kk induk permainan tradisional

Upload: salfarina-darman

Post on 09-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHRU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) AMBILAN FEBRUARI 2012IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN_______________________________________________________________________

KERTAS KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014 Permainan Tradisional Warisan BudayaTEMPAT : INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM , JOHOR BAHRUTARIKH :27 SEPTEMBER 2014ANJURAN :PPG BM 2 AMBILAN FEBUARI 2012 ( SEMESTER 6 )

DENGAN KERJASAMA :JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMKERTAS KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALANJURAN PPG BAHASA MELAYU (2) AMBILAN FEBUARI 2012INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

1.0 PENDAHULUANMasyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Justeru, banyak permainan tradisional yang telah diperkenalkan oleh masyarakat terdahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi seterusnya sehingga sekarang. Permainan Tradisional turut dikenali sebagai permainan rakyat. Sebilangan besar permainan tradisional masih lagi dimainkan sehingga kini. Antara permainan tradisional masyarakat Melayu yang masih lagi dimainkan sehingga sekarang adalah seperti gasing, congkak, , wau, batu seremban, dan lain-lain.Pengurusan Karnival Permainan Tradisional ini merupakan sebahagian daripada kursus PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Selain daripada melatih para guru pelatih dalam bidang pengurusan sukan, karnival ini juga dapat memberi pengalaman dan juga panduan kepada setiap guru pelatih mengenai bidang pengurusan sukan, agar dapat menjadi panduan pada masa-masa akan datang terutamanya ketika berada di sekolah kelak. Selain itu, karnival ini turut bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengenalan kepada murid-murid mengenai permainan tradisional yang menjadi kebanggaan negara kita. Sekaligus, dapat mengangkat budaya permainan tradisional agar tidak lapuk ditelan zaman.

2.0 RASIONAL2.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Pensiswazahan Guru Semester 6, Ambilan Febuari 2012. 2.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. 2.3 Nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.2.4 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

3.0 MATLAMAT PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALAntara matlamat utama penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini adalah seperti yang berikut:3.1 Meningkatkan kemahiran sosial antara guru- guru pelatih.3.2 Meningkatkan semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling tolong menolong dalam kalangan guru pelatih.3.3 Mendedahkan pengalaman baharu kepada guru-guru pelatih mengenai ilmu pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan.3.4 Menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan guru pelatih.3.5 Melahirkan individu yang sedia menghadapi cabaran.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALAntara objektif penganjuran Karnival Permainan Tradisional adalah seperti yang berikut:4.1 Guru pelatih dapat mengelola dan mengurus sesebuah pertandingan dengan baik dan sistematik.4.2 Guru pelatih dapat mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari melalui kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan dengan menganjurkan Karnival Permainan Tradisional.4.3 Meningkatkan hubungan interpersonal antara guru pelatih dengan pihak-pihak tertentu yang terlibat semasa pengelolaan Karnival Permainan Tradisional. 4.4 Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni dalam diri guru- guru pelatih.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL5.1 Nama Program: Karnival Permainan Tradisional 5.2 Tema Program: Permainan Tradisional Warisan Budaya5.3 Tarikh: 27 September 2014 ( Sabtu )5.4 Masa: 7.00 am 12.00 am55 Tempat: Padang IPGKTI5.6 Jumlah Peserta: 18 orang5.7 Kumpulan Sasaran: Guru Pelatih PPG BM25.8 Pensyarah Terlibat: - Pn Rashidah bt Shuib - Tn Syed Muhd Kamal bin S.A. Bakar - Pn Nik Suzana bt Nik Mat

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL6.1 Ahli Jawatankuasa Induk Karnival Permainan Tradisional

PENAUNGTuan Haji Mohd. Said bin HasranPengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru

PENASIHATEncik Abdul Razak bin Mohd. IlhamKetua Unit Penilaian & PeperiksaanPENGERUSIPuan Rashidah Bte SuibKetua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan , IPGKTI

NAIB PENGERUSITuan Haji Syed Muhd. Kamal Bin Syed Abu BakarPenyelaras Kursus Jabatan PJK , IPGKTI

PENYELARAS 1Encik Kamaludin Bin MokriPenyelaras Ujian Amali Pendidikan Jasmani IPG Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru

PENYELARAS 2Pn. Shaireena Bte JaafarPenyelaras Ujian Amali Pendidikan Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru

PANEL PENILAIPn. Nik Suzana Bte Nik MatTuan Haji Norizan Bin ZainalEncik Poniran Bin SalamonEncik Sallehudin Bin Ibrahim

6.2 Ahli Jawatankuasa Kerja Karnival Permainan TradisionalPENASIHATPn Nik Suzana bt Nik Mat

PENGERUSI Siti Zaleha bt Hj Mohd Yusof

NAIB PENGERUSI Haslah bt Samin@Mohd Amin

SETIAUSAHA Salfarina bt DarmanBENDAHARI Nurul Saazan bt Mohd Zaid

JAWATANKUASA KERJA :

TEKNIK DAN PERTANDINGANZuhaini bt. Mohd. Noh ( K )Rosnida bt. Abd. Razak

HADIAH DAN CENDERAMATA Suzilawati bt Hasmunih ( K )Norsiwana bt Paijan

PERALATAN Rahmawati bt. Waris ( K )Siti Hapsah bt Sulaiman

JAMUAN (JEMPUTAN, PESERTA DAN PEGAWAI)Noor Malinja bt Wan Chik ( K )Siti Zaleha bt Mohd. Yusof

