIRI-CIRI FIZIKAL

    CIRI-CIRI KOGNITIF

    CIRI-CIRI SOSIAL

    RUMUSAN

    RUJUKAN

    19

    20

    20

    21

    22

    23

  • 4

    1.0 DEFINISI

    Menurut Gearhart dan Weishahn (1980), Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem

    pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistemewaan

    bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luarbiasa. Manakala menurut Chua (1982),

    Pendidikan Khas merujuk kepada pandidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak

    yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan

    biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah

    biasa. Pendidikan Khas juga merupakan kaedah yang dirangka bagi memenuhi keperluan

    kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya dan merangkumi aspek-

    aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga berteraskan rumah, hospital dan

    institusi.

    2.0 PENDAHULUAN

    Pendidikan khas merupakan suatu program atau perkhidmatan yang digubal bagi

    memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Proses pengajaran dan pembelajaran

    bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah berbeza dan memerlukan fleksibiliti serta

    motivasi. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas merupakan program

    pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu

    program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa.

    Ianya juga mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran

    khusus. Manakala menurut Slavin (1997), mendefinisasikan pendidikan khas sebagai program

    yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan

    mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa

    dalam kelas.

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka kurikulum khas berdasarkan

    Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 bagi menyediakan pendidikan khas dan

    kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas

    integrasi pula adalah untuk murid yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan dan

    pendengaran. Pendekatan pengajaran yang dilaksanakan adalah secara berasingan dan

    diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa peringkat rendah dan menengah

    serta sekolah menengah teknik dan vokasional.

  • 5

    Falsafah Pendidikan Khas adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang

    berkemahiran, berhaluan, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan

    serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan

    produktif. Tiga prinsip utama kearah kecemerlangan akademik dan kemahiran adalah

    pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang mengembirakan dan bermakna dan

    pendidikan sepanjang hayat. Murid-murid yang berkeperluan khas ini merangkumi kanak-

    kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, bermasalah pendengaran, ADHD dan

    bermasalah fizikal.

  • 6

    3.0 DEFINISI MASALAH PENDENGARAN

    Masalah pendengaran boleh didefinisikan sebagai kehilangan keupayaan untuk

    mendengar secara keseluruhan atau separa dengar. Kekurangan atau kehilangan salah satu

    pancaindera iaitu pendengaran adalah merujuk kepada masalah kebolehan seseorang

    menggunakan deria dengar iaitu tidak dapat mendengar dengan baik atau tidak dapat

    mendengar langsung serta tidak dapat bertindakbalas terhadap bunyian di sekeliling mereka.

    4.0 PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN

    Bagi individu yang tiada masalah pendengaran, mereka dapat mendengar dengan baik

    mengikut tahap keupayaan pancaindera dengar masing-masing. Kebolehan seseorang untuk

    mendengar bergantung kepada keupayaan telinga untuk menerima, memproses dan

    menghantar bunyi ke saraf pendengaran di otak. Bunyi-bunyian yang terhasil atau dihasilkan

    daripada persekitaran akan disalurkan melalui telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.

    Beberapa ujian boleh dilakukan seperti ujian tarikan dan ujian pertuturan bagi menguji dan

    mengesan masalah pendengaran kanak-kanak diperingkat awal.

  • 7

    Di antara punca-punca masalah pendengaran adalah:

    4.1 Jenis Konduktif

    Berlaku apabila terdapat halangan pada saluran telinga luar. Ini disebabkan oleh beberapa

    faktor seperti terlalu banyak tahi telinga yang tidak dibersihkan ataupun saluran tersebut

    tersumbat dengan objek-objek lain. Walaupun begitu, individu yang mengalami masalah ini

    masih lagi dapat mendengar namun bunyi yang didengar itu adalah terlalu perlahan atau

    tidak jelas. Masalah ini boleh diatasi dengan cara pembedahan ataupun dengan

    menggunakan alat bantu dengar dan terapi pertuturan. Selain dari itu, masalah

    pendengaran juga boleh berlaku akibat bunyi yang terlalu kuat melalui saluran pendengaran

