koleksi kisah usahawan berjaya

48
 00

Upload: sims6339

Post on 12-Apr-2018

358 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 1/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 2/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

2

KANDUNGAN

1.  TAPAI NAIKKAN NAMA FELDA BUKIT WAHA

2.  JUAL BENIH KURMA

3. DULU SAINTIS , KINI USAHAWAN KELISA

4. USAHAWAN MI SIMPUL 

5. USAHAWAN MINUMAN BERGAS ROSELLE 

6. USAHAWAN BERAS FAIZA

7. DULU PEKERJA, KINI TAUKE 

8. KERISIK HALAL JENAMA SALAM FOOD

9. FBIC PERKENAL KONSEP FRANCAIS

10.  WIRANA YAKIN KELUAR SEJUTA BOTOL 

PLASTIC

11.  JUTAWAN KASUT 

12.  DAPAT IDEA DI TANAH HARAM

13.  KUIH BAKAR NURA KE PERANCIS

14.  CABARAN USAHAWAN MI

15.  EMPAYAR BERMULA DENGAN RM30

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 3/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

3

Tapai Naikkan Nama Felda Bukit Waha 

Jika Felda Semenchu terkenal dengan program inap desa di kalangan pelancong

dalam dan luar negara, Felda Bukit Waha di sini pula popular dengan keenakan

tapainya.Individu yang bertanggungjawab menaikkan nama Felda Bukit Waha sebagai

lokasi pembuatan tapai adalah Suboh Bechek, 54, dan isteri, Minah Janggi, 52. Tapai adalah sejenis makanan tradisional yang dibuat daripada beras pulut atau ubi

kayu yang dimasak dan dicampur ragi. Pasangan yang dikurniakan tujuh orang anak itu

memilih untuk berniaga tapai kerana sering didedahkan dengan pembuatan tapai oleh

ibu bapa masing-masing.

“Kiranya sebelum berniaga tapai pun kami sudah sering makan dan melihat macam

mana emak kami membuat tapai,” kata Suboh Tapai ubi dan pulut yang dihasilkan di

bawah jenama ‘Sedap Tapai’ yang diedar menerusi syarikat Sedap Tapai Enterprise

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 4/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

4

amat istimewa kerana diperbuat daripada ubi kayu kulit merah.Ubi kayu tersebut

ditanam sendiri oleh Suboh di kawasan seluas 32 hektar ekar di beberapa tapak tanah

di felda berkenaan.

Beliau menyatakan bahawa tapainya sejak dulu lagi diperbuat daripada ubi merah

kerana rasanya lebih sedap berbanding ubi kayu biasa. beliau beruntung kerana tidak

pernah putus bekalan ubi disebabkan beliau tanam sendiri. Beliau tanam ubi secara

berperingkat-peringkat dan sebab itulah beliau tidak pernah putus bekalan seperti

peniaga lain

Ubi-ubi yang ditanam bukan sahaja diguna untuk membuat tapai, malah dijual kepada

peraih atau di kedai runcitnya yang terletak berhampiran pintu masuk utama felda

berkenaan. Suboh yang telah menanam ubi kayu sejak 15 tahun lalu berkata,

adakalanya ubi yang ditanam dapat mengeluarkan hasil sehingga 300 kilogram (kg).

Sebenarnya, tapai keluaran beliau semuanya ada pelekat di penutup bekas. Itu yang

membezakan Sedap Tapai dengan tapai-tapai lain .Menurutnya, tidak ada beza antara

tapai yang dibungkus dengan daun pisang, daun getah atau bekas plastik kerana

keenakan dan kemanisan bergantung kepada cara pembuatannya.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 5/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

5

Tapai adalah antara makanan pencuci mulut yang remeh untuk dibuat kerana semua

bahan perlu sekata dan mengikut waktu yang ditetapkan.Faktor utama bagi

memastikan tapai sedap adalah kebersihan. Beliau tidak ada pantang larang dalam

pembuatan tapai. Setakat ini, Suboh menghasilkan tapai ubi dan pulut yang dihasilkan

dalam tiga perasa iaitu biasa, strawberi dan pandan. Dia merancang untuk mencuba

pelbagai perasa tapai dengan bimbingan Jabatan Pertanian pada masa akan datang.

Kalau ada yang ingin membeli benih ubi kayu merah, beliau tidak jual tapi bagi secara

percuma. Begitu juga kalau ada yang tanya cara untuk membuat tapai, beliau akan

beritahu tanpa sebarang bayaran. Bagi beliau, biarlah ilmu yang ada dikongsi bersama

kerana biarpun resipi sama tetapi cara pembuatan selalunya berbeza. Justeru, dia turut

mengadakan bengkel pembuatan tapai dan sambutan daripada orang ramai amat

menggalakkan.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 6/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

6

Selain membuat tapai, Suboh sekeluarga turut menghasilkan opak iaitu makanan

macam keropok diperbuat daripada ubi untuk jualan, memelihara ikan tilapia, ikan

merah, keli dan arnab.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 7/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

7

Jual Benih Kurma 

Dulu minat herba, kini jual pokok kurma

BUAH kurma bukan lagi asing bagi

masyarakat di negara ini khususnya umat

Islam, lebih-lebih lagi apabila pada bulan

Ramadan. Namun pernahkah kita terfikir 

untuk menanam pohon kurma atau memiliki

sendiri ladang kurma di negara ini?

 Atau memiliki sebuah tapak semaian benih

kurma untuk dijual secara komersial? Atau

sekadar menanam pokok kurma di halaman

sebagai hiasan yang indah?

Usahlah berasa hairan jika berhasrat

demikian kerana ia kini bukanlah sesuatu

yang mustahil! Selama ini, apa yang diketahui umum ialah pohon kurma hanya terdapat

di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsinya ialah pokok itu

tidak akan berbuah.

Namun kajian menunjukkan pokok kurma boleh ditanam dan mengeluarkan buah di

mana-mana sahaja jika diusahakan dengan cara yang betul. Selain itu, tanggapan

terhadap pokok kurma juga tidak seharusnya dilihat dari segi penghasilan buah semata-

mata kerana ia juga cukup indah jika dijadikan hiasan di halaman.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 8/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

8

Menyedari potensi besar tanaman pokok kurma, seorang guru matematik, Mohd. Rahof 

 Abdul, 48, di Kampung Tehel Bemban, Melaka nekad mengeluarkan benih anak pokok

kurma untuk dijual secara komersial sejak tiga tahun lalu.

Berbekalkan sedikit modal, dia mula menanam 1,200 benih pokok kurma sebagai

permulaan di tapak semaian yang terletak bersebelahan rumahnya dengan keluasan

sekitar separuh gelanggang badminton. Ternyata, kegigihannya ternyata tidak sia-sia

bahkan memberi pulangan lumayan apabila hasil jualan anak-anak pokoknya mendapat

sambutan menggalakkan. Ia dijual kepada orang ramai dengan harga sekitar RM250

sepokok bergantung kepada saiz dan usia.

