modul 1 - 6 & soalan pra sn sr

Upload: lengkuasa

Post on 12-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Modul Pra Sains Sekolah Rendah.

TRANSCRIPT

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) 2010

SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI2013

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA MODUL 1

TajukPEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS

TopikPembelajaran Berasaskan Minda-inkuiri penemuan

Masa2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Mengenal pasti perkaitan pembelajaran berasaskan minda dan pendekatan inkuiri .2. Mengenalpasti bagaimana perkembangan otak kanak-kanak selaras dengan pendekatan inkuiri dan pembelajaran abad ke-213. Memperihalkan penyambungan kognitif kritikal bagi saraf,sosial dan emosi bagi mewujudkan pembelajaran berkesan

B. Kandungan Pengajaran

1. Pembelajaran berasaskan minda

2. Pendekatan inkuiri

C. Kaedah

1. Ceramah

2. Perbincangan

D. Bahan Pengajaran

LCD, Laptop, Bahan power point

E. Alatan

F. Penilaian

G. Rumusan / Refleksi

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA MODUL 2

TajukPEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS

TopikKemahiran Proses Sains - Memerhati, Mengelas dan Mengukur dan Menggunakan nombor

Masa 2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menguasai kemahiran Memerhati, Mengelas, dan Mengukur dan Menggunakan nombor.2. Mengaplikasi kemahiran Memerhati, Mengelas, dan Mengukur dan Menggunakan nombor)

B. Kandungan Pengajaran

1. Deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

2. Pemerhatian boleh dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif .

3. Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.

4. Mengukur dan menggunakan nombor melibatkan penggunaan nilai dan unit.

C. Kaedah

1. Secara berkumpulan jalankan aktiviti " Jauhari mengenal manikam .

2. Bincang dan bentangkan hasil aktiviti.

D. Bahan Pengajaran

Lampiran 1

E. Alatan

1. Daun dari jenis yang berbeza (urat daun)- 3 sampel berlainan setiap satu

2. Kertas graf 3. Pembaris 4. Benang

F. Penilaian

1. Latihan

G. Rumusan / Refleksi

1.Berasaskan hasil kerja / perbincangan

2.Berasaskan borang penilaian kursus

Nota dan bahan PdP:

KEMAHIRAN PROSES SAINS 1: MEMERHATIMemerhatikan Spesimen : Daun

Anda memerhati apabila:1. Menggunakan lima deria secara berkesan

2. Mengenalpasti butiran relevan bagi daun dan persekitarannya

3. Bezakan kesamaan dan perbezaan

4. Kenalpasti ciri-ciri unik yang ada pada daun

5. Menggunakan alat untuk meningkatkan keupayaan deria

Mengapakah kita perlu membuat pemerhatian?

Untuk mengumpul maklumat atau data sebanyak mungkin mengenai objek atau fenomena

Bagaimana anda memerhati ?

1. Memberi fokus terhadap objek atau fenomena yang hendak dikaji

2. Mengenal pasti ciri-ciri

Apabila memerhati sesuatu objek atau fenomena, bermaksud kita sedang meneroka ciri-ciri fizikal objek atau fenomena. Contoh ciri-ciri fizikal ialah warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu. Bunyi juga merupakan satu jenis pemerhatian. 3. Bandingkan objek atau fenomena

Objek yang berlainan akan mempunyai ciri yang membezakannya dari objek lain

Pemerhatian melibatkan mengenalpasti dan menghuraikan ciri-ciri secara kuantitatif dan kualitatif

Jika berlaku perubahan, perhatikan perubahan fizikal dan kimia yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perubahan

4. Alatan yang sesuai boleh digunakan untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih terperinci ( contoh : pembaris, penimbang, silinder penyukat, kanta pembesar dan bikar)

KEMAHIRAN PROSES SAINS 2: MENGELASMengelas spesimen : Daun

Apakah yang dimaksudkan dengan mengelas?

Mengumpul objek ke dalam sesuatu kumpulan berdasarkan ciri-ciri tertentuBagaimana anda mengelas ?

1. Kenalpasti ciri-ciri am bagi objek

2. Asingkan objek-objek dengan ciri yang sama ke dalam kumpulan yang sama

3. Kenalpasti dan tuliskan ciri tersebut

4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga hanya terdapat satu objek dalam setiap kumpulan.

Mengelas objek

Pengelasan boleh dilakukan dengan menggunakan sistem pengelasan binari yang mana objek dibahagikan kepada dua subset berdasarkan ciri yang dipunyai dan ciri yang tidak dipunyai oleh objek.

Untuk membina sistem binari, kita perlu mengenalpasti ciri umum yang ditunjukkan oleh objek dan seterusnya dibahagikan kepada kumpulan pertama dan kumpulan kedua iaitu yang tidak mempunyai ciri dan yang mempunyai ciri. Contoh : Benda

Benda hidup Benda bukan hidup

Tumbuhan HaiwanKEMAHIRAN PROSES SAINS 3: MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBORMengukur dan menggunakan nombor adalah proses memerhati secara kuantitatif menggunakan alatan piawai atau alat pengukuran yang dipiawaikan sebagai unit-unit rujukan. Alatan piawai- alat-alat yang dihasilkan seperti pembaris, pita pengukur, selinder penyukat (alat yang diterima secara universal).STANDARDISED TOOLS (alatan yang dipiawaikan) adalah alatan yang boleh digunakan untuk mengukur kuantiti objek menggunakan unit yang tidak diterima secara universal seperti cawan, sudu dan sebagainya.Pengukuran melibatkan proses membuat pemerhatian kuantitatif dengan membandingkan dengan sesuatu unit piawai seperti sentimeter, inci, gram, liter dan sebagainya.Pelajar membuat pemerhatian kuantitatif dengan membandingkan unit piawai dengan bukan piawai. Mereka akan berupaya menerangkan perhubungan antara objek dengan menggunakan graf, carta. gambarajah dan jadual. Radas seperti termometer, jam, pembaris dan sebagainya.digunakan untuk membuat pengukuran. Kita perlu mengukur dan menggunakan nombor-nombor untuk mendapatkan pengukuran yang lebih tepat seperti indeks jisim badan kita.Bagaimana kita mengukur dan menggunakan nombor?

1. Kenalpasti pengukuran yang diperlukan, sebagai contoh diameter satu tabung uji.

2. Spesifikkan instrumen untuk digunakan. Yang manakah yang lebih tepat? Pembaris meter, angkup vernier atau tolok skrew mikrometer?

3. Bandingkan bacaan daripada setiap alat.

4. Yang manakah alat yang anda rasakan memberi bacaan yang paling tepat.Pengukuran secara metrik

Sistem metrik ialah sistem unit antarabangsa yang dikenali sebagai SI. Metrik berasal daripada unit asas panjang iaitu meter.

Mengukur panjang metrik meter ialah unit asas untuk mengukut panjang (m).

Jarak yang melebihi beberapa meter boleh diukur menggunakan pita pengukur dalam unit meter, sentimeter dan milimeter. Satu kilometer bersamaan dengan 1000 meter (km)

Mengukur jisim metrik - unit asas bagi jisim ialah gram (g). Kilogram ialah unit yang digunakan untuk menyukat jisim yang lebih besar, manakala jisim yang sangat besar disukat menggunakan tan metrik ( 1 tan = 1000 kg). Jisim yang kurang daripada satu gram disukat menggunakan milligram (mg). Lampiran 1TAJUK AKTIVITI: JAUHARI MENGENAL MANIKAM

Bahan:

1. Daun berurat jejala dan selari (sekurang 3 helai setiap jenis) 2. Benang

3. Kertas graf 4. Pembaris

Prosedur:

1. Buat pemerhatian pada daun.

2. Tulis pemerhatian anda dengan menggunakan semua deria.

Keputusan:a)Deria penglihatan :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

b)Deria bau :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

c)Deria sentuh :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

d)Deria dengar :

------------------------------------------------------------------------------------------------------

e)Apakah deria lain yang tidak dinyatakan di atas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------.

f)Dengan menggunakan peralatan yang dibekalkan jalankan pemerhatian secara kuantitatif.g)Buat pengelasan daripada maklumat di atas

PENILAIAN

SENARAI SEMAK PENILAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

KPS 1. Memerhati

KPS 2. Mengelas

KPS 3. Mengukur dan Menggunakan nombor

Senarai semak diri untuk memerhatiHanya maklumat terus ( first -hand information) merupakan ciri pemerhatian.

Menggunakan sebanyak deria yang mungkin.

Pemerhatian negatif boleh diterima, contoh tidak berbau

Pemerhatian kuantitatif digalakkan: ukur objek dengan alat.

Sebarang perubahan dicatat dengan jelas.

Senarai semak diri mengelasHanya ciri yang dapat diperhatikan digunakan dalam pengelasan.