    seperti bunyi letupan dan sebagainya yang akan mengakibatkan gegendang telinga menjadi

    rosak. Hentakan atau tamparan yang kuat terhadap telinga juga akan mengakibatkan

    kerosakan teruk pada gegendang telinga. Kebiasaannya individu yang menghadapi

    masalah ini hanya boleh mendengar bunyi pada jarak sekitar 1 hingga 1.5 meter atau tidak

    melebihi 60 desibel. Kehilangan pendengaran pada tahap ini dikategorikan sebagai ringan

    dan sederhana.Jangkitan yang berlaku pada lapisan telinga luar dan telinga dalam seperti

    jangkitan bakteria akibat air yang selalu masuk ke dalam telinga, salur eustachia tersumbat

    akibat selsema, demam campak, tonsilitis atau jangkitan di hidung dan tekak serta

    ketumbuhan yang berlaku pada tetulang halus pada telinga tengah juga akan

    mempengaruhi pekak jenis koduktif ini. Beberapa ujian boleh dilakukan untuk menguji tahap

    pendengar seseorang iaitu ujian melalui tulang dan ujian melalui udara.

    4.2 Jenis Sensorineural

    Berlaku akibat jangkitan virus semasa masih dalam kandungan seperti virus german

    measles, anoxia berlaku akibat kekurang oksigen penyakit demam kuning (jaundice),

    demam yang teruk Mengambil bahan-bahan terlarang yang mengandungi dadah seperti

    quinine, tranquillisiers, aspirin, alkohol dan cortisone. Masalah jenis sensorinerural ini

    merupakan masalah pendengan kekal yang disebabkan kerosak atau kegagalan fungsi

    bahagian telinga tengah atau saraf organ pendengaran. Rawatan menggunakan alat bantu

    pendengaran atau pacakan koklea adalah kaedah terbaik untuk merawat masalah

    sensorinerual ini.

  • 8

    4.3 Jenis Campuran.

    Jenis masalah pendengaran adalah gabungan di antara masalah pendengaran konduktif

    dan masalah pendengaran sensorineural iaitu masalah berlaku pada telinga luar dan telinga

    tengah. Ia berlaku akibat mampatan tahi telinga.

    5.0 CIRI-CIRI FIZIKAL

    5.1 Minimal

    Mengalami masalah untuk mendengar bunyi yang jauh lemah, perlahan dan sayup-

    sayup.

    5.2 Mild

    Bergantung kepada tahap kebisingan di dalam kelas, jarak antara orang yang bercakap.

    Jarak untuk berbual atau berbincang adalah pada tahap 3 ke 5 kaki sahaja.

    5.3 Moderate

    Pada tahap ini murid memerlukan terapi pertuturan. Kita akan mendapati murid

    menghadapi masalah untuk bertutur dengan sempurna dan mempunyai

    perbendaharaan kata yang amat rendah. Murid perlu diberikan latihan untuk membaca,

    bahasa lisan dan bahasa tulisan di dalam program pendidikan khas.

    5.4 Moderate to severe

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran pada peringkat ini memerlukan

    bunyi yang kuat untuk mendengar. Mereka akan menghadapi masalah pertuturan,

    perkembangan bahasa dan penguasaan akademik yang lemah. Mereka memerlukan

    bimbingan yang khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran.

    5.5 Severe

    Pada tahap ini kanak-kanak hanya mampu untuk mendengar suara yang kuat pada

    jarak 1 kaki sahaja. Kanak-kanak ini memerlukan bimbingan dari segi kemahiran

    berbahasa, auditori dan bacaan bibir secara sepenuh masa.

  • 9

    5.6 Profound

    Di peringkat ini murid bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan kerana merekat

    tidak dapat mendengar dengan baik. Mereka hanya dapat merasa getaran yang

    dihasilkan daripada nada ton. Dengan bantuan alat pendengaran seperti pemakaian

    implan koklea dan vibrotactile aid dapat membantu murid pada tahap ini. Murid perlu

    diberi kemahiran komunkasi dan kemahiran akademik di dalam kelas-kelas pendidikan

    khas.

