kebudayaan suku kaum rungus

Upload: hapilly-everafter

Post on 11-Feb-2018

447 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    1/29

    1

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    2/29

    2

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    3/29

    3

    Kebudayaan Suku KaumRungus

    Rumah Panjang Pakaian Tradisi Seni Tari Tradisi

    Pakaian Tradisional Momogun Rungus

    Rungus terkenal dengan kebudayaadan tidak ditelan zaman.Pakaian traadalah hasil tenunan tangan merekamenggunakan kapas yang lebih dikeoleh penduduk setempat.

    Suku kaum Rungus di Sabah memiliwarna pakaian tradisional mereka. Phitam asalnya daripada kepercayaahitam adalah lambang kekuasaan atketuhanan yang mana dapat melinddaripada makhluk-makhluk halus yasesetengah pihak mengatakan bahawarna hitam adalah disesuaikan dendan keadaan semulajadi pada waktu

    Pakaian tradisi wanita Rungus jugamanik-manik yang direkacipta sendipada zaman dahulu sentiasa memadalam kehidupan seharian seperti m

    mengangkat air, menyulam dan lain-hanya dipakai ketika majlis perkahwikematian mahupun menjemput ketibrumah panjang.

    Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cdengan hanya sandai atau sopilangdipakai bersilang), hokos (tali pinggabiasanya berwarna merah,hijau dan(tengkolok) dan baduh (baju atau kaibiasanya dipakai ketika melakukan t

    Mongigol

    http://www.sabah.edu.my/itls07013/kebudayaan_rumahpanjang.htmlhttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian.htmhttp://www.sabah.edu.my/itls07013/kebudayaan_tarian.htmlhttp://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/mamai_rungus.jpghttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/nenek_rungus.jpghttp://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/mamai_rungus.jpghttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/nenek_rungus.jpghttp://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/mamai_rungus.jpghttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/nenek_rungus.jpghttp://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/mamai_rungus.jpghttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/nenek_rungus.jpghttp://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/mamai_rungus.jpghttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/nenek_rungus.jpghttp://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/mamai_rungus.jpghttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/nenek_rungus.jpghttp://www.sabah.edu.my/itls07013/kebudayaan_tarian.htmlhttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian.htmhttp://www.sabah.edu.my/itls07013/kebudayaan_rumahpanjang.html
  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    4/29

    4

    Monday, May 9, 2011

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    5/29

    5

    1. Puan Lopium Binti Mojiin

    2.Puan Mazlin Binti Mojiin

    3.Puan Irine Binti Mojiin

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    6/29

    6

    Soalan Temu Bual

    1. Siapa nama anda?

    2.Adakah Pakaian rungus ini diturunkan kepada andadari ibu-bapa anda?

    3.Apakah Keistimewan Pakaian Suku Kaum Rungus?

    4.Bilakah pakaian tradisional Rungus ini dikenakan?

    5.Apakah bahan- bahan yang diperlukan dalam

    menghasilkan pakaian rungus ini?

    6.Adakah Pakaian rungus ini dikenali oleh orang ramaiterutamanya masyarakat dari luar negara?

    7.Apakah sejarah di sebalik pakaian suku kaum Rungus?

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    7/29

    7

    Saya memilih kawasan Kampung Kabangaan Sebagai kawasan kajian. Saya memilih lokasi

    kawasan kajian ini kerana kawasan ini merupakan tempat kelahiran saya. Dengan ini saya

    senang untuk mendapat sebarang maklumat bagi menyempurnakan tugasan sejarah saya.

