memo 1 2015 pergerakan pemain pindaan 2015

Upload: anonymous-glqp11z

Post on 24-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Memo 1 2015 Pergerakan Pemain Pindaan 2015

    1/6

    1

    PENDAFTARAN KELAB,

    PEGAWAI DAN PEMAIN

    KESATUAN RAGBI MALAYSIA2015

  • 7/25/2019 Memo 1 2015 Pergerakan Pemain Pindaan 2015

    2/6

    2

    Memorendum KRM 1/2015:

    ALUAN:

    Memoremdum ini diedarkan selaras dengan Article 5 Perlembagaan KRM (seperti di bawah) yang

    diperjelaskan melalui Manual KRM bagi tujuan penyelarasan.

    Article 5: Aims and Objective:

    5.1. The aims and objective of the Union shall be:-

    5.1.1. To be the effective governing body, to promote, develop and encourage the game of rugby

    football union in Malaysia.

    5.1.2. To control and exercise jurisdiction over all aspects of the game played in Malaysia.

    To encourage and promote the game at all levels by arranging national and international matches,tournaments and tours, to participate in international and regional championships and to assist affiliatesmembers in running rugby tournaments and all other aspects pertaining to the benefit of rugby footballunion.

    Sehubungan dengan itu, ingin diperjelaskan kepada semua Ahli Gabungan serta semua yang terlibatdengan sukan ragbi dalam Malaysia bagi semua peringkat/kategori berkaitan perkara-perkara yang perludi beri perhatian dan di patuhi proses dan garis panduan yang diguna-pakai.

    PENDAFTARAN KELAB, PEGAWAI DAN PEMAIN.

    1.0. PENDAHULUAN.Lanjutan kepada kelulusan usul di Mesyuarat Agong KRM 2014 yang mewajibkan setiap pemaindidaftarkan melalui Program Pendaftaran KRM dan selaras dengan peruntukan Regulation 4 IRB

    serta Manual KRM yang diguna-pakai, bersama ini disertakan garis-panduan untuk rujukan sertaperlu dipatuhi oleh semua mereka yang bergiat dalam sukan ragbi di Negara ini.

    2.0. PENDAFTARAN KELAB

    Setiap kelab yang ingin menyertai mana-mana aktiviti sukan ragbi yang dinaungi oleh KRMdiwajibkan membuat pendaftaran rasmi kepada KRM. Sehubungan dengan itu tanggungjawabKelab adalah dituntut untuk mengemukakan dokumen berikut kepada pihak Urusetia Kesatuan

    Ragbi Negeri yang seterusnya menyampaikannya kepada KRM untuk tujuan penyelarasan.

    Mengemukakan dokumen berikut:-

    2.1. Salinan Pendaftaran Kelab kepada Negeri samada sebagai Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu.

    2.2. Mengemukakan borang berikut :2.2.1. Borang Pendaftaran KelabBorang PK1

    2.2.2.

    Senarai PemainBorang PP12.2.3. Senarai Jurulatih dan PengadilBorang JP1

    2.3. Setiap Kelab perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang ahli/pemain untukmelayakkan mereka didaftarkan sebagai sebuah pasukan/kelab. Bagi pasukan/kelab yanghanya ingin menyertai kejohanan 7s atau 10s boleh didaftarkan dengan minima ahliseramai 15 orang.

  • 7/25/2019 Memo 1 2015 Pergerakan Pemain Pindaan 2015

    3/6

    3

    3.0. PENDAFTARAN PEMAIN, PEGAWAI DAN KAD PENDAFTARAN RAGBI (KPR)

    Selaras dengan Regulation 4 IRB:Only a Player is currently registered with a Union shall be able to participate in a competition organized, recognized orsanction by the Union

    3.1. Pemain dan Pegawai hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan Kelab sahaja pada

    satu masa dan hanya layak untuk bermain dengan pasukan Kelab berkenaan sahaja.

    3.2. Pendaftaran pemain dan pegawai adalah berdasarkan kepada Kelab/pasukan yang

    mereka wakili dalam kejohanan 15 sepasukan Kejohanan Liga Tempatan/Negeri atauKejohanan Liga anjuran KRM (Liga Super KRM).

    3.3. Kad Pendaftaran Ragbi (KPR) akan dikeluarkan kepada setiap pegawai dan pemainsebagai pengesahan pendaftaran.

    3.4. KPR akan diguna-pakai bersama My-Card untuk tujuan penyemakkan dalam sesuatu

    aktiviti yang disertai.

    3.5.

    Pemain atau Pegawai yang gagal mengemukakan KPR adalah dilarang dari menyertaisebarang aktiviti sukan ragbi yang diluluskan (sanction) oleh KRM.

    3.6. KPR sah sehingga Pemain atau Pegawai berkenaan memohon untuk bertukar ke Kelablain selepas mendapat kelulusan dari Kelab asal mereka melalui Borang TP1.

    4.0. YURAN PENDAFTARAN

    4.1. Yuran Pendaftaran adalah sebanyak RM 3.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Sahaja)bagisetiap nama yang dikemukakan yang mana ianya merangkumi kos pengurusanpendaftaran termasuk menyediakan kad dan urusetia.

    4.2.

    Yuran pendaftaran boleh dibayar semasa mengemukakan Borang Pendaftaran ataudibayar semasa pengambilan Kad dari Urusetia KRM/KRNegeri.

    5.0. PERGERAKAN PEMAIN.

    5.1. Bagi tujuan pengawalan pergerakan pemain, setiap Pegawai dan Pemain yang telahdidaftarkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    5.1.1. Pegawai dan Pemain hanya layak untuk mendaftar kepada satu kelab sahajapada satu masa dan ianya kekal sehingga mereka memohon untuk bertukarke kelab lain dengan kelulusan kelab asal melalui Borang TP1 atau denganbukti tidak aktif dengan kelab asal dalam tempuh 1 tahun sessi.

    5.1.2.

    Pegawai dan Pemain hanya layak bermain dalam satu-satu kejohanan 15sepasukan yang dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi Negeri atau Kesatuan RagbiMalaysia dalam tempuh tahun sessi berkenaan walaupun ianya dianjurkandalam tempuh yang berbeza.

    5.1.3. Pegawai dan Pemain adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakanmewakili pasukan Negeri untuk kejohanan kebangsaan iaitu Negeri kelahiranatau negeri persekolahan di mana mereka memulakan karier sebagai pemain

  • 7/25/2019 Memo 1 2015 Pergerakan Pemain Pindaan 2015

    4/6

    4

    ragbi sebagai pilihan pertamadiikuti dengan negeri di mana mereka atau

    kelab mereka bergabung sebagai pilihan ke dua.

    5.1.4. Pemain yang telah mewakili sesuatu negeri dalam kejohanan kebangsaanhendaklah mendapatkan kelulusan dari negeri yang telah diwakilinya kaliterakhir jika mereka ingin mewakili negeri lain melalui Borang TP1.

    5.1.5. Bagi menyemarakkan lagi sukan ragbi ke arah yang lebih kompertitif danprofessionalism, pemain yang tidak terpilih oleh Negeri Kelahiran ataunaungan untuk kejohanan kebangsaan boleh memohon untuk mewakilinegeri lain pilihan mereka. Kelulusan pelepasan melalui Borang TP1 perludiuruskan dalam tempuh 14 hari sebelum tarikh kejohanan. Pemain yanggagal menyertakan Borang TP1 beserta KPR, tidak layak bermain.

    5.1.6. Pemain yang ingin mewakili pasukan Kelab lain dalam kejohanan 7s dan10s yang dianjurkan oleh Kelab/Negeri, juga dikehendaki mengemukakanBorang TP1 kepada pihak pengelola kejohanan selepas mendapat kelulusankelabnya. Pemain yang gagal menyertakan Borang TP1 beserta KPR tidaklayak bermain. Pelepasan yang diluluskan melalui Borang TP1 untuk mewakili

    kelab lain sebagai pemain pinjaman adalah berkuatkuasa bagi kejohananyang dinyatakan sahaja. Bagi kejohanan lain, ianya perlu mendapatkelulusan baru.

    5.1.7. Pemain dari kalangan Anggota Tentera (ATM) dan Polis (PDRM) yangberdaftar dengan Kelab di bawah naungan Majlis Sukan ATM, Majlis Sukan

    PDRM atau bergabung di bawah KRNegeri hendaklah menjadikan ATM atauPDRM sebagai pilihan pertama mereka untuk mewakili pasukan ATM atau

    PDRM dalam kejohanan kebangsaan.

    5.1.8. Pemain Anggota ATM dan PDRM yang tidak terpilih mewakili pasukan ATM

    atau PDRM dalam kejohanan kebangsaan boleh memohon untuk mewakilipasukan Negeri. Borang TP1 dan surat kelulusan dari Majlis Sukan ATM atauMajlis Sukan PDRM hendaklah dikemukakan semasa pendaftaran kejohanan.

    5.1.9. Pemain yang berdaftar dengan Kelab/Pasukan Pusat Pengajian Tinggi (IPT)

    atau Sekolah Sukan, yang terlibat atau di daftarkan di bawah mana-manaKRNegeri, dikecualikan dari syarat di atas (5.1.3), yang mana hak pertamamereka adalah kepada Negeri kelahiran. Borang TP1 dengan kelulusanKelab/Pasukan IPT/Sekolah Sukan, perlu dikemukakan sebagai rekod.

    5.1.10. Walaubagaimanapun, Pelajar dari IPT atau Sekolah Sukan yang berdaftar

    dengan Kelab awam, adalah tertakluk kepada perkara (5.1.3). Tiadapengecualian diberikan seperti di perkara (5.1.9).

    5.2. Pemain Warga Asing/Profesional(Import).

    Selaras dengan Regulation 4 IRB:A player leaving or proposing to leave his current Union to play in another Union shallnot be registered or eligible to participate in competition organized, recognized orsanction by the New Union until the New Union has received the original version (or a

    facsimile/email copy of the original version) of a clearance (Appendix 1 Regulation 4)

  • 7/25/2019 Memo 1 2015 Pergerakan Pemain Pindaan 2015

    5/6

    5

    5.2.1. Semua pemain warga asing yang dibawa masuk oleh Kelab/Negeri yang

    ingin didaftarkan di Negara ini perlulah mendapatkan kelulusan dari Unionnegera asal mereka. Borang kelulusan (Appendix 1 Reg. 4 IRB) hendaklah

    dikemukakan kepada KRM semasa pendaftaran pemain untuk kelulusan.

    5.2.2. Pengurusan permit imigrasen untuk pemain di atas hendaklan diuruskan

    sendiri oleh Kelab/Negeri berkaitan selepas mendapat kelulusan KRM.

    5.2.3. Pemain warga asing yang bertugas atau bermastautin yang ingin didaftarkanuntuk melibatkan diri dengan aktiviti kejohanan di Negara ini perlulahmendapatkan kelulusan dari Union Negara asal mereka melalui BorangAppendix 1 Reg. 4 IRB atau surat kebenaran dari Kedutaan Negara mereka.

    5.3. Penglibatan Pemain Untuk Pasukan Kebangsaan.

    5.3.1. Pemain yang dipilih untuk menghadiri sessi latihan dan pemilihan untukpasukan kebangsaan adalah diwajibkan hadir. Kegagalan memberikansebab yang munasabah akan dikenakan tindakan penggantungan untuk

    tempuh waktu yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin KRM.

    5.3.2. Pemain Warga Asing/Profesional/Import yang telah layak mewakili pasukan

    Kebangsaan selepas melepasi tempuh 36 bulan bermastuitin selaras denganperaturan IRB sebagai Neutralized player adalah juga tertakluk kepadasyarat 5.3.1 di atas.

    5.3.3. Kelab/Negeri yang menyekat/menghalang pemain untuk menghadiri sessi

    latihan dan pemilihan pasukan kebangsaan boleh dikenakan tindakansewajarnya selaras dengan Perlembagaan KRM Article 9.3.6.

    6.0. TERTIB DAN DISIPLIN:

    Selaras dengan Perlembagaan KRM:Article 9.3.6: The Council shall have the power to expel from membership of the Unionor to

    inflict such other appropriate punishments on any member organization, its official, player ormember due to infringement of any of these rules or for the professionalism or for any conductwhich, in the opinion of the council, is prejudicial to the interest of the Union or to the game ofrugby football union dan Regulation 17 IRB.

    6.1. Setiap pemain dan Pegawai yang terlibat di semua peringkat adalah tertakluk kepada

    Perlembagaan KRM dan juga Regulation 17 IRB.

    6.2. Setiap pertikaian atau kemuskilan yang ingin dikemukakan kepada pihak KRM atau

    kepada pegawai yang dilantik oleh KRM termasuk Pegawai Perlawanan hendaklah dibuatmelalui saluran yang disediakan.

    6.3. Sebarang kenyataan umum di media massa yang boleh menjatuhkan imej sukan ragbiatau KRM sebagai badan induk boleh dikenakan tindakan selaras dengan Article 9.3.6atau Regulation 17 IRB.

  • 7/25/2019 Memo 1 2015 Pergerakan Pemain Pindaan 2015

    6/6

    6

    7.0. SKIM INSURAN.

    7.1. Semua pemain yang menyertai mana-mana kejohanan yang diluluskan oleh KRM

    perlulah mempunyai perlindungan insuran.

    7.2. Skim perlindungan insuran ini boleh diambil secara berkelumpok atau secara individu.

    7.3. Setiap individu dan Kelab atau Negeri adalah bertanggungjawab untuk menyediakanskim perlindungan insuran sendiri dan sebarang kecederaan atau kemalangan yangdialami semasa menyertai mana-mana kejohanan adalah di bawah tanggungjawabmasing-masing.

    8.0. KEMUSKILAN

    8.1. Sebarang kemuskilan hendaklah dirujuk kepada Urusetia KRM dan keputusan yangdibuat oleh Pegawai yang bertanggungjawab ketika itu adalah diguna pakai.

    8.2.

    Jawatankuasa Urusetia dengan sokongan Majlis KRM berhak meminda peraturan ini darimasa ke masa mengikut kesesuaian.

    Nota Rujukan Ringkas:

    1. Kuasa menanda-tangan Borang TP1 adalah diberikan kepada Setiausaha/Presiden/PengurusPasukan Kelab dan Setiausaha/Presiden KRNegeri kecuali pemakluman awal telah dibuat oleh

    mereka, mengenai kuasa penanda-tangan yang amanatkan bagi pihak Kelab atau KRNegeri.

    2.

    Sebarang penambahan pendaftaran pemain dan pegawai baru, boleh di buat pada bila-bila masa.

    3. Pertukaran Kelab/Pasukan hanya boleh dibuat pada tahun/musim akan datangnya.

    4. Jika terdapat pertindihan, maka pemain berkaitan akan digantung dari menyertai mana-manapasukan sehingga pengakuan bertulis di terima dari pemain tersebut.

    5. Kad Pendaftaran yang hilang atau rosak boleh diganti dengan caj sebanyak RM5.00.

    6. Kelab/Pasukan, Pegawai dan pemain yang tidak berdaftar adalah dilarang dari menyertai mana-mana aktiviti yang diluluskan (sanction) oleh KRM termasuk aktiviti anjuran Kesatuan RagbiNegeri.

    Pengarah Teknikal

    Kesatuan Ragbi Malaysia