SIARAYAMusliyati bt Alias ( K )Paridah bt Abd. Rahman

KAWALAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHANAsmah bt Md. Yusof ( K )Salina bt Mohd. Salleh

PUBLISITI & DOKUMENTASI Safiah bt. Othman ( K )Haslah bt Samin @ Mohd. Amin

URUSETIANorliza bt Ahmad ( K )Salfarina bt Darman

PENGADIL DAN KEHAKIMANSalina bt Mohd. Salleh ( K )Suzilawati bt Hasmunih

PERSEDIAAN TEMPATSalfarina bt Darman ( K )Siti Hapsah bt Sulaiman

BUKU PROGRAMNorsiwana bt Paijan ( K )Zuhaini bt Mohd. Noh

PERASMIAN DAN PENUTUPANWan Rusidah bt Wan Mohamad ( K )Paridah bt Abd. Rahman

JURUACARANurul Saazan bt Mohd Zaid

6.3 Senarai Bidang Tugas Jawatankuasa ( Lampiran 1 )

7.0 TENTATIF PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN PPG BAHASA MELAYU (2) AMBILAN FEBUARI 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

7.45 am- 8.00 amPendaftaran peserta

8.00 am- 9.00 amSenaman pagiTaklimat ringkas oleh urus setia

9.00 am 11.00 amPermainan Tradisional Stesen 1 - Galah PanjangStesen 2 - Gelanggang dan GunduStesen 3 - Konda KondiStesen 4 Tating LawiStesen 5 Batu SerembanStesen 6 - Congkak

11.00 am 12.00 pmMajlis Penutupan Nyanyian lagu Negaraku Ucapan pengerusi Karnival Permainan Tradisional Ucapan Pensyarah Penasihat Ucapan Perasmian Penutupan Karnival Permainan Tradisional oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGKTI Penyampaian hadiah dan cenderamata Jamuan Bersurai

8.0 PERANCANGAN PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL8.1 Senarai Permainan dan AJK Pengelola PermainanSTESEN 1NAMA PERMAINANAJK PENGELOLA PERMAINAN

1Galah Panjang1. Pn Asmah bt Md Yusof2. Pn Wan Noor Malinja bt Wan Chik3. Pn Haslah bt Samin@Mohd Amin

2Gelanggang dan Gundu

1. Pn Norsiwana bt Paijan2. Pn Siti Hapsah bt Sulaiman3. Pn Siti Zaleha bt Hj Mohd Yusof

3Konda Kondi

1. Pn Musliaty bt Alias2. Pn Suzilawati bt Hasmunih3. Pn Wan Rusidah bt Wan Mohamad

4Tating Lawi1. Pn Safiah bt Osman2. Pn Salina bt Salleh3. Pn Rahmawati bt Waris

5Batu Seremban

1. Pn Salfarina bt Darman2. Pn Norliza bt Ahmad3. Pn Paridah bt Abd Rahman

6Congkak

1. Pn Zuhaini bt Md Noh2. Pn Nurul Saazan bt Mohd Zaid3. Pn Rosnida bt Abdul Razak

7.0 8.0 8.1 8.2 Cara Permainan dan Peraturan Permainan ( Lampiran 2 )- Berdasarkan kertas kerja kumpulan masing- masing8.3 Jadual Pertandingan ( Lampiran 3 )8.4 Sistem Pertandingan- Pertandingan ini menggunakan sistem kalah mati.8.5 Peraturan Pertandingan Peserta hendaklah mendaftar di meja urusetia sebelum permainan dijalankan. Peserta perlu memakai pakaian sukan yang sesuai dan sopan. Sebarang pelanggaran undang-undang setiap permainan akan menyebabkan pembatalan penyertaan peserta daripada bertanding. Keputusan pengadil adalah muktamad.

8.6 Borang Pendaftaran dan Pemarkahan Pertandingan ( Lampiran 4 )

8.7 Peralatan ( Lampiran 5 )

9.0 Anggaran PerbelanjaanBilPerkaraHargaSeunit (RM)Kuantiti(Unit)Jumlah(RM)Catatan

Makanan

1.1 Sarapan Pagi Air Kotak Kuih Muih ( 2 Biji)

1.2 Makan Tengah Hari Nasi Ayam Air Mineral

1.200.50

5.001.00

20 x 1.2020 x 0.50

20 x 5.0020 x 1.00

24.0010.00

100.0020.00*Kutipan daripada penganjur

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK MAKANAN DAN MINUMANRM 154.00

Bahan/ Peralatan

Senarai Keperluan/ Peralatan mengikut Setiap AJK:

1. AJK Hadiah Cenderahati Hadiah Pembalut hadiah

2. AJK Publisiti Banner

30.0010.001.00

70.00

1 x 30.0020 x10.0020 x 1.00

1 x 70.00

30.00200.0020.00

70.00

*Kutipan daripada setiap penganjur

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK PERALATANRM 320.00

ANGGARAN KESELURUHAN PERBELANJAAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014 ANJURAN PPG BM2 Jumlah perbelanjaan Makanan dan minuman + Jumlah Perbelanjaan Keperluan/ Peralatan = RM 154.00 + RM 320.00 = RM 474.00

ANGGARAN KASAR BAKI PERBELANJAAN = (Jumlah Kutipan Yuran) Jumlah Perbelanjaan =( 18 orang x RM 50.00 ) RM 474.00 =RM 900 RM 474.00 = RM 426.00

10.0 PENUTUPKesimpulannya, Karnival Permainan Tradisional ini adalah sebahagian daripada tugasan untuk kursus PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Program ini merupakan sebahagian latihan dan juga persediaan kepada setiap guru pelatih dalam menguruskan aktiviti-aktiviti sukan. Selain itu, karnival ini juga dapat memantapkan pengetahuan dan memberi pengalaman baharu kepada setiap guru. Diharapkan agar perancangan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan kesungguhan yang tinggi daripada setiap pihak adalah amat diperlukan demi untuk mendapatkan hasil yang membanggakan.