    Elemen 2

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    8/29

    8

    Borang Semakan Pelaporan Kerja Kursus Sejarah

    Aspek Kriteria Penskoran Pencapaian skor Tandakan (/)

    atau(x)

    1.Tajuk Kajian Menuliskan Tajuk kajian dengan

    Lengkap

    [ / 1]

    2.Senarai Kandungan Dan Menyenaraikan isi kandungan dan

    muka surat secara tertib

    [ / 9]

    3.Penghargaan Menyatakan dan menghuraikan

    penghargaan kepada mana-mana tiga

    pihak [ Guru, ibu-bapa, Rakan, orang

    Perseorangan atau institusi]

    [ /3]

    4.Objektif Kajian Menyatakan dan menghuraikan tiga

    objektif kajian [ isi kandungan tajuk /

    Iktibar]

    [ /3]

    5.Kaedah Kajian Menyatakan dan menghuraikan mana-

    mana tiga kaedah kajian [ temu ramah,Lawatan dan pemerhatian, Analisis

    Dokumen dan Penyelidikan

    Perpustakaan]

    [ /3]

    6. Hasil kajian Menyenaraikan dan menghuraikan

    empat sub tajuk berserta bahan

    sokongan, contoh, ilustrasi, carta ,

    pelan lokasi dan sebagainya]

    [ /4]

    7.Rumusan Menyatakan dan menghuraikan tiga

    unsur patriotisme berkaitan dengan

    tajuk/ iktibar kepada diri, bangsa dan

    negara]

    [ /3]

    8. Lampiran Memasukkan mana-mana tiga kategori

    bahan lampiran dan menulis kasyen

    berkaitan [ Gambar, peta,

    dokumen/bahan lain yang sesuai]

    [ /4]

    9.Rujukan Menulis empat jenis sumber rujukan

    mengikut format yang ditetapkan [

    Buku ilmiah/ Jurnal/ Akhbar/ orang

    sumber/ Melawat tempat kajian/

    internet]

    [ /4]

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    9/29

    9

    Pencapaian Skor Elemen 2

    Markah Kriteria Penskoran Pencapaian

    Pelajar4 Memenuhi syarat kesemua 9aspek format termasuk hasil

    kajian

    3 Mengandungi 7 hingga 8daripada aspek formattermasuk hasil kajian

    2 Mengandungi 5 hingga 6daripada aspek formattermasuk hasil kajian

    1 Mengandungi 3 hingga 4daripada aspek formattermasuk hasil kajian

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    10/29

    10

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    11/29

    11

    Soalan ii) Pakaian Suku Kaum Rungus di

    Kampung Kabangaan

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    12/29

    12

    Bil Perkara Muka surat

    1 Tajuk kajian 11

    2 Senarai Kandungan 12

    3 Penghargaan 13-14

    4 Objektif Kajian 15

    5 Kaedah kajian 16

    6 Hasil kajian 17-23

    7 Rumusan 24

    8 Lampiran 25

    9 Rujukan 26

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    13/29

    13

    Terlebih dahulu saya Freeman Singkong pelajar dari kelas 3 Amanah ingin

    mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

    Pinawantai iaitu Encik Roslan Bin Hashim kerana memberi bimbingan dan galakan kepada

    kami selaku pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah(PMR)

    pada tahun 2012. Pengetua tidak putus-putus memberi galakan dan memberi semangat kepada

    kami bagi menyiapkan tugasan Sejarah kami ini.

    Pada masa yang sama juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu

    Andrey Asang selaku guru mata pelajaran sejarah yang mengajar kami selaku Pelajar 3

    Amanah kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar yang kepada kami

    khususnya dalam aspek menyiapkan tugasan kami ini. Jasa Cikgu Andrey Asang yang tidak

    putus-putus memberi dorongan dan membekalkan maklumat bagi menyiapkan tugasan kami

    ini akan kami kenang hingga ke akhir hayat kami.

    Di samping itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

    terima kasih kepada kedua orang tua saya (Singkong Bin Ugau dan Irine Binti Mojiin) kerana

    sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada saya selama ini. Mereka sentiasa berusaha

    sebaik mungkin dalam usaha membantu saya menyiapkan tugasan ini, khususnya dalam aspek

    menyediakan segala keperluan dan kelengkapan yang saya perlukan dalam usaha

    menyempurnakan tugasan ini.