Mohd. Rahof memberitahu, permintaan tinggi terhadap pokok tersebut menyebabkan

kini hanya tinggal kira-kira 300 anak pokok kurma yang masih boleh dijual. Bapa

kepada lima anak itu berkata, beliau memilih untuk menjual anak pokok dalam polibeg

kerana lebih mudah berbanding menjual pokok kurma dewasa yang harganya lebih

mahal dan lebih sukar untuk dipindahkan. Dengan cara itu, pembeli boleh menjaga

sendiri dan melihatnya membesar sehingga mencecah usia dewasa .

Jika dijaga dengan baik mengikut kaedah pendebungaan yang betul maka ia mulai

mengeluarkan buah ketika berusia antara lima hingga tujuh tahun. Mengimbas semula

bagimana timbul minat terhadap anak pokok kurma, Rahof berkata, beliau asalnya

gemar menanam pokok herba.

Bagaimanapun selepas menyaksikan sendiri sebuah syarikat kontraktor berjaya

menjual sebatang pokok kurma dengan harga RM2,000 kepada sebuah resort di

Melaka untuk dijadikan hiasan, minatnya mula timbul. Hasrat untuk membuka tapaksemaian anak pokok kurma semakin membuak-buak apabila berkunjung ke Madinah

dan Mekah.

Maka sekembali di tanah air, dia melihat terdapat ruang dan peluang yang luas untuk

rakyat negara ini menceburi bidang penanaman pokok kurma secara komersial

khususnya bagi masyarakat Islam yang amat dekat kehidupan mereka dengan kurma.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 9/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

9

Lebih-lebih lagi, pohon kurma bukan sahaja disebut beberapa kali dalam al-Quran

tetapi juga terbukti terlalu mempunyai banyak khasiat. Bagi tujuan hiasan, keindahan

pokok kurma tidak dapat dinafikan lagi untuk dijadikan hiasan bagi menggantikan pokok

palma atau kelapa sawit atau tanaman biasa lain.

Ini kerana, katanya, ia akan lebih menampakkan imej Islam dan mempunyai nilai

estetika yang tinggi dan menenangkan khususnya untuk lokasi seperti masjid, surau,

pusat Islam, universiti, lokasi awam dan sebagainya.

Selain itu, debunga kurma juga boleh digunakan bagi meningkatkan kesuburan wanita

dan lelaki untuk pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata. Allah s.w.t

menjadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas

pokok tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini

kerana buah tidak berbau.

 Allah pelihara dan memuliakannya manakala pokok kurma mesti disenyawakan oleh

tangan manusia. Di Madinah hanya orang Arab sahaja yang sanggup memanjat dan

turun naik ke atas pokok kurma untuk melakukan pencantuman ini. Pendebungaan

secara manual oleh manusia dengan mengambil debunga jantan lalu diketuk ke

mayang pokok betina

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 10/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

10

Dulu saintis, kini usahawan kelisa

SEBAGAI seorang saintis yang mengkaji kehidupan flora dan fauna menjadi titik

tolak kepada Mohd. Zalalnudin Latipi, 31, membuka sebuah kedai menjual spesies ikan

terancam kelisa atau juga dikenali sebagai arowana.

Demi minatnya yang berputik sejak kecil Mohd. Zalalnudin nekad meninggalkan

 jawatannya sebagai seorang saintis. Minatnya kian bercambah apabila beliau berjaya

menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sosiologi Pemuliharaan di Universiti

Malaysia Sabah.

Ikan kelisa kepada Mohd. Zalalnudin bukan sekadar ikan hiasan malah kepada mereka

yang tahu menilainya, ia boleh menjadi sumber pendapatan. Harganya mampu

mencecah ribuan ribu ringgit selain ia digemari oleh kaum Cina di negara ini yang

dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya.

Namun Mohd. Zalalnudin tidak menyangka hobinya yang suka memelihara ikan itu

mampu memberikannya sumber pendapatan tetap kepadanya..

Mohd. Zalalnudin tidak menyangka, kedai yang baru dibukanya itu mendapat sambutan

menggalakkan daripada penduduk setempat malah ikan kelisa juga mendapat

permintaan daripada orang Melayu.

Menyentuh penjagaan ikan kelisa, beliau memberitahu, tidak susah untuk membelanya

tetapi perlu memastikan air yang digunakan dicampurkan dengan ubat antiklorin.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 11/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

11

Jelasnya, bagi memenuhi permintaan ikan kelisa di kedainya itu, beliau telah membeli

dua buah kolam ikan kelisa di Bukit Merah, Perak.

Di kedainya terdapat lebih 200 ekor ikan kelisa pelbagai variasi seperti Malaysia Gold

Cross Back Golden Arowana, Malaysia Super Red Arowana, Indonesia Chili Red dan

sebagainya.

Lebih istimewa, harga ikan kelisa semakin meningkat jika ikan itu kian membesar.. Bagi

mereka yang ingin melihat ikan-ikan yang dijual di kedai Mohd. Zalalnudin, kedainya itu

terletak di Star Arowana World di Jalan Seberang Perak, Alor Setar 

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 12/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

12

Usahawan mi Simpul

USIA bukan penghalang untuk berjaya. Setiap usaha sekiranya dilakukan

bersungguh-sungguh pasti mendatangkan manfaat walaupun hanya bermula secara

sambilan dan kecil-kecilan.

Bersandarkan kepada keinginan untuk hidup lebih selesa dan menambah pendapatan

keluarga pasangan suami isteri Tukimon Watim, 63, dan Marhamah Marhani, 59,

mencuba nasib berniaga mi simpul (siput) secara kecil-kecilan kira-kira enam tahun

lalu. Mereka bermula dengan modal RM500 untuk membeli bahan-bahan bagi

memproses mi simpul dan membuat mengikut kemampuan.

Tanpa sebarang mesin canggih, pasangan suami isteri itu gigih mengusahakan apa

yang telah dipelajari di rumah mereka di Kampung Sungai Nibong, Semerah Batu

Pahat, Johor. Dalam keadaan serba kekurangan ketika itu, mereka hanya mampu

menghasilkan 20 hingga 25 kilogram mi simpul sehari untuk dipasarkan di sekitar 

kawasan Semerah sahaja kerana tidak mampu untuk menghasilkan produk lebih

banyak.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 13/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

13

Bagaimanapun, semakin hari permintaan terhadap mi simpul yang mereka usahakan

bertambah dan mereka kemudian membeli sebuah mesin menguli tepung berharga

RM1,500 bagi meningkatkan pengeluaran. Dengan adanya mesin penguli itu kerja-kerja

membuat mi simpul lebih mudah dan jumlah yang dihasilkan juga semakin meningkat.