Disediakan oleh,

__________________________(SALFARINA BT DARMAN )Setiausaha Karnival PermainanTradisional Tahun 2014,Anjuran PPG BM2 Ambilan Febuari 2012,IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru.

Disahkan oleh,

_______________(PN NIK SUZANA BT NIK MAT )Pensyarah Pembimbing,Karnival Permainan Tradisional,Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan,IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru.

Disemak oleh,

__________________(PN SITI ZALEHA BT MOHD YUSOF)Pengerusi,Karnival Permainan Tradisional,Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan,IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru.

Diluluskan oleh,

________________(PN RASHIDAH BT MUHD SHUIB)Ketua Jabatan,Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan,IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru.

LAMPIRAN 1SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

BILJAWATANKUASABIDANG TUGAS

SEBELUMSEMASASELEPAS

1.Pengerusi Mempengerusikan mensyuarat jawatankuasa Induk dan mesyuarat perancangan Karnival Permainan Tradisional. Melantik jawatankuasa kerja Karnival Permainan Tradisional. Mengetuai setiap mesyuarat yang dijalankan. Memastikan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas mereka sebelum hari Karnival Permainan Tradisional.

Memastikan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas dengan baik. Memastikan tiada sebarang permasalahan berlaku. Membuat laporan akhir mengenai Karnival Permainan tradisional yang telah dijalankan. Mengetuai Post-mortem. Refleksi.

2.Naib pengerusi Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat perancangan Karnival Permainan Tradisional. Melantik jawatankuasa kerja Karnival Permainan Tradisional. Memastikan setiap ahli jawatankuasa menjalankan tugas dengan baik. memastikan tiada sebarang permasalahan berlaku. Membuat laporan akhir mengenai Karnival Permainan tradisional yang telah dijalankan. Mengetuai Post-mortem. Refleksi

3Setiausaha Menyediakan kertas kerja Karnival Permainan Tradisional. Mengurus urusan surat-menyurat dan perhubungan dengan agensi dan sekolah yang terlibat. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat yang dijalankan. Mengeluarkan memo mesyuarat sebagai makluman mengenai mesyuarat yang bakal diadakan. Memastikan setiap ahli jawatankuasa bertanggungjawab dari segi pendokumentasian Jawatankuasa masing-masing. Menyenaraikan agenda penting yang perlu dibincangkan di dalam mesyuarat sebagai panduan.

Sentiasa peka akan setiap acara yang dijalankan pada hari Karnival. Memastikan setiap acara dijalankan mengikut perancangan. Membuat laporan keseluruhan Karnival Permainan Tradisional. Laporan akhir mengenai tugas sebagai setiausaha. Refleksi.

4Bendahari Menyediakan anggaran perbelanjaan barangan yang diperlukan.

Menyediakan laporan kewangan tentang perbelanjaan yang telah dibuat. Refleksi

5AJK Teknik dan Pertandingan Menempah / meminjam kawasan untuk melaksanakan program Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan permainan yang sesuai untuk digunakan. Menyediakan alat-alat sukan, alat-alat untuk hakim dan lain-lain pegawai sukan. Menyediakan pembantu-pembantu yang cukup dan menentukan tugas serta mengawal displin mereka. Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan mempastikan ianya berjalan secara lancar. Menjemput dan mengatur jadual bertugas untuk pegawai-pegawai sukan dan mengadakan taklimat untuk mereka. Menguruskan secret-borang penyertaan dan lain-lain secret untuk pegawai. Menguruskan secretariat dan menyediakan juruacara pertandingan.

Membuat laporan akhir. Refleksi.

6AJK cenderahati & hadiah Menyenaraikan bajet yang digunakan untuk penyediaan hadiah. Menyediakan hadiah untuk setiap pertandingan. Menyediakan Cenderahati untuk tetamu kehormat.

Menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang. Menyediakan cenderahati untuk disampaikan kepada tetamu kehormat.

Membuat laporan akhir. Refleksi.

7

AJK Peralatan Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program. Menyediakan dan memastikan sistem PA dalam keadaan yang baik. Menyenaraikan segala peralatan yang diperlukan. Menyediakan peralatan yang diperlukan. Memastikan peralatan boleh berfungsi dan selamat untuk digunakan.

Memastikan peralatan sentiasa cukup dan tidak hilang. Bertanggungjawab dalam memastikan setiap peralatan berada di dalam keadaan seperti sebelumnya. Menyimpan peralatan di tempat yang asal. Membuat laporan akhir. Refleksi.

8AJK Jamuan Membuat anggaran makanan dan minuman serta perbelanjaan yang diperlukan. Menyediakan makanan dan minuman untuk semua ahli jawatankuasa atau penganjur. Memastikan tempat mengambil makanan dan minuman bersih dan sesuai.

Menyediakan makanan dan minuman. Memastikan setiap peserta dan para tetamu mendapat layanan sewajarnya. Memastikan kebersihan tempat. Membuat laporan akhir. Refleksi.

9AJK Siaraya Menyediakan borang- boarang dan maklumat yang diperlukan Membuat pengumuman acara, nama peserta, nombor,pasukan, lorong dan saringan. Menghebahkan keputusan acara

Membuat laporan akhir. Refleksi.