Untuk setiap aras pengelasan, satu objek hanya boleh dikelaskan di bawah satu kategori iaitu kriteria yang digunakan dapat membezakan objek-objek yang dikelaskan

Kriteria-kriteria yang berlainan boleh digunakan untuk mengelaskan set objek yang sama untuk menghasilkan sistem pengelasan yang sama.

Senarai semak diri Mengukur dan Menggunakan nomborAdakah unit sembarangan yang sama digunakan semasa mengukur?

Adakah alat mengukur yang digunakan sesuai dengan ukuran yang dibuat?

Adakah unit metrik yang digunakan sesuai dengan ukuran yang dibuat?

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA MODUL 3

TajukPEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS

TopikKemahiran Proses Sains Menginferens, Meramal dan Berkomunikasi

Masa2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Mengenalpasti kemahiran menginferenss, meramal dan berkomunikasi 2. Memahami kemahiran menginferenss, meramal dan berkomunikasi 3. Memperihalkan kemahiran menginferenss, meramal dan berkomunikasi

B. Kandungan Pengajaran1. Menginferenss

Menganalisis secara kritis

Mengenalpasti idea utama menggunakan maklumat daripada situasi lain

2. Meramal

Kepentingan meramal

Bagaimana membuat ramalan?

3. Berkomunikasi

Pelbagai alat komunikasi: tafsiran graf, carta, rajah, lisan, laporan bertulis, perbincangan, jadual dll.

C. Kaedah (induktif, inkuiri penemuan)1. Penceramah menunjukkan video nujum pak belalang. Peserta diminta mengenalpasti adakah jawapan untuk soalan yang ada daripada video yang ditayangkan merupakan tekaan, ramalan atau inferenss. (10 minit)

2. Penceramah meminta 2 orang peserta menyatakan dapatan mereka.(5 minit)

3. Penceramah mengedarkan hands on. (tapak kaki)

4. Peserta diminta menuliskan secara individu inferenss yang mungkin daripada pemerhatian hands on. (5 minit)5. Peserta juga diberikan pilihan samada menulis ramalan atau memberikan pendapat tentang ramalan berpandukan pemerhatian hands on. (10 minit)

6. Peserta sumbang saran dalam kumpulan untuk menghasilkan langkah-langkah membuat inferenss dan ramalan. (minds on) (25 minit)

7. Penceramah membimbing peserta untuk mengenalpasti langkah-langkah inferenss yang betul dan meminta peserta membandingkan dengan inferenss dan ramalan yang telah peserta bina di langkah 4 dan 5. (25 minit)

8. Peserta diminta berbincang dalam kumpulan untuk mengenalpasti kemahiran komunikasi disepanjang aktiviti ini berjalan. Peserta diminta memilih mana-mana alat komunikasi yang sesuai untuk memerihalkan dapatan mereka. (15 minit)

9. Penceramah membimbing peserta membuat kesimpulan tentang kemahiran komunikasi. (35 minit)

D. Bahan Pengajaran1. LCD, Laptop

Rajah dibawah menunjukkan tiga jalur jejak kaki selepas setiap satu iaitu jalur 1 diikuti dengan jalur 2 dan kemudian jalur 3. Siri jejak kaki dilihat dipantai.Titik disekeliling jejak kaki dalam jalur 2 menunjukkan kasut itu telah meninggalkan kesan yang dalam.1.

2.

3.

Berdasar rajah, tuliskan pemerhatian anda pada setiap jalur jejak dan rekodkan inferenss anda. Anda boleh membuat inferenss melebihi satu bagi setiap kes.PEMERHATIAN

INFERENSSjalur 1

jalur 2

jalur 3

Bandingkan senarai inferens anda dengan rakan anda. Adakah anda merasakan inferens anda lebih baik? Kenapa? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________.2. Ramalkan apakah yang akan berlaku selepas jalur 3. Apakah pendapat anda tentang

ramalan anda itu? ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________.

E. Alatan

1. Kertas sebak, marker pen, pita pelekat

E. Penilaian

F. Rumusan / Refleksi

Nota dan bahan PdP:KEMAHIRAN PROSES SAINS 4 : MEMBUAT INFERENSNUJUM PAK BELALANG

Kita lebih menghargai persekitaran kita jika kita mampu membuat interpretasi dan menerangkan perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita.Kita belajar untuk mengenal corak dan menjangkakan corak itu akan berulang lagi dalam keadaan yang sama. Banyak tingkahlaku kita adalah berdasarkan inferenss yang kita buat mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku.Saintis membina hipotesis berdasarkan inferenss yang dilakukan terhadap sesuatu penyiasatan.Sebagai guru kita selalu membuat inferenss mengenai mengapa murid berkelakuan sedemikan. .

Sumber:Courtesy of Learning and Assessing Science Process Skills, 1995, p 69.Pemerhatian adalah pengalaman yang di perolehi melalui satu atau lebih deria Membuat inferenss adalah penerangan atau interpretasi sesuatu pemerhatian itu. Proses ini selalunya dikaitkan dengan pengalaman lampau. Pengalaman yang baru hanya akan membawa makna jika kita boleh membuat hubungan dengan apa yang telah diketahui. Untuk membuat inferenss bermaksud untuk membuat perkaitan dengan apa yang dilihat secara terus dan apa yang telah diketahui dari penglaman yang lampau.

Sebagai contoh ianya hujan dan anda melihat satu pancaran cahaya yang terang di luar jendela.Hampir serta merta selapas pancaran itu anda mendengar bunyi yang kuat.Anda kemudian berkata bahawa kilat telah memanah sesuatu tidak jauh dari situ.Ini adalah inferens anda kepada pemerhatian tentang sinar cahaya dan bunyi bising tersebut. Ianya berdasarkan pengalamanyang lampau dengan kilat dan guruh yang termasuk pengetahuan tentang tempoh masa antara cahaya dan bunyi yang boleh mengukur sejauh manakah kilat itu akan berdentum.Suatu inferens adalah BUKAN tekaan kerana tekaan adalah pendapat yang dibentuk daripada bukti yang sedikit atau tiada bukti.Bila membuat inferenss ,adalah penting untuk mengikuti langkah-langkah berikut:

Buat seberapa banyak pemerhatian tentang sesuatu objek atau peristiwa

Imbas kembali pengalaman lampau tentang maklumat yang relevan tentang objek atau peristiwa yang boleh digarapkan dengan apa yang telah diperhatikan.

Nyatakan setiap inferens supaya ianya berbeza dengan pernyataan yang lain.

daripada apa yang diperhatikan saya membuat inferens

bukti mencadangkan . Mungkin telah terjadi

penjelasan yang munasabah dari apa yang saya lihat adalah

daripada apa yang saya perhatikan saya merumuskan

Selalunya apabila sudah membuat inferens daripada suatu set pemerhatian,maklumat baru mungkin akan timbul dan menyebabkan anda berfikir semula inferens yang asal. Ini kadangkala akan memperkukuhkan inferens anda.Pada masa yang lain maklumat tambahan mungkin menyebabkan anda mengubahsuai atau menolak inferens yang anda fikirkan penting pada satu ketika dulu.Pemerhatian yang baru menjurus kepada pengubahsuaian corak pengalaman untuk melakukan akodomasi maklumat yang baru.Anda juga boleh membuat inferens mengenai sesuatu peristiwa.Setiap inferens mestilah berdasarkan pemerhatian.Oleh yang demikian anda perlulah membuat pemerhatiam yang teliti dan membuat interpretasi atau menerangkan pemerhatian tersebut.Interpretasi mengenai pemerhatian ini adalah inferens.

Anda telah membuat inferens jika anda ..1. Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan yang munasabah.

2. membuat beberapa interpretasi yang munasabah dari satu pemerhatian.3. Boleh mengenalpasti keterbatasan inferens.

4. Menguji ketepatan inferens melalui pemerhatian yang lanjut.

5. Menggunakan inferens sebagai alat untuk menentukan pemerhatian lanjut

yang sesuai.

(PPK, 1994)Rajah dibawah menunjukkan tiga jalur jejak kaki selepas setiap satu iaitu jalur 1 diikuti dengan jalur 2 dan kemudian jalur 3. Siri jejak kaki dilihat dipantai.Titik disekeliling jejak kaki dalam jalur 2 menunjukkan kasut itu tela meninggalkan kesan yang dalam

1.

2.

3.

Berdasarkan rajah, tulis pemerhatian anda pada setiap jalur jejak dan rekodkan inferens anda. Anda boleh membuat inferens melebihi satu bagi setiap kes.PEMERHATIANINFERENS

jalur 1

jalur 2

jalur 3

Bandingkan senarai inferens anda dengan rakan anda. Adakah anda merasakan inferens anda lebih baik? Kenapa?

KEMAHIRAN PROSES SAINS 5 : BERKOMUNIKASIBerkomunikasi ialah kemahiran menyampaikan maklumat atau idea kepada orang lain sama ada secara lisan atau berbentuk tulisan. Pelajar-pelajar harus berkomunikasi untuk berkongsi pemerhatian mereka dengan orang lain. Komunikasi mestilah jelas dan berkesan jika seseorang itu hendak difahami maklumat yang disampaikan.Komunikasi berkesan semestinya jelas, tepat dan tidak kabur dan seterusnya mengguna kemahiran yang perlu dikembang dan diamalkan.

Apa itu berkomunikasi? Berkomunikasi ialah satu proses penerimaan, penyebaran, dan perkongsian maklumat dan idea. Anda sedang berkomunikasi apabila anda :

1. Bercakap, mendengar atau menulis untuk menyatakan idea atau maksud.

2. Mencatat maklumat daripada penyiasatan atau kajian.

3. Melakar atau mangambil nota.

4. Mengguna atau menjelaskan makna simbol

5. Mengguna carta, graf, dan jadual bagi menyampaikan maklumat.

6. Menyoal dengan jelas.

7. Mengguna rujukan

8. Menulis laporan eksperimen bagi membolehkan orang lain mengulangi eksperimen tersebut.

Idea berkomunikasi menggunakan perkataan deskriptif dimana dua orang mempunyai atau berkongsi persefahaman. Ada tiga langkah yang menunjukkan anda sedang berkomunikasi apabila :

1. Mencatat maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber.

2. Menterjemah maklumat kepada bentuk lain seperti carta, graf, dan jadual.

3. Menyebarkan maklumat melalui pelbagai bentuk dan cara.

Kita boleh berkomunikasi dengan berkesan jika kita :

1. Menerangkan hanya apa yang kita perhati (lihat, dengar, bau dan rasa) bukannya apa yang kita buat inferens atau andaian berkenaan sesuatu objek atau peristiwa.

2. Menjelaskan secara ringkas menggunakan bahasa dan istilah yang tepat.

3. Menyampaikan maklumat dengan betul menggunakan banyak pemerhatian kualitatif seperti yang dikehendaki oleh keadaan.

4. Mengambil kira pandangan dan pengalaman lampau orang yang kita sedang berkomunikasi.

5. Membuka ruang untuk mendapat maklum balas dari orang yang kita sedang berkomunikasi supaya dapat menentukan keberkesanan komunikasi kita.

6. Membina penyampaian alternatif jika keadaan memerlukan.

Bercakap dan berbual semasa menjalankan aktiviti sains, membuat catatan dalam buku jurnal, menyusun data, membanding keputusan dan berkongsi dapatan adalah aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak mengembangkan cara berkesan untuk berkomunikasi. Mempelajari mengguna alat komunikasi boleh membantu kanak-kanak membuat cara yang terbaik bagaimana berkomunikasi bagi menyampaikan pemerhatian dan idea.

Para pendidik sains bersetuju bahawa mempelajari kemahiran proses sains bermaksud mempelajari cara belajar. Kanak-kanak belajar melalui pemikiran kritikal dan menggunakan maklumat secara kreatif. Kenapa kita harus berkomunikasi? Kemahiran berkomunikasi akan membantu kita :

1. Menyebar luaskan idea atau maklumat.

2. Berkongsi idea atau maklumat.

Semasa kemahiran proses sains diperkenalkan dalam sains sekolah rendah, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, mencadangkan garis panduan bagaimana guru-guru boleh mengesan sama ada murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut. PPK telah mencadangkan dan memberi indikator bagi setiap kemahiran. Indikator bagi kemahiran komunikasi adalah :

1. Bertutur, mendengar atau menulis untuk menerangkan sesuatu idea atau maksud kepada kawan-kawan.

2. Mencatat maklumat daripada kajian.

3. Melakar dan mencatat nota.

4. Menggunakan simbol dan menjelaskan makna di sebaliknya.

5. Menyoal dengan jelas

6. Menggunakan bahan-bahan rujukan

7. Menulis laporan eksperimen supaya orang lain juga dapat mengulangi eksperimen yang serupa. (PPK 1994)KEMAHIRAN PROSES SAINS 6 : MEMBUAT RAMALAN Kemahiran yang penting adalah membuat ramalan. Membuat ramalan adalah proses yang menggunakan pemerhatian yang lampau atau data bersama pengetahuan sains untuk meramal peristiwa atau hubungan. Ianya adalah membentuk idea mengenai jangkaan hasil apa yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan kini dan kefahaman, pemerhatian dan inferens. Suatu kenyataan yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan. Ia hanyalah tekaan.Ia boleh di klasifikasikan kepada :

a) Interpolasi adalah ramalan data yang baru berdasarkan kepada trenda atau corak yang diperhatikan dari data lampau yang diperhatikan.

b) Ekstrapolasi adalah ramalan data baru diluar atau menjangkau julat data yang diperolehi sebelum ini.

Membuat ramalan adalah tekaan yang bijak terhadap apa yang akan berlaku.Ia perlu diikuti dengan menulis atau menerangkan secara lisan untuk mengelaskan idea dan mendedahkan sebarang miskonsepsi atau maklumat yang hilang. Anda mungkin boleh bertanya apa yang akan berlaku?, kenapa anda berfikir itu berlaku? , adakah cara anda boleh mencari penyelesaian? Membuat ramalan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemerhatian, membuat inferens dan pengelasan. Membuat ramalan adalah berdasarkan kepada pemerhatian yang teliti dan inferens yang dibuat terhadap hubungan diantara peristiwa yang diperhatikan. Inferens adalah penerangan atau interpretasi yang dibuat daripada pemerhatian. Pengelasan digunakan apabila kita hendak mengenalpasti persamaan atau perbezaan terhadap objek atau peristiwa. Kita memahami persekitaran di sekeliling kita dengan cara pemerhatian perkara yang berlaku dan kemudian membuat interpretasi dan membuat penjelasan.Kita selalunya boleh mengesan corak dari apa yang diperhatikan.

Kerapkali kita boleh membuat ramalan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Contoh-contoh membuat ramalan adalah:

Saya melihat hari hujan dan matahari muncul. Mungkin akan ada pelangi.

Jika saya melepaskan kedua-dua bola pada masa yang sama, mungkin ia akan jatuh ke tanah pada waktu yang sama.

Setiap pernyataan ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan corak yang diperkembangkan daripada pemerhatian yang lampau. Bagaimana kita menerangkan dan membuat interpretasi apa yang kita perhatikan memberikan kesan kepada bagaimana kita membuat ramalan. Menguji ramalan kita akan menjuruskan kita untuk melakukan lebih banyak pemerhatian yang akan menyokong atau tidak menyokong ramalan yang asal. Apabila pemerhatian yang baru konsisten dengan corak pemerhatian yang diramal maka kita mempunyai keyakinan dalam ramalan kita. Walau bagaimanapun jika pemerhatian yang baru tidak menyokong ramalan awal kita,maka kita mungkin akan menolak atau menilai semula pemerhatian kita. Pemerhatian yang baru akan mengarahkan kepada inferens dan ramalan yang baru. Dibawah menunjukkan peta bagi kemahiran membuat ramalan:

Selagi data yang baru (pemerhatian) dikumpul, teori (inferens) dicadangkan untuk menerangkan apa yang telah diperhatikan dan meramal tentang perkara yang belum diperhatikan. Sesuatu teori hanya dapat diterima dalam sains ianya perlu memenuhi tiga lapisan ujian. Boleh menerangkan apa yang telah diperhatikan

Boleh meramal apa yang belum diperhatikan

Boleh diuji dengan melakukan pemerhatian selanjutnya dan diubahsuai

mengikut keperluan data yang baru.

Anda membuat ramalan jika .1. Menggunakan bukti yang lampau atau sekarang untuk menyatakan

peristiwa yang akan datang.

2. Boleh membezakan antara membuat ramalan dengan membuat tekaan.

3. Boleh untuk menentukan natijah daripada tindakan yang di ambil.

4. Menggunakan corak data secara eksplisit untuk membuat unjuran.

5.Yakin dengan ketepatan ramalan.

6. Boleh untuk mengesahkan pernyataan yang berkaitan dengan peristiwa masa depan mempunyai perkaitan dengan bukti atau pengalaman lampau. 7.Berhati-hati dalam membuat andaian mengenai corak atau data yang menjangkau dari data yang sedia ada.8. Ekstrapolasi dan menggunakan data sebagai alat untuk meramal. (PPK, 1994)

Aktiviti 1

Belajar Meramal Titisan AirBahan

Duit syiling 5 sen, 10 sen, 50 sen, RM 1

penitis

bikar yang berisi airKaedah:

1. Gunakan penitis untuk menitiskan air ke atas duit siling 20 sen.Lakukan dengan cermat sehingga air melimpah keluar dari permukaan duit siling. Bilang titisan air.

2. Duit siling 20 sen boleh memegang *titis air.

3. Rekodkan bilangan titisan air dalam ruang yang bertanda *didalam jadual dibawah.

4. Bandingkan duit siling 20 sen dengan duit siling yang lain dari segi bentuk dan saiz. Ramalkan bilangan titisan air yang boleh dipegang oleh duit siling yang lain.

Duit siling

5 sen10 sen20 sen50 senRM 1

Ramalan

Sebenar

5. Apakah faktor yang anda pertimbangkan apabila membuat ramalan?

_________________________________________________________

6. Uji ramalan anda dengan menitiskan air ke atas setiap duit siling.

________________________________________________________

7. Jika bilangan titisan air yang anda ramalkan berbeza dengan data sebenar, pada pendapat anda apa yang menyebabkan perbezaan ini?

________________________________________________________Aktiviti 2

Latihan meramal Hari yang terpendek

Bahan

Lampiran data (dibawah) berkenaan masa matahari terbit dan terbenam.

Kertas grafKaedah1. Lampiran data menunjukkan masa matahari terbit dan terbenam pada setiap hari yang ke-enam bagi suatu daerah di hemisfera utara (30(N).

Tarikh

Bulan-HariMatahari terbit

a.m.Matahari terbenam

p.m.Siang * (jam, minit)

11-136:235:05

11-196:285:02

11-256:335:00

12-016:385:00

12-076:425:00

12-136:475:01

12-196:515:03

12-256:545:06

12-316:565:10

1-066:575:15

1-126:575:20

1-186:565:25

2. Lukis dan labelkan graf bagi setiap masa untuk matahari terbit dan terbenam. Daripada graf dapatkan tarikh bila matahari terbenam yang terawal dan terbit yang terlambat.

________________________________________________________

________________________________________________________

3. Daripada dua graf,ramalkan tarikh bagi hari yang paling pendek.Ingat ,anda boleh meletakkan salah satu graf ini diatas yang satu lagi.Terangkan bagaimana anda membuat ramalan.

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________4. Kira panjang hari terpendek dengan mengambilkira panjang hari bagi beberapa hari sebelum dan beberapa hari selepas tarikh hari terpendek tersebut dan Rekodkan dapatan anda dalam lajur yang bertanda * dalam jadual yang diberikan .

________________________________________________________________________________________________________________

1) Pernyataan yang manakah pemerhatian, inferens atau ramalan?

a) saya boleh merasai bumi bergegar.

gegaran ini disebabkan oleh gunung berapi.

ia akan meletus!

b) kedua perempuan itu memakai jubah dan mortarboard.

mereka baru sahaja menghadiri hari graduasi.

mereka akan mendapat kerja dengan pendapatan yang baik.

c) sebelah kiri jongkang- jongkit adalah lebih rendah dari sebelah kanannya.

jika seseorang disebelah kiri turun maka hujung yang kanan akan jatuh.

seseorang lebih berat dari yang lain.2) Harith menjatuhkan bola dari dua ketinggian yang berbeza,dan mengikur ketinggian bola setiap kali ia melantun semula. Dia merekodkan keputusan ke dalam graf palang.

a) Ramalkan ketinggian lantunan bola jika ia dijatuhkan dari 75 cm pada permukaan yang sama?b) Ramalkan ketinggian lantunan jika dijatuhkan pada ketinggian 200 cm___________________________________________________________________________Lampiran AktivitiHELAIAN RANCANGAN PENYIASATAN BAGI GURU SEKOLAH RENDAH

Nama

Kumpulan

Ahli kumpulan

Apa yang ingin saya kaji?

Apa yang saya fikir akan berlaku dan mengapa ia berlaku?

Alasan saintifik bagi pemikiran saya

Apakah alat komunikasi yang ingin saya guna?

Bagaimanakah cara untuk saya menyampaikan maklumat/idea kepada orang lain ?

Bagaimana saya akan mengeksperimen?

Radas dan bahan yang saya perlukan

Bagaimana untuk memastikan keselamatan ?

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA MODUL 4

TajukPEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS

TopikKemahiran Proses Sains -Menggunakan Perhubungan Ruang & Masa, Mentafsir Maklumat & Mendefinisi Secara Operasi

Masa2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Memahami maksud menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi.2. Mengenalpasti aktiviti hands-on dan mind-on yang sesuai bagi menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi.3. Mengenalpasti tajuk-tajuk yang sesuai dengan kemahiran proses sains ini seperti cahaya dan bayang, pergerakan dan kedudukan serta kelajuan.

B. Kandungan Pengajaran

1. Mengenal pasti bentuk dan pergerakan mengikut masa.

2. Memberi penerangan tentang pola atau perhubungan berdasarkan maklumat yang dikumpul

3. Memberi takrif dengan memerihalkan apa yang diperhatikan atau dibuat secara operasi.

C. Kaedah

1. Aktiviti hands-on , minds-on & "hearts on"

2. Peserta diminta menjalankan aktiviti yang disediakan. ( 40 Minit)

3. Penceramah memberi input Kemahiran Proses Sains iaitu menggunakan

perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara

operasi. ( 30 Minit)

4. Peserta membentangkan hasil aktiviti yang dijalankan. ( 50 minit )

D. Bahan Pengajaran

1. Slaid PowerPoint, Modul, Nota

E. Alatan

1. Kertas sebak (mahjong), pen penanda, jam randik, bola ping pong, pita ukur,

Pita pelekat (masking tape)

F. Penilaian

1. Senarai semak

G. Rumusan / Refleksi

Diakhir PdP peserta dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat perkaitan antara perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat dan mendefinisi secara operasi daripada aktiviti yang disediakan.

___________________________________________________________________________Nota dan bahan PdP :KEMAHIRAN PROSES SAINS 7 : MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA Ruang dan masa adalah dua konsep asas dalam sains fizikal. Penggunaan hubungan ruang dan masa melibatkan kebolehan untuk menjelaskan arah,susunan dalam ruang,gerakan dan laju,simetri dan kadar perubahan. Kemahiran ini boleh menjelaskan perubahan dalam parameter terhadap masa.Ia melibatkan pengenalpastian bentuk dan gerakan terhadap masa. Parameter yang lain adalah lokasi,arah,saiz,isipadu,berat dan jisim. Kemahiran ini boleh dikembangkan dengan memberi perhatian terhadap urutan dan kedudukan di mana peristiwa itu berlaku. Sebagai contoh melihat fasa-fasa bulan,memerhatikan perubahan fizikal kiub ais dan lain-lain.

Kenapa anda perlu menguasai kemahiran ini?

Ia menyedarkan kita tentang perubahan berlaku terdapatnya hubungan dengan masa.

Ia membantu kita menyusun peristiwa dalam urutan yang sesuai. Petunjuk menggunakan perhubungan ruang dan masa (PPK 1994)

Menghuraikan kedudukan lokasi terhadap masa

Menghuraikan perubahan arah terhadap masa

Menghuraikan perubahan bentuk terhadap masa

Menghuraikan perubahan saiz terhadap masa

Menyusun peristiwa secara kronologi

Menentusahkan perubahan dengan merujuk kepada kadar perubahan

Menentusahkan kedudukan sesuatu objek dan menghuraikan kedudukan dalam ruang.

Menghuraikan perubahan sesuatu objek yang dilihat daripada kedudukan yang berbeza

Menghuraikan hubungan diantara jarak sesuatu objek yang bergerak dan masa. ___________________________________________________________________________KEMAHIRAN PROSES SAINS 8 : MENTAFSIR MAKLUMATDalam penyiasatan anda mungkin telah mengumpulkan beberapa data kuantitatif kemudian anda perlu menerangkan pola-pola atau perhubungan berasaskan maklumat yang dikumpulkan. Langkah pertama dalam mentafsir data adalah apakah data yang anda hendak dapatkan bersama-sama. Anda boleh memikirkan penyiasatan yang ingin dilakukan, menggambarkan apa yang akan berlaku dan menentukan apakah jenis maklumat yang anda perlu perolehi bagi menerangkan apa yang berlaku. Bagaimana anda mengatur kajian anda supaya anda boleh mentafsirkan hasilnya.

Kemahiran ini digunakan bila;

Membuat kesimpulan daripada data yang dikumpulkan

Mengenalpasti corak daripada data yang dikumpulkan

Menyatakan perhubungan daripada data yang dikumpulkan

Membuat pernyataan daripada data yang dikumpulkan

Menyatakan kesimpulan yang disokong oleh data.Mengapakah kemahiran ini penting?

Untuk melihat perhubungan di antara pemboleh ubah

Untuk membuat keputusan.

Satu daripada cara terbaik untuk mengorganisasi data untuk pentafsiran adalah dengan menjadikannya dalam bentuk visual seperti graf, carta atau histogram. Jadual data sampel dengan graf daripada komputer atau data dan kalkulator adalah alatan berguna bagi membina graf.Pentunjuk Mentafsir Maklumat (PPK, 1994)

Mengumpul pelbagai data untuk membuat pernyataan tentang maksudnya Mengesan pola atau corak yang terdapat pada maklumat yang didapati Menyatakan hubungan di antara maklumat___________________________________________________________________________KEMAHIRAN PROSES SAINS 9 : MENDEFINISI SECARA OPERASIKaedah atau prosedur yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah dinamakan definisi operasi. Definisi operasi ini memberitahu apakah operasi yang dilakukan dan di perhatikan dan bagaimana ia diukur. Jika anda boleh mengukur pemboleh ubah secara langsung dengan menggunakan sistem pengukuran yang piawai, anda tidak perlu untuk mendefinisikan secara operasi. Contoh: kedalaman-pembaris, suhu-termometer, masa-jam randik. Mendefinisikan seara operasi melibatkan cara yang sama bagi mengukur sesuatu secara tidak langsung di mana pengukuran langsung tidak dapat dilakukan dengan mudah. Contohnya- aktiviti bandul-Mengukur tempoh masa satu ayunan dilakukan dengan menentukan bilangan ayunan bagi tempoh 15 saat.Ini adalah kerana masa bagi satu ayunan tidak dapat diukur dengan mudah.Penyiasat berbeza mungkin menggunakan definisi operasi yang berbeza bagi pemboleh ubah yang sama. Contoh: Penyiasatan untuk menentukan kesan vitamin E ke atas ketahanan seseorang. Pemboleh ubah Ketahanan seseorang boleh didefinisikan secara operasi dengan berbagai cara;

Bilangan jam seseorang boleh berjaga

Jarak larian tanpa henti seseorang

Bilangan lompatan yang dilakukan sebelum letihDefinisi operasi perlulah eksplisit supaya pengkaji yang lain boleh melakukan pengukuran tanpa maklumat lanjut daripada pengkaji.

Pentunjuk Mentafsir Maklumat (PPK, 1994)

Mentakrif istilah dalam konteks pengalaman sendiri Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.HELAIAN AKTIVITI KEMAHIRAN PROSES SAINS TAJUK : BOLA-BOLA API

KPS 7 - MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA

KPS 8 - MENTAFSIR MAKLUMAT

KPS 9 - MENDEFINISI SECARA OPERASIBahan dan radas:

1. Wisel -10

2. Bola ping pong- 10 biji

3. Jam randik -10 buah

4. Pita pengukur 5 meter-10

5. Kertas sebak-10

Langkah-langkah:1. Peserta A sebagai pencatat masa akan meniup wisel untuk menandakan permulaan dan tamatnya 5 saat. Apabila peserta A meniup wisel pertama, peserta B menolak bola pingpong di atas lantai secara perlahan. Apabila wisel ditiup untuk kali kedua, peserta C akan menandakan kedudukan bola ping pong. Jarak yang dilalui oleh bola ping pong dalam 5 saat diukur dan dicatat.

2. Ulangi langkah 1 di atas. Pada kali ini, peserta B menolak bola ping pong dengan

kuat. Rekodkan keputusan.

Daya TolakanJarak dilalui dalam 5 saatKelajuan

Kuat

Perlahan

Berdasarkan data yang dikumpul :

3. Nyatakan definisi secara operasi untuk "laju"

4. Nyatakan definisi secara operasi untuk "kelajuan"

5. Nyatakan definisi secara operasi untuk "jarak"

6. Nyatakan hubungan antara daya tolakan dengan jarak yang dilalui.

7. Nyatakan hubungan antara daya tolakan dengan kelajuan8. Nyatakan kesimpulan penyiasatan ini. Kesimpulan : Contoh

Bola ping pong yang perlahan bergerak lebih (jauh / dekat) dalam 5 saat.

Bola ping pong yang laju bergerak lebih (jauh / dekat) dalam 5 saat

9. Tandakan satu jarak 5 meter. Catatkan masa yang diambil untuk bergerak 5 meter oleh :(a) Bola ping pong yang ditolak dengan perlahan

(b) Bola ping pong yang ditolak dengan kuat

Daya TolakanMasa untuk bergerak 5 meterKelajuan

Perlahan

Kuat

Berdasarkan data yang dikumpul :

10. Nyatakan hubungan antara daya tolakan dengan masa untuk bergerak 5 meter.

11. Nyatakan hubungan antara daya tolakan dengan kelajuan

12. Nyatakan kesimpulan penyiasatan ini.

13. Peserta diminta memberi maklumat tentang perkaitan antara kemahiran

proses sains iaitu menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir

maklumat dan mendefinisi secara operasi berdasarkan aktiviti yang

disediakan.

Perbincangan untuk kenal pasti tajuk-tajuk yang sesuai dengan kemahiran proses sains ini. (40 Minit)14. Penilaian & Refleksi (20 Minit)

SENARAI SEMAK PENILAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

KPS 7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

KPS 8. Mentafsir Maklumat

KPS 9. Mendefinisi Secara Operasi

Senarai semak diri untuk menggunakan perhubungan ruang dan masa

Adakah bentuk dua-dimensi dan tiga dimensi dapat dibezakan dengan jelas ?

Adakah perubahan bentuk, lokasi, saiz, arah atau jarak dengan masa diperhatikan?

Adakah turutan perubahan berlaku dengan betul?

Adakah pergerakan relatif antara beberapa objek dapat dihurai oleh pemerhati?

Bolehkah kadar perubahan seperti laju dikirakan secara matematik?

Senarai semak diri mentafsir maklumat

Data yang dikumpul mencukupi untuk ditafsir

Kesimpulan yang dicapai adalah berdasarkan maklumat yang dikumpul

Maklumat yang dikumpul dianalisis secara kuantatif dan kualitatif

Pola atau perhubungan dapat dikesan daripada maklumat yang dikumpul

Senarai semak diri mendefinisi secara operasi

Adakah definisi secara operasi itu dapat diperhatikan?

Adakah definisi secara operasi itu dapat dibuat?

Adakah definisi secara operasi mempunyai lebih daripada satu makna dan mengelirukan?

Bolehkah definisi secara operasi itu diperbaiki lagi supaya lebih jelas dan jitu?

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME

GURU SAINS SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA MODUL 5

TajukPEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS

TopikKemahiran Proses Sains -Mengawal Pembolehubah, Membuat Hipotesis dan Mengeksperimen

Masa 2 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Guru dapat menguasai kemahiran Mengawal Pembolehubah, Membuat Hipotesis dan

mengeksperimen.2. Mengaplikasi kemahiran Mengawal Pembolehubah, Membuat Hipotesis dan mengeksperimen.

B. Kandungan Pengajaran

1. Mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah.

2. Membina hipotesis .

3. Menjalankan eksperimen.

C. Kaedah

1. Secara berkumpulan jalankan aktiviti Tak kenal maka tak cinta .

2. Perbincangan dan pembentangan hasil aktiviti.

D. Bahan Pengajaran

Lampiran 4

E. Alatan

1. Kertas sebak 2. Pen penanda

E. Penilaian

1. Latihan

F. Rumusan / Refleksi

1. Berasaskan hasil kerja / perbincangan

2. Berasaskan borang penilaian kursus

___________________________________________________________________________

Nota dan bahan PdP : KEMAHIRAN PROSES SAINS 10 : MEMBUAT HIPOTESISSaintis memulakan penyiasatan menggunakan tekaan bijak yang dipanggil hipotesis yang boleh diuji menggunakan data sebenar. Ia merupakan penerangan untuk satu set pemerhatian, dan data yang direkod atau beberapa inferenss. Hipotesis adalah ramalan mengenai hubungan di antara dua pemboleh ubah. Eksperimen yang bermula dengan hipotesis akan membantu anda menentukan jenis data yang akan dipunggut.

Apakah hipotesis?

Hipotesis ialah pernyataan yang mencadangkan penerangan terhadap sesuatu fenomena atau peristiwa.

Hipotesis ialah pernyataan yang boleh diuji dan mungkin merangkumi ramalan

Hipotesis bukan teori. Teori ialah pernyataan umum berdasarkan kepada pelbagai data. Contoh, teori evolusi merujuk kepada semua benda hidup berdasarkan kepada banyak pemerhatian. Walau bagaimanapun banyak perkara mengenai evolusi yang belum difahami. Banyak hipotesis yang telah dicadangkan dan diuji.

Bagaimana menulis hipotesis?

Pernyataan di atas mengandungi perkataan jika dan maka. Ini adalah perlu dalam penulisan hipotesis formal. Walau bagaimanapun tidak semua ayat yang mengandungi perkataan jika dan maka adalah hipotesis.

Sebagai contoh,

Penyataan di atas adalah ramalan. Dalam penulisan hipotesis, satu hubungan tentatif dinyatakan. _____________________________________________________________________

KEMAHIRAN PROSES SAINS 11 : MENGAWAL PEMBOLEH UBAHApa yang dimaksudkan dengan pemboleh ubah?

Tindakan dan tindak balas dalam dunia semula jadi selalunya berlaku secara kompleks. Pendekatan saintifik digunakan bagi memudahkan pemahaman tentang tindakan dan tindak balas kompleks ini. Pendekatan ini dilakukan dengan memecahkan tindak dan tindak balas kompleks kepada bahagian-bahagian tertentu. Bahagian-bahagian peristiwa atau sistem ini dinamakan pemboleh ubah. Pemboleh ubah adalah faktor-faktor, keadaan dan perhubungan yang boleh mengubah ataupun diubah dalam sesuatu peristiwa atau sistem. Maka satu pemboleh ubah adalah sesuatu yang boleh diubah ataupun boleh mengubah. Terdapat tiga jenis pemboleh ubah dalam sesuatu eksperimen iaitu pemboleh ubah dimanipulasi (diubah), pemboleh ubah bergerak balas (berubah), pemboleh ubah malar (ditetap)

Mengapa perlu mengawal pemboleh ubah ?Pemboleh ubah perlu dikawal dan diukur semasa menjalankan eksperimen. Eksperimen yang dilakukan akan dimulakan dengan membina pernyataan hipotesis yang mengandungi pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Selepas itu, pengujian hipotesis akan dilakukan. Faktor-faktor yang tidak berkaitan dengan hipotesis perlu ditetapkan untuk menggelakkan kesan faktor yang ditetapkan itu dalam keputusan eksperimen. Ini adalah bagi memastikan data yang jitu dan tepat diperolehi.

Bagaimana anda mengawal pemboleh ubah ?

Saintis menggunakan eksperimen untuk mendapatkan hubungan antara sebab dengan kesan bagi sesuatu peristiwa semulajadi. Eksperimen direka bentuk supaya perubahan sesuatu faktor akan menyebabkan faktor lain berubah seperti yang diramalkan. Maka pemboleh ubah akan dimanipulasikan supaya pemboleh ubah lain boleh bergerak balas.

KEMAHIRAN PROSES SAINS 12 : MENGEKSPERIMENAktiviti 1.Dalam kumpulan, sediakan satu senarai semua jenis kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk menjalankan eksperimen atau penyiasatan.

Apa yang dimaksudkan dengan mengeksperimen?

Proses merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis

Menggabungjalin semua kemahiran proses sains.

Mereka bentuk penyiasatanIndikator:

Membuat keputusan mengenai jenis peralatan , bahan dan sebagainya yang diperlukan untuk sesuatu penyiasatan.

Mengenal pasti apa yang diubah dan perlu diubah semasa membuat pemerhatian atau membuat pengukuran.

Mengenal pasti pemboleh ubah malar .

Mempertimbangkan bagaimana pengukuran, perbandingan, dan lain-lain akan digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Memutuskan urutan langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyiasatan.

Aktiviti 2.Baca arahan dan jalankan aktiviti berikut. 1. Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan gula dalam air.

2. Pilih faktor dan kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi, mendefinisi secara operasi pemboleh ubah bergerak balas.

3. Mereka bentuk eksperimen mudah untuk mengesahkan pernyataan hipotesis yang dibuat berdasarkan no 2 di atas. Gunakan helaian perancangan yang disediakan.

4. Bincangkan hasil pembentangan anda.

___________________________________________________________________________

LAMPIRAN 1TAJUK AKTIVITI: TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Bahan:

1. Gunting

2. Pembaris

3. Lembaran kerja

4. Rajah Helikopter (Rajah 1)

Prosedur:

1.Potong kertas mengikut pola pada rajah 1 Helikopter

2. Rekodkan masa helikopter menceccah lantai dari ketinggian berlainan dalam Jadual 1.

Ketinggian helikopter dilepaskan (cm)

Masa mencecah lantai (s)

Jadual 1Nota:Bagi mendapatkan data yang pelbagai anda boleh mengubah suai ukuran pada gambarajah Helikopter.

1. Bina hipotesis dalam eksperimen ini. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------2. Nyatakan apa yang diubah (pembolehubah manipulasi) ------------------------------------------------------------------------------------------------------------3. Nyatakan apa yang diukur (pembolehubah bergerakbalas) ------------------------------------------------------------------------------------------------------------4. Nyatakan apa ditetapkan (pembolehubah malar) ...................................................................................................................................5. Berdasarkan data yang anda perolehi bina graf ketinggian (cm) melawan masa (s).6. Kesimpulan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HELAIAN RANCANGAN PENYIASATAN BAGI GURU SEKOLAH RENDAH

Nama KumpulanAhli kumpulan

Apa yang ingin saya kaji?

Apa yang akan berlaku dan mengapa ia berlaku?

Alasan saintifik bagi pemikiran saya

Apakah pemboleh ubah yang ingin saya kawal?

Apakah klasifikasi pemboleh ubah yang bergerak balas?

Bagaimana eksperimen ini akan dijalankan?

Radas dan bahan yang saya perlukan

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika menjalankan eksperimen ini?

SENARAI SEMAK PENILAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS10. Mengawal Pemboleh ubah

11. Membina hipotesis

12. Mengeksperimen

Senarai semak diri untuk mengawal pembolehubahMengenal pasti pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas?

Memanipulasi hanya satu pemboleh ubah dan memalarkan semua pemboleh ubah yang lain.

Memerhati kesan ke atas pemboleh ubah yang bergerak balas.

Adakah kawalan disediakan untuk tujuan membanding dengan pemboleh ubah yang dimanipulasi?

Senarai semak diri membina hipotesisAdakah pengetahuan dan pengalaman sedia ada dipertimbangkan?

Adakah hipotesis yang dilihat itu dpat diuji?

Adakah hipotesis itu mengaitkan pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan pemboleh ubah yang bergerak balas?

Senarai semak diri mengeksperimenMurid-murid telah menggunakan pelbagai kemahiran proses sains dalam mengeksperimen.

Murid-murid diberi kebebasan untuk mereka bentuk eksperimen sendiri

Laporan murid ditulis dengan bersistem dan jelas.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAHBAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA MODUL 6

TajukPEMANTAPAN PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS

TopikPengurusan Bilik Sains

Masa4 jam

PersonelPenceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

2. Menerangkan konsep dan kegunaan bilik sains

3. Mengendalikan alatan dan radas sains dengan kaedah yang betul

4. Menjelaskan pengurusan stok yang betul5. Menerangkan langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kemalangan

B. Kandungan Pengajaran

6. Penjelasan tentang konsep dan kegunaan bilik sains7. Penjelasan tentang cara mengendalikan alatan dan radas dengan betul8. Penjelasan tentang pengurusan stok

9. Penjelasan langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kemalangan

C. Kaedah

i. Penerangan

ii. Aktiviti hands-on

iii. Tunjuk cara

iv. Perbincangan

v. Sumbangsaran

Penerangan i. Konsep dan kegunaan bilik sains menggunakan slaid power point

ii. Pengendalian alatan dan radas dengan betul

iii.Pengurusan stok

vi. Langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kemalanganAktiviti hands-on dan tunjuk cara

i. Pengendalian alatan dan radas dengan betul-Aktiviti mencampur air

Perbincangan

i. Menyediakan stok dan semakan stok akhir tahun

D. Bahan Pengajaran

1. Termometer -10

2. Bikar 250 ml - 20 3. Selinder penyukat 100 ml -20

4. Air sejuk 4 liter

5. Air panas 4 liter

6. Kertas mahjung7. Pen marker 8. Kad tugasan 9. pensil, pemadam dan pembaris10 Lembaran kerja Latihan Kendiri guru sains / Jadual keputusan aktiviti11. Slaid Power Point : i. Konsep dan kegunaan bilik sains menggunakan slaid power pointii. Pengendalian alatan dan radas dengan betuliii. Pengurusan stok

E. Alatan

1. Komputer riba 2. LCD

3. Skrin putih 4. Meja untuk aktiviti berkumpulan

E. Penilaian

2. Latihan kendiri guru sains

F. Rumusan / Refleksi

1. berasaskan hasil kerja/perbincangan

2. berasaskan borang penilaian kursus

Nota dan Bahan PdP :KONSEP BILIK SAINSBilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana PdP Sains Sekolah Rendah dijalankan

Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdP Sains seperti eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa.

Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang sesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kegunaan Bilik Sains

Bilik Sains merupakan satu daripada tempat PdP Sains. Aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Pendekatan ini bagi membolehkan PdP berpusatkan murid dapat direalisasikan dan konsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan. Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan bahan untuk membolehkan setiap murid berkesempatan berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

Peralatan Bilik Sains

Sekolah dibekalkan dengan peralatan asas melalui bekalan pusat. Selain daripada itu penggantian peralatan atau bahan yang habis, pecah atau rosak dan pembelian peralatan atau bahan tambahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

Pengurusan Stok

Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan dan bahan sains di setengahsetengah sekolah tidak mempunyai butiran seperti yang diperlukan dan ini menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini penyelenggaraan stok amat perlu bagi menyelaras, menyemak, mengesan, mengemaskini dan memudahkan pentadbiran Bilik Sains.

Buku Stok

Buku Stok Bilik Sains disediakan dalam dua jenis.:

Daftar Inventori KEW PA 3 - untuk merekodkan peralatan dan bahan kimia yang

Harganya kurang RM1000.00Daftar Inventori KEW PA 2 - untuk merekodkan barang yang harganya RM1000.00 dan ke

atasPenyemakan Buku Stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi.Penggunaan komputer dalam pengurusan stok digalakkan.

Penyenggaraan dan Penyimpanan

Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan dan penyimpanan yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya perkara ini. Maklumat yang tercatat dalam buku stok hendaklah menunjukkan keadaan sebenar berhubung dengan penyenggaraan dan penyimpanan peralatan tersebut.

Bahan kaca

Alat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan alat dan bahan pencuci yang sesuai. Alat kaca tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu tinggi dan tidak dicampur aduk dengan peralatan berat terutamanya daripada logam.Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang kecil di depan.

Bahan Kimia

Di peringkat sekolah rendah, pada hakikatnya tidak ada bahan kimia yang dalam aktiviti PdP ada dicadangkan penggunaan bahan kimia yang digunakan di rumah seperti cuka, gula, garam dan sabun. Bahan-bahan ini pada prinsipnya tidak berbahaya atau membawa kesan toksik. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang bahan kimia patut diselenggarakan dan dikendalikan seperti mana yang sepatutnya dari segi penyimpanan, penggunaan dan pelupusan. Dalam hal ini cuma cuka yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah sejenis asid lemah. Jika sekiranya cuka termasuk ke dalam mata, basuhkan segera dengan air bersih.Formalin adalah satu bahan yang berbahaya dan tidak digalakkan penggunaannya. Sekiranya formalin digunakan untuk mengawet haiwan, sila berhati-hati ia berbahaya jika terminum (ia boleh mengeraskan protein). Jika wapnya termasuk ke dalam mata dan hidung, ia mengakibatkan rasa pedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari terminum, terhidu dan termasuk ke dalam mata. Bahan ini hendaklah disimpan di dalam botol yang sesuai dan dilabelkan.

Alat Optik

Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkah kaca yang mudah tercalar oleh permukaan yang kasar, eloklah disimpan dalam kepingan stairofom yang mempunyai ruang berbentuk alat-alat optik tersebut. Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat kering untuk mengelakkan berkulat. Untuk tujuan ini binokular dan mikroskop bolehlah disimpan dalam kotak bersama-sama dengan gel silika. Sebaik-baiknya gunakan gel silika biru yang boleh menjadi merah jambu apabila kuasa penyerapannya berkurang. Kanta mata dan juga kanta objektif perlulah dibersihkan menggunakan kertas silicon (kertas tisu atau kain boleh mencalarkan permukaan kanta).

Alat Elektrik

Setiap Bilik Sains dibekalkan dengan sekurang-kurangnya dua punca kuasa (soket) untuk kegunaan alat dan perkakas elektrik seperti cerek elektrik atau projektor. Penggunaan alat-alat elektrik boleh menimbulkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau tidak diselenggarakan dengan sempurna. Berikut adalah beberapa langkah untuk mencegah kemalangan:

pastikan murid tidak memasang suis dengan tangan yang basah

tutup suis apabila selesai menggunakan alat elektrik

soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti

pastikan wayar disambung mengikut kod warna yang betul

pastikan wayar dan kabel bertebat

alat elektrik hanya boleh disambung pada soket tiga pin

jangan gunakan kabel yang terlalu panjang bagi alat elektrik

SOALAN PRA DAN PASCA UJIAN

PRA UJIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (B/S)

BAHAGIAN A

Berikut adalah pernyataan betul atau salah. Sila tanda (/) pada penyataan yang betul dan (X) pada penyataan yang salah.1.Pemerhatian ialah penggunaan lime deria untuk mengetahui mengenai sesuatu objek atau peristiwa,

( )

2.Klasifikasi ialah meletakkan objek atau peristiwa menurut persamaan dan perbezaan masing-masing.( )

3.Mengukur menggunakan nombor ialah membuat pemerhatian kuantitatif dengan membandingkannya secara konvensional( )

4.Membuat inferens bermaksud menggunakan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan dan membuat penerangan terhadap sesuatu peristiwa.( )

5.Meramal ialah membuat jangkaan mengenai apa yang akan berlaku di masa hadapan berdasarkan pengalaman lalu atau data yang dipungut.( )

6.Berkomunikasi ialah menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, graf, rajah, model untuk menerangkan sesuatu tindakan, objek atau peristiwa.( )

7.Interpretasi data ialah proses membuat keputusan menggunakan maklumat sedia ada.( )

8.Mengenal dan mengawal pembolehubah ialah proses menetukan dan menerangkan sesuatu yang boleh mempengaruhi keadaan atau sistem. ( )

9.Membentuk hipotesis ialah suatu proses membuat rumusan terhadap sesuatu peristiwa atau keadaan.( )

10.Definisi operasi ialah proses menentukan maksud dan konteks perkataan atau pernyataan supaya terdapat kefahaman yang sama di antara penyampai dan pihak penerima.( )

11.Mengeksperimen ialah proses mendapatkan data yang berkait dengan sesuatu tajuk atau bidang yang dikaji.( )

12.Menggunakan dan mengaplikasi radas sains dan bahan bermakna kebolehan memilih radas dan bahan yang berkaitan, boleh membaca skala pada instrumen dan menggunakan instrumen dan radas dengan betul.( )

13.Melukis radas sains merujuk kepada penggunaan teknik yang betul dalam menghasilkan lukisan radas yang tepat.( )

14.Membersih radas menggunakan teknik yang betul adalah diperlukan untuk memastikan radas berfungsi dengan betul.( )

15.Menyimpan bahan dan radas di tempat yang betul dan langkah-langkah yang diperlukan adalah perlu dalam memastikan kebersihan radas dan hayat yang lebih lama bagi instrumen yang digunakan.( )

BAHAGIAN BArahan : Bulatkan abjad bersebelahan jawapan yang betul.

1. Manakah antara berikut merupakan pemerhatian sahaja?

A.Blok kanak-kanak berwarna oren.

B.Logam kelihat membara, oleh itu ia panas.

C.Meja itu kelihatan diperbuat daripada kayu.

D.Jalan itu basah, menunjukkan baru lepas hujan.

2. Manakah di antara berikut boleh diperhatikan melalui deria penglihatan?

A.Suhu air.

B.Kemanisan sesuatu bahan kimia.

C.Perubahan ketinggian anak pokok.

D.Bunyi yang dikeluarkan oleh sesuatu enjin.

3.Manakah antara berikut bukan ciri sebiji oren.

A.Berair

B.Tidak bulat

C.Berwarna merah

D.Boleh dikupaskulitnya.

4.Seorang saintis menemui sebuah batuan besar di padang. Batuan ini kelihatan berbeza jika dibandingkan dengan batuan lain yang berada di sekelilingnya. Apakah anggapan yang boleh dibuat oleh penemuan ini.

A. hipotesis B. inferens C. peristiwaD. interpretasi data

5.Berikut adalah maklumat pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Intan.

NamaJantinaTarikh lahirWarganegaraTahun masuk sekolah

M. FormichelliPerempuanJune 1994Itali2006

B. ThermalLelakiMarch 1994India2006

A. SiddiqueLelakiDecember 1993Pakistan2006

R. JohnsonPerempuanMay 1994Sweden2006

R. AliLelakiOktober 1993Indonesia2006

J. MartinezLelakiOgos 1993Sepanyol2006

.Manakah anatara berikut kurang sesuai untuk mengklasifikasi pelajar di atas kepada dua kumpulan berlainan?

A. Jantina B. Tahun lahir C. Warganegara D. Tahun masuk sekolah

6. Manakah antara beikut mencirikan pemerhatian dengan tepat?

A.Penerangan mengenai sesuatui inferens.

B.Mesti menggunakan sekurang-kurangnya satu deria rasa.

C.Mengkategorikan objek dan/atau peristiwa mengikut kesamaan.

D.Menerangkan data yang diambil oleh mana-mana atau semua deria.

7.Seseorang pemerhati sedang menjalankan pemerhatian jika perkara berikut berlaku.

A.Merekod data yang diperhati.

B.Memikirkan data yang sedang diperhati.

C.Mengalami peristiwa atau memanipulasi objek

D.Membuat penerangan mengenai objek atau peristiwa.

8.Apakah jenis pembolehubah yang mesti dipertimbangkan semasa menulis sesuatu hipotesis?

A.Pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar

B.Hanya pembolehubah tidak bersandar atau dimanipulasi

C.Kedua-dua pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas.

D.Kedua-dua pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas termasuk pembolehubah malar.

9.Manakah di antara pernyataan di bawah menerangkan hipotesis?

I.Hipotesis boleh dibentuk melalui pemerhatian sahaja.

II.Hipotesis dinyatakan dalam bentuk pernyataan yang boleh diuji.

III.Hipotesis boleh dibentuk daripada inferens

IV.Hipotesis membolehkan sesuatu eksperimen dijalankan.

A.I, II,III dan IV.

B.II dan III sahaja.

C.I, II dan III sahaja.

D. II, III dan IV sahaja.10.Seorang pelajar ingin mengkaji kesan hujan asid terhadap populasi ikan. Dia mengambil dua balang kaca dan mengisikannya dengan kuantiti air yang sama. Dia menitiskan lima puluh titis cuka ke dalam salah satu daripada balang tersebut. Kemudian dia meletakkan sepuluh jenis ikan yang sama ke dalam setiap balang, Kedua-dua balang diberikan rawatan yang sama. Selepas satu minggu membuat pemerhatian, pelajar ini telah membuat kesimpulan.

Apakah cadangan yang boleh dibuat untuk memperbaiki eksperimen di atas?

A.Sediakan lebih banyak balang kaca dengan kuantiti cuka yang berlainan.

B.Tambah lebih banyak ikan ke dalam kedua-dua balang kaca yang digunakan.

C.Tambah lebih banyak balang dengan pelbagai jenis ikan dan kuantiti cuka yang berlainan.

D.Tambah lebih banyak cuka ke dalam balang kaca yang sedang digunakan.

11.Alisa mendengar bunyi siren yang kuat dari jalan yang berdekatan. Keesokan harinya apabila dia berjalan ke sekolah Alisa melihat sebuah rumah mempunyai kesan terbakar dan berasap.

Apakah inferens yang paling sesuai untuk peristiwa ini?

A.Rumah itu telah dimusnahkan oleh kebakaran.

B.Rumah itu telah dimusnahkan oleh puting berliung.

C.Rumah itu telah dimusnahkan oleh binatang buas.

D.Rumah itu telah dimusnahkan oleh kecuaian manusia.

12.Pada tengah malam Ahmad telah terdengar bunyi guruh yang amat kuat. Semasa berjalan ke sekolah esok harinya sebuah pokok yang besar telah tumbang dan menghalang laluan.

Apakah inferens yang mungkin dibuat oleh Ahmad?

A. Dibom oleh kapal terbang.

B. Dimusnahkan dalam ribut petir.

C. Dimusnahkan dalam kebakaran.D. Pokok telah ditumbangkan oleh bulldozer.

13.Berdasarkan kepada data yang diberi anda diminta untuk menamakan bulan yang paling sejuk dalam setahun?

Apakah kemahiran proses sains yang membolehkan anda menjawab soalan tersebut?

A. Inferens

B. Ramalan

C. Klasifikasi D. Pemerhatian

14.Rahimah dan Razak ingin mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara perbatuan apabila menggunakan tayar basikal daripada jenama yang berlainan. Rahimah dan Razak menggunakan dua jenama berbeza pada roda basikal yang mereka gunakan.

Manakah di antara pembolehubah berikut paling penting untuk mengawal eksperimen ini?.

A.Masa ujian dilakukan.

B.Berat basikal yang digunakan.

C.Keadaan fizikal penunggang basikal.

D.Jumlah perbatuan yang dilalui oleh kedua-dua jenama tayar.

15.Sekumpulan pelajar menjalankan eksperimen untuk menentukan jika terdapat kesan haba pada percambahan biji benih bunga matahari.

Apakah perkara paling tidak penting dalam mengawal eksperimen ini?

A.Jenis tanah yang digunakan.

B.Kuantiti lembapan dalam tanah.

C.Suhu yang dikawal untukmemanaskan biji benih.

D.Masa yang diambil untuk biji benih menyerap haba.16.Suhu tertinggi yang dilaporkan setiap hari dalam seminggu adalah seperti berikut:AhadIsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtu

28C27C34C35C30C29C33C

Manakah antara pernyataan berikut adalah benar?

A.Ahad menunjukkan suhu paling rendah.

B.Hujan turun sepanjang hari pada hari Isnin

C.Suhu paling tinggi direkodkan pada hari Rabu.

D.Suhu pada hari Isnin lebih tinggi daripada hari Ahad.17.Mee Tan menyediakan dua mangkuk yang serupa. Kedua-duanya diisikan air gula dan dibiarkan tidak bertutup. Satu disimpan di tempat gelap manakala satu lagi diletakkan di tempat terang.Apakah perbezaan yang anda perhatikan di antara kedua-dua mangkuk ini?

A. Pendedahan mangkuk.

B. Pendedahan kepada udara.

C. Pendedahan kepada cahaya. D. Kuantiti gula dalam setiap mangkuk.

18.Manakah di antara pernyataan berikut menerangkan tentang hipotesis?

A.Magnet menagkap dua belas keping klip kertas.

B.Susu dalam botol membeku dalam masa dua puluh minit.

C.Jika kadar air mengalir berterusan, kolam akan dipenuhi air dalam masa sepuluh minit.

D.Kebanyakan cecair mengembang apabila dipanaskan kerana zarah-zarahnya bergerak jauh di antara satu sama lain.

19.Manakah di antara berikut dinyatakan dalam bentuk definisi operasi?

A.Masa yang diambil untuk kolam membeku.

B.Kolam membeku kerana suhu berada di bawah 0C.

C.Suhu boleh diukur menggunakan jangkasuhu Celsius.

D.Jika suhu udara jatuh di bawah paras beku, maka kolam akan beku.

20.Jika kuantiti lobak merah yang dimakan oleh hamster bertambah, bilangan yang akan mati disebabkan oleh sakit ekor akan berkurang.

Apakah kemahiran proses sains yang cuba diterangkan oleh pernyataan di atas?

A. Inferens B. HipotesisC. PemerhatianD. Peristiwa bercanggah

21.Apakah unit yang paling sesuai digunakan untuk mengukur jarak daripada Ipoh ke Tapah?

A. meter B. batu

C. kilometer D. sentimeter

22.Pelajar mencipta jadual data menunjukkan beberapa jenis gula-gula dalam sebuah kedai runcit. Mereka ingin melukis graf untuk menunjukkan interpretasi data dalam cara yang berlainan.

Apakah jenis graf yang paling sesuai digunakan di atas?

A. Graf Bar

B. Graf garisan

C. Kedua-dua graf di atas

D. Sejenis graf yang berlainan.

23.Sekumpulan pelajar telah membuat beberapa pemerhatian.

Apakah langkah seterusnya yang perlu diambil?

A.hantar laporan makmal.

B.hasilkan satu graf

C.lukiskan gambar yang menunjukkan bagaimana pemerhatian dibuat

D.Buat beberapa inferens mengenai pemerhatian anda dan mulakan siasatan.

24.Apakah yang perlu dilakukan semasa menukarkan satu unit kepada unit lain dalam sistem matriks?

A.Formula konversion perlu digunakan.

B.Terdapat dua belas sentimeter dalam satu meter.

C.Satu siri suffixes digunakan untuk menunjukkan unit baru.

D.Satu siri prefixes digunakan untuk menunjukkan unit baru.

25.Kemahiran manipulatif merangkumi:

IMembersih radas sains dengan betul

IIMengguna dan mengurus radas sains

IIIMelukis diagram dan radas dengan tepat

IV Mengurus spesimen dengan betul dan cermat

A.I dan III sahaja

B.II dan IV sahaja

C.I, II dan III sahaja

D.Kesemua di atas

MEMBUAT INFERENSS

Apa yang telah diketahui dari pengalaman lampau

Apa yang diperhatikan secara terus?

ALAT BERKOMUNIKASI

BERKOMUNIKASI

Simbol

Bahasa Badan

Bahasa Lisan

Graf

Model

Carta

Peta Konsep

Jadual

Penulisan

Peta

Muzik

Lakaran

Penomboran

MERAMAL

MEMERHATI

INFERENS

70

60

50

40

30

20

10

0

Tinggi jatuhan (cm)

tinggi lantunan (cm)

50

100

1.Semakin bertambah kuantiti yis, semakin bertambah saiz roti

2. Jika bertambah suhu air, maka berkurang masa gula melarut

"Jika saya main golf, maka saya akan menjadi kaya."

Indikator:

Mereka bentuk satu penyiasatan untuk menguji hipotesis.

Menjalankan eksperimen mudah.

Mengenal pasti batasan-batasan kaedah dan peralatan.

Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan penyiasatan.

potong

potong

Lipat ke belakang

Lipat ke belakang

Rajah 1

EMBED PBrush

EMBED PBrush

EMBED PBrush

EMBED PBrush

EMBED PBrush

EMBED PBrush

4 |