laporan kejohanan trek dan padang versi 2

5
LAPORAN KEJOHANAN TREK DAN PADANG KALI KE-21 Pada 4 dan 5 Mac 2014 yang lepas, Kejohan Trek dan Padang Kali Ke-21 peringkat IPG Kampus Tun Hussein Onn telah dianjurkan oleh guru pelatih PISMP Semester 5 Ambilan Jan 2012 bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Kejohanan Trek dan Padang ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh guru pelatih Semester 5 dari permulaan sehingg a ke saat akhir KTP dengan bantuan daripada pensyarah-pensyarah bagi memenuhi keperluan penilaian sukatan pelajaran olahraga (WAJ 3112). Tema bagi kejohanan kali ini ialah Aldi Wira dan slogan Transformasi Juara. Persiapan awal untuk Kejohanan Trek dan Padang telah dimulakan pada awal Januari dengan pembentukan AJK Kerja Tertinggi, AJK Pertandinga n, AJK Kecil dan  AJK Bawahan. Jawatankuasa Kerja Kejohana n Trek dan Padang kali ini telah dipengerusikan oleh saudara Mohamad Azman bin Kamarudin dari opysen TESL 2. Persediaan awal termasuklah mengadakan mesyuarat bersama dengan pihak HEP, mendengar taklimat kepegawaian daripada En. Nahar dan En. Abdul Latif, penempahan baju, pengiklanan, persiapan padang untuk pertandingan dan sebagainya. Kejohanan Trek dan Padang mencapai kemucaknya pada kedua-dua hari kejohanan di mana semua rumah sukan telah bertanding dengan bersungguh- sungguh untuk menjadi johan keseluruhan. Tentatif program pada hari pertama kejohanan hanya melibatkan sesi pagi sahaja, iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga ja, 11.45 pagi. Namun begitu, semua guru pelatih telah diarahkan untuk berkumpul di astaka pada jam pukul 8 pagi. Hal ini sedemikian adalah bertujuan untuk memberikan masa kepada AJK Kehadiran bagi mengambil kehadiran. Dengan ini, maka kelancaran pertandingan tidak akan terganggu dan segala pertandingan dapat diselesaikan seperti masa yang telah dijadualkan. Dalam Kejohanan Trek dan Padang kali ini, saya telah memainkan peranan sebagai Penolong Ketua Pegawai Bilik Panggilan. Tugas utama bilik panggilan adalah untuk menyediakan semua peserta sebelum sesuatu pertandingan itu bermula serta memastikan peserta yang disenaraikan dan melaporkan diri adalah orang yang sama. Jawatankuasa AJK Bilik Panggilan memainkan peranan yang sangat penting dalam kejohanan KTP kerana kami akan memastikan semua acara bermula tepat pada masanya seperti yang disenaraikan dalam tentatif aktiviti.

Upload: tan-pei-wen

Post on 14-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

7/23/2019 Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-kejohanan-trek-dan-padang-versi-2 1/5

LAPORAN KEJOHANAN TREK DAN PADANG KALI KE-21

Pada 4 dan 5 Mac 2014 yang lepas, Kejohan Trek dan Padang Kali Ke-21

peringkat IPG Kampus Tun Hussein Onn telah dianjurkan oleh guru pelatih PISMP

Semester 5 Ambilan Jan 2012 bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar danJawatankuasa Perwakilan Pelajar. Kejohanan Trek dan Padang ini telah dikelolakan

sepenuhnya oleh guru pelatih Semester 5 dari permulaan sehingga ke saat akhir KTP

dengan bantuan daripada pensyarah-pensyarah bagi memenuhi keperluan penilaian

sukatan pelajaran olahraga (WAJ 3112). Tema bagi kejohanan kali ini ialah Aldi Wira

dan slogan Transformasi Juara.

Persiapan awal untuk Kejohanan Trek dan Padang telah dimulakan pada awal

Januari dengan pembentukan AJK Kerja Tertinggi, AJK Pertandingan, AJK Kecil dan

 AJK Bawahan. Jawatankuasa Kerja Kejohanan Trek dan Padang kali ini telah

dipengerusikan oleh saudara Mohamad Azman bin Kamarudin dari opysen TESL 2.

Persediaan awal termasuklah mengadakan mesyuarat bersama dengan pihak HEP,

mendengar taklimat kepegawaian daripada En. Nahar dan En. Abdul Latif,

penempahan baju, pengiklanan, persiapan padang untuk pertandingan dan

sebagainya.

Kejohanan Trek dan Padang mencapai kemucaknya pada kedua-dua hari

kejohanan di mana semua rumah sukan telah bertanding dengan bersungguh-

sungguh untuk menjadi johan keseluruhan. Tentatif program pada hari pertama

kejohanan hanya melibatkan sesi pagi sahaja, iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga ja,

11.45 pagi. Namun begitu, semua guru pelatih telah diarahkan untuk berkumpul di

astaka pada jam pukul 8 pagi. Hal ini sedemikian adalah bertujuan untuk memberikan

masa kepada AJK Kehadiran bagi mengambil kehadiran. Dengan ini, maka

kelancaran pertandingan tidak akan terganggu dan segala pertandingan dapat

diselesaikan seperti masa yang telah dijadualkan.

Dalam Kejohanan Trek dan Padang kali ini, saya telah memainkan peranan

sebagai Penolong Ketua Pegawai Bilik Panggilan. Tugas utama bilik panggilan adalah

untuk menyediakan semua peserta sebelum sesuatu pertandingan itu bermula serta

memastikan peserta yang disenaraikan dan melaporkan diri adalah orang yang sama.

Jawatankuasa AJK Bilik Panggilan memainkan peranan yang sangat penting dalam

kejohanan KTP kerana kami akan memastikan semua acara bermula tepat pada

masanya seperti yang disenaraikan dalam tentatif aktiviti.

Page 2: Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

7/23/2019 Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-kejohanan-trek-dan-padang-versi-2 2/5

 Acara yang telah berlangsung pada pagi hari pertama kejohanan adalah

seperti berikut:

MASA NO. ACARA ACARA PERINGKAT

8.30 pagi 101

102

103

104

105

106

107

Lompat Tinggi

Lompat Tinggi

Lempar Cakera

Lontar Peluru

Lompat Jauh

100 m

100 m

Wanita Akhir

Lelaki Akhir

Wanita Akhir

Lelaki Akhir

Wanita Akhir

Lelaki Saringan 1

Lelaki Saringan 2

9.00 pagi 108

109

800 m

800 m

Wanita Akhir

Lelaki Akhir

9.45 pagi 110

111

Tarik Tali

Tarik Tali

Saringan 1

Saringan 2

10.15 pagi 112

113

114

115

116

Lompat Kijang

200 m

200 m

200 m

200 m

Lelaki Akhir

Wanita Saringan 1

Wanita Saringan 2

Lelaki Saringan 1

Lelaki Saringan 2

11.45 pagi 117

118

4 x 100 m

4 x 100 m

Lelaki Akhir

Wanita Akhir

 Acara Lempar Cakera kategori lelaki telah berjaya memecahkan rekod

peringkat IPG di mana peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga

telah berjaya memecahkan rekod yang dicatakan oleh saudara Marsal Wed Mars pada

tahun 2012. Namun, rekod terbaru masih dipegang oleh saudara Marsal Wed Mars

dengan catatan rekod 12.6m.

 Acara Tarik Tali Saringan 1 telah berlangsung antara rumah Bayan dengan

rumah Kenyalang, manakala Saringan 2 pula dipertandingkan antara rumah Helang

dan rumah Merak. Akhirnya, rumah Kenyalang dan rumah Helang telah berjaya

memasuki pusingan untuk perlawanan akhir. Bagi acara 4 x 100m kategori lelaki,

pertandingan tersebut telah dimenangi oleh rumah Merak, manakala acara 4 x 100m

Page 3: Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

7/23/2019 Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-kejohanan-trek-dan-padang-versi-2 3/5

kategori wanita pula dimenangi oleh rumah Bayan. Semua acara telah berjalan

dengan lancar dan dapat dihabiskan pada masa yang ditentukan.

Pada pukul 2.00 petang, semua guru pelatih telah diarahkan untuk berkumpul

semula di astaka untuk aktiviti raptai bagi majlis perasmian pada keesokan hari. Aktivitiraptai ini telah diketuai oleh En. Raof dengan bantuan AJK Protokol, saudari Siti

Fazliana binti Mohd Fakhrulrazi Acho. Tujuan raptai tersebut diadakan adalah untuk

memastikan pelaksanaan majlis perasmian pada keesokan hari dapat dijalankan

dengan lancar dan sistematik. Semua guru pelatih dan kontigen pembarisan telah

memberikan kerjasama yang tinggi dan menjayakan raptai tersebut.

Pada keesokan pagi, iaitu 5 Mac 2014, semua guru pelatih telah berkumpul

pada jam 7.30 untuk mengambil kehadiran, tetapi guru pelatih semester 5 pula

dikehendaki untuk menghadiri pada juam 7.20 bagi membuat persediaan awal.

Tentatif program yang akan berlangsung pada hari kedua kejohanan adalah seperti

berikut:

MASA  NO. ACARA  ACARA  PERINGKAT 

8.00 pg  201 

202 

203 

204 

205 

1500 m 

1500 m 

Rejam Lembing

Lempar Cakera 

Lompat Jauh 

Wanita akhir  

Lelaki akhir  

Wanita Akhir  

Lelaki Akhir  

Lelaki Akhir  

8.15 pg  206  Olahraga Mini Pra-

Sekolah 

9.00 pg  207 

208 

200 m 

200 m 

Wanita Akhir  

Lelaki Akhir  

9.15 pg  209 

210 

211 

212 

400 m 

400 m 

400 m 

400 m 

Wanita Saringan 1 

Wanita Saringan 2 

Lelaki Saringan 1 

Lelaki Saringan 2 

REHAT  

2.00 ptg  Guru guru pelatih

mengambil tempat 

Page 4: Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

7/23/2019 Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-kejohanan-trek-dan-padang-versi-2 4/5

2.30 ptg  Majl is Perasmian KTP

kali k e-21 IPG KTHO  

3.00 ptg  213 

214 

215 

216 

217 

Lompat Kijang 

Lontar Peluru 

Rejam Lembing 

100 m 

100 m 

Wanita Akhir  

Wanita Akhir  

Lelaki Akhir  

Wanita Akhir  

Lelaki Akhir  

3.30 ptg  218 

219 

400 m 

400 m 

Wanita Akhir

Lelaki Akhir  

4.00 ptg  220  Tarik Tali   Akhir  

4.30ptg  221 

222 

4 x 400 m 

4 x 400 m 

Wanita Akhir  

Lelaki Akhir  

5.30ptg  MAJ LIS PENUTUP  

Namun begitu, pertandingan tidak dapat dimulakan seperti yang telah

dirancangkan kerana ketidakhadiran pelepas dari luar, iaitu En. Subramaniam, guru

mata pelajaran Pendidikan Jasmani SMK Tinggi Batu Pahat. Kelewatan pelepas telah

menyebabkan pertandingan pada hari itu bermula pada jam 8.30 pagi dan semua

acara yang berikutnya terpaksa ditundakan. Walaubagaimanapun, semua acara

masih berjalan dengan lancar selepas kehadiran pelepas dengan kerjasama daripada

pelbagai pihak. Acara yang paling menarik perhatian pada sesi pagi itu ialah

Pertandingan Olahraga Mini Prasekolah. Pertandingan ini melibatkan 8 orang pelajar

prasekolah. Terdapat 3 acara yang dipertandingkan oleh pelajar prasekolah dan setiap

pelajar mendapat 1 hamper sebagai tanda penghargaan.

Pada jam 2 petang, semua murid telah berkumpul di astaka untuk majlis

perasmian. Majlis dimulakan dengan upacara lintas hormat yang diketuai oleh saudara

 Ariff Daud, guru pelatih PISMP Semester 3. Kemudian, majlis diteruskan dengan ikrar

oleh olahragawan, pemeriksaan pembarisan serta persembahan nyanyian, senam

seni dan gimik perasmian. Majlis perasmian Kejohanan Trek dan Padang Kali Ke-21

ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azni bin Jaafar, selaku wakil rasmi Timbalan

Pengarah IPG Kampus Tun Hussien Onn.

Selepas majlis perasmian, kejohanan diteruskan dengan acara-acara yang

telah ditetapkan. Namun, berlakunya masalah teknikal pada perlawanan tarik tali

Page 5: Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

7/23/2019 Laporan Kejohanan Trek Dan Padang Versi 2

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-kejohanan-trek-dan-padang-versi-2 5/5

antara tempat ketiga dan keempat. Hal ini sedemikian kerana kesilapan AJK Teknik

Pertandingan. Oleh itu, AJK Bilik Panggilan terpaksa untuk mengumpulkan peserta

dari rumah Merak dan rumah Bayan pada saat yang terakhir, dan perlawanan

dijalankan seperti biasa. Akhirnya, pasukan rumah Kenyalang telah muncul sebagai

Johan dalam pertandingan tarik tali, rumah Helang mendapat tempat Kedua,

manakala tempat Ketiga pula disandang oleh rumah Bayan.

Majlis penutupan Kejohanan Trek dan Padang Kali Ke-21 telah dimulakan

pada jam 6.00 petang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh wartawan daripada syarikat

surat khabar Sinar Matahari. Rumah Merak telah berjaya mendapat tempat pertama

untuk Pertandingan Hiasan Khemah dan Maskot Terbaik. Bagi pertandingan kawad

kaki pula, pertandingan kawad kaki kategori dimenangi oleh rumah Kenyalang,

manakala kategori badan beruniform pula dimenangi oleh pasukan Kadet RemajaSekolah. Rumah Kenyalang telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan dengan

pungutan mata sebanyak 387 mata. Saudara Marsal Wed Mars telah dipilih sebagai

olahragawan dengan pungutan 2 pinggat emas dan berjaya memecahkan rekod acara

lontar peluru, manakala saudari Azmidah binti Jarius pula menjadi olahragawati

dengan pungutan dua pinggat emas.

Selepas majlis penutupan, semua guru pelatih telah bekerjasama untuk

membersihkan kawasan padang dibawa arahan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En

Rousliludin bin Ambia. Dengan kerjasama dan bantuan daripada semua guru pelatih,

maka kerja pembersihan dapat diselesaikan dalam masa 15 minit.

Disediakan oleh,

…………………….. 

(LIM JIA HAO)

Guru pelatih,

PISMP SEM 5 BC2