10AJK Keselamatan & Kebersihan Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk kebersihan. Memastikan keselamatan sepanjang karnival dilaksanakan Menyediakan kemudahan untuk sebarang kecemasan (First Aid Kit).

Sentiasa memastikan kualiti kebersihan berada di tahap yang baik. Menjalankan pemantauan dari masa ke semasa sepanjang karnival. Bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan setiap ahli dan juga peserta yang terlibat.

Membuat laporan akhir. Refleksi.

11AJK Publisiti & Dokumentasi Mengambil gambar dan video sebelum hari Karnival Permainan Tradisional. Mempromosikan kepada warga IPGKTI mengenai Karnival Permainan Tradisional. Memilih tempat yang strategik untuk menyebarkan kepada umum. (handout, poster). Menyediakan Banner Karnival Permainan Tradisional.

Mengambil gambar dan video semasa hari Karnival Permainan Tradisional.

Menyediakan dokumentasi bergambar bagi setiap aktiviti. Melaksanakan urusan penerbitan, percetakan dan dokumentasi laporan-laporan akhir jawatankuasa lain. Melabel gambar dengan penjelasan aktiviti. Membuat laporan akhir Refleksi

12AJK Urusetia Mengetuai setiap ahli jawatankuasa yang bertugas untuk setiap permainan tradisional. Membuat perancangan perjalanan acara Permainan Tradisional. Memberi taklimat kepada peserta-peserta mengenai permainan tradisional yang akan dijalankan sebelum hari Karnival Permainan Tradisional dijalankan.

Memberi taklimat mengenai aturcara pada hari tersebut. Mengira mata yang dikumpulkan oleh setiap pasukan. Menentukan kumpulan pemenang berdasarkan jumlah mata. Membuat laporan akhir. Refleksi.

13AJK Pengadil dan kehakiman Membantu pengerusi merancang dan menyelaras aktiviti projek. Menyediakan sistem pemarkahan.

Bertanggungjawab mengadili pertandingan Menyelaraskan markah bagi setiap pemenang.

Membuat laporan akhir. Refleksi.

14AJK Persediaan Tempat Merancang pelan untuk tempat Karnival Permainan Tradisional diadakan. Menyenaraikan jemputan yang akan dijemput. Membuat follow-up untuk memastikan kehadiran jemputan dan pengunjung pada hari Karnival Permainan Tradisional.

Mengiringi jemputan dan pengunjung ke setiap stesen Permainan Tradisional. Memastikan tetamu, pengunjung, dan peserta mendapat layanan yang sewajarnya. Membuat laporan akhir. Refleksi.

15AJK Buku Program Mengumpul maklumat berhubung dengan hari Karnival Permainan Tradisional. Menyediakan Buku program berkenaan dengan Karnival permainan Tradisional yang diadakan.

Menyerahkan Buku Program Karnival Permainan Tradisional kepada tetamu kehormat. Membuat laporan akhir. Refleksi.

16AJK Penutupan Merancang, mengatur dan menentukan kedudukan pasukan-pasukan. Menyusun atur cara istiadat penutupan. Menyediakan juruacara penutupan

Menentukan kedudukan ahli-ahli jawatankuasa semasa menyambut VVIP Menyediakan dan menyematkan rozet.

Membuat laporan akhir. Refleksi.

17Pengacara Majlis Mengumpul maklumat mengenai aturcara pada hari Karnival Permainan Tradisional. Menyediakan teks sebagai pengacara majlis. Memastikan aturcara Karnival selaras pada hari tersebut terutama ketika acara Permainan Tradisional sedang dijalankan. Membuat pengumuman yang diperlukan

Membuat laporan akhir sebagai pengacara majlis. Refleksi.

LAMPIRAN 2CARA PERMAINAN DAN PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

STESEN 1 : GALAH PANJANGNama ahli kumpulan : 1 . Asmah bt Md Yusof 2 . Wan Noor Malinja bt Wan Chik 3 . Haslah bt Mohd Amin

1.0 Butiran PermainanPermainan galah panjang adalah merupakan permainan yang dimainkan di luar rumah digelanggang yang dilakarkan di atas tanah kosong atau simen. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung bilangan pemain. Permainan ini dimainkan secara kumpulan. Dua kumpulan akan dibentuk yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang dan kebiasaannya terdiri daripada 10 pemain. Salah seorang daripada pemain akan ditugaskan menjadi ketua kumpulan. Tugas ketua kumpulan ini ialah mengawasi setiap yang masuk dan keluar dari gelanggang iaitu disepanjang garisan permulaan dan garisan tengah. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengn mudah.

2.0 Cara PermainanCara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ianya dapat menguji kepintaran , kecekapan dan kepantasan setiap pemain.2.1 Gelanggang galah panjang di lakar di atas tanah kosong atau simen. Panjang dann lebar begantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter

belakang

kepala hadapan

2.2Selepas pemilihan dilakukan , setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang akan menempuh gelanggang.2.3Selepas penentuan, kumpulan yang akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi ke mana-mana garisan depan dan belakang.2.4Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangan atau bertepuk tangan dengan ketua pihak lawan. /seterusnya berlari masuk ke dalam gelangggang.2.5Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya .2.6Penempuh akan mnempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.2.7Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Permainan diteruskan sehingga adapemain yang ingin berhenti

3.0 Peraturan PermainanTerdapat beberapa peraturan permainan iaitu;3.1Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.3.2Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua , maka keseluruhan ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.4.0 Cara Menentukan Kemenangan4.1Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan dan seterusnya diberi satu mata 4.2Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.

