konsep insan bermoral

23
MOHD DZULKIFLI A. JALIL & m. Asrar Sidon Pensyarah BIDANG MORAL JAB. PEND. ISLAM DAN MORAL, IPTHO Jun 2012

Upload: hui-bao-yeoh

Post on 13-Oct-2015

321 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Pendidikan Moral ELM 3101

TRANSCRIPT

  • MOHD DZULKIFLI A. JALIL & m. Asrar SidonPensyarah BIDANG MORALJAB. PEND. ISLAM DAN MORAL, IPTHOJun 2012

  • MODEL INSAN MORALDimensi Moral Insan berakhlak mulia yang sempurna mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan tingkah moral.

  • Dimensi Moral(a) Penaakulan Moral ( Kognitif / Pemikiran)Pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas.Penting untuk keadilanKesedaran moralMengetahui nilai-nilai moralEmpatiPenaakulanMmebuat keputusanMengenali diri

  • Dimensi Moral(b) Emosi MoralEmosi atau kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Penting untuk kepedulianNurani hatiHarga diri( self-esteem)Kawal diriRendah diri (humillity)Menyayangi yang baik

  • Dimensi Moral(c) Perlakuan MoralTingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuannya.KecakapanKekuatan diriTabiat

  • RumusanSeseorang individu perlu mengembangkan ketiga-tiga dimensi moral, iaitu penaakulan moral (pertimbangan moral), perasaan moral dan perlakuan moral (amalan moral).Pendidikan Moral kini sedang menghala kepada aspek pemupukan dimensdimensi moral ini.Ketiga-tiga dimensi moral adalah saling berkaitan dan sama-sama digunakan bila seseorang individu apabila membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan.

  • Sifat-Sifat Individu Yang Bermoral Sifat-sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaanya. Namun begiru kadangkala sesorang itu bertindak kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan permikiran.

  • Prinsip-Prinsip Individu BermoralTerdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing-masing mempunyai fahaman yang tersendiri.

    Terdapat teori-teori yang meletakkan kepuasan hati dan keseronakan sebagai sifat moral, ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya yang mempunyai banyak kelemahan dan menerima berbagai-bagai kritikan.

    Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain.

    Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral.

    Pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadialn, prinsip alturisme dan prinsip autonomi.

  • Prinsip-prinsip Individu Bermoral(a) Prinsip KeadilanRamai orang memperkatakan tentang keadilan.Ada yang mengatakan adil itu saksama, seimbang, samarata dan samarasa.Namun begitu samaraata tidak juga menunjukkan keadilan bila seorang yang berkerja lebih tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal aslah keadilan bagu mereka dan bukan hanya sama dengan orang lain.Agama Islam pula mendefiniskan keadilan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya iaitu tempat yang sesuai dan sepatutunya.

  • Bagi Aristote yang banyak menulis tentang konsep keadilan menyatakan adil itu sebagai fair-minded,tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable way).Di antara prisnsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum iaitu keadlian sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum.Keadilan distributive iaitu adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan perjanjian antara manusia.Ia juga merangkumi kemahuan kepada peraturan. Kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.

    (a) Prinsip Keadilan (sambung)

  • Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan ianya berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial.Ianya merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat.Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk kepentigan diri sendiri.

    (a) Prinsip Keadilan (sambung)

  • Prinsip-prinsip Individu Bermoral(b) Prinsip AlturismeApa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain dan dalam membuat sesuatu pertimbangan adlah lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkaan belas kasihan, simpati, memandong penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.Alturisme juga akan menjauhkan individu daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri.

  • (b) Prinsip Alturisme (sambung)Alturisme adlah perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk kebaikan orang lain mengatasi kepentigan diri sendiri.Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkerimanusiaan.Perassan kasih sayang, simpati dan empati menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.

  • Prinsip-prinsip Individu Bermoral(c) Prinsip Autonomi

    Adakah kita bebas membuat pertimbangan?Persoalan ini ada kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan bebas.Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikaterigorikan sebagai moral.Individu itu todak mengakuri tanggungjawab moral tetapi hanya mematuhu perintah dari kuasa luar.

  • (c) Prinsip Autonomi (sambung)Dari perspektif bahasa pula autonomi bersal sari suku kata Autos bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang.Ini boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalan dan alasan sendiri.Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih sesuatu.Perlakuan dan pertimbangan individu aslah hasik tekanan kuasa atasan.Coantohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan.

  • Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adlah agen autonomi dari segi prinsip moral dan motif untuk suatu tindakan.Sepatutunya prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang rasional pada mana-mana tempat, sama ada di peringkat negara atau institusi, syarikat, keluarga dan sebagainya.(c) Prinsip Autonomi (sambung)

  • Sahsiah Guru Pendidikan MoralPeranan guru-guru di sekolah memang terlalu banyak dan semakin hari semakin memcabar.Tugas mereka bukan sahaja meliputi tugas-tugas rutin bilik darjah tetapi bertindak sebagai kerani. Kaunselor, pengadil, penasihat, penilai, jurulatih, guru displin dan sebagainya.Tugas mendidik insan bermoral bukanlah sesuatu yang mudah.Sahsiah meliputi segala perlakuan, perwatakan, sifat peribadi, penamoilan diri seseorang dan sebagainya.

  • Seorang guru adlah model yang menjadi tontonan pelajar dan bakal diikuti tunjuk ajarnya.Jadi sahsiah guru perlulah sesuai dengan sifatnyasebagai guru yang perlu memiliki sifat-sifat mulia dan terpuji supaya tidak berlaku seperti pepatah melayu ketam mengajar anaknya berjalan betul.Guru yang mempunyai akhlak yang baik dan keperibadian yang mulia akan disangjung tinggi oleh pelajar-pelajar.Guru-guru Pendidikan Moral seharunya menjadi role mmodel kepada pelajar kerana guru dinaggap sebagai orang yang lebih berwibawa dalam hal ini sudah tentu lebih diperhatikan sahsiah mereka.Sahsiah Guru Pendidikan Moral(sambung)

  • Ciri-Ciri Sahsiah Guru Pendidikan MoralAntara ciri-ciri sahsiah yang perlu ada pada guru pendidikan moral ialah:Sifat dedikasi, rajin menjalankan tigas sesuai dengan profesion perguruan.Guru perlu menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran demi memantapkan diri dalam bidang pendidikan.Kepentingan pelajar-pelajar perlu diutamakan bagi mengatasi kepentingan peribadi.Memahami pelajar dengan memahami teori-teori pendidikan dan ilmu psikologi

  • Tidak pilih kasih dikalangan pelajar berdasarkan rupa paras, kebilehan, ras status sosio ekonomi dan sebagainya.Curahan kasih sayang kepasa pelajar-pelajar seperti kata Al-Ghazad Sayangilah pelajar-pelajar kamu seperti kamu sayangi anak-anak kamu.Amanah dan menyimpan rahsia pelajar supaya sentiasa diyakini dan dipercayai.Perlakuan, tatacara, percakapan, tatahias dan kekemasan diri juga perlu sesuai dengan profesion perguruan.

    Ciri-Ciri Sahsiah Guru Pendidikan Moral

  • Membantu pelajar-pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga untuk mengatasimasalah moral.Memiliki watak-watak terpuji dan keperibadian mulian seperti sabar, jujur, rajin, cekap tidak sombong dan sebagainya.Berpegang kepada prinsip-prinsip autonomi, keadilan dan altruisme kerana ketiga-tiga prinsip di atas akan menjamin kewibawaan guru.Memiliki sifat-sifat dimensi moral yang meliputi aspek pemikiran, perasaan dan perlakuan.Ciri-Ciri Sahsiah Guru Pendidikan Moral

  • RumusanPada amnya semua guru adalah guru pendidikan moral tetapi tanggungjwab secara khusus mengajar nilai-nilai moral aslah guru-guru pendidikan moral.Semua guru perlu mempunyai sahsiah yang baik tidak kira guru pendidikan moral ataupun guru-guru mata pelajaran lain kerana jika guru kencing berdiri murid kencing berlari