    6.0 CIRI-CIRI KOGNITIF

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran tidak dapat bertindak balas terhadap

    bunyi yang terdapat di sekeliling mereka. Ibu bapa perlu memerhati dan mengambil tahu akan

    keadaan fizikal anak-anak mereka. Ini penting kerana jika masalah kanak-kanak ini tidak dapat

    dikesan dengan lebih awal, maka akan menimbulkan masalah besar kepada mereka jika

    mereka tidak dirawat dengan segera atau ketika mereka di letakkan ke dalam kelas-kelas

    kanak-kanak normal.

    Tidak dapat mendengar seperti kanak-kanak yang normal. Mereka mempunyai perbendaharaan

    kata yang amat sedikit kerana mereka tidak dapat mendengar atau memahami apa yang

    dipertuturkan oleh orang di sekeliling mereka.

    Tidak dapat berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah. Guru mungkin

    akan menyalah anggap yang murid mereka mempunyai masalah disiplin. Mungkin juga guru

    akan menganggap murid ini mengalami masalah lembam, terencat akal serta tidak berminat

    untuk belajar. Kepekaan dan perhatian guru diperlukan bagi mengenalpasti tingkahlaku atau

    perlakuan yang ditunjukkan oleh murid-murid mereka.

    7.0 CIRI-CIRI SOSIAL

    Komunikasi seluruh.

    Komunikasi yang berlaku adalah melibatkan keseluruhan penggunaan alat komunikasi seperti

    lisan, bahasa isyarat, pertuturan kiu dan bacaan bibir. Komunikasi yang berlaku memerlukan

    hubungan mata, pergerakan tangan bagi menunjukkan isyarat yang akan memberi petunjuk

    atau untuk melambangkan sesuatu mesej yang ingin disampaikan.

  • 10

    Bahasa isyarat

    Isyarat-isyarat yang digunakan adalah berdasarkan tiga bentuk iaitu isyarat natif, bahasa isyarat

    Amerika dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu.

    Isyarat natif

    Dicipta dan digunakan dalam lingkungan ahli keluarga atau masyarakat setempat

    sahaja. Mereka mencipta sendiri isyarat-isyarat yang boleh difahami di dalam

    lingkungan mereka sahaja.

    Bahasa isyarat Amerika

    Bahasa isyarat yang diperkenalkan di Amerika oleh sukarelawan-sukarelawan ketika

    mengajar kanak-kanak pekak berkomunikasi. Bahasa isyarat yang digunakan adalah

    dalam bahasa Inggeirs.

    Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu.

    Bahasa isyarat yang digunakan oleh orang yang bermasalah pendengaran untuk

    berkomunikasi memerlukan penggunaan seluruh anggota badan dan termasuk mimik

    muka. Bahasa yang digunakan adalah struktur bahasa Melayu yang berasaskan

    tatabahasa bahasa Melayu

    Ejaan jari

    Bahasa komunikasi ini menggunakan isyarat jari. Penggunaan jari adalh mengikut abjad-abjad

    yang terdapat dalam perkataan dan kosa kata yang hendak diperkatakan perlu dieja dengan

    cekap.

  • 11

    Pertuturan kiu

    Pertuturan kiu memerlukan penuturnya menunjukan isyarat tangan beserta dengan bahasa

    pertuturan supaya pendengar dapat memahaminya melalui penglihatan dan pendengaran.

    Setiap suku kata akan ditunjukkan dengan jelas melalui pergerakan bibir beserta isyarat tangan

    yang dilakukan secara serentak.

    Bacaan bibir

    Orang-orang pekak boleh memahami pecakapan orang-orang normal melalui pergerakan bibir

    yang mereka lihat. Mereka perlu dlatih bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran ini.

    Penutur perlulah dalam suasana yang jelas dan terang serta senang dilihat

    Audiotori verba -

    Proses komunikasi yang dijalankan adalah dengan penggunaan alat audio. Kaedah ini

    dugunakan bagi mereka yang masih mempunyai saki baki pendengaran tetapi tidak jelas.