Mereka tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana pihak tetapi kegigihan

pasangan itu mendapat perhatian Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat yang telah

memberi bantuan mesin pemotong berharga RM3,000 supaya mampu menghasilkan

sehingga 40 kilogram mi simpul sehari.

Setelah produknya mula mendapat permintaan yang lebih tinggi, mereka mendaftarkan

perniagaan atas nama Usahasama T & M Enterprise dengan label produk sebagai Mee

Siput . Kini mi simpul keluaran syarikat T & M ini semakin digemari kerana ia merupakan

salah satu makanan ringan yang rangup dan popular di Batu Pahat juga Johor amnya.

Produk itu semakin mendapat permintaan yang tinggi tetapi mereka tidak mampu

memenuhinya kerana tiada alatan atau mesin yang sesuai. Bagaimanapun, kegigihan

mereka sekali lagi mendapat perhatian Jabatan Pertanian Daerah dan sekali lagi diberi

bantuan membina bangunan bernilai RM28,000 untuk meneruskan perusahaan kecil

dan sederhana itu dengan lebih teratur. Sebelum itu mereka melakukan kerja-kerja

tersebut di kawasan rumah sahaja.

Menurut Marhamah, mi simpul yang telah siap di proses akan disusun di atas pemidang

dan dijemur di bawah cahaya matahari sehingga benar-benar kering. Masalah timbul

sekiranya musim hujan apabila mi simpul tidak cukup kering dan ia akan dijangkiti kulat

serta terpaksa dibuang dan ini mendatangkan kerugian kepada perniagaan mereka.

Untuk itu mereka berusaha mendapatkan alat pengering untuk membolehkan operasi

berterusan walaupun hujan. Permintaan yang semakin meningkat dan pemasaran yang

semakin meluas menjadikan pasangan suami isteri ini tidak menang tangan untuk

menyediakan tempahan yang diterima.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 14/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

14

Pasangan itu dibantu oleh anak mereka, Mohd. Azri Yim, 30, yang bertanggungjawab

memasarkan produk itu di sekitar negeri Johor juga menguruskan segala urusan

penghantaran.

Marhamah berkata, mi simpul dijual pada harga RM5 sekilogram atau RM4 bagi 700

gram yang telah siap dibungkus sekiranya dibeli terus di kilang mini mereka. Kini

mereka dibantu oleh lima orang pekerja tetap dan sedia menerima pelatih yang ingin

mempelajari pembuatan makanan ringan tersebut seperti yang dilakukan Mara baru-

baru ini.

Kini mereka boleh tersenyum bangga apabila produk yang dihasilkan secara kecil-

kecilan kini menjadi produk yang mendapat permintaan menggalakkan dan kehidupan

mereka kini jauh lebih baik dari dahulu.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 15/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

15

Usahawan Minuman bergas roselle

KETIKA diperkenalkan kerajaan pada awal tahun 1980-an sebagai sumber 

pendapatan baru kepada petani, ramai yang sangsi dengan keupayaan roselle.Ada

yang memanggilnya dengan nama asam paya atau asam kumbang, namun projek

tanaman roselle atau nama saintifiknyaHibiscus Sabdariffa, terus berkembang di

negara ini.

Roselle merupakan salah satu daripada spesies famili bunga kebangsaan bunga raya,

bukanlah tumbuhan popular sehinggalah pendedahan mengenai kegunaan dankhasiatnya dilakukan secara besar-besaran oleh kerajaan termasuk melalui Lembaga

Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Malaysia (MARDI).

Penyelidik tempatan turut menjalankan penyelidikan sehingga menghasilkan banyak

penemuan baru mengenai khasiat tumbuhan itu. Promosi hebat mengenai roselle

membuka mata petani dan usahawan di seluruh negara terhadap tanaman yang mudah

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 16/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

16

ditanam dan sesuai dikebanyakan tanah serta mengambil masa yang singkat iaitu kira-

kira tiga bulan sahaja untuk mendapatkan hasil.

Sehinggakan ada suri rumah yang menanam pokok roselle di sekeliling halaman rumah

dan memproses sendiri kelopak bunga roselle untuk dijadikan minuman. Pokok roselle

boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian di antara tiga dan lima

meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun.

Bunga roselle berwarna cerah, kelopak bunganya berwarna merah gelap dan lebih

tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh

diproses menjadi makanan ialah kelopak bunganya yang mempunyai rasa yang amat

masam, diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli,

 jem, jeruk dan ekstrak.

Teknologi moden dan penyelidikan yang berterusan menyerlahkan potensi besar 

roselle dalam menghasilkan makanan dan minuman berkhasiat setanding dengan

produk buah-buahan tempatan. Tanaman tropika dan eksotik itu juga berpotensi

sebagai makanan kesihatan, ubatan dan kosmetik.

Potensi besar roselle turut diakui oleh Pengurus Besar Heazelle Sdn. Bhd., Zuraihan

Zakaria, yang menyatakan tanaman itu kini menjadi satu industri berdaya maju dan

mempunyai masa depan yang cerah.

Heazelle syarikat bumiputera yang melibatkan diri dengan industri roselle sejak dua

tahun lalu, kini mengeluarkan jus, jem, halwa dan minuman berkarbonat atau minuman

bergas roselle dengan jenama Heazelle.

Zuraihan berkata, dengan modal permulaan RM150,000, syarikat itu menyasarkan

untuk mengeluarkan 200,000 botol minuman berkarbonat roselle dengan empat jenis

botol isian iaitu 250 mililiter (ml), 340ml, 500ml dan

1.25ml mulai awal bulan ini.

.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 17/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

17

Produk tersebut dipasarkan ke seluruh negara dan boleh juga didapati di pasar raya

borong Mydin.

Menceritakan khasiat roselle, Zuraihan berkata, roselle boleh bertindak sebagai

antikanser, antipenuaan, pemakanan kesihatan, membantu menyihatkan sistem

kardiovaskular dan antiradang.

Syarikatnya mendapat bimbingan dan bantuan daripada Jabatan Pertanian, MARDI,

FAMA dan Pertubuhan Peladang Negeri Melaka.Sementara itu, pengarah operasi

perladangan dan pengilangan syarikat itu, Mohd. Razip Mahat berkata, syarikat

berkenaan menggunakan kira-kira lima tan roselle mentah segar setiap bulan yang

dibekalkan oleh petani di sekitar Melaka dan Muar, Johor.

. Bagi memastikan bekalan roselle mencukupi, syarikat tersebut menawarkan program

ladang kontrak kepada peladang yang berminat menceburi tanaman itu.

Di bawah program itu, syarikat berkenaan akan membekalkan anak benih serta

memberi kursus selama dua minggu kepada peladang.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 18/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

18

USAHAWAN BERAS FAIZA

"SAYA ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini." Itulah azam, pemilik

syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut

suaminya.

Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32

cucu sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagaicabang perniagaan di negara ini.

Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumus

mengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-

lewatnya penghujung tahun ini.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 19/48

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 20/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

20

Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu

akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading.

Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun

pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak

RM12 juta bagi tahun pertama.

Kehidupan Faizah yang suka hidup bermasyarakat, semua usaha yang dilakukan itu

bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat

terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.

Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan

tahun lalu menerusi program Bersamamu. 

Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-

anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka

mendapat upah. Bagaimanapun, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi

peluang menuntut ilmu setinggi mungkin.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 21/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

21

Dulu pekerja, kini tauke

Berbekalkan pengalaman 26 tahun bekerja di kilang menjahit pakaian, Johari

Seman, 47, kini mampu tersenyum bangga kerana memiliki kilang sendiri. Pada

mulanya ramai memperlekehkan usahanya memulakan perniagaan sendiri, namun

ketabahan untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik menjadikannya berjaya.

Johari ketika ditemui berkata, dia tidak menyesal dan sanggup menanggung risiko

melepaskan jawatannya sebagai pengurus di sebuah kilang jahitan terkenal walaupun

menerima gaji lumayan.

Peluang memulakan perniagaan diperoleh dua tahun lalu apabila syarikat My-Sutera

Sdn Bhd iaitu pengeluar dan pengedar pakaian sekolah jenama ‘Canggih’ menyatakan

hasrat mencari pemborong kawasan selatan.

Beliau diberi peluang bagi menjahit pakaian sekolah jenama berkenaan selain menjadi

pemborong tunggal negeri ini, Melaka dan Negeri Sembilan. Selain itu, beliau menerima

tempahan menjahit pakaian korporat agensi kerajaan dan swasta serta tempahan

pakaian sukan sekolah.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 22/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

22

Bermula secara kecil-kecilan kilangnya kini menerima tempahan menjahit pakaian kira-

kira 8,000 hingga 10,000 sebulan dan mampu menyiapkan 400 pakaian sehari.

Dengan bermodalkan RM35,000 wang simpanan untuk membuka kilang di lot kedai

dua tingkat di Taman Makmur serta pembelian peralatan menjahit, dia kini berbangga

apabila mempunyai 25 mesin jahit dan 14 pekerja mahir.Menurutnya, dia turut

merangka perancangan jangka panjang bagi mengembangkan perusahaan dan

membuka cawangan di kawasan lain.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 23/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

23

Kerisik halal jenama Salam Food

Kerisik sering dilabel sebagai produk orang kampung yang hanya diusahakan secara

kecil-kecilan. Bagaimanapun bagi pemilik Abdul Salam Food Industries Sdn. Bhd.,

(Salam Food), Abdul Salam Said Sultan Ismail, pembuatan kerisik dijadikan sebagai

aktiviti perniagaan utamanya.

Lebih menarik lagi, produk syarikat itu kini memiliki status halal selepas memperoleh

pensijilan yang sah daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP) sekali

gus menjadikan ia sebagai produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaya

saing di pasaran.

Produk makanan yang digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam resipi

makanan tradisional Melayu itu berpotensi kerana ia diperlukan bukan sahaja di

kalangan pengguna runcit tetapi juga di kalangan pengusaha restoran dan hotel.

Sehubungan itu, beliau telah berusaha mendapatkan status halal bagi melonjakkan

 jenama Salam Food sejak ia mula berniaga lapan tahun lalu.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 24/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

24

FBIC perkenal konsep

francais

HAMPIR sedekad berada di pasaran

mendekati keperluan pelajar bermasalah

seperti mengantuk dalam kelas, lemah

daya ingatan dan tidak ada semangat untukbelajar, Farmina Bioplus kini terus

mengukuhkan kedudukannya sebagai

 jenama produk kesihatan dan kecergasan

berasaskan rumusan homeopati dan herba

di negara ini.

Membawa misi sama ketika mula-mula memperkenalkan produk seperti Bio IQ, Bio

Sasmat dan Bio Haz yang diakui cukup popular di kalangan pelajar, ia kini semakin

dekat pula di hati wanita dan lelaki dewasa. Selain minyak aroma terapi, turut mendapat

tempat krim sirih, krim muka calendula, minyak urut Lam 100 serta minuman Mocca 4 U

yang mengandungi ekstrak habatussauda dan madu yang mampu mencergaskan

badan serta memudahkan penghadaman.

Pengasas Farmina Bioplus Industries & Consultant Sdn. Bhd., Dr. (H) Farminah Hasan

menyahut keperluan semua golongan, pihaknya bukan sahaja cuba mempelbagaikan

pilihan produk dan golongan sasaran, tetapi turut memperluaskan rangkaian

perniagaannya dari masa ke semasa.

Untuk tahun 2010 ini, syarikat yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor itu melangkah

setapak lagi apabila menjadi syarikat pertama Bumiputera yang terbabit dalam bidang

rawatan tradisional dan pelengkap (T/CM) berasaskan homeopati dan herba

mengembangkan perniagaan melalui konsep francais sistem yang diperkenalkan oleh

Dr. Farminah Hasan bersama sebahagian

produk yang dihasilkan syarikatnya.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 25/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

25

FBIC adalah dalam bentuk separuh rawatan perkhidmatan dan separuh penjualan

produk yang menawarkan pelbagai insentif..

Melalui konsep francais ini, menurut Farminah, beliau mahu berkongsi peluang

perniagaan kepada individu yang berminat khususnya golongan Bumiputera.

Setakat ini syarikat telah melantik seorang francaisi di Bangi, Selangor dan masih ada

sekurang-kurangnya empat lagi usahawan baru bakal dilantik sehingga hujung tahun

ini. Sehingga kini FBIC mempunyai 20 pengedar dan 10 stokis di seluruh negeri dan

bakal membuka pejabat baru di Terengganu.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 26/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

26

Wiranas yakin keluar sejuta botol plastik

Pengeluar botol plastik, Wiranas Jaya Holdings Sdn. Bhd. (Wiranas) yakin mampu

mengeluarkan sejuta botol minyak masak bersaiz lima kilogram (kg) sebulan menjelang

pertengahan tahun ini.

Pada masa sama, pihaknya merancang mengeluarkan tiga juta botol plastik minyak

masak bersaiz dua kg. Pertambahan jumlah pengeluaran itu adalah berdasarkanperkembangan pesat industri berkenaan yang menyaksikan permintaan tinggi botol

plastik di kalangan para pengeluar minyak masak.

Bagi mencapai sasaran itu, Wiranas perlu melabur RM2 juta untuk mendapatkan

peralatan mesin dan modal pusingan.

Pada masa ini, Wiranas mengeluarkan sebanyak 600,000 botol plastik sebulan

manakala pengeluaran tiga juta botol plastik minyak masak bersaiz dua kilogramsebulan merupakan satu transformasi syarikat agar lebih berdaya saing dalam industri.

Wiranas, syarikat milik bumiputera yang ditubuhkan pada 16 Mac 2001 dengan operasi

perniagaan menjurus kepada pengeluaran botol plastik dan air mineral sebelum beralih

kepada botol plastik minyak masak pada 2007.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerusi anak syarikatnya, Delima

Oil Product Sdn. Bhd., merupakan pelanggan utama syarikat dengan penguasaanpasaran sebanyak 98 peratus manakala baki adalah pengeluar minyak masak lain.

Pembekalan botol plastik minyak masakan jenama Saji kepada syarikat milik kerajaan

(GLC) itu membabitkan kontrak brjumlah RM7 juta setahun yang kini memasuki tahun

ketiga.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 27/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

27

Mengulas rancangan syarikat, Zainal Abidin berkata, pihaknya sedang meninjau

membekalkan produk itu kepada sebuah lagi GLC pada masa akan datang.

Tanpa mahu mendedahkan syarikat itu, beliau berkata, sekira proses rundingan

berjalan lancar, keputusan sama ada ditawarkan kontrak akan diketahui penghujung

tahun ini.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 28/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

28

Jutawan Kasut

NAMA Bill Keith yang cukup sinonim dengan dunia fesyen tanah air sentiasa mendapat

pujian daripada golongan ternama mahupun selebriti kerana hasil rekaannya menyuntik

cita rasa mewah dan penuh pesona.

Bergelumang selama lebih 30 tahun dengan pelbagai potongan busana, akhirnya Bill

melebarkan kebolehan itu untuk membina nama dalam industri rekaan kasut

pula.Sebelum ini Bill menerima tempahan mereka kasut untuk golongan tertentu

sahaja. Bagaimanapun, permintaan daripada orang ramai menyebabkan anak kelahiran

Kelantan itu mengkomersialkan sepatu di bawah labelnya.

Bermula daripada situ, Bill serius memulakan seberapa banyak rekaan kasut. Pastinya,

label Bill Keith yang tertera di kasut mempunyai keistimewaan kerana selain faktor 

keselesaan, kreativiti sentuhan Bill sememangnya luar biasa..

Jelas Bill, dalam menghasilkan sepasang sepatu, langkah pertama sudah tentu

membuat lakaran rekaan kasut yang diinginkan. Menzahirkan lakaran unik, cantik dan

terkini menuntut cabaran yang bukan sedikit.

Tidak ketinggalan, memastikan kedua-dua belah kasut kiri dan kanan selesa

disarungkan. Selepas selesai menghasilkan rekaan kasut, Bill akan memanjangkan

lakarannya kepada seorang pakar pembuat kasut, T. S. Leow.

Leow merupakan Pengarah Urusan kilang kasut Ultimate Footwear yang terletak di

Pandan Perdana, Kuala Lumpur. Baik dari segi penggunaan bahan-bahan membuat

kasut sehingga ke peringkat ingin mengemaskan jahitannya, Bill memberi sepenuh

kepercayaan kepada Ultimate Footwear untuk merealisasikan sepatu anggun yang

diimpikannya.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 29/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

29

Meskipun melepaskan sentuhan seterusnya kepada orang lain, Bill tetap meluangkan

masa memantau proses pembuatan kasut sekali gus memberi tunjuk ajar. Ini kerana

bagi menjamin kualiti, memandangkan Bill turut memasarkan produknya itu ke luar 

negara.

Mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam pembuatan kasut, selain

menghasilkan jenama Bill Keith, kongsi Leow, Ultimate Footware juga sering menerima

tempahan daripada jenama luar negara seperti Tosca Blu dan Pagnini dari Itali dan

Migato dari Greece.

Bukan sekadar menerima tempahan dari luar negara, Leow juga mempunyai jenama

keluarannya sendiri iaitu Paula Moda selain turut menguruskan rekaan kasut Bill Keith.

Namun, Paula Moda hanya dihasilkan untuk pasaran eksport ke 20 buah negara,

antaranya Itali, Perancis, Turki, Qatar dan Kuwait.

Meskipun jenama itu seusia dengan penubuhan kilang itu pada 18 tahun lalu, ia belum

pernah dipasarkan di Malaysia. Alasannya Leow, 53, ingin membina nama di peringkat

antarabangsa terlebih dahulu.

Bercerita mengenai proses pembuatan sepatu di kilangnya, Leow memberitahu

langkah-langkah untuk membuat sepasang kasut adalah sama untuk semua jenama.

Yang berbeza hanya dari segi bahannya iaitu sama ada 100 peratus kulit atau PVC..

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 30/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

30

Cerita Leow, pekerjanya akan memulakan proses menghasilkan kasut dengan

meletakkan lakaran pereka di atas bahan kulit atau PVC sebelum membuat potongan

mengikut rekaan itu.

Setelah siap, setiap cebisan akan digam atau dijahit untuk membentuk sepasang kasut.

Selepas itu barulah kemasan dan hiasan tambahan dilakukan seperti kerja tampalan

manik.

Untuk kerja tampalan manik, peralatan yang digunakanialah seterika yang akan ditekapkan di atas manik

tersebut selama tiga saat.

Tetapi perlu diingat, sebelum manik itu diseterika, ia

perlu dialas dengan kain terlebih dahulu. Kasut yang

telah siap kemudian akan disatukan dengan tapak

kasut mengikut ketinggian yang diingini perekanya.

Untuk menambah ketahanan tapak supaya tidak mudah tercabut, proses

melekatkannya tidak sekadar menggunakan tenaga pekerja, bahkan sebuah mesin

membantu meneguhkannya.

Masalah yang akan timbul sekiranya tidak menitikberatkan perkara asas dalam

pembuatan kasut bertumit tinggi adalah ketidakseimbangan tumit. Perkara itu terjadi

kerana pekerja tidak menggunakan paku yang sesuai atau teknik yang salah ketika

melekatkannya.

Paku yang bagus mestilah bergigi dan menggunakan sekurang-kurangnya empat paku

bagi satu tumit. Cara melekatkannya juga kena betul iaitu jangan terlampau lurus,

pastikan ia berada dalam kedudukan 45 darjah.

Dari segi saiz pula, ia mempunyai pelbagai jenis bergantung pada potongan dan rekaan

kasut.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 31/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

31

Saiz itu juga tidak boleh dikongsi untuk rekaan lain kerana ia akan menimbulkan

masalah seperti si pemakai akan rasa sakit dan sebagainya.

Perniagaan turun-temurun

Kekecewaannya apabila dunia fesyen tempatan seperti terlepas pandang mengenai

kehebatan rekaan kasut. Ramai pereka fesyen lebih tertumpu untuk menghasilkan

pakaian sahaja sedangkan perniagaan kasut

memerlukan lebih ramai pakar.

Sedangkan katanya, syarikat luar membuat tempahan

kasut mereka di sini kerana negara mereka tidak

mampu menyediakan tenaga kerja yang ramai.

Disebabkan kosnya terlalu tinggi, mereka lebih selesa

memilih Malaysia sebagai destinasi pembuatan kasut

terbaik.

Berkongsi cabaran yang diterima sepanjang

mengusahakan perniagaan itu kata Leow, dia perlu

menjaga kebajikan pekerjanya. Ini kerana tidak ramai

pembuat kasut yang mempunyai kepakaran terutama dalam menyediakan bentuk kasut

yang tepat supaya selesa dipakai.

Perkara tersebut dilihat sebagai cabaran kerana Leow perlu mendapatkan kepercayaan jenama kasut untuk membuat tempahan di Ultimate Footware.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 32/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

32

Dapat Idea di Tanah Haram

KESUNGGUHAN dan semangat untuk membuktikan kejayaan menjadi pendorong kuat

kepada Hamidah Abdul Jalil, 48 mengusahakan tanaman stevia, sejenis tumbuhan

yang menghasilkan pemanis semula jadi.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 33/48

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 34/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

34

Dia yang juga Pengarah Urusan Rigap Mekar Sdn Bhd, daun pokok stevia hayat yang

dihasilkan 100 peratus manis semula jadi berbanding klon asal yang terdapat di

Paraguay. Rasa manis semula jadi daun pokok berkenaan sememangnya terbukti

dengan cara kita memakan pucuknya tanpa perlu dikeringkan terlebih dulu.

Dia kini mempunyai ladang seluas 16 hektar di Muadzam Shah, Rompin dan projek

berkenaan akan diperluaskan dengan pembukaan ladang baru di Kuantan akhir tahun

ini. Pokok stevia ialah sejenis tumbuhan yang manja dan sensitif, mudah mati apabila

cuaca sejuk dan terlalu panas. Pelbagai teknik dan kaedah digunakan untuk

memastikan usaha berkenaan tidak menemui kegagalan.

Menurutnya, bagi mendapatkan pengiktirafan dia melantik penyelidik Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sirim untuk membuat kajian terhadap kandungan

kimia selain keberkesanan terhadap kesihatan manusia. Bukan semua pokok stevia

yang ada mampu menghasilkan rasa manis semula jadi seperti stevia hayat, justeru

pengguna perlu lebih faham bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

 Ada pihak yang membuat teh jenama stevia menggunakan gula untuk menimbulkan

rasa manis yang didakwa semula jadi. Hamidah berkata, teh stevia hayat yangdihasilkan mampu membantu menurunkan kadar gula dalam darah, menstabilkan

tekanan darah, melawaskan kencing, menurunkan berat badan serta membunuh

bakteria, kulat dan virus.

Selain menghasilkan teh stevia hayat, dia menghasilkan pelbagai produk berasaskan

stevia seperti sabun, syampu dan bahan mandian.

Dia kini menjual produk jenama hayat secara terus kepada pengguna dan kini

permintaan terhadap teh stevia hayat memang menggalakkan terutama daripada

penghidap kencing manis.

Disebabkan pengeluaran yang terhad, syarikat berkenaan masih tidak mampu

memenuhi permintaan pasar raya terkemuka yang ingin memasarkan semua produk

dihasilkan.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 35/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

35

Kuih bakar Nura ke Perancis

SUKARNYA hidup dilalui satu waktu dulu menyebabkan dia bertekad membangunkan

perniagaan bagi keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pemilik Perusahaan As-Nura, pengeluar makanan sejuk beku dan biskut itu, lahir 

daripada keluarga susah. Mereka tinggal di kawasan terpencil dalam kebun getah di

Sungai Pening, Semenyih. Tanpa jiran tetangga, tempat berteduh mereka sekeluargahanya pondok beratap nipah dan berdinding serta lantai buluh.

Ketika peristiwa hitam 13 Mei, keluarga Nura terbabit dalam program penempatan

semula menyebabkan dipindahkan ke Kampung Pasir, Semenyih.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 36/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

36

Bapanya menyara hidup dengan menoreh getah manakala ibunya menanam jagung

dan ubi kayu di tanah kerajaan untuk menampung belanja dapur.

Disebabkan desakan hidup, ketika berusia 10 tahun, Nura yang sepatutnya bersekolah

agama pada sesi petang terpaksa mengorbankan pencarian ilmu kerana perlu

membantu ibunya menjual jagung dan kacang rebus. Bertemu jodoh pada usia 21,

seperti pasangan lain, Nura dan suami mengimpikan hidup bahagia dan masa depan

lebih cerah.

Namun, dia diuji apabila suaminya, Mohd Jasmi Tan Abdullah, diberhentikan kerja

ketika kemelesetan ekonomi sekitar 1984 - 1985, sementara dia sendiri tidak bekerja.

Nura sekali lagi diduga apabila anak sulung, Zarith Sofiah, yang ketika itu darjah satu,

dilanggar kereta ketika melintas jalan pulang dari sekolah. Kemalangan itu

menyebabkan gegaran otak hingga anaknya lumpuh empat tahun.

Kekusutan hidup mula terurai apabila Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) membantu

anak sulungnya yang kemalangan. Nura dikehendaki menghadiri beberapa kursus

untuk membolehkan dia melatih anaknya menjalani latihan fisioterapi.

Peluang untuk bebas daripada kesempitan hidup semakin terbuka apabila Nura

ditawarkan menjadi tenaga pengajar dalam Pusat Didikan dalam Komuniti (PDK).

Selain menjual kuih, Nura yang bekerja dengan JKM mengajar kanak-kanak istimewa,

menguruskan latihan fisioterapi dan membuat tinjauan di rumah orang cacat.

Bagaimanapun, wang berkenaan turut digunakan untuk membayar hutang peguam

yang menguruskan tuntutan itu. Ketika sesak, atas belas ihsannya, kami meminjam

wangnya, jadi apabila menerima pampasan, terpaksa membayar wang dipinjam.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 37/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

37

Ketika dihantar menghadiri kursus asas taska dan menjadi tenaga pengajar di pusat

asuhan kanak-kanak, Nura nampak lebih banyak peluang. Dia menyambung pelajaran

melalui Program Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai

persediaan membuka tadika dan membeli rumah setinggan berharga RM6,000.

Produk itu dipasarkan ke kedai runcit dan kantin sekolah dan kilang. Sambutan diterima

sungguh menggalakkan, sekali gus mengubah nasib mereka sekeluarga.

Menurutnya, apabila kehidupan semakin cerah, mereka mengambil keputusan

menghantar semua anak bersekolah aliran Cina.

Menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Nura

menerima kemudahan ditawarkan dalam Persatuan Wanita Pekebun Kecil (PTWK).

Sebagai anak pekebun kecil, Nura layak mendapat bantuan, apatah lagi apabila Risda

melihat dirinya ada potensi dalam perniagaan.

Lebih membanggakan, kuih bakar sebagai produk utama keluaran Nura berjaya

menjengah ke Perancis selepas sebanyak 500 biji dibawa secara persendirian oleh

orang perseorangan untuk dipasarkan di negara itu.

Produknya turut menerima tempahan satu kontena dari Brunei, tetapi masih belum

dapat dipenuhi kerana masalah pengeluaran.

Produk keluaran Perusahaan As-Nura turut dihantar ke hotel dan syarikat pengeluar 

makanan sejuk beku manakala untuk Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Nura

membekalkan kuih segar.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 38/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

38

Selain kuih bakar sebagai produk utama dengan empat perisa, pandan, jagung, keladi

dan labu, Nura turut menawarkan karipap, donat, keria, badak, kuih kasturi dan bom

bijan.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 39/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

39

Cabaran usahawan mi

JIKA diberi peluang menjengah ke kilang

memproses mi dan kuetiau, anda pastinya

akan teruja menyaksikan keunikan produk

makanan itu disediakan.

Selama ini kita hanya melihat ia dijual di

pasar secara mentah selain disediakan

dalam bentuk yang telah di masak sama

ada goreng atau berkuah.

Bercerita dengan pemilik kilang, Norlaile Jalaludin, 40, dia amat bersyukur kerana

akhirnya berjaya membangunkan syarikat perniagaan yang diberi nama Bendang

Panjang Enterprise setelah melalui pelbagai cabaran.

Bermula sebagai peniaga mi dan kuetiau goreng di pasar malam sekitar Kuala Kangsar,

Perak, idea untuk menghasilkan bahan mentah sendiri timbul pada tahun 2003.

Nasib menyebelahi Norlaile apabila abang iparnya telah memperkenalkan dia dengan

seorang pengusaha kuetiau dari Kelantan.

Bagi memenuhi hasratnya, dia tidak melepaskan peluang keemasan itu dengan

berkunjung sendiri ke Kelantan dan berjumpa dengan pengusaha tersebut.

Selama seminggu, dia menuntut ilmu serta mempelajari teknik yang betul dalam proses

membuat mi dan kuetiau.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 40/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

40

Lanjutan daripada itu, dengan modal RM45,000 hasil duit simpanannya, Norlaile telah

membeli lima mesin memproses mi untuk memulakan perusahaan.

Pada peringkat awal, dia hanya menyewa di tapak industri kecil dan sederhana (IKS) di

Lubuk Merbau, Perak selama tiga tahun. Menjelang tahun 2004, Norlaile telah

membuat pinjaman daripada Mara sebanyak RM150,000 untuk membeli beberapa

peralatan tambahan termasuk mesin memproses kuetiau.

Walaupun sibuk dengan perusahaan berkenaan, namun dia dan suami Sanit Kimi, 49

masih meneruskan perniagaan di pasar malam.

Ketika itu, dia memperoleh sumber mi sebanyak 300 kilogram (kg) dan kuetiau (300 kg)

dari pengusaha di Pulau Pinang yang dihantar kepadanya setiap dua hari sekali.

Tidak semudah yang disangka, selama hampir dua tahun beroperasi , dia berhadapan

kesukaran dalam proses pembuatan yang tidak menjadi di samping menanggung kos

yang tinggi.

Tahun demi tahun, dia semakin mahir dalam aktiviti tersebut dan hari ini, dianggarkansebanyak 30 guni tepung bersamaan 1,500 kg diperlukan untuk membuat mee dan

1500 kg lagi untuk kuetiau.

Pada tahun 2005 pula, dia telah menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian untuk

membina bangunan kilang dan stor simpanan di Kampung Bendang Panjang, Perak.

Tahun 2009 pula menyaksikan penerimaan pinjaman oleh pihak Agrobank bernilai

RM50,000. Melihat daripada sudut pasaran, produk mi dan kuetiau di bawahpenjenamaan An-Nur itu kini diedarkan ke beberapa lokasi sekitar Perak.

 Antaranya seperti Gopeng, Teluk Intan, Gerik, Bagan Serai, Ipoh, Taiping dan Kuala

Kangsar.

Bagi tujuan penghantaran, syarikatnya mempunyai tiga orang pemandu supaya bekalan

tiba tepat pada waktu yang dijanjikan.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 41/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

41

Kesemua produk mi dan kuetiau di pek dalam bungkusan plastik dengan pilihan berat

setengah kg, satu kg dan dua kg mengikut permintaan.

Berdasarkan harga pula, produk makanan itu dijual pada harga berbeza mengikut

lokasi iaitu sekitar RM1 untuk setengah kg dan RM2 untuk satu kg.

Ketika ditanya mengenai cabaran lain yang dihadapinya, Norlaile memberitahu, dia

perlu bersaing dengan beberapa pengusaha bukan bumiputera dari segi ruang pasaran

dan juga harga.

Masalah lain yang dihadapi adalah seperti aktiviti penyelenggaraan mesin dankelengkapan secara berkala. Beliau yang menjadikan suami dan adik-beradik sebagai

pendorong turut bercadang melengkapkan kilangnya dengan mesin moden dan

berteknologi tinggi seperti mesin pembungkus automatik pada masa depan.

Ia bertujuan meningkatkan pengeluaran produknya di samping memenuhi kualiti seperti

yang diinginkan pengguna.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 42/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

42

Empayar bermula dengan RM30

Mempunyai seramai 20 pereka, tidak mustahil sekiranya Jakel dilabelkan sebagi 

gedung tekstil terkemuka tanah air. Bangga dengan rekaan corak tersendiri, Jakel 

sering mendapat perhatian ramai khususnya menjelang musim perayaan. 

Mengangkat intipati pesanan itu sebagai azimat niaga, ia nyata telah menjadi suntikan

motivasi hingga terbinanya sebuah jenama gedung tekstil tersohor di Malaysia.

Merupakan anak kedua daripada 12 adik-beradik, Mohamed Faroz merupakan

peneraju utama yang menaikkan nama Jakel sehingga ia dikenali umum.

Mengimbas kembali penubuhan Jakel sejak tahun 1985, perniagaan itu hanya

beroperasi di sebuah premis yang kecil di Muar, Johor.

Hanya berbekalkan modal RM30 dan dua tenaga kerja, Jakel menjalankan perniagaan

secara kecil-kecilan dan runcit tanpa membayangkan keuntungan besar.

Tahun demi tahun mereka berniaga untuk survival masa hadapan. Perkembangan

skala operasi dan jaringan bisnes tidak sekali-kali mengubah prinsip asas mereka iaitu

untuk menjual jenis fabrik yang mampu dimiliki oleh semua golongan.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 43/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

43

Cabaran membina nama

Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan Jakel yang berdiri teguh pada hari ini selepastempoh lebih 25 tahun, bukan sedikit liku dan cerita jatuh bangun yang didepani

syarikat itu.

Menurut Mohamed Faroz, pernah ada pihak yang menyebarkan fitnah kononnya kain

yang mereka jual tidak bermutu tinggi dan berharga

mahal.

Tidak cukup dengan itu, ketika negara mengalamikrisis ekonomi pada tahun 1996, Jakel turut menerima

tempiasnya. Tetapi disebabkan Jakel mempunyai

strategi perniagaan yang baik, keadaan itu tidak terlalu

menjejaskan kedudukan operasi Jakel.

Siapa sangka ketika banyak syarikat bergelut dengan

iklim ekonomi sekitar tahun 1997, Jakel dilimpahi

rezeki apabila mampu membesarkan ruang niaga

dengan membeli panggung wayang Rex untuk

dijadikan stor dan jualan runcit di Segamat, Johor.

Menyentuh mengenai cawangan syarikat yang kini

sudah mencecah sebanyak 18 buah, Mohamed Faroz

memberitahu, ilham tersebut bermula pada tahun

2000.

Ketika berada di Segamat, boleh dikatakan setiap hari

Jakel menerima kunjungan lawatan daripada pembeli yang mana kebanyakannya dari

luar Johor. Dari situ terdetik untuk memperbanyakkan lagi cawangan di kota-kota lain di

seluruh negara.

KEISTIMEWAAN gedung dan

 jenama Jakel menjadi buah

mulut wanita urban di bandar 

hingga pelosok desa.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 44/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

44

Premis yang terletak di Kuala Lumpur sebenarnya mula ditubuhkan pada tahun 2008.

Ternyata usaha melebarkan sayap ke ibu negara membuahkan hasil yang lebih

lumayan buat Jakel.

Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan biasa.

Bahkan, ia turut dipilih sebagai gedung tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka

fesyen tanah air.

 Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima ramai kerana konsep mesra pelanggan

yang diterapkan syarikat itu amat berkesan.

Hari ini, Jakel muncul sebagai syarikat pengimport dan penjual utama produk tekstil

untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Kejayaan besar Jakel apabila syarikat itu mendapat hak eksklusif menjual jenama-

 jenama kain terkenal, termasuk Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel

Ungaro.

Bagi himpunan yang tidak terlalu mahal, pelanggan boleh memilih seleksi fabrik seperti

sutera Korea, sutera sulaman Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.

Melewati usia 25 tahun, kejayaan Jakel dilihat semakin menyinar di persada tekstil

negara apabila membuka cawangan baru di Seksyen 7, Shah Alam pada 25 April ini.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 45/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

45

Gedung seluas 7,432 meter persegi itu memenuhi permintaan pelanggan yang tidak

memerlukan orang ramai berkunjung ke tempat lain untuk mendapatkan fabrik.

Jelasnya, bangunan setinggi enam tingkat itu akan dimuatkan dengan pelbagai jenis

fabrik yang sesuai dijadikan baju tradisional atau pengantin. Malah, butik terkenal

 Arianni turut diletakkan di dalam gedung yang sama bagi penggemar dan pemakai

tudung.

JAKEL pernah menaja material bagi persiapan persalinan Datuk Siti Nurhaliza ketika

penyanyi tersohor negara itu menjayakan Konsert Satu di Istana Budaya tahun lalu. .

Selain itu, Jakel turut tidak melepaskan peluang membantu peniaga Bumiputera

dengan menyediakan kemudahan francais. Menariknya, francais yang diberikan itu

bukannya meletakkan label nama Jakel, sebaliknya pemilik kedai tersebut boleh

menggunakan pilihan nama sendiri.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 46/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

46

.

Rai pelanggan 

Dalam pada itu, sempena ulang tahun Jakel ke-25

yang hanya diraikan sekali setahun, gedung ternama

tersebut mengadakan promosi hebat untuk

menghargai pelanggan mereka yang setia memberi

sokongan.

Bermula 26 Mac hingga 18 April ini, orang ramai bolehmendapatkan habuan menarik apabila membeli-belah

di Jakel kerana setiap pembelian akan menerima

ganjaran istimewa.

Hadiah tersebut bukan hanya untuk pembeli bertuah,

tetapi semua pelanggan boleh menikmati promosi

tersebut apabila setiap pembelian RM250 ke atas akan

mendapat hadiah fabrik bernilai RM50.

PARA peserta pertandingan Miss World Tourism 2009 turut mengunjungi Jakel.

PELBAGAI pilihan kain

bermutu tinggi boleh

disesuaikan dengan bajet

pelanggan.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 47/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

47

Sementara itu, bagi yang meniti detik menjadi raja sehari, pembelian set pakaian

pengantin renda Perancis yang berharga RM259 bakal menerima hadiah kain songket

bernilai RM100.Bukan setakat fabrik untuk pakaian, mereka yang membeli langsir 

berukuran 10 meter bakal dihadiahkan dengan tambahan langsir berukuran lima meter.

Tawaran yang disediakan ini memang menguntungkan apatah lagi ia bukannya terhad

kepada bilangan pelanggan tertentu yang ke gedung kami.

7/21/2019 Koleksi Kisah Usahawan Berjaya

http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-kisah-usahawan-berjaya 48/48

[KOLEKSI KISAH USAHAWAN BERJAYA]  2010

Bibliography1.ALLADAD, A. (n.d.). EMPAYAR BERMULA DENGAN RM39. Retrieved FEBRUARI ISNIN, 2010, from

[email protected]

2. DARUS, M. B. (n.d.). MINUMAN BERGAS ROSELLE . Retrieved FEBRUARI ISNIN, 2010

3.DARWI, S. (n.d.). UNTUNG BESAR JUAL BENIH KURMA. Retrieved FEBRUARI ISNIN, 2010

I4.BRAHIM, K. (n.d.). TAPAI NAIKKAN NAMA FELDA BUKIT WAHA. Retrieved JANUARY 2010

5.IBRAHIM, K. (n.d.). TAPAI NAIKKAN NAMA FELDA BUKIT WAHA. Retrieved MAR ISNIN, 2010, from

[email protected]

6.JAMALUDDIN, N. (n.d.). USAHAWAN BERAS FAIZA. Retrieved FEBRUARI ISNIN, 2010, from

[email protected]

7.MAJID, N. A. (n.d.). USAHAWAN MI SIMPUL. Retrieved FEBRUARI ISNIN, 2010

8.OMAR, S. N. (n.d.). DULU SAINTIS KINI USAHAWAN KELISA. Retrieved FEBRUARI ISNIN, 2010, from

[email protected]

9.SHARUDDIN, N. A. (n.d.). CABARAN USAHAWAN MI. Retrieved FEBRUARI ISNIN, 2010, from

[email protected]