kertas cadangan kajian tindakan

Upload: hairul-azwan

Post on 10-Oct-2015

535 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

kertas cadangan

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

PENGENALANJabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities) dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus contoh disleksia.Kebiasaannya, masalah murid-murid menulis nombor atau abjad terbalik sering dikaitkan dengan masalah disleksia. Umumnya, disleksia adalah sukar untuk dikenal pasti oleh seseorang guru. Hal ini adalah sedemikian kerana ada dalam kalangan murid-murid normal yang sering membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan murid-murid yang mengalami disleksia. (Rajesvari a/p Ramasamy, 2008). Menurut Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, 2011) disleksia merupakan mereka yang mengalami kesukaran untuk membaca,menulis,mengeja dan mengira. Namun mereka yang mengalami jenis kesukaran Matematik boleh diklafisikasikan sebagai diskalkulia. Jenis kesukaran Matematik(diskalkulia) ini sebenarnya terdiri daripada gabungan disleklsia dan akalkulia. Akalkulia ini merupakan sejenis masalah yang dihadapi kanak-kanak yang tidak dapat melakukan operasi yang melibatkan angka dan simbol Matematik.Pembelajaran matematik boleh dikonsepkan sebagai satu proses konstruktif iaitu kanak-kanak membina dan membentuk ilmu dalam bidang matematik dengan mengaitkan ilmu baru diperoleh dengan ilmu sedia ada. Menurut Ginsburg (1997) melalui Mohd Zuri Ghani kanak-kanak mempelajari nombor berdasarkan pengalaman mereka. Konsep penghafalan dan penyampaian ilmu daripada guru kepada murid semakin kurang berkesan kerana kaedah ini menunjukkan bahawa murid dapat menyelesaikan soalan ujian tetapi gagal mengaplikasikan kemahiran tersebut di luar bilik darjah.Dunia pendidikan hari ini mengganggap Matematik merupakan nadi bidang ilmu pendidikan, malah menjadi satu mata pelajaran teras di sekolah rendah dan menengah.Pelaksanaan program Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diolah mengikut tiga bidang iaitu nombor, bentuk dan perkaitan (Kementerian Pendidikan 1989). Maka, dengan ini memerlukan seseorang individu itu mengetahui kemahiran yang berkaitan dengan nombor seperti membilang dan mengira.Matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah pembinaan pemahaman konseptual awal matematik, kebolehan berkomunikasi tentang matematik dan penggunaan matematik dalam penyelesaian masalah (NCTM, 1989). Kajian lepas dalam bidang ini menunjukkan bahawa konsep-konsep di atas dapat menolong kanak-kanak mempelajari matematik dengan lebih berkesan. Tambahan pula, mereka juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka perolehi kepada keadaan yang baru (Ginsburg & Baron , 1992).Bagi memastikan golongan murid ini tidak terus ketinggalan dan keciciran dalam matapelajaran Matematik, maka guru dan ibu bapa harus berganding bahu dalam memberi motivasi dan bimbingan kepada murid agar murid dapat membina sikap dan pandangan positif terhadap matapelajaran Matematik. Murid yang bermasalah pembelajaran ini amat memerlukan intervensi awal bagi memastikan murid didedahkan dengan persediaan awal terhadap matematik. Sekiranya intervensi awal tidak diberikan, maka murid akan menghadapi kesukaran untuk belajar matematik secara berterusan. Menurut Miller dan Mercer (1997), kesukaran Matematik yang dihadapi pada peringkat rendah persekolahan sering berterusan ke alam persekolahan pada peringkat menengah. Malahan ia juga dialami secara berterusan dalam kehidupan seharian setelah dewasa.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALUSewaktu berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran yang lalu di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) saya telah mendapati bahawa beberapa orang murid yang umurnya dalam lingkungan 9 hingga 11 tahun telah mengalami masalah dalam menulis nombor dengan betul walaupun telah dipaparkan kad nombor dihadapan murid-murid ini. Mereka menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah,kekurangan intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Masalah ini dikesan lebih kurang 3 minggu yang lalu pada bulan pertama sesi pratikum semester 7 dijalankan. Masalah ini dikesan semasa proses semakan ujian diagnostik yang telah dibuat dan juga semakan lembaran kerja yang telah diberikan serta pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan sebelum ini.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid-murid yang berkenaan dapat menamakan nombor yang ditunjukkan kepada mereka dengan baik dan betul. Namun begitu, apabila diminta untuk murid-murid ini untuk menulis nombor mereka, tanpa teragak-agak mereka dapat menulis nombor yang diminta tetapi, angka yang ditulis tersebut ditulis menjadi songsang. Misalnya angka 2 ditulis secara terbalik. Keadaan ini sering kali berlaku apabila guru meminta murid untuk menulis angka tersebut. 2,4,5,7 dan 9 merupakan angka yang dikenal pasti menjadi terbalik apabila diminta murid untuk menulis.Kadang-kala semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik berlangsung murid-murid ini juga menerima teguran daripada mengenai nombor yang ditulis secara terbalik daripada guru. Namun pembetulan dalam menulis angka tersebut hanya berlaku pada waktu tersebut sahaja dan pada hari seterusnya murid-murid ini melakukan kesalahan yang sama jika tidak diberikan perhatian kepada mereka.Masalah yang dialami murid-murid ini membuatkan saya terfikir untuk mencari alternatif yang lebih baik dalam membantu murid-murid ini dalam menulis angka dengan betul. Murid-murid ini mempunyai potensi untuk menguasai menulis angka dengan betul.Dalam perbualan secara spotan dengan murid yang terlibat dengan masalah nombor terbalik ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja sambil tersenyum iaitu tak ingat cikgu.Masalah lupaan ini berkaitan dengan faktor yang menjejaskan ingatan lupaan(Mohd Zuri Ghani,2011). Hal ini berikutan kegagalan untuk mengingat kembali perkara yang telah dipelajari atau dialami sama ada bersifat sementara atau selamanya.Semakan dan penilaian yang dibuat melalui ujian yang telah diberikan kepada murid-murid ini didapati bahawa murid-murid ini tidak mencapai kepada objektif yang dikendaki dan banyak kesilapan yang berlaku apabila mereka menulis nombor.Pernah disebut sebelum ini jenis kesukaran Matematik (diskalkulia) mempunyai ciri-ciri yang tertentu berlaku kepada murid-murid ini adalah masalah untuk memproses maklumat atau kelajuan pemprosesan yang agak perlahan menyebabkan murid-murid ini tidak boleh menyelesaikan atau memahami sesuatu kemahiran baru dengan cepat. Oleh sebab itu, mereka memerlukan masa yang secukupnya untuk memproses sesuatu konsep matematik. Punca utama yang dikenal pasti dalam masalah diskalkulia adalah disebabkan pengamatan secara keseluruhan bagi sesuatu situasi nombor dalam matematik (Mohd Zuri Ghani, 2011). Keadaan ini juga menyebabkan murid-murid ini tidak dapat mengecam nombor dan sering mencampuradukkan nombor tersebut. Tambahan pula, murid-murid ini menghadapi masalah mengingati sesuatu fakta dan formula bagi menyelesaikan pengiraan matematik.Kesan masalah jika tidak ditangani, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dalam menulis nombor dalam angka. Murid juga akan akan melakukan kesilapan yang sama sepanjang masa. Jika tidak diberikan perhatian yang serius terhadap masalah ini dalam menulis angka akan menyebabkan mereka kurang keyakinan diri pada masa akan datang dan masalah keciciran dan ketinggalan akan berlaku.

