laporan anti denggi

6
 LAPORAN: KEMPEN ANTI DENGGI DAN AEDES SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SAGOR 2014

Upload: meyorika-al-fadhil

Post on 11-Oct-2015

242 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

denggi

TRANSCRIPT

LAPORAN: KEMPEN ANTI DENGGI DAN AEDES SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SAGOR 2014

LAPORAN: KEMPEN ANTI DENGGI DAN AEDES SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SAGOR 2014Sekolah Kebangsaan Dato Sagor telah melancarkan Kempen Anti Denggi dan Aedes 2014. Tema bagi tahun ini adalah Tiada Aedes Tiada Denggi . Semua maklumat berkaitan kempen ini adalah seperti di bawah:.

Tarikh : 21 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014.Masa : 7.45 pagi.Tempat: Dataran Perhimpunan SKDS.Pelancaran oleh : En. Alias Bin Mohd Ariff ( Guru Besar SKDS )

Aktiviti 1. Ceramah kesedaran Anti Denggi yang disampaikan oleh guru bertugas.Ceramah kesedaran ini telah dilaksanakan pada 21 Julai 2014 di tapak perhimpunan sekolah. Ia berlangsung pada waktu perhimpunan iaitu pada pukul 7.45 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridzuan Bin Ismail selaku guru bertugas untuk minggu tersebut. Ceramah ini berkisar tentang kepentingan menjaga kebersihan bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedies. Pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKDS sendiri.

Aktiviti 2. Pertandingan mewarna poster Anti Denggi.Pertandingan mewarna ini telah berlangsung pada 23 Julai 2014.Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SKDS. Hadiah disediakan kepada pemenang dari setiap kelas dari tempat pertama hingga ketiga. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar pada 25 Julai 2014 iaitu dalam majlis penutup Kempen Anti Denggi SKDS 2014.

Aktiviti 3. Gotong-royong peringkat sekolah.Aktiviti gotong-royong telah dilakukan pada waktu pembelajaran dan pengajaran bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kami mengambil kesempatan pada bulan puasa ini untuk membuat kerja amal untuk sekolah tercinta. Aktiviti gotong-royong ini dilakukan pada sepanjang minggu Kempen Anti Denggi ini.

Penutup: Majlis disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKDS.Majlis penutup Kempen Anti Denggi ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKDS pada 25 Julai 2014 di Dewan Terbuka SKDS. Majlis ini telah dilangsungkan pada pukul 7.45 pagi. Dalam majlis ini, Tuan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna poster Kempen Anti Denggi, seterusnya memberi ucapan penutup untuk kempen ini.

Disediakan oleh,

(MOHD ROZLAN BIN ROZA)

Lampiran

Lampiran