    Mereka akan diajar untuk bertutur hasil daripada proses mendengar dengan menggunakan alat

    audiotori ini.

  • 12

    8.0 DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN

    Menurut Wong Huey Siew (2006) dari segi perundangan, masalah penglihatan

    melibatkan ketajaman penglihatan 20/200, bermakna jika seseorang yang penglihatan normal

    boleh melihat objek tertentu sejauh 200 kaki, maka ketajaman penglihatan bagi orang yang

    mempunyai masalah penglihatan hanya dapat melihat objek tersebut dalam lingkungan jarak 20

    kaki. Luas kawasan penglihatan bagi orang cacat penglihatan pula adalah tidak lebih daripada

    20 darjah pada keluasan diameter. Sementara bagi kategori separa/rabun tahap ketajaman

    penglihatan adalah di antara 20/70 dan 20/200 pada mata yang terbaik dengan pembetulan.

    9.0 PUNCA KECACATAN PENGLIHATAN

    Komplikasi semasa hamil kemungkinan berlaku ketika bayi dilahirkan melalui samada

    menggunakan kaedah forsep, scissorian, pembedahan dan sebagainya yang mungkin akan

    mengakibatkan kecederaan kepada bayi tersebut.

    Penyakit rubella iaitu penyakit berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan

    kecacatan kepada bayi semasa masih di dalam kandungan ibu.

    Punca berkaitan baka keturunan ini tidak dapat dipastikan oleh pakar perubatan, tetapi jika

    dilihat daripada pemerhatian yang dilakukan kita akan dapati jika ibu atau ayah atau anak-anak

    mereka mengalami masalah penglihatan, maka akan terdapat dikalangan keluarga ini akan

    mengalami masalah yang sama.

    Penyakit berjangkit seperti demam campak yang dialami oleh ibu semasa mengandung,

    kekurangan vitamin A yang boleh menyebabkan buta disebabkan kekurangan makanan yang

    mempunyai protein, serta penyakit glaukoma yang akan menyerang kanak-kanak sejak lahir

    yang menyebabkan otot mata tidak normal.

    Kecederaan boleh berlaku di mana-mana juga kanak-kanak berada. Pengawasa dari ibubapa,

    penjaga serta guru-guru amat diperlukan bagi mengelakkan sebarang kecacatan berlaku.

    Penyakit kelamin seperti AIDS, sifillis dan sebagainya yang boleh menjangkiti bayi yang berada

    di dalam kandungan ibu.

  • 13

    Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan di antara buta dengan tahap

    penglihatan yang rendah. Masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat

    iaitu:

    9.1 TAHAP SEDERHANA

    Pada tahap ini, kanak-kanak masih boleh melihat cahaya dan menjalankan aktivit yang

    melibatkan deria penglihatan tetapi dengan menggunakan alat bantuan khas seperti kanta.

    9.2 TAHAP TERUK

    Pada tahap ini, kanak-kanak memerlukan lebih banayak masa dan tenaga untuk menjalankan

    aktivit malam kerana mengalami kesukaran melakukan aktiviti yang melibatkan penglihatan

    walaupun dengan menggunakan bantuan khas.

    9.3 TAHAP SANGAT TERUK

    Masalah pada tahap ini mengakibatkan kanak-kanak sukar untuk melakukan aktiviti yang

    melibatkan visual seperti membaca serta bergerak dan mereka lebih bergantung kepada deria-

    deria lain.

    Kecacatan penglihatan berlaku apabila terdapat halangan atau gangguan laluan cahaya

    daripada masuk ke mata untuk ditafsirkan oleh otak. Berikut adalah klasifikasi visual tahap

    penglihatan:

    1. Refractive disorder

    2. Ocular motility

    3. Eye pathologies

    4. Amblyopia/lazy eye

    5. Katarak

    6. Diabetic retinopathy

    7. Age related mascular degeneration

    Refractive disorder adalah disebabkan ketidaksekataan dalam bentuk atau saiz bebola mata,

    korne atau kanta. Masalah gangguan yang berlaku adalah rabun.