FOKUS KAJIAN Melalui kajian ini, saya menfokuskan kepada mengurangkan kesalahan menulis nombor secara terbalik pada tahap maksimum untuk mengelakkan kesalahan ini berulang kembali pada masa akan datang. Hal ini berikutan 3 orang murid tahun dua Program Pendidikan Khas Integrasi kerap kali melakukan kesalahan menulis nombor secara terbalik semasa pengajaran dan pembelajaran guru berlangsung.Saya mengenalpasti masalah menulis nombor secara terbalik ini melalui tiga cara iaitu pemerhatian, ujian diagnostik dan juga penilaian hasil kerja(lembaran kerja). Melalui pemerhatian saya dalam kelas, saya mendapati murid Aiezad Azamin Bin Abdullah ini seorang yang pasif,kurang berkomunikasi dengan rakan sebayanya dalam kelas dan merupakan murid yang pendiam dalam kelas. Bagi kedua-dua murid yang lain Noon Abdul Malik dan Muhammad Alif Asraff Bin Zulkifle ini merupakan murid yang aktif namun kadang kala suka berangan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Dalam pemerhatian pengkaji juga mengambil faktor-faktor lain juga seperti kaedah murid memegang pensil, pandangan koordinasi mata dan tangan murid sedang menulis dan juga posisi murid sedang menulis. Faktor-faktor ini diambil kira bagi melihat permasalahan yang dihadapi oleh murid.

ISU KAJIANPengkaji terfikir bahawa ketiga-tiga orang murid ini mampu dan mempunyai potensi yang sangat cerah dalam mengurangkan kesalahan menulis nombor terbalik secara kerap jika diberi galakkan, bimbingan motivasi dan dorangan serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul. Tambahan pula jika tidak dibendung pada pada peringkat awal murid ini akan terus ketinggalan dan keciciran dalam matapelajaran Matematik.Murid-murid ini dapat membezakan nombor bulat dan boleh menyebut dengan betul seperti yang ditunjukan oleh pengkaji dalam lingkungan 1 sehingga 10. Namun begitu, apabila diminta untuk menulis nombor tesebut, keadaan berlaku sebaliknya. Mereka seolah-seolah tidak mengecam rupa bentuk nombor tersebut dan menulis dalam keadaan terbalik dan songsang dan kadang kala berlaku angka yang ditulis seperti pantulan cermin.Murid-murid ini berpotensi dalam mengelakkan mereka daripada berterusan melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. Isu yang dipandang serius oleh pengkaji ini perlu ditangani dengan segera sebelum berlarutan sehingga ke alam menenegah dan seterusnya ke alam ke dewasa kelak.Masalah ini juga merupakan isu dalam membantu murid-murid ini berjaya dalam menguasai kemahiran Matematik asas ini. Selain itu, isu ini boleh dianggap satu situasi yang mempunyai tujuan yang jelas tetapi menghadapi halangan untuk mencapai tujuan tersebut. Bagi memastikan murid golongan murid ini tidak terus ketinggalan dan keciciran dalam matapelajaran Matematik, maka guru dan ibubapa harus berganding bahu dalam memberi motivasi dan bimbingan kepada murid agar murid dapat membina sikap dan pandangan yang positif terhadap matapelajaran Matematik. Murid bermasalah pembelajaran ini amat memerlukan intervensi awal bagi memastikan murid didedahkan dengan persediaan awal terhadap pembelajaran subjek Matematik ini.

OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini selesai dijalankan murid-murid akan dapat mencapai objektif berikut:OBJEKTIF UMUMMurid dapat mengenal nombor, menyebut/menamakan nombor dan menulis nombor dengan betul.OBJEKTIF KHUSUSI. Mengurangkan kesalahan menulis angka dengan menggunakan pendekatan deduktif.II. Membolehkan murid membezakan nombor yang dilihat dan ditulis menggunakan melalui aktiviti tepung dan dohIII. Membantu murid dalam menulis angka dengan menggunakan teknik tracingIV. Meningkatkan tahap penguasaan mengenali bentuk angka 2,4,5,7 dan 9 melalui kaedah latih tubi.V. Melazimkan murid mengenal nombor melalui kerja rumah sehari satu nombor

SOALAN KAJIANMerujuk kepada objektif-objektif kajian di atas, soalan kajian telah dibina seperti berikut:I. Adakah pendekatan deduktif dapat mengurangkan kesalahan menulis angka?II. Adakah teknik tracing dapat membantu murid dalam menulis angka 2,4,5,7 dan 9?III. Adakah aktiviti tepung dan doh dapat membantu murid kemahiran menulis angka yang terbalik 2,4,5,7 dan 9?IV. Adakah teknik latih tubi mampu meningkatkan tahap penguasaan mengenali bentuk angka 2,4,5,7 dan 9?V. Adakah perlaksaan melalui kerja rumah sehari satu nombor dapat melazimkan murid-murid mengenal nombor?

KEPENTINGAN KAJIAN Kajian yang dijalankan ini dapat memberi faedah dan kepentingan bukan sahaja kepada para penyelidik malahan kepada pelbagai pihak lain iaitu guru, sekolah dan terutamanya kepada murid itu sendiri. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kefahaman serta kemahiran mengingat dengan lebih baik murid-murid dalam menulis angka.Selain daripada itu, kajian ini merupakan kajian yang menyentuh aspek kehidupan manusia yang tidak boleh lari dengan penggunaan nombor dalam kehidupan seharian. Disamping itu juga, kajian ini merupakan kajian yang kurang dititikberatkan dan jarang di amik langkah-langkah yang sewajarnya dalam membantu mereka yang mengalami masalah yang sama dalam usia mereka yang masih muda lagi. Penguasan pengenalan nombor perlu dikuasai kerana penggunaan nombor amat penting dalam kehidupan seharian. Kehidupan manusia dengan nombor merupakan kehidupan yang sinonim.Antara manusia dan nombor dalam kegunaan seharian dari segi sosial, keilmuan, ekonomi dan sebagainya. Saya percaya bahawa ketiga-tiga murid ini mempunyai potensi dalam pelajarannya dan mempunyai masa depan yang cerah seperti murid-murid normal yang lain dan dapat menguasai Matematik asas dengan baik.

DEFINISI ISTILAH

NOMBORNomborialah satuentitiabstrak yang mewakili hitungan atauukuran.Simboluntuk nombor dipanggilangka. Dalam penggunaan biasa, angka sering digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod (ISBN). Dalam bidangmatematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan sepertipecahan,nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks.Nombor juga ditakrifkan tanda yang menyatakan bilangan, angka. Ia merupakan asas nombor dari 0 hingga 9 (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)

ANGKANombor-nombor harus dibezakan daripadaangkayang merupakan simbol untuk mewakili nombor. Nombor 'lima' boleh diwakili dengan kedua-dua angka asas sepuluh, iaitu 5, atauangka Roman, V. Notasi-notasi yang digunakan untuk mewakili nombor dibincangkan dalam rencanasistem angkayang berasingkan. Satu perkembangan yang penting dalam sejarah angka ialah perkembangan satu sistem tempat dan serupa dengansistem perpuluhanmoden, dapat mewakili nombor-nombor yang amat besar. Sebaliknya, angka-angka Roman memerlukan simbol-simbol tambahan untuk mewakili nombor-nombor yang lebih besar. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Nombor)

DISLEKSIADisleksia merupakan mereka yang mengalami kesukaran untuk membaca. Hal ini kerana mereka kerana mereka tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Selain daripada itu, murid-murid yang mengalamai disleksia juga menghadapi kesukaran untuk menulis, mengeja dan mengira.

