kuliah hadis dr fathi minggu 2

Upload: asrul-azam-shafie

Post on 06-Jul-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Kuliah Hadis Dr Fathi Minggu 2

    1/5

    NOTA ULUM HADIS

    Minggu ke-2: Kelas Ulum Hadith Al-Sakandary

    Kelas #2: 5 Mac 2015 @ 14 Jumada Awal 1436

    Bismillah, alhamdulillah, wa ba’d. Minggu lepas kita telah berbincang berkenaan definisi Ulum Hadith

    serta Mustolah Hadith, dan kita telah melihat beberapa contoh buku-buku dalam Ulum Hadith karya

    ulama awal yakni Mutaqaddimin, hari ini insyaAllah kita akan lihat sekilas berkaitan penulisan-penulisan

    penting dalam Ulum Hadith khasnya Mustolah Hadith.

    Sekilas berkenaan penulisan-penulisan penting dalam ulum hadith, sejarah serta perkembangannya:

    Seperti yang telah saya sebutkan minggu lepas, para ulama hadith Mutaqaddimin yang awal pada zaman

    keemasan hadith (golden age of hadith) tidaklah menyusun sebuah buku khas dalam bab Ulum Hadith

    dan Mustolah, kerana mereka beramal dengan ilmu ini secara amali praktikal, disebabkan ini maka

    kurang penulisan ataupun boleh dikatakan tiada langsung.

    Yang dimaksdkan saya di sini ialah buku khas yang membicara cara-cara menilai hadith, cara mengenal

    yang Sahih dan yang Dha'if, sebagaimana yang biasa kita lihat dalam buku-buku Ulum Hadith atau

    Mustolah Hadith moden ini.

    Sehinggalah datangnya Mutaakhkhirin, zaman kejatuhan kajian hadith, disebabkan kefahaman serta

    penguasaan atas ulum hadith semakin berkurang, ditambah pula pengaruh luar ilmu kalam serta

    falsafah dan fiqh meresap dalam ulum hadith, maka mereka mencipta qawaid-qawaid berdasarkan

    pemerhatian mereka atas amali praktikal para huffaz Mutaqaddimin,

    Malangnya mereka bergantung banyak kepada qawaid-qawaid serta mengabaikan qarain-qarain, hingga

    mereka menjadi terlalu terikat dengan qawaid-qawaid ini, ditambah pula tidak sedikit qawaid-qawaid ini

    tidak menggambarkan cara sebenar para huffaz mutaqaddimin menilai hadith, sebaliknya ia hanyalah

    sebagai pendekat secara umum sahaja. Baik..

    Antara sumber utama (usul) penulisan dalam Ulum Hadith, seperti yang saya sebutkan pada minggu

    lepas ialah:

    1- Buku-buku Mutun

    2- Buku-buku Jarh & Ta’dil 

    3- Buku-buku ‘Ilal 

    4- Buku-buku Sualat

    5- Buku-buku al-Ajza’ 

  • 8/16/2019 Kuliah Hadis Dr Fathi Minggu 2

    2/5

    Saya telah sebutkan buku-buku mutun semisal al-Jami’ al-Sahih karya al-Bukhari, serta al-Jami’ al-Sahih

    karya Muslim al-Hajjaj, serta al-Jami’ al-Mukhtasar karya al-Tirmizi, keduanya murid hebat al-Bukhari.

    Serta Musnad karya Ahmad bin Hanbal, serta Sunan karya Abu Daud, muridnya Ahmad. Serta Muwatta

    karya Malik, Imam Darul Hijrah, gurunya al-Syafie, dan lain-lain.

    Dan saya juga telah sebutkan buku-buku Jarh & Ta’dil semisal al-Thiqat karya al-Ijli, serta al-Tarikh karyaAbi Zur’ah al-Dimashqi, serta al-Ma’rifat wa al-Tarikh karya al-Fasawi, serta Muqaddimah al-Jarh wa al-

    Ta’dil karya Ibn Abi Hatim, anaknya Abi Hatim al-Razi, imam besar Jarh & Ta’dil, sahabatnya Abu Zur’ah

    al-Razi.

    Juga saya telah sebutkan buku-buku ‘ilal semisal al-‘Ilal karya Ibn Abi Hatim, al-‘ilal karya al-Daraquthni,

    kedua buku ini adalah usul dalam manhaj al-ta’lil (metod meng’ilalkan hadith) bagi mutaqaddimin,

    bahkan berkata guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Abu ‘Ali al-Harith al-Hasani, syaikhul hadith di Darul

    Hadith Samarra, muridnya al-Syaikh Subhi al-Samarraie: “sesiapa yang menela’ah kedua buku ini dengan

    mendalam, nescaya akan jelas kepadanya akan kesalahan-kesalahan dalam qawaid ta’lil hadith yang

    digunapakai oleh Mutaakhkhirin dalam buku-buku mustolah”. 

    Saya terlupa menyebut buku-buku Sualat pada minggu lepas, buku-buku Sualat (iaitu soalan-soalan) ini

    adalah himpunan soalan-soalan seorang murid kepada guru-gurunya, misalnya Sualat Ibn Abi Syaibah Li

    Ibn al-Madini yang merupakan himpunan soalan Ibn Abi Syaibah kepada gurunya ‘Ali ibn al-Madini, juga

    Sualat Abi Daud Li Imam Ahmad, yang merupakan himpunan soalan Abi Daud kepada gurunya Ahmad

    bin Hanbal, juga Sualat al-Darimi Li Ibn Ma’in yang merupakan himpunan soalan al-Darimi kepada

    gurunya Ibn Ma’in. 

    Ini contoh, buku Sualat Ibn Abi Syaibah kepada 'Ali Ibn al-Madini dlm perpustakaan bilik saya..

  • 8/16/2019 Kuliah Hadis Dr Fathi Minggu 2

    3/5

     

    Lagi contoh, himpunan kalam-kalam Imam Ahmad dalam 'ilal hadith, di perpustakaan saya.

    Lagi contoh, buku 'Ilal al-Hadith karya al-Imam 'Ali ibn al-Madini, ini edisi tahqiq guru saya al-Syaikh

    Mazen al-Sirsawiy..

    Baik..

  • 8/16/2019 Kuliah Hadis Dr Fathi Minggu 2

    4/5

    Sesungguhnya belajar adalah dengan bertanya, dan amalan menghimpunkan jawapan-jawapan kepada

    soalan-soalan yang ditanya kepada guru merupakan sunnah para Salaf, maka dianjurkan para penuntut

    ilmu zaman ini mengikuti tauladan para Salaf, himpunlah soalan-soalan kita kepada para guru-guru kita,

    moga ia boleh dibukukan kelak, saya alhamdulillah telah memulakan amalan ini sikit demi sedikit, dan

    himpunan soalan-soalan saya kepada guru-guru saya telah saya himpunkan dalam nota Facebook

    bertajuk “Himpunan Soalan Dr. Fathi al-Sakandary”, dianjurkan membacanya, moga bermanfaat. 

    Baik…kemudian yang saya tidak sempat sebutkan minggu lepas ialah buku-buku al-Ajza’, misalnya buku

    al-Risalah karya al-Syafie, serta Ma’rifat al-Muttasil karya al-Bardiji, serta Juzu’ ‘Abdullah bin al-Zubair al-

    Humaidi dan lainnya.

    Jika seseorang melihat kesemua buku-buku karya huffaz mutaqaddimin yang telah saya sebutkan

    sebelum ini secara kasar, nescaya tidak dapat melihat dalamnya perbahasan Ulum Hadith atau

    Mustolah, namun jika dilihat secara teliti dan mendalam nescaya akan tampak perbahasan Ulum hadith

    dalamnya.

    Malanganya tidak sedikit daripada ahli istilah Mutaakhkhirin yang menyusun buku-buku Mustolah,

    mereka tidak menela'ah buku-buku karya Mutaqaddimin yang telah disebutkan secara menyeluruh,

    istiqra yang tidak sempurna,

    Maka disebabkan ini muncul beberapa qawaid yang tidak menepati manhaj para huffaz Mutaqaddimin,

    ditambah pula sebahagian ahli hadith Mutaakhkhirin pada zaman tersebut yang terpengaruh dengan

    ilmu kalam, falsafah, dan mereka meresapkan beberapa konsep mutakallimin dalam penulisan mereka.

    Maka bermulalah secara sikit bibit akan bezanya manhaj ta'lil antara Mutaqaddimin dan Mutaalhkhirin.

    Ya, tidak dinafikan antara faktor yang mendororong hal ini juga ialah disebabkan buku-buku yang ditulis

    pata huffaz Mitaqaddimin ini bukanlah buku khas dalam Mustolah Hadith, kata-kata serta ungkapan dan

    kaedah-kaedah dalam menilai hadith tidak dihimpunkan dalam satu bab khas, sebaliknya berselerak, ini

    semua menyusahkan para ahli istilah dan penyusun qawaid dalam kalangan Mutaalhkhirin untuk

  • 8/16/2019 Kuliah Hadis Dr Fathi Minggu 2

    5/5

    memahami manhaj para huffaz Mutaqaddimin secara menyeluruh, dan qawaid-qawaid yang mereka

    rumuskan adalah sebagai pendekat sahaja.

    Antara buku-buku Ulum dan Mustolah Hadith yang ditulis oleh para ahli istilah Mutaakhkhirin, yang

    awal-awal antaranya ditulis oleh al-Imam al-Ramahurmuzi dengan tajuk "al-Muhaddith al-Fasil Baina al-

    Rawi wa al-Wa'ie".

    Begitu juga karya al-Imam Abu Sulaiman al-Khattabi dalam Ma'alim al-Sunan, kemudian mengikuti

    mereka pula ialah Abu al-Hasan al-Qabisi dalam pendahuluan bukunya Mukhtasar al-Muwatta', popular

    dengan nama al-Mulakhkhas,

    Kemudian buku karya al-Hakim bertajuk "al-Madkhal Ila al-Iklil", kemudian beliau menyusun pula kitab

    beliau yang besar, kitab magnum opus beliau dalam Ulum Hadith bertajuk "Ma'rifat 'Ulum al-Hadith".

    Buku Ma'rifat Ulum al-Hadith karya beliau ini jika kita lihat, ia berpegang atas manhaj Mutaqaddimin,

    malangnya al-Hakim ketika menyusun bukunya al-Mustadrak, beliau sendiri dalam banyak hal telah lari

    daripada apa yang beliau sebutkan dalam Ma'rifat Ulum al-Hadith.

    Kemudian datang pula al-Imam al-Khatib al-Baghdadi menyusun buku magnum opusnya bertajuk "al-

    Kifayah Fi 'Ulum al-Riwayah"

    Kemudian pula menyusun buku "al-Jami' Li Akhlak al-Rawi wa Adab al-Sami', dan ia adalah buku khas

    berkaitan adab periwayatan hadith.

    Kemudian datang Ibn Thahir al-Maqdisi menyusun pula "Syurut al-Aimmah al-Sittah".

    ..

    Masa dh 10:40..kita berhenti dulu di sini..tak habis lagi cerita perkembangan penulisan buku mustolah

    hadith, tak sempat..sambung minggu depan lah