    Ocular motify disebabkan oleh gangguan gerak mata iaitu pergerakan mata tidak dapat

    diselaraskan disebabkan oleh otot yang tidak berfungsi.

  • 14

    Eye pathologies berlaku kerana kerosakan kepada satu atau lebih struktur mata.

    Amblyopia / lazy eye atau juling berlaku disebabkan tiada kordinasi di antara otot-otot mata

    yang menyebabkan kedudukan mata tidak lurus. Sebab-sebab mata juling ialah dalam

    kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui. Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang

    tidak berfungsi dengan baik pada matayang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu

    sendiri. Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam. Mata juling adalah lebih

    lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral, Palsy, Down

    Syndrome, hydrocepahalus dan barah otak.

    Katarak disebabkan oleh kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.

    Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang

    disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Keadaan ini

    menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat.

    Sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.

  • 15

    Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti; pesakit kencing manis yang gagal

    mengawal penyakitnya.Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan

    membentuk katarak.Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.Katarak merupakan suatu

    proses akibat usia yang lanjut. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi

    katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti

    penyakit Rubella semasa mengandung.

    Diabetic retinopathy disebabkan oleh tekanan cecari yang terdapat di dalam mata terlalu

    tinggi sehingga menyebabkan kerosakan pada sel retina dan serabut saraf mata.

    Age realted mascular degeneration disebabkan oleh faktor usia, penjarangan tisu mokular

    dan endapan pigmen di dalam mokular iaitu terjadi pembesaran salur darah sehingga

    menyebabkan ianya pecah dan bocor seterusnya menyebabkan kerosakan kekal pada sel

    retina yang akan mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.

    Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar mendapati masalah penglihatan

    bagi kanak-kanak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

    Astigmatisme (rabun), glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan saraf urat mata),

    Strabismus (juling), Ambiplia (mata malas), Diplopia(double vision), Albinisme (sensitif kepada

    cahaya), Myopia(rabun jauh) dan Hyperopia(rabun dekat).

  • 16

    10.0 CIRI-CIRI FIZIKAL

    Keliru dengan huruf. Selalu menutup sebelah mata. Kerap menggosok mata. Kerap bercakap.

    Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun

    objek.

    Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun pada sudut

    berlainan. Kerap menangis. Memegang kepala dengan cara luar biasa. Menonton televisyen

    ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat. Selalu mengelak membuat sebarang

    tugasan yang diberi.

    Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Meniru kerja kawan. Sering mencari-cari ayat yang

    dibaca. Bebola mata kelihatan berputar. Mata sensitif terhadap cahaya yang terang. Bahagian

    tepi mata kelihatan merah. Kelopak mata bengkak dan berair.Terdapat bintik-bintik di tengah-

    tengah mata.

    Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan selalunya menghadapi masalah untuk memfokus

    kepada sesuatu perkara. Mereka akan cuba mengelak daripada memandang kepada cahaya

    yang terang.

    Mereka juga sering mengecilkan mata, mengerdipkan mata dan mengosok-gosok mata seolah-

    olah mata mereka dimasuki sampah. Kadangkala kanak-kanak yang menghadapi masalah

    penglihatan ini akan terlanggar objek dan sering tersandung atau terjatuh semasa berjalan.

    11.0 CIRI-CIRI KOGNITIF

    Menurut Julia et al (2009), kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan memerlukan

    perhatian yang lebih daripada ibu bapa dan juga guru. Kanak-kanak yang mempunyai masalah

    penglihatan mempunyai tingkahlaku yang ganas, sifat yang terlalu bergantung kepada orang

    lain, suka menentang, tidak mahu menurut kata, mempunyai sikap suka mengelak dari

    melakukan sesuatu kerja dan tingkahlaku yang pasif.

    Tingkahlaku ini terjadi disebabkan mereka mempunyai ketidakseimbangan bahan kimia di

    dalam otak dan juga kekuranganfungsi luar kawal otak. Mereka juga sukar dan menghadapi

    masalah penyesuaian diri dalam komunikasi, kemahiran mengurus kehidupan seharian dan

    kemahiran mengawal emosi dan sosial.