STESEN 2 : GELANGGANG DAN GUNDUNama ahli kumpulan : 1 . Siti Zaleha Bt Mohd. Yusof 2 . Siti Hapsah Bt Sulaiman 3 . Norsiwana Bt Paijan1.0 Butiran PermainanPermainan gelanggang dan gundu juga dikenali sebagai Ketinting . Ini kerana, permainan ini tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak dan tidak memerlukan daerah yang besar. Pada waktu-waktu zaman dahulu, permainan ini amatlah popular di kalangan kaum perempuan. Di kampung-kampung, gelanggang akan digoreskan di tanah dengan menggunakan kayu tetapi berlainan pula di taman - taman perumahan di mana gelanggangnya sudah pun disediakan. Kita sering akan ternampak gelanggang " Gelanggang dan Gundu " di taman - taman perumahan. Permainan ini memerlukan sebanyak dua hingga empat ataupun lima kanak-kanak tetapi tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain. Gundu adalah objek yang berbentuk leper dan sebesar separuh saiz tapak tangan. Fungsi gundu ini adalah untuk menandakan pendudukan para pemain di gelanggang masing-masing. Ini amatlah penting kerana ia penentu bagaimana posisi permain itu. Permainan gelanggang dan gundu ini biasanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak di mana ada dua hingga empat orang di dalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain di dalam satu gelanggang, ia akan mendatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng. Gelanggang permainan ini di lukis pada petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggang. Selain gelanggang, pemain juga perlu gundu.

2.0 Cara Permainan dan Peraturan Pertandingan 2.1 Peserta akan diberi gundu / buah .2.2 Pengadil akan memulakan pertandingan dengan meminta peserta pertama dalam setiap kumpulan harus mencampakkan gundu / buah ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak gelanggang tersebut 2.3 .Peserta yang tidak dapat mencampakkan gundu / buah masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih. Pemain yang tidak menepati sasaran petak yang dikehendaki, pemain itu dikatakan hilang giliran untuk bermain. 2.4 Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja . Jika ada petak bersebelahan dengan petak yang lain , pemain harus melompat ke dalam petak tersebut dengan menggunakan kedua belah kaki mereka .2.5 Pemain perlu mencampak gundu / buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki.2.6 Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan.2.7 Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan.Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak gundu, pemain perlu membongkok dan mengambil gundu / buah , setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada gundu / buah. Lompatan diteruskan hingga keluar dari gelanggang.2.8 Aturan membaling gundu / buah adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7) .Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi - D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi - D sewaktu membaling gundu / buah .2.9 Sekiranya gundu / buah jatuh dalam petak semi - D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil gundu / buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D.2.10 Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai gundu / buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Pemain dikira mati jika tersentuh garisan.Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu / buah berada di dalamnya, sama ada kepunyaan sendiri atau pihak lawan .

3.0 Peraturan Membina Rumah Permainan Gelanggang dan Gundu3.1 Permain yang telah berjaya mencapai gundu / buah di petak semi - D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. 3.2 Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah .Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati.3.3 Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijak atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati .4.0 Jadual Pertandingan Gelanggang dan Gundu Permainan berjalan serentak setiap kumpulan . Jumlah kumpulan bergantung pada bilang peserta yang bertanding .

Kump. AKump.BKump .CKump.D

STESEN 3 : KONDA KONDINama ahli kumpulan : 1. Musliaty bt Alias 2. Suzilawati bt Hasmunih 3. Wan Rusidah bt Wan Mohamad

1.0 Butiran PermainanPermainan ini bermula di Negeri Melaka dan berkembang ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, permainan ini menjadi popular di kalangan kanak-kanak lelaki berbangsa melayu sahaja. Pemain memerlukan kekuatan mental dan fizikal semasa bermain. Permainan Konda-kondi juga dikenali sebagai perik mata . Permainan ini dimainkan di kawasan lapang. Peralatan permainan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran 15 cm atau setengah kaki dan 30 cm atau sekaki panjangnya. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2 cm garis pusat. Kayu pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Selain itu, lubang sedalam 15 cm juga dikorek bagi meletakkan kayu pendek anak.

2.0 Cara Permainan2.1 Sediakan dua batang kayu iaitu, sebatang kayu pendek dan sebatang kayu panjang. Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. Kayu pendek hendaklah diletakkan melintang di atas lubang.2.2 Pemain dibahagi kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak bilangannya contohnya 4 orang bagi setiap kumpulan.2.3 Undian dibuat bagi menentukan kumpulan yang memulakan permainan.2.4 Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain. Manakala pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat.2.5 Permainan akan dimulakan dengan pemain pertama menguis kayu pendek ke hadapan dengan menggunakan kayu panjang.2.6 Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu panjang. Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang bermain dikira mati.2.7 Mata akan dikira daripada ukuran yang dibuat.2.8 Permainan diteruskan apabila pemain berjaya menguis kayu pendek ke hadapan dengan menggunakan kayu panjang.2.9 Mata yang dikumpulkan oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapatkan jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi permainan itu.3.0 Peraturan Permainan3.1 Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek ini dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan lawan, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira mati.3.2 Jika pemain dalam kumpulan lawan berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira mati dan kumpulan B akan memulakan permainan pula.3.3 Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira mati dan terpaksa memberhentikan permainan. Pemain lain dari kumpulan yang sama boleh meneruskan permainan

