kesan interaksi tamadun islam dari aspek fesyen pakaian di kalangan masyarakat malaysia

Upload: irni-widahyu

Post on 10-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Kesan Interaksi Tamadun Islam Dari Aspek Fesyen Pakaian Di Kalangan Masyarakat Malaysia

    1/5

    KESAN INTERAKSI TAMADUN ISLAM DARI ASPEK FESYEN PAKAIAN DI

    KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA.

    Fesyen pakaian menurut Tamadun Islam tidak menetapkan bentuk dan warnapakaian untuk dipakai baik ketika beribadat atau luar ibadat. Islam hanya menetapkan

    bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai denga akhlak

    seorang Muslim. Namun, Tamadun Islam memainkan peranan yang penting dalam cara

    pemakaian masyarakat Islam masa kini serta masyarakat bukan Islam. Proses interaksi

    antara tamadun atau peradaban merupakan suatu proses yang lumrah dalam mana-

    mana tamadun di dunia ini.

    Gamis merupakan pakaian masyarakat Arab turun-temurun sejak dari zamanRasulullah S.A.W lagi. Pakaian ini digunakan sejak zaman dahulu sebagai pakaian

    rasmi kerajaan dan rakyat semasa itu. Warna putih dan hitam menjadi pilihan utama

    dalam memakai pakaian seperti ini. Warna putih menjadi pilihan kerana ia

    melambangkan kebersihan dan kesucian. Namun, warna hitam juga digunakan sebagai

    warna pakaian oleh masyarakat pada zaman itu. Secara tidak langsung, warna hitam ini

    sebagai pencetus penggunaan warna dalam pakaian Islam sehingga kini. Masyarakat

    Arab juga memakai guthra sebagai penutup kepala. Namun, pemakaian serban juga

    ada digunakan sehinggalah pada masa kini. Walaupun cara pemakaian masyarakat

    dulu dan kini agak berbeza, namun unsur pemakaian tersebut tetap ada dan diguna

    pakai sehingga ke hari ini. Begitulah hebatnya pemakaian dan fesyen tamadun islam.

    Pengaruhnya dapat dilihat sehingga kini. Walau apa-apa pun jenis fesyen yang

    diketengahkan dalam tamadun islam, ia semestinya mengikut hukum syarak iaitu

    menutup aurat.

    Selain lelaki, wanita juga mempunyai fesyen dalam berpakaian. Islam tidak

    pernah melarang pengikutnya berfesyen. Pada zaman dahulu, kebanyakan fesyen

    pakaian wanita tidak berlandaskan syarak. Contoh, mereka memakai pakaian yang

    ketat seperti kebaya dan hanya menutup kepala dengan selendang. Tetapi lama-

    kelamaan fesyen pakaian berubah. Kebanyakan wanita pada masa kini berpakaian

    dengan berlandaskan syarak iaitu menutup aurat. Contoh fesyen pakaian ialah baju

  • 7/22/2019 Kesan Interaksi Tamadun Islam Dari Aspek Fesyen Pakaian Di Kalangan Masyarakat Malaysia

    2/5

    kurung, jubah, dan baju kurung Pahang. Namun begitu, fesyen kebaya turut ada

    sehingga kini. Bukan sahaja masyarakat Islam tetapi masyarakat lain seperti Cina dan

    India turut memakai baju kurung dan kebaya. Wanita masa kini juga kebanyakannya

    mengenakan tudung yang pelbagai fesyen. Fesyen tudung di Malaysia juga banyak

    dipengaruhi oleh negara luar seperti fesyen tudung Ariyani iaitu pengaruh dari

    Indonesia. Namun, terdapat juga wanita yang ingin berfesyen tetapi tidak mengikut

    syarak seperti memakai pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh badan. Ini

    amatlah bertentangan dengan adab berpakaian dan berfesyen yang ditetapkan oleh

    Islam. Berdasarkan gambar yang dilampirkan, menunjukkan cara pemakaian tudung

    yang betul iaitu tudung yang dipakai hendaklah menutup dada dan tidak jarang. Selain

    daripada tudung, baju yang dipakai hendaklah longgar dan labuh supaya tidak

    menampakkan bentuk tubuh dan menutup kawasan yang sepatutnya. Ini bagi

    mengelakkan fitnah daripada orang yang melihatnya.

  • 7/22/2019 Kesan Interaksi Tamadun Islam Dari Aspek Fesyen Pakaian Di Kalangan Masyarakat Malaysia

    3/5

    KESAN INTERAKSI TAMADUN ISLAM DARI ASPEK SENIBINA DI KALANGAN

    MASYARAKAT MALAYSIA.

    Interkasi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri

    daripada tiga dominan yang berasal daripada kelompok Tamadun Asia. Peribumi

    Melayu mewakili Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah

    Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari benua kecil India.

    Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti member pelbagai kesan dalam

    hidup bermasyarakat. Suatu karya seni dapat dikategorikan sebagai seni Islam bukan

    hanya kerana diciptakan oleh seorang Muslim tetapi berlandaskan oleh wahyu Ilahi.

    Sejarah perkembangan seni bina Islam di Malaysia bermula setelah kedatangan para

    pendakwah Islam seawall abad ke-12 Masihi. Hasil peninggalan mereka bukan sahaja

    menjadi bukti sejarah, malahan telah mempengaruhi kesenian dan kebudayaan

    masyarakat tempatan termasuklah dalam aspek seni bina dan kesannya yang boleh

    dilihat di seluruh negara hari ini.

    Maksud hadis yang mengatakan Allah S.W.T itu indah dan suka kepada

    keindahan menjadi titik tolak seni Islam. Seni dalam Tamadun Islam telah melahirkan

    banyak seni bina indah seperti masjid sehingga menjadi mercu kegemilangan Tamadun

    Islam hingga ke hari ini.

    Seni bina masjid terawal adalah mempunyai ciri seni bina rumah Melayu

    tradisional. Dari semasa ke semasa binaan yang didirikan diperbaharui, diubah suai

    dan disisipkan dengan unsur kesenian daripada pelbagai bangsa di dunia. Hampir

    semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai masjid ditinggikan dari

    paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir.

    Hasil interaksi antara tamadun melayu dan tamadun cina di Malaysia pada

    zaman awal amat ketara dari aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam

    pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid

    yang menyerupai seni bina Pagoda. Contohnya pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid

    Tengkera di Melaka. Demikian juga Masjid Kg. laut di Kelantan, Masjid Demak di Jawa

    Timur, dan beberapa tempat lain di rantau ini. Malah identiti reka bentuk masjid pada

  • 7/22/2019 Kesan Interaksi Tamadun Islam Dari Aspek Fesyen Pakaian Di Kalangan Masyarakat Malaysia

    4/5

    zaman sebelum Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari

    bangunan Pagoda . Reka bentuk bumbung masjid dihasilkan secara bertingkat.

    Sekurang-kurangnya terdapat tiga tingkat bumbung masjid. Selain itu, istana turut

    mempamerkan ciri yang berunsurkan seni bina Islam iaitu yang paling ketara ialah

    kubah dan menara. Seni bina istana di Malaysia pada zaman awal kedatangan Islam

    kebanyakannya berkonsep tradisional dan mirip seni bina di Sumatera. Unsur seni bina

    Islam pada istana ialah kubah, menara, binaan menghadap kiblat serta hiasan pada

    istana. Contohnya Istana Balai Besar Kedah. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan

    Muhammad Jiwa (1710-1778M). Istana Alam Shah di Selangor juga mempunyai unsure

    seni bina Islam iaitu menara dan 3 buah kubah yang merupakan lambang pengaruh

    Islam dari India dan Parsi. Kemudian istana ini telah diubahsuai kepada binaan yang

    lebih moden iaitu terdapat sebuah menara berkubah emas yang masih kekal hingga ke

    hari ini. Binaan istana yang terawal yang terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia lebih

    mengaplikasikan konsep tradisional berbumbungkan bentuk minangkabau dari

    Sumatera. Hal ini berbeza dengan bangunan moden masa kini yang banyak

    menonjolkan bangunan berkonsepkan seni bina Islam.

  • 7/22/2019 Kesan Interaksi Tamadun Islam Dari Aspek Fesyen Pakaian Di Kalangan Masyarakat Malaysia

    5/5

    KESIMPULAN.

    Persoalan mengenai fesyen dan senibina Islam adalah berlegar disekitar

    hubungan alam dengan manusia serta hubungan manusia dengan pencipta yang

    agung iaitu Allah S.W.T. Hakikatnya, senibina Islam ini sebenarnya tidak wujud di awal

    kelahiran Islam. Namun ia menjadi satu aspek kesenian Islam disebabkan ciri- ciri yang

    terdapat pada senibina tersebut yang bermotifkan nilai Tauhid dan melambangkan imej

    kerohanian Islam serta menjadi pemangkin perkembangan kesenian Islam yang lain

    seperti seni khat, seni suara (taranum) dan sebagainya. Fesyen dan senibina

    berunsurkan Islam ini berkembang seiring dengan perkembangan tamadun. Di samping

    itu, penerapan nilai kebudayaan masyarakat Muslim dari Tanah Arab, benua China,

    mahupun India serta Sumatera turut diterjemahkan melalui fesyen pakaian dan

    senibina. Ia kemudiannya menjadi ikon kepada kebanyakan fesyen dan senibina di

    Malaysia pada masa kini.