  • 17

    12.0 CIRI-CIRI SOSIAL

    Kanak-kanak ini berminat kepada sesuatu permainan yang tertentu, mereka suka bersendirian,

    sukar bergaul dengan orang lain, gagal berhubung dengan cara yang betul, ada ketika terlalu

    sensitif, sukar berasa takut dan tidak sensitif terhadap kesakitan. Mereka sukar untuk

    melahirkan apa yang diinginkan, suka ketawa sendiri, melakukan pergerakan-pergerakan yang

    aneh, menangis tanpa sebab, merasa tidak selamat atau tertekan, dan suka mengamuk.

    Mereka juga tidak sensitif terhadap persekitaran, mengalami masalah aktiviti pergerakan dan

    adakalanya terlalu aktif atau lembab.

    Memusingkan kepala apabila ingin melihat sesuatu kerana mempunyai pandangan tepi yang

    lebih baik.

    13.0 DEFINISI ADHD

    ADHA (attention deficit hyperactivity disorder) adalah istilah yang digunakan oleh pakar

    perubatan bagi kanak-kanak dan remaja yang menghadapi masalah dari segi tingkahlaku dan

    kognitif dalam aspek penting kehidupan mereka seperti hubungan dalam keluarga, peribadi dan

    masyarakat.

    Menurut Oregan (2005) ...attention deficit hyperactivity disorder, more commonly known as

    ADHD is a complex and often controversial term. It is an internationally validated medical

    condition, incolving brain dysfunction, in which individuals have difficulti in controlling impulses,

    inhibiting their behaviour and sustaining their attention span. This leads to a variety of

    educational, behavioural, social and related difficulties.

    perhatian defisit gangguan hiperaktif, lebih dikenali sebagai ADHD adalah satu istilah yang

    kompleks dan sering kontroversi.Ia adalah satu keadaan perubatan yang disahkan di peringkat

    antarabangsa, yang melibatkan disfungsi otak, di mana individu mengalami kesukaran dalam

    mengawal impuls, menghalang tingkah laku mereka dan mengekalkan perhatian mereka. Ini

    membawa kepada pelbagai pendidikan, tingkah laku, masalah sosial dan yang berkaitan.

  • 18

    14.0 PUNCA MASALAH ADHD

    Faktor keturunan dan sejarah keluarga dari sifat dan ciri-ciri ibu bapa, adik beradik, nenek

    moyang, saudara mara dan ahli keluarga yang rapat yang mengalami masalah ini semasa

    kanak-kanak.

    Berlaku dari hubungan kelamin iaitu memalui persenyawaan benih ibu dan bapa yang

    percantuman yang mempunyai sifat cacat atau ketidak sempurnaan

    Kekurangan aktivit dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang tertentu.

    Menurut Friend (2006), kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan terdapat tiga

    bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum. Bagi pengidap ADHD,

    mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindakbalas kepada stimulasi.bahagian

    otak.

    15.0 CIRI-CIRI FIZIKAL

    Inatesi Kekurangan tumpuan atau perhatian

    Kurang dan lemah tumpuan dan sering melakukan perbuatan yang berbeza-beza mengikut

    kehendak sendiri dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang ingin bercakap dengan

    mereka. Tidak boleh duduk lama bermain seperti kanak-kanak lain.

    Impulsif mengikut dorongan hati

    Melakukan sesuatu tanpa perancangan dan kebiasaannya mereka ingin melakukan sesuatu

    perkara dengan cepat tanpa mempedulikan samada betul atau salah. Mereka juga akan sering

    melakukan sesuatu perkara yang berubah-ubah tanpa berpandukan arahan.

    Hyperaktif kelakuan terlalu aktif

    Suka melakukan aktivit seperti memanjat, berlari-lari, sukar untuk duduk diam seolah-olah

    terdapat suatu kuasa yang mendorong mereka untuk melakukannya

    16.0 CIRI-CIRI KOGNITIF

    Mudah terganggu. Tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara. Tidak boleh

    menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi. Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti. Suka

    membuat aktiviti tetapi hanya sedikit yang selesai. Perkembangan bahasa yang lambat

  • 19

    17.0 CIRI-CIRI SOSIAL

    Mudah dan cepat berasa bosan dengan tugasan yang diberi.