STESEN 4 : TATING LAWINama ahli kumpulan : 1. Safiah bt Osman 2. Salinan bt Mohd Salleh 3. Rahmawati bt Waris1.0 Butiran permainanTating lawi merupakan sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Sebuyam atau Chapteh. Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan secara berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin. Ini biasanya dikenali sebagai menimang. Menimang juga boleh dimainkan lebih daripada seorang dan pemain bergilir menimang bulu ayam, sementara pemain lain mengira berapa kali sepakan dibuat. Sekiranya ia dimainkan lebih daripada seorang pemain, kumpulan dengan terdiri daripada beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga tetapi bola yang digunakan adalah daripada bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga. Cara membuat bola beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai) diperlukan. Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4cm garis pusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat juga perlu ada bagi menghasilkannya. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku menembusi di tengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan di sekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

2.0 Peraturan permainan2.1 Pertandingan terbuka kepada acara regu (berkumpulan).2.2 Peserta hanya dibenarkan untuk menyertai satupasukan sahaja.2.3 Setiap pasukan hendaklah terdiri dari 3 orang peserta.2.4 Permainan akan dijalankan secara kalah mati di mana empat kumpulan akan bertanding.2.5 Timbangan dilakukan secara individu atau menghantar kepada rakan-rakan dalam kumpulan. 2.6 Timbangan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kaki sahaja 2.7 Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ke tanah.2.8 Dalam saringan yang pertama setiap kumpulan akan bermain sebanyak 3 pusingan.2.9 Pasukan yang menang dalam saringan pertama akan bertanding dalam saringan yang kedua.2.10 Pasukan yang memungut mata paling banyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.2.11 Penganjur berhak meminda atau menambah syarat danperaturan pertandingan sekiranya perlu.2.12 Penganjur tidak bertanggung jawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan,kehilangan harta benda kerosakan atau kehilangan nyawa semasa,sebelum atau selepas pertandingan ini dijalankan

STESEN 5 : BATU SEREMBENNama ahli kumpulan : 1. Salfarina bt Darman 2. Norliza bt Ahmad 3. Faridah bt Abd Rahman

1.0 Butiran PermainanBatu seremban juga dikenali sebagai permainan selambut atau serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkan secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Guli kaca , biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para permain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

2.0 Menentukan GiliranSebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai menentukan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudian hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut adalah dikira sebagai mata.

3.0 Cara PermainanDalam bermain batu seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu sehinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

3.1 Buah SatuKesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan uah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke udara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu,apabila telah disambut hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehinggalah kesemuah buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

3.2 Buah DuaCara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu,tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

3.3 Buah tigaBuah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua permain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

3.4 Buah empatPemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

3.5 Buah LimaPada peringkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

3.6 Buah enamDitahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

3.7 Buah tujuhBuah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serentak. Sementara itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah, sebiji di sebelah kanan dan sebiji lagi di sebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.

4.0 MenimbangSetelah selesai kesemua peringkat yang dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah di peringkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperoleh mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

5.0 Mati PermainanSekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira sebagai mati ( permainan ditamatkan) dan pemainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

6.0 Peraturan Permainan6.1 Satu permainan tiga pusingan sahaja dan dijalankan secara kalah mati di manaempat kumpulan akan bertanding.6.2 Setiap satu permainan, seorang pengadil sahaja diperlukan duduk di tengah tengah. Permainan dalam satu bulatan dengan pemain diselang-selikan. Contoh Pemain kumpulan A diselangkan dengan pemain Kumpulan B6.3 Semasa bermain, pemain tidak dibenarkan bercakap atau bertanya kepada kepada pemain lain atau pengadil untuk mengetahui pemain telah mati di buah mana. 6.4 Semasa bermain, pemain dikehendaki duduk bersimpuh dan tidak boleh boleh mengangkat punggung jika buah yang dilambung agak jauh untuk disambut.6.5 Buah timbang anak tidak dikira mati selagi buah lambung tidak jatuh. Buah lambung tidak boleh terkena pada badan. Jika terkena pada badan, dikira mata.6.6 Semasa bermain, tidak boleh tongkat tangan. Tangan hendaklah dilepaskan ke depan. Semasa bermain buah tidak boleh terkena lengan baju.1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 Pemain boleh menukar posisi duduk tetapi hendaklah memastikan belum sampai kepada giliran bermain.

6.8 Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang berhampiran.6.9 Pemain hendaklah menyambut buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat yang lain.6.10 Pada setiap peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat yang lain.6.11 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabia sesuatu kesilapan/kesalahan yang telah dilakukan. Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya diperingkat Ia telah melakukan kesalahan.6.12 Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira pemenang.6.13 Hukuman dan Larangan ( mati ) ( a ) Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung, ( b ) Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain. ( c ) Pada tingkah timbang, ketika menyambut semula ke tapak tangan, jumlah Tidak Sama.

7.0 Pemberian Mata dan Penentu Kemenangan7.1 Pemberian mata dan penentu kemenangan adalah berdasarkan format berikut : ( a ) Menang : 2 mata ( b ) Kalah : 0 mata7.2 Di peringkat liga, jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan pemenang:7.2.1 Pasukan yang mempunyai peserta menang tertinggi, jika seri7.2.2 Pasukan yang mempunyai bilangan set menang tertinggi, jika serik 7.2.3 Pemenang ditentukan oleh pengadil

STESEN 6 : CONGKAKNama ahli kumpulan : 1. Zuhaini bt Md Noh 2. Nurul Saazan bt Mohd Zaid 3. Rosnida bt Abdul Razak

1.0 Butiran PermainanPermainan tradisional iaitu congkak merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai.Ini menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara warisan yang menjadi identity kita.Malahan permainan congkak ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi Jasmani, Rohani, Emosi,Intelek dan Sosial.Permainan tradisional congkak merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat kerana menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan..Diharapkan penganjuran permainan tradisional congkak ini akan dapat member pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional ini sekaligus dapat memelihara warisan ini dari terus pupus.