    Selain Pengetua ,Guru mata pelajaran geografidan kedua orang tua saya, saya juga

    ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang kepada rakan-rakan saya yang tidak pernah

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    14/29

    14

    merungut dalam aspek memberi sebarang maklumat kepada saya semasa dan selepas

    menyiapkan tugasan ini.

    Seterusnya, saya tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Lopium binti

    Mojiin, Puan Mazlin Binti Mojiin dan Puan Irine binti Mojiin selaku penduduk kerana

    memberi maklumat yang saya perlukan bagi menyiapkan kejian ini.

    Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua

    Sekolah Menengah Penawantai, Cikgu Andrey Asang , Ibu-Bapa saya dan rakan- rakan

    seperjuangan saya serta responden kejian saya atas jasa dan sumbangan dalam menyiapkan

    folio sejarah saya ini.

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    15/29

    15

    Saya melaksanakan kajian ini di kawasan tempat tinggal saya iaitu Kampung Kabangaan.

    Antara objektif kajian saya ini ialah:

    a) Saya ingin mengenali pakaian Suku Kaum Rungus.

    b) Saya ingin mengetahui lebih mendalam lagi mengenai pakaian tradisional suku kaum

    Rungus.

    c) Saya ingin mengetahui cara atau teknik penghasilan pakaian kaum Rungus.

    d) Saya ingin membuat analisis pakaian suku kaum rungus pada masa kini dan pada masa

    akan datang.

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    16/29

    16

    Kaedah kajian yang saya telah gunakan dalam menyempurnakan tugasan saya

    mengenai Pakaian suku kaum Rungus di Kampung Kabangaan ialah berdasarkan

    pemerhatian, temu bual dan perbincangan.

    Dalam kaedah pemerhatian, saya dapati pakaian suku kaum Rungus di kampung

    Kabangaan dari semasa ke semasa mengalami perubahan sedikit sebanyak.

    Kaedah seterusnya yang saya telah gunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai

    tugasan ini adalah berdasarkan kaedah temu bual. Saya telah menemu bual dua orang

    penduduk di kawasan kajian saya iaitu Puan Lopium Binti Mojiin, Puan Mazlin Binti Mojiin

    dan Puan Irine Binti Mojiin. Melalui Temu Bual ini saya memperoleh maklumat yang Saya

    perlukan dalam menyempurnakan tugasan saya .

    Kaedah yang ketiga yang telah saya gunakan ialah kaedah perbincangan. Dalam

    kaedah ini saya telah berbincang dengan rakan saya Aven Hanley Pital mengenai pakaian

    suku kaum Rungus sedikit sebanyak yang kami ketahui. Sebagai contoh nama pakaian bagi

    lelaki suku kaum Rungus.

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    17/29

    17

    Pakaian Suku Kaum Rungus

    Seperti suku kaum lain, Kaum Rungus juga mempunyai pakaian tradisi yang

    tersendiri. Sebagai contoh dalam kajian saya, saya memilih Kampung Kabangaan sebagai

    kawasan kajian untuk mengenali pakaian suku kaum Rungus.

    Pakaian Rungus terbahagi kepada dua iaitu pakaian bagi kaum Rungus Lelaki dan

    pakaian bagi kaum Wanita. Pakaian antara kaum lelaki dan Wanita mempunyai banyak

    perbezaan dan mempunyai perhiasan serta kelengkapan yang tersendiri.

    Kebanyakan penduduk di Kampung Kabangaan mempunyai pakaian tradisi Rungus

    yang telah diturunkan dari nenek moyang lagi. Walau bagaimanapun, kelengkapan pakaian

    Rungus tersebut tidak lengkap kerana bagi penduduk yang kurang berkemampuan mereka

    akan menurunkan pakaian tersebut dengan membahagi-bahagikan kepada anak-anaknya.