    Kurang tumpuan di dalam kelas.

    Kurang memahami perasaan orang.

    Gagal memahami kenapa mereka dihukum.

    Pelupa dan tumpuan mudah terganggu.

    Sukar bergaul atau tidak pandai berinteraksi dengan rakan-rakan dan hanya melakukan aktiviti

    sendiri.

    18.0 DEFINISI MASALAH FIZIKAL

    Menurut Giuliant & Pierangelo (2007), muscular dystrophy ialah penyakit yang diwarisi dan

    penyakit ini adalah mereka yang mengalami masalah berkaitan otot. Semasa dilahirkan, kanak-

    kanak ini melalui perkembangan yang normal tetapi masalah bermula apabila otot gentian gagal

    berfungsi dan digantikan dengan tisu-tisu lemak.

    Menurut NCBI (2003), Muscular Dystrophy ialah sejenis penyakit termasuk dalam kategori

    neuromuscular yang mana kecacatan otot-otot badan membari kesan sehingga menyebabkan

    pergerakan menjadi lemah.

    19.0 PUNCA-PUNCA MASALAH FIZIKAL

    Punca kecacatan fizikal ini adalah daripada percantuman benih ibu dan bapa. Genetik ibu iaitu

    kromosom X yang dikenali sebagai X-linked recessive inheritance akan bercantum dengan

    kromosom Y yang dibawa oleh bapa dan ini akan menjadikan anak lelaki yang akan mewarisi

    penyakit tersebut dari genetik ibu. Percantuman dua kromosom X ibu dan bapa akan

    melahirkan anak perempuan dan mereka akan menjadi pembawa penyakit tersebut. Kesan

    kepada kanak-kanak lelaki adala pada nisbah 1:50 kelahiran untuk bayi yang dilahirkan

    mendapat kecacatan ini tetapi 1 daripada 3 kes tetap berlaku kepada keluarga normal yang

    tidak mempunyai penyakit tersebut disebabkan oleh genetic mutation.

  • 20

    20.0 CIRI-CIRI FIZIKAL

    Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal ini menunjukkan tanda-tanda lemah otot, gejala

    perkembangan otot, lambat dalam perkembangan kemahiran menggunakan otot motor,

    kesukaran berjalan, kesukaran menggunakan satu atau lebih kumpulan otot motor, tulang

    belakang bengkok, gaya berjalan terhuyung-hayang, kesukaran menggunakan kemahiran

    motor seperti melompat dan berlari, kesukaran berjalan atau kehilangan keupayaan berjalan,

    kepenatan, kecacatan otot sehingga menyebabkan pesakit menggunakan kerusi roda dan

    pengawalan otot sehingga menyebabkan penggunaan jari yang terhad dan kehilangan

    keupayaan pergerakan kepala.

    21.0 CIRI-CIRI KOGNITIF

    Kebaanyakan kanak-kanak bermasalah fizikal menghadapi masalah untuk hadir ke sekolah dan

    ini akan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran normal di sekolah. Selain itu

    mereka juga menghadapi tekanan emosi dan psikologi kerana masalah kesihatan yang mereka

    alami. Tahap keupayaan dan perkembangan kognitif mereka juga agak sukar kerana masalah

    lumpuh di bahagian sekeliling mulut, masalah sukar memahami bahasa, serta kesukaran untuk

    menggunakan peralatan permainan dengan betul, kesukaran untuk mengingat, kesukaran

    untuk meniru aksi atau gaya orang lain, bermasalah membuat hubungan mata (eye contact)

    dengan orang lain dan masalah untuk melukis.

