kerja kursus muzik dunia

Upload: watiehasma

Post on 17-Oct-2015

256 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

muzik dunia

TRANSCRIPT

KERJA KURSUS MUZIK DUNIA MZU3120Tajuk : ALAT MUZIK DARI KAWASAN SUB-SAHARA AFRIKA.

Sub Tajuk: MBIRA atau Thumbpiano

Isi Kandungan :( berdasarkan susunan kandungan dalam pro-forma MZU3120)

1. Esei

a) Klasifikasi dan bentuk alat muzik.b) Teknik Permainan Mbirac) Peranan Mbira Dalam Muzik kaum shona dalam upacara bira.d) Sistem tiunan Nyamaropae) Peranan muzik kutsinhira dan kushaura

2. Cetakan Bahan Persembahan PowerPoint

3. Cetakan Bahan Video berkaitan tajuk.

4. Rakaman / Hasilan Tugasan dalam bentuk softcopy ( CD )

5. Bibliografi

Tajuk : ALAT MUZIK DARI KAWASAN SUB-SAHARA AFRIKA.

Sub Tajuk: MBIRA atau Thumbpiano

Mbira ataupun turut dikenali sebagai kalimba, atau thumbpiano merupakan sejenis alat muzik rakyat Shona, Zimbabwe. Alat muzik ini dikenali sebagai Alat Muzik Sub-Saharan Afrika.

a) Klasifikasi dan bentuk Alat Muzik

Pembuatan alat muzik Mbira terdiri daripada 22 hingga 28 kekunci logam yang dipasang pada gwariva (soundboard kayu keras) yang dibuat daripada pokok mubvamaropa (Pterocarpus Angolensis). Dahulu logam yang digunakan secara aslinya dilebur terus dari batuan yang mengandungi bijih besi dan dibentukkan menjadi kepingan jejari dan disusun mengikut nada. Kini, pembuat mbira lebih gemar menggunakan bahan logam dari spring barangan terpakai seperti sofa, kusyen kereta, jejari roda basikal, dan lain-lain bahan keluli yang dikitar semula ataupun yang baru. Mbira yang telah siap biasanya diletakkan di dalam sebuah resonator labu besar (deze) untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Mutsigo iaitu kayu sebagai penyendal ataupun baji digunakan untuk memastikan mbira ditempatkan dengan tetap didalam labu tersebut.

b) Teknik Permainan Mbira

Cara permainan Mbira ialah dengan menggunakan dua ibu jari untuk memetik jejari logam ke bawah dan jari telunjuk kanan memetik ke atas. Ada juga yang menambah aksesori seperti manik logam yang digantung pada dawai, penutup botol atau kelonsong peluru yang dipasang pada plat logam dan diletakkan dibahagian bawah soundboard Mbira untuk menambahkan buzz yang berbeza-beza dari desis bunyian lembut hinggalah seperti bunyian tamborin. Buzz ini dianggap sebagai bahagian penting dalam bunyi Mbira kerana ia sebagai penyelamat bagi bunyi-bunyian yang boleh menganggu tumpuan pendengaran penghibur dan peminatnya. Buzz sebagai penambah kedalaman dan konteks dengan nada yang jelas setiap kekunci Mbira. Hasilan bunyi daripada tambahan buzz ini kedengaran seperti suara berbisik, menyanyi, mengetuk, angin ataupun hujan.

c) Peranan Mbira dalam Kebudayaan Kaum Shona

Mbira dikenali senagai muzik mistik yang telah dimainkan selama lebih seribu tahun lampau oleh puak-puak tertentu Rakyat Shona iaitu satu komuniti majority penduduk Zimbabwe, dan turut meluas ke Mozambique. Mbira mempunyai pengaruh yang kuat dalam segala aspek kehidupan Kaum Shona yang dianggap sebagai suci dan sekular.

Fungsi utamanya adalah sebagai telefon kepada roh-roh yang digunakan untuk menghubungkan nenek moyang si mati dengan penjaga puak iaitu Banggol pada setiap malam upacara penyembahan. Semasa upacara ini berlangsung, vadzimu, termasuk midzimu (roh nenek moyang keluarga), mhondoro (roh-roh si mati ketua-ketua puak) dan makombwe (roh-roh penjaga paling berkuasa dalam puak Shonna) dipanggil dalam pemujaan mereka supaya dapat memberi panduan mengenai permasalahan keluarga dan masyarakat berkaitan cuaca dan juga kesihatan.

Mbira dimainkan sebagai memuja semangat untuk membawa hujan semasa musim kemarau, memberhentikan hujan semasa banjir, dan membawa awan apabila tanaman dibakar oleh matahari.

Mbira juga digunakan untuk mengusir roh-roh jahat dan berbahaya, dan juga untuk mengubati penyakit dengan atau tanpa naga iaitu peramal tradisional atau herba. Mbira termasuk dalam semua perayaan seperti majlis perkahwinan, perlantikan ketua baru, dan lebih moden lagi semasa sambutan kemerdekaan dan persidangan antarabangsa.

Mbira juga diperlukan semasa upacara kematian, dan dimainkan selama seminggu berikutan kematian seseorang ketua sebelum diumumkan kematian beliau. Pada majlis guva, kira-kira setahun selepas kematian seseorang, Mbira digunakan untuk mengalu-alukan semangat roh individu itu kepada masyarakat.

Dalam abad sebelumnya, Mbira dimainkan oleh pemuzik bangsawan memainkan Mbira untuk raja-raja dan pembesar Shona. Walaupun dahulunya muzik Mbira dimainkan secara tradisi yang terhad dalam sesebuah kaum sahaja, tetapi kini ia menjadi popular di seluruh Zimbabwe. Kepercayaan penduduk Zimbabwe terhadap muzik Mbira ini dapat membangkitkan semangat yang melindungi tanah dan rakyat Zimbabwe. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1980, Mbira telah menjadi terkenal dan dianggap sebagai instrument Negara Zimbabwe.

d) Sistem Tiunan / Talaan Nyamaropa

Nyamaropa menggunakan mod mixolydian barat, digunakan paling lama dalam budaya Shona. Pelbagai nama digunakan walaupun kadangkala ianya adalah cara yang sama. Ia menekankan kebersamaan melalui muzik, mencipta polyrhythms di antara dua orang pemain Mbira yang memainkannya secara serentak. Sistem Tiunan Nyamaropa menggunakan skel major 7th flatted iaitu tiunannya diturunkan separuh notasi daripada asal.

Sebagai contoh, Garikayi Tirikoti telah membangunkan Mbira Orkestra yang mempunyai tujuh jenis tiunan yang berbeza-beza bagi setiap skala 7 notasi, dimana ia mungkin untuk memainkan semua instrument dalam prestasi tunggal. Tujuh tiunan yang digunakan oleh beliau ialah Bangiza, Nyabango, Nhemamusasa, Chakwi, Taireva, Maharoro dan Mavembe. Kebanyakkannya ialah nama lagu tradisional kecuali Mavembe dan Nyabango. Bagaimanapun, Nhemamusasa dikatakan lebih mirip dengan Nyamaropa

Dari segi sejarah, penalaan Mbira belum disahkan tepat pada skala barat. Bukanlah suatu yang luar biasa untuk turutan tujuh notasi pada Mbira yang akan menjangkau kepada julat yang lebih besar daripada satu frekuensi oktaf barat. Cara penalaan adalah berbeza di antara seorang pemain dengan seorang pemain lain. Kekunci Mbira menghasilkan tiunan yang berbeza, dan bergantung kepada cara pembuatannya.

e) Peranan Muzik Kutsinhira dan Kushaura

Dalam muzik Shona, Kushaura adalah bahagian utama dibandingkan dengan penggunaan sebahagian kutsinhira. Kushaura boleh dianggap sebagai bahagian pertama dan diikuti oleh kutsinhira dalam kiraan 12 detik. Walaubagaimanapun, ia tidak selalunya berlaku dan bergantung kepada bagaimana ianya dimainkan. Biasanya kushaura memainkan rentak yang belakang untuk membentuk kutsinhira. Dalam bentuk yang lebih standard, kedua-dua bahagian kushaura dan kutsinhira dimainkan secara pengulangan berturutan secara empat pusingan meter 12/8 dengan semua not jatuh betul-betul pada salah satu daripada dua belas subdivisi not yang kelapan. Kebiasaannya kitaran awal lagu yang dimainkan tidak seragam dan mungkin berbeza.

Bahagian muzik Kutsinhira dan Kushaura biasanya mempunyai nada tinggi yang dimainkan dengan tangan kanan, dan kecenderungan not alternate pada setiap not kelapan. Ciri-ciri lain yang menentukan perbezaan kushaura dengan kutsinhira ialah nada tinggi yang berbeza lapisannya. Dengan ini kedua-dua pemain mempunyai not tinggi sebelah kanan. Kebanyakan transkripsi, not pertama tangan kanan kushaura akan jatuh secara langsung pada not kelapan selepas hosho pertama. Manakala kutsinhira akan ikut secara langsung selepas itu. Contohnya :

Versi 1 : CCEEAA CCFFAA DDFFAA CCEEGG

Versi 2 : FFAADD FFAACC EEGGCC EEAACC

( Not yang sama, bahagian pusingan yang berbeza)

Biasanya pemain di bahagian kushaura bermain mengikut variasi dan pemain kutsinhira pula akan cuba untuk mengikut secara harmoni dengan bahagian-bahagian yang saling melengkapi. Variasi wujud untuk kedua-dua tangan kanan dan tangan kiri. Beberapa variasi tangan kiri hampir secara eksklusif dimainkan di sebelah kiri atas dan mengelak dari bermain dibahagian kiri bawah.

Di bahagian kanan pula akan menggunakan pengulangan not secara menurun. Sebagai contoh :

i) GGGGFEDD GGFEDDBB DDCCBBAA ( Taireva, dipisahkan dalam tiga barisan secara menurun)

ii) FFEEDDCCBAGG EEDDCCBBAAGG ( Nhemamusasa, dipisahkan menjadi dua baris menurun)

Di sebelah kanan, kord yang biasa dimainkan adalah kekunci paling jauh dan dimainkan dengan ibu jari, dan kekunci keempat dimainkan dengan jari telunjuk. Di bahagian kiri, kekunci dimainkan secara berturut-turut.

Rajah di bawah adalah contoh Skor muzik Nhemamusasa

VIDEO 1 : Cara penalaan Mbira (tuning)

VIDEO 2 : Thumpiano ( moden )

VIDEO 3 : Cara pembuatan Mbira

VIDEO 4 : Sejarah dan Perjalanan Mbira di kalangan Penduduk

Video 5 : Mbira - Spirit Of The PeopleVideo yang mengambil masa lebih kurang 50 minit ini menunjukkan betapa Masyarakat Shona di Zimbabwe masih mengekalkan pemujaan semangat untuk kehidupan mereka. Alat muzik Mbira digunakaan sebagai alat utama dalam aktiviti ini. Mereka percaya dengan menghasilkan bunyi-bunyian daripada Mbira ini boleh memanggil semula roh-roh nenek moyang mereka. Masyarakat Shona masih berpegang pada kepercayaan kuno bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang membantu kejayaan dalam kehidupan seharian mereka seperti cuaca yang baik, kesihatan, dan kesuburan tanaman.

LAMPIRANTAMBAHAN

Making a simple mbiraYou will need: a piece of wooden board or a hollow wooden box approximately 25cm x 2cm x 12cm 3 or 4 metal bottle-tops a pencil a ruler a cutting tool varnish coloured paints or polish a brush or polishing cloth pliers a metal file a hammer coat-hanger wire or other metal strips metal staples 1. Draw pencil lines 4cm and 6cm from one end of the board. Either carve or paint a pattern on the rest of the board. Polish or varnish the remaining part of the wood. (You can find some traditional African patterns in Musical Instruments of Africa by Kurt Huwiler, published by Mambo Press, Zimbabwe.) 2. Cut 7 to 10 pieces of coat-hanger or other metal to different lengths, adjusting the lengths to produce different sounds. You may need to test them first. 3. Beat the ends of each piece with a hammer to produce a flatter end. If necessary, file the ends to make them smooth. 4. Cut another two pieces of wire slightly shorter than the width of your board to make the bridge. Attach one piece with staples at each end of the 6cm line you drew earlier. 5. Place the 7 to 10 keys equally along the wire and lay the remaining piece of cut wire over the top. Staple down reasonably firmly before testing the sounds. Adjust the notes by moving the keys up or down the soundboard. 6. Add three or four metal bottle-tops to the bottom of the soundboard, leaving enough space for your thumbs to play the mbira keys. Fix them loosely with small tacks. 7. Get ready to play!

BIBLIOGRAFI

Retrieved : Mac 02 2014 http://uniknya.com/2012/08/5-alat-musik-unik-di-dunia/

Retrieved : Mac 02 2014 http://youtu.be/Z3b1bz_9gEo

Retrieved : Mac 02 2014 http://www.youtube.com/watch?v=5hF2Hstvrfc ( spirit of the people)

Retrieved : Mac 02 2014 http://www.youtube.com/watch?v=qja5kJ37lYA ( mbira mastroes )

Retrieved : Mac 03 2014 http://www.youtube.com/watch?v=faZpUnCyhBc Retrieved : Mac 03 2014 http://www.mbira.org/instrument.html

HasmawatiHajiHarun,Mz01