    Dalam situasi ini, anak-anak tersebut akan cuba melengkapkan pakaian Rungus tersebut

    setakat mana yang mampu.

    Secara kesimpulannya, kebanyakan penduduk di Kampung Kabangaan mempunyai

    pakaian tradisi suku kaum Rungus.

    Latar Belakang Pakaian Suku Kaum Rungus di Kampung

    Kabangaan

    Berdasarkan sejarah pakaian suku kaum Rungus wujud sejak turun temurun lagi oleh

    nenek moyang. Pakaian suku kaum Rungus dipercayai berasal daripada mimpi seorang nenek

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    18/29

    18

    moyang.Di mana suatu ketika dahulu ada seorang nenek menanam pelbagai jenis tanaman

    tetapi nenek tersebut tidak mengetahui kegunaannya. Suatu hari apabila pokok Kapas

    mengeluarkan buah yang telah tua. Buah tersebut berterbangan ditiup angin. Nenek tersebut

    mengambil Buah kapas tersebut dan mengumpulnya untuk dijadikan pakaian tetapi kapas

    tersebut terkoyak. Oleh itu nenek tersebut menyusun kapas dan menyimpannya. Ketika nenek

    tersebut sedang tidur muncul seorang nenek yang lebih berusia darinya dan bertanya

    kepadanya Apakah kegunaan kapas yang kamu telah kumpul itu nenek tersebut menjawab

    tiada juga, saya hendak membuat sarung tetapi kapas tersebut mudah koyak nenek yang

    muncul dalam mimpi berkata Kapas itu kamu boleh digunakan untuk menghasilkan sarung(

    sambil nenek menunjukkan sarung yang di pakainya). Dalam mimpi tersebut nenek

    menunjukkan cara-cara serta bahan yang diperlukan untuk menghasilkan pakaian. Apabila

    nenek terjaga dari tidurnya dia pun melakukan semua cara yang diajarkan oleh nenek dalam

    mimpinya. Akhirnya nenek berjaya menghasilkan sarung berwarna hitam melalui pokok

    Tahum( pokok yang menghasilkan warna hitam). Setelah berjaya menghasilkan sarung, nenek

    tersebut menghasilkan pakaian yang bersaiz lebih kecil dari sarung tanpa lengan. Nenek

    tersebut berfikir lagi apakah yang perlu dilakukan bagi menutup bahagian bahu bagi

    menghalang cahaya matahari terpancar terus ke bahu. Setelah selesai menghasilkan pakaian

    nenek tersebut berfikir lagi cara untuk menambahkan warna terhadap pakaian tersebut selain

    warna hitam , maka nenek tersebut tidak meletakkan warna hitam pada bahagian tertentu.

    Apabila nenek tersebut berjaya menghasilkan pakaian maka ramailah penduduk di sekitar

    kawasan tersebut berkunjung ke rumah nenek untuk belajar menghasilkan pakaian. Nenek

    tersebut juga berjaya menghasilkan pakaian lelaki.Dengan ini, wujudlah pakaian Rungus.

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    19/29

    19

    Anggaran Kos Pakaian Suku Kaum Rungus pada masa kini.

    Berdasarkan maklumat dari Puan Irine binti Mojiin, Puan Mazlin Binti Mojiin dan

    Puan Lopium binti Mojiin dianggarkan kos penghasilan pakaian kaum Rungus bagi Wanita

    adalah RM5000 ,manakala kos penghasilan bagi pakaian lelaki adalah RM 5000.

    Seperti pakaian tradisi kaum lain, pakaian Rungus ini dipakai pada majlis-majlis

    keramaian seperti majlis perkahwinan suku kaum Rungus, sambutan Kaamatan, Pesta

    Magahau, dan pesta Gong dan Ratu Gimpuhut.