  • 21

    22.0 CIRI-CIRI SOSIAL.

    Perkembangan sosial kanak-kanak ini amat terbatas. Mereka tidak boleh bergerak sendiri,

    duduk sendiri, berjalan sendiri atau makan sendiri. Mereka terpaksa mengharapkan pertolongan

    serta bantuan orang lain untuk membantu mereka kerana mereka tidak dapat menguruskan diri

    sendiri. Persekitaran sekolah yang sesuai dan prasarana yang mencukupi diperlukan untuk

    kanak-kanak ini mengikuti pembelajaran di sekolah.

  • 22

    23.0 RUMUSAN.

    Setiap kanak-kanak memerlukan perkara-perkara asas dalam kehidupan mereka seperti

    makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan kasih sayang ibu bapa. Keperluan-keperluan ini

    perlu dipenuhi supaya mereka dapat berkembang dan membesar dengan sempurna. Setiap

    kanak-kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan diri mereka dihargai serta

    mempunyai kebolehan yang boleh dibanggakan. Begitu juga dengan kanak-kanak yang

    mengalami kecacatan. Mereka memerlukan sesuatu yang lebih khusus umpamanya bagi

    kanak-kanak yang cacat pendengaran, mereka memerlukan alat pendengaran serta latihan

    pertuturan. Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan penglihatan mungkin memerlukan cermin

    mata serta sokongan keluarga. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami kecacatan

    fizikal, mereka perlukan lebih perhatian daripada keluarga serta memerlukan bantuan-bantuan

    yang khusus untuk mereka meneruskan kehidupan.

    Kanak-kanak cacat sering tidak diberi rangsangan serta dorongan yang mencukupi untuk

    membolehkan mereka berkembang dan menguasai kemahiran-kemahiran asas. Kebanyakan

    ibu bapa tidak mengetahui bagaimana cara-cara untuk menangani kanak-kanak yang

    mengalami kecacatan ini kerana mereka tidak didedahkan dengan kaedah yang betul.

    Taraf sosioekonomi juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

    perkembangan kanak-kanak ini. Ibu bapa yang mempunyai pendidikan mungkin akan

    mengambil tindakan-tindakan yang lebih awal untuk mengenalpasti tahap kecacatan anak-anak

    mereka. Mereka juga boleh merujuk kepada pegawai-pegawai perubatan berkenaan kaedah-

    kaedah yang betul untuk menangani masalah anak-anak mereka.

    Ibu bapa juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada para profesional berkaitan rawatan

    dan pemulihan anak-anak mereka. Selain itu di negara kita juga telah diwujudkan perkhidmatan

    bantuan untuk kanak-kanak cacat. Pelbagai agensi serta pusat-pusat latihan serta sekolah telah

    diwujudkan bagi memboleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ini mendapat pendidikan

    serta latihan yang sempurna.

  • 23

    RUJUKAN

    1. Pendidikan Khas, Di ambil pada 25 November 2012

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas

    2. Di ambil pada 25 November 2012 http://mfz69.tripod.com/PK01.htm

    3. Merangsang kanak-kanak cacat, Di ambil pada 25 November 2012

    http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/201-merangsang-kanak-

    kanak-cacat.html

    4. Kanak-kanak masalah penglihatan, Di ambil pada 25 November 2012

    http://www.slideshare.net/akushazwa/kanak-kanak-keperluan-kha-masalah-penglihatan

    5. Di ambil pada 25 November 2012

    http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Modul/kumpulan4/modul23.pd

    f

    6. Isu sokongan pihak sekolah, Di ambil pada 25 November 2012

    http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-sokongan-pihak-sekolah-kepada.html

    7. Pendidikan khas prasekolah, Di ambil pada 25 November 2012

    http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/05/pendidikan-khas-prasekolah.html

    8. Pendidikan Khas di malaysia, Di ambil pada 25 November 2012

    http://www.ceritarasahati2.com/2012/02/06/pendidikan-khas-di-malaysia-dan-

    pendidikan-khas-di-luar-negara/

    9. Di ambil pada 25 November 2012

    http://eprints.uthm.edu.my/2714/1/23._PKPGB_2008_3.pdf

    10. Di ambil pada 25 November 2012 http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-

    panduan-perlaksanaan-program.html