2.0 Cara Permainan dan Peraturan pertandingan2.1 Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan dimulakan dengan kedua-dua pemain bermain serentak mencapai buah di kampong masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampong dengan pergerakkan dari kiri ke kanan hingga ke rumah dan kampong pihak lawan.2.2 Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampong kosong di kawasan sendiri atau pihak lawan dan pemain hendaklah berhenti sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampong sendiri. Pemain itu boleh menembak kepada lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut semua buah ( jika ada) dalam kampong tersebut hanya selepas membuat satu pusingan.2.3 Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh dalam rumah sendiri pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampong sendiri.Sekiranya buah terakhir jatuh di kampong pihak lawan maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.2.4 Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampong pemain sekalipun giliran berada dipihaknya maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.2.5 Setelah tamat pusingan pertama,setiap pemain mengisi semula kampong dengan buah congkak dan jika ada kampong yang tidak cukup buah ia akan dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh di isi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan pusingan penentuaan.

3.0 Pusingan Awal3.1 Setiap unit akan menurunkan 2 orang pemain sebagai 1 pasukan di mana akan menentang dengan pasukan lawan yang terdiri 2 orang juga.Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B.3.2 Setiap pasukan akan diundi untuk menentukan giliran dalam kumpulan.Salah satu pasukan dalam kumpulan A akan mendapat bye pada pusingan pertama apabila undiaan.3.3 Pemenang akan ditentukan apabila terdapat hanya 2 pasukan dalam setiap kumpulan.Dua pasukan dalam kumpulan tersebut akan ke peringkat separuh akhir untuk menentukan johan dan naib johan dalam kumpulan.3.4 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan dengan hanya 2 pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam pasukan berkenaan maka pasukan terakhir dalam kumpula lagi satu secra automatic dipindahkan dalam kumpulan yang satu lagi.

4.0 Pusingan separuh akhir4.1 Johan dan naib johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B seperti berikut:Kumpulan AKumpulan B

Dua orang pemain

Dua orang pemain

4.2 Pertandingan dijalankan secara kalah mati.

5.0 Pusingan Akhir5.1 Pemenang kumpulan A akan melawan pemenang kumpulan B untuk menentukan Johan dan Naib Johan.LAMPIRAN 3JADUAL PERTANDINGAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

STESEN 1 Nama Permainan: Galah PanjangKategori: BerkumpulanSistem Pertandingan: Kalah matiTempat: Padang

PerlawananKumpulan

PertamaKumpulan ALawan Kumpulan B

Carta Aliran Sistem Kalah Mati Bagi Pertandingan Galah Panjang

Kumpulan A(5 orang)

PEMENANG

Kumpulan B(5 orang)

STESEN 2Nama Permainan: Gelanggang dan GunduKategori: Berkumpulan (4 orang setiap kumpulan )Sistem Pertandingan: Kalah MatiTempat: Gelanggang Serbaguna

PerlawananKumpulan

PertamaKumpulan ALawan Kumpulan B

KeduaKumpulan C Lawan Kumpulan D

Carta Aliran Sistem Kalah Mati Bagi Pertandingan Galah Panjang

Kumpulan A

Kumpulan B

Johan

Kumpulan C

Kumpulan D

Naib Johan

STESEN 3 Nama Permainan: Konda KondiKategori: Berkumpulan (2 orang setiap kumpulan)Sistem Pertandingan: Kalah MatiTempat: Padang

PerlawananKumpulan

PertamaKumpulan Keli Lawan Kumpulan Sepat

KeduaKumpulan Haruan Lawan Kumpulan Patin

*Pemenang dikira melalui mata yang diperolehi.

Carta Aliran Sistem Kalah Mati Bagi Pertandingan Konda Kondi

JUARAJUARAKumpulan PatinKumpulan HaruanKumpulan SepatKumpulan Keli

STESEN 4Nama Permainan: Tating LawiKategori: BerkumpulanSistem Pertandingan: Kalah MatiTempat: Gelanggang Serbaguna

PerlawananKumpulan

PertamaKumpulan ALawan Kumpulan B

KeduaKumpulan C Lawan Kumpulan D

Carta Aliran Sistem Kalah Mati Bagi Pertandingan Tating Lawi

JUARAJUARAKumpulan DKumpulan CKumpulan BKumpulan A

STESEN 5Nama Permainan: Batu Seremban Kategori: IndividuSistem Pertandingan: Kalah MatiTempat: Gelanggang Serbaguna

PerlawananKumpulan

PertamaPemain ALawan Pemain B

KeduaPemain C Lawan Pemain D

KetigaPemain E Lawan Pemain F

KeempatPemain G Lawan Pemain H

Carta Aliran Sistem Kalah Mati Bagi Pertandingan Batu Seremban

Pemain GJuaraPemain HPemain FPemain EPemain DPemain CPemain BPemain A

STESEN 6 Nama Permainan: CongkakKategori: BerkumpulanSistem Pertandingan: Kalah MatiTempat: Gelanggang Serbaguna

PerlawananKumpulan

PertamaKumpulan ALawan Kumpulan B

KeduaKumpulan A Lawan Kumpulan B

Carta Aliran Sistem Kalah Mati Bagi Pertandingan Congkak

JuaraKumpulan BKumpulan AKumpulan BKumpulan A

LAMPIRAN 4BORANG PENDAFTARAN DAN PERMARKAHAN PERTANDINGAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

STESEN 1NAMA PERMAINAN: GALAH PANJANG

BORANG PENYERTAAN

Masa Permainan:..................................................................Penyelia Permainan:.................................................................Kumpulan Peserta:................................................................Ketua Kumpulan:...............................................................