    Berikut merupakan pakaian dan perhiasan kaum lelaki Rungus dan kaum Wanita

    Rungus:-

    Pakaian Kaum Lelaki Rungus Pakaian Kaum Wanita Rungus

    http://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/mamai_rungus.jpghttp://c/Users/AndreaAlexei/Desktop/Rungus%20Sabah%20-%20Kebudayaan%20-%20Pakaian_files/nenek_rungus.jpg
  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    20/29

    20

    Cara dan Peralatan untuk Menghasilkan Pakaian suku

    Kaum Rungus

    Dalam usaha menghasilkan pakaian suku kaum Rungus ini, tenaga yang diperlukan

    terpulang kepada jumlah pakaian yang hendak dihasilkan. Sekiranya pakaian yang dihasilkan

    itu hanya untuk keluarga ia memerlukan tenaga seorang individu sahaja, namun sekiranya

    pakaian tradisi tersebut dihasilkan untuk dipasarkan maka ia memerlukan tenaga pekerja yang

    ramai.

    Dalam usaha menghasilkan pakaian tradisi ini ia memerlukan pelbagai jenis bahan,

    seperti berikut:-

    Pakaian Kaum Lelaki dan Wanita Rungus

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    21/29

    21

    Perkembangan Pakaian Rungus

    Pakaian Kaum Wanita Rungus

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    22/29

    22

    Berpandukan gambar di atas, gambar ini merupakan pakaian tradisi kaum Rungus

    suatu ketika dahulu. Berdasarkan gambar ini kita dapat perhatikan bahawa nenek moyang

    suatu ketika dahulu memakai Lungkaki yang di pakai di kaki manakala di bahagian leher pula

    dipanggil Gangalung . Kedua-dua Lungkaki dan Gangalung telah hilang ditelan zaman.

    Berdasarkan gambar ini, kita dapat perhatikan pakaian Rungus yang tidak mengenakan

    Lungkaki dan Gangalung dan masa ini. Para wanita mengenakan semua pakaian dan

    perhiasan tradisi kaum Rungus kecuali Lungkaki dan Gangalung.

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    23/29

    23

    Gambar yang ketiga ini pula merupakan pakaian Rungus pada masa kini, di mana Orot atau

    perhiasan yang ada di bahagian pinggang bukan lagi Orot yang asli iaitu Gangalung telah

    beralih kepada manik. Hal ini demikian kerana, kos penghasilan pakaian tradisi Wanita

    semakin meningkat, oleh itu sebilangan masyarakat Rungus hanya mampu mendapat pakaian

    Rungus seperti dalam gambar di atas.

    Melalui perubahan yang dapat diperhatikan kini pakaian Rungus senang untuk

    dipasarkan dan boleh dikenakan oleh sesiapa sahaja yang ingin memakainya. Hal ini demikian

    kerana anggaran masa untuk memakai Orot memerlukan 1 jam setengah. Namun dengan

    adanya Orot manik maka Orot boleh dipakai dengan lebih mudah kerana Orot tersebut

    merupakan Orot pasang siap.

    Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa pakaian tradisi wanita dan Lelaki perlu

    dikekalkan dan perlu diturunkan kepada anak-anak serta cucu-cucu bagi menggelakkan

    berlakunya generasi yang akan datang tidak mengenali pakaian tradisi masing-masing.

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    24/29

    24

    Secara keseluruhannya saya telah menjalankan kajian ini di Kampung

    Kabangaan Kudat. Berlandaskan maklumat yang saya peroleh saya dapat mengenali pakaian

    suku kaum Rungus dengan lebih mendalam, saya dapat mengetahui latar belakang pakaian

    Rungus, cara dan peralatan yang digunakan dalam menghasilkan pakaian suku kaum Rungus

    dan yang terakhir saya dapat mengetahui peringkat perkembangan pakaian suku kaum

    Rungus.

    Pakaian tradisi kaum Rungus di Kampung Kabangaan dipakai ketika terdapat majlis

    perkahwinan dan majlis-majlis rasmi di sekolah ( sekolah rendah atau sekolah menengah

    kebangsaan), dan dikenakan pada pesta Kaamatan oleh peserta Ratu Kaamatan.

    . Oleh itu, dapat diringkaskan bahawa pakaian suku kaum Rungus ini melambangkan

    identiti masyarakat Rungus.

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    25/29

    25

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    26/29

    26

    Internet

    1. C:\Users\AndreaAlexei\Desktop\kurapak anak Dusun...Dalam Fikiran Si Labu-.htm

    2. C:\Users\AndreaAlexei\Desktop\Cikgu Razak contoh hasil kajian--- bahulu Nur

    Fatihatul Namirah.htm

    3. C:\Users\AndreaAlexei\Desktop\PDK SELAYANG CBR SELAYANG Kaum

    Rungus Bukan Termiskin.htm

    4. C:\Users\AndreaAlexei\Desktop\Rungus Sabah - Kebudayaan - Pakaian.htm

    5. C:\Users\AndreaAlexei\Desktop\Gambar Pakaian Masyarakat Rungus.htm

    Orang Sumber

    1. Puan Lopium Binti Mojiin, 57 tahun, Kampung Kabangaan

    2. Puan Mazlin Binti Mojiin, 34 tahun, Kampung Kabangaan

    3. Puan Irine Binti Mojiin,51 tahun, Kampung Kabangaan

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    27/29

    27

    Soalan:

    BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

    Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkansemangat patriotisme dalam kalanganrakyat di negara kita?

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    28/29

    28

    Belilah Barangan Buatan Malaysia merupakan slogan yang digunakan oleh Kerajaan

    Malaysia bagi menggalakkan rakyat tempatan mengutamakan barangan tempatan. Tambahan

    lagi dengan suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam

    tempoh masa yang akan datang. Kerajaan melaksanakan kempen ini bagi melindungi

    pengusaha, pengguna dan mengerakkan ekonomi negara melalui kuasa beli rakyat. Dengan

    membeli barangan tempatan, ia membantu dalam usaha menyekat aliran wang ke luar negara,

    seterusnya membantu dalam menggalakkan pembangunan industri atau pengusaha tempatan.

    Tuntasnya tindakan kerajaan adalah wajar dan selari dengan aspirasi negara.

    Seterusnya, melalui kempen ini rakyat tempatan mempunyai banyak pilihan seperti

    barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan

    harian seperti makanan. Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan mampu

    berdikari dalam usaha memenuhi keperluan rakyat tempatan dengan mengeluarkan produk

    buatan Malaysia sendiri yang mempunyai tahap kualiti produk yang setaraf dengan barangan

    keluaran negara luar. Melalui kempen ini juga rakyat tempatan dapat menanamkan semangat

    cinta akan negara yang dapat menjadi benteng kepada pembangunan negara. Dengan adanya

    semangat ini maka rakyat Malaysia hidup dalam bersatu padu.

    Kempen ini juga menjadi satu senjata kebanggaan rakyat tempatan kepada Malaysia.

    Hal ini demikian kerana, pelbagai jenis produk Malaysia telah berjaya menembusi pasaran

    antarabangsa seperti, kenderaan, dan bahan elektronik(televisyen, peti sejuk, penyaman udara

    dan kipas).

    Secara kesimpulannya, perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri

    diperlukan bagi menjayakan kempen ini. Rakyat tempatan perlu menanamkan minat dalam

    menggunakan produk buatan Malaysia. Dengan berbuat demikian rakyat menghulurkan

    sedikit sebanyak dalam usaha membangunkan negara Malaysia. Selain itu rakyat perlu peka

  • 7/23/2019 Kebudayaan Suku Kaum Rungus

    29/29

    kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara bagi menjaga nama dan keselamatan

    negara.