maklum bahawa kebanyakan baja organik sama ada pellet

Upload: al-battar-al-dzulfiqar

Post on 22-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Maklum Bahawa Kebanyakan Baja Organik Sama Ada Pellet

    1/2

    Maklum bahawa kebanyakan baja organik sama ada pellet, tablet, serbukatau cecair sangat mahal harganya. Apatah lagi baja organik import darinegara luar. Oleh itu, bagaimanakah kita mendapatkan baja organik yangmurah? Bolehkah kita membuat baja organik sendiri? Berikut adalah cara

    dan panduan membuat baja organik cecair yang anda boleh buat di rumahdengan bahan-bahan yang mudah didapati.

    Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

    . kilo tumbuhan hijau !rumput, daun pokok renek dan sebagainya".

    #. kilo molussa non-sul$ur atau gula perang.

    %. liter air tanpa klorin. &ekiranya menggunakan air berklorin, dedahkanair itu kepada cahaya dan udara selama dua malam untuk menbebaskan

    klorin tersebut.

    '. (ontena atau baldi untuk menyimpan atau menjeruk bahan-bahanorganik.

    ). (ain atau plastik untuk penutup.

    *. +etah atau tali.

    . Botol dan penapis.

    ara membuat baja organik cecair:

    ertama, masukkan tumbuhan hijau pilihan anda !boleh guna rumput dihalaman rumah anda, daun pokok renek, atau potongan dahan bungaanda. Ambil daunnya sahaja" ke dalam baldi atau kontena.

    (edua, tambahkan air satu liter ke dalam baldi yang berisi tumbuhanhijau tadi. Boleh menabah air jika merasakan ianya kurang.

    (etiga, masukkan molussa non-sul$ur atau jika tidak ada boleh guna gula

    perang yang ada dijual di kedai atau pasaraya. +aul hingga gula perangatau molussa sebati dengan air dan bahan tumbuhan tersebut.

    (eempat, tutup menggunakan kain atau plastik dan ikat ketat agar tidakada bendasing yang masuk ke dalam yang boleh nerosakkan prosespenjerukan baja.

  • 7/24/2019 Maklum Bahawa Kebanyakan Baja Organik Sama Ada Pellet

    2/2

    (elima, simpan baldi berisi bahan proses baja organik cecair tersebut ditempat selamat contohnya di stor atau kawasan jauh dari ganguan orangramai. /empat menyimpan harus ditempat gelap !cahaya kurang". 0anganbuka dan alihkan baldi dalam tempoh seminggu agar proses penjerukan

    berjalan lancar.(eenam, selepas seminggu buka penutup tersebut dan jangan terkejutakan baunya yang kurang menyenangkan dan kulat di permukaannyakerana baja organik cecair anda sudah sempurna.

    (etujuh, alihkan air dan sisa baja organik cecair anda dengan menapisnyake dalam botol yang disediakan. 0angan tutup ketat penutup botoltersebut agar udara boleh memasuki botol yang berisi baja cecairorganik. &impan botol di tempat gelap seperti dalam stor atau garage.

    Maka setelah anda menapis baja organik cecair anda maka selesai dansempurnalah sudah proses membuat baja cecair organik anda. ara untukmenggunakan baja cecair organik ini ialah isikan satu tutup penuh bajaorganik cecair anda dan campurkan dengan satu gelen air tanpa klorin.&embur pada tanaman anda termasuk daun, batang dan batas atau tuangke batas secara langsung. 1akukan pembajaan di awal pagi atau waktupetang dan sembur atau siram selang seminggu pada tanaman anda.+oncang botol tersebut seminggu sekali agar oksigen dapat dibekalkankepada bakteria di dalamnya.

    Baja cecair organik ini mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi dansedikit mineral lain. 2a sesuai untuk tumbuhbesaran tanaman anda.3amun perlu juga membubuh baja 3( organik untuk hasil yangmemuaskan. Baja cecair organik ini $ungsinya sama dengan kompos tehcumanya bahan yang digunakan antara keduanya adalah berbe4a. Andaboleh membuatnya di rumah. Bahannya mudah diperolehi dan senangprosesnya. Belailah tanaman anda dengan baja cecair organik untukmenghasilkan tanaman yang bersih dan selamat dari bahan-bahan kimia.Baja organik cecair berbe4a dengan kompos teh di mana baja organik

    cecair dibuat menggunakan tumbuhan hijau manakala kompos teh puladiproses melalui kompos yang berkualiti.