BilNama pesertaNo KadPengenalanTandatangan

BORANG PEMARKAHAN (KEPUTUSAN PERMAINAN)

PERTANDINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG

KedudukanNama Pasukan / KumpulanCatatan

STESEN 2NAMA PERMAINAN: GELANGGANG DAN GUNDU

BORANG PENDAFTARAN PEMAIN PERMAINAN TRADISIONALNAMA PERMAINAN : GELANGGANG DAN GUNDU

Nama Pasukan : Kumpulan A / Kumpulan B / Kumpulan C / Kumpulan D ( Sila bulatkan )

BILNAMACATATAN

1

2

3

4

5

6

TANDATANGAN PENGURUS / JURULATIH

------------------------------------------------------------( )

BORANG PEMARKAHAN PERMAINAN TRADISIONALNAMA PERMAINAN : GELANGGANG DAN GUNDU

Nama Pasukan :.......................................

BILNAMA PESERTAJUMLAH RUMAH

1

2

3

4

5

6

HAKIM 1HAKIM 2

.....( ) ( )

DISAHKAN OLEH

( )

STESEN 3NAMA PERMAINAN: KONDA KONDI

Borang Senarai Nama Peserta Pertandingan Konda KondiBILNAMA PESERTAKUMPULANNO KAD PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19

20.

DISEDIAKAN OLEH( )SETIAUSAHA KANIVAL PERTANDINGAN KONDA KONDI

Borang Keputusan Pertandingan Konda Kondi ( Separuh Akhir )PERLAWANANKUMPULANMARKAHKEPUTUSAN

1Kumpulan keli bertemu kumpulan sepat

2Kumpulan Haruan bertemu kumpulan patin

HAKIM 1 HAKIM 2

.( ) ( )

Borang Keputusan Pertandingan Konda Kondi ( Akhir )PERLAWANANKUMPULANMARKAHKEPUTUSAN

1

HAKIM 1 HAKIM 2

.( ) ( )

Carta Aliran Sistem Kalah Mati Bagi Pertandingan Konda Kondi

Kumpulan PatinKumpulan HaruanKumpulan Sepat

Kumpulan Keli

STESEN 4NAMA PERMAINAN: TATING LAWI

BORANG PENYERTAAN ( PERMAINAN TATING LAWI )

KUMPULAN ABILNAMA PESERTANO KAD PENGENALAN

1

2

3

KUMPULAN BBILNAMA PESERTANO KAD PENGENALAN

1

2

3

KUMPULAN CBILNAMA PESERTANO KAD PENGENALAN

1

2

3

KUMPULAN D

BILNAMA PESERTANO KAD PENGENALAN

1

2

3

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN TATING LAWI

SARINGAN PERTAMAKUMPULANPUSINGAN 1PUSINGAN 2PUSINGAN 3

JUMLAH MATA

KUMPULAN A

KUMPULAN B

SARINGAN PERTAMAKUMPULANPUSINGAN 1PUSINGAN 2PUSINGAN 3

JUMLAH MATA

KUMPULAN C

KUMPULAN D

PERINGKAT AKHIR PEMENANG ANTARA KUMPULAN (A & B) (C&D) KUMPULANPUSINGAN 1PUSINGAN 2PUSINGAN 3

JUMLAH MATA

KUMPULAN .

KUMPULAN .

HAKIM PERTANDINGAN 1HAKIM PERTANDINGAN 2..()( )

STESEN 5NAMA PERMAINAN: BATU SEREMBAN

BORANG PENDAFTARAN PEMAIN PERMAINAN TRADISIONALNAMA PERMAINAN : BATU SEREMBAN

Nama Pasukan : Kumpulan A / Kumpulan B / Kumpulan C / Kumpulan D ( Sila bulatkan )

KUMPULANNAMA PESERTANO. K/PENGENALAN

A

B

C

D

STESEN 6NAMA PERMAINAN: CONGKAK

Borang Senarai Nama Peserta Pertandingan CongkakBILNAMA PESERTAKUMPULANNO KAD PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19

20.

DISEDIAKAN OLEH..(ZUHAINI BINTI MD. NOH)SETIAUSAHA KANIVAL PERTANDINGAN CONGKAK)

Borang permarkahan pertandingan congkak (Pusingan pertama)

BILKUMPULAN

MARKAH/JUMLAH/MENANG

1.KUMPULAN A

a..

b..

..

2.KUMPULAN B

a

b

.

KEPUTUSAN..

Borang Permarkahan pertandingan Congkak (akhir)

BIL

KUMPULAN MARKAH/JUMLAH/MENANG

1.Pemenang kumpulan A

Pemenang Kumpulan B

..

.

.

2.KEPUTUSAN

HAKIM 1 HAKIM 2 .( ) ( )PERMAINAN CONGKAK PERMAINAN CONGKAK

LAMPIRAN 5SENARAI PERALATANPERALATANUNIT

Mikrofon2

Mic. Stand1

Hela1

Speaker besar1

Audio Cabel1

Mixer1

Extension Wire2

Score board1