DISKALKULIADiskalkulia merupakan sejenis masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak dapat melakukan operasi yang melibatkan angka dan simbol dalam matematik. Diskalkulia mencirikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam matematik secara amnya dan dalam operasi matematik secara khusunya

SOROTAN KAJIANBahagian ini membincangkan tetang dapatan daripada sumber-sumber tertentu yang dikupas dengan mendalam bagi topik berkaitan untuk menyokong kajian yang telah dijalankan.DISLEKSIAMenurut Rajesvari Ramasamy ,2008 dalam kajiannya Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah ,Pulau Pinang menyatakan secara umumnya disleksia adalah sukar dikenal pasti kerana ramai kanak-kanak normal yang membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak disleksia Namun, adalah amat penting disleksia dikenal pasti seawal mungkin. Ini kerana semakin muda atau awal usia mereka yang mengalami disleksia dikenal pasti dan diberi intervensi, semakin mudah untuk mereka dapat dibantu untuk menguasai sesuatu pembelajaran.

Tinjauan berikutnya adalah melalui kajian yang telah dilaksanakan oleh Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor, 2005 Simpto, Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah. Menurut kajian yang telah dibuat simptom yang telah dikenal pasti adalah melalui simptom mengikut gender dan simpton disleksia mengikut risiko. Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati simptom mengikut gender berdasarkan faktor jantina keputusan ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki adalah sangat berisiko simpton disleksia berbanding pelajar perempuan ia berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan oleh indek pencapaian. Manakala simptom disleksia mengikut risiko pula didapati pelbagai faktor yang perlu diketengahkan mengikut ujian yang telah disedia oleh pengkaji melalui Ujian Awal Pengesanan Disleksia ini merangkumi 10 subujian menguji pelbagai aspek kemahiran, keupayaan dan pengetahuan.Perkaitan antara keperluan subujian juga menyumbang kepada keputusan. Ini dapat dilihat apabila sampel kajian gagal menguasai subujian (Menamakan abjad/Huruf) ianya secara langsung menjejaskan pencapaian dalam subujian (Mengenalpasti Rima/Sebutan Huruf Pertama). Menurut Alfian Mansor (2011), dalam penyelidakkan Tindakannya Teknik smart Cilik Bagi Mengatasi Masalah Struktur Penulisan Murid Simptom Disleksia Visual menyatakan Murid yang mengalami Simptom Disleksia Visual merupakan iaitu masalah menulis dan menyalin semula perkataan yang dilihat atau diingat secara terbalik. Sebagai contoh, sekiranya murid tersebut ingin menulis namanya, iaitu NUR SOFIA, murid tersebut akan menulis dari bahagian kanan dengan menulis huruf A, diikuti huruf I,F,O,S,R,U dan N.

TEKNIK LATIH TUBIMenurut Sheila anak Jamat menyatakan dalam kajiannya Kesan Kaedah Latih Tubi Garis Tiga Dalam Mengurangkan Kesilapan Menulis Huruf kecil k Dan p Dalam Bahasa Melayu Tahun Empat menunjukan keberkesanan dalam mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh murid menggunakan kaedah latih tubi. Hal ini disokong dengan Hukum latihan dalam teori pelaziman Operan Thorndike (1991) yang diterapkan dalam kajian ini bagi membantu murid-murid tersebut.

AKTIVITI PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD (TEPUNG, DOH DAN TALI)Dalam melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran haruslah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepada sukar dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang telah dikesan (Mok Soon Sang, 1986). Di sini dapat ditekankan bahawa setiap kelemahan yang dikenalpasti haruslah cuba diperbaiki dan diatasi mengikut tahap yang betul iaitu daripada konkrit ke abstrak. Menurut Mok Soon Sang (2001), penggunaan bahan bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan . pernyataan ini diperkukuhkan pula dengan pendapat Thomas & Swartout (1963), yang mengatakan bahawa ; hanya bahan bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Sukri Berawi dan Victor Jibson (2006) terhadap murid-murid tahap 1 di sebuah sekolah rendah, mendapati bahawa terdapat peningkatan di antara pengajaran menggunakan bahan maujud dengan pengajaran secara konvensional di dalam kelas iaitu menggunakan papan hitam dan kapur sahaja. Mereka melaksanakan kajian dengan membahagikan sampel kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan eksperimen. Satu rawatan diberikan selama seminggu dan didapati terdapat pemeringkatan berlaku apabila menggunakan bahan maujud. Bahan maujud yang digunakan dalam kajian tersebut adalah cuisenare rod.Pada pendapat saya, aktiviti yang menggunakan bahan maujud seperti tepung, doh dan tali adalah sesuatu kaedah yang baik. Kajian secara am Klein & Starkey (1988), daripada pelbagai budaya dan negara, termasuk mereka yang berpendidikan, tidak berpendidikan, kaya dan miskin menunjukkan persamaan dari segi perkembangan pemikiran informal tentang matematik. Ini termasuk mencampur dua nombor secara informal, sistem menyebut nombor dan membilang angka.

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN TINDAKANREKA BENTUK KAJIANKajian ini mengaplikasikan model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) sebagai asas dalam kajian tindakan ini. Model ini menghuraikan penyelidikan tindakan sebagai proses lingkaran dalam beberapa tahap yang berkaitan. Kajian tindakan juga digunakan untuk memperbaiki keadaan semasa peserta kajian. Terdapat lima peringkat dalam proses penyelidikan tindakan yang diadaptasi oleh Lewin dan Laidlaw, iaitu mengenalpasti aspek amalan, perancangan, tindakan atau implementasi, pengumpulan data, dan refleksi. Masalah yang diuji dalam tahap pertama boleh disambung dan diteruskan ke tahap kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah masalah yang berkaitan selesai. Rajah menunjukkan urutan proses penyelidikan tindakan tersebut. MENGENALPASTI ASPEK AMALAN Mengumpul data untuk mengenalpasti aspek amalan yang ingin ditambah baik.

PERANCANGAN Merancang pelan tindakan.

TINDAKAN / IMPLEMENTASI Melaksanakan pelan tindakan.

PENGUMPULAN DATA Mengumpul data tentang kesan tindakan.

REFLEKSI Menganalisis dan menilai. Membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul.

Merujuk kepada model laidlaw (1992), beliau telah menyediakan lima fasa utama dalam reka bentuk kajiannya. Langkah pertama yang dinyatakan oleh Laidlaw ialah mengenal pasti isu. Pada langkah pertama ini, saya telah mengenal pasti isu melalui pemerhatian yang dijalankan ke atas murid kelas saya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga mengenal pasti sesuatu masalah melalui analisis terhadap hasil kerja atau lembaran kerja yang telah diberikan kepada murid. Pelbagai persoalan ditimbulkan seperti punca masalah, cara mengatasi masalah ini, tindakan-tindakan yang sesuai untuk saya gunakan dalam mengatasi masalah ini dan macam-macam lagi persoalan yang timbul. Kemudian, setelah persoalan-persoalan ini muncul, beberapa langkah perlu diambil untuk menangani masalah/isu ini

Fasa kedua pula, merancang tindakan. Setelah mengenal pasti masalah yang timbul, saya perlulah merancang tindakan yang sewajarnya diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Antara tindakan-tindakan yang dicadangkan oleh saya untuk menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan deduktif. Pendekatan deduktif ini merupakan pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu. Dalam menggunakan pendekatan ini, murid-murid diberi latihan untuk juga nombor nombor 0 sehingga 9 dan latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan-latihan seperti ini diberikan kerana untuk melatih murid-murid ini dengan urutan nombor yang betul, walaupun mereka telah mengetahui urutannya. Murid-murid berkenaan perlu menyebut setiap nombor yang ditulis olehnya sendiri semasa menulis. Latihan-latihan seperti ini dapat meningkatkan daya ingatannya dengan mengingat nombor yang ditulis.Penggunaan bahan maujud yang dapat dipegang, dirasa dan disentuh adalah dengan penggunaan tepung dan doh dapat membuat murid merasai dan menyentuh sekaligus pandangan visual mereka dapat ditngkatkan melalui pengalaman yang mereka lalui melalui aktiviti tepung dan doh nombor.Disamping itu, pengunaan kaedah tracing juga merupakan satu kaedah menulis dengan urutan yang betul. Tracing ialah teknik menyalin bentuk-bentuk nombor mengikut urutan. Walau bagaimanapun, saya menggunakan papan tulis untuk membuat latihan ini. Hal ini sedemikian kerana ia dapat mengelakkan rasa bosan murid dalam p&p. Teknik Latih Tubi Teknik ini digunakan dalam pengajaran secara lisan sebagai latih tubi komunikatif. Saya menyebut perkataan dan meminta murid-murid ini mengulanginya beberapa kali sehingga beliau dapat menguasainya. Sebagai tambahan, pendekataan ini saya tambahkan dengan tulisan iaitu mengulang sebutan saya secara lisan dan memindahkannya kepada tulisan. Hal ini sedemikian kerana tindakan ini akan meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap nombor yang disebutnya. Jadi, murid-murid ini dapat menguasainya dengan lebih baik lagi. Tambahan pula, latihan kerja rumah diberikan untuk latihan dirumah iaitu program sehari satu nombor iaitu guru menulis angka pada setiap buku matematik dan murid-murid harus menyalin semula buku nombor yang ditulis oleh guru. Latihan ini adalah bertujuan untuk melatih murid-murid mengingati bentuk angka tersebut. Program yang dibuat ini digabungkan dengan unsur peneguhan iaitu berbentuk ganjaran hadiah misteri yang menanti kepada murid-murid ini. Hal ini dapat memotivasikan murid-murid dalam membuat latihan kerja rumah ini.Selepas merancang beberapa tindakan yang perlu diambil dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, saya akan melangkah ke fasa yang 3 iaitu perlaksanaan tindakan. Pada langkah ini, saya perlu menjalankan segala perancangan yang telah dirancang dengan teliti. Peserta-peserta kajian akan melakukan aktiviti yang dirancang. Pada fasa perlaksanaan tindakan ini, saya akan jalankan pada semester ini dan semester 8 ketika menjalankan intership disekolah yang sama selama sebulan. Pada fasa ini juga, saya perlu menjalankan pemerhatian dan membuat senarai semak untuk mengumpul dan merekod segala data, maklumat dan perubahan yang berlaku kepada murid-murid ini. Setelah itu, selepas melaksanakan tindakan yang dicadangkan, saya akan menganalisis setiap data dan maklumat yang diperolehi sepanjang menjalankan kajian keatas murid ini. Fasa ini dikenali sebagai fasa yang ke 4 iaitu mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi, Fasa yang terakhir adalah refleksi. Selepas menjalani langkah demi langkah, fasa terakhir adalah saya perlu merefleks sama ada kajian ini berjaya ataupun tidak. Saya juga perlu memastikan objektif kajian saya telah dicapai. Sekiranya perlu, pengkaji boleh meneruskan ke gelung kajian yang kedua pula.

KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 3 orang murid daripada 7 orang murid dalam tahun 2 kelas Harum Cendana Program Pendidikan Khas Integrasi. Murid-murid yang mengalami masalah ini merupakan murid-murid lelaki yang mengalami masalah yang sama.BilNama MuridSampel

1Muhammad Alif Asraff Bin Zulkifle MohammadSampel 1

2Noon Abdul Malik Bin MohmmmadSampel 2

3Aiezad Azamin Bin Abdullah Sampel 3

LATAR BELAKANG SEKOLAHSekolah Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 1940 dengan status sekolah rakyat. Mula memberikan pendidikan secara formal pada tahun 1949 yang telah ditadbir oleh En. Abu Bakar b. Sulaiman,dibantu oleh En. Mat Said b. Idris. Setelah melalui berbagai perpindahan lokasi dan pertukaran barisan pentadbir, SKKB kini mula mengukir senyuman, mencipta pelbagai kejayaan dan kegemilangan. Pada tahun 2002,tampuk pentadbiran SKKB muladiambil alih oleh En. Kamaruddin b. Hj. Ibrahim, seorang pemimpin berwawasan dan berfikiran jauh ke hadapan.

LATAR BELAKANG MURID

Murid-murid yang belajar di Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah ini adalah berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan bermastautin hanya di kawasan kampung di sekitar kawasan ini.Saya dapati bahawa peserta yang terlibat dalam kajian saya ini merupakan murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran iaitu lembam. Umur peserta kajian adalah dalam lingkung 9-11 tahun. Pada pemerhatian saya peserta/sampel kajian saya mempunyai potensi untuk lebih maju di masa hadapan dalam mengikuti kehidupan normal. PERLAKSANAAN TINDAKAN Beberapa tindakan yang dirancang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memberi bimbingan terhadap murid-murid yang telah dipilih. Berikut merupakan pendekatan dan teknik yang akan digunakan dalam perancangan dan perlaksanaan tindakan saya untuk membantu murid-murid dalam menulis angka dengan betul.

TINDAKAN 1: PENDEKATAN DEDUKTIF

Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan kemudian menganalisis hukum atau peraturan-peraturan melalui contoh-contoh seterusnya untuk mengaplikasikan peraturan yang diberi. Dalam menggunakan pendekatan ini, Ketiga-tiga murid ini diberi latihan menulis angka disamping penggunaan bahan bantu mengajar iaitu nombor gergasi yang dibuat melalui polistrin dan juga penggunaan perisian power point digunakan untuk membantu murid mengenal nombor dengan lebih baik secara berulang-ulang kali. Penggunaan nombor gergasi(polistrin nombor) dan perisian power point nombor digunakan kerana bahan bantu mengajar tersebut dapat menarik minat murid melalui saiz nombor dan juga penggunaan warna pada nombor. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Faraha Latifah Binti Mohd (2006) dalam kajiannya warna: Kecenderungan Pemilihan Warna Oleh Kanak-Kanak merupakan salah satu faktor memberi rangsangan kognitif penting dalam proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Pemilihan warna amat penting di mana warna yang digunakan boleh mempengaruhi minda dan pemahaman murid. Aplikasi warna dalam kajian turut memberi kesan kepada peningkatan murid dalam kemahiran mengecam nombor dan sekaligus dapat menulis nombor dalam angka dengan betul. Sebagai seorang guru, pengetahuan asas mengenai warna penting bagi membantu untuk menonjolkan mesej yang hendak disampaikan kepada anak didiknya (Noriati, et al., 2009)Latihan-latihan seperti ini diberikan kerana untuk melatih ketiga-tiga murid dengan urutan nombor yang betul, walaupun beliau telah mengetahui urutannya. Murid-murid ini perlu menyebut setiap nombor yang ditulis olehnya sendiri semasa menulis.

TINDAKAN 2: AKTIVITI TEPUNG, DOH DAN TALI

Dengan kaedah menggunakan bahan maujud iatu tepung, doh dan tali dalam melakukan aktiviti mengenal angka, ianya lebih jelas dan dapat dirasai sendiri oleh murid-murid. Pembelajaran sebeginilah akan membuatkan mereka lebih mudah faham dan lebih berminat untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Dengan adanya bantuan bahan maujud yang digunakan ini juga dapat membantu guru mempercepatkan pelajar menguasai kemahiran dalam sesuatu topik serta dapat objektif dapat dicapai dengan mudah.Penggunaan bahan maujud dalam tindakan ke-dua saya ini merupakan salah satu teknik dan kaedah bagi murid-murid ini dapat merasai sendiri melalui pengalaman sendiri dengan menulis nombor di atas permukaan tepung menggunakan jari dan membuat bentuk angka melalui penggunaan doh dan tali di atas doh tersebut. Melalui aktiviti ini murid-murid akan dapat mengingkatkan daya tumpuan dan memori mereka melalui pengalaman yang mereka lalui Teori Konstruktivisme yang juga menyatakan bahawa bahan maujud merupakan bahan atau benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. Ini dapat dilihat, jika murid-murid berminat dengan sesi p&p yang dijalankan oleh guru, maka sedikit sebanyak akan ada input yang diperolehi oleh murid sepanjang sesi p&p tersebut .

TINDAKAN 3: TRACING

Teknik ini digunakan untuk membantu murid-murid ini menulis dengan urutan yang betul. Tracing ialah teknik menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Walau bagaimanapun, saya akan menggunakan papan tulis untuk membuat latihan ini. Hal ini sedemikian kerana ia dapat mengelakkan rasa bosan murid dalam p&p dan pengalaman saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung murid-murid amat suka diberikan pen marker dan diminta untuk menulis dihadapan. Pada pendapat dan pandangan saya semakin seronok murid belajar semakin cepat mereka memahami pembelajaran mereka.

TINDAKAN 4: TEKNIK LATIH TUBI

Teknik ini digunakan dalam pengajaran secara lisan sebagai latih tubi komunikatif. Saya menyebut perkataan dan meminta murid-murid berkenaan mengulanginya beberapa kali sehingga beliau dapat menguasainya. Pendekataan ini saya tambahkan dengan tulisan iaitu mengulang sebutan saya secara lisan dan memindahkannya kepada tulisan. Hal ini sedemikian kerana tindakan ini akan meningkatkan daya ingatan Murid-murid terhadap nombor yang disebutnya. Jadi, murid-murid dapat menguasainya nombor dengan lebih baik lagi. Latihan ini telah membolehkan beliau tidak lagi menulis angka 2,4,5,7 dan 9 terbalik. Sheila anak Jamat, 2012 melalui kajiannya Kesan Kaedah Latih Tubi Garis Tiga Dalam mengurangkan Kesilapan menulis Huruf Kecil k Dan p Dalam Bahasa Melayu Murid Tahun Empat menyatakan kaedah latih tubi dapat mengurangkan kesalahan yang berlaku melalui latih tubi yang dilaksanakan menggunakan buku garis tiga sebagai bahan bantu mengajar.

TINDAKAN 5: LATIHAN KERJA RUMAH, (PROGRAM SEHARI SATU NOMBOR)

Tambahan pula, latihan kerja rumah diberikan untuk dibuat dirumah iaitu program sehari satu nombor. Dalam tindakkan ini guru menulis angka pada setiap hari di dalam buku matematik (buku petak) dan murid-murid harus menyalin semula buku nombor yang ditulis oleh guru. Pada keesokkan harinya, guru perlu meyemak latihan yang diberikan untuk memastikan murid menjalan amalan kendiri mereka di rumah. Latihan ini juga bertujuan untuk melatih murid-murid mengingati bentuk angka tersebut pada setiap masa. Melalui pengalaman saya berpratikum di sekolah ini, tiada latihan dirumah diberikan kepada murid. Langkah yang diambil ini adalah membantu pelajar mengingati nombor . Program yang dibuat ini digabungkan dengan unsur peneguhan iaitu berbentuk ganjaran hadiah misteri yang menanti kepada murid-murid yang berjaya menyiapkah tugasana yang diberikan. Hal ini dapat memotivasikan murid-murid dalam membuat latihan kerja rumah ini.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Untuk tujuan tersebut, 3 teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan saya gunakan iaitu:

INSTRUMEN

TEMU BUAL

Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam pengumpulan data. Temu bual melibatkan perbualan antara saya dengan guru setiap matapelajaran yang mengajar peserta kajian untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam kajian ini, saya adalah guru dan juga penyelidik. Saya menemu bual peserta kajian tentang pengalaman berada di kelas tersebut dan layanan rakan sekelas terhadap beliau. Selain itu saya juga menemubual penjaga, dan rakan sekelas yang lain.

UJIAN DIAGNOSTIKKepentingan utama penilaian diagnostik adalah membantu pembelajaran murid melalui kebijaksanaan guru mengenalpasti kelemahan, halangan dan punca kesalahan murid. Ini kerana, menurut Ronis (1999) penilaian melalui pemerhatian dan bertulis mampu membantu guru mengenalpasti tahap pencapaian murid. Berdasarkan pengalaman lalu, saya telah melaksanakan ujian diagnostik yang merangkumi beberapa topik dalam murid-murid Pendidikan Khas bagi mengenalpasti salah anggapan, kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan punca murid lemah Matematik. Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati murid saya mengalami masalah dalam enulis nombor dalam angka dengan betul. Walaupun sebelum ini saya beranggapan murid yang menulis nombor terbalik hanya perkara biasa namun lama kelamaan ia telah menjadi isu yang perlu dikaji dan dibantu untuk membetulkan kefahaman murid.

UJIAN PRABagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci dalam menjalankan sesuatu kajian, saya menjalankan ujian pra untuk mengenalpasti tahap keupayaan murid-murid dan mengetahui sejauh mana tahap kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Murid diberi ujian pra dan hasil daripada ujian yang telah mereka lakukan telah saya analisis. Ujian tersebut dilakukan secara bertulis dan mereka dikehendaki menulis angka dalam lingkungan 0-10 di dalam ruangan yang disediakan

LEMBARAN KERJASetiap kali selepas memberikan rawatan, saya akan memberikan lembaran kerja sebagai latihan di dalam kelas untuk mengenalpasti sejauh mana tahap kefahaman peserta kajian dalam menguasai apa yang telah diajar. Ia juga bertujuan untuk mengenalpsti sejauh mana tahap keberkesanan kaedah rawatan yang diberi sesuai dengan peserta kajian. Setiap lembaran kerja mengandungi 10 soalan menulis nombor. Aras untuk soalan lembaran kerja ini masih di tahap yang sama iaitu dalam lingkungan 0-10. Lembaran kerja yang diberi akan dikutip semula dan dianalisis untuk mendapatkan dapatan skor.UJIAN POSUjian pos dijalankan setelah keseluruhan aktiviti dan rawatan dijalankan. Ujian pos ini dijalankan bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap keberkesanan kaedah yang dipilih. Ujian pos mengandungi 10 soalan operasi tambah dalam bentuk ayat Matematik masih dalam lingkungan 10. Hasil daripada ujian pos yang dijalankan, saya dapati skor markah yang diperolehi oleh peserta kajian meningkat berbanding ujian pra dan latihan-latihan yang diberikan sebelumnya. 28

JADUAL PERLAKSANAANBIL.AKTIVITITARIKH PELAKSANAAN

1.Mendapatkan maklumat dan menyemak dokumen murid.27 Jan 2014

2.Tembual dengan guru Pendidikan Khas dan ibu bapa murid Pendidikan Khas.28 Jan 2014

3.Melaksanakan ujian pra kepada semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi Harum Cendana .11 Feb 2014

4.Merancang dan menghasilkan bahan bantu mengajar untuk kajian .13 Feb 2014

5.Berbincang dengan penyelaras Pendidikan Khas.14 Feb 2014

6.Aktiviti 1 : Pendekatan DeduktifMinggu Pertama Bulan Ogos

7.Aktiviti 2 : Tepung, Doh dan TaliMinggu Pertama Bulan Ogos

8.Aktiviti 3 : Teknik TracingMinggu kedua Bulan Ogos

9.Berbincang dengan Penyelaras dan guru pembimbing mengenai masalah yang timbul semasa menjalankan p&p.

10.Aktiviti 4 : Teknik Latih TubiMinggu ke-2 Bulan Ogos

11.Aktiviti 5: Latihan kerja Rumah (Program Sehari Satu Nombor)31 Mac 2014

12. Melaksanakan ujian pos.

13. Menulis laporan kajian.

KOS KAJIANBIL.JENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1.Kertas A41 x RM 8.50RM 8.50

2.Cartridge1 x RM 55.00RM 55.00

3.polystrin2 x RM 6.00RM 12.00

4.Kertas warna 3 x RM 3.00RM 9.00

5.Fotostat RM 13.00

6.Tepung 2 x Rm 1.80RM 3.60

7Tali1 x Rm 3.00Rm 3.00

9Buku petak3 x Rm 1.00Rm 3.00

10Buku Catatan1 x RM 5.00RM 5.00

JUMLAHRM 112.10

RUMUSAN

Kesimpulannya, hasil cadangan kajian tindakan yang akan dilaksanakan mengenai kemahiran menulis angka dengan betul ini merupakan satu perkara dan pengalaman baru baru saya sebagai seorang guru pelatih yang sedang menjalani pratikum. Namun begitu, saya menyahut cabaran baharu ini dengan cuba melakukan kajian tindakan bagi memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran saya dengan sebaik mungkin.Kajian tindakan ini dilakukan mengikut kitaran Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Saya telah merancang 5 tindakan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh sampel. Antara tindakan yang dirancang adalah menggunakan Pendekatan Deduktif, teknik tepung, doh dan tali, Teknik Tracing, Teknik Latih Tubi dan Latihan kerja Rumah (Program Sehari Satu Nombor). Pelaksanaan penyelidikan Tindakkan yang lancar dapat dilaksanakan sekiranya punca masalah dan kelemahan-kelemahan yang ada dapat diatasi. Walaubagaimanapun, beberapa penambahan amalan masih lagi boleh dilaksanakan bagi memantapkan lagi kajian. Tindakan-tindakan yang dirancang adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menulis angka dengan mengurangkan atau menghapus masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini.Saya berharap agar kertas cadangan yang saya kemukan ini menepati kehendak dan ciri-ciri penyelidikan yang ingin dilaksanakan. Saya berharap agar kelima-lima tindakan yang saya cadangkan ini diterima dan boleh dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, saya berharap agar kajian tindakan yang akan dilaksanakan ini dapat membantu sampel. Guru-guru juga diharapkan dapat mengaplikasikan tindakan-tindakan yang dirancang ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semoga kajian tindakan yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan juga seperti yang dirancang serta mendapat memberi manfaat kepada semua. Insyallah.

BIBLIOGRAFI

Mohd Zuri Ghani,Aznan Che Ahmad(2011). Pengantar Pendidikan Khas Pulau Pinang. MPH Distributor Sdn Bhd.Mohd Zuri Ghani,Aznan Che Ahmad(2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas MPH.Distributor Sdn Bhd.Cecil D Mercer, Ann R. Mercer, Paige C. Pullen(2011) Teaching Student With Learning Problem. Pearson.Rajesvari a/p Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